Anda di halaman 1dari 2

Hak Wanita Islam

Hak untuk Berkahwin Hak Mendapat Pendidikan - pendidikan agama - pendidikan hikmah Hak Pusaka dan Wasiat - Wanita berhak menerima harta pusaka dan pemilikan wasiat Hak Kebebasan Bersuara dan Memberi Pendapat Hak Memperoleh Nafkah - Islam mewajibkan suami memberikan: a) Nafkah zahir - Makanan, rumah, perubatan, pakaian b) Nafkah Batin Rohani, Agama Hak Mendapat Layanan Baik - Suami hendaklah melayan isteri dengan sikap yang mesra, pengasih dan lemah lembut

Hak Kerja Kaum Wanita China


Untuk menjamin hak kerja kaum wanita, badan kerajaan China sentiasa melaksanakan peraturan dan undang-undang seperti Undang-undang Kerja, melarang diskriminasi jantina dalam kerja pengambilan kerja, menjamin kaum wanita menikmati hak pembahagian modal, teknologi dan faktor produksi lain secara sama rata dengan kaum lelaki, menjamin kaum wanita dan kaum lelaki memperoleh jumlah gaji yang sama dalam kerja yang sama, memperkecil jurang perbezaan pendapatan antara kaum wanita dengan kaum lelaki, memperbanyak cara bekerja kaum wanita, mempertimbangkan keperluan wanita dalam proses pembangunan ekonomi dan penyusun semula struktur perusahaan, mengembangkan perusahaan perkhidmatan untuk memberi peluang kerja baru kepada kaum wanita, melaksanakan dasar perlindungan bekerja pekerja wanita, membimbing pelbagai perusahaan atau syarikat memasukan peraturan perlindungan bekerja pekerja wanita ke dalam kontrak bekerja dan kontrak kolektif, melindungi pekerja wanita pada masa hamil dan kelahiran; kaum wanita di desa menikmati hak secara sama rata dengan kaum lelaki seperti hak tanah berkontrak, hak produksi dan urus niaga, hak pembahagian tanah rumah persendirian, bayaran pampasan tanah, bayaran saham dan lain-lain, di samping itu, menyediakan pelbagai latihan kepada tenaga kerja lebihan kaum wanita di desa untuk membantu mereka bekerja di tempat yang bukan menghasilkan barangan pertanian.

Peranan wanita sebagai pekerja Kekayaan dan jatuh bangunnya sesebuah negara adalah bergantung kepada kekuatan ekonomi negara itu. Untuk menjadikan ekonomi Negara kuat dan kukuh, peranan tenaga kerja sama ada lelaki dan wanita adalah besar. Wanita juga adalah sebahagian daripada tenaga kerja. Oleh itu, wanita juga berperanan besar dalam aktiviti ekonomi dunia dan sesebuah negara melalui peranannya yang produktif. Banyak faktor yang menyebabkan wanita terlibat dalam bidang pekerjaan seperti untuk meningkatkan kualiti hidup, untuk meringankan beban kedua-dua ibu bapa, membayar hutang pinjaman pengajian, mengurangkan beban terhadap suami dan menaikkan identiti sosial. Peranan sebagai isteri dan ibu Isteri berperanan untuk mentadbir hal-ehwal rumah tangga dan keluarga. Mereka bukan sahaja sebagai tukang masak dan pengasuh kanak-kanak, tetapi juga menjadi penyambut tetamu yang baik, setiausaha yang cekap, pengarah yang tegas dan menteri yang berkaliber dan sebagainya. Sekiranya diperhatikan dalam institusi keluarga, kaum ibulah yang paling rapat dengan anak-anak dan sumbangan mereka dalam melahirkan generasi yang berbudi pekerti mulia banyak terletak dalam tangan mereka. Bagi kaum wanita, tugas pertama dan utama ialah mengasuh dan mendidik anak. Peranan ini juga menggambarkan bahawa masa depan seseorang lebih banyak bergantung kepada corak asuhan dan didikan awal kaum wanita terutama dalam melahirkan manusia yang berguna. Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami. Peranan wanita dalam melakukan kerja rumah Wanita banyak membantu dalam membuat kerja rumah. Antaranya, wanita telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menyediakan makanan harian kepada ahli-ahli keluarga. Selain itu, mereka juga membasuh pakaian ahli keluarga. Tambahan pula, mereka juga memastikan rumah senantiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat. Di samping itu, mereka juga kerap menghantar anak-anak ke pusat bimbingan, sekolah dan lain-lain. Seterusnya, mereka juga