Anda di halaman 1dari 31

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, KUCHING, SARAWAK
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)

KERJA KURSUS PROJEK PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU BMM 3107


NAMA PELAJAR NO KAD PENGENALAN KUMPULAN/ UNIT KOD MATAPELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING TARIKH SERAHAN AUTDREY ANAK KANCHIN 900221-13-7232 PISMP BM/PJ/PSV 1111 BMM 3107 PENGANTAR MELAYU LINGUISTIK BAHASA

PUAN NOOR LIZA BINTI ABDULLAH 12 SEPTEMBER 2012

Autdrey anak Kanchin 1

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

...

Nama Penulis : Tarikh :

Autdrey anak Kanchin 2

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK] HALAMAN JUDUL

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU: KAJIAN SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK & PERBANDINGAN ANTARA KAJIAN SEMANTIK DAN PRAGMATIK SERTA PERBANDINGAN ANTARA PSIKOLINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

AUTDREY ANAK KANCHIN PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER EMPAT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

Autdrey anak Kanchin 3

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN JUDUL SENARAI KANDUNGAN

i. ii. iii. iv. v.

SOALAN TUGASAN PROFIL PERIBADI JADUAL PELAN TINDAKAN BORANG REKOD KOLABORASI PENGHARGAAN

Mukadimah

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0

Esei Kajian Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik Grafik Banding Beza Semantik dengan Pragmatik Grafik Banding Beza Psikolinguistik dengan Sosiolinguistik Penutup Refleksi Kendiri Bibliografi Lampiran

10 21 23 25

Lampiran A Maklumat rujukan Pengantar Linguistik Bahasa Melayu Lampiran B Salinan Kerja Kursus dalam bentuk Cakera Padat

Autdrey anak Kanchin 4

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

Autdrey anak Kanchin 5

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

PROFIL DIRI PELAJAR

BIODATA GURU PELATIH

Nama No. Kad Pengenalan Kursus

: Autdrey anak Kanchin : 900221-13-7232 : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2011

Kelas Alamat Tarikh Lahir Emel

: Bahasa Melayu : Unit 014, Blok M, Sibu Jaya, 96000, Sibu, : 21 Februari 1990 : autdreyk@yahoo.com

Autdrey anak Kanchin 6

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK] JADUAL PELAN TINDAKAN

KERJA KURSUS PROJEK PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Pensyarah Pembimbing Tarikh Mula Tarikh Serahan Langkah 1 : PN NOORLIZA BINTI ABDULLAH : 08 OGOS 2012 : 12 SEPTEMBER 2012 Tindakan menerima soalan tugasan Pelajar dengan Pensyarah 8 ogos 2012 Interaksi Tarikh

daripada pensyarah pembimbing taklimat dan sesi soal jawab mengenai tugasan. 2 melayari internet dan meminjam buku dari perpustakaan untuk mencari maklumat perihal fonetik dan fonologi bahasa Melayu. 3 Membaca menandawarnakan yang diperolehi. Menjana beberapa isu sebagai soalan atau perkara yang hendak diketahui dalam Sejarah dan maklumat

12 ogos 2012 Pelajar

Pelajar

13 ogos 2012

perkembangan Linguistik. Memindahkan pengetahuan yang didapati Sejarah Linguistik. 4 Memeriksa kesilapan ejaan dan menyusun Sejarah Linguistik. Membuat banding beza semantik atur esei kajian Pelajar 19 Ogos 2012 dalam esei kajian

Perkembangan

Perkembangan

Autdrey anak Kanchin 7

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu dan 8

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK] pragmantik serta

psikolinguistik dan sosiolinguistik. Menulis refleksi KKP BMM 3107 membuat Sejarah Linguistik. membuat bibliografi 9 menyemak dan menjilidkan hasil kerja. 9 menghantar tugasan kepada pensyarah pembimbing. Pelajar dan Pensyarah 12 September 2012 Pelajar 10 September 2012 isi kandungan dan pengurusan grafik Pelajar 31 Ogos 2012 Pelajar 29 Ogos 2012

Perkembangan

Autdrey anak Kanchin 8

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK] PENGHARGAAN Tak Molek jika alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah penghargaan jika tiada tuannya untuk berbicara..

Syukur kepada hadrat Ilahi, atas segala kasih karunianya akhirnya Kerja Kursus Projek BMM 3018 ini dapat saya laksanakan dengan jayanya.

Buat pensyarah pembimbing BMM 3107- Puan Noor Liza binti Abdullah,

Banyak duri perkara duri Tidak sama duri mengkuang Banyak budi perkara budi Tidak sama budimu seorang.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau sepanjang kursus Pengantar Linguistik Bahasa Melayu.

