Anda di halaman 1dari 9

1.0 PENGENALAN 1.1 Definisi Bimbingan Perkataan bimbingan didefinisikan sebagai proses membimbing seseorang individu.

Menurut Shetzer & Stone (1971), bimbingan sebagai proses menolong individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya (Ed Neukrug,1999).

Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya. Bimbingan ialah proses membantu individu membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya (Gladding,2000).

1.2 Definisi Kaunseling Kaunseling boleh didefinisikan sebagai satu interaksi yang berlaku antara dua orang individu yang dipanggil kaunselor dan klien, berlaku di dalam setting profesional, dan dimula dan dikekalkan sebagai satu cara untuk menolong perubahan tingkah laku

( Pepinsky,H.&Pepinsky,P.1953:3 )

( Sipora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman 2002 ), menyatakan kaunseling sebagai bantuan dalam menyelesaikan masalah perubahan individu yang dilakukan oleh pembantu yang benar-benar berpengetahuan dan berkebolehan sehinggalah seorang itu boleh membuat keputusannya dengan baik.

Patterson (1995), mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses interaktif melalui satu perhubungan yang unik antara kaunselor dan klien yang mengarah kepada perubahan klien dalam aspek tingkah laku, kepercayaan dan kemahiran membuat keputusan. Corey (1977),pula menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya.
1|

Krumboltz ( George & Cristiani, 1990 ) pula mengertikan

kaunseling merangkumi

aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien. Ahli psikologi pula berpendapat kaunseling sebagai ...satu proses di mana kaunselor menolong kaunselee membuat interpretasi fakta berkaitan pemilihan, perancangan atau penyesuaian yang perlu dibuat ( Smith,G.E.,1955: 6)

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

2.0 APLIKASI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Aplikasi Bimbingan dan Kaunseling Dalam Menangani Isu Penagihan Dadah

2.1 Pengenalan Penagihan Dadah Dalam menempuh era globalisasi kini, gejala dadah bukan lagi satu isu baru bagi masyarakat Malaysia. Saban tahun jumlah penagih semakin bertambah. Jamaludin Ahmad (2009), menyatakan bahawa penyalahgunaan dadah tidak mengenal mangsa. Sesiapa sahaja boleh terjebak dengan penyalahgunaan dadah sama ada individu tersebut terdiri daripada kanakkanak, remaja, dewasa, belia, orang tua, sudah berkeluarga atau bujang, kaya atau miskin, berkerjaya baik atau tidak, kuat beragama atau tidak, berpangkat tinggi atau rendah, berstatus baik atau tidak, menjadi pemimpin atau tidak, keturunan raja atau tidak, berpendapatan tinggi atau rendah dan kategori lain. Penagihan terhadap dadah ini juga merupakan satu penyakit yang kompleks, yang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi fizikal, mental, sosial dan spiritual. Menurut sumber dari Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (BIONADI), Agensi Antidadah Kebangsaan (2009), sepanjang bulan Januari hingga Disember 2009, seramai 15,736 orang
2|

penagih telah dikesan. Oleh yang demikian, berdasarkan sumber dan informasi tersebut menunjukkan bahawa negara Malaysia menghadapi masalah penagihan dadah yang serius. Menyedari keadaan ini, rawatan penagihan seharusnya memberi perhatian terhadap pelbagai keperluan penagih yang mencakupi aspek fizikal, psikologikal, mental, spiritual, dan sosial untuk membantu proses kepulihannya. Semakin parah masalah dan kerosakan yang dialami penagih dalam setiap aspek tersebut, semakin tinggi kemungkinannya untuk menagih semula. Bebas sepenuhnya daripada dadah dan disokong oleh perubahan personaliti dan gaya hidup, adalah penting untuk kepulihan sepenuhnya.

2.2 Bimbingan dan Kaunseling untuk Pencegahan Dadah Agensi Dadah Kebangsaan (1997) menyatakan bahawa kaunseling merupakan kaedah utama yang digunakan dalam usaha memulihkan penagih. Kaunseling penagihan dadah ini memfokuskan tentang simptom-simptom penagihan dan aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi psikososial individu yang terjejas akibat penagihan dan kandungan serta struktur program recovery yang berterusan. Ia menekankan tentang perubahan tingkah laku dengan memberikan strategi daya tindak (coping strategies) dan tools untuk recovery kepada klien. Dalam hubungan ini, klien dibantu mengenali dan mengakui masalah yang dialaminya dan sistem pemikiran yang tidak rasional dan selepas itu ia digalakkan untuk mencapai dan mengekalkan keadaan bebas dadah, seterusnya membina kemahiran psikososial yang perlu untuk terus berada dalam recovery sebagai proses sepanjang hayat. Klien merupakan agen perubahan yang berkesan dan ia mesti mengambil tanggungjawab untuk memastikan kejayaan program kepulihannya. Namun begitu, ia digalakkan untuk mendapat sokongan dan pertolongan daripada orang lain termasuk kaunselor, pembimbing rakan sebaya yang sedang pulih, penglibatan dari anggota keluarga dan juga masyarakat. Menurut Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh, ketagihan dadah merupakan penyakit perubatan yang boleh dirawat, di mana proses rawatan ini perlu berterusan dan mendapat sokongan daripada keluarga terdekat untuk memastikan mereka tidak terjebak dan kembali kepada kelompok dan persekitaran lama yang mencetuskan kembali penagihan dadah.

3| Nadzarul Amir Zainal Azam. Kosmo. Perjuangan memulih pesakit ketagih dadah, 2010

Terdapat empat jenis kaunseling yang digunakan, iaitu kaunseling individu yang dijalakan sekali sebulan, kaunseling yang dijalankan sekali dalam tempoh empat bulan dan kaunseling bimbingan yang dijalankan dua kali sebulan. Kaunseling kelompok yang dijalankan sekali sebulan, kaunseling keluarga dijalankan sekali dalam tempoh empat bulan dan kaunseling bimbingan yang dijalankan dua kali sebulan. Aktiviti kaunseling dirangka berasaskan kepada objektif kaunseling yang ditentukan mengikut fasa. Objektif kaunseling pada fasa pertama ialah memberi kefahaman dan meningkatkan kesediaan klien untuk mengikuti program pemulihan, membantu klien untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran pemulihan, membantu klien menyedari masalah yang dialaminya dan menyediakan rancangan pemulihan kepadaklien.

Objektif kaunseling pada fasa kedua ialah membolehkan klien mengatasi masalah yang dialaminya secara positif dan kreatif, di mana dapat mempereratkan perhubungan dan meningkatkan kemesraan klien dan keluarga , manakala objekif seterusnya mewujudkan kesedaran untuk membantu klien membuat perancangan kerjaya yang sesuai apabila keluar kelak.

Objektif kaunseling pada fasa ketiga ialah membina kemahiran daya tindak untuk mencegah penagihan semula bagi membolehkan klien menguruskan tekanan dengan berkesan dan memberi kemahiran kepada klien dalam aspek pengurusan diri.

Objektif kaunseling pada fasa terakhir iaitu fasa keempat pula adalah untuk mengukuhkan coping skill untuk mencegah penagihan semula, mengintegrasi semula klien ke dalam masyarakat, membantu klien membuat perancangan hidup selepas menjalani pemulihan dan membantu klien menjadi seorang individu yang produktif dan berguna.

Kaunseling juga dijalankan mengikut kurikulum yang terselaras dengan kandungan aktiviti kaunseling yang berasaskan kepada jenis kaunseling yang dijalankan.

Pelaksanaan kaunseling kelompok dan kaunseling keluarga pula dilaksanakan dalam kumpulan yang khusus. Kaunseling kelompok terdiri daripada 10 hingga 15 orang pelatih,dan kaunselor bertindak sebagai fasilitator. Kandungan yang dibincangkan ialah sekitar masalah yang ahli kelompok hadapi seperti konflik ketagihan dadah, masalah keluarga dan masalah
4 | Mahmood Nazar Mohamed, Mencegah, merawat & memulihkan penagihan dadah: beberapa pendekatan dan amalan di Malaysia.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors, 2006, m.s. 90-100

menyesuaikan diri dengan kehidupan di pusat pemulihan. Manakala kaunseling keluarga pula diadakan untuk membantu keluarga klien memahami keadaan klien supaya ibu bapa dapat menerima klien dan memberi sokongan moral kepada beliau. Bimbingan dan kaunseling penagihan dadah ini juga adalah dijurus untuk menolong klien mencapai beberapa matlamat utama. Antaranya supaya klien memahami dan mengakui bahawa penagihan dadah adalah sejenis penyakit biopsikososial dan klien dapat mencapai tahap bebas dadah sepanjang hayat (abstinence) daripada segala bentuk dorongan, keinginan dan desakan minda terhadap dadah. Klien boleh membina program kepulihan berterusan untuk mengekalkan tahap bebas dadah serta boleh membina coping skills untuk membuat penilaian dan mengatasi masalah-masalah atau keadaan-keadaan yang boleh menghalang proses kepulihannya dan klien dapat memulihkan dan mengembalikan semula fungsi psikososialnya yang terjejas akibat daripada penagihan, seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat tanpa dadah (sobriety-based life style). Melalui bimbingan dan kaunseling juga, klien dapat memberi perhatian terhadap isu-isu motivasi, membina kemahiran untuk menolak penggunaan dadah, menggantikan aktiviti-aktiviti guna dadah dengan aktiviti-aktiviti yang konstruktif dan mengukuhkan aktiviti-aktiviti tidak guna dadah dan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, serta pada masa yang sama menggalakkan hubungan interpersonal dan mengembangkan kebolehan klien untuk berfungsi dalam keluarga dan juga masyarakat. Hal ini turut ditemui oleh Mahmood (1999), dan beliau berpendapat bahawa peranan kaunseling dalam pemulihan dapat membantu mereka ketika keluar dari pusat serenti kerana ia dapat membantu mereka membina tingkah laku baru untuk menyelesaikan masalah, menimbulkan kesedaran kerjaya, merapatkan dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan, meningkatkan konsep kendiri, mewujudkan kesedaran tentang tanggungjawab diri, berfikiran positif, mencegah relapse dan mendorong pembinaan sikap berdikari.

Pelbagai kajian juga telah menunjukkan bukti bahawa kaunseling adalah perlu, penting dan berkesan dalam proses pemulihan penagihan dadah (Zickler, 1999). Sebagai contoh di mana satu kajian telah diadakan untuk meneliti sama ada penghuni yang mengikuti kaunseling merasakan ianya berguna dan berkesan ke arah pemulihan penagihan dadah di kalangan mereka.
5| Suradi Salim, Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors, 1996, m.s. 100-103

Secara umumnya dapatan kajian tersebut telah menunjukkan bahawa kaunseling dipersepsi sebagai berguna untuk pemulihan penghuni.

Selain itu, Zickler (1999) juga telah melakukan kajian terhadap 487 orang pengguna dadah di lima buah universiti di Pennsylvania, mendapati bahawa penggunaan kaedah kaunseling amat berkesan dalam memberi kesedaran tentang bahaya dadah. Kajian tersebut menunjukkan bahawa bagi pengguna dadah yang menjalani sesi kaunseling selama enam bulan, sejumlah 38% daripada 487 pengguna dadah telah berjaya dipulihkan. Manakala bagi pengguna dadah yang menjalani sesi kaunseling selama tiga bulan, hanya 27% dapat dipulihkan. Ini menunjukkan bahawa semakin banyak dan lama sesi kaunseling diterima oleh pengguna dadah, semakin berkesan kaunseling itu ke atas dirinya untuk menjauhi dadah. Perubahan tingkah laku lain yang dapat dilihat daripada pengguna dadah yang mengikuti program kaunseling individu dan kelompok ialah perubahan pada personaliti dan harga diri mereka.

Menurut Muhd. Mansur (1993), kaunseling adalah suatu proses aktif di antara kedua-dua belah pihak, dicorakkan dengan hubungan yang tertentu di antara kaunselor dengan kliennya bagi tujuan mengubah tingkah laku seseorang. Dapatlah dikatakan bahawa semakin tinggi jumlah jam kaunseling yang dihadiri oleh seseorang penghuni itu, ia menandakan suatu proses yang aktif di antara kaunselor dengan kliennya. Pada masa yang sama, lebih lama mereka menghadiri kaunseling, lebih banyak isu dapat diterokai, dan kemungkinan ini ada kaitan dengan tahap kepuasan penghuni itu sendiri.

2.3 Rumusan Bimbingn dan kaunseling merupakan elemen yang berperanan secara tersendiri dalam menangani masalah penagihan dadah. Keberkesanan kaunseling telah banyak menyumbangkan hasil perubahan kepada penagih dadah ke arah membina kehidupan yang jauh lebih baik selepas mengambil dadah. Melalui kaunseling ini juga, secara langsung dapat membawa perubahan secara total terutamanya kepada gaya hidup penagih dadah ini, di mana mereka bebas daripada semua jenis dan aktiviti-aktiviti berkaitan dadah dan akhirnya mereka dapat membentuk perhubungan yang sihat dan mengatasi masalah-masalah personal dengan matlamat untuk
6|

mencapai kepuasan serta kebahagiaan hidup, dan ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dibuat oleh Mahmood (1999) bahawa aplikasi bimbingan dan kaunseling dapat membantu mereka membina tingkah laku baru yang positif, mengembangkan kemahiran dan berpotensi menyelesaikan masalah, merapatkan dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan, meningkatkan harga diri, mewujudkan kesedaran diri, berfikiran positif serta menolong mereka untuk membina sikap berdikari.

7|

3.0 RUJUKAN 1. Laporan Dadah AADK (2009), http://www.adk.gov.my. Tarikh Muat Turun 28/08/2012

2. Mahmood Nazar Mohamed (2006). Mencegah, merawat & memulihkan penagihan dadah: beberapa pendekatan dan amalan di Malaysia.Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors

3. Muhd. Mansur Abdullah. (1993). Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

4. Jamaludin Ahmad (2009). Salahguna Dadah: Sebab, Akibat, Cegah dan Rawat. Serdang: Universiti Putra Malaysia

5. Suradi Salim. (1996). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

6. Mohammad Samad. (1998). Proses Pulihkan Penagih Dadah, Utusan Malaysia.

7. Laporan Agensi Dadah Kebangsaan, (2002). Kuala Lumpur: ADK.

8. Agensi Dadah Kebangsaan. (1998). Panduan Kaunseling Rawatan dan Pemulihan Dadah: Arahan Tetap Ketua Pengarah 2/98. Kuala Lumpur: ADK. 9. Mahmood,N.M. (1991). Perubahan Psikologi yang dialami oleh Penagih Dadah yang Menjalani Program Pemulihan Kerajaan: Satu Kajian di Pusat Serenti Sungai .Malasian Parliment Journal,11(2):46-49. 10. Mahmood, N. M., Md. Shuaib Che Din & Abdul Halim Othman (1999). Kaunseling Penagih Dadah: Fokus kepada Perubahan Mekanisme Bela Diri,Malaysian Journal of Counseling (PERKAMA),5: 212-222.

8|

11. Sapora Sipon & Ruhaya Hussien (2008), Teori Kaunseling dan Psikoterapi, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai Negeri Sembilan.

12. Noraini Cinti Mohd Nor (1987), Profail Psikologi Penagih-Penagih Dadah Secara Berpanjangan, Projek Penyelidikan Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

13. Sharol Lail Sujak. (2001). Penagih Dadah dan HIV di Malaysia: Suatu Krisis, Utusan Melayu: Kuala Lumpur.

9|