Anda di halaman 1dari 28

Cadangan jawapan Latihan Bab 1 Bab 4.

. Anda perlu menambah contoh/bukti atau data statistik untuk menyokong jawapan anda. JAWAPAN BAB 1
1. Jelaskan tiga objektif pembangunan. Tiga objektif pembangunan:1. Untuk menyediakan lebih banyak lagi agihan barangan keperluan asas yang diperlukan manusia seperti makananan, tempat berteduh, kesihatan dan juga perlindungan. 2. untuk meningkatkan taraf hidup termasuk peningkatan tahap pendapatan, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, tahap pendidikan yang lebih baik dan mementingkan nilai kemanusiaan. Ia juga menghasilkan individu yang berkualiti dan melahirkan individu yang bermaruah. 3. untuk meluaskan jurang ekonomi dan sosial kepada setiap individu dengan membebaskan diri mereka dari perhambaan serta tidak hanya bergantung kepada negara-negara lain.

2. Jelaskan perbezaan definisi pembangunan tradisional dan moden.


Pembangunan tradisional bermaksud tahap kemajuan sesebuah negara itu mencapai pendapatan negara dalam lingkungan 5% hingga 7% setiap tahun. Pembangunan tradisional mengambil kira pendapatan perkapita setiap penduduk untuk menentukan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara tersebut. biasanya pada tahap ini bermula era peralihan dari segi struktur ekonomi iaitu peralihan dari ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian. Namun begitu masalah kemiskinan, diskriminasi, pengangguran dan ketidaksamarataan agihan pendapatan masih menjadi perhatian walaupun tidak sepenuhnya. Manakala pembangunan moden pula lebih menekankan kepada agihan pandapatan yang sama rata kepada setiap penduduk dan lebih ke arah kebajikan. Walaupun berlaku pertumbuhan ekonomi tetapi taraf hidup serta kebajikan tidak berlaku maka ini bermaksud tidak berlaku pembangunan dalam negara tersebut. dalam pembangunan moden pelbagai komponen digunakan untuk mengukur tahap kemajuan selaras dengan kebajikan rakyatnya. Komponen seperti kelemahan, kesakitan, umur dan jantina digunakan untuk mengukur tahap hidup penduduk

3. Salah satu nilai asas pembangunan adalah Keupayaan Memenuhi Keperluan Asas. Huraikan dengan lebih lanjut nilai asas ini.
Keperluan asas manusia seperti makanan, tempat tinggal, kesihatan dan perlindungan adalah penting dalam meneruskan kehidupan. Keadaan underdevelopment wujud apabila salah satu daripada keperluan asas tersebut http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 1

tidak dipenuhi. Fungsi asas bagi semua aktiviti ekonomi adalah untuk menyediakan keperluan asas tersebut kepada masyarakat. Oleh itu, nilai asas ini merujuk kepada nilai pembangunan yang dapat meningkatkan kualiti hidup.

4. Salah satu nilai asas pembangunan adalah Mempunyai Harga Diri sebagai individu. Huraikan nilai asas ini.
Nilai asas pembangunan Mempunyai Harga Diri sebagai individu merupakan nilai dan rasa hormat pada diri serta tidak menjadi alat kepada kepentingan orang lain. Semua manusia dalam masyarat menuntut nilai asas yang sama bagi harga diri. Walaubagaimanapun, sifat tersebut berbeza antara masyarakat dan budaya. Disebabkan kepentingan memandang kepada nilai material dalam pembangunan negara, harga diri pada masa kini hanya diberi kepada negara yang kemajuan dalam ekonomi dan tingkat teknologi. Menurut Denis Gouled, pada masa kini, dunia ke-3 menuntut cara membangun bagi dapatkan harga diri yang mana ia bertujuan mengelakkan mereka dipandang rendah oleh negara lain sebagai negara kurang membangun. Pembangunan merupakan matlamat utama kerana ia penting untuk dapatkan balik harga diri.

5. Apakah Millennium Development Goals? Mengapa matlamat ini dianggap penting?


The Millennium Development Goals ialah anak angkat kepada Kumpulan Negara 189 United Nations. Mereka bersungguh- sungguh dalam pembangunan dengan menggerakkan diri mereka dalam pembasmian kemiskinan dan mencapai pembangunan manusia pada tahun 2015. Millennium Development Goals adalah sebuah kenyataan yang begitu kuat untuk mengakhiri dunia kemiskinan.Mereka membenarkan kepelbagaian dimensi pembangunan alam dan mengurangkan kemiskinan bagi meningkatkan tahap pendapatan individu. Matlamat ini dianggap penting kerana bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan kelaparan yang serius. Selain itu,meningkatkan tahap pendidikan secara keseluruhan,menggalakkan persamaan gender dan memberi kuasa kepada golongan wanita. Matlamat Millennium Development Goals ini juga adalah untuk mengurangkan kematian kanak-kanak dan meningkatkan tahap kesihatan bagi penyakit HIV/AIDS, malaria dan penyakit lain. Selain itu,bermatlamatkan untuk mempertahankan alam sekitar dan memajukan perkongsian secara menyeluruh untuk kemajuan negara.

6. Mengapakan harga diri sebagai individu dianggap sebagai nilai asas yang penting dalam pembangunan
Harga diri sebagai individu dianggap sebagai nilai asas yang penting dalam pembangunan kerana dengan adanya harga diri seseorang individu itu dapat mengelakkan diri daripada menjadi alat kepada kepentingan orang lain disamping ia merupakan nilai dan rasa hormat pada diri sendiri. http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 2

Selain itu, harga diri penting kerana ia boleh menggambarkan peningkatan dalam harga diri masyarakat dalam sesebuah Negara supaya tidak dipandang rendah oleh penduduk Negara lain. Contohnya Negara Malaysia. Malaysia merupakan sebuah Negara yang mengeluarkan dan mengeksport beras walaupun kos pemprosesan beras adalah tinggi berbanding harganya. Dengan adanya sumber ini menjadikan rakyat Malaysia tidak akan mengalami kebuluran dan keputusan bekalan makanan. Negara lain tidak akan memperlekehkan kebolehan Malaysia. 7. Dalam proses pembangunan, nilai asas amat penting bagi keseluruhan

penduduk. Terangkan beserta contoh nilai asas pembangunan yang perlu diketahui bagi memahami maksud pembangunan.
Dalam proses pembangunan, terdapat tiga nilai asas yang penting bagi memahami maksud pembangunan iaitu kepupayaan memenuhi keperluan asas, mempunyai harga diri sebagai individu, dan bebas dari perhambaan. Dalam pembangunan ekonomi, keperluan asas amat penting kerana ia merupakan tonggak utama kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Tanpa Contohnya, makanan, pakaian dan tempat tinggal. Harga diri pula merupaka nilai rasa hormat pada diri sendiri dan tidak menjadi alat kepada kepentigan orang lain. Dalam pembangunan, ianya dicapai untuk mengelakkan diri dari kekecewaan. Selain itu sikap yang positif secara khususnya tidak akan mengelakkan orang miskin mencari peluang untuk mendapatkan tempat perlindungan. Kebebasan ialah merenggangkan keadaan hidup yang material dan kebiasaan perhambaan sosial, penafian, masyarakat berlainan industri dan kepercayaan dogmatik terutamanya kemiskinan adalah ditaktifkan kepada seseorang. Kebebasan manusia perlu menjadi maksud kepada pembangunan.contohnya kebebasaan dalam memilih keselesaan dalam hidup.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 3

BAB 2 1. Huraikan bagaimana Bank Dunia mengklasifikasikan NSM.