Kepada rakan seperjuangan PISMP BM 1111, atas segala perkongsian idea dan kolaborasi anda: Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan. Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh dihujung taman Kalungan budi junjungan kasih Mesra kenangan sepanjang zaman

Autdrey anak Kanchin 9

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

MUKADIMAH

Kerja Kursus Projek Pengantar Lingusitik Bahasa Melayu ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik pada KKP ini bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. Selain itu, sesuai dengan tajuk pengantar linguistik, struktur dalam linguistik turut dibincangkan di mana penekanan kepada perbezaan semantik dengan pragmatik dinyatakan dalam bentuk grafik. Bagi displin ilmu linguistik, kerja kursus projek ini hanya menyentuh dua bidang kajian linguistik iaitu psikolinguistik dan sosiolinguistik. Walaubagaimanapun, Kerja Kursus ini menerangkan lebih rinci sejarah perkembangan ilmu linguistik. Perihal semantik, pragmatik, psikolinguistik dan sosiolinguistik saya interprestasikannya dalam bentuk grafik banding beza. Di mana saya menyentuh definisi, persamaan dan perbezaan setiap bidang tersebut. Pada akhir kerja kursus ini, saya turut lampirkan bibliografi sebagai bukti menyokong hasil tugasan saya dan beberapa maklumat yang telah saya cetak bagi menunjukkan berlakunya proses pemerolehan ilmu.

Autdrey anak Kanchin 10

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

1.0

ESEI KAJIAN SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK

Dalam prakata buku Aspects of Language yang dikarang oleh Bolinger (1968) terdapat satu rangkai kata yang bermaksud pada hari ini seorang ahli linguistik akan dapat mengkaji kata adverba sama seperti ahli sains mengkaji atom. Namun, apakah itu linguistik? Perihal apakah linguistik? Perkara ini akan saya kupaskan satu-persatu. Menurut Verhaar (1985:1), linguistik berasal daripada perkataan Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Selain itu, perkataan linguistik juga boleh ditemukan dalam bahasa Perancis Langue dan Langage, bahasa Itali- Lingua, bahasa Sepanyol- Lengua dan bahasa Inggeris Linguistics. Menurut Kamus Dewan (1993) perkataan linguistik diambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa. Berikut ialah beberapa pendapat tokoh yang menjelaskan definisi ilmu linguistik: 1. John Lyons (1968) language. 2. David Crystal (1973), menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. 3. Langacker (1987), mendefinisikan linguistik sebagai kajian terhadap manusia. 4. Ferdinand de Sausure (1988), mendefinisikan linguistik sebagai kajian mengenai bahasa yang diucapkan oleh segolongan masyarakat. 5. Verhaar (1993) menyatakan bahawa linguistik adalah suatu kajian ilmu bahasa. Beliau juga mengatakan bahawa perkataan linguistik sudah memberikan maksud kajian yang menyentuh sesuatu kajian bahasa boleh dilaksanakan
Autdrey anak Kanchin 11

mendefinisikan

linguistik sebagai the scientific study of

bahasa

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

Pendek kata, linguistik adalah kajian tentang bahasa. Tetapi sebelum itu, sebagai makluman tambahan, terdapat perbezaan antara istilah ahli bahasa, ahli linguistik dan ahli terjemahan. Ahli bahasa adalah individu yang mahir dalam satu-satu bahasa, terutamanya dari segi peraturan bahasa serta penggunaan bahasa yang betul dalam pelbagai konteks. Ahli linguistik pula adalah individu yang mahir tentang teori-teori lingistik serta kaedah-kaedah penyelidikan linguistik. Seseorang ahli linguistik yang bersandarkan sesuatu teori boleh

menjelaskan apa-apa fenomena atau permasalahan dalam bahasanya sendiri atau bahasa-bahasa lain walaupun beliau sendiri tidak memahami bahasa tersebut. Ini bermakna ahli linguistik bukanlah seseorang yang mahir dalam banyak bahasa seperti ahli terjemahan. Ahli terjemahan ialah seseorang yang mahir lebih daripada satu bahasa. Kemungkinan, seseorang itu boleh menterjemahkan bahasa Melayu dengan bahasa Rusia atau dengan beberapa bahasa yang lain. Walaupun saya telah menjelaskan definisi linguistic dan perbezaan antara ahli bahasa, linguistic dan penterjemah, skop kajian Kerja Kursus yang ingin saya bincangkan sebenarnya adalah perihal Sejarah Perkembangan ilmu linguistik. Sejarah perkembangan ilmu linguistik sebagai salah satu disiplin ilmu moden secara relatifnya masih dianggap baharu. Di Eropah seperti Britain, ilmu ini mula berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an. Ijazah ilmu linguistik mula-mula diperkenalkan di Universiti York, Britain. Di Malaysia pula, ilmu linguistik mula diajarkan di Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM pada 1 Mei 1984. Bidang ini telah mendapat perhatian hampir di semua universiti di Malaysia. Tapi molek sekiranya, kita mengkaji terlebih dahulu sejarah perkembangan linguistik dari zaman ke zaman. Seperti manusia yang telah berkembang secara revolusi, bahasa juga mengalami perkembangan tetapi secara evolusi. Yang dimaksudkan dengan cara evolusi ialah suatu perkembangan yang memakan waktu yang panjang dan tidak membuang unsur-unsur yang lama secara radikal. Misalnya,saya petik contoh ayat bahasa Inggeris dari buku Rencana Linguistik oleh Abdullah Hassan; Tahun 1600: Our Father, which art in Heaven, Hallowed be thy name.

Autdrey anak Kanchin 12

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

Tahun 1300: Fader oure thet art ine hevenes, yhalyed bi thi name. Tahun 900: Faeder ure thy the eart on heofenum, si thin nama gehalgod. Tahun 600: Atta unsar, thu ini himinam, weihnai namo thein. Untuk menyakinkan masyarakat wujudnya hakikat evolusi bahasa, hanya ada satu cara iaitu kita menjajarkan sesuatu bahasa yang dipakai daripada beberapa zaman. Implikasinya, kita celik sejarah perkembangan bahasa dan bukan hanya individu yang tahu menuturkan bahasa. Sementelah, kita dapat menerapkan nilai tidak lupa pada bahasa, kerana perkembangan bahasa dari zaman ke zaman inilah yang membantu bahasa kita bersifat dinamika. Sejarah Perkembangan Linguistik
Zaman Yunani Zaman Yunani Zaman Iskandariah Zaman Romawi Zaman Rom Zaman Arab Zaman Pertengahan Zaman India Zaman Linguistik Perbandingan Zaman Struktur Pengaruh De Saussure Rajah 1 : Kronologi Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik (rujukan buku Rencana Linguistik oleh Abdullah Hassan,1992) Zaman Peralihan Zaman Arab Zaman India Zaman Linguistik Perbandingan

Zaman Linguistik Moden Rajah 2 : Kronologi Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik (rujukan Modul PGSR Pengantar Linguistik Bahasa Melayu, KPM)

Berdasarkan daripada rajah 1 dan rajah 2 berkaiatan kronologi Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik, saya dapati sumber rujukan yang saya perolehi

memaparkan perkembangan ilmu linguistik yang agak berbeza. Di mana di dalam buku Rencana Linguistik oleh Abdullah Hassan tidak menyentuh mengenai zaman
Autdrey anak Kanchin 13

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

Iskandariah. Tetapi di dalam modul PGSR Pengantar Linguistik, ia telah menggariskan sembilan perkembangan zaman ilmu linguistik. Terlebih dahulu, saya akan membicarakan tentang perkembangan ilmu linguistik zaman Yunani. Zaman yunani merupakan tamadun awal di dunia. Kegiatan pengkajian bahasa bermula sebelum 500 masihi. Pada zaman Yunani, tokoh-tokoh seperti Plato, Aristotle, Trax dan lain-lain merupakan sarjana linguistik yang terkenal. Sarjana linguistik Yunani pada masa ini cenderung mengkaji apa yang kita anggap sebagai etimologi; iaitu pengkajian tentang bagaimana kata-kata terbentuk. Perbincangan etimologi ini menyentuh perihal : persoalan pembentukan kata adalah berlaku secara semula jadi atau dibentuk oleh manusia melalui kebudayaan. Di sebabkan persoalan ini, wujudnya dua puak yang menyokong ideologi berlainan iaitu puak naturalis dan puak konvesional,Puak naturalis nendukung filasat bahawa perkataan terbentuk daripada kebiasaan atau realiti benda. Pernyataan ini didukung oleh makna naturalisme yang saya petik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat, mukasurat 1073di mana ia menerangkan bahawa naturalisme adalah aliran atau pandangan dalam seni atau sastera yang berusaha untuk mengambarkan manusia atau objek dalam keadaan atau sifat yang sebenarnya.Manakala, puak konvensional pula adalah berdasarkan kebudayaan atau persetujuan masyarakat. Di dalam kamus Dewan, mukasurat 820; perkataan konvensional adalah terbitan daripada kata konvensi. Konvensi bermakna sesuatu seperti amalan, tingkah laku, atau ciriciri yang sudah diiktiraf, diterima dan diamalkan secara meluas serta berterusan. Ketidaksamaan pendapat ini telah mewujudkan dua golongan sarjana iaitu sarjana analogi yang menyokong epistemologi konvensional dan sarjana anomali yang mendukung filasat puak neutralisme. Menurut O.Jespersen di dalam buku Linguistik Am oleh Abdullah Hassan, sekiranya bahasa itu satu unsur semula jadi, maka kita hendaklah menerima bahasa itu sebagaimana bahasa itu terbentuk. Tetapi sekiranya bahasa itu terbentuk menurut kebiasaan, maka bolehlah kita memperbaikinya apabila terdapat kekurangan. Pendapat O.Jespersen ini timbul daripada hasil penyelidikan ahli falsafah zaman Yunani yang terkenal iaitu Plato. Plato merupakan ahli falsafah
Autdrey anak Kanchin 14

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan ini disalurkan melalui karyanya yang berbentuk dialog iaitu CRATYLUS. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi antara sarjana analogi dan sarjana anomalis. Dialog ini mencetuskan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensional, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat yang telah menjadi kebiasaan. Beliau juga telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang membentuk pemikiran lengkap , yakni logos. Logos terbahagi kepada dua iaitu onoma dan rhema. Dalam karya Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) Pelita Bahasa Melayu 1 (1974), beliau juga membahagikan ayat kepada benda (onoma) dan cerita (rhema). Selain itu, Plato juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Beliau telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Pada zaman Aristotle (murid Plato) tahun 384 322 sebelum masihi, Arristotle telah memperkenalkan penggunaan kata hubung dalam tatabahasa. Beliau juga merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kata atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa. Dionysius Thrax- salah seorang sarjana Yunani selepas Plato telah mengetengahkan kaajian berdasarkan bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh pemuisi Homer dalam puisinya. Beliau telah menghasilkan buku tatabahasa yunani iaitu Techne Grammatike. Beliau telah menggolongkan kata kerja kepada lapan, iaitu kata nama, kata ganti nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverb, kata sendi, kata partikel dan kata seru. Buku ini menjadi asas penulisan buku-buku tatabahasa bahasa Eropah pada hari ini. Secara umumnya, dapat saya nyatakan di sini bahawa pada zaman Yunani kajian mengenai bahasa lebih fokus kepada tatabahasa.

Autdrey anak Kanchin 15

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

Sekarang kita akan membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Iskandariah. Zaman Iskandariah bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan,yakni pertuturan. Sarjana linguistik zaman Iskandariah turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverba, kata partikel, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Kita telah selesai membincangkan zaman Yunani dan jajahan takluknya Iskandariah. Oleh itu kita akan beralih kepada perkembangan ilmu linguistik fasa ketiga pada zaman Romawi. Setelah keruntuhan kegemilangan Yunani, Rom telah mengambil alih bidang bahasa dan menjadi pusat kajian bahasa. Pada zaman Rom, sarjana-sarjana linguistik telah mengubahsuai segala tinggalan linguistik sarjana Yunani dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Natijahnya, satu pengkodifikasian pemikiran dan konsep nahu Yunani telah berlaku pada zaman Romawi. Rentetan hal ini, sarjana bahasa Rom tidak menghasilkan banyak karya asli. Walaubagaimanapun, hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa sellepas zaman itu. Tamsilnya, buku tatabahasa Institutiones Grammatikae oleh Priscian masih dianggap baku hingga ke hari ini. Buku ini membincangkan pembentukan kata dan ayat. Daripada aspek linguistik moden, karya beliau dinyatakan menggunakan kaedah yang tidak konsisten kerana beliau membuat deskripsi berdasarkan kriteria formal (bentuk kata) dan kadang kala menggunakan semantic (makna). Namun, tatabahasa beliau menjadi asas tatabahasa latin hari ini. Setelah zaman kesarjanaan Yunani, Iskandariah dan Romawi berakhir, usaha mengkaji bahasa pada akhir zaman pertengahan dan zaman peralihan telah diteruskan. Akhir Zaman pertengahan dan zaman peralihan dikenali sebagai zaman Renaissance. Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud

pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi


Autdrey anak Kanchin 16

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada suatu ketika dahulu. Zaman ini merupakan zaman kebangkitan atau pemulihan budaya masyarakat Eropah daripada kegelapan cengkaman autokratik gereja. Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Bukan itu sahaja, pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Ini menyumbang kepada kegemilangan Itali menjadi pusat ilmu yang terkenal di Eropah pada abad ke 15. Hal ini terjadi apabila Kota constntinople dikuasai oleh orang Islam telah jatuh ke tangan orang Barat pada tahun 1453. Keadaan ini telah menyebabkan ramai para ilmuan Islam berhijrah ke pusat-pusat perdagangan di Baghdad. Ini menyebabkan Itali menjadi pusat intelektual terkenal di Eropah pada masa itu. Dalam masa yang sama, di mana Eropah sedang mengalami zaman kegelapan dan dalam proses peralihan, perkembangan linguistik zaman Arab berlaku di ibu wilayah empayar Islam yakni Baghdad. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Kebanyakan ahli falsafah yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber alQuran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Ini
Autdrey anak Kanchin 17

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

dibuktikan dengan deskripsi bunyi dan lambing Quran sejak 1400 tahun yang lalu tidak pernah berubah. Seorang sarjana bahasa leksikografi Arab al-Khalil telah menumpukan tenaga dan akal fikiran beliau mengkaji fonetik dan kata. Beliau mendeskripsi bunyibunyi bahasa arab dengan memilih bunyi-bunyi konsonan sahaja. Bunyi-bunyi konsanan lebih konstan daripada bunyi vokal. Oleh itu, bunyi vokal akan berubah dan mempunyai variasi pengucapan. Perbincangan seterusnya ialah perihal sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Hasil kajian daripada pendeta-pendeta india wajar disanjungi. Salah seorang pendeta India- Panini, telah menulis buku tatabahasa Sanskrit bertajuk Astadhyayi (Delapan Kuliah) pada kurun keempat sebelum masihi. Buku tatabahasa Sanskrit beliau ini berjumlah lebih kurang seribu makalah berkenaan tatabahasa Sanskrit. Pendeta-pendeta india mengumpul teks agama untuk dikaji dan dideskripsi secara terperinci. Ahli nahu india telah membezakan kata nama dan kata kerja tetapi menamainya sebagai proposisi dan partikel. Seterusnya, Perbandingan. Untuk makluman anda, zaman linguistik perbandingan dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Menurut kamus dewan Edisi Keempat, mukasurat 69, antropologi adalah kajian saintifik tentang asal usul manusia baik dari aspek perkembangan fizikal dan budayanya, ciri-ciri ras dan adat resam serta kepercayaannya. Manakala, sosiologi membawa makna kajian tentang perkembangan,organisasi dan kehidupan manusia. Sarjana linguistik zaman perbandingan turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Sarjana linguistik komparatif membandingkan dua bahasa atau lebih daripada sudut bunyi, perkataan dan ayat
Autdrey anak Kanchin 18

