Anda di halaman 1dari 14

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan Pembinaan jalan raya adalah bertujuan bagi kemudahan perhubungan perjalanan

menuju ke destinasi dengan mudah, selamat dan cepat. Kewujudan jalan raya di sesebuah negeri juga menyumbang kepada pembangunan negeri tersebut, oleh itu, terdapat beberapa konsep pembinaan dan rekabentuk jalan raya yang dinyatakan (Freddy L. Robert, 1994). sebagaimana berikut ; i. ii. iii. Jalan raya direkabentuk adalah bagi keselesaan pengguna dan orang awam, oleh, jalan yang baik adalah jalan yang selamat dan lancar. Dalam memberi penilaian terhadap keberkesanan sesebuah jalan raya, hanya pengguna itu sendiri yang dapat memberi pendapat yang tepat. Purata pendapat sekumpulan pengguna jalan raya dapat memberi panduan tentang kebolehkhidmatan sesebuah jalan raya tersebut. Oleh yang demikian, keadaan jalan raya yang sentiasa mengalami kerosakan adalah bertentangan dengan konsep asal pembinaan dan rebentuk jalan raya di mana kesanya terhadap pengguna adalah seperti yang dinyatakan (M. Idrus Hj. M. Masirin, 2000) di bawah ; i. Mengurangkan keselesaan kepada pemandu.

7 ii. iii. Membahayakan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya pembonceng motosikal. Keadaan jalan yang rosak biasanya menghasilkan permukaan turapan yang kasar, di mana keadaan ini akan mengakibatkan kos penyelenggaraan kenderaan pengguna jalan raya. iv. Sekiranya kerja penyelenggaraan yang tidak dilakukan dengan sempurna seperti kadar campuran kandungan bitumen yang berlebihan akan memberi kesan seperti rintangan gelinciran akan berkurangan. Oleh itu, penting bagi diberi perhatian dalam memastikan keadaan jalan raya sentiasa diselenggarakan dengan sempurna bagi ; i. ii. iii. iv. v. vi. Menjadikan bahagian yang telah siap dibina sentiasa berada dalam keadaan elok. Mengawal kadar kerosakan. Memastikan jalan yang dibina akan sentiasa tahan lama. Memperbaiki perjalanan sistem trafik. Memberikan keselamatan dan keselesaan yang tinggi kepada pengguna jalan raya. Melancarkan perjalanan kenderaan.

2.1.1

Jenis Turapan i. Turapan Tegar a. Terdiri daripada bahan konkrit. b. Kekuatan konkrit adalah berdasarkan kepada kekuatan tegangan dan kekuatan mampatan. ii. Turapan Lentur Turapan jalan adalah terdiri daripada lapisan yang dinamakan subgred, sub tapak, ketapak, alas dan penghausan (rujuk Lampiran B)

2.1.2

Lapisan Turapan Lentur i. Subgred Merupakan permukaan di mana lapisan- lapisan struktur jalan dibina di atasnya, ia bertindak sebagai asas yang menyokong jalan raya samada pada tanah yang ditambak atau semulajadi. i. Subtapak Merupakan lapisan di antara subgred dan tapak jalan juga sebagai lapisan pemisah di antara tanah assal dan struktur jalan. Ia berfungsi memberi perlindungan kepada subgred di samping sebagai membantu mengagihkan beban. ii. Tapak Jalan Merupakan lapisan yang utama di dalam struktur jalan raya, ia lapisan yang terletak di bawah permukaan berbitumen. Ia bertindak dalam mengagihkan beban secara terus kepada struktur jalan.

2.1.3

Kriteria Lapisan Permukaan Lapisan ini adalah merupakan bahagian yang berada di atas sekali di dalam

struktur jalan berbitumen di mana ia terbahagi kepada dua lapisan ketebalan yang berlainan serta diturapkan secara berasingan, oleh itu ia perlulah dibina berdasarkan kepada kehendak- kehendak berikut, iaitu ; i. ii. Mestilah dibina dari bahan- bahan yang berkualiti tinggi supaya ianya berupaya merintangi ubahbentuk akibat dari tegasan dari kenderaan. Bagi menghasilkan suatu keadaan permukaan yang rata, mempunyai kadar rintangan gelinciran yang tinggi terhadap sebarang keadaan cuaca dan dapat memberi kualiti pemanduan yang baik.

9 iii. iv. Dapat menghalang kemasukan air ke dalam lapisan- lapisan di bawahnya yang akan menyebabkan struktur jalan lemah. Mampu menanggung beban yang berulangkali dari kenderaan tanpa mengakibatkan kegagalan struktur jalan.

2.1.4

Aspek Kegagalan Kegagalan turapan jalan dapat dikategorikan kepada dua aspek kegagalan

seperti di bawah, iaitu ; Kegagalan struktur. Kegagalan jenis ini adalah melibatkan kerosakan pada fizikal komponen permukaan jalan semasa ianya membawa kenderaan. Ini berlaku apabila sesuatu jalan itu tidak dapat menanggung beban lalulintas yang direkabentuk seperti ubah bentuk subgred atau bahan- bahan turapan, pergerakan komponen bawah turapan dan pengembangan atau pengecutan subgred yang berlaku. v. Kegagalan fungsi; Kegagalan jenis ini adalah tidak melibatkan kegagalan pada struktur di mana ia mengakibatkan penurunan ciri- ciri permukaan turapan yang mana ini memberi kesan ketidakselesaan kepada pengguna jalanraya (Yoder E.J, 1959). Ia boleh terjadi apabila permukaan jalan adalah terlalu kasar atau terlalu licin.

2.1.5

Jenis Kegagalan Turapan Lentur i. Kehilangan rintangan kegelinciran. a. b. Gagal pada lapisan pemukaan turapan. Permukaan jalan menjadi licin kerana kesan gelekan tayar kenderaan.

10

ii.

Ketidakstabilan a. b. Gagal dalam bentuk pengaliran, penolokan, penyodokan, beralur dan berubah bentuk. Kegagalan jenis ini mudah berlaku di kawasan membelok. Akibat dari tindakan luluhawa, daya lelasan lalulintas dan tindakan air. b. Bentuk kegagalan seperti pengkawahan, pengikisan dan ketanggalan.

vi.

Penyepaian a.

vii.

Kegagalan patah a. b. Berlaku akibat daripada pemecahan turapan. Bentuk kerosakan adalah dari jenis kerosakan kulit buaya, garis berpetak, membujur dan melintang.

2.2 2.2.1

Jenis Kerosakan Retakan i. Retak Buaya Ia membentuk satu rangkaian retakan sambungan yang merupai kulit buaya. Jenis kerosakan ini dapat dilihat apabila terdapat retakan saling bersambungan dan membentuk jaringan berbilang sisi yang bersaiz di antara 100 hingga 300mm (Mohd Rosli dan Che Ros, 1999). Keretakan jenis ini boleh menjadi punca kepada pembentukan lelubang jika asfal terkeluar dari lapisan bersama aggregat. Kerosakan ini dapat dilihat dari tiga tahap iaitu pada peringkat (M. Idrus Hj. M. Masirin, 2000);

11

Jadual 2.1 : Penilaian tahap kerosakan retak buaya. (Sumber : Inovasi Bahan Jalan Raya dan Keperluannya, 2000) Rendah Corak keretakan kelihatan tetapi keretakan tersebut tidak dapat diukur kedalamannya serta tiada kelihatan pemisahan permukaan jalan. Sederhana Keretakan mudah dilihat dengan ukuran kebih kurang " Tinggi Lebar keretakan "dan kelihatan turapan serta terdapat batu yang tertanggal.

ii.

Retak memanjang Retak jenis ini biasanya berlaku secara memanjang dan selari dengan dengan garis tengah jalan, ia bermula dari atas lapisan permukaan. Kerosakan jenis ini biasa terjadi pada sambungan di antara dua lapisan asfal yang bersebelahan atau di pinggir laluan tayar, keretakan ini akan membenarkan air memasuki ke lapisan bawah jalan dan seterusnya akan mengakibatkan lapisan subgred menjadi lemah. Keretakan ini boleh berlaku dalam tiga peringkat iaitu ;

Jadual 2.2 : Penilaian tahap kerosakan retak memanjang.

12 (Sumber : Inovasi Bahan Jalan Raya dan Keperluannya, 2000) Rendah Terdapat retakan dan sedikit serpihan. Sederhana Keretakan berlaku sedalam ". Tinggi Keretakan yang berlaku adalah teruk dan diisi oleh bendasing seperti pasir dan batu.

iii.

