Anda di halaman 1dari 23

PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS ( Tiga jam)

PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS

KESUSASTERAAN MELAYU
KERTAS 2

(KESUSASTERAAN MELAYU MODEN)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN PERLIS)

SKEMA JAWAPAN

2 Bahagian A: Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden dan Kritikan Sastera Soalan 1 (a) Huraikan latar belakang dilahirkan pada 18 September 1910. dikenali dengan nama penanya iaitu Pungguk Tergolong sebagai penulis guru yang mendapat pendidikan di MPSI, Tanjung Malim. beliau pernah menjadi guru penolong, guru besar dan guru pelawat minat beliau terhadap bidang penulisan timbul sejak berkawan dengan Abdullah Sidek dan Ibrahim Yaakob.

1 isi = 1 markah 4 isi x 1 m = 4 markah (b) i. Tiga keistimewaan sajak-sajak beliau. F : sajak-sajak beliau masih terikat dengan unsur-unsur puisi melayu lama dari segi rangkap, baris dan rima akhir. H/C : dalam sajak Pujuikan Hati Untunglah hatiku menurut kata! Sunyi senyap ia segera, Baharu selesa segala anggota, Belayarlah hati di laut dura. ii. F : sajak-sajak beliau juga bernada melankolik. H/C : sajak Pujukan Hati Tenang-tenang hatiku tenang (R1B1) iii. F : Karya-karya beliau juga menggunakan bahasa yang menarik seperti penggunaan gaya bahasa personifikasi. H/C dalam sajak Pujukan Hati membuat akalku tenggelam berenang

3 iv. F : Tema di dalam sajaknya membincangkan tentang kemanusiaan. H/C : antaranya sajak Pujukan Hati yang bertemakan percintaan muda mudi Bersih otakku bersih! Usah dimimpi yang jauh masih Walaupun kata oh.... kasih Rosak jantungku pertemuan selisih 1 isi = 3 markah ( F=2m, H/C=1m) 3 isi x 3 m = 9 markah

(C)

Tiga sumbangan beliau dalam kesusasteraan Melayu moden i. F : Sebagai pelopor sajak Melayu kerana jumlah sajak yang ditulisnya adalah melebihi penyajak-penyajak sebelumnya. H/C : Terdapat 7 buah sajak yang dihasilkannya disiarkan di Majalah Guru. Antaranya, Ibuku, Keluh Kesah, Pujukan Hati,Selalu Merayu, Tak SangkaSangka, Waktu Senjakala, Oh Tuhan. ii. F : Menghasilkan cerpen H/C : Beliau menghasilkan 21 buah cerpen yang disiarkan dalam Warta Ahad, Warta Jenaka, Majalah Guru dan Majlis.antara contoh cerpen ialah Tanggungan Muda F : Menghasil novel H/C : Beliau menghasilkan novel yang berjudul Suka dan Duka pada tahun 1936. vi. F : Dianggap juga sebagai pelopor kritikan sastera Melayu. H/C : Tulisan beliau yang pertama berbentuk kritikan disiarkan dalam Majalah Guru terbitan Julai 1935 yang berjudul Ulasan Tun Seri Lanang dan Abdullah Munsyi. 1 isi = 4 markah Fakta 2m +H/C 2m 3 isi x 4 m = 12 markah

4 Soalan 2 (a) Maksud Pendekatan Estetika F : Kajian yang berkaitan dengan usaha mendapatkan atau membuktikan ciri-ciri keindahan bahasa yang universal dalam sesebuah karya. F : Kajian kepada stail dan teknik dalam konteks fungsi keindahan dan intelektual F : Kajian yang melihat karya sastera sebagai hasil seni. Pilih mana-mana isi 1 isi = 2m 2 isi x 2m = 4 markah Dua tokoh tempatan yang menggunakan pendekatan ini : i. ii. Umar Junus Awang Sariyan

1 isi = 2m 2 isi x 2m = 4 markah (b) Tiga ciri pendekatan F1 : menggangap bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif H/C :kecekapan berbahasa terutama yang berbentuk kreatif sangat dihormati dan dinilai dalam pendekatan stilistik. F2 : menekankan aspek makna dalam ayat H/C : makna yang mudah mempunyai satu pengertian. Makna yang sukar mempunyai lebih daripada satu pengertian. Memudahkan menghurai sajak yang abstrak. F3 : melihat gaya peribadi/ stail individualism H/C : dapat memperlihatkan peribadi dan keunggulan dalam berkarya. Malah memperlihatkan persamaan dan perbezaan yang disertai dengan contoh, alasan dan hujah. F4 : membuat huraian terhadap pembentukan ayat dan pemilihan perkataan. H/C : menghurai kepelbagaian bahasa seperti dialek dan bahasa pasar. Ini memudahkan pengkaji mengkaji makna di dalam karya. Oleh itu pengarang dituntut menguasai cabang ilmu linguistik. F5 : menganalisis aspek perwatakan dari sudut gayabahasa H/C : penggunaan bahasa seperti dialog, monolog, dan monolog dalaman dapat menjelaskan perbezaan pendidikan atau status soaial.

5 1 isi = 3 m ( F=2m, H/C=1m ), 3 isi x 3m = 9 markah Tiga sebab pendekatan ini digunakan F : dapat menerangkan keindahan sesuatu karya H/C : menunjukkan keselarasan pemakaian ciri-ciri keindahan bahasa yang universal dan yang tertentu dalam karya sastera. F : membimbing pembaca H/C : membantu pembaca menikmati karya sastera dengan lebih baik. Unsur keindahan dalam karya dicungkil untuk dibaca dan dihayati pembaca. Membantu pembaca memilih karya/merangsang minat membaca karya sastera. F : membimbing penulis H/C : membantu penulis membaiki dan meninggikan mutu karyanya, membantu penulis memahami kemahuan pembacanya serta member panduan dan merangsang penulis menghasilkan karya yang baik. F : menilai karya sastera sebagai sebuah hasil seni H/C : untuk menentukan sesebuah karya mempunyai unsure-unsur keindahan dan membezakan antara teks yang baik dengan teks yang tidak bermutu dari segi kepuitisan/keindahan bahasa serta menyampaikan pengetahuan melalui tafsiran tentang karya tersebut. 1 isi = 2 m 4 isi x 2m = 8 markah

(c)

Bahagian B: Novel dan Cerpen SOALAN 3 a) nya dalam petikan di atas F1 F2 F3 F4 F5 Sudin Suami Gayah [1] [1]

Pegawai Perhubungan Raya Syarikat Lombong Lembah Tualang [1] Orang Suruhan En. Muhammad anak Imam Saad dan Minah [1] [1]

(terima isi-isi yang sesuai) Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 1 markah) 3 isi x 1 markah = 3 markah b) dua sikap watak nya dalam petikan

F1 H/C

seorang yang tenang dia tidak menentang walaupun dia tidak suka dengan muslihat yang dilakukan oleh En

Muhamad kepada orang-orang di kampong Pulai

F2 H/C

seorang kekasih yang setia dia tidak menentang En Muhammad kerana dia amat mencintai Gayah. Gayah ialah

anak saudara En Muhammad. Demi cintanya pada Gayah dia Cuma pendamkan sahaja ketidakpuasan hatinya itu. Semua perkara yang hendak dilakukan hanyalah semata-mata kerana Gayah.

F3 H/C

Seorang yang penyayang/ menghormati ibu bapa dia tidak akan melakukan sesuatu perkara tanpa persetujuan daripada ibu bapanya

walaupun dia seperti orang bodoh mengikut sahaja rancangan En Muhammad yang tidak disukainya. Dia ikut sahaja kehendak ibu bapanya yang ingin hidup aman di kampong mereka.

Pilih 2 isi sahaja 1 isi = 3 markah (1 markah Fakta, 1 markah Huraian/ 1 markah Contoh)

7 2 isi x 3 markah = 6 markah c) maksud keputusan untuk tidak menentang kelicinan muslihat Encik Muhammad itu adalah satu keputusan yang pahit bagi dirinya dan bagi ayahnya Iman Saad

F1

Sudin tidak mahu menentang muslihat-muslihat yang dilakukan oleh En. Muhammad

adalah kerana dia telah berkahwin dengan anak saudara En. Muhamad iaitu Gayah. Jadi dia hanya pendamkan rasa tidak puas hati itu walaupun menyakitkan dirinya kerana cintakan Gayah. [2]

F2

Sudin menghormati hasrat ibu bapa dan orang-orang kampong yang ingin hidup aman

damai di kampong mereka tanpa persengketaan lagi. Selama ini berlaku pepecahan penduduk dalam Kampung Pulai kerana cerita nenek moyang mereka yang bermusuhan. Dengan sikap tidak menentang muslihat ini orang-orang di kampungnya akan bersatu kembali walaupun pahit baginya memendam perasaan tidakpuas hati itu. Pilih 2 isi sahaja 2 isi = 2markah (1 markah Fakta, 1 markah Huraian/ Contoh) 2 isi x 2markah = 4 markah d) tiga muslihat yang dilakukan oleh Encik Muhammad melalui watak nya [2]