kita

beralih

kepada

perbincangan

zaman

Linguistik

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

iaitu dengan cara melihat persamaan dan perbezaan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Ini bermakna teori linguistik perbandingan tercipta untuk menentukan bahasa induk sesuatu rumpun bahasa. Bidang kajian ini telah dipelopori oleh Grimm dan Verner dengan hukum pergeseran bunyi untuk mencari induk bahasa-bahasa Eropah. Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia . Bagi induk bahasa Eropah dapat kita ketahui melalui rumpunrumpun bahasa di dunia. Justeru, rumpun-rumpun bahasa dunia digolongkan seperti yang demikian: Indo-Eropah, Semitik, Fino-Ugria, Bantu, Altaik, Sino-Tibet, Austronesia, Oceania dan lain-lain. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-GH dan R-D-L. Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk sejarah perkembangan ilmu linguistik ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Kajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronik dan diakronik. Konsep sinkronik dan diakronik dibincangkan buat pertama kalinya oleh Ferdinand De Saussure dalam bukunya Kursus Linguistik Am. Di dalam buku Rencana Linguistik, Sinkronik bermaksud satu kajian yang dilakukan terhadap bahasa pada satu masa dalam titik sejarah, dan menerangkan apa sahaja unsur yang wujud pada waktu itu dengan tidak dipengaruhi oleh bahasa tersebut dari segi sejarah. Manakala, diakronik adalah tinjauan sesuatu hal daripada sejarah perkembangannya. Pengasas bidang linguistic moden ini turut merumuskan bahasa dari segi unit linguistiknya terdiri daripada dua elemen iaitu signifier dan signified. Elemen pertama merujuk kepada apa yang diwakili oleh sesuatu objek itu (rujukan), manakala elemen kedua merujuk kepada objek yang diwakili itu sendiri (makna rujukan). Contohnya, perkataan [kucing] merujuk kepada gabungan huruf k,u,c,i,n,g sebagai signifier, manakala binatang berkaki empat yang bersifat manja, mempunyai misai, biasanya menjadi haiwan peliharaan di rumah.. bertindak sebagai signified. Ferdinand de Saussure turut
Autdrey anak Kanchin 19

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

memperkenalkan konsep langue dan parole. Langue ialah loghat. Parole pula ciri-ciri individu yang yang terkandung dalam pertuturan seseorang individu pada sesuatu masa. Langue mempunyai ciri-ciri umum yang terdapat pada sekumpulan parole. Ciri-ciri umum dari Langue pula terkandung dalam Langage iaitu bahasa. Tuntasnya, pengaruh Ferdinand De Saussure telah memulakan linguistik moden. Selain itu, terdapat seorang tokoh bahasa yang terkenal pada tahun 1930an, iaitu Bloomfield. Pada tahun 1933, Beliau telah menerbitkan buku yang berjudul Language. Beliau memegang filasat bahawa perlakuan bahasa adalah hasil daripada operasi ransangan dan gerak balas. Ini menunjukkan paradigma beliau dipengaruhi oleh teori behaviorisme. Buku Language Bloomfield telah

membincangkan kajian fonetik, morfologi, sintaksis, makna dan hubungan bahasa dengan kebudayaan. Satu penganalisisan ayat yang beliau kemukakan yang masih popular ialah konsitituen terdekat. Buku ini telah menjadi sumber rujukan untuk kajian ilmu bahasa di IPTA,IPTS dan IPG. Demikianlah sumbangan tokoh-tokoh pada zaman linguistik moden dalam tatabahasa. Maka, dapat saya simpulkan disini, setiap zaman memainkan peranan yang penting dalam memberi sumbangan kepada perkembangan displin linguistik. Sebagai bakal guru bahasa Malaysia, mempelajari setiap cabang linguistik merupakan satu kemestian dalam melengkapkan pedagogi dan ikthisas guru.

Autdrey anak Kanchin 20

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

2.0

GRAFIK BANDING BEZA SEMANTIK DENGAN PRAGMATIK BANDING BEZA SEMANTIK DAN PRAGMATIK DEFINISI / KONSEP

Semantik : Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (m/s 1433), semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. The New Penguin English Dictionary (1986) mendefinisikan istilah semantik sebagai satu cabang daripada bidang semiotik yang meneliti hubungan antara lambanglambang bahasa dengan apa yang dilambangkannya.

Aplikasi Psikolinguistik dalam P&P Bahasa oleh Zulkifley Hamid menyatakan semantic adalah makna sesuatu ayat yang diperoleh dengan menentukanmakna bagi setiap perkataan dan mengenal pasti hubungan struktur antara perkataan yang membentuk ayat tersebut. Pragmatik :

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (m/s 1229), pragmatik ialah cabang linguistik yang berkaitan dengan kajian tentang makna dan kesan yang timbul daripada penggunaan bahasa dalam situasi tertentu.

The New Penguin English Dictionary (1986) mendefinisikan pragmatik sebagai satu aliran falsafah yang menegaskan bahawa makna atau kebenaran sesuatu konsep bergantung kepada kesan amalinya atau kesan penggunaannya.

Aplikasi Psikolinguistik dalam P&P Bahasa oleh Zulkifley Hamid menyatakan dalam pragmatik, pentaksiran makna harus melibatkan aspek-aspek bukan linguistik dan aspek-aspek linguistik. PERSAMAAN

Mentafsir makna sesebuah ayat. Semantic berperanan menghubungkan fenomena linguistic kepada yang di luar linguistik iaitu pragmatik.
Autdrey anak Kanchin 21

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

Menitik beratkan aspek ketaksaan, ketaksaan merujuk kepada perkataan atau ayat yang mempunyai lebih daripada satu makna. PERBEZAAN SEMANTIK PRAGMATIK Kajian semantik melengkapkan kajian Tiga aspek yang diambil kira dalam sintaksis. Sintaksis mengkaji struktur pentafsiran makna secara pragmatik atau bentuk ayat, manakala semantik iaitu implikatur, praandaian dan lakuan mengkaji makna yang terdapat dalam tuturan. struktur tersebut. Pentaksiran makna pada peringkat ayat Pentafsiran makna dilihat pada sahaja. peringkat kata, frasa dan ayat. Bidang ilmu yang mengkaji makna Bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. perkataan yang terbahagi kepada dua iaitu makna denotasi dan makna konotasi. Kajian bahasa yang melibatkan konteks khususnya kajian komunikasi linguistik. Analisis makna pada peringkat kata memerlukan kita mengetahui sinonim, antonimm, polisim dan homonim sesuatu perkataan. Khusus kepada kajian maklumat yang berada di luar linguistic yang dapat membantu pendengar mendapatkan makna sesuatu ujaran.

Khusus pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik. RUMUSAN Terdapat perbezaan antara pentafsiran makna secara semantik dan secara pragmatik. Pentafsiran secara pragmatik mengambil kira faktor-faktor keperihalan keadaan penggunaan, termasuk pengguna yang terlibat. Pentafsiran secara pragmatik adalah pentafsiran lanjutan kepada pentafsiran semantik.

Autdrey anak Kanchin 22

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

3.0

BANDING BEZA PSIKOLINGUISTIK DENGAN SSOSIOLINGUISTIK

BANDING BEZA PSIKOLINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK DEFINISI / KONSEP Psikolinguistik : Linguistik Melayu oleh Zulkifley Hamid menyatakan psikolinguistik adalah bidang yang mengkaji aspek yang berkaitan dengan akal budi dan bahasa manusia. Menurut Garnham, psikolinguistik ialah kajian tentang mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Ia merupakan satu displin saintifik yang tujuannya adalah penteorian secara utuh tentang bagaimana bahasa dihasilkan dan difahami. Sosiolinguistik : Menurut Teo Kok Seong, sosiolinguistik bermatlamat untuk menunjukkan hubungan sistematik yang wujud antara struktur bahasa dengan struktur sosial. Linguistik Melayu oleh Zulkifley Hamid menyatakan sosiolinguistik bidang ilmu yang meniliti aspek hubungan antara bahasa dengan masyarakat.

PERSAMAAN Displin ilmu dalam linguistik. Membuat kajian tentang bahasa. PERBEZAAN PSIKOLINGUISTIK Gabungan displin dengan linguistik. ilmu psikologi SOSIOLINGUISTIK Gabungan displin ilmu sosiologi dengan linguistik. Sosiolinguistik menekan penggunaan bahasa individu dalam masyarakat.
Autdrey anak Kanchin 23

Psikolinguistik menekan perkembangan diri individu pemerolehan bahasa.

pada dalam

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

Subbidang yang mendasari komponen bahasa manusia: a. Fonetik dan fonologi bunyi dan ujaran b. Morfologi peerkataan c. Sintaksis pola ayat d. Semantik makna perkataan e. Pragmatic penggunaan bahasa dalam konteks Dikenali sebagai psikologi bahasa. Beza psikologi bahasa dan psikolinguistik: - Psikologi bahasa : hipotesis tentang pemerolehan bahasa dan kecekapan dalam teori linguistik (persepsi, ingatan, kecerdasan atau motivasi) - Psikoloinguistik : perkembangan mengkaji keupayaan bayi dan kanak-kanak memperoleh bahasa dan mempelajari bahasa.

Subbidang kajian sosiolinguistik: a. Diateklogi b. Variasi bahasa c. Sikap bahasa d. Etnografi komunikasi Dikenali sebagai sosiologi bahasa.. Beza sosiologi bahasa dan sosiolinguistik: - Sosiologi bahasa : fokus kepada kesan masyarakat terhadap sesuatu bahasa. - Sosiolinguistik : kesan bahasa terhadap masyarakat.