Retak Blok Retakan jenis ini biasanya saling bersambungan dan membentuk jaringan berbilang sisi di antara 300 mm hingga 3000 mm (Mohd Rosli dan Che Ros, 1999). Ia berlaku pada kedua- dua arah melintang dan memanjang. Tahap kritikal keretakan jenis ini jika ia menunjukan aggregat akan tercabut dari lapisan permukaan. Jadual 2.3 : Penilaian tahap kerosakan retak blok.

(Sumber : Pavement Management for Airport, Road and Parking Lots, 1994) Rendah Kesan retakan dengan kelebaran yang kurang dari 10 mm. Sederhana Kesan retakan dengan kelebaran di antara 10 mm hingga 75 mm. Tinggi Kesan retakan dengan kelebaran yang kurang dari 10 mm.

iv.

Retak Bulan Sabit Retakan ini adalah berbentuk parabola yang selari dan rapat antara satu sama lain, kejadian ini biasanya berkait dengan peyodokan dan ini berlaku terutamanya pada lapisan berbitumen sahaja. (Mohd Rosli dan Che Ros, 1999).

2.2.2

Ubahbentuk Permukaan

13 i. Alunan Kerosakan ini adalah berbentuk seperti alunan melintang rapat dan berturutan dengan jarak di antara satu sama lain adalah kurang dari 2 meter. Keadaan ini umumnya akan memberi kesan yang tidak selesa kepada pengguna jalan raya. (Mohd Rosli dan Che Ros, 1999). Jadual 2.4 : Penilaian tahap kerosakan alunan. (Sumber : Pavement Management for Airport, Road and Parking Lots, 1994) Rendah Alunan yang wujud mengakibatkan kesan tahap rendah terhadap kualiti pemanduan. Sederhana Alunan yang wujud mengakibatkan kesan tahap sederhana terhadap kualiti pemanduan. Tinggi Alunan yang wujud mengakibatkan kesan tahap tinggi terhadap kualiti pemanduan.

2.2.3

Kecacatan Permukaan. i. Pengikisan. Keadaan ini berlaku apabila lapisan asfal tertanggal dari permukaan jalan, ini adalah akibat daripada keadaan ikatan di antara aggregat dan bitumen tidak kuat. Ia mempengaruhi mutu perkhidmatan dan keselamatan terutamanya rintangan gelincir, pergerakan dan kualiti panduan.

Jadual 2.5 : Penilaian tahap kerosakan pengikisan. (Sumber : Pavement Management for Airport, Road and Parking Lots, 1994)

14 Rendah Agregat atau pengikat telah mula haus. Pada sesetengah kawasan kelihatan permukaan turapan menunjukkan lubang hasil dari penanggalan aggregat. Sederhana Agregat atau pengikat telah mula haus. Permukaan turapan menjadi kasar dan berlubang hasil dari penanggalan aggregat. Tinggi Agregat atau pengikat haus dengan teruk. Permukaan turapan menjadi terlalu kasar serta keadaan permukaan yang berlubang hasil dari penanggalan aggregat.

2.2.4

Tampalan Merupakan bahagian turapan yang diperbaiki di mana bahagian permukaan dibuang (biasanya menggunakan kaedah milling, iaitu membuang lapisan permukaan lebih kurang 40 mm hingga 100 mm) dan diganti serta kecacatan boleh berlaku jika didapati tampalan yang dilakukan tersebut tidak sekata dengan aras jalan . Kekerapan menggunakan kaedah ini boleh menyebabkan bahagian yang telah ditampal itu hilang upaya kebolehkhidmatan struktur jika dibandingkan dengan dengan struktur yang asal, manakala kekerapan kerja tampalan ini hanya sekadar menunjukan kesempurnaan dari segi permukaan jalan tersebut.

2.2.5

Lelubang Lubang yang berbentuk mangkuk pada turapan berpunca daripada kehilangan lapisan haus dan pengikat dimana kehilangan ikatan antara lapisan akan menyebabkan jalan menjadi semakin lemah. Ia terbentuk akibat daripada

15 lalulintas yang melalui jalan tersebut memecahkan permukaan jalan dan seterusnya membenarkan air memasuki turapan dan akan mempercepatkan lagi proses penyepaian. Jadual 2.6 : Penilaian tahap kerosakan lelubang. (Sumber : Inovasi Bahan Jalan Raya dan Keperluannya, 2000) Rendah Keluasan kawasan lubang kurang 10 peratus atau Kurang dari lima lubang per seratus ka bagi panjang jalan. Sederhana a. Keluasan kawasan berlubang di antara 10 hingga 30 peratus. b. Kurang dari lima hingga sepuluh lubang per seratus kaki bagi panjang jalan. Tinggi Keluasan lubang besar dari 30 peratus dari keseluruhan jalan per seratus kaki jalan.

2.2.6

Kecacatan Pinggir i. Pecahan Pinggir Pecahan pinggir biasanya terjadi apabila pinggir jalan berturap pecah atau terkopek. (Mohd Rosli dan Che Ros, 1999).

Jadual 2.7 : Penilaian tahap kerosakan pecahan pinggir. (Sumber : Pavement Management for Airport, Road and Parking Lots, 1994) Rendah Kesan retakan rendah atau sederhana tetapi tiada pecahan turapan. Sederhana Retakan sederhana dan ada sedikit pecahan turapan. Tinggi Pecahan turapan yang amat jelas di sepanjang pinggir

16 turapan.

2.3 2.3.1

Punca Kerosakan Retakan Rekahan ini yang akibat daripada kegagalan patah permukaan turapan di mana

retakan boleh berlaku dalam berbagai bentuk daripada satu retakan terpencil hingga saling bersambungan meliputi keseluruhan turapan. i. Retak Buaya Kegagalannya mungkin berpunca dari ; a. Beban trafik yang berlebihan. b. Olahgerak henti pecut. c. Kerapuhan oleh usia. d. Sistem pengaliran yang kurang baik yang membenarkan aliran air memasuki struktur jalan. ii. Retak Memanjang Kegagalan turapan bagi kecacatan jenis ini adalah disebabkan oleh ; a. b. c. Tekanan thermal yang dihasilkan setiap hari atau pada waktu perubahan suhu. Perbezaan ketinggian di antara dua turapan jalan yang bersebelahan. Tekanan yang disebabkan oleh beban tayar kenderaan yang lebih banyak tertumpu pada pinggir jalan. iii. Retak Blok

17 Di antara punca- punca kerosakan bagi kegagalan turapan jenis adalah terdiri daripada ; a. Perubahan suhu permukaan yang menurun sehingga menghasilkan suatu keadaan pengecutan pada lapisan permukaan asfal. b. iv. Retakan permukaan turapan yang telah sedia ada.

Retak Bulan Sabit Kegagalan turapan bagi kerosakan jenis ini adalah disebabkan oleh ; a. b. c. Pengaliran yang tidak sempurna yang akan menyebabkan berlakunya pemendapan. Kurangnya sokongan pada tepi jalan. Beban trafik pada pinggir jalan.

2.3.2

Ubahbentuk Permukaan

Kegagalan jenis ini boleh berlaku selepas pembinaan disebabkan oleh lalulintas dan cuaca serta kurang kawalan semasa pembinaan. i. Alunan a. b. c. d. Ketidakstabilan permukaan berbitumen. Pemadatan yang keterlaluan pada tapak Beban trafik yang tinggi. Kenderaan membrek secara tiba- tiba.

2.3.3 i.

Kecacatan Permukaan Pengikisan a. Ikatan di antara permukaan dan tapak tidak kuat.

18 b. Lapisan permukaan aggregat yang tidak bersih dan berdebu semasa dicampurkan dengan bitumen.

2.3.4

Tampalan a. Kerja tampalan pada jalan yang berlubang yang tidak sempurna seperti keadaan tampalan yang lebih tinggi atau rendah dari aras jalan. b. Kaedah pemadatan lapisan permukaan yang tidak sempurna.

2.3.5

Lelubang Di antara punca- punca yang mungkin mengakibatkan kecacatann ini

berlaku adalah ; a. b. c. d. permukaan. Bebanan lalulintas yang ditanggung oleh permukaan jalan menyebabkan proses penyepaian berlaku. Pemadatan yang kurang semasa proses pembinaan (penyelenggaraan berulang yang dilakukan). Kelemahan turapan jalan seperti kehilangan lapisan permukaan. Penyaliran yang tidak sempurna seperti air masuk ke lapisan pengikat melalui rekahan

2.3.6 i.

Kecacatan Pinggir Pecahan Pinggir a. Bahan bahu jalan yang kurang rintangan terhadap hakisan.

19 b. Kurang sokongan terhadap pinggir jalan. c. Penjajaran yang menggalakan laluan pada pinggir jalan di mana pengaliran yang tidak sempurna akan menyebabkan berlaku pemendapan. d. Lebar turapan yang tidak mencukupi.