F1

mengahwinkan Sudin dengan Gayah

H/C Encik Muhammad menyatukan Sudin dengan Gayah untuk menyatukan kembali keluarga Sudin dan Gayah yang telah lama bersengketa. Dengan penyatuan tersebut diharap supaya keluarga Sudin akan menyokong beliau untuk menjayakan rancangannya. Encik Muhammad menanggung segala urusan perkahwinan Sudin dan Gayah dan majlis tersebut diadakan di rumahnya untuk memperlihatkan ketinggian budi pekertinya.

F2 H/C

memberi jawatan pegawai kepada Sudin Encik Muhammad memperalatkan sudin dengan melantiknya menjadi Pegawai

Perhubungan Raya Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk menjadi orang tengah yang akan memujuk orang kampong menerima projeknya demi mengembangkan sayap perniagaannya dalam sektor perlombongan.

F3 H/C

melantik ayah Sudin menjadi imam di Pekan Tualang ayah sudin iaitu imam saad telah dilantik sebagai imam menggantikan ayah sani. tujuan

Encik Muhammad berbuat demikian adalah kerana menjaga hati orang tua dan sudin, supaya mereka mahu dipindahkan dari kampong Pulai. Imam dilantik menjadi imam di Pekan Tualang, Imam Pekan Tualang ditukar ke Pekan Kuala, manakala Imam Pekan Kuala dibesarakan.

F4 H/C

menyuruh Sudin melantik Mat Akil menjadi orang suruhannya Mat Akil dan kawan-kawannya yang selalu menentang rancangan Sudin telah dilantik

oleh Sudin menjadi orang suruhannya supaya memujuk orang-orang kampong Pulai menjual tanah mereka dan berpindah ke FELDA.

F5 H/C

menyuruh Sudin membantu Sani menyelesaikan hutangnya Sudin membantu Sani daripada hutangnya dengan syarat Sani mahu menjaga ayahnya

yang pada masa itu adalah imam di Pekan Tualang. Sani akan tinggal di kampong bersama ayahnya setelah menandatangani perjanjian hutang dengan cagaran geran tanah ayahnya di Pekan Kuala. Secara tidak langsung projek Encik Muhamad akan berjalan dengan lancar.

F6

menyuruh Sudin memperalatkan Tuk Empat Dahlan

H/C Tuk Empat Dahlan mempunyai pengaruh yang besar di kampong Pulai kerana beliau adalah penghulu di situ. Sudin menawarkan jawatan tersebut agar rancangan Encik Muhammad Berjaya. Beliau juga telah dijanjikan sebuah rumah di Pekan Tualang tanpa mengikut rancangan ke tanah FELDA

F7

menyuruh Sudin memperalatkan Yang Berhormat Mohd Yusof

H/C YB Mohd Yusof yang mulanya berpihak kepada Tauke Chan akhirnya menurut kata Sudin dan Encik Muhammad. Sebagai YB beliau mempunyai pengaruh yang besar untuk memujuk anak buahnya supaya berpindah Felda seperti yang dirancang sudin dan En. Muhammad.

F8 melantik Sudin menjadi Pengerusi Jawatan Kuasa Perayaan

9 H/C Melalui Sudin En. Muhammad telah mengadakan jamuan yang berharga sepuluh ribu

ringgit untuk menyambut lawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan ke Kampung Pulai untuk mengisytiharkan pelantikan Penghulu Mahmud menyandang gelaran Datuk Orangkaya Indera. Dengan pelantikan tersebut tentulah orang ramai akan menyokong rancangan En Muhamad kerana Penghulu Mahmud iaitu abangnya adalah ketua kampung di kampung tersebut. Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 4 markah ( 2 markah Fakta, 2 markah Huraian/ Contoh 3 isi x 4markah =12markah

SOALAN 4 (a) nama watak aku dalam petikan di atas - Jarah [1]

(b)

Tiga kebenaran bahawa aku sememangnya gadis pingitan F1 : tidak dapat mempertahankan dirinya bila difitnah H/C : walaupun Jarah tidak melakukan kesalahan atau dituduh melakukan maksiat tetapi dia tidak berupaya atau tidak mampu untuk mempertahankan dirinya yang tidak bersalah itu. Jarah seolah olah membiarkan dirinya difitnah dan tidak cuba mempertahankan maruahnya. Dia boleh menggunakan perkhidmatan peguam untuk membuktikan dia tidak bersalah. F2 : tidak tahu stesen bas dan nama bas ke kampungnya. H/C : apabila Jarah cuba lari dari rumah kak Ngahnya dia tidak tahu mengambil bas untuk pulang ke kampung di Kelantan. Perkara ini seolah-olah mengambarkan Jarah seorang yang buta huruf tidak boleh membaca nama bas yang akan pergi ke Kelantan. F3 : diperhamba seperti orang gaji di rumah kakaknya sendiri H/C : pada mulanya kak Ngah meminta Jarah tinggal bersamanya dengan tujuan menolong menhurus rumah dan menjaga anaknya yang masih kecil semasa kakaknya bekerja, dan selama beberapa bulan kak Ngah membuatkan diri Jarah seperti adiknya sendiri. Setelah setahun , kak Ngah mula marah kepadanya dan Jarah mula tidak tahan dengan sikap kakaknya yang selalu memarahinya bangun lewat. Kakaknya tidak langsung menghargai pertolongannya selama ini.kak Ngah mula tidak memperhambakan diriku dengan sesuka hatinya m/s138 tidak bayar gaji Banyak kerja dirumah tersebut

10

F4 : aku mudah terpedaya dengan orang asing H/C : jarah mudah terpedaya dengan Abang Soh dan Kak Nah yang pertama kali dia bertemu. Akhirnya dia diberi beberapa biji pil dan dengan mudahnya dia mengambil pil tersebut dan terus tertidur dan dibawa ke Pulau Pinang untuk dijadikan pelacur. Jika Jarah tahu kisah penipuan dengan memberi pil khayal yang banyak berlaku pada masa ini tentu dia tidak mengambil pil khayal yang diberikan kepadanya. F5 : kesannya aku menjadi pelacur tanpa cuba melarikan diri H/C : setelah dibawa ke hotel di Pulau Pinang untuk menjadi pelacur, Jarah tidak pula cuba untuk melarikan diri dari tempat tersebut atau melaporkan kepada pihak polis. Jarah seolah olah menyerahkan dirinya begitu sahaja dan tidak pula cuba berbuat apa-apa untuk keluar dari tempat tersebut. Jarah menurut sahaja apa yang dicadangkan oleh Abang Soh supaya dia bekerja menjadi pelacur. Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 3 markah ( 1 markah Fakta, 2 markah Huraian/ Contoh 3 isi x 3markah =9markah

c)

Galurkan peristiwa Main Pantai yang menyebabkan aku ingin terbang ke Melaka apabila mengingat peristiwa tersebut. Galur 1 : Jarah pergi melihat temasya Main Pantai di tempatnya. Pada malam tersebut Jarah telah ketinggalan bas untuk pulang ke rumahnya Galur 2 : Jarah telah dipelawa bermalam di rumah orang lelaki bujang Galur 3 : Malam itu orang dari pejabat agama datang dirumah Jarah menginap dan mereka dituduh melakukan maksiat Galur 4 : Orang kampung Jarah yang mengetahui hal tersebut heboh seluruh kampung mengatakan Jarah melakukan maksiat Galur 5 : Ayah tiri dan ibu jarah merasa amat malu dan begitu amat marah sekali dengan peristiwa tersebut Galur 6 ayah tiri telah menyuruh Jarah pindah ke rumah kak dan Abang Ngah di Melaka Pilih 6 isi sahaja 1 isi = 1 markah 6 isi x 1 markah = 6 markah

11

d)

dua latar masyarakat yang tergambar dalam petikan di atas F1 : masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman H/C : jarah tinggal di kawasan kampong yang jauh tersorok dari bandar dari bandar. F2 : masyarakat yang masih mengamalkan kebudayaan/permainan tradisional H/C : Jarah dan orang-orang di kampongnya masih meraikan temasya Main Pantai F3 : masyarakat yang tidak putus asa H/C : Jarah akan mengajak ibu dan kawan-kawannya melihat temasya walaupun mereka mengalami berapa kesulitan untuk pergi ke sana. F1 : masyarakat yang tidak tahan menghadapi ujian H/C : Jarah dituduh melakukan maksiat tidak tahan ujian dan ibu bapa nya menghantar Jarah tinggal bersama keluarga Kak Ngah. Pilih 2 isi sahaja 1 isi = 3 markah (1 markah Fakta 2 markah Huraian/Contoh) 2 isi x 3 markah = 6 markah

12

Bahagian C: Drama Soalan 5 (a) maksud rangkaikata biar buruk perahu, buruk pangkalan, berkerat rotan berpatah arang [4] keadaan tingkah laku/ perangai yang tidak mahu mendeengar nasihat orang lain dan masih tegas dengan keputusannya. (4) Tegas dengan keputusan (2) walaupun ada kesan buruk yang berlaku di atas tindakannya itu (2) tidak akan mengubah keputusannya walau selama mana pun (4) Pilih mana-mana isi = 4m tiga kesan ke atas Dahlan berdasarkan kata-kata Pak Hamid Melanggar undangundang agama, undang-undang masyarakat dan undang-undang rumah tangga[12] Keruntuhan rumah tangga Dahlan Dahlan melanggar undang-undang rumah tangga. Dia sering pulang lewat malam, berfoya-foya dengan perempuan. Hal ini menyebabkan rumah tangga yang didirikankan bersama Rahimah runtuh. Dahlan telah menceraikan Rahimah dengan talak satu. Dahlan ditangkap polis. Akibat melanggar undang-undang masyarakat, Dahlan telah ditangkap polis. Dahlan telah menerima suapan/ rasuah daripada Tauke Leong sebanyak RM 10 000.

F1-

F2F3

(b)

F1H/c-

F2H/c-

F3Dahlan dipenjarakan H/C- Akibat melanggar undang-undang, Dahlan telah didapati bersalah dan dipenjarakan selama empat tahun kerja berat. F4Dahlan dibenci oleh masyarakat H/C- Dahlan telah melanggar undang-undang masyarakat. Dia tidak berkhidmat kepada masyarakat malah memandang hina kepada peminta sedekah dan pengutip derma. Disebabkan hal ini, Dahlan terpaksa berkonflik dengan dirinya sendiri ketika dia dipenjarakan. Dia seolah-olah mendengar suara-suara ghaib daripada orang-orang yang teraniaya seperti Lebai Alang, Zakiah, Kaum Tani,dan Rahman. F5Dahlan hilang pegangan agama. H/C- Selepas segala perbuatan Dahlan terhadap isterinya, masyarakat, dan Pak Hamid, Dahlan telah hilang arah hidup. Dahlan cuba membunuh dirinya ketika di tanah perkuburan kerana tidak tahan hidup dalam penyesalan. Walau bagaimanapun tindakan Dahlan sempat dihalang oleh Pak Hamid.

13

Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 4 markah (2 markah Fakta 2 markah Huraian/Contoh) 3 isi x 4 markah = 12 markah

(c) F1HC-

Huraikan tiga persoalan dalam petikan di atas.

[9]

Kepentingan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan penting dalam kehidupan. Ilmu ini merangkumi ilmu pelajaran, ilmu pendidikan kebangsaan dan ilmu agama. Dahlan seorang berpelajaran tinggi dan berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Namun begitu, Dahlan kurang mengamalkan ilmu agama dan ilmu pendidikan kebangsaan. Disebabkan hal ini, Dahlan hilang pedoman hidup. Kepincangan hidup berumahtangga Telah berlaku perceraian dalam rumah tangga Dahlan dan Rahimah. Akibat hidup cara barat, mengamalkan sikap berfoya-foya, kaki perempuan dan minum arak, Dahlan telah hilang kawalan dan menceraikan isterinya Rahimah. Sikap derhaka kepada orang tua. Dahlan telah menderhaka kepada bapa saudaranya. Dahlan telah bertindak mengikut perasaan dengan menderhaka kepada Pak Hamid yang telah menjaganya sejak kecil. Dahlan telah meninggikan suara dan bertengkar dengan Pak Hamid. Balasan terhadap perbuatan jahat Segala perbuatan jahat yang dilakukan Dahlan mendapat balasannya. Perbuatan Dahlan yang suka berfoya-foya dan terikut-ikut dengan budaya barat menyebabkan keruntuhan rumah tangganya.

F2HC-

F3HC-

F4HC-

Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 3 markah (1 markah Fakta 2 markah Huraian/Contoh) 3 isi x 3 markah = 9 markah

14 Soalan 6 (a) Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam petikan di atas.

[9]

F1Kegigihan H/C- J.M Aziz dan Cik Lijah gigih berusaha bagi mencari rezeki. Mereka bekerja dalam berbagai-bagai-bagai cara seperti sebagai Pegawai Penerangan, Wartawan dan Penulis. F2Pengorbanan H/C- J.M.Aziz terpaksa korbankan masanya dan tenaga untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga yang semakin bertambah. F3Kerjasama / Tolong-menolong / bantu-membantu. H/C- J.M Aziz dan Cik Lijah sama-sama berusaha untuk menambah pendapatan keluarga. Begitu juga dengan masyarakat lebah yang berkerjasama dalam menjalankan peranan mereka masing-masing. F4Keberanian H/C- J.M Aziz berani bergaul dengan orang-orang politik dalam mencari rezeki. Dia telah mengikut ahli-ahli politik seperti Tan Sri Ibrahim Fikri, Yang Berhormat Dato Haji Wan Kadir, Dato Engku Mohsein, Dato Alias Ali, Dato Haji Rashid Muhammad, Dato Haji Rashid Ngah. F5Bertanggungjawab H/C- J.M.Aziz seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab dalam menjaga keluarganya. Dia juga seorang pekerja yang berdedikasi.

Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 3 markah (1 markah Fakta 2 markah Huraian/Contoh) 3 isi x 3 markah = 9 markah

(b) F1HC-

Jelaskan dua peranan J.M. Aziz berdasarkan petikan

[4]

Sebagai penulis J.M Aziz adalah seorang penulis seperti yang digambarkan dalam petikan Selama lapan tahun dia menjadi penulis khas untuk majalah Pantai Timur yang diterbitkan oleh Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan. Sebagai suami J.M Aziz adalah suami yang bertanggungjawab mencari rezeki bagi menyara kehidupannya bersama-sama Cik Lijah. Beliau dan isterinya, Puan Lijah masih menjadi ahli UMNO. Memang Aziz seorang pekerja

F2HC-

15 F3HCSebagai wartawan J.M Aziz pernah bertugas sebagai wartawan. J.M Aziz juga bertugas sebagai wartawan bebas, menulis untuk Utusan Melayu, Utusan Zaman, Berita Harian, Berita Minggu dan lain-lain lagi.

F4HCF5HC-

Sebagai Pegawai Penerangan J.M Aziz pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan kerjanya mengikut Pegawai Penerangan Bergerak untuk memberi ceramah Ahli UMNO J.M Aziz merupakan seorang ahli UMNO yang bergiat aktif. Beliau juga terlibat dengan politik; menjadi ahli UMNO Seberang Takir. Membantu Osman Abadi di Ibu Pejabat UMNO, bahagian Penerangan Sebagai pengiring penceramah. J.M Aziz sering mengikuti Ahli UMNO untuk menyampai ceramah. mengikuti Tan Sri Ibrahim Fikri untuk memberi ceramah, juga sering bersama-sama Yang Berhormat Dato Haji Wan Kadir, Ahli Parlimen Kuala Nerus. Aziz juga sering bersama-sama Dato Engku Mohsein, Menteri Muda Belia dan Sukan, Dato Alias Ali, Dato Haji Rashid Muhammad, Dato Haji Rashid Ngah. Pilih 2 isi sahaja 1 isi = 2 markah (1 markah Fakta 1 markah Huraian/Contoh) 2 isi x 2 markah = 4 markah

F6HC-

(c)

J.M Aziz berperanan sebagai penulis. Bincang tiga puisi J.M Aziz yang terkandung dalam drama ini [12]

F1Bimbang H/C- Sajak dihasilkan ilham apabila J.M Aziz yang bekerja sebagai penarik beca melihat seorang gadis (Farha) yang bimbang akan kekasih hatinya yang turun ke laut. F2H/C Bersinar Seumur Sajak yang ditujukan khas kepada Jaafar dan Ibrahim yang mati lemas ketika mengejar bot pendatang Vietnam.

F3Inang Rodat H/C- Sajak yang menceritakan tentang kecantikan Inang Rodat. F4Pantai dan laut H/C- Sajak yang menceritakan kehidupan J.M Aziz sebagai nelayan.

16 F5Puisimu Buah hatiku H/C- Puisi ini menggambarkan perasaan Minah dan Mamat dan ditujukan kepada isterinya yang tercinta. 1F=4m, Maksimum 3F= 12 Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 4 markah (2 markah Fakta 2 markah Huraian/Contoh) 3 isi x 4 markah = 12

17 Bahagian D : Sajak SOALAN 7 a) Tema sajak [2]

F1 Keindahan alam yang dilihat dan dinikmati oleh penyajak ketika melintasi Kundasang. H/C Penyajak berasa terpegun dan terpesona apabila melewati kawasan pertanian Kundasang yang begitu indah sekali ketika cahaya matahari pagi menyinari bukit-bukau hutan, deretan lalang dan kebunan kubis Sewaktu melintasi Kundasang matahari melimpahkan sinaran mutiaranya ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang dan kebunan kubis Dua persoalan sajak [6] F1 Persoalan tentang hubungan manusia dengan alam sekitar H/C Manusia akan mengagumi keindahan alam yang dinikmatinya. Oleh itu, manusia akan mendekatkan diri dengan keindahan tersebut dan sangat rapat dengan alam sekitar. Contoh, sewaktu melintasi Kundasang mesra dakap melupakan aku sedetik, pendatang terasing kali ini akan kuambil lembutmu untuk melentur keras watakku F2 Persoalan tentang kesan positif satu pengembaraan H/C Sajak ini menjelaskan bagaimana pernyair mendapat kesan positif hasil daripada pengembaraannya itu. Penyair dapat menenangkan jiwanya yang sebelum ini penuh dengan kecelaruan. Ini terbukti melalui contoh, ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang, dan kebunan kubis menyentak celaru kehidupan yang kupapah F3 Persoalan tentang keindahan alam sekitar yang dikurniakan oleh Tuhan H/C Alam semulajadi yang bersih daripada sebarang pencemaran berupaya memberi ketenangan dan kedamaian dalam diri kita. Oleh itu, peliharalah alam sekitar terutama kawasan pertanian seperti Kundasang yang masih kekal ciri-ciri semulajadinya. Contohnya, Sewaktu melintasi Kundasang matahari melimpahkan sinar mutiaranya ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang dan kebunan kubis

18

F4 Persoalan tentang jauh berjalan luas pandangan H/C Penyajak mendapat pengalaman menarik apabila melintasi Kundasang. Pengalaman ini tidak pernah dialami semasa di bandar. Contohnya, ketika kau tetap abadi menatap alam menyaksi kejadian serta takjub sepi namun sentosa bahagia sekalipun purba Pilih 2 isi 1 isi = 3m ( 1m fakta, 1m huraian, 1m contoh ) 2 isi x 3m = 6m

b)

Dua sebab penyajak mengaguminya

[8]

F1 Kawasan tersebut indah, tenang dan mendamaikan H/C Kawasan yang dilawati penyajak sangat tenang dan mendamaikan dengan sinaran cahaya matahari yang menyinari bukit, hutan, deretan lalang dan kebun kubis. Penyajak dapat melihat kabus yang menipis di puncak Kinabalu. Contoh, Sewaktu melintasi Kundasang matahari melimpahkan sinar mutiaranya ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang dan kebunan kubis menyentak celaru kehidupan yang kupapah sekaligus meresapkan rindu damai dengan warnanya tak terusik F2 Kawasan yang dilawatinya tidak tercemar H/C Penyajak melintasi kawasan Kundasang yang kelihatan asli tidak tercemar oleh sebarang pembangunan. Beliau begitu kagum dengan keaslian warna kawasan tersebut. Contohnya: sekali gus meresapi rindu damai dengan warnanya tak terusik

19 F3 Kawasan ini dapat menghilangkan kebosanan dalam hidup H/C Apabila penyajak melintasi Kundasang yang penuh kedamaian dan ketenangan, dapat menghilangkan kebosanan hidupnya selama tinggal di bandar. Contoh, sewaktu melintasi Kundasang mesra dakap melupakan aku sedetik, pendatang terasing kali ini akan kuambil lembutmu untuk melentur keras watakku F4 Dapat menghilangkan segala masalah H/C Kundasang dapat menghilangkan segala masalah yang dihadapi apabila berada di kawasan ini. Contohnya, sewaktu melintasi Kundasang mesra dakap melupakan aku sedetik, pendatang terasing kali ini akan kuambil lembutmu untuk melentur keras watakku

Pilih 2 isi 1 isi = 4m ( 2m fakta, 1m huraian, 1m contoh ) 2 isi x 4m = 8m

c)

Tiga unsur gaya bahasa dalam sajak

[9]

F1 Personifikasi H/C Pemberian sifat manusia kepada binatang, tumbuh-tumbuhan atau benda mati yang lainnya. Contoh, menyentak celaru kehidupan yang kupapah F2 Hiperbola H/C Suatu pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha hendak menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa. Contoh, matahari melimpahkan sinar mutiaranya F3 Asonansi H/C Perulangan bunyi vokal dalam baris sajak tertentu untuk menimbulkan kemerduaan apabila di baca. Contoh, matahari melimpahkan sinar mutiaranya ( perulangan bunyi vokal i )

20 F4 H/C Aliterasi Perulangan bunyi konsonan untuk menimbulkan kemerduaan apabila di baca. Contoh, angin dingin mengusap pohon-pohon ( perulangan konsonan n )

F5 Metafora H/C Perbandingan langsung yang mengandungi satu kata konkrit dan satu kata abstrak. Contoh, bising peradaban F6 H/C Anafora Perulangan kata awal baris resah mengeliat ke tanah resah mengeliat ke rimba resah memulas ke tulang bangsa ( pengulangan perkataan resah ) Epifora Perulangan kata di akhir baris gugup lahir di mata kita gugup lahir di suara kita ( pengulangan perkataan kita )

F7 H/C

Pilih 3 isi 1 isi = 3m ( 1m fakta, 2m huraian/contoh ) 3 isi x 3m = 9m

21 SOALAN 8 (a) F maksud rangkap pertama Penyajak cuba menyedarkan kira tentang pengorbanan nenek moyang kita pada masa dahulu, tetapi kini kita seakan-akan membiarkan segala usaha tersebut tanpa mempertahankannya. [4m] Tiga harapan penyajak Penyajak berharap masyarakat sekarang sedar dengan keadaan hidup yang sebenar Masyarakat harus berubah ke jalan yang betul agar tidak terus tersesat dalam arus kehidupan yang mencabar. Contoh, Mari kita lagukan canggung katarsis arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang Penyajak berharap anak-anak dibesarkan dengan keimanan yang kukuh Penyajak menekankan nilai keagamaan dalam sajak ini supaya ibu bapa memastikan anak-anak dibesarkan dengan keimanan yang kukuh. Contoh, Ayunkan roh anak ke pintu hakiki Dodoikan nyali anak ke perabung maknawi temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi dan selimut iman dari Tuhan Penyajak berharap manusia akan sedar tentang kesalahan serta dosa dan menginsafinya Manusia merupakan insan yang lemah dan tidak dapat mengelak daripada melakukan dosa atau kesalahan. Penyajak berharap manusia akan insaf dan kembali ke pangkal jalan. Contoh, Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak sempat ditalkinkan pada saat pertama lolong angin tenggara memintal duka bersama

(b) F1 H/C

F2 H/C

F3 H/C

22 F4 Penyajak berharap masyarakat menyedari hakikat perjuangan untuk mempertahankan negara daripada di jajah H/C Masyarakat harus menyedari hakikat perjuangan yang ditekankan oleh penyajak supaya kita tidak lagi akan dijajah. Kita harus maju walaupun dalam kehidupan yang mencabar. Contoh, Mari kita lagukan canggung katarsis arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang Ayunkan roh anak ke pintu hakiki Pilih 3 isi 1 isi = 3m ( 1m fakta, 2m huraian) 3 isi x 3m = 9m

(c)

Empat unsur gaya bahasa dan fungsinya

[12]

F1 Metafora/Penggunaan kata-kata yang menggabungkan kata konkrit dan abstrak H Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau disebut bahasa bandingan dan boleh menggerakkan imaginasi pembaca. C Manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa ke manakah bangkai dosa akan dikirim F2 Personifikasi/Pemberian sifat manusia kepada benda-benda bukan manusia, tempat atau suasana H Penggucapan gaya bahasa ini dapat menghidupkan lagi penggucapan dan imaginasi pembaca. C resah mengeliat ke tanah luka menyentak haluan kiblat F3 Asonansi/Perulangan bunyi vokal H Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak berfungsi untuk menimbulkan kemerduaan, kelembutan, keindahan bunyi sajak berkenaan. C Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia ( perulangan bunyi vokal a )

23 F4 Aliterasi/Perulangan bunyi konsonan H Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak juga berfungsi untuk menimbulkan kemerduaan bunyi sajak berkenaan C menganyam gugup yang bergantungan di dada ( perulangan bunyi konsonan g ) F5 Paradoks H Gaya bahasa yang mempertentangkan kata-kata dalam ayat. Fungsinya untuk memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan C Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia ( Harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi )

F6 Inversi/Pembalikan kata H Pembalikan kata yang menimbulkan kelainan pengucapan atau penyebutan. Gaya bahasa ini akan menjadikan ayat atau rangkai kata itu lebih indah, segar dan menarik walaupun menyimpang daripada kelaziman tatabahasa C ke kali tujuh penjuru gunung ( Sepatutnya ke tujuh kali penjuru gunung ) Pilih 4 isi 1 isi 3m ( 1 fakta, 1 huraian, 1 contoh ) 4 isi x 3m = 12m

SKEMA JAWAPAN TAMAT