RUMUSAN

Sosiolinguistik dan psikolinguistik adalah dua kajian tentang bahasa. Apa yang membezakan adalah konteks kajian iaitu aspek psikologi dan sosiologi. Sosiolinguistik mengkaji seluruh aspek kehidupan manusia termasuk nilai budaya, konteks bahasa yang digunakan. Ini disebabkan mobiliti masyarakat yang nomad. Maka terjadilah proses penyebaran bahasa. Keadaa ini melahirkan dialek, laras bahasa dan variasi bahasa. Manakala psikolinguistik melibatkan proses pemerolehan bahasa serta bagaimana minda beroperasi.

Autdrey anak Kanchin 24

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

4.0

PENUTUP

Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah melalui 9 fasa zaman iaitu dimulai oleh zaman yunani, zaman iskandariah, zaman rom, zaman pertengahan, zaman peralihan, zaman arab, zaman india, zaman perbandingan linguistik dan akhir sekali zaman linguistik moden. Setiap zaman ini memegang epistemologi yang berlainan. Hal ini kerana setiap sarjana liguistik dan ahli bahasa bagi setiap zaman berusaha untuk mengetengahkan filasat masing-masing akan struktur tatabahasa linguistik. Walaubagaimanapun, sumbangan idea dan paradigma falsafah inilah yang menjadi asas kepada pembentukan linguistik abad ke-20.

Autdrey anak Kanchin 25

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

5.0

REFLEKSI KENDIRI

Refleksi Kendiri Kerja Kursus Projek Pengantar Linguistik Bahasa Melayu NAMA : AUTDREY ANAK KANCHIN NO KP : 900221-13-7232 Dengan nama Kristus yang maha pemurah lagi maha pengasih, segala pujian bagi-Nya, Tuhan sekalian alam, keluarga, para sahabat serta para tabiin. Syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnia dan izinnya, akhirnya saya- Autdrey anak Kanchin dapat menyiapkan tugasan projek bmm 3107Pengantar Linguistik Bahasa Melayu dalam tempoh masa yang ditetapkan. Terlebih dahulu, dikesempatan yang ada ini saya ingin merakamkan setinggitinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing subjek BMM 3107 saya Puan Noor Liza binti Abdullah bagi semester 4 program ijazah sarjana muda perguruan (PISMP) ambilan januari 2011. Segala tunjuk ajar, bimbingan dan kata nasihat daripada beliau amat saya hargai. Subjek Pengantar Linguistik ini merupakan salah satu pengajian major yang harus saya pelajari dalam memperlengkapkan kemahiran pedagogi saya sebagai seorang bakal guru. Memahami dan mempelajari skop-skop tajuk di bawah matapelajaran Pengantar Linguistik ini merupakan satu kemestian dan ia merupakan tanggungjawab yang harus saya pikul sebagai seorang pelajar pada masa ini. Pada awal menerima taklimat daripada pensyarah pembimbing akan sinopsis dan kandungan subjek ini, saya tidak menunjukkan minat kerana pada pandangan saya belajar sejarah adalah sesuatu yang membosankan.hal ini kerana dalam proforma Pengantar Linguistik bahasa Melayu terdapat tajuk Sejarah Perkembangan
Autdrey anak Kanchin 26

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

Ilmu Linguistik yang harus kami pelajari. Itu persepsi awal saya. Tetapi apabila saya belajar sendiri melalui bahan-bahan rujukan seperti buku dan laman sesawang, disogok pula dengan kuliah daripada pensyarah pembimbing yang ringkas tetapi padat, persepktif saya pada matapelajaran ini mula berubah. Saya mula memahami sebagai seorang bakal guru, memahami epistemologi pengantar linguistik membantu saya dalam memahami perkembangan ilmu linguistik di dunia dan falsafah pemikiran tokoh-tokoh linguistik. Bukan itu sahaja, mempelajari pengantar linguistik ini membantu saya memahami konsep struktur linguistik dalam bahasa Melayu. Tatatingkat linguistik mengikut buku Daftar Ejaan Rumi Baharu bahasa Melayu karya Nik Safiah Karim mengariskan fonetik dan fonologi sebagai asas struktur linguistik bahasa melayu, diikuti dengan kajian morfologi,seterusnya kajian sintaksis, kajian semantik, kajian pragmatik dan akhir sekali analisis wacana. Setiap bahagian struktur linguistik ini dapat saya rumuskan seperti yang berikut: a. Fonetik dan fonologi fonetik cenderuung mengkaji aspek bunyi sesuatu bahasa yang bermakna, iaitu bunyi vokal atau bunyi konsonan. Bunyibunyi ini dicerakinkan berdasarkan criteria tertentu. Konsonan dihasilkan berdasarkan daerah artikulasi dan cara sebutan. Manakala bunyi vocal pula dihasilkan berdasarkan kedudukan lidah, bahagian lidah yang terlibat dan bentuk bibir sama ada dalam keadaan hampar, bersahaja atau bundar. b. Morfologi- morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. kata dibentuk dari unit terkecil bermakna yang dikenali sebagai morfem. Morfem dibahagikan kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem-morfem ini akan membentuk kata yang dibahagikan kepada dua iaitu kata dasar dan kata terbitan. Kata-kata ini dapat digolongkan kepada kata nama, kata kerja, kata sendi nama dan Kata adjektif. c. Sintaksis- sintaksis merupakan bidang yang melihat cara kata-kata dihubungkan dalam bahasa untuk membentuk ayat. d. Semantik semantik adalah kajian kepada makna yang terkandung dalam sesuatu bahan bahasa, pada peringkat kata, frasa, klausa atau ayat.
Autdrey anak Kanchin 27