Bank Dunia mengklasifikasikan NSM berdasarkan dua cara. Cara pertama ialah Bank Dunia menyusunkan pendapatan per kapita Negara kasar (GNI) berdasarkan 208 ekonomi dan lebih kurang 30,000 populasi. Ekonomi ini akan dikelaskan mengikut Negara Berpendapatan Rendah (LIC) ($765 dan kebawah), Negara Berpendapatan Sederhana Rendah (LMC) ($766- $3035), Negara Berpendapatan Sederhana Tinggi (UMC) ($3036- $9385) dan Negaranegara OECD Berpendapatan Tinggi dan lain- lain Pendapatan Tinggi Negara (HIC) ($9386 dan ke atas). Sebagai contohnya, Kemboja, Mongolia dan Myanmar dikategorikan sebagai LIC. Selain itu, China, Indonesia dan Filipina dikategorikan sebagai LMC. Seterusnya, dalam kategori UMC negara- negara yang terlibat ialah Argentina, Malaysia dan Mexico. Manakala, dalam kategori HIC, negara- negara yang terlibat ialah Denmark, Australia dan Kanada. Cara kedua ialah Bank Dunia mengklasifikasikan NSM melalui kadar penghutang yang terbahagi kepada tiga jenis iaitu, negara banyak berhutang, negara sederhana berhutang dan Negara kurang berhutang. Contoh negara banyak berhutang ialah Myanmar, Vietnam dan Bangladesh. Negara sederhana berhutang terdapat Negara Sri Lanka, Brazil dan Colombia. Negara kurang berhutang ialah negara Jerman, Itali dan Peranchis.

2. Huraikan 4 komponen yang dapat menggambarkan struktur NSM.


i.Komponen sejarah negara-negara yang miskin adalah negara-negara yang pernah dijajah oleh negara-negara kaya atau maju.Negara-negara barat yang datang ke negara dunia ketiga ini mempunyai sebab-sebab yang tertentu dan akhirnya mereka akan menguasai dan menakluk negara tersebut. Negara penjajah ini mengamalkan dasar-dasar negara mereka dan memperkenalkan sistem ekonomi kapitalis di negara jajahan mereka.Pada asalnya negara-negara dunia ketiga ini merupakan negara yang kaya dengan kegiatan ekonomi seperti perlombongan , pertanian , hasil-hasil hutan ,dan aktiviti perdagangan dengan struktur sosial-politik yang stabil dan bebas daripada kawalan dan cengkaman negara telah menyebabkan negara dunia ketiga ini mengalami krisis ekanomi kerana segala khazanah alam dan hasil bumi yang lumayan telah dimiliki dan diambil oleh penjajah. ii.Etnik dan agama etnik dan agama memainkan peranan utama dalam menjayakan atau menggagalkan usaha pembangunan .Semakin banyak etnik dan agama dalam sesebuah negara semakin banyak masalah dan isu politik akan wujud. Oleh itu, bukanlah perkara yang mengejutkan jika kebanyakan negara yang berjaya http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 4

seperti Korea Selatan ,Taiwan , Singapura dan Hong Kong, komunitinya adalah homogen. Kini lebih daripada 40 peratus negara di dunia ini yang berhadapan dengan masalah diskriminasi. Separuh daripada negara dunia ini mempunyai konflik di kalangan etnik. iii.Pengantungan ekonomi luar Darjah sesebuah negara bergantung kepada ekonomi luar negara, ekonomi, sosial. Kuasa politik adalah berhubung dengan saiz negara pembiayaan sumber dan sejarah politik. Negara kecil paling bergantung tinggi pada pelaburan luar negara, perdagangan dengan dunia membangun dan bergantung kepada pengimportan dari luar negara dan teknologi berintensifkan pengeluaran .Sistem politik yang terbaik bagi sesebuah negara terutamanya Negara Sedang Membangun. iv. Sumber fizikal dan manusia. Potensi negara untuk pertumbuhan ekonomi adalah amat dipengaruhi oleh pemilikan sumber fizikal seperti tanah, mineral dan bahan mentah yang lain serta sumber manusia. Iklim dan geografi juga memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan usaha pembanguan. Dalam senario sebenar pemilikan sumber manusia, bukan sahaja melibatkan bilangan penduduk dan tahap kemahiran mereka, tetapi juga pandangan budaya, sikap bekerja maklumat, kesanggupan untuk berubah dan keinginan untuk memajukan diri mereka.

3. Huraikan 3 ciri-ciri umum NSM.


i.Daya produktiviti yang rendah NSM mempunyai produktiviti buruh yang rendah secara relatif. Konsep fungsi pengeluran memghubungkan output kepada kombinasi yang berbeza dengan menggunakan teknologi dalam faktor input. Namum demikian, konsep fungsi pengeluaran termasuk antaranya kemampuan capaian maklumat, motivasi pekerja dan isntitusi yang fleksibel. Produktiviti yang rendah boleh terangkan dengan kekurangan faktor input seperti modal fizikal dan pengalaman pengurusan dan pentadbiran. Untuk meningkatkan produktiviti, tabungan domestik dan kewangan asing perlu untuk menghasilkan pelaburan baru dalam modal fizikal dan membina kemampuan modal manusia menerusi pelaburan dalam pendidikan dan latihan.Perubahan institusi juga perlu untuk memaksimumkan potensi pelaburan modal manusia dan fizikal. Perubahan ini merangkumi aktiviti seperti membuat pembaharuan dalam pemilikan tanah, cukai korporat, kredit dan struktur perbankan; perkhidmatan pentadbiran yang efisien dan menstruktur semula program latihan dan pendidikan untuk memenuhi keperluan pembangunan. Pandangan terhadap peningkatan diri juga penting misalnya mahu berubah, disiplin dan sebagainya juga penting. Contohnya http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 5

kejayaan Four Asian Tiger iaitu Korea Selatan, Singapura, Hong Kong dan Taiwan adalah hasil dari kualiti sumber manusia, organisasi sistem pengeluaran dan kemampuan institusi menjana pertumbuhan produktiviti. ii.Kadar Pertumbuhan Populasi Yang Tinggi Dan Beban Pergantungan Daripada 6.4 billion penduduk pada tahun 2004, lebih daripada 5/6 tinggal di negara kurang membangun manakala kurang daripada 1/6 tinggal di negara membangun atau maju .Kadar kelahiran dan kadar kematian kedua-dua kumpulan negara ini adalah berbeza. Kadar kelahiran di NKM adalah tinggi iaitu 30 hingga 40 per 1000 sementara angka di negara membangun adalah kurang daripada 50 peratus nilai tersebut. Kadar kematian di NKM juga lebih tinggi berbanding dengan negara membangun, tetapi dengan penngkatan kesihatan dan pengawalan penyakit berjangkit, perbezaan ini kecil daripada kadar kelahiran. Purata kadar pertumbuhan penduduk sekarang adalah lebih kurang 1.6%per tahun di NSM berbanding dengan 0.7 % pertumbuhan penduduk di negara berpendaptan tinggi. Orang tua dan kanak-kanak sering kali merujuk kepada bebanan pergantungan ekonomi kerana mereka tidak mempunyai dayapengeluran dan mereka adalah masyarakat yang tidak aktif perlu disokong dari segi kewangan oleh buruh yang aktif. Didapati, beban pergantungan bagi negara membangun hanyalah 1/3 daripada populasi manakala di negara kurang membangun beban pergantungannya adalah hampir 45%.

iii. Pengaruh dan pergantungan di peringkat antarabangsa. Faktor penting yang turut menyumbang kepada peningkatan taraf hidup yang rendah, peningkatan pengganguran, dan tidakseimbangan pendapatan ialah kerana wujudnya jurang kuasa ekonomi dan politik antara negara kaya dengan negara-negara miskin. Keadaan ini bukan saja menyebabkan negara-negara kaya mendominasi dan mengawal pola perdagangan antarabangsa tetapi juga membolehkan mereka menetapkan syarat syarat bantuan teknologi, bantuan asing dan modal swasta yang diberi kepada NSM. Kadang terdapat pemindahan ideologi yang tidak sesuai seperti strukturstruktur pendidikan, kurikulum dan sistem persekolahan, penubuhan kesatuan sekerja sebentuk barat ataupun struktur yang tidak sesuai untuk sistem pentadbiran kerajaan. Potensi lebih besar mungkin dipengaruhi oleh negara kaya dalam penetapan struktur sosial dan ekonomi di negara membangun mengikut skala gaji, gaya hidup elit, dan sikap orang ramai terhadap kekayaan peribadi. Samaada ia adalah polisi pasaran bebas atau campur tangan kerajaan, sikap ini boleh menyebabkan terjadi gejala rasuah dan campur tangan ekonomi oleh minoriti yang kaya. Akhirnya, campurtangan negara kaya terhadap sikap, nilai dan http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 6

standard akan membawa kepada imigrasi golongan professional berkemahiran yang di didik dari pelbagai negara membangun.

dan

4. Huraikan 4 perbezaan bagaimana Negara Sedang Membangun Hari ini berbeza daripada Negara Membangun pada peringkat awal pertumbuhan. i. Pembiayaan Sumber Manusia dan Fizikal
Pada awal penubuhan, kebanyakan NSM tidak mempunyai sumber pembiayaan yang banyak. Perbezaan pembiayaan yang paling ketara ialah perbezaan di antara kemahiran sumber manusia. Penduduk negara sedang membangun mempunyai pendidikan yang lemah, kekurangan maklumat, pengalaman dan kemahiran daripada pertumbuhan ekonomi sebelah barat. Jurang idea atau kepandaian di antara negara miskin dan kaya menjadi teras pemisah pembangunan. ii. Perbezaan Iklim Hampir kesemua NSM terletak di zon iklim tropika atau subtropika. Negara yang mempunyai tahap ekonomi yang sangat baik biasanya terletak di zon iklim sederhana. Bagi NSM, terdapat kepanasan dan kelembapan melampau yang membawa kepada kemerosotan kualiti tanah dan pengurangan sumber semulajadi. Ini menyebabkan ketidakselesaan kepada pekerja untuk melakukan kerja. iii. Tingkat Pendapatan Per Kapita Relatif dan KDNK 19 dekad yang lalu, 4/5 populasi yang tinggal di NSM mempunyai pendapatan perkapita jauh lebih rendah. Melalui kedudukan kewangan yang kukuh, jurang pendapatan yang luas antara negara dapat dikurangkan. Pada permulaan pertumbuhan era moden, secara ekonomiknya adalah lebih maju daripada negara-negara lain. Oleh itu mereka boleh mengambil faedah daripada kekuatan kewangan untuk meluaskan jurang pendapatan dengan negara-negara yang kurang bernasib baik.Sebaliknya negara kurang membangun memulakan proses pertumbuhan melalui skil pendapatan perkapita antarabangsa yang rendah. iv. Rangsangan Pertumbuhan Perdagangan Antarabangsa Pada abad ke-19, NSM telah mempunyai struktur politik yang kukuh dan institusi sosial yang mudah diubah. Ini membolehkan pendapatan eksport

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 7

ditingkatkan dan boleh meminjam dana di pasaran modal antarabangsa pada kadar yang rendah. Bagi negara membangun pula, ia telah mengalami kedudukan perdagangan yang merosot sejak perang dunia pertama lagi. Akhirnya negara membangun telah berjaya menjadi pengeluar keluaran bersaingan kos rendah dengan negara maju.

5. Adalah dikatakan negara yang berpendapatan tinggi telah dapat membantu negara berpendapatan rendah untuk memperbaiki pertumbuhan ekonomi negara mereka. Beri 2 pandangan menyokong dan 2 pandangan tidak menyokong pendapat ini. 2 pandangan menyokong.
a). Pergantungan kepada negara luar - Negara berpendapatan rendah bergantung kepada negara berpendapatan tinggi dalam memajukan ekonomi negara dari segi perniagaan, pelaburan dan perdagangan eksport dan import. Kebanyakkan negara kecil bergantung dari segi perdagangan luar dengan negara-negara maju dan mengimport teknologi yang kurang sesuai untuk proses pengeluaran barangannya. b). Pertubuhan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu telah memberi ruang kepada negara sedang membangun mendapatkan bantuan antara satu sama lain. Hal ini kerana pertubuhan ini bertujuan menjaga kebajikan negara sedang membangun. Dengan cara ini dapat dilihat di mana negara yang berpendapatan tinggi membantu negara yang berpendapatan rendah untuk memperbaiki ekonomi negara mereka ke arah yang lebih membangun. Contohnya seperti negara Iraq. 2 pandangan tidak menyokong. a). Amalan sistem ekonomi sara diri oleh negara yang dikuasai oleh Soviet Onion. - Terdapat 15 buah negara yang di bawah kuasa Soviet Onion mengamalkan system ekonomi sara diri. Tujuannya untuk meningkatkan peluang pekerjaan yang telah menjadi kebiasaan dalam negara yang ingin memajukan ekonomi negara mereka. Ini membuktikan tanpa bantuan negara yang berpendapatan tinggi negara tersebut masih boleh memperbaiki ekonominya dengan sistem yang digunakan. b). Pergantungan terhadap keluaran pertanian dan keluaran eksport utama. - Negara sedang membangun lebih bergantung kepada sektor pertanian yang sektor utama mereka. Kebanyakan NSM mengeksport keluaran utama seperti pertanian, minyak, perhutanan dan bahan mentah ke negara maju dan juga kurang membangun. Eksport sangat penting kepada NSM dimana eksport

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 8

keluaran utama menyumbang lebih separuh daripada aliran mata wang asing ke dalam NSM.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan Kemiskinan Mutlak dan Kemiskinan Relatif.


Kemiskinan sering dikaitkan sebagai kekurangan pendapatan, ketidakmampuan individu dan isi rumah untuk memenuhi keperluan hidup yang mencukupi. Tidak terdapat satu takrif kemiskinan yang khusus yang boleh digunakan untuk semua Negara pada setiap masa tanpa mengambilkira struktur masyarakat dan tahap pembangunan di Negara berkenaan.Secara umumnya konsep kemiskinan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak adalah keadaan dimana seseorang individu atau isi rumah yang tidak berupaya mendapatkan keperluan asas untuk menikmati tahap kesejahteraan hidup yang minimum.Konsep ini mengambarkan keadaan kekurangan yang keterlaluan bagi zat makanan dan keperluan-keperluan asas untuk hidup seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Kemiskinan mutlak adalah satu konsep yang menggunakan ukuran piawaian bagi membuat perbandingan tentang keperluan asas manusia.Kemiskinan mutlak di Malaysia diukur berdasarkan barang dan perkhidmatan yang yang dapat dibeli dengan pendapatan garis kemiskinan isi rumah(PGK). PGK ini ditentukan berasaskan kepada taraf hidup penduduk Negara ini. PGK merupakan satu jumlah pendapatan minimum isi rumah secara purata menampung keperluan untuk tiga komponen utama iaitu makanan, pakaian dan perbelanjaan asas seperti sewa, bahan api dan tenaga, perabot dan kelengkapan rumah, perbelanjaan perubatan, rekreasi, pendidikan dan sebagainya. Darjah kemiskinan pula dibahagikan berdasarkan tingkat pendapatan yang diterima dengan PGK. Pendapatan dibawah dari PGK dikatakan sebagai miskin sementara individu yang menerima pendapatan kurang separuh dari PGK dikatakan sebagai termiskin atau dalam kata lain miskin tegar yang berada di peringkat bawah kemiskinan. Berdasarkan teori kemiskinan ini, kemiskinan yang kerap dirujuk di Malaysia ialah kemiskinan mutlak kerana pendapatan mereka dibandingan dengan PGK yang perlu untuk mendapatkan keperluan asas yang minimum. Kemiskinan relatif adalah perbezaan taraf hidup,kesejahteraan atau kebajikan isi rumah berbanding dengan isi rumah yang lain.Contohnya,taraf hidup kumpulan isi rumah yang berpendapatan 20 peratus terendah dibandingankan dengan taraf hidup kumpulan isi rumah yang berpendapatan 10 peratus teratas.Taraf hidup kumpulan isi rumah yang berpendapatan 20 peratus terbawah adalah secara relatifnya miskin dibandingkan dengan kumpulan isi rumah berpendapatan 10 peratus tertinggi. Kemiskinan relatif akan sentiasa wujud dan tidak mungkin dapat http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 9

dihapuskan walaupun bagi Negara-negara maju kecuali terdapat agihan pendapatan yang seimbang. Semakin tinggi ketidaksamaan agihan pendapatan lagi serius masalah kemiskinan relatif walaupun kemiskinan mutlak telah dibasmi sepenuhnya. Dasar yang sesuai untuk mengurangkan insiden kemiskinan relatif ialah memperbaiki agihan pendapatan di kalangan isi rumah. Ukuran agihan pendapatan ialah angkali Gini (Gini Joefficient). Angkali Gini. Angkali Gini merupakan nisbah yang menunjukkan sejauhmana ketidaksamaan dalam pengagihan pendapatan yang mempunyai nilai dalam linkungan o hingga 1. Angkali Gini yang hampir kosong menggambarkan agihan yang semakin setara serta kemiskinan relatif yang rendah.Angkali Gini yang menghampiri satu menunjukkan agihan pendapatan yang tidak setara dan kemiskinan relatif yang tinggi. Kemiskinan Mutlak diukur dengan garis kemiskinan manakala kemiskinan relatif diukur dengan membandingkan taraf agihan pendapatan dalam masyarakat keseluruhannya. Kemiskinan mempunyai hubungan dengan konsep keperluan asasi manakala kemiskinan relative mempunyai hubungan dengan agihan pendapatan.

7. Dengan menggunakan Keluk Kemungkinan Pengeluaran tunjukkan dan jelaskan kesan dari kemajuan teknologi dalam sektor pertanian.
Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP) merupakan keluk yang menunjukkan tahap maksimum pengeluaran kombinasi dua jenis barang dengan menggunakan semua sumber yang sedia ada dan tingkat teknologi tertentu. Dengan andaian bahawa: i. Hanya dua jenis barang sahaja yang dikeluarkan ii. Faktor pengeluaran yang dimiliki adalah tetap iii. Tahap kemajuan teknologi adalah sama. iv. Ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh Andaian bahawa jumlah faktor pengeluaran tetap dan tingkat teknologi tidak berubah semasa pembentukkan KKP hanya benar dalam jangka penek sahaja. Dalam jangka panjang, jumlah faktor pengeluaran akan bertambah dan wujudnya kemajuan teknologi yang akan menyebabkan KKP beralih ke kanan iaitu berlaku pertumbuhan ekonomi. Sebagai contoh, dua barang yang dikeluarkan dalam sesebuah negara ialah kain dan gandum. Negara tersebut berlaku kemajuan teknologi dalam sektor pertanian di mana para saintis telah menjumpai cara untuk mempelbagaikan jenis makanan yang dibuat daripada gandum. Oleh itu, perkembangan teknologi tersebut menyebabkan pengeluaran gandum dapat ditingkatkan berbanding dengan pengeluaran kain. Rajah di bawah menunjukkan KKP yang digambarkan situasi di atas. http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 10

Sektor industri

Sektor pertanian

P O

Rajah di atas menunjukkan perkembangan teknologi yang hanya berlaku dlam pengeluaran gandum sahaja. Pada asalnya, KKP negara ini menunjukkan pengeluaran maksimum kain adalah pada tingkat OA dan pengeluaran maksimum gandum pula adalah OP. Selepas berlakunya perkembangan teknologi dalam sektor pertanian, KKP beralih ke kanan iaitu dari AP ke AP. Ini menyebabkan pengeluaran maksimum gandum telah meningkat dari tingkat OP ke OP manakala pengeluaran maksimum bagi kain adalah tetap. Ini menunjukkan kesan daripada berlakunya kemajuan teknologi dalam sektor pertanian.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 11

JAWAPAN BAB 3 1. Dengan menggunakan ungkapan dan persamaan yang bersesuaian secara urutan, terbitkan persamaan kadar pertumbuhan output keseimbangan Harrod Domar. Seterusnya jelaskan dapatan dari persamaan tersebut
1) Tabungan adalah suatu kadar pendapatan (Y) iaitu S = sY ..................persamaan 1 2) Pelaburan bersih = stok modal I = K .................persamaan 2 3) Stok modal berhubungan positif dengan Y.Ini ditunjukkan nisbah modal output. K/Y = k @ K/Y = k @ K = kY persamaan 3 4) Akhirnya disebabkan tabungan bersih perlu sama dengan pelaburan bersih,kita boleh tulis persamaan berikut : S = I .......................................persamaan 4 5) Daripada persamaan 1 & 2, kita boleh menulis identiti tabungan sama dengan pelaburan iaitu S = sY = kY = K = I @ sY = kY persamaan 5

6) Bahagikan persamaan 5 dengan Y dan K. sY/Y = kY/Y s = kY/Y = s/k Dan sY/k = kY/k kY Y/k = Y/Y Maka Y/Y = s/k Petunjuk: K = stok modal k = nisbah modal output S = tabungan s = nisbah tabungan Y = pendapatan http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 12

Dapatan dari persamaan:1. Kadar pertumbuhan output (GNP=Y= Y) ditentukan secara bersama oleh kadar tabungan negara (s) dan nisabah modal (k). 2. Tanpa campurtangan, kadar pertumbuhan pendapatan berhubung secara langsung kepada nisbah tabungan (semakin banyak negara menabung dan melabur maka semakin besar kadar pertumbuhan. 3. Pendapatan berhubung negatif terhadap nisbah modal-output ( iaitu semakin tinggi k, semkain rendah kadar pertumbuhan KNK.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 13

2. Dengan menggunakan rajah yang bersesuaian, terangkan fenomena yang berlaku antara sektor pertanian dan sektor moden dan Teori Lewis) (The Lewis Theory).
Rajah (b). Bahagian atas- fungsi pengeluaran (TP) untuk sektor tradisional dan moden di mana keluk jumlah keluaran ditentukan oleh perubahan buruh dengan modal dan teknologi yang diandaikan tetap. Bahagian bawah- keluaran marginal (MPL) dan keluaran purata (APL) yang dilakarkan berdasarkan keluk TP. Lewis membuat 2 andaian (a) terdapat lebihan buruh di sektor pertanian apabila MPL bersamaan sifar. (b) semua buruh di kawasan luar bandar membahagikan sama rata output yang dikeluarkan-kadar upah bergantung kepada produktiviti purata buruh (AP L) dan bukannya produktiviti marginal (MPL). Andaian buruh sebanyak LA, maka output yang dapat dikeluarkan ialah TPA-output ini dibahagi sama rata sebagai WA makanan/buruh-keluaran marginal buruh LA ialah sifar-andaian lebihan buruh ialah untuk semua buruh yang melebihi LA. Rajah (a) menunjukkan fungsi pengeluaran di sektor moden(industri). Menurut Lewis, untuk sektor ini terdapat peningkatan stok modal disebabkan pelaburan semula keuntungan oleh pemodal. Contoh, peningkatan stok modal dari K M1 ke KM3. Ini menyebabkan peningkatan jumlah keluaran yang ditunjukkan oleh peralihan keluk dari TPM1 ke TPM3. WA ialah tingkat purata upah di sektor tradisional. WM ialah upah di sektor industri. Selagi WM > WA maka sektor industri dapat menyerap buruh yang berlebihan di sektor tradisional tanpa peningkatan upah. Untuk modal sebanyak KM1-permintaan buruh yang ditentukan oleh keluaran marginal berkurang ialah D1(KM1)-tingkat buruh ialah L1 di mana keluaran marginal buruh sama dengan kadar upah (titik F). Jumlah keluaran output TP M1 diberikan oleh kawasan OD1FL1-upah yang dibayar berdasarkan jumlah output ini ialah kawasan OWMFL1. Lebihan output yang ditunjukkan oleh kawasan WMD1F ialah jumlah keuntungan yang dilaburkan semula oleh pemodal yang menyebabkan stok modal meningkat. Proses ini berterusan (F-G-H) hingga semua lebihan buruh diserap ke sektor moden. Kesimpulannya, transformasi struktur ekonomi boleh berlaku dengan perpindahan yang seimbang akibat aktiviti ekonomi dari sektor tradisional ke sektor moden.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 14

TPM= f(LMKMtM) KM3 >KM3 >KM3 TPM3

TPM(KM3)

TPA = f (LA, KA, tA)

TPM(KM2)
Jumlah Produk (Pengeluaran) Jumlah Produk (Makanan)

TPA

TPA(KA)

TPM2 TPM(KM1)

TPA LA
=

WA

TPM1

0 L1 L2 L3

QLM

LA

QLA

KM3 >KM2 >KM1 D3 D2 D1


Upah Benar (=MPLM)
Purata (Marginal)Produk

APLA
TPM3
3

MPLA
TPM3
3

WM
TPM3
3

SL

D3(KM3) D2(KM2) WA
TPM3
3

WA
TPM3
3

MPLA
TPM3
3

D1(KM1)= MPLM L1 L2 L3

0 APLA 0
TPM3
3

LA

TPM3

Lebihan buruh
3

Kuantiti Bersih (QM) Ribu Sektor (Industi) Moden

Kuantiti Bersih (QM) Ribu Sektor Pertanian Tradisional http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 15

3. Jelaskan andaian yang terdapat dalam ekonomi dua sektor Lewis.


Dalam teori pembangunan Lewis terdapat dua sektor iaitu: sektor tradisional dan sektor industri. Dalam sektor tradisional Lewis membuat dua andaian. Yang pertama, terdapat lebihan tenaga buruh dengan anggapan bahawa MPLA ialah sifar. Keduanya, semua kerja luar bandar berkongsi output secara saksama supaya upah benar di luar bandar ditentukan oleh purata dan bukannya marginal produk buruh. Sebagai contoh: jumlah bilangan A buruh menghasilkan output sebanyak TPA dan jumlah output ini dikongsi sama rata sebanyak upah WA. 4.

Bincangkan implikasi yang berlaku sekiranya keuntungan yang diperolehi oleh kapitalis tidak dilaburkan semula untuk pengambilan buruh yang berlebihan dalam Model Lewis

a. Berdasarkan andaian-andaian dalam Model Lewis, didapati model ini menganggap bahawa kadar upah dan peluang pekerjaan adalah berkadar langsung dengan kadar penambahan modal dalam sektor moden. b. Jika keuntungan yang diperolehi oleh kapitalis dilabur dalam bidang bidang yang menggunakan teknologi yang lebih canggih lalu mengurangkan penggunaan tenaga buruh (tidak dilabur semula untuk pengambilan buruh berlebihan), ia akan memberi implikasi iaitu pertumbuhan ekonomi tanpa pembangunan. c. Dalam gambarajah di atas, kecerunan keluk D2(KM1) adalah lebih tinggi daripada keluk D1(KM2) iaitu buruh per unit pengeluaran adalah lebih kurang dalam KM2, akibat pertambahan kemajuan teknologi dan pengurangan bilangan buruh. http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 16

d. Walaupun output Negara bertanbah, tetapi tambahan pendapatan ini hanya dinikmati oleh sesetengah pemilik model sahaja manakala kadar upah dan peluang pekerjaan tidak mengalami perubahan yang besar. Maka ketidakseimbangan agihan kepada masyarakat berlaku dan tingkat kebajikan sosial tidak dapat ditingkatkan secara keseluruhannya.

5. Terangkan mengapa teori Pertumbuhan Tahap Linear tidak sesuai diaplikasikan ke atas NSM?
Mekanisma pembangunan yang terkandung dalam teori pertumbuhan bukan selalunya dapat dilaksanakan kerana tabungan dan pelaburan bukannya syarat perlu untuk mempercepatkankan kadar pertumbuhan ekonomi. Selain itu teori ini tidak mengambilkira aspek penting sebagai pelengkap kepada tabungan dan pelaburan spt sistem pasaran kewangan dan perbankan, buruh yang mahir, kecekapan sektor awam dan swasta dsb. Teori Pertumbuhan Tahap Linear tidak sesuai diaplikasikan ke atas Negara sedang membangun disebabkan oleh beberapa halangan dan kekangan yang terdapat di dalam model-model tersebut iaitu model Pertumbuhan Rostow dan model Pertumbuhan Harrod-Domar. Berdasarkan Model Pertumbuhan Harrod-Domar, teori yang digunakan adalah strategi asas bagi pertumbuhan ekonomi untuk meningkatkan sebahagian pendapatan Negara iaitu melalui kaedah tabungan (tidak digunakan). Apabila tabungan meningkat maka kita boleh meningkatkan juga Y/Y iaitu kadar pertumbuhan KDNK. Contohnya jika nisbah modal output Negara di beberapa Negara kurang maju adalah 4 dan nisbah tabungan agregat adalah 8% daripada KDNK, maka pertumbuhan ekonomi Negara ini adalah sebanyak 2%.

Y/Y = s/k = 8%/4 = 2%


Seterusnya apabila kadar tabungan bersih Negara bertambah dari 8% kepada 16% iaitu melalui peningkatan cukai,bantuan asing dan sebagainya menyebabkan KDNK Negara juga akan meningkat daripada 2% kepada 4%.

Y/Y = s/k = 16%/4 = 4%


Berdasarkan model Pertumbuhan Rostow,Negara yang mampu menabung 15% hingga 20% daripada KDNK boleh membangun pada kadar yang lebih cepat berbanding dengan Negara yang kurang menabung. Tambahan pula, http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 17

pertumbuhan ekonomi Negara hanya berkaitan dengan peningkatan dalam tabungan dan pelaburan Negara. Halangan atau kekangan utama menurut Rostow ialah tingkat pembentukan modal baru yang rendah dikebanyakkan Negara kurang maju.Tetapi, sekiranya pertumbuhan sesebuah Negara pada satu kadar adalah 7% setiap tahun dan ianya tidak boleh menjana tabungan dan pelaburan yang ditetapkan iaitu 21% daripada pendapatan Negara,maka agregat akhir nisbah modal output adalah 3.Akan tetapi ianya hanya mampu menabung sebanyak 15% dan bagi mengisi jurang tabungan sebanyak 6% lagi adalah melalui pelaburan swasta asing atau bantuan asing. Justeru, kekangan modal ini menyebabkan perang dingin dari segi politik telah memberi peluang kepada Negara maju membuat pindahan modal yang lebih besar dan memberi bantuan teknikal kepada Negara kurang maju.

6. Nyatakan tiga perbezaan antara model pertumbuhan neoklasik dan pertumbuhan endogen
3 perbezaan antara model pertumbuhan neoklasik dan pertumbuhan endogen adalah 1. Dalam model pertumbuhan neoklasik keutamaan adalah lebih kepada tabungan dan pelaburan manakala teori endogen pula tidak menegaskan kepada tabungan secara detil dan isu-isu keseimbangan lain namun ia lebih kepada inovasi limpahan model teknologi. 2. Dalam model teori neoklasikal solow mempamerkan pulangan penyusutan buruh dan pembahagiaan modal dan pulangan malar yang digabungkan sekali gus manakala model endogan harrod-domar yang mengandaikan teori pulangan malar mengikut skala. 3. model pertunbuhan neoklasik lebih kepada peranan kerajaan manakala model pertumbuhan juga dikenali sebagai teori pilihan awam yang mana kerajaan tidak boleh mengambil apa-apa keputusan ini kerana ada andaian mengatakan setiap individu mempunyai hak sendiri.

7. Huraikan beserta contoh, tahap-tahap yang terlibat mengikut Model Pertumbuhan Rostow
Tahap 1: masyarakat tradisional Meliputi sebahagian besar penduduk yang terlibat dalam sector pertanian yang menggunakan teknologi yang terhad dan pemikiran mengikut adat resam fungsi institusi lebih kuat jika disbandingkan dengan ekonomi sehingga motif keuntungan tiada dalam kegiatan ekonomi. Masyarakat pada tahap ini berbentuk feudal, kurang mobility keatas dan agihan pendapatan yang tidak seimbang.output sigunakan sensiri berbanding didagangkan dengan menggunakansistem barter . pengeluaran pada tahap ini banyak menggunakan

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 18

buruh. Pertanian adalah terpenting dan intensif buruh dan hanya menggunakan modal yang sedikit. Tahap 2: prasyarat untuk berlepas Keadaan ini wujud apabila keadaan politik sesebuah Negara itu stabil . perdagangan wujud dengan adanya kemudahan infrastruktur . tabungan dan pelaburan meningkat . berlaku eksploitasi dalam bidang sains dan munculnya usahawan dalam sector moden Tahap 3: berlepas Sector pertanian mula dikomersilkan dan sector moden mula wujud melalui penerokaan sumber. Tabungan dan pelaburan meningkat (5- 10% dr KNB) terutamanya tabungan domestic sebagai sumber modal untuk melakukan inovasi. Capai tahap yang mantap, wujud institusi politik dan social yang turut membantu pertumbuhan sector moden. Perindastrian wujud dengan meningkat dengan buruhditukar daripada sector pertanian kepada sector perindastrian. Pembangunan menumpu pada sebahagianj kecil Negara dan dalam satu atau dua indastri sahaja . institusi politik dan social baru wujud untuk menyokong sector moden. Tahap 4: Pemanduan kearah kematangan Selepas satu tempoh yangt lama (40tahun) pendapatan Negara disimpan dan pertumbuhan output lebih cepat daripada pertumbuhan penduduk. Barangan yang selama ini diimport akan dikeluarkansendiri oleh Negara sendiri. Negara bokeh mengeluarkan apa saja walaupun tidak mempunyai sumber (diimport). pertumbuhan berubah dengan sokongan teknologi. Tahap 5: tahap penggunaan tinggi masyarakat Kebanyakan penduduk kearah memenuhi keperluan asas serta meningkatkan barang mewah dan masa rehat. Sector utama mengeluarkan barang tahan lama. Meningkatkan peruntukan sumber untuk kebajikan social dan keselamatan. Factor pengeluaran dalam Negara digunakan untuk meningkatkan penngaruh di luar Negara melalui perdagangan antarabangsa . meningkatkan kebajikan masyarakat melalui agihan pendapatan yang lebih adil dan sebahagin pendapatan penduduk digunakan untuk membeli barang keperluan mewah disamping keperluan asas.antara Negara yang telah mencapai tahap ini ialah Amarika sejak 1900 lagi

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 19

8. Menurut Model Pergantungan Neo-kolonial (Neocolonial Dependence Model), kewujudan situasi kurang membangun yang berterusan, adalah disebabkan oleh sistem kapitalis antarabangsa. Huraikan pernyataan ini.
Neo-kolonial mempunyai ciri-cari pemikiran Marxist. Negara sedang membangun sukar membangun disebabkan latar belakang sejarah yang diperlihatkan hubungan tidak samarata antara negara kaya dan negara miskin. Negara maju mengeksploitasi negara miskin dan juga kuasa anatarabangsa yang cenderang kepanda dominasi negara maju. Golongan yang menerima pendapatan yang tinggi mengekalkan sistem kapitalis yang menyebabkan ketaksamarataan anatara golongan kaya dan miskin. Pernyataan ini benar pada pandangan teori pergantungan neo-kolonial kerana sistem kapitalis membawa ketidaksamaan antara negara miskin dan negara kaya. Negara kaya sering mengeksploitasi negara membangun menyebabkan sukar untuk negara miskin bebas dari cengkaman negara maju. Selain ini keadaan kurang membangun juga berlaku disebabkan golongan elit yang berada dalam negara miskin turut menyekat pembangunan yang dpt memberi faedah kepada semua masyarakat. Ini menyebabkan hidup rakyat miskin semain teruk. Oleh itu perlulah dilakukan perubahan untuk mengelakkan eksplotasi samada dari dalam atau luar negara.

9. Jelaskan 3 pandangan yang dikemukakan dalam Pendekatan Counterrevolution Neoklasik.


CounterrevolutionNeoklasik juga disebut Revolusi Neo-klasik.Revolusi neo-klasik boleh dibahagikan kepada tiga kompenan iaitu analisis pasaran bebas,teori pilihan awam,ataupun politik ekonomi baru dan pendekatan market-friendly. -Pertama,analisis pasaran bebas mengatakan pasaran persendirian adalah cekap di mana pasaran barang menunjukkan tanda yang terbaik untuk melabur dalam aktiviti baru melalui tindak balas pasaran buruh yang cepat dengan industriindustri baru dengan cara yang lebih sesuai,pengeluar tahu apakah barang yang perlu dikeluarkan dan bagaimana barang yang dikeluarkan dan bagaimana barang dapat dikeluarkan dengan lebih cekap,harga factor dan harga barang yang mengambarkan dengan tepat tentang kekurangan sunber serta nilai barang pada masa sekarang dan pada masa depan. Persaingan mestilah cekap,kerana sekiranya tidak teknologi mudah diperolehi dan menyerap kos yang kurang dimana maklumat lengkap tetapi kos yang diperolehi adalah kurang.Dalam situasi inilah,peranan kerajaan diperlukan dalam ekonomi.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 20

-Kedua,teori awam atau juga dikenali sebagai pendekatan politik ekonomi baru.Ia mengatakan bahawa kerajaan tidak boleh menganbil atau berbuat apa-apa keputusan.Ahli politik,birokrat,penduduk dan Negara daripada perseptif yang mempunyai kepentingan persendirian dan mengunakan kuasa serta hak kerajaan untuk kepentingan diri masing-masing adalah andaian kepada teari pilihan awam. Masyarakat menggunakan pengaruh politik untuk memperoleh faedah daripada kerajaan.begitu juga dengan ahli politik menggunakan sumber kerajaan untuk kekal kedudukan.Keadaan ini boleh menyebabkan pembaziran sumber dan mengurangkan kebebasan individu secara umum. -Ketiga,market friendly.Ia melibatkan dasar bank bertukis bank dunia dan ahli ekonomi pada pasaran bebas dan kempen pilihan awam pada sekitar tahun 1980an.Ketidaksempurnaan dalam produk yang dikeluarkan oleh NKM serta pasaran factor dan kerajaan mempunyai pasaran menerusi campur tangan dan dasar berkecuali(market friendly) dapat di kesan sepenuhnya. Sebagai contoh,dengan melabur secara fizikal dan penyediaan infrastruktur social,menyediakan kemudahan kesihatan dan institusi pendidikan dan menawarkan suasana dan tempat yang sesuai untuk projek2 swasta.. Pendekatan (market friendly) menerima idea atau menganggap kegagalan pasaran adalah lebih tersebar luas di NKM seperti maklumat yang tidak lengkap dan tercicir,eksternaliti dalam kemahiran penciptaan,pengentahuan dan skala ekonomi dalam pengeluaran juga merupakan endemic dalam pasaran NKM.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 21

JAWAPAN BAB 4 1. Terangkan secara ringkas Model Romer.


Berdasarkan analisis dalam model Romer terdapat proses pertumbuhan berkekalan yang berlaku. Ini berikutan daripada proses limpahan/perubahan teknologi. Proses pertumbuhan berlaku dimana setiap kali pelaburan dalam modal berlaku dan dipelajari bagaimana menggunakannya, pengetahuan ini akan melimpah @ turut dirasai oleh firma lain dalam ekonomi dan ia menjadi public good dlm ekonomi. Teknologi merupakan input penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan dlm masa yang sama dapat tingkatkan pertumbuhan ekonomi pd kadar yang tinggi dan cepat berbanding faktor-faktor lain. Ia dikaitkan dengan produktiviti buruh atau mesin. Hasil drp pelaburan dlm modal kan membawa kpd pulangan bertambah dalam modal dimana dpt meningkatkan output pertumbuhan. Jwp lain Penerima limpahan teknologi yang timbul dari proses perindustrian Bukan hanya perubahan model pertumbuhan tetapi juga satu kaitan khusus berkenaan dengan pembangunan Negara. Model ini juga berkenaan pembaharuan utama dalam model limpahan teknologi tanpa pendedahan yang terperinci mengenai penentuan penyimpanan dan isu keseimbangan yang lain. I perlu dilaksanakan oleh semua ejen supaya hasilnya boleh dimanfaat semua Kegagalan koordinasi kerana ejen gagal atau tidak mampu mengkoordinasikan tindakan mereka lalu membawa kepada keadaan di mana semua ejen lain menjadi lebih teruk Kegagalan koordinasi juga menunggu siapa yang nak mula dulu. @

Dalam Neoklasik Solow, ekonomi akan lebih tertumpu ke arah tingkat pendapatan yang sama, dengan pertambahan faktor buruh dan teknologi yang sama. Keputusan pertumbuhan pengeluaran dibuat berdasarkan satu atau lebih dari tiga faktor dari pertumbuhan neoklasik iaitu peningkatan dalam kuantiti dan kualiti, pertumbuhan dalam modal dan peningkatan dalam teknologi. Berdasarkan rajah, titik persilangan tabungan dan pelaburan merupakan keadaan mantap iaitu pada k*. proses penyelarasan bagaimana ekonomi bermula dari tingkat modal buruh, k, tertentu menyelaras sehingga keadaan mantap http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 22

tercapai. Apabila tabungan, lebih dari pelaburan, *sf(k)>(n+)+, maka modal buruh,k, akan meningkat dan bergerak ke kanan.penyelaras akan berhenti di mana keadaan mantap tercapai dan tingkat modal buruh naik atau turun. Apabila jumlah tabunagan,sf(k), ditingkatkan. Pertambahan sementara dalam jumlah keluaran output dapat dilihat jika jumlah modal bagi setiap buruh ditambahkan. Selepas ekonomi mempunyai masa untuk berubah, ia akan menyebabkan nisbah modal dan buruh meningkat tetapi nisbah bagi output dan buruh adalah tetap dan tidak termasuk kadar pertumbuhan. Peningakatan dalam tabungan tidak akan mengubah pertumbuhan dalam jangka panjang. Apabila ekonomi mencapai keadaan mentap, maka nisbah modal bagi buruh (k) dan output perkapita, f(k) adalah malar. Maka kadar pertumbuhan ekonomi adalah sifar atau static walaupun masalah ini dapat diatasi dengan adanya kemajuan teknologi yang dijelaskan dalam teori pertumbuahan Endogen. Negara yang mempunyai kadar tabung, kadar pertumbuhan populasi dan fungsi pengeluaran yang sama akhirnya akan menumpu kepada satu tingkat pendapatan yang sama (keadaan mantap) secara perlahan-lahan.

2. Jelaskan kritikan-kritikan dalam Teori Pertumbuhan Baru.


Salah satu kritikan yang dibincangkan dalam Teoro Pertumbuhan Baru ialah kegagalan koordinasi yang berlaku apabila wujud segelintir agen yang gagal atau tidak mampu mengkoordinasikan tindakan mereka lalu membawa kepada keadaan di mana semua agen lain menjadi lebih teruk.k Dalam perkara ini keuntungan yang diterima oleh seseorang agen dalam melaksanakan satu aktiviti adalah bergantung kepada berapa banyak agen lain yang malaksanakan aktiviti yang sama Contohnya , penerima harga yang diingini oleh petani bergantung kepada berapa banyak orang yang aktif dalam kawasan itu.Tetapi, bilangan individu yang aktif bergantung juga kepada bilangan petani lain yang tertumpu kepada produk yang sama. Kritikan seterusnya ialah tidak wujud kesempurnaan. Kesempurnaan menekankan bahawa pelaburan mesti dilakukan oleh semua agen supaya hasilnya boleh dimanfaat semua agen.Apabila kesempurnaan berlaku, sebarang tindakan yang diambil oleh seseorang firma atau sesebuah organisasi akan meningkatan insentif agen yang lain untuk mengambil tindakan yang sama. Dalam keadaan khas, kesempurnaan selalu mempengaruhi pelaburan di mana pulangan adalah bergantung kepada pelaburan yang lain yang dibuat oleh agen lain. Kritikan berikutnya ialah andaian pengekalan hubungan bilangan neoklasikal tradisional adalah tidak sesuai untuk ekonomi LDC. Sebagai contoh teori ini mengandaikan bahawa semua sektor adalah sama dalam sesebuah ekonomi. Ia tidak membenarkan pengagihan semua buruh dan modal semasa proses perubahan struktur.Lantaran itu, petumbuhan ekonomi dalam negara sedang membangun juga dihalang oleh peningkatan infrastruktur yang tidak http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 23

cekap, struktur institusi yang tidak sesuai serta ketidaklenkapan pasaran modal dan barang. Teori ini mengandungi elemen-elemen keempat-empat .Teori ini menjelaskan kritikan terhadap Model tahap Linear . Sesebuah ekonomi yang dapat meningkatkan tabungannya akan menjana pertumbuhan ekonomi dengan lebih pantas . Contohnya jika nisbah model-output= 3 , nisbah tabungan =6% maka kadar pertumbuhan Negara ialah 2% setahun kerana Y/Y=s/k=6%/3=2% . Oleh itu , jika nisbah tabungan meningkat kepada 15% ,maka kadar pertumbuhan negara akan meningkat kepada 5%.Halanagan yang ada di negara kurang maju(NKM) ialah tingkat pembentukan modal yang terlalu rendah.Model ini tidak selalunya dapat diaplikasikan kerana walaupun tabungan dan pelaburan merupakan syarat perlu tetapi ianya bukan merupakan syarat yang cukup .Ahli ekonomi berpendapat model ini telah mengabaikan faktor pelengkap kepada tabungan dan pelaburan untuk membangunkan ekonomi seperti sistem pasaran ,kewangan,perbankan,buruh yang mahir ,kecekapan sektor awam dan swasta dan lain-lain.Kebanyakan NKM tidak mempunyai syarat yang cukup ini. Teori ini menjelaskan kritikan terhadap Model Perubahan Struktur . Model ini memberi kesan ke atas proses pembangunan bergantung kepada sumber yang ada di sesebuah negara , ketersediaan modal , teknologi dan juga persekitaran perdagangan antarabangsa . Kritikan terhadap Model Pergantungan Antarabangsa adalah model ini gagal menerangkan bagaimana NKM boleh membangunkan ekonomi mereka. Selain itu, kempen revolusi kebangsaan yang dijalankan di NKM lebih banyak membawa keburukan . Kejayaan pembangunan memerlukan peranan kerajaan dan pihak swasta dengan lebih berkesan . Kritikan terhadap Pendekatan Pembangunan Neoklasik adalah di NKM dan NSM mempunyai maklumat agak terhad dan pengguna juga tidak banyak membuat pilihan . Kuasa monopoli dan eksternaliti masih wujud dengan ketara yang menghalang kewujudan pasaran bebas ini. Maka ini menjelaskan bahawa model sebelum ini tidak dapat menjelaskan kenapa ada negara yang mengalami pertumbuhan hanya untuk satu tempoh tertentu dan kemudian pertumbuhan ini berhenti atau menjadi perlahan.Daripada ini timbul satu teori baru yang menekankan kepada kepentingan pembentukan modal manusia seperti latihan,pelaburan dalam insfrastruktur , R& D dan inovasi(k-ekonomi).Walaupun NSM menawarkan kadar pulangan modal maunusia(seperti insfrasturtur , R&D dan pendidikan) menyebabkan kesan yang diterima sangat kecil.Oleh itu, kerajaan berperanan untuk meningkatkan kecekapan alokasi sumber melalui penyediaan http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 24

infrastuktur yang baik, mengalakkan pelaburan swasta ke atas industri yang berasaskan pengetahuan.

3. Huraikan 6 andaian bagi Model Big Push.


Andaian-andaian yang di gunakan untuk menganalisis model The big Push adalah lebih kepada kaedah matematik.Terdapat enam andaian iaitu: 1. Faktor pengeluaran Andaikan terdapat satu faktor sahaja yang akan di gunakan dalam proses pengeluaran iaitu buruh (L) di mana penawaran bagi faktor buruh adalah tetap dan tidak berubah. Faktor pembayaran Terdapat 2 sektor dalam pasaran buruh iaitu sektor tradisional dan sektor moden. Andaikan pekerja dalam sektor tradisional menerima kadar upah (W) ialah 1. Contohnya, kadar upah adalah 20 won sehari, kita akan menyebut amaun ini dalam 1. Dengan andaian pekerja dalam sektor moden menerima kadar upah yang melebihi ialah 1 (w > 1). Dalam keseimbangan pasaran buruh, pekerja tidak dapat menerima sebarang faedah daripada peralihan sektor tradisional ke sektor moden akibat daripada perindustrian yang berlaku tetapi sekiranya untung ekonomi dapat di hasilkan ia akan mewakili sesuatu pembaikan Pareto dan pendapatan purata akan meningkat. Sekiranya wujud lebihan buruh dalam ekonomi atau tingkat upah dalam sektor moden adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan kos melepas buruh, faedah sosial hasil daripada perindustrian akan menjadi lebih besar. FaKtor teknologi Andaikan produk yang di hasilkan ialah N jenis barang. Dalam sektor tradisional setiap unit buruh hanya akan menghasilkan sunit output sahaja dengan tujuan adalah untuk mudah pulangan bertambah skala. Juga di andaikan tidak akan mempunyai sebarang produk boleh dihasilkan kecuali dengan bilangan buruh yang minimum, katakan F buruh diupah yang di bayar merupakan kos tetap. Fungsi pengeluaran linear ialah : L = F + cQ, di mana c < 1 merupakan keperluan buruh sut bagi setiap tambahan seunit output.

2.

3.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 25

4.

Permintaan dalam pasaran domestik Andaikan bahawa penggunaan daripada pendapatan negara (Y) adalah sama dan tetap bagi setiap barang Tabungan tidak akan berlaku dan pengguna akan membelanjakan amaun yang sama. Permintaan dan penawaran dalam pasaran antarabangsa Andaikan ekonomi adalah ekonomi tertutup. Kegiatan eksport sebagai nadi ekonomi bagi sesebuah negara. Perdagangan yang di benarkan ialah dapat membawa kebaikan kepada pasaran domestik iaitu dari segi ekonomi bidangan dalaman dan pengetahuan dalam mencapai kualiti bagi sesuatu produk serta bantuan dan sokongan yang mencukupi kepada pengguna. Struktur pasaran Persaingan Sempurna dalam sektor tradisional khasnya industri perkampungan, iaitu tiada sebarang sekatan ke atas firma untuk keluar masuk ke dalam industri dan tidak mempunyai sebarang untung ekonomi. Harga bagi setiap unit barang akan menjadi 1, iaitu bersamaan dengan kos buruh sut (kos tetap). Juga diandaikan bahawa hanya terdapat sebuah dalam firma sektor moden yang akan dapat masuk ke dalam setiap pasaran. Keanjalan permintaan bagi firma monopoli ialah anjal. Firma monopoli meningkatkan tingkat harga melebihi 1, persaingan dari pengeluar sektor tradisional akan menyebabkan firma sektor moden mengalami untung tidak normal atau kerugian. Sekiranya, firma monopoli memutuskan untuk masuk ke dalam pasaran, ia akan mengenakan tingkat harga barangan yang bersamaan 1 Pada masa yang sama, firma monopoli akan menghasilkan tingkat output pada kuantiti yang sama seperti yang dihasilkan oleh firma sektor tradisional. Hanya firma monopoli sahaja menggunakan kaedah pengeluaran moden dan tingkat upah bagi tenaga buruh adalah bersamaan dengan 1 dalam setiap sektor, pendapatan negara secara amnya adalah sama. Firma monopoli akan menghasilkan sekurang-kurangnya bersamaan jumlah output yang dapat di hasilkan oleh firma dalam sektor tradisional dengan menggunakan tingkat buruh yang sama.

5.

6.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 26

4. Dengan menggunakan rajah, huraikan The Big Push Model


Dalam Model The Big Push terdapat 6 andaian iaitu : 1. Factor pengeluaran adalah buruh dan ia adalah tetap. 2. Upah firma moden dalah lebih tinngi berbanding sector tradisional. 3. Teknologi. Firma moden mempunyai kos tetap dimana terdapat sebilangan buruh pada semasa output sifar dan pekerja firma maden adalah lebih produktif berbanding firma tradisional. 4. Semua barang yang dikeluarakan akan dibeli dengan semua pendapatan, tiada asset atau tabungan. 5. Ekonomi tertutup. 6. Firma tradisional adalah persaingan sempurna dan firma moden adalah monopoli tetapi harga yang dikenakan oleh firma maden mesti sama dengan harga firma tradisional jika tidak ia merugikan sector moden.

Hg X Q (hasil)
Fungsi pengeluaran sek. moden

W3 W2 W1
Fungsi pengeluaran sek. tradisional

B Q2 A Q1

L/N

buruh

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 27

Mengikut andaian, fungsi pengeluaran sector moden bermula dengan buruh F walaupun tiada output dan keluknya lebih curam berbanding firma tradisional kerana buruh sektor moden adalah lebih produktif daripada buruh sector tradisional. Buruh dan teknologi (produktiviti buruh) dalah tetap di L/N. Jika upah adalah garisan W1, firma moden akan memasuki pasaran dengan kos tetap bagi buruh di F dan mendapat untung kerana hasil (titik A) lebih tinggi daripada kos (titik C). Jika upah adalah garisan W2, upah dalah lebih tinggi daripada kos dan merugikan firma moden jika beroperasi dititik A maka firma moden meningkatkan pengeluaran dengan menambah bilangan buruh yang masih terdapat dipasaran. Maka beroperasi di titik B dengan mengunakan semua buruh dipasaran dan mengeluarkan output yang lebih tinggi (output ini akan habis dijual menurut andaian ke- 4). Ini menunjukan gaji dan keluaran firma moden meningkat daripada sebelumnya. Manakala jika upah pada garisan W3 ia akan merugikan firma moden maka firma tradisional akan beroperasi dengan mengeluarkan Q1 dengan menggunakan buruh di L/N. Dalam rajah, fungsi pengeluaran diwakili oleh dua jenis firma, iaitu firma tradisional dan moden. Pengeluar-pengeluar tradisional berada di garis lurus dengan cerun 1, dan setiap buruh mengeluarkan satu unit output. Pada titik A, output firma moden dikeluarkan sebanyak Q1 , terdapat firma tradisional yang beroperasi di ekonomi lain. Berdasarkan rajah, upah Bill Garisan w1melepasi di bawah titik A. Ini bermaksud upah industri moden rendah, hasil melebihi kos dan firma akan membayar kos tetap F dan memasuki pasaran. Jika semua sektor adalah simetri, firma moden kebolehuntungan dengan memasuki satu sektor, insentif yang sama digunakan dalam semua sektor, dan seluruh ekonomi akan mengindustri melalui desakan pasaran sendirian. Jika upah Bill Garisan w2 mengekalkan antara titik A dan B, firma tidak memasuki kerana ianya boleh membawa kerugian. Firma-firma dalam setiap sektor menjual semua output (titik B) yang dihasilkan oleh kesemua buruh mereka. Pada rajah, titik B adalah menguntungkan perindustrian kerana ia terletak di atas garis w2. Semua keluaran dibeli kerana semua pendapatan rakyat dan negara dibelanjakan ke atas output. Pada upah w2, terdapat dua keseimbangan: di mana pengeluar-pengeluar yang mempunyai teknik moden memasuki pasaran, gaji dan keluaran lebih tinggi daripada sebelum ini; pengeluar tidak moden masuk, gaji dan keluaran lebih rendah. Jika garis itu dipindahkan di atas B, ia menjadi tidak sensitif kepada industri. Jika upah melepasi di antara titik A dan B, ia mencukupi untuk industri.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 28