Anda di halaman 1dari 6

3.

5 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN DAN PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR Melihat kepada faktor berlakunya masalah dalam penghayatan amalan nilai murni dalam kalangan murid, faktor rakan sebaya amat mempengaruhi tingkah laku murid. Murid haruslah bijak memilih rakan sebaya agar tidak mempengaruhi mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan amalan positif. Rakan sebaya memberi pengaruh yang agak besar di dalam pertumbuhan sosial seseorang pelajar. Secara psikologi, gerak gerik dan perlakuan pelajar yang negatif lebih kuat pengaruhnya ke atas pelajar yang berkawan dengannya. (AziziYahaya et. al (2004). Murid juga haruslah bijak mengawal diri dari terikut dan terpengaruh dengan rakan sebaya yang ingin mengajak kearah kejahatan. Disebabkan murid ini tergolong dalam lingkungan awal remaja, sememangnya rakan sebaya banyak memainkan peranan dalam membentuk sahsiah murid. Di riwayatkan daripada Abu Musa R.A katanya, Nabi SAW baginda bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin beliau akan memberikannya kepadamu atau mungkin kamu akan membeli darinya dan mungkin kamu akan mendapat bau yang harum darinya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu dan mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok." [HR Bukhari & Muslim]. Menyedari kepentingan dalam pergaulan dengan rakan sebaya, muridmurid ( termasuk responden ) telah diingatkan akan kepentingan memilih kawan yang baik serta mempunyai banteng diri agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat yang sentiasa ingin mempengaruhi murid melakukan perkara negatif.

Selain dari rakan sebaya, didikan agama yang cukup haruslah Responden bersama rakan sebaya dari kelas yang berbeza. dibekalkan kepada murid-murid ini agar mempunyai jati diri dan banteng agar tidak terjerumus dalam melakukan perkara yang negatif. Tugas mendidik murid dengan ilmu agama ialah tanggungjawab ibu bapa dan guru bersama. Ibu bapa mengisi jiwa anak-anak dengan pengisian agama supaya mereka mempunyai kesedaran kendiri untuk menjaga akhlak dan mengamalkan amalan nilai murni. Sabda Rasullullah s.a.w. Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan suci maka kedua ibu bapa yang menjadikannya seorang Yahudi, Nasrani, atau Majusi . (H.R.Bukhari)

Manakala pihak sekolah dan guru berperanan mengisi keperluan rohani murid melalui proses P&P di sekolah . Melalui kurikulum pendidikan sivik dan kewarganegaraan , pendidikan moral dan pendidikan agama islam, murid turut diajar dan dilengkapi dengan didikan agama. Manakala penghayatan terhadap amalan nilai murni bolehlah diterapkan sepanjang sesi P&P bagi setiap mata pelajaran. Sememangnya kerajaan telah mengubal sebuah kurikulum yang bersepadu dan seimbang dalam memantapkan nilai murni dan sahsiah murid, namun keberkesanannya bergantung kepada ketelusan guru dalam merealisasikannya. Contohnya, guru boleh mengajar murid cara menjaga kebersihan diri yang betul supaya murid boleh mengapliaksikan apa yang dipelajarinya di dalam kehidupan seharian. Di sekolah kebangsaan bukit tok beng, murid akan membaca al quran bagi menerangkan hati murid dan member pengisian rohani dalam jiwa murid. Hasil temubual dengan guru kaunseling, puan noraini, beliau mengatakan semenjak program itu dilaksanakan , masalah disiplin murid yang dilaporkan semakin berkurangan.

Murid Membaca Al Quran Di Dataran Perhimpunan Setiap Pagi.

Murid Selalu Diterapkan Dengan Penghayatan Amalan Nilai Murni.

Kerana itu peranan ibu bapa dan guru pada zaman moden, lebih-lebih lagi dalam era millenium ini, harus mempunyai pendekatan yang diadunkan

mengikut kesesuaian dan perubahan masa agar generasi kini dapat menilai sesuatu itu sama ada baik atau buruk berasaskan hukum agama dan hukum moral masyarakat . Selain dari itu, ibu bapa dan guru juga perlu menunjukkan teladan dan contoh yang terbaik . Guru adalah merupakan seorang insan yang sentiasa diperhatikan oleh seluruh ahli masyarakat. Setiap tingkah laku, gerak geri dan aktiviti yang dilakukan akan dinilai oleh semua orang, terutamanya anak didik di sekolah masing-masing.Tugas guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, malahan tingkah laku dan amalan baik mereka akan sentiasa menjadi ikutan dan rujukan oleh semua pihak. Guru menjadi ibu bapa 'sementara' kepada murid semasa mereka berada di sekolah.Sekiranya amalan, perbuatan dan tingkah laku baik mereka disaksikan oleh murid, maka ianya akan menjadi ikutan dan dihormati. Sekiranya guru berpakaian yang sopan dan sesuai, bertutur dengan sopan, maka murid akan meniru contoh amalan yang baik ini. Maka wajarlah guru itu dikatakan Qudwah hasanah sekiranya mereka memilih mengerjakan yang terbaik dan mengajak kepada kebaikan melalui teladan.pendapat ini disokong oleh abdul al muhammadi ( 1991 ) yang menyatakan guru ialah agen keberkesanan pendidikan. Prof . mohd kamal hasan ( 1998 ) menyatakan contoh teladan guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar

Ibu bapa merupakan sebaik -baik contoh kepada anak -anak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar si anak dapat menjiwakannya. Tanggungjawab ibu bapa ini bukan saja di dalam rumah, malah di luar rumah ketika anak-anak bersama kawan-kawan mereka. Anak-anak mestilah sentiasa diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti suka belajar, mematuhi peraturan, bertimbang rasa, mendengar nasihat ibu bapa, mematuhi undang-undang dan peraturan seperti larangan agama dapat mengelakkan mereka terjebak dalam pelbagai gejala sosial. Contohnya ibu bapa hendaklah mendidik anak agar sentiasa menjaga kebersihan dengan

menunjukkan contoh teladan yang baik seperti menyusun buku selepas membaca dan membasuh pinggan setelah menggunakannya. Murid yang biasa didedahkan dengan contoh teladan yang baik ini akan sentiasa menjadikannya contoh dan akan mengamalkannya.

Penambahbaikan dan pemantapan sahsiah murid bukanlah tugas guru atau keluarga semata-mata. Namun , bagi kajian kes ini peranan guru sememangnya memantapkan memainkan peranan penting dalam menambahbaik dan

penghayatan amalan nilai murni murid-murid di dalam bilik

darjah. Terdapat beberapa cadangan untuk guru memantapkan penghayatan amalan nilai murni murid murid di dalam bilik darjah. Guru hendaklah lebih peka dalam merancang dan melaksana sesi pembelajaran dan pengajaran agar dapat membina sahsiah murid. Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah mengariskan 7 penerapan nilai murni boleh disepadukan di sekolah melalui: a. Secara pertuturan b. Secara perlakuan c. Secara teladan d. Secara isyarat e. Secara kefahaman f. Secara interpretasi

g. Secara konteksual Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat. Dalam pendidikan , penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak langsung. Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilai tidak boleh diajar secara formal seperti matapelajaran lain. Ini merupakan satu penghayatan dan pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan. Bagi strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran, pendekatan kognitif dalam bentuk perbincangan dapat dilakukan. Guru perlu sentiasa menerapkan penghayatan nilai dalam diri murid seperti bekerjasama ketika aktiviti kumpulan dan salaing tolong menolong. Sikap perihatin guru dan kesedaran pelajar dalam memupuk nilai murni baik secara formal ataupun spontan menyebabkan ianya akan sentiasa dapat dipupuk dari semasa ke semasa

Guru Menerapkan Penghayatan Amalan Nilai Murni Sewaktu Proses P&P

Murid Sek Keb Bukit Tok Beng Yang Dahulunya Sukar Untuk Bekerjasama Kini Telah Mula Menerima Kerja Berkumpulan.

Walaupun Berbeza Kelas, Namun Mereka Saling Hormat Menghormati.

Selain dari itu, pencegahan awal perlu dilakukan bagi membendung sebarang penghayatan amalan nilai yang negetif. Peribahasa Melayu Melentur buluh biarlah semasa rebung. Peribahasa ini memberi satu pengertian iaitu

sesuatu nilai moral yang baik bagi seorang individu perlu dipupuk sejak pada awal proses pertumbuhan dan perkembangan dirinya bermula dari alam bayi, kanak-kanak seterusnya kepada peringkat remaja dan dewasa. Ibu bapa dipertanggungjawab untuk mempastikan proses pendidikan adalah berterusan. Ibu bapa boleh mengawal anak-anak dengan mengawal siaran dan laman web yang dilawati murid agar tidak terpengaruh dengan pengaruh media massa. Guru juga perlu prihatin dan menyemai amalan nilai murni dan segera membanteras dan menegur sekiranya terdapat sebarang penghayatan nilai yang tidak baik. Di sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, terdapat unit kaunseling yang berperanan memberi kesedaran kepada murid mengenai penghayatan amalan nilai murni. Kaunselor sekolah sentiasa memberikan motivasi dari masa ke semasa untuk murid bagi memantapkan penghayatan amalan nilai murni dalam kalangan murid. Selain motivasi, kaunselor sekolah turut mengadakan pelbagai seminar untuk ibu bapa dan murid seperti program pemantapan nilai murni anakanak dan program keibubapaan. Contohnya, seorang responden kami telah beberapa kali ditukarkan sekolah akibat maslah disiplin. Unit kaunseling Sek Keb Bukit Tok Beng sering membei motivasi agar murid tidak berasa rendah diri atau pun terlalu megah diri sehingga mendorong kepada penghayatan nilai yang tidak baik.