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

e. Pragmatik pragmatik adalah kajian tentang konteks ayat yang dituturkan dari aspek makna. Walaupun ayat yang sama, tetapi kita boleh membuat inferens yang pelbagai berpandukan ayat tersebut melalui intonasi, tekanan dan jeda yang digunakan oleh si penutur. Kini, saya melihat bidang ini mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelajar. Bagaimana? Untuk mempelajari struktur linguistik, ia mengambil masa yang lama. Malahan setiap bidang linguistik memiliki konsep dan rumus-rumus yang harus kita fahami. Contohnya, dalam sintaksis. Untuk membina ayat, kita harus mematuhi hokum DM. Tetapi ada ayat yang subjeknya kita boleh gugurkan dan gantikan dengan kata nama lain. Malahan terdapat ayat yang boleh kita majmukkan dengan bantuan kata hubung. Sehubungan dengan itu, bagi mentaksir prestasi pengetahuan saya dalam bidang pengantar linguistik bahasa Melayu; satu kerja kursus projek telah dberikan. Taklimat kerja kursus projek ini telah dilaksanakan pada 8 ogos 2012 oleh pensyarah pembimbing subjek. Sepanjang tempoh 5 minggu perlaksanaan kerja kursus ini, banyak yang telah saya pelajari dan perolehi. Baik dari aspek pemerolehan ilmu atau perkongsian idea, semuanya memberikan impak yang besar dalam kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Dalam proses mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan semantik dan pragmatik,ia telah mengajar saya erti berkongsi. Memandangkan bahan rujukan yang diperolehi terhad terutamanya bagi kajian pragmatik, maka kami sekelas telah berkongsi bahan-bahan rujukan yang kami perolehi. Terutamanya, jurnal bahasa, ensiklopedia bahasa melayu dan buku-buku yang berkaitan dengan bidang pengantar linguistik. Kekangan muncul sekali lagi, apabila saya membaca bahan-bahan yang telah saya perolehi. Informasi yang dipaparkan dalam buku rujukan yang saya perolehi dari aspek kandungan isi dan huraian agak sama tentang perkembangan ilmu linguistik. Contohnya, buku rencana linguistik dan buku linguistik am untuk guru bahasa malaysia oleh abdullah hassan dalam menghuraikan sejarah perkembangan ilmu linguistik. Perbezaan yang ketara adalah di dalam buku Rencana Linguistik, Abdullah Hassan hanya membincangkan perkembangan 7 zaman ilmu linguistiK,
Autdrey anak Kanchin 28

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu tetapi dalam bukunya ilmu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK] Linguistik Am, beliau membincangkan mungkin ini 9 zaman

perkembangan

linguistiK.

Spekulatif

saya

merupakan

pembaharuan bagi ilmu yang diberikan dengan menambah baik sumber maklumat sedia ada. Maklumat yang perolehi saya baca dan cernakan lalu tuliskan kembali mengikut kefahaman saya. Saya sedari sebagai seorang pelajar, amalan plagiat hanya akan menjejaskan kualiti diri saya. Adalah molek saya menulis mengikut kefahaman saya kerana itulah tahap pencapaian saya dalam menguasai bidang pengantar linguistik bahasa Melayu. Perkara ini secara tidak langsung membantu saya mengulangkaji pelajaran saya. ini merupakan satu peneguhan bagi saya mengingat kembali ilmu yang semakin saya lupakan dek hambatan waktu dan kerja. Epilognya, menjadi guru yang tahu dan tidak mudah lupa akan epitaf sejarah adalah satu entiti yang penting dalam masyarakat. Individu yang kenal sejarah akan menghargai hasil sumbangan pada zaman-zaman terdahulu,kerana itulah

penyumbang kepada kemodenan zaman kini. Oleh itu, belajar pengantar linguistik bahasa melayu merupakan satu bonus bagi guru bahasa melayu. Secara tidak langsung kerja kursus ini telah membantu mendedahkan sejarah perkembangan ilmu linguistik yang tidak pernah dipelajari pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh, _________________ Autdrey anak Kanchin, PISMP BM 1111.

Autdrey anak Kanchin 29

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

6.0

BIBLIOGRAFI

BUKU Abdullah Hassan. 1978. Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan.1989. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd. Abdullah Hassan. 2006. Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Abdullah Hassan. 2006. Aplikasi Psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Adrian Akmajian.1995. Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981 Raminah Hj Sabran & Rahim Syam. 1985. Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Percetakan Jiwabaru Sdn Bhd. Zulkifley Hamid, Ramli Md Salleh & Rahim Aman. 2007. Linguistik Melayu. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Autdrey anak Kanchin 30

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK]

Lampiran A Maklumat rujukan Pengantar Linguistik Bahasa Melayu Lampiran B Salinan Kerja Kursus dalam bentuk Cakera Padat

Autdrey anak Kanchin 31

Anda mungkin juga menyukai