Anda di halaman 1dari 74

Cadangan jawapan Latihan Bab 5 Bab 8.

. Anda perlu menambah contoh/bukti atau data statistik untuk menyokong jawapan anda.
1) PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN YANG LEBIH MENSASARKAN GOLONGAN LELAKI TELAH MEMBURUKKAN LAGI MASALAH KEMISKINAN DAN AGIHAN PENDAPATAN YANG BERLAKU DI NSM. BERDASARKAN KENYATAAN TERSEBUT ANDA SEBAGAI SEORANG MENTERI PEMBANGUNAN, BINCANGKAN LIMA (5) LANGKAH YANG AKAN DILAKSANAKAN BAGI MENGATASI KEMISKINAN DAN KETIDAKSEIMBANGAN AGIHAN PENDAPATAN. Masalah kemiskinan dan ketidakseimbangan agihan pendapatan di NSM masih mencatatkan jumlah tertinggi sehingga hari ini. Permasalahan ini turut berlaku walaupun kepada negara-negara NSM yang kaya dengan khazanah sumber alam contohnya negara Indonesia. Mengapakah ini terjadi? Menurut Pengarah Persatuan Eksekutif dari Indonesia iaitu Setyo Budiantaro menyatakan bahawa faktor berlakunya kemiskinan dan ketidakseimbangan agihan pendapatan adalah disebabkan penyerapan tenaga buruh yang minimum dan taraf kebajikan masyarakat yang rendah. Statistik dari Asean Development Bank(ADB) menyatakan berlaku peningkatan sebanyak 2.7juta penduduk miskin di Indonesia sejak 3tahun yang lepas. ADB telah menggariskan tahap minimum untuk seseorang individu mempunyai pendapatan iaitu sebanyak Rp7.800 sehari (RM 0.0026). Akan tetapi, sesetengah daripada mereka hanyalah memperolehi pendapatan sebanyak Rp7.060 sehari (RM 0.0024). Ini membuatkan sesetengah dari mereka berada dalam keadaan sangat miskin dan mempunyai taraf hidup yang rendah. Jika saya adalah Menteri Pembangunan, langkah pertama yang saya akan lakukan adalah dengan pengenaaan cukai progresif dan cukai kekayaan. Cukai progresif adalah cukai yang dikenakan terhadap pendapatan dimana golongan kaya terpaksa membayar lebih berbanding golongan yang miskin. Cukai kekayaan pula adalah cukai yang dikenakan terhadap asset dan pendapatan terkumpul atau lebih dikenali sebagai cukai individu dan cukai syarikat. Alat ekonomi ini dapat membantu bagi menangani permasalahan ini adalah dengan memastikan polisi untuk kuatkuasakan kadar cukai terus kepada pendapatan terutamanya terhadap golongan berpendapatan tinggi agar mereka tidak dapat mengelakkan diri dari membayar cukai.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 1

Banjaran Pendapatan Bercukai 0-2500 2,501-5,000 5,001-10,000

Pengiraan (RM)

Kadar %

Cukai(RM)

2,500 pertama 2,500 berikutnya 5,000 pertama 5,000 berikutnya 10,000 pertama 10,000 berikutnya 20,000 pertama 15,000 berikutnya 35,000 pertama 15,000 berikunya 50,000 pertama 20,000 berikutnya 70,000 pertama 30,000 berikutnya 100,000 pertama Setiap ringgit berikutnya

0 1

0 25 25 150 175 300 475 1,050 1,525 1,800 3,325 3,800 7,125 7,200 14,325 ..........

10,001-20,000

20,001-35,000

35,001-50,000

12

50,001-70,000

19

70,001-100,000

24

Lebih 100,000

26

Rajah 1 Kadar Cukai Di Malaysia 2010/11 Langkah kedua, membuka peluang pekerjaan. Antara cara yang boleh dibuat adalah dengan melakukan pembaikan harga. Harga relatif buruh adalah mahal berbanding harga relatif modal. Maka, disebabkan itu firma lebih kepada penggunaan mesin-mesin dan jentera daripada mengambil tenaga pekerja yang ramai. Jika harga relatif barang modal dinaikkan dan harga relatif buruh diturunkan,maka harga relatif buruh akan menjadi rendah berbanding harga relatif modal. Ini akan membuatkan firma akan lebih menyerap lebih ramai tenaga buruh untuk bekerja bagi meminimumkan kos terhadap barangan modal. Langkah ketiga adalah pemberian insentif dan galakan dari kerajaan. Ini lebih tertumpu kepada golongan remaja iaitu menggalakkan pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu sama ada dengan penajaan biasisw sebagai contoh Biasiswa Jabatan Pertahanan Awam (JPA) yang diberikan untuk pelajar cemerlang untuk meneruskan pelajaran dan juga Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 2

Nasional (PTPTN) yang disediakan bagi pelajar yang kurang bernasib baik untuk meneruskan pelajaran. Langkah keempat yang dapat dilakukan ialah perlaksanaan program sosioekonomi iaitu penambahbaikan infrastruktur yang dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat yang terdiri daripada jalan raya, klinik, sekolah, kemudahan air dan elektrik dan lain-lain lagi. Sebagai contoh Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang merupakan salah satu program yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) untuk membasmi kemiskinan. Menerusi belanjawan 2001, RM 797 juta telah diperuntukkan bagi projek perumahan rakyat. Projek Perumahan Rakyat ini dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara, daripada jumlah itu, RM 634.8 juta adalah untuk meneruskan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT). Menurut Menteri Perumahan, Datuk Ong Ka Ting, daripada projek itu juga sebanyak 35,000 unit adalah untuk kawasan Lembah Klang yang bertujuan untuk mengawal dan menempatkan semula setinggan. Langkah yang kelima adalah galakan perniagaan terhadap usahawan baru. Dengan bantuan dan saranan yang diberikan seperti pendedahan terhadap bidang keusahawanan dan pemberian bantuan kewangan dan juga latihan bagi usahawan baru untuk melibatkan diri dalam perniagaan sendiri disamping pekerjaan yang sedia ada dapat membantu golongangolongan baru ini dengan menjana pendapatan yang lebih. Sebagai contoh seperti yang telah dilakukan dahulu iaitu Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang wujud sejak tahun 1989. Antara projek yang dilaksanakan oleh LKIM adalah seperti bantuan peralatan tangkapan ikan, pengusahaan chalet di bawah Program Pembangunan Masyarakat Nelayan, dan Penternakan Kupang/Tiram dibawah aktiviti akuakultur .

2) TERANGKAN BAGAIMANA FAKTOR SAIZ AGIHAN DAN FUNGSI AGIHAN DIGUNAKAN OLEH PEMBUAT DASAR BAGI MENANGGANI MASALAH KETIDAKSEIMBANGAN AGIHAN. a.) Faktor saiz agihan Agihan atau taburan saiz pendapatan digunakan oleh ahli ekonomi untuk mengukur tingkat keseimbangan agihan pendapatan. Ia berkaitan dengan jumlah yang diterima oleh ahli-ahli masyarakat tanpa mengambil kira bagaimana individu atau sesebuah keluarga memperolehi pendapatan sama ada daripada pekerjaan atau sumber-sumber lain seperti faedah, keuntungan dan sewa. Selain itu, faktor lokasi dan jenis pekerjaan diabaikan. Ahli ekonomi cenderung menyusun pendapatan peribadi individu dengan cara menaik dan membahagikan populasi dalam kumpulan yang berlainan. Satu cara yang digunakan ialah membahagikan pendapatan secara berturut-turut menggunakan kaedah quantiles (5) dan deciles
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 3

(10) iaitu berdasarkan tahap-tahap pendapatan oleh setiap kumpulan berpendapatan.

Satu ukuran umum ketidaksamaan boleh didapati daripada kolum ketiga iaitu 20% nisbah pendapatan paling tinggi diterima oleh penduduk dibahagi 40% pendapatan penduduk yang rendah. Ia kadang kala dipanggil nisbah Kuznet. Nisbah Kuznet ini kerap digunakan bagi mengukur darjah ketidakseimbangan antara keadaan yang sangat miskin dan yang paling kaya dalam sesebuah negara. b.) Keluk Lorenz Keluk Lorenz juga digunakan untuk menganalisis statistik pendapatan individu. Paksi menegak menunjukkan bahagian peratus pendapatan yang diterima manakala paksi mendatar menunjukkan peratus jumlah penerima pendapatan. Kedua-duanya bukan dalam bentuk mutlak tetapi dalam peratusan berganda iaitu dikira secara kumulatif 100%. Keseluruhan rajah dilingkupi oleh segi empat sama dan garisan keseimbangan dilukis dari titik origin hinggalah penjuru kanan.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 4

Garisan pepenjuru menunjukkan keseimbangan sempurna dengan saiz agihan pendapatan. Contohnya 40% penerima pendapatan paling rendah menerima 40% pendapatan, manakala 5% penerima paling tinggi menerima hanya 5% daripada keseluruhan pendapatan. Keluk Lorenz menunjukkan hubungan kuantitatif sebenar antara penerima pendapatan yang diterima sepanjang tahun. Semakin jauh garis keluk Lorenz garisan keseimbangan, semakin besar darjah keseimbangan yang ditunjukkan.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 5

Pengukuran darjah relatif keseimbangan pendapatan dalam negara boleh diperoleh dengan nisbah antara pepenjuru dan Keluk Lorenz, dibahagi dengan jumlah kawasan separuh segi empat sama di mana keluk berada.

Angkili Gini adalah pengukuran keseimbangan agregat dan boleh berubah dari 0 (Keseimbangan sempurna) kepada 1 (Ketidakseimbangan sempurna). Angkili Gini untuk negara yang mempunyai ketidakseimbangan agihan pendapatan yang paling tinggi terletak antara 0.5 hingga 0.7, manakala negara yang secara relatif mempunyai agihan pendapatan seimbang terletak antra 0.2 hingga 0.35. Empat keluk Lorenz boleh ditunjukkan dalam rajah ialah apabila satu Keluk Lorenz terletak di atas Keluk Lorenz yang lain, ia dikatakan lebih seimbang berbanding dengan keluk di bawahnya. Contohnya, ekonomi A dikatakan lebih seimbang daripada ekonomi D. Apabila dua keluk Lorenz bersilang seperti keluk B and C, kita memerlukan andaian tambahan sebelum dapat menentukan ekonomi mana yang lebih seimbang.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 6

c.) Fungsi agihan pendapatan Agihan pendapatan merupakan agihan pendapatan yang kedua digunakan oleh ahli ekonomi yang bertujuan untuk menjelaskan bahagian pendapatan negara yang diterima oleh setiap faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, dan modal. Selain melihat individu sebagai entiti, teori fingsi agihan juga membandingkan peratus yang diterima oleh buruh secara keseluruhan dan dibandingkan dengan jumlah peratus pendapatan yang diagihkan dalam bentuk sewa, faedah, dan untung.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 7

Di bawah fungsi agihan tradisional, diandaikan hanya terdapat dua faktor pengeluaran iaitu modal dan buruh. Andaikan PPS permintaan buruh ditentukan oleh keluaran marginal buruh iaitu keluk DL dan keluk penawaran neoklasik adalah seperti DL. E merupakan titik keseimbangan dimana WE adalah tingkat upah keseimbangan dan LE adalh tingkat guna tenaga keseimbangan. Jumlah output ditunjukkan oleh kawasan ORELE. Pendapatan negara ini akan dibahagikan kepada dua bahagian dimana kawasan OWEELE (bahagian upah yang dibayar kepada pekerja) dan kawasan WERE adalah untung kepada kapitalis. Dalam teori ini, setiap faktor menerima pendapatan berdasarkan sumbangannya dalam jumlah keluaran negara. Walau bagaimanapun, kelemahan teori ini ialah ia tidak mengambil kira peranan kuasa bukan pasaran dalam menentukan harga faktor. Contohnya, kuasa kesatuan sekerja dan kuasa tawar menawar pihak majikan.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 8

3) DENGAN MENGGUNAKAN RAJAH YANG BERSESUAIAN, TUNJUKKAN DAN JELASKAN TIGA (3) JENIS TIPOLOGI PEMBANGUNAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH GARY S.FIELDS. KELUK LORENZ MERUPAKAN KELUK YANG MENUNJUKKAN STATISTIK AGIHAN PENDAPATAN INDIVIDU DALAM SESEBUAH NEGARA. GARY S.FIELDS TELAH MEMBUKTIKAN BAGAIMANA KELUK LORENZ BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGANALISIS TIGA KES MEMBATASKAN PEMBANGUNAN DUALISTIK. TIGA JENIS TIPOLOGI PEMBANGUNAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH BELIAU ADALAH: 1. Memperkayakan pertumbuhan sektor tradisional (Traditional Sector Enrichment). 2. Memperkayakan pertumbuhan sektor moden (Modern Sector Enrichment). 3. Pembesaran pertumbuhan sektor moden (Modern Sector Enlargement). Tipologi pertama: Memperkayakan Pertumbuhan Sektor Tradisional

Dalam tipologi ini, sektor tradisional seperti sector pertanian dan perlombongan dapat pertumbuhan yang pesat, tetapi berlaku sedikit atau tiada perubahan pertumbuhan dalam sektor moden. Melalui tipologi ini, pendapatan golongan pekerja sektor tradisional akan meningkat, seterusnya mengurangkan kemiskinan dan juga mengurangkan jurang pendapatan antara golongan miskin dengan golongan kaya. Hal ini akan menyebabkan keluk Lorenz beralih ke atas dan lebih berhampiri dengan garisan keseimbangan yang mempunyai kecerunan 45. Keadaan ini akan berlaku bagi negara yang member fokus untuk mengurangkan kemiskinan dan juga sektor pertanian. Terutamanya fokus kepada pembasmian kemiskinan mutlak dalam kawasan pendalaman yang mempunyai pendapatan yang paling rendah dan juga pertumbuhan pendapatan yang perlahan. Tipologi ini jarang dilakukan oleh kerajaan dunia sebenar kerana peningkatan pendapatan negara dalam tipologi ini adalah lebih rendah berbanding dengan pembangunan sektor moden. Contoh negara yang pernah melakukan dasar sebegini adalah Sri Lanka dan India pada tahun 1960-an untuk membasmikan kemiskinan dalam kawasan luar bandar.
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 9

Tipologi Kedua: Memperkayakan pertumbuhan sektor moden.

Dalam tipologi kedua, ekonomi hanya berkembang dalam sektor moden sahaja, bermaksud hanya pekerja tetap dalam sektor moden dapat menikmati faedah daripada perkembangan ekonomi tersebut. Agihan pendapatan akan menjadi semakin tidak setara dan tiada perubahan dalam kemiskinan, tetapi golongan kaya akan menjadi lebih kaya. Hal ini akan menyebabkan keluk Lorenz beralih kebawah dan semakin menjauhi garisan keseimbangan. Keadaan ini hanya akan berlaku jika sesebuah Negara meletakkan terlalu banyak tumpuan dalam pembangunan bandar dan juga sektor moden sehingga mengaibaikan pembangunan sektor tradisional. Situasi ini adalah buruk dan mungkin menyebabkan pemberontakan oleh golongan miskin. Contoh negara yang mengalami tipologi ini adalah negara-negara Amerika Latin danAfrika, dimana agihan pendapatan negara mereka adalah tidak seimbang dan Angkali Gini adalah tinggi.

Tipologi ketiga: Pembesaran pertumbuhan sektor moden.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 10

Dalam tipologi ini, ekonomi dua sektor berkembang dengan menambahkan saiz sektor moden tetapi mengekalkan pendapatan yang asal dalam kedua-dua sektor tradisional dan sektor moden, seperti kes yang dikemukakan oleh Model Lewis. Pendapatan mutlak akan meningkat dan kemiskinan mutlak juga akan berkurangan. Hal ini akan menyebabkan keluk Lorenz beralih daripada L1 ke L2 secara bersilang. Sekiranya keadaan ini berlaku, ketidakseimbangan dalam agihan pendapatan pada mulanya akan bertambah buruk tetapi kemudiannya situasi akan berubah menjadi lebih seimbang dalam agihan pendapatan. 10% penerima pendapatan yang paling kaya (penerima pendapatan dari 90 ke 100) akan memiliki peratusan yang semakin kecil daripada jumlah pendapatan berbanding dahulu. Tipologi ini sama dengan sejarah pembangunan dalam negara-negara barat yang mula-mulanya mengalami masalah agihan pendapatan apabila membesarkan sektor moden, tetapi apabila banyak pekerja yang beralih dari sektor tradisional ke sektor moden, masalah kemiskinan dapat diatasi dan agihan pendapatan menjadi lebih setara.

3) HURAIKAN TIGA (3) CIRI KUMPULAN KEMISKINAN UTAMA YANG BERKAITAN DENGAN SIFAT STRATEGI PEMBANGUNAN. Kemiskinan Luar Bandar Kebiasaanya tinggal di luar bandar dan terlibat dalam aktiviti pertanian. Kebanyakan wanita dan kanak-kanak dan terdiri daripada etnik kecil. 2/3 terlibat dalam pertanian sara hidup. 1/3 perkhidmatan runcit. Wanita Dan Kemiskinan Merupakan kaum majoriti kemiskinan dunia. Bagi isirumah yang diketuai oleh kaum wanita, kemampuan untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi adalah sukar. Kurang didedah kepada pendidikan. Kebanyakan ketua keluarga bagi di NKM, kebiasaanya ialah wanita. Agihan pendapatan tidak seimbang antara lelaki dan perempuan.Upah dibayar kepada wanita kurang walaupun melakukan pekerjaan yang sama dilakukan. Biasanya mereka juga dikawal oleh undang-undang adat iaitu perempuan tidak boleh mempunyai harta tanpa kebenaran suami. Etnik Minoriti, Populasi dan Kemiskinan Kemiskinan yang serius berlaku di NKM bagi kumpulan etnik minoriti dan penduduk asal.Konflik dalaman domestic dan peperangan berlaku. Kemiskinan yang ekstrim dan kurang pemakanan seimbang, buta huruf, kesihatan kurang baik dan pengangguran.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 11

4) KEMAJUAN YANG DIRANCANG DALAM SESEBUAH NEGARA DAPAT MEMERANGI KEMISKINAN. SETUJU ATAU TIDAK? BERIKAN PANDANGAN ANDA DENGAN MENJELASKAN LIMA (5) SEBAB BAGI MENERANGKAN JAWAPAN ANDA. SAYA TIDAK BERSETUJU DENGAN KENYATAAN INI. LIMA SEBAB BAGI MENERANGKAN JAWAPAN INI IALAH: 1. PELUANG PEKERJAAN YANG TIDAK SAMA RATA.

Kemajuan yang dialami dalam sesebuah Negara tidak semestinya memberi peluang pekerjaan yang mencukupi . Terdapat sesetengah negara maju seperti Perancis, Singapura dan sebagainya di mana tidak semua rakyat dalam Negara tersebut mendapat peluang pekerjaan yang diingini atau diidamkan. Sebagai contoh, di Perancis kadar pengangguran adalah sebanyak 9.5% pada tahun 2011 dimana kadar ini melebihi daripada kadar biasa. Hal ini menunjukkan Negara maju juga mengalami kadar pengangguran yang tinggi. Hal ini disebabkan penstrukturan pembangunan yang dilakukan kerajaan masih tidak cekap dan menyeluruh untuk mengatasi masalah pengangguran. 2. EKSPLOITASI GOLONGAN KAYA TERHADAP GOLONGAN MISKIN.

Dalam Negara yang maju, pengeksploitasian atau penindasan golongan kaya terhadap golongan miskin sering berlaku. Hal ini boleh dilihat seperti yang berlaku di Negara India. Golongan kaya sering menggunakan orang-orang miskin sebagai buruh kasar untuk melakukan kerja-kerja tertentu. Tambahan pula, golongan kaya ini tidak adil dalam melayan golongan bawahan seperti mereka tidak membayar gaji yang setimpal terhadap pekerjaan yang dilakukan oleh buruh-buruh ini. Hal ini berlaku kerana golongan kaya mempunyai tahap pendidikan yang lebih baik daripada golongan bawahan. Ini membolehkan mereka mempengaruhi dan mengawal keadaan yang berlaku terhadap golongan miskin. 3. TAHAP PENDIDIKAN YANG RENDAH.

Negara yang maju tidak semestinya mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Hal ini disebabkan kemajuan yang dirancang tidak menyeluruh. Hanya sesetengah kawasan menikmati kemajuan berbanding kawasan yang lain. Begitu juga dengan tahap pendidikan. Tahap pendidikan yang diterima oleh setiap rakyat berbeza. Penduduk yang mendiami kawasan pedalaman menerima tahap pendidikan yang rendah berbanding kawasan Bandar. Sebagai contoh, di Negara maju seperti Amerika Syarikat sendiri masih ada lagi kawasan-kawasan dimana sistem pendidikannya yang masih mundur seperti di Pennyslavia, New Orleans dan sebagainya.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 12

4.

PENGENALAN CUKAI YANG TINGGI OLEH KERAJAAN.

Terdapat sesetengah negara maju yang mengenakan cukai terlalu tinggi terhadap rakyatnya. Semakin maju negara tersebut semakin tinggi cukai yang dikenakan. Hal ini berlaku kerana cukai yang dikenakan adalah bertujuan untuk menampung kos-kos yang telah digunakan kerajaan bagi tujuan pembangunan dalam negara tersebut. Sebagai contoh di negara Jerman, cukai yang dikenakan terhadap rakyatnya sangat tinggi sehinggakan hal ini telah membebankan golongan yang berpendapatan rendah. Sebagai akibatnya, ramai rakyat dalam negara tersebut telah membuat protes dan mogokan bagi menentang tindakan kerajaan tersebut. 5. KEDUDUKAN DEMOGRAFI BENTUK MUKA BUMI.

Kedudukan demografi bentuk muka bumi turut mempengaruhi pola kemiskinan. Hal ini kerana kawasan yang berbukit-bukau dan didiami oleh penduduk sukar menikmati pembangunan dan kemajuan. Pembangunan sukar dijalankan di kawasan ini disebabkan faktor fizikal yang membataskan pergerakan dan usaha-usaha untuk membina petempatan dan kemudahan-kemudahan untuk penduduk kawasan tersebut. Hal ini telah menyebabkan penduduk di kawasan ini tidak memperolehi sebarang pembangunan dan ini telah meletakkan mereka terus berada dalam garis kemiskinan. Sebagai contoh, di kawasan-kawasan pedalaman China di mana keadaan bentuk muka buminya yang berbukit-bukau telah menghadkan kemajuan untuk dinikmati penduduk kawasan tersebut.

5) KEMISKINAN ADALAH SATU ISU YANG SERING DIKAITKAN DENGAN NSM. SEKIRANYA ANDA SEORANG PENGUBAL DASAR BAGI NSM, TERANGKAN 4 LANGKAH BESERTA CONTOH BAGI MENGATASI ATAU MENGURANGKAN MASALAH ATAU MENGURANGKAN MASALAH KEMISKINAN YANG BERLAKU. Masalah kemiskinan NSM masih memcatatkan jumlah yang tinggi pada masa kini. Langkah-langkah yang efisien perlu diambil supaya rakyat dalam NSM dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa tanpa gangguan kemiskinan. Sekiranya saya adalah seorang pengubal dasar bagi NSM, langkah yang pertama perlu diambil ialah mengurangkan saiz pengagihan golongan atasan melalui cukai peogresif dan cukai kekeyaan. Gologan miskin yang pendapatan bawah sesuatu amaun boleh dikecualikan pembayaran cukai. Cukai progresif ialah cukai pendapatan yang diterima dari individu dan syarikat di mana golongan yang kaya perlu membayar cukai yang lebih tinggi berbanding dengan golongan yang miskin. Cukai kekeyaan iaitu aset dan pendapatan terkumpul melibatkan cukai individu dan cukai harta syarikat. Kedua-dua jenis cukai ini digunakan dalam proses pembangunan. Oleh itu, saya dan pihak berkuasa akan memastikan polisi ini akan menjurus kepada
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 13

semua golongan supaya mereka tidak dapat mengelakkan daripada membayar cukai. Tujuan cukai diwujudkan adalah merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dengan miskin dan juga sumber pembangunan. Dari pemungutan cukai, kerajaan boleh menyediakan pelbagai kemudahan, subsidi, elaun, dan sebagainya bagi golongan miskin. Langkah yang kedua ialah pengagihan semula pemilikan aset yang progresif. Dalam kebanyakkan NSM masih mengalami ketidakadilan dan tidak seimbang atas pemilikan aset-aset Negara. Penumpuan dalam pengurangan penumpuan kawalan aset-aset, ketidaksamaan agihan kuasa dan ketidakadilan peluang pendidikan serta pendapatan menunjukkan sifat dalam kebanyakan NSM adalah dalam usaha membasmi kemiskinan. Contoh dasar pembangunan semula tanah di luar Bandar bertujuan menukar status daripada penyewa kepada pemilik. Penukaran status ini diharapkan dapat memberi insentif kepada golongan miskin untuk meningkatkan keluaran dan pendapatan dengan usaha sendiri. Kerajaan perlu memastikan mereka mendapat pendidikan pertanian, kredit ( modal ), kemudahan pertanian, kemudahan pemasaran dan sebagainya. Selain itu, modal manusia dalam bentuk pendidikan dan kemahiran juga merupakan contoh ketidakseimbangan dalam pemilikan sumber. Dasar kerajaan perlu membangunkan peluang pendidikan supaya mereka dapat mencari kerjaya dan membasmi kemiskinan dengan usaha mereka dan akhirnya mengubah nasibnya. Pelaburan modal manusia merupakan prinsip asas dalam mengurangkan kemiskinan. Langkah seterusnya ialah melakukan perubahan fungsi agihan pendapatan melalui reka bentuk polisi yang mengubah harga faktor secara relatif. Pulangan kepada faktor pengeluaran seperti buruh, tanah dan modal merupakan ganjaran untuk menikmati taraf hidup yang lebih baik. Sebagai seorang pengubal dasar, saya tidak akan campur tangan dalam upah buruh dan biar ditentukan dalam pasaran bebas. Keadaan ini dapat mengelakkan berlakunya pengagguran. Oleh itu , golongan miskin juga akan mendapat pekerjaan kerana pihak pengeluar atau industri akan menggunakan lebih banyak buruh berbanding intensif modal kerana buruh lebih murah. Selain itu, penurunan upah buruh berbanding kos modal atau peningkatan harga modal akan menyebabkan majikan beralih ke intensif buruh, peralihan input dapat meningkatkan penggunaan buruh dan seterusnya meningkatkan pendapatan golongan miskin. Jika upah ditentukakan pada upah minimum yang tinggi, keadaan ini akan berlaku kos buruh hampir sama dengan kos modal, majikan akan menggunakan modal dalam pengeluaran. Akhirnya akan berlaku pengangguran dan memudaratkan golongan miskin. Selain itu, jika keistimewaan dan subsidi ditarik balik, pengeluar akan mempunyai insentif untuk menanbahkan permintaan buruh dan mengurangkan penggunaan modal yang terhad. Langkah ini dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada penganggur, buruh tidak mahir dan separuh mahir.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 14

Langkah yang keempat ialah bayaran pindahan dan peruntukan rakyat atas barang dan perkhidmatan. Peruntukan pembangunan barangan awam adalah penting dalam membasmi kemiskinan. Contohnya peruntukan cukai kewangan seperti peruntukan bekalan air bersih, elektrik di kawasan pedalaman, projek kesihatan awam di luar Bandar , amalan makanan dan pemakanan bagi golongan miskin. Selain itu, pemberian wang tunai seperti biasiswa dapat membuka peluang kepada seseorang mendapat pendidikan yang lebih tinggi. Penambahbaikan kemudahan infrastruktur juga penting untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat. Kemudahan hospital, sekolah, air dan elektrik dan sebagainya dapat membantu perbelajaan golongan miskin. Subsidi makanan dan kewangan juga satu usaha yang penting untuk mengurankan jurang golongan miskin dendan kaya. Namun, pemberian bantuan ini perlu dikawal dan dikaji supaya subsidi ini benar-benar diberi kepada golongan yang layak menerima seperti orang kurang upaya, orang-orang tua, ibu tunggal, anak yatim, dan sebagainya. Kesimpulannya, langkah-langkah yang berkesan dijalankan dapat mengurangkan masalah kemiskinan dan seterusnya membawa pembangunan dan pertumbuhan Negara. Pendekatan mencapai kejayaan dalam pendapatan dan membasmi kemiskinan, taraf pendidikan, kesihatan dan imbangan pemakanan dalam golongan miskin adalah fokus bagi pembangunan NSM.

7) JELASKAN LIMA (5) SEBAB MENGAPA KITA PERLU MEMBERI PERHATIAN KEPADA PERSOALAN KEMISKINAN DAN KETAKSAMARATAAN DALAM PROSES PEMBANGUNAN NEGARA. 1. Ketidakseimbangan pendapatan yang melampau akan membawa kepada ketidakcekapan ekonomi. Apabila ketidakseimbangan tinggi, semakin kecil bilangan populasi yang layak mendapat pinjaman atau sumber kredit lain. Apabila individu berpendapatan rendah tidak boleh meminjam wang, secara umumnya mereka tidak dapat mendidik anak mereka dengan secukupnya atau tidak dapat memulakan perniagaan. Nilai simpanan dalam ekonomi pula kurang kerana nilai simpanan marginal yang tinggi biasanya diperolehi di kalangan kelas sederhana.Walaupun orang kaya menabung sejumlah wang tetapi dari segi marginal ia adalah kecil. Tabungan dan pelaburan ini tidak dapat menambah sumber produktiviti negara.Oleh itu, strategi pertumbuhan adalah berdasarkan saiz dan ketidakseimbangan. Peningkatan pendapatan adalah untuk mengekalkan faedah pelaburan dan mengekalkan status quo ekonomi dan kumpulan elit politik bagi Negara membangun. Ketidakseimbangan boleh membawa kepada ketidakefisien dalam memperuntukkan aset.
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 15

2. Ketidakseimbangan pendapatan yang ketara melemahkan kestabilan social dan perpaduan. Ketidakseimbangan yang tinggi menguatkan lagi kuasa politik golongan kaya dan kuasa penawaran ekonomi mereka. Kuasa ini digunakan untuk mendorong hasil yang menguntungkan mereka sahaja.Ketidakseimbangan yang tinggi juga mendorong golongan miskin untuk menyokong polisi politik penduduk yang melindungi mereka. Dengan ketidakseimbangan yang tinggi, focus politik kerap kepada pengagihan semula ekonomi sedia daripada melihat polisi untuk meningkatkan saiznya. Sebagai contoh tragedi 13 Mei 1969 yang berlaku di Malaysia, berpunca dari perasaan tidak puas hati antara kaum Melayu dan kaum Cina juga adalah kerana jurang perbezaan pendapatan antara kaum yang besar. Hal ini melemahkan perpaduan politik dan juga melonggarkan ikatan perpaduan antara kaum. 3. Ketidakseimbangan melampau dikatakan tidak adil. Menurut John Rawis (ahli falsafah unggul), sebelum lahir kedunia, kita ada peluang untuk memilih tahap ketidaksamaan secara menyeluruh terhadap manusia tetapi bukannya identiti sendiri.Ketidakpastian ini dinamakan sebagai veil of ignorance. Sekiranya semua orang mempunyai pendapatan sama-rata, mereka tiada dorongan untuk bekerja keras, menambah kemahiran dan berinovatif. Kebanyakan orang memilih sedikit ketidakseimbangan untuk menggalakkan kepada insentif untuk bekerja kuat dan berinovatif. Contoh ketidakseimbangan melampau ini dikatakan tidak adil kerana golongan yang kaya akan menjadi semakin kaya dengan penguasaan mereka ke atas ekonomi dan politik manakala golongan yang miskin kekal juga pada tahap tersebut dan masih ditindas serta dieksploitasi oleh golongan kaya untuk kepentingan mereka. 4. Ketidakseimbangan melampau akan melemahkan perkembangan sektor pengeluaran barangan tempatan. Masalah ketidakseimbangan akan menyebabkan golongan miskin kurang berupaya untuk membeli barangan keperluan harian, contohnya barangan tempatan. Kebiasaannya golongan kaya akan membelanjakan sejumlah wang yang banyak terutamanya ke atas barangan import kerana ia lebih berjenama dan lebih sinonim dengan golongan ini kerana melambangkan status mereka. Hal ini akan menyebabkan jumlah wang yang keluar lebih banyak dari jumlah wang yang masuk ke dalam Negara dan menyebabkan perkembangan industry

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 16

tempatan terjejas seterusnya membawa kepada ketidakseimbangan ekonomi yang lebih besar. 5. Ketidakseimbangan melampau keharmonian masyarakat. akan menggugat ketenteraman dan

Apabila ketidakseimbangan tinggi, golongan yang miskin mudah mempunyai perasaan kecewa dan putus asa.Keadaan ini boleh mendorong mereka berhutang, berbohong, mencuri dan sebagainya.Ini secara tidak langsung telah meningkatkan kes jenayah yang telah menggugat ketenteraman masyarakat. Proses pembangunan negara turut terjejas akibat daripada ketidakharmonian di antara masyarakat.

8) HURAIKAN EMPAT (4) DASAR YANG BOLEH DILAKSANAKAN UNTUK MENGATASI KEMISKINAN DAN KETAKSAMARATAAN. 1. Mengurangkan saiz pengagihan golongan atasan melalui cukai progresif dan cukai kekayaan. Cukai progesif adalah cukai pendapatan yang diterima dari individu dans yarikat di mana golongan yang kaya perlu membayar cukai yang lebih berbanding golongan yang miskin dan berpendapatan rendah.Contohnya kadar cukai pendapatan individu di Indonesia ialah:

Cukai kekayaan iaitu aset dan pendapatan terkumpul pula biasanya melibatkan cukai individu dan cukai harta syarikat. Contohnya kadar cukai tanah di Indonesia ialah 0.5 berdasarkan nilai jualannya. Tujuan cukai diwujudkan adalah untuk merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan golongan miskin selain sebagai sumber untuk pembangunan.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 17

2. Melakukan perubahan fungsi agihan pendapatan melalui rekabentuk polisi untuk mengubah harga faktor secara relatif. Pulangan terhadap buruh, tanah dan modal ditentukan oleh harga faktor, tingkat utility dan bahagian pendapatan negara yang bertambah kepada setiap pemilik faktor. Sebagai contoh, perletakkan harga buruh yang lebih tinggi berbanding harga sebenar di pasaran walaupun berlakunya pengangguran akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam agihan pedapatan. Pembaikan harga-harga ini, contohnya merendahkan harga relative buruh dan meningkatkan harga relatif modal bukan sahaja akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan, malah mengurangkan ketidakseimbangan dengan menawarkan kerja kepada pengangguran atau pun kepada buruh tidak mahir dan separuh mahir.

3. Mengubahsuai agihan saiz melalui pengagihan semula pemilikan aset yang progresif. Pembaharuan agihan tanah boleh dijalankan di bandar termasuklah menyediakan kredit komersial pada kadar yang mampu dibiayai oleh usahawan-usahawan kecil, menyediakan skim perairan bagi kawasan-kawasan tanaman padi, memperkenalkan cara pertanian moden dan tanaman berkelompok. Pendidikan juga penting bagi memastikan semua golongan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya peringkat rendah.

4. Melalui bayaran pindahan dan perutukan rakyat ke atas barang dan perkhidmatan. Salah satu polisi kerajaan untuk membasmi kemiskinan ialah peruntukan cukai kewangan seperti peruntukan bekalan air bersih serta elektrik di kawasan terpencil, projek kesihatan awam di luar bandar dan pinggir bandar. Pemberian wang tunai seperti pemberian biasiswa akan membuka peluang seseorang untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi. Penambahan kemudahan infrastruktur dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat. Kemudahan jalan raya, klinik, sekolah, air, dan elektrik juga akan membantu mengurangkan lagi belanja golongan miskin.
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 18

Program subsidi makanan kepada penduduk bandar dan luar bandar yang miskin dan polisi berterusan yang dilaksanakan pihak kerajaan seperti mengawal harga makanan adalah penting dalam usaha untuk mengurangkan jurang antara golongan kaya dan golongan miskin.

9) HURAIKAN LIMA (5) ALASAN MENGAPA POLISI DIFOKUSKAN KE ARAH MENGURANGKAN TAHAP KEMISKINAN PERLU UNTUK MEMBAWA KEPADA PENINGKATAN KADAR PERTUMBUHAN. Pertumbuhan yang pesat adalah sesuatu yang buruk kepada golongan miskin kerana mereka bakal dipinggirkan oleh perubahan struktur pertumbuhan moden. Terdapat banyak kebimbangan dalam dasar perbelanjaan orang awam bagi mengurangkan kemiskinan yang mempunyai hubungan dengan kadar penurunan pertumbuhan. Untuk mengurangkan kadar kemiskinan akan melambatkan kadar pertumbuhan. Negara yang mengurangkan ketaksamaan akan mengalami pertumbuhan yang lebih perlahan. Terdapat LIMA alasan mengapa polisi difokuskan ke arah mengurangkan tahap kemiskinan perlu untuk membawa kepada peningkatan kadar pertumbuhan: i) Kemiskinan yang meluas mewujudkan keadaan dimana penduduk miskin tidak mempunyai peluang untuk berhutang dan tidak mampu untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka. Mereka juga tiada peluang pelaburan kewangan dan mempunyai anak yang ramai juga merupakan sumber serta jaminan kewangan pada usia tua. Faktor-faktor ini menyebabkan pertumbuhan per kapita menjadi kurang daripada yang sepatutnya. ii) Golongan yang kaya dalam negara-negara miskin pada umumnya tidak mempunyai keinginan untuk menabung dan melabur sebahagian daripada pendapatan kepada ekonomi dalam negara. Data empirikal yang terkini menunjukkan negara membangun adalah tidak lagi sama dengan masa dahulu. iii) Pendapatan dan taraf hidup yang rendah bagi penduduk miskin iaitu dari segi tahap kesihatan yang rendah, pemakanan yang kurang berzat dan kemerosotan pendidikan secara langsung akan menurunkan produktiviti ekonomi di samping membantutkan pertumbuhan ekonomi. iv) Meningkatkan paras pendapatan golongan miskin akan merangsangkan peningkatan terhadap permintaan barangan keperluan tempatan, manakala golongan kaya pula didapati berbelanja lebih banyak daripada pendapatan tambahan mereka terhadap barang mewah import. Peningkatan permintaan bagi barangan tempatan beri rangsangan yang lebih besar kepada hasilan barangan tempatan, pekerjaan tempatan dan pelaburan tempatan. Permintaan ini membantu pertumbuhan ekonomi yang pesat.
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 19

v) Pengurangan kemiskinan boleh merangsangkan perkembangan ekonomi yang mempunyai kuasa dan insentif psikologi bagi penyertaan orang ramai dalam proses pembangunan. Kesimpulannya, objektif bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mengurangkan kemiskinan adalah tidak saling bertentangan. Dengan menggunakan pendekatan dasar yang sesuai, penduduk yang miskin boleh turut terlibat dalam pertumbuhan dan menyumbangkan tenaga kepada ekonomi. Oleh itu, kadar kemiskinan akan berkurang pada kadar yang konsisten dengan pertumbuhan yang berkekalan.

10) BINCANGKAN LIMA (5) BENTUK POLISI YANG BOLEH DIJALANKAN OLEH KERAJAAN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH KETIDAKSEIMBANGAN PENDAPATAN. i) Perubahan fungsi agihan pendapatan melalui reka bentuk polisi untuk mengubah harga faktor secara relatif. Pembaikan harga-harga faktor harus dijalankan kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan, malah juga akan mengurangkan ketidakseimbangan dengan menawarkan kerja kepada penganggur ataupun buruh tidak mahir dan separuh mahir. Ini juga akan merendahkan pendapatan tinggi pemilik kapital. Kesannya, akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi, kadar guna tenaga yang lebih tinggi, penurunan kadar kemiskinana dan agihan yang lebih adil. Contohnya, merendahkan harga relatif buruh dan meningkatkan harga relatif modal. Apabila harga buruh rendah, maka lebih ramai buruh dapat diambil. Kesannya, produktiviti dapat ditingkatkan dan seterusnya pengangguran dapat dikurangkan. Pengurangan agihan saiz melalui pengagihan semula pemilikan aset yang progresif. Kerajaan perlu menumpukan secara langsung terhadap pengurangan penumpuan kawalan aset-aset, ketidaksamaan agihan kuasa, dan ketidakadilan peluang pendedahan kepada pendidikan dan pendapatan yang menggambarkan sifat di kebanyakan NSM. Polisi pengagihan semula yang dinamik patut dipergiatkan beransur-ansur. Contohnya, kerajaan NSM boleh memindahkan sejumlah bahagian daripada simpanan tahunan dan pelaburan kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendatangkan penambahan aset-aset melalui pengagihan semula. Ia merupakan keadaan yang perlu untuk menurunkan kadar kemiskinan dan ketidaksamarataan dalam agihan bagi kebanyakan NSM. Selain itu, meningkatkan peluang pendidikan dan melabur dalam modal manusia sebagai satu strategi asas untuk memperbaiki kadar kemiskinan.

ii)

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 20

iii) Pengurangan saiz pengagihan golongan atasan melalui cukai progresif dan cukai kekayaan. Cukai progresif adalah cukai pendapatan yang dikenakan kepada individu dan syarikat di mana golongan kaya perlu membayar cukai yang lebih berbanding dengan golongan miskin. Cukai kekayaan adalah cukai individu dan cukai harta syarikat yang mungkin termasuk di dalam cukai progresif (aset dan pendapatan terkumpul). Contohnya, zakat dan wasiat. Kerajaan haruslah menguatkuasakan kadar cukai progresif terus kepada pendapatan terutamanya terhadap golongan yang berpendapatan tinggi agar mereka tidak dapat mengelakkan diri dari cukai dan agihan pendapatan dapat mencapai keseimbangan. iv) Peningkatan pengagihan saiz pada peringkat bawah melalui perbelanjaan kerajaan daripada hasil cukai. Perbelanjaan kerajaan seperti bayaran pindahan dan peruntukan rakyat ke atas barang dan perkhidmatan harus dilaksanakan oleh kerajaan. Peruntukan cukai kewangan juga merupakan salah satu polisi kerajaan yang amat penting untuk membasmi kemiskinan. Contohnya, projek kesihatan awam di luar bandar, peruntukan bekalan air yang bersih serta bekalan elektrik di kawasan terpencil. Pemberian wang tunai yang berterusan dan subsidi boleh memberi kesan yang baik tetapi perlu dilaksanakan dengan berhati-hati. Ini kerana sumber terhad, sikap orang yang terlalu bergantung kepada kerajaan. Kerajaan tidak mahu mengubah haluan rakyat yang mempunyai daya produktiviti dalam ekonomi menyertai program membasmi kemiskinan sebagai gantian bekerja. Kerajaan harus lebih menumpu kepada kawasan yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi agar subsidi yang diberi adalah menuju kepada rakyat miskin. v) Peningkatan pengagihan saiz pada peringkat bawah melalui pelaburan. Kerajaan harus menggalakkan pelaburan di dalam negara terutamanya di kawasan yang kadar kemiskinannya tinggi. Pelaburan bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan negara, malah dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat terutamanya bagi yang luar bandar dan buruh tidak mahir atau separuh mahir. Dengan cara ini, kadar pengangguran dapat diturunkan. Kesannya, jurang pendapatan antara golongan kaya dan golongan miskin dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, ketidakseimbangan pendapatan atau jurang pendapatan yang tinggi secara tidak langsung boleh mendatangkan banyak masalah sosial dan ekonomi. Oleh itu, polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan masalah ketidakseimbangan pendapatan haruslah tepat dan berkesan.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 21

11) SALAH SATU PENGUKURAN EKONOMI UNTUK MELIHAT DARJAH KETAKSEIMBANGAN PENDAPATAN IALAH KOEFISEN GINI. BERDASARKAN RAJAH YANG SESUAI, TUNJUKKAN BAGAIMANA KOEFISEN INI.

Peratus pendapatan

Peratus penduduk

Koefisen Gini biasanya ditunjukkan dengan keluk Lorenz yang menunjukkan hubungan kuantitatif sebenar di antara peratus penerimaan pendapatan dan peratus jumlah penduduk dalam satu tahun. Dalam rajah keluk Lorenz di atas, paksi menegak adalah peratus pendapatan manakala paksi mendatar merupakan peratus penduduk. Sebagai contohnya, 80 peratus penduduk menguasai 60 peratus jumlah pendapatan. Koefisen Gini diperolehi dengan cara nisbah kawasan A dibahagikan dengan jumlah segi tiga (A+B).Koefisen Gini dinyatakan dalam bentuk nisbah yang nilainya antara 0 (keseimbangan sempurna) hingga 1 (ketidakseimbangan sempurna). Jika setiap individu memiliki pendapatan yang sama, maka keseimbangan agihan pendapatan akan tepat jatuh pada garis lurus 45 darjah dan Koefisen Gini akan bernilai 0. Semakin jauh keluk Lorenz dari garisan lurus 45 darjah, semakin ketidakseimbangan agihan pendapatan. Jika seorang individu sahaja yang menguasai seluruh pendapatan maka akan terjadilah ketidakseimbangan sempurna maksimum sehingga keluk agihan pendapatan ini akan jatuh pada titik (0,0), (100,0) dan (100,100) dan angka Koefisen Gini akan bernilai 1. Angkali Gini untuk negara-negara yang mempunyai ketidakseimbangan agihan pendapatan yang paling tinggi biasanya terletak antara 0.50 dan 0.70 manakala untuk negara yang secara relatif mempunyai pengagihan yang seimbang terletak antara 0.20 hingga 0.35.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 22

12) DENGAN MENGGUNAKAN KELUK LORENZ, TERANGKAN PERBEZAAN DI ANTARA TIPOLOGI MEMPERKAYAKAN PERTUMBUHAN SEKTOR MODEN (MODERN-SECTOR ENRICHMENT) DAN TIPOLOGI PEMBESARAN SEKTOR MODEN (MODERN-SECTOR ENLARGEMENT).

Rajah 1 Memperkayakan pertumbuhan sektor moden (modern-sector enrichment) Dalam memperkayakan pertumbuhan sektor moden, ekonomi berkembang pesat tetapi pertumbuhan adalah terhad kepada pekerja tetap di sektor moden. Pendapatan adalah tinggi tetapi pengagihan pandapatan adalah tidak setara dan tiada perubahan pada kemiskinan. Pertumbuhan berlaku dalam tipologi ini adalah akibat daripada pendapatan yang meningkat. Pertumbuhan ini menyebabkan keluk Lorenz untuk beralih ke bawah dan lebih jauh dari garisan keseimbangan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Tipologi ini menerangkan pengalaman ekonomi Amerika Latin dan Afrika. Contohnya mengikut sumber dari CEPAL (2001), Amerika Latin mempunyai Koefisien Gini yang lebih daripada 0.50 dan ini menunjukkan pengagihan pandapatan yang sangat tidak setara.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 23

Rajah 2 Pembesaran pertumbuhan sektor moden (modern-sector enlargement) Saiz sektor moden berkembang dan upah adalah tetap dalam kedua-dua sektor seperti kes model Lewis. Pendapatan mutlak meningkat dan kemiskinan mutlak berkurangan tetapi keluk Lorenz sentiasa bersilang. Ini menyebabkan kita tidak boleh membuat sebarang kenyataan tentang ketaksamaan di mana mungkin menambah baik atau memburukkan lagi keadaan. Fields menyatakan bahawa jika keadaan ini berlaku, ketaksamaan pada mulanya memburukkan dan kemudiannya keseimbangan semakin baik. Golongan miskin yang kekal dalam sektor tradisional mempunyai pendapatan yang tidak berubah tetapi pandapatan ini adalah sebahagian kecil daripada jumlah yang lebih besar jadi L2, keluk Lorenz yang baru terletak di bawah keluk Lorenz asal iaitu L1 yang pada akhirnya lebih rendah daripada pendapatan skala pengagihan. Setiap pekerja di sektor moden menerima pandapatan mutlak sama seperti sebelum ini tetapi kini bahagian yang diterima oleh kumpulan pandapatan yang paling kaya adalah lebih kecil kerana peningkatan dalam bilangan pekerja dalam sektor moden maka keluk Lorenz yang baru, L2 terletak di atas keluk Lorenz yang asal, L1. Ia sesuai dengan corak sejarah pertumbuhan di negara-negara barat dan juga di negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

13) KEMAJUAN YANG DIRANCANG DALAM SESEBUAH NEGARA DAPAT MEMERANGI KEMISKINAN. SETUJU ATAU TIDAK? BERIKAN PANDANGAN ANDA DENGAN MENJELASKAN EMPAT(4) SEBAB BAGI MENERANGKAN JAWAPAN ANDA. Saya bersetuju bahawa kemajuan yang dirancang dapat memerangi kemiskinan 1. Kemajuan yang dirancang dapat meningkatkan pendapatan golongan miskin. Pelaburan yang masuk sama ada daripada sector awam mahupun sector swasta akan membawa banyak faedah. Pelaburan yang dibawa masuk ini
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 24

akan disertai oleh kemasukan teknologi yang tinggi. Melalui teknologi tinggi ini petani dapat menambahbaikkan cara penanaman mereka. Contohnya pembaikan benih dan teknik yang lebih maju dalam perairan. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan pengeluaran yang akan menambahkan hasil pendapatan para petani. Perkhidmatan kewangan yang boleh disediakan kepada golongan miskin seperti pinjaman, insurans atau simpanan - kepada individu di golongan miskin yang tidak mempunyai akses kepada pekerjaan secara rasmi dan oleh itu memiliki dan mengendalikan perusahaan kecil mereka sendiri. Sama ada mereka menjadi seorang petani,menjual sayursayuran di pasaran, jahit pakaian atau menjalankan salon, perkhidmatan kewangan yang disediakan memberi mereka modal yang mencukupi untuk menjalankan perusahaan kecil mereka.Seterusnya ini akan meningkatkan taraf hidup para petani tersebut dan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan mereka. 2. Kemajuan yang dirancang akan meningkatkan tahap pendidikan penduduk. Perkhidmatan pendidikan dapat memberi golongan miskin untuk melanjutkan pelajaran dengan perkhidmatan seperti pinjaman. Dengan ini, mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dalam masa depan dengan pengetahuan yang diperolehhi. Ini adalah kerana kemajuan dari segi pendidikan akan menurunkan kadar buta huruf di kalangan penduduk miskin dan seterusnya meningkatkan kadar celik IT. Sebagai contoh, pinjaman PTPTN kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di peringkat IPTA/IPTS.Denganini, penduduk miskin yang berpendidikan akan dapat pekerjaan yang lebih baik pada masa depan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka. Kemajuan tahap pendidikan secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan di kalangan penduduk miskin. Ini akan meningkatkan taraf kehidupan penduduk miskin.. 3. Kemajuan yang dirancang akan memberi peluang kepada rakyat miskin dalam Negara kurang membangun/Negara sedang membangun untuk bersaing. Kebanyakkan negara yang lebih maju cuba untuk melindungi petani dan pekerja-pekerja sendiri dari persaingan asing. Mereka akan mengenakan tarif import yang tinggi kerana pekerja asing bekerja lebih murah dapat menghasilkan barang yang murah. Pekerja NKM tidak akan mampu untuk bersaing dalam pasaran bebas dengan tarif yang dikenakan. Dengan ini, kawalan terhadap tarif yang tidak begitu tinggi memberi peluang kepada penduduk negara kurang membangun untuk bersaing dan mengaut untung. 4. Kemajuan yang dirancang akan dapa menggalakkan pengagihan saksama. Kita perlu satu sistem kewangan dan ekonomi yang saksama mengagihkan
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 25

kekayaan di kalangan penduduk dunia. Walau bagaimanapun, sumber semulajadi seperti tanah, mineral, dan sebagainya dimonopoli oleh pihak swasta. Ini memaksa rakyat untuk membayar lebih banyak pendapatan mereka kepada pemilik tanah atau berpindah ke tanah kurang produktif. Dengan kemajuan yang dirancang, pembukaan tanah terbiar baru memberi peluang kepada para penduduk untuk memulakan sesuatu usaha seperti pertanian atau perladangan dengan kos yang rendah. Contohnya FELDA yang menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.Selain itu, seseorang yang yang mempunyai modal yang banyak membolehkan mereka untuk menjadikan perniagaan kecil mereka kepada monopoli dan mendapat kelebihan ke atas rakyat lain. Dengan cukai progresif, untung pihak monopoli dapatdikurangkan dan memberi peluang kepada rakyat lain untuk bersaing dalam perniagaan masing-masing.

14) MENGAPAKAH KEMISKINAN TERUS WUJUD DI KAWASAN PERTANIAN LUAR BANDAR DI NEGARA SEDANG MEMBANGUN WALAUPUN TELAH BANYAK PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN DIJALANKAN? Masalah Pemilikan Tanah Masalah terbesar yang dihadapi oleh masyarakat tani adalah dari segi pemilikan tanah. Petani yang tidak mempunyai tanah atau menyewa tanah kegiatan pertanian boleh terganggu oleh tempoh pemegangan tanah kerana :jangka masa yang ada untuk perancangan pembangunan kebun/ladang dan menghasilkan keuntungan terhad. pembesaran/penambahan pelaburan terhad. petani yang menyewa bergantung sepenuhnya kepada sumber sendiri untuk mengendalikan kebun/ladang. jumlah pendapatan mesti peruntukkan untuk membayar sewa, hutang dan sebagainya kemungkinan untuk menyambung kontrak atau membeli tanah tersebut tidak diketahui sepenuhnya. penyewa biasanya kurang inisiatif untuk menjaga dan membangunkan tanah ke tahap yang lebih baik.

Masalah Pemasaran Hasil Pertanian Ketidakstabilan harga oleh sebab penawaran dan permintan tidak anjal maka naik turun harga sentiasa berlaku. Ketidakstabilan harga kerapkali mengugat rancangan pengeluaran dan
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 26

pelaburan terutamanya di kalangan petani kecil yang kekurangan sumber. Ketidakstabilan harga juga mengakibatkan ketidakstabilan pendapatan. Penawaran dan Permintaan bermusim Ketidakstabilan harga kerapkali berkait dengan musim penawaran dan permintaan. Permintaan komoditi pertanian boleh dipengaruhi oleh acara perayaan, perubahan pendapatan dan sebagainya. Penawaran sebaliknya dipengaruhi oleh cuaca dan amalan perladangan. Kekurangan Saluran Pasaran Terjamin Selain padi dan beras, hasil petani terdedah kepada gejala pasaran domestik dan luar negara. Dalam kes buah-buahan, sayur-sayuran dan koko, FAMA menyediakan saluran untuk petani tetapi bukti menunjukkan bahawa FAMA lebih bertindak sebagai pasaran terakhir daripada menjadi agen pemasaran. Harga yang rendah dan hasil pertanian yang tidak stabil, membuat petani kurang berminat untuk melibatkan diri dalam pengeluaran yang berterusan. Kos dan Margin yang Tinggi Disebabkan oleh harga dan saluran keluaran pertanian adalah tidak pasti, perantara pasaran lazimnya mengenakan kos perniagaan yang tinggi untuk mewajarkan pengambilan risiko. Kekurangan Maklumat Pasaran Kos dan margin pemasaran yang tinggi boleh dikurangkan juga terdapat pengetahuan untuk mengurangkan risiko pemasaran. Malangnya, terdapat kekurangan maklumat yang komprehensif pada hampir semua peringkat pemasaran. Ramai petani tidak mendapat maklumat yang kemaskini tentang harga dan pasaran. Maklumat yang berkaitan dengan lebihan pasaran dan stok jangka pendek dan panjang juga ternyata kurang. Ketersampaian kepada maklumat ini juga dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan kesediaadaan mod untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada petani. Kekurangan pengetahuan menyebabkan petani tidak dapat menggunakan maklumat sedia ada sebaik mungkin dan mengambil peluang-peluang ekonomi yang wujud dalam pasaran. Kekurangan Infrastruktur Pemasaran Kekurangan infrastruktur terutama sekali di tempat-tempat terpencil juga membawa kepada ketidakcekapan pemasaran. Persaingan pemasaran boleh dipertingkatkan sekiranya lebih banyak pusat penyimpanan, perniagaan dan pemprosesan ditubuhkan untuk menampung pengeluaran yang berlebihan.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 27

Isu-isu Penting Lain Di Sektor Pertanian Malaysia isu tenaga buruh - masalah buruh berumur ageing labour, pendidikan dan latihan, migrasi tenaga buruh muda dan masalah pengupahan buruh asing. - buruh-buruh yang ada di sektor pertanian kebanyakannya sudah berumur, masalah ini menjadikan para petani sudah tidak berapa produktif maka hasil yang dikeluarkan juga semakin berkurangan. Hasil pendapatan semakin berkurang dri hari ke hari. perbezaan produktiviti dan pendapatan dengan sektor lain -dari segi produktiviti dan pendapatan sektor2 lain seperti perkilangn sudah lebih maju berbanding sektor pertanian kerana mereka boleh meningkatkan produktiviti yang sangt cekap. tahap pelaburan swasta yang rendah -jarang sekali pelabur-pelabur swasta mahu untuk melabur di sektor pertanian kerana pulangan keuntungn yang kecil berbanding sektor-sektor lain. kesediaan petani menerima perubahan dari segi komersialisasi aktiviti dan bersaing di pasaran antarabangsa. -kebanyakan petani yang mengusahakan pertanian mempunyai traf pendidikan yang rendah maka dengn ini cara berfikir, cara menerima perubahan dan sebagainya adalah susah bagi mereka untuk memahami keadaan tersebut. pembangunan teknologi dan R&D -dari segi pembangunan teknologi dan R&D para petani bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. Mereka tidak mampu untuk melakukan perubahan sendiri. Tanpa usaha kerajaan tidak tahu bagai manalah hala tuju bagi petani untuk melakukan sesuatu. Food security yang mencukupi, berkualiti dan selamat.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 28

15)

JELASKAN INSIDEN KEMISKINAN GOLONGAN WANITA, KANAK-KANAK DAN GOLONGAN BUMIPUTERA DI NEGARA SEDANG MEMBANGUN. i.) Kemiskinan dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.

Di dunia ini kaum wanita adalah kaum yang majoritinya miskin. Golongan kanakkanak juga dianggap golongan yang miskin kerana mereka dianggap kurang mendapat kemudahan seperti kesihatan, air bersih dan kebersihan alam serta lainlain. Wanita dianggap miskin kerana mereka tidak didedahkan dengan pendidkan sektor pekerjaan yang formal dan kurang mendapat pendedahan tentang program pekerjaan kerajaan. Selain itu, kebanyakan wanita tidak bekerja dan hanya sebagai surirumah. Akan tetapi, ada juga yang bekerja tetapi menerima upah yang rendah walaupun pekerjaan mereka sama dengan golongan lelaki. Jadi, ia menyebabkan wanita sukar mendapat pendapatan yang tinggi. Contohnya, di Kenya, 40% di kawasan luar Bandar yang kebanyakannya ketua keluarganya wanita adalah adalah miskin. Ini kerana agihan pendapatan golongan lelaki dan wanita adalah tidak seimbang. Kemiskinan golongan wanita akan menyebabkan sesebuah negara tidak dapat dibangunkan sekiranya tidak diambil langkah baik pulih. Ini kerana diketahui golongan wanita adalah golongan majority. Negara perlu menerima golongan wanita sebagai tenaga buruh sama ada dari sektor swasta atau awam. Meraka perlu diberi perhatian supaya produktiviti sesebuah negara dapat ditingkatkan sekali gus pembangunan negara meningkat. Pendidikan dan kesihatan adalah perkara utama yang perlu diberikan kepada golongan wanita agar mereka mampu bersaing dengan golongan lelaki. ii.) Golongan Bumiputera di Negara-negara sedang Membangun.

Golongan bumiputera dikaitkan dengan penduduk asal yang mula-mula tinggal di sesebuah negara.Mereka tinggal di kawasan pedalaman yang jauh dari Bandar dan tidak mendapat kemudahan pendidkan dan kesihatan. Mereka dianggap miskin kerana dipinggirkan dari dunia pembangunan. Kajian yang telah dibuat mengenai Golongan bumiputera ialah mereka tinggal dalam kemiskinan yang ekstrim dan seringkali kekurangan pemakanan seimbang,buta huruf,kesihatan yang kurang baik dan mengaggur. Contohnya, kajian di mexico menunjukkan lebih 80% bukan golongan bumiputera yang asal miskin berbanding hanya 18% bukan penduduk asal yang miskin.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 29

16) DENGAN MENGGUNAKAN KELUK LORENZ, TERANGKAN APA YANG BERLAKU KEPADA AGIHAN PENDAPATAN DI BAWAH TIPOLOGI MEMPERKAYAKAN PERTUMBUHAN SEKTOR MODEN DAN TIPOLOGI PEMBESARAN SEKTOR MODEN. (sama seperti soalan no.3)

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 30

Soalan Latihan Bab 6


1. TERANGKAN BAGAIMANA KONSEP HIDDEN MOMENTUM OF POPULATION GROWTH DIGUNAPAKAI UNTUK MENJANGKAKAN CORAK PERTUMBUHAN POPULASI YANG BERBEZA DI NSM.

Gambar rajah di atas menunjukkan perbezaan yang besar antara struktur umur di negara kurung membangun dan negara lebih maju daripada dua piramid penduduk bagi tahun 1998. Daripada piramid , negara yang kurung membangun mempunyai bahagian dasar yang lebar disebabkan negara-negara tersebut mempunyai kanakkanak dan remaja yang banyak akibat kadar kelahiran yang tinggi. Merujuk piramid, negara kurang membangun telah melebihi 2 ratus ribu golongan muda pada umur di bawah 20 tahun dan 400 ratus ribu di antara umur 15-19 tahun. Sebaliknya, negara yang lebih maju mempunyai kurang daripada 75 juta remaja yang berumur 15-19 tahun.

2.

HURAIKAN DENGAN JELAS DUA(2) SEBAB MENGAPA BERLAKU HIDDEN MOMENTUM OF GROWTH. Sebab utama ialah sosial, ekonomi dan kuasa institusi di mana telah menggalakkan kadar kesuburan pada jangka panjang. Masalah sosial seperti pengambilan dadah, penyakit-penyakit serius seperti kanser dan sebagainya. Dari sudut ekonomi pula adalah dari aspek kekurangan pendapatan isi rumah yang menyebabkan kebanyakan
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 31

keluarga merancang kelahiran anak-anak mereka ( family planning). Hal ini turut menyebabkan kadar kelahiran yang tinggi tidak dapat diubah pada masa yang singkat. Berdasarkan pengalaman negara Eropah, penurunan kadar kesuburan adalah disebabkan oleh kebanyakan kaum wanita mereka yang lebih menumpukan perhatian pada kerjaya dan akhirnya telah melepasi kadar umur ideal untuk melahirkan anak. Penurunan kadar kesuburan ini mengambil masa yang panjang untuk meningkat kembali dan mencapai tahap kesuburan yang diingini. Sebab yang seterusnya ialah struktur umur populasi di NSM. Struktur umur populasi antara negara maju dengan NKM adalah amat berbeza. Contoh rajah( figure 6.5) di atas, telah menerangkan bahawa bentuk piramid populasi NKM adalah berbentuk piramid di mana NKM mempunyai bahagian dasar yang lebar dan penggurangan setiap kumpulan berikutnya.piramid populasi NKM adalah berbentuk piramid dimana NKM mempunyai bahagian dasar yang lebar dan penggurangan setiap kumpulan berikutnya.Manakala negara maju tidak mempunyai bahagian dasar yang lebar .Hal ini adalah disebabkan negara maju mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi, tahap pemakanan yang baik dan kualiti hidup yang tinggi. Jadi taraf kematian bayi rendah (kadar kelahiran juga rendah ) dan jangka hayat yang panjang .

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 32

3.

BERDASARKAN RAJAH YANG BERSESUAIAN, HURAIKAN BENTUK TRANSISI DEMOGRAFI YANG DIHADAPI OLEH NSM.

Transisi demografi bermaksud satu transisi atau perubahan dari kadar kelahiran dan kematian yang tinggi ke tahap kelahiran dan kematian yang rendah apabila negara brkembang dari pra-industri kepada sistem ekonomi industri. Peralihan demografi melibatkan tiga peringkat. Peringkat pertama berlaku sebelum berlaku pemodenan dalam ekonomi di mana negara mengalami peningkatan populasi yang perlahan kesan daripada kadar kelahiran dan kadar kematian yang hampir sama. Peringkat kedua bermula apabila berlaku pemodenan dan pembaikan kesihatan awam melalui kaedah-kaedah seperti diet lebih sihat, pendapatan yang cukup dan lain-lain pembaikan yang terlibat dengan teknologi. Pemodenan ini telah menyebabkan kadar kematian menurun dengan pesat. Kadar kelahiran tidak berapa dipengaruhi kerana tahap ini adalah kemulaan pembangunan ekonomi. Peringkat ketiga berlaku pemodenan dan pembangunan yang pesat di mana tahap pertumbuhan populasi telah menurun yang akhirnya mengurangkan kadar kelahiran dan kadar kematian. Gambarajah 1 menunjukkan transisi demografi yang berlaku di negara sedang membangun. Pada peringkat pertama yang berlaku pada tahun 1990 sehingga 1950. Pada peringkat ini berlaku kejadian semula jadi seperti kemarau dan penyakit yang menyebabkan kadar kematian turun naik di kalangan 35 per 1000 penduduk di NSM. Kadar kelahiran adalah tinggi iaitu sebanyak 43 daripada 1000 penduduk . Ini disebabkan wanita lebih cenderung berkahwin awal pada zaman dahulu. Oleh itu, kadar pertumbuhan populasi pada masa dulu adalah tinggi.
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 33

Peringkat kedua(1950-1970) berlaku peralihan demografi di NSM. Penggunaan teknloogi moden, pembangunan industry dan perubatan moden yang diimport dalam kesihatan awam telah mengurangkan kadar kematian bagi NSM iaitu berturun dari 38 per 1000 sehingga di kalangan 20 dan 10 per 1000. Pada peringkat ini, kadar kelahiran adalah tinggia dan peralihan demografi bagi NSM adalah melebihi 2 % setahun. Peringkat ketiga(1970-kini) boleh dibezakan kepada dua kelas bagi NSM. Bagi kes A dalam gambarajah, tahap pemodenan dalam kawalan kadar kematian adalah lebih maju dan menyebabkan kadar kematian berturun dengan pesat. Ini menunjukkan kadar kematian jatuh sekurang-kurangnya 10 per 1000 dan kadar kelahiran juga jatuh antara 20 hingga 30 per 1000. Contohnya seperti negara China, Taiwan dan Cuba. Dalam peringkat ketiga, negara kelas A mencapai penurunan dalam kadar pertumbuhan populasi dimana kedar kelahiran juga jatuh kepada 23 per 1000. Bagi negara yang berada pada kelas B seperti negara Sub Saharan Afrika dan Timur Tengah mengalami penurunan yang pesat dala mkadar kematian yang disebabkan oleh taraf hidup yang rendah, pendapatan tidak ketara, dan kemiskinan yang berlaku. Kadar kelahiran adalah tinggi yang berterusan disebabkan taraf hidup yang rendah telah menyebabkan kadar pertumbuhan populasi adalah pada tahap yang tinggi. 4. BINCANGKAN LIMA(5) KESAN NEGATIF KEPADA NEGARA AKIBAT PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT. Pertumbuhan populasi yang pesat banyak berlaku terutamanya di kalngan negara- negara yang kurang membangun. Hal ini berlaku kerana disebabkan oleh pelbagai faktor yang antaranya disebabkan pemikiran penduduk itu sendiri. Penduduk di kalangan negara ini memikirkan bahawa dengan kelahiran anak yang ramai maka menyebabkan mereka boleh dibantu oleh anak- anak mereka pada masa hadapan. Oleh yang demikian, maka mereka merasakan anak- anak yang mereka lahirkan ini dapat membantu untuk mengurangkan beban kesusahan yang mereka tanggung. Semakin ramai anak mereka, maka akan semakin kuranglah beban mereka. Ini mungkin disebabkan kesilapan mereka yang tidak memikirkan cara bagaimana untuk mereka besarkan anak- anak mereka tanpa keperluan yang mencukupi. Ini mungkin menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kadar kematian bayi yang tinggi dan kadar buta huruf yang tinggi di kalangan penduduk di kawasan negara kurang membangun yang menyebabkan kurangnya kualiti bayi yang lahir jika dibandingkan dengan kualiti. Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan positif bagi kelahiran populasi yang ramai iaitu sekiranya ia berlaku di negara membangun dan negara maju kerana negara- negara yang sudah maju dan membangun ini kebiasaanya mempunyai populasi penduduk yang kurang yang memerlukan pertambahan penduduk yang pesat. Contohnya ialah Malaysia yang memerlukan penduduk yang ramai berdasarkan Dasar Kependudukan Malaysia yang mahukan warganegara sehingga mencapai 70 juta penduduk untuk memastikan dapat mencapai tahap negara maju. Antara kesan- kesan buruk yang akan berlaku disebabkan oleh pertambahan populasi adalah akan merendahkan pendapatan perkapita di kebanyakan negara
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 34

kurang membangun (NKM) lebih- lebih lagi di negara yang memang telah miskin , negara yang bergantung kepada sektor pertanian dan negara- negara yang mengalami tekanan ke atas tanah dan sumber semulajadi. Ini kerana pendapatan perkapita adalah purata pendapatan yang diperolej oleh penduduk- penduduk dalam sesebuah negara tertentu. Ianya diperoleh dengan membahagikan pendapatan negara pada suatu tahun dengan jumlah penduduk dalam negara tersebut pada tahun yang sama. Maka apabila pertambahan penduduk yang pesat berlaku, ini akan menyebabkan pendapatan perkapita mungkin akan jatuh sekiranya pendapatan negara tidak meningkat tetapi bilangan penduduk terus meningkat atau pendapatan negara meningkat tidak selari dengan peningkatan penduduk. Ini akan member kesan negatif kepada negara tersebut. Kesan negatif pertumbuhan populasi yang pesat juga akan menyebabkan kemiskinan dan ketaksamaan yang kebanyakannya ditanggung oleh golongan miskin. Ini kerana golongan inilah yang kebanyakannya tiada tanah, menderita apabila kerajaan mengurangkan program kesihatan dan pendidikan, menanggung beban kerosakan alam sekitar dan menjadi mangsa utama kehilangan pekerjaan apabila pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan. Contohnya, wanita miskin sudah tentu akan mengalami masalah apabila kerajaan mengamalkan program penjimatan perbelanjaan. Keluarga yang besar juga akan menerima kesan kekal miskin dan ini akan membawa ketidaksamaan pendapatan. Seterusnya, secara umum keluarga yang besar dan berpendapatan rendah akan menghalang peluang kepada ibu- bapa untuk memberikan pendidikan kepada semua anak anak mereka. Di peringkat negara pula, pertumbuhan pesat populasi akan menyebabkan kecenderungan perbelanjaan pendidikan dikurangkan . ianya akan memberi kesan kepada ekonomi kerana stok modal manusia berkurangan apabila berlaku pertumbuhan populasi. Dari segi kesihatan pula secara umumnya peningkatan populasi adalah disebabkan oleh kesuburan tinggi ibu- bapa. Apabila dilakukan kajian, ianya mendapati bahawa kesuburan yang tinggi ini akan membahayakan kesihatan ibu- ibu dan kanak-kanak. Ianya akan meningkatkan risiko kesihatan semasa hamil dan jarak kelahiran yang rapat akan mengurangkan berat bayi yang lahir dan ini akan membawa kepada peningkatan kadar kematian kanak- kanak. Ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan negara tersebut yang tidak dapat mengubati penyakit kanak- kanak ini akibat kekurangan kepakaran dan kurangnya institusi-institusi kesihatan lebih- lebih lagi di negara kurang membangun ini. Peningkatan populasi yang pesat juga akan member kesan negatif kepada bekalan makanan penduduk dunia. Populasi yang meningkat akan menyebabkan bekalan makanan untuk penduduk dunia semakin sukar kerana terdapat terlalu ramai penduduk. Lebih 90% tambahan bekalan makanan diperlukan oleh NKM disebabkan peningkatan populasi . Selain itu perlu juga diperkenalkan teknologi baru dengan segera kerana kebanyakan tanah telah diusahakan. Program- program bantuan antarabangsa juga perlu diperluaskan untuk memastikan setiap penduduk di dunia ini mendapat bekalan makanan yang mencukupi.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 35

5.

TERDAPAT DUA(2) PANDANGAN TENTANG PERTUMBUHAN PENDUDUK DIMANA SATU PANDANGAN MENYATAKAN TIDAK WUJUD MASALAH BESAR DALAM PERTUMBUHAN PENDUDUK MANAKALA SATU LAGI PANDANGAN MENYATAKAN TERDAPAT MASALAH BESAR DALAM PERTUMBUHAN PENDUDUK. HURAIKAN TIGA HUJAH BAGI SETIAP PANDANGAN. Hujah pertama yang menyatakan bahawa tidak wujudnya masalah besar dalam pertumbuhan penduduk ialah dari aspek taburan penduduk. Berdasarkan hujah ini, bukan nombor per individu yang menyebabkan masalah pertumbuhan penduduk tetapi taburan mereka ke atas ruang. Banyak kawasan di dunia seperti sub saharan Afrika dan banyak lagi seperti Amazon di brazil yang mengalami kekurangan penduduk dalam erti kata sumber yang berpotensi. Manakala yang lain pula terdapat terlalu banyak orang yang tertumpu di dalam kawasan yang kecil. Contohnya Tanah Jawa dan kawasan-kawasan bandar di negara LDCs. Kerajaan sepatutnya tidak meyederhanakan kadar pertumbuhan penduduk tetapi mengurangkan penghijrahan ke bandar dan menggalakkan lebih ramai orang untuk mengerjakan tanah-tanah pertanian yang berpotensi di luar bandar untuk mendapat taburan ruang yang lebih sekata. Yang kedua pula ialah pertumbuhan populasi merupakan merupakan fenomena yang wajar.Ia adalah untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Populasi yang besar menyediakan permintaan yang luas (kuasa beli menigkat) dan ini seterusnya menggerakkan ekonomi bidangan, mengurangkan kos pengeluaran dan menawarkan tenaga buruh murah untuk mencapai output yang lebih tinggi. Berdasarkan teori neo klasikal, pasaran bebas akan menyesuaikan diri dengan manamana kekurangan yang disebabkan oleh tekanan penduduk. Kekurangan ini menyebabkan harga naik dan merupakan aras/petanda untuk memperbaharui teknologi sedia ada. Pro neo-marxist pula menyatakan bahawa banyak kawasan pedalaman di negara sedang menbangun sebenarnya berhadapan dengan realiti kurang penduduk dalam aspek tanah pertanian yang tidak dibangunkan untuk kegunaan agrikultur dan sekiranya diusahakan akan meningkatkan keluaran pertanian negara. Banyak kawasan di tropical Afrika dan Amerika Latin serta sebahagian Asia dikatakan berada dalam situasi ini. Jika dilihat dari segi nisbah populasi kepada tanah (berpotensi untuk diusahakan), Afrika mempunyai keluasan populasi sebayak 1.4 bilion hektar. Tanah hanya diusahakan sebanyak 170 milion hektar. Ini bermaksud hanya 12% daripada sumber tanah pertanian yang diusahakan. Selain itu pertumbuhan penduduk juga adalah penting untuk melindungi kawasan sempadan yang kini berpenduduk jarang dan berhadapan dengan niat perluasan kawasan oleh negara jiran di samping menguatkan kuasa politik dan ketenteraan yang amat bergantung kepada saiz populasi golongan muda. Kehabisan sumber dunia dan kerosakan persekitaran. Populasi hanya akan menjadi masalah ekonomi dalam hubungan ketersediaan dan penggunaan sumber asli serta material yang berkurangan. Faktanya ialah, dengan hanya seperempat daripada
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 36

populasi dunia, negara membangun menggunakan hampir 80% sumber dunia. Contohnya, purata penggunaan penduduk Eropah secara langsung dan tidak langsung menggunakan makanan dunia, tenaga dan sumber material hampir 16 kali lebih banyak berbanding di kawasan negara sedang membangun dan kurang membangun. Oleh itu dalam terma kehabisan sumber, dapat dirumuskan bahawa penambahan seorang kanak-kanak di negara membangun adalah bersamaan dengan pertambahan 16 orang kanak-kanak di negara kurang membangun. Berdasarkan hujah ini, negara membangun sepatutnya mengurangkan standard penggunaan mereka daripada mengarahkan negara kurang membangun mengawal pertumbuhan populasi mereka. Kesuburan yang tinggi di kalangan wanita di negara kurang membangun adalah disebabkan oleh taraf hidup yang rendah yang akhirnya membawa kepada penggunaan berlebihan oleh bangsa kaya. Kombinasi peningkatan gaya hidup mewah dan extravagant di kalangan bangsa kaya dan orang kaya di negara miskin sepatutnya menjadi kerisauan dunia dan bukan pertumbuhan populasi. Hujah yang menyatakan pertumbuhan populasi adalah masalah besar Hujah pertama ialah Kemiskinan dan ketaksamaan/ketidakseimbangan. Walaupun statistik agregat berhubungan antara ukuran kemiskinan dan pertumbuhan populasi di peringkat nasional selalunya tidak kukuh, di peringkat isi rumah, bukti adalah sangat kuat. Kesan negatif pertumbuhan penduduk yang pesat sangat dirasai oleh oleh golongan miskin kerana mereka kehilangan tanah, yang pertama menderita akibat penghapusan program kesihatan dan pendidikan kerajaan, menanggung akibat daripada kerosakan alam sekitar, dan merupakan mangsa utama pengurangan pekerja yang berpunca dari kemelesetan ekonomi. Keluarga besar akan kekal miskin dan mewarisi, mereka juga menjadi mangsa ketidaksamaan yang semakin meluas. Kemiskinan juga disebabkan oleh beban kebergantungan dan seterusnya kekurangan simpanan oleh golongan miskin. Hujah teori kitaran kemiskinan-populasi dan keperluan dalam perancangan keluarga. Kitaran kemiskinan-populasi teori adalam hujah utama yang dikemukakan oleh ahli ekonomi yang berpegang dengan kenyataan bahawa kepesatan pertumbuhan populasi melebarkan kesan negative kepada ekonomi dan ia sepatutnya menjadi tumpuan utama Negara sedang membangun. Pertumbuhan populasi memburukkan lagi maslah ekonomi, social dan psikologi yang merupakan syarat utama keadaan di bawah aras pembangunan. Pertumbuhan ekonomi dipercayai melumpuhkan prospek hidup yang lebih baik bagi generasi sedia ada dengan pengurangan kadar simpanan dalam isi rumah dan peringkat nasional. Ia juga mengurangkan hasil terhad kerajaan hanya untuk membekalkan asas ekonomi, kesihatan, dan perkhidmatan social kepada generasi baru. Keadaan ini menyebabkan prospek kehidupan yang lebih baik untuk generasi sedia ada berkurang dan mewariskan
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 37

kemiskinan kepada generasi masa depan bagi keluarga yang berpendapatan rendah. Mengikut teori pertumbuhan neoklasikal, kesan pertumbuhan populasi yang pesat adalah berhubung dengan pengurangan simpanan disebabkan oleh beban pergantungan yang tinggi. Keadaan ini akan menyebabkan keluarga berpendapatan rendah mempunyai banyak anak sebagai sumber buruh murah dan untuk keselamtan hari tua.Kitaran adalah- orang mempunyai keluarga yang besar untuk mengurangkan kemiskinan, tetapi keluarga besar bermakna pertumbuhan populasi yang besar, peningkatan beban kebergantungan, simpanan berkurang/rendah, kurang pelaburan, melambatkan pertumbuhan ekonomi, dan sememangnya kemiskinan yang besar. Oleh itu, kurang membangun adalah sebab dan kesan daripada pertumbuhan populasi . Hujah para ekstrimis : Populasi dan krisis global. Versi ekstrim pertumbuhan populasi yang pesat ialah kedudukan populasi sebagai masalah yang menyumbang kepada hampir semua maslah ekonomi dan masalah social dunia. Peningkatan populasi secara tidak terkawal dilihat sebagai krisis utama yang dirasai oleh manusia pada hari ini. Ia adalah dirujuk sebagai sebab kepada kemiskinan, taraf hidup rendah, malnutrisi, masalah kesihatan, kemerosotan alam sekitar, dan sebagainya. Menurut laporan Reality Of Aid(2004), sepertiga daripada kematian dunia berpunca akibat kemiskinan terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak. Setiap tahun, lebih daripada 10 juta kanak-kanak telah meninggal akibat kemiskinan dan penyakit yang boleh dikawal. Perkataan seperti population bombatau population explosion merupakan istilah yang disebut dunia. Sememangnya kekurangan makanan dunia dan kemusnahan ekologi adalah jangkaan akibat daripada pertumbuhan populasi dunia. Mengikut kajian, manusia adalah 10000 kali lebih banyak dari yang sepatutnya untuk ditampung oleh sumber-sumber dunia. Oleh itu, usaha untuk menstabilkan populasi adalah satu tugas yang penting walaupun terpaksa mengambil tindakan yang tidak berperikemanusiaan seperti pembasmian untuk mengawal saiz kelurga seperti di India dan Bangladesh.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 38

6.

PERTUMBUHAN PENDUDUK SECARA IMPIRIKAL BOLEH MEMBAWA KESAN NEGATIVE KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI. BINCANGKAN EMPAT ASPEK YANG BOLEH DIKAITKAN DENGAN KESAN NEGATIVE TERSEBUT. Taraf hidup yang rendah Taraf hidup diukur dengan menggunakan pendapatan per kapita. Bukti empirikal menunjukkan pertumbuhan populasi yang pesat akan merendahkan pendapatan per kapita di kebanyakkan NKM terutamanya negara yang berasaskan pertanian seperti Negara Dunia Ketiga. Apabila pendapatan per kapita rendah, pendapatan adalah tidak seimbang dan jurang pendapatan di antara golongan kaya dan golongan miskin semakin besar. Oleh itu, petumbuhan ekonomi bagi negara yang mengalami pertumbuhan populasi yang pesat adalah lebih rendah berbanding negara maju. Selain itu, apabila petumbuhan populasi pesat, bantuan kerajaan hanya diterima oleh segolongan kecil penduduk sahaja manakala sebahagian besar lagi penduduk tidak mendapat faedah yang sepatutnya dan keadaan ini mengakibatkan taraf hidup rendah di negara berkenaan. Segolongan besar penduduk hanya mendapat tingkat pendapatan yang minimum bagi memenuhi keperluan asas untuk meneruskan hidup. Mereka tidak mempunyai pendapatan yang lebih untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan ini menyebabkan taraf hidup mereka tidak dapat ditingkatkan. Pertumbuhan ekonomi terbantut Pertumbuhan penduduk yang empirikal menyebabkan kerajaan terpaksa memberi subsidi kepada rakyat di pelbagai sektor seperti pendidikan dan perubatan. Hal ini benar untuk NKM dan NSM. Statistik menunjukkan lebih 100 juta kanak-kanak yang sepatutnya mendapat pendidikan tidak bersekolah. Jurang pendapatan yang besar menyebabkan banyak keluarga tidak mampu membiayai pendidikan asas anak-anak dan bilangan anak juga ramai. Kerajaan terpaksa membantu dengan memberi subsidi seperti biasiswa kepada raykat. Keadaan ini akan melambatkan pertumbuhan ekonomi kerana wang yang sepatutnya disalurkan kepada pembangunan negara digunakan untuk pendidikan rakyat. Di negara maju, pendidikan merupakan sektor penyumbang pendapatan negara dan bukannya liabiliti. Kemerosotan alam semulajadi Pertumbuhan populasi yang pesat menyumbang kepada penyusutan alam semulajadi melalui pencerobohan hutan dan pencemaran. Apabila bilangan penduduk bertambah, lebih banyak perumahan, makanan dan air diperlukan dan kesemua sumber ini diperolcehi daripada menerokai sumber alam. Selain itu, apabila penduduk ramai, akan ada segolongan kecil yang tidak menghargai alam sekitar akan membuang sisa ke dalam sungai dan melakukan pembakaran terbuka yang seterusnya akan menyebabkan pencemaran air dan udara. Keadaan ini akan menyebabkan ekosistem terjejas dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi kerana sumber alam merupakan komponen untuk membangunkan negara. Pada tahun 2002, didapati banyak NKM seperti Kenya, Nepal, dan banyak lagi tidak mendapat bekalan air yang bersih dan menyebabkan kanak-kanak meninggal dunia berpunca daripada air yang tercemar.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 39

Masalah wabak penyakit Pertumbuhan populasi pesat juga mendorong kepada pertambahan penyakit. Masalah wabak penyakit merupakan penyebab utama kepada kematian kanak-kanak ditambah dengan kemiskinan yang melampau. Penyakit malaria, taun, dan denggi adalah pembunuh kanak-kanak di serata dunia terutamanya kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Hal ini keran jurang pendapatan yang tidak seimbang menyebabkan banyak keluarga tidak mampu mendapat perubatan yang sepatutnya. Alat perubatan juga tidak cukup untuk penduduk ang terlalu ramai di NKM. Selain itu, bekalan makanan tidak mencukupi akibat pertumbuhan populasi yang pesat. Didapati lebih daripada 90% tambahan makanan diperlukan oleh NKM disebabkan peningkatan populasi. Akibatnya berlaku kekurangan makanan dan kelaparan yang melampau dan seterusmya mengakibatkan kematian dan penyakit seperti di negara Afrika. Kematian penduduk yang ramai akan menyebabkan negara kehilangan tenga buruh yang membantu pembangunan negara. 7. BERDASARKAN RAJAH, TERANGKAN HUBUNGAN DI ANTARA PERTUMBUHAN PENDAPATAN DAN KADAR PERTUMBUHAN POPULASI DALAM TEORI MALTHUS. SERTA ANALISIS DUA KELEMAHAN YANG KETARA DALAM MODEL TERSEBUT. Perangkap Populasi Malthusian ( The Malthusian population trap ) Pada tahun 1798, T.Malthus mengemukakan teorinya tentang hubungan antara pertumbuhan penduduk dan pembangunan ekonomi. Dalam tulisannya yang berjudul essay on the principle of population ia mengambarkan konseppulanganberkurangan. Pada abad ke-18, masyarakat barat baru sahaja bermula untuk mengalami kesankesan perindustrian, penduduk masih agak luar bandar dan berasaskan pertanian berbanding dengan sekarang, maka beliau membayangkan bahawa tanah adalah tidak cukup untuk masa yang akan datang dan berlaku pulangan berkurangan kepada faktor tetap iaitu tanah. Setiap anggota masyarakat memiliki tanah yang semakin kecil akibat pertumbuhan penduduk. Oleh itu, Malthus merasakan bahawaramalanbeliau tidak dapat dielakkan. Malthus menjangkakan populasi akan meningkat 2 kali ganda setiap 30-40 tahun kecuali bila terjadinya kebuluran. Beliau berpendapat bahawa populasi berkembang pada kadar geometri 1,2,4,8,16, manakala bekalan makanan hanya berkembang pada kadar arimetik 1,2,3,4,5. Secara ringkasnya, pertumbuhan bekalan makanan tidak mampu mengimbangi pertumbuhan penduduk yang pesat. Ketidakseimbangan ini akan membawa kepadakemiskinan dan kebuluran.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 40

# Rajah di atas mengambarkan kadar pertumbuhan populasi dan kadar pertumbuhan pendapatan agregat. Paksi vertikal adalah peratusan pertumbuhan untuk penduduk ( P ) dan pendapatan ( Y ). Paksi horizontal adalah tahap pendapatan per kapita. Oleh kerana pertumbuhan bekalan makanan tidak dapat mengimbangi dengan pertambahan penduduk yang pesat, maka pendapatan per kapita ( dalam masyarakat agraris, pendapatan per kapita diertikan sebagai produksi makanan per kapita ) akan menurun. keluk P menggambarkan hubungan antara pertumbuhan penduduk dengan pendapatan per kapita. Pada pendapatan yang sangat rendah ( Y0 ), perubahan jumlah penduduk adalah sifar, maka tingkat pertumbuhan penduduk dalam keadaan stabil. Y0 menggambarkan kemiskian mutlak. kadar kelahiran dan kematian seimbang. Situasi ini sama dengan tahap 1 dalam teori transisi demografi. Pada tingkat pendapatan per kapita di atas Y0 ( bergerak ke sebelah kanan Y0 ), jumlah penduduk akan mula meningkat kerana kadar kematian mulai menurun. Ini disebabkan peningkatan dalam pendapatan yang akan meningkatkan taraf hidup penduduk. Misalnya berlakunya pemodenan dan pembaikan kemudahan kesihatan, masalah kebuluran dan penyakit berkurang, diet yang lebih sihat, dan seterusnya meningkatkan jangka hayat penduduk. Maka, Pertumbuhan penduduk meningkat. Pada tingkat pendapatan Y2, pertubuhan penduduk mencapai pertumbuhan maksimum iaitu sekitar 3.3%. Andaikan bahawa kadar pertumbuhan penduduk tersebut tetap bertahan apabila pendapatan per kapita adalah lebih tinggi.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 41

Pendapatan per kapita selepas Y5, tahap ini sama dengan tahap 3 dari teori transisi demografi, tahap ini merupakan era pemodenan dimana berlakunya perubahan tanggapan penduduk bahawa mereka tidak mahu beranak banyak dan memulakan perancangan keluarga. Misalnya, wanita sekarang lebih fokus dalam kerjayanya berbanding keluarga, begitu juga dengan individu yang berpendapatan dan berpelajaran tinggi. Faktor nilai dan adat telah menyebabkan kadar kelahiran mulai menurun dan keluk pertumbuhan penduduk mula menurun, pertumbuhan populasi menurun. Pada peringkat awal iaitu sebelum Y3, pertumbuhan pendapatan agregat mempunyai hubungan yang positif dengan tingkat pendapatan per kapita. Pendapatan per kapita yang tinggi menggalakkan individu untuk menabung, tingkat tabungan yang tinggi turut menggalakkan aktiviti pelaburan. Tingkat pelaburan yang tinggi akan mendorong tercapainya pertumbuhan pendapatan agregat. Akan tetapi setelah mencapai tingkat pendapatan tertentu ( Y3 ), keluk pertumbuhan pendapatan mencapai titik maksimum, dan kemudian mulai menurun selepas Y3. Ini adalah disebabkan hukum pulangan berkurangan. Titik A ( low level equilibrium trap ) merupakan titik keseimbangan yang stabil. Walaupun terdapat gerakan ke sebelah kanan mahupun ke sebelah kiri pada titik A, tingkat pendapatan per kapita akan kembali ke Y1. Misalnya, jika pendapatan per kapita naik dari Y1 ke Y2, kadar pertumbuhan penduduk melebihi kadar pertumbuhan pendapatan agregat ( keluk P lebih tinggi berbanding keluk Y ). Maka, pendapatan per kapita akan menurun yang ditunjukkan oleh anak panah yang menjurus ke titik A. Pendapatan per kapita akan kembali ke tingkat Y1 untuk semua titik di antara Y1 dan Y2. Untuk bahagian di sebelah kiri titik , pertumbuhan pendapatan gregat lebih cepat berbanding pertumbuhan penduduk menyebabkan pendapatan per kapita equilibrium naik semula ke tingkat pendapatan Y1 Titik B merupakantitik keseimbangan yang tidak stabil. Jika pendapatan melonjak cepat dari Y1 ke Y2 ( misalnya berlaku perkembangan yang pesat dalam sektor perinsdustrian ), maka pertumbuhan penduduk akan terus berkembang hingga titik equilibrium yang lain iaitu titik C. Walaupun begitu, jika berlaku penurunan pendapatan per kapita ( gerakan ke sebelah titik B ), maka pendapatan per kapita akan terus menurun sehingga ke titik A. Titik C merupakan titik keseimbangan yang stabil dengan pendapatan per kapita sebesar Y4.

2 Kritikan 1. Model ini tidak menghiraukan impak besar kemajuan teknologi yang menjadi halangan dalam mengimbangi pertumbuhan penduduk yang semakin meningkat.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 42

Teori beliau tidak begitu tepat kerana Malthus hanyamempertimbangkan dua faktor iaitu bekalan makanan dan pertumbuhan penduduk. Faktor-faktor lain sepertikemajuan dalamteknologi telah membuktikan beliau salah. Beliau adalah tepat masa dahulutetapipembangunan telah membuktikan beliau adalah salah. Ini disebabkan teori ini dikemukakan pada tahun sekitar abad ke-18, pada masa itu tahap teknologi adalah tidak begitu pesat, maka ia sukar untuk seseorang untuk mejangkakan perkembangan masa depan teknologi. 2. Malthus hanya menumpukan pada andaian bahawa kadar peningkatan populasi berhubung secara langsung dengan tahap pendapatan per kapita. Ini bermakna, jika pendapatan per kapita menurun maka populasi akan menurun, pendapatan per kapita meningkat maka populasi akan meningkat. Andaian beliau adalah tidak tepat mengikut kajian di Negara Sedang Membangun, kajian tersebut menunjukkan kesan daripada perubatan moden, kadar kematian berkurangan dengan banyak dan menjadi kurang bergantung kepada tahap pendapatan per kapita. Contohnya, negara-negara Afrika yang berpendapatan rendah tetapi kadar kematian tidak meningkat dan sebaliknya menunjukkan penurunan yang tidak ketara akibat pemodenan dalam bidang perubatan dan kempen-kempen kesihatan yang giat dijalankan di negara mereka. Tambahan pula, penyakit-penyakit seperti kencing manis yang dulunya sukar untuk dirawati, tetapi dengan wujudnya perkembangan dalam bidang perubatan, maka terhasilnya ubatnya iaitu Insulin pada abad ke-19 dan kemudiannya menurunkan kadar kematian penduduk. Oleh itu, kadar pertumbuhan penduduk kurang bergantung pada tahap pendapatan per kapita kerana wujudnya faktor-faktor yang lain yang juga mempengaruhi ia. Kesimpulannya, pertumbuhan populasi adalah tidak terlalu bergantung kepada pendapatan per kapita, tetapi yang penting bagaimana pendapatan itu diagihkan. Misalnya, bagaimana kerajaan mengagihkan perbelanjaan kerajaan, sama ada kerajaan memperuntukkan perbelanjaan dalam projek-projek pembangunan yang memanfaatkan rakyatnya ataupun projek-projek yang semata-mata untuk keuntungan ekonomi. Secara ringkasnya, apabila pendapatan agregat meningkat dengan lebih cepat berbanding jumlah penduduk, pendapatan per kapita akan meningkat. Apabila jumlah penduduk meningkat dengan lebih cepat berbanding pendapatan agregat, maka pendapatan per kapita akan turun.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 43

8.

DENGAN MENGGUNAKAN RAJAH YANG BERSESUIAN, TUNJUK DAN JELASKAN IMPLIKASI YANG BERLAKU SEKIRANYA KEMAJUAN TEKNOLOGI DIAPLIKASIKAN DALAM MODEL MALTHUS.

Model ini tidak menghiraukan impak besar kemajuan teknologi yang menjadi halangan dalam mengimbangi pertumbuhan penduduk yang semakin meningkat. Pertumbuhan ekonomi moden berkait rapat dengan perkembangan teknologi yang pesat di dalam bentuk siri yang berterusan melalui saintifik, teknologi, ciptaanciptaan dan inovasi-inovasi social. Pulangan bertambahan mengikut skala berbanding dengan pulangan berkurangan ikut skala membezakan ciri zaman pertumbuhan moden. Walaupun pada dasarnya Malthus benar bahawa tanah merupakan sumber yang terhad, tetapi pada masa yang sama beliau tidak dapat menjangka pada masa itu bahawa kemajuan teknologi boleh meningkatkan kualiti tanah (produktiviti) kuantitinya walaupun kuantiti adalah sama. Dari segi perangkap populasi, kemajuan teknologi yang pesat dan berterusan ditunjukkan oleh peralihan ke atas keluk pertumbuhan pendapatan di mana pada semua tahap pendapatan per kapita lebih tinggi dari keluk kadar pertumbuhan populasi seperti gambarajah. Oleh itu, semua negara berpotensi melepaskan diri dari Perangkap Malthusian.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 44

9.

BERDASARKAN DUA CONTOH NSM, JELASKAN TIGA FAKTOR YANG MEWUJUDKAN PERKAITAN ANTARA STRUKTUR UMUR PENDUDUK DAN BEBAN PERGANTUNGAN DI NEGARA TERSEBUT. Masa kini,populasi dunia mempunyai ramai golongan belia.Kanak-kanak di bawah umur 15 tahun melibatkan31% dari jumlah populasi bagi NSM jumlah ini ketara dengan Negara maju hanya 18% dari jumlah populasinya.Faktor berlakunya struktur umur dibawah 15 tahun yang ramai dan memberi kesan kepada pergantungan Negara adalah faktor kesuburan yang tinggi, tidak mengamalkan system perancangan keluarga dan umur persaraan. Faktor pertama adalah faktor kesuburan yang tinggi.Kadar kesuburan dimaksudkan sebagai bilangan anak yang dilahirkan oleh seorang wanita dalam tempoh umur kesuburannya.Dalam tempoh rancangan,ia disebabkan oleh amalan perkahwinan awal.Kebanyakan dari mereka adalah remaja yang berumur bawah 18 tahun pada kelahiran pertama.Ibu bapa yang berkahwin pada usia muda tidak mempunyai pengetahuan yang banyak tentang membuat keputusan mengenai kesuburan dan peluang yang terhad mendapat pendidikan atau peluang pekerja .Oleh itu ramai kanak-kanak dilahirkan ini akan mengakibatkan pertambahan penduduk di bawah 15 tahun.kesannya menyebabkan kadar tanggungan belia meningkat,didapati tenaga kerja di NSM perlu menanggung hampir 2 kali ganda belia sebagai contoh di Negeria dan Bangladesh kumpulan umur bekerja melalui nisbah tanggungan,iaitu jumlah tanggungan bagi setiap 100 orang penduduk dalam kumpulan umur bekerja,antara 15-64 adalah perlu menanggung 40% dari jumlah populasinya,berbanding kumpulan umur bekerja adalah 60% populasi . Faktor yang seterusnya ialah tidak mengamalkan sistem perancangan keluarga.Ini kerana orang ramai di Negara-negara sedang berkembang,nilai anak adalah sangat tinggi,dimana anak merupakan modal dan jaminan untuk hari tua,sebagai sumber tenaga kerja.Kelahiran tinggi dengan alasan kerana tidak ada jaminan bahawa anak akan terus hidup oleh kerana angka kematian yang tinggi kesan daripada kesihatan yang rendah di NSM seperti Negara Kenya.Kesannya ini menyebabkan pertambahan perbelanjaan kerajaan iaitu menyediakan kemudahan kesihatan serta kemudahan lain.Lambakan perbelanjaan kerajaan untuk membiayai belia di bawah umur 15 tahun ini akan menyebabkan sumber yang terhad itu tidak dapat digunakan untuk pembangunan Negara menyebabkan Negara terus mengalami kemiskinan. Begitu juga, pertambahan dalam nisbah kanak-kanak 0-14 tahun menunjukkan kenaikan fertiliti.penduduk yang berumur kecil semakin bertambah.Hal ini telah membawa beban pergantungan di Negara tersebut.Contohnya,Banci populasi bagi Negara Kemboja, penduduk kumpulan umur muda ini akan melibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan dalam pembangunan insan kerana kumpulan ini adalah aset negara yang akan menjadi sumber tenaga kerja untuk membangun neraganya di masa hadapan. Mereka akan dapat membantu meningkatkan produktiviti negara dengan syarat mereka diterapkan dengan nilai-nilai murni serta diberi pendidikan dan kemahiran yang bertepatan dengan keperluan negara pada masa hadapan.Oleh itu ,kerajaan menghadapi masalah dalam perkembangan pendidikan dan kewangan untuk membangun Negara tersebut.
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 45

10. BINCANGKAN LIMA USAHA YANG DIJALANKAN OLEH KERAJAAN UNTUK MENGAWAL KESUBURAN PENDUDUK DAN BERIKAN CONTOH YANG SESUAI. Antara usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk mengawal kesuburan penduduknya ialah memperkenalkan program perancangan keluarga melalui kemudahan kesihatan dan perkhidmatan pencegahan kehamilan. Melalui program ini, tingkat kesihatan penduduknya dapat dipertingkatkan dan mengurangkan wabak penyakit yang akan membawa kepada kematian seperti AIDS, HIV, Malaria dan sebagainya. Ini akan mengurangkan kadar kematian penduduk dan mengekalkan kadar kelahiran pada tingkat yang konsisten kerana mempunyai pengetahuan tentang cara- cara merawat penyakit tersebut. Tambahan pula, program ini juga boleh mengawal kadar penduduk wanita yang mengandung kerana terdapat perkhidmatan pencegahan kehamilan. Penduduk wanita boleh mempelajari caracara mencegah kehamilan dan merancang hidup mereka dengan baik. Oleh itu, kadar populasi dapat dikurangkan. Taraf hidup dapat dipertingkatkan dan beban yang ditanggung juga dapat dikurangkan jika mempunyai siaz keluarga yang kecil. Contoh, negara singapura telah mengikuti program ini sejak tahun 1965- 1969. Ini kerana saiz negaranya kecil dan tidak mampu untuk menampung penduduk yang ramai dan ingin menaikkan taraf hidup penduduk negaranya. Kerajaan juga boleh melaksanakan manipulasi intensif dan bukan intensif ekonomi untuk melahirkan anak.Contohnya menerusi penghapusan atau pengurangan faedah kepada ibu mengandung, pengurangan atau penghapusan intensif atau bantuan kewangan atau pengenaan penalty kewangan bagi mereka yang mempunyai anak lebih daripada yang ditetapkan. Selain itu, menetapkan peruntukan syarat-syarat kebajikan golongan tua dan had umur buruh kanak-kanak, peningkatan yuran persekolahan dan penghapusan subsidi-subsidi kepada pendidikan menengah dan peringkat tinggi dan pemberian subsidi kepada keluarga bersaiz kecil melalui pembayaran wang secara terus. Pemberian subsidi, bantuan kewangan, pengecualian penalti boleh dijalankan untuk mengawal kesuburan penduduk. Contoh, Negara india telah melakukan percubaan dengan meletakkan deposit ke dalam akaun simpanan pekerja wanita dalam tempoh tidak hamil di estet-estet. Deposit ini akan diberikan mengikut bilangan anak yang mereka lahirkan dan sekiranya pekerja wanita mempunyai ramai anak maka pemberian deposit akan dibatalkan. Wang ini boleh dikeluarkan apabila mereka berusia 45 tahun. Korea Selatan juga telah menetapkan satu sistem nasional dimana pemberian insentif kepada keluarga saiz kecil dan dendaan kepada keluarga bersaiz besar. Penawaran elaun-elaun pendidikan dan penjagaan kesihatan percuma untuk semua keluarga yang mempunyai dua orang anak syarat salah seorang daripada ibu bapa mereka telah dimandulkan. Kerajaan boleh mengalakkan rakyat untuk mempunyai keluarga yang bersaiz kecil melalui media massa dan proses pendidikan secara formal dan tidak formal. Media cetak dan elektronik boleh memainkan peranan untuk mempaparkan tentang kebaikan-kebaikan mempunyai keluarga bersaiz kecil. Pada peringkat rendah lagi tanggapan tentang keluarga bersaiz kecil harus ditanamkan dalam sanubari mereka.
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 46

Ini akan menjadi ikutan dan pegangan mereka apabila dewasa nanti. Contohnya penduduk Jepun telah dipengaruhi oleh media massa dam pembelajaran di sekolah lagi. Oleh itu mereka boleh mengawal kadar peningkatan penduduk mereka dan tidak risau tentang penduduk yang berlebihan. Selain itu, kerajaan meningkatkan status dan peranan serta mengadakan syaratsyarat untuk menurunkan kadar kehamilan dan perkhawinan yang lewat. Taraf pendidikan wanita perlu dipertingkatkan untuk menambahkan pengetahuan mereka dan boleh berdikari untuk menyara hidup sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Kerajaan juga perlu mewujudkan peluang pekerjaan kepada para wanita di pasaran kerana mereka mampu untuk bekerja dengan pengetahuan yang dimiliki oleh mereka. Hal ini akan menyebabkan wanita lebih berdikari. Ini akan mengurangkan perkhawinan awal dan mengurangkan kadar kelahiran anak. Oleh itu,kerajaan dapat mengawal kesuburan penduduk. Contohnya penduduk wanita di Amerika yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi telah memilih perkhawinan pada usia yang lewat. Usaha terakhir kerajaan ialah mendesak masyarakat untuk memiliki keluarga bersaiz kecil melalui kuasa penggubalan undang-undang Negara dan penalty. Untuk sesetengah Negara, ia sukar dilaksanakan bukan sahaja tidak dapat diterima secara moral dan politik, tetapi juga sukar diuruskan. Contohnya, kekalahan kerajaan di bawah Perdana Menteri India, Indara Ghandhi pada tahun 1977 adalah kesan dari pelaksanaan program pemandulan kerajaan.

11. HURAIKAN LIMA BENTUK BANTUAN YANG BOLEH DIBERIKAN OLEH NEGARA MAJU UNTUK MEMBANTU NSM DALAM PROGRAM PERANCANGAN PENDUDUK. BANTUAN KEPADA KAPASITI PENYELIDIKAN SAINTIFIK YANG MENYELURUH. Kebanyakkan negara miskin mempunyai kadar kesuburan yang tinggi. Maka kadar kelahiran di negara itu juga sentiasa meningkat menyebabkan jumlah penduduk semakin ramai setiap tahun. Contohnya ialah negara seperti Indonesia, Bangladesh, dan Brazil yang sentiasa mengalami peningkatan dan jumlah populasi dunia. Kesan daripada keadaan ini negara miskin tersebut tidak dapat membagunkan negaranya jika dibandingkan dengan jumlah penduduknya yang ramai sedangkan pada masa yang sama negara tersebut tidak mempunyai pendapatan perkapita yang cukup untuk menjalankan sesuatu program atau aktiviti. Maka negara maju seperti Amerika, Jepun dan sebagainya yang mempunyai peyelidikan yang tinggi boleh membantu negara yang sedang membangun ini dengan member bantuan penyelidikan yang menyeluruh bagi mengawal tahap kesuburan di negara tersebut seperti prosedur pemandulan