Anda di halaman 1dari 4

PK07 - Pengurusan Mesyuarat PK 07/3

SEK. MEN. TAMAN KLUANG BARAT,KLUANG JOHOR MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TINGKATAN 1 BIL 1/2012
Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 19 APRIL 2012 : 12.30 2.00 ptg : Dewan Prsidangan Abdullah Munsyi : Puan Hjh Tumirah bt Samat

Kehadiran(Bilangan) : 22 - Rujuk lampiran 1 Ucapan Pengerusi 1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menghadiri mesyuarat PBS kali pertama bagi tahun 2012. 1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan utama mesyuarat kali ini adalah untuk berbincang tentang perlaksanaan PBS Tingkatan 1 yang sepatutnya bermula tahun ini. 1.3 PBS wajib dijalankankan untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 melibatkan semua mata pelajaran mengikut dokumen dan jadual yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Tindakan : Makluman Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas Tiada Tindakan : Makluman 3 4 Perkara Berbangkit Tiada Tindakan :Makluman Perbincangan Isu Semasa 4.1 Lembaga Peperiksaan (LP) akan mengadakan pemantauan pelaksanaan PBS Tingkatan 1 di semua sekolah Menengah mulai 1 April 2012. 4.2 Pemantauan dalaman akan dijalankan menggunakan instrumen Pemantauan PBS yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. 4.3 Pihak sekolah perlu melaksanakan PBS Tingkatan 1 mengikut Instrumen Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang telah dihantar oleh Lembaga Peperiksaan. 4.4 Pemantauan dalaman boleh dilakukan oleh Pengetua, GPK dan Ketua Bidang. 4.5 Borang pemantauan disediakan oleh pihak Lembaga peperiksaan dan akan diedarkan kepada semua guru yang mengajar tingkatan 1. Tindakan :Makluman 4.6 Pihak sekolah perlu memaklumkan tentang pelaksanaan PBS ini kepada semua ibu bapa dan pelajar dengan mengadakan taklimat mengenainya. 4.7 Surat siaran akan diedarkan kepada ibu bapa dan semua murid tingkatan 1. Tindakan : SU PBS T1 4.8 Pelaksanaan PBS ini adalah sepanjang tahun dengan menggunakan samada ujian berbentuk sumatif atau formatif. 4.9 Guru- guru yang mengajar Tingkatan 1 telah pun diberi kursus tentang PBS ini di peringkat daerah mulai bulan April 2012. 5.0 Pentaksiran Sekolah akan dijalankan mengikut mata pelajaran masing-masing menggunakan eviden yang telah digubal di peringkat daerah berdasarkan kepada Dokumen Standard Prestasi. Tindakan : Semua guru mata pelajaran T1

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 - Pengurusan Mesyuarat 5.1 Pentaksiran Pusat pula adalah berdasarkan kepada soalan yang akan dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan mengikut jangkamasa yang akan ditetapkan dan berbeza mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Pusat akan di jalankan di sekolah dan skor adalah ditetapkan oleh Pihak Lembaga Peperiksaan. Setiausaha Peperiksaan atau Setiausaha PBS Tingkatan 1 perlu merujuk kepada PPD, JPN atau Lembaga Peperiksaan untuk memastikan tugasan telah disiarkan dan perlu di muat turun. Tindakan : SU Peperiksaan / SU PBS T1 5.2 Semua pelajar tingkatan 1 tidak akan lagi menjalani ujian 1, peperiksaan setengah tahun, ujian 2 dan peperiksaan akhir tahun bermula tahun ini. Tindakan : Makluman 5. Lantikan Ahli Jawatankuasa PBS Tingkatan 1 dan Penyelaras Tingkatan dan Carta Organisasi PBS Peringkat Sekolah. ( Rujuk Lampiran ) Keperluan Fail Pentaksiran Berasaskan Sekolah 1. Fail Induk PBS Fail putih keras Mengandungi pekeliling dan surat-surat berkaitan PBBS. Carta Organisasi Maklumat guru PBS Surat Lantikan sebagai guru PBS Perancangan sekolah Minit-minit mesyuarat Laporan prestasi tahunan Laporan pencerapan Kes-kes khas Di bawah tanggungjawab SU PBS T1. 2. Fail showcase 4 buah fail mengikut bidang Fail putih keras Mengandungi eviden terbaik pelajar keseluruhan tingkatan untuk setiap mata pelajaran mengikut standard prestasi. Disimpan di bilik peperiksaan Di bawah tanggungjawab SU PBS T1 3. Fail Perkembangan Pelajar Fail kertas putih berharga RM 1. 1 murid 1 fail Bilangan pelajar tingkatan 1 ialah seramai 151 orang. Pembelian adalah dengan menggunakan duit PIBG untuk kegunaan tahun 2012. Untuk kegunaan tahun yang akan datang, pembelian fail akan dibincangkan didalam mesyuarat PBS yang akan datang. Kandungan fail ialah eviden terbaik pelajar individu semua mata pelajaran mengikut standard prestasi. Disimpan di bilik peperiksaan Di bawah tanggungjawab SU PBS T1 dan juga guru tingkatan. Fail perlu dibawa oleh pelajar apabila pelajar berpindah. 4. Fail eviden mengikut mata pelajaran Fail poket berharga RM 0.5. 1 murid, 1 fail untuk setiap mata pelajaran. Mengandungi semua eviden pelajar yang telah dijalankan. Disimpan oleh guru mata pelajaran. Pembelian fail ialah dengan menggunakan duit PIBG. Untuk kegunaan tahun hadapan, pembelian fail akan dibincangkan di dalam mesyuarat PBS yang akan datang. Fail perlu diserahkan kepada pelajar apabila pelajar berpindah. Tindakan :Makluman

6.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 - Pengurusan Mesyuarat 7. Eviden Mata Pelajaran 7.1 Eviden bagi setiap mata pelajaran adalah berdasarkan kepada standard prestasi yang telah ditetapkan di dalam dokumen standard prestasi bermula dari band 1 hingga band 6. 7.2 Bilangan eviden adalah tidak sama bagi setiap mata pelajaran. 7.3 Guru penyelaras hendaklah berbincang dengan guru mata pelajaran yang lain untuk menetapkan eviden yang akan digunakan pada tahun ini. 7.4. Kebanyakan mata pelajaran telah mempunyai eviden yang akan digunakan di sekolah hasil perbincangan guru-guru diperingkat daerah semasa kursus penyebaran PBS. 7.5 Guru penyelaras diminta menyenaraikan bilangan eviden yang akan digunakan sepanjang tahun ini dan menyerahkannya kepada SU PBS Ting 1 supaya anggaran penggunaan kertas dapat dibuat. 7.6 Mesyuarat telah bersetuju supaya pembelian kertas bagi mencetak eviden adalah melalui panitia. Ketua Panitia di minta mengisi Nota Minta bagi tujuan membeli kertas A4. 7.8 Eviden yang telah dipilih hendaklah di hantar rezo oleh guru penyelaras dan kemudian hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran yang lain. 7.9 Eviden pelajar hendaklah disimpan di dalam fail eviden dan tidak boleh dipulangkan kepada pelajar selagi standard prestasi tidak di masukkan ke dalam sistem SPPBS yang dijangka beroperasi pada bulan Jun ini. 8.0 Guru penyelaras perlu mengisi borang yang disediakan untuk merezo eviden dan perlu disahkan oleh Pengetua. Eviden hendaklah dihantar sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh penggunaannya. 8.1 Pelaksanaan eviden adalah berbeza mengikut mata pelajaran Tindakan : Penyelaras / Guru MP 8. Hal-hal lain 8.1 Puan Hasnah Otho , Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik mencadangkan supaya diadakan kursus dalaman untuk guru-guru yang tidak menghadiri kursus PBS. 8.2 Pengetua berharap semua guru-guru mata pelajaran tingkatan 1 dapat memulakan PBS secepat mungkin. 9. Penutup 9.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarta 9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang

Disediakan oleh : ............................................... ( PUAN NOREDAH BT JAMIAAN ) SU PBS TINGKATAN 1 TARIKH : 19 APRIL 2012

Disemak oleh : ............................................... ( PUAN HAJJAH TUMIRAH BT SAMAT ) PENGERUSI TARIKH :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 - Pengurusan Mesyuarat

Lampiran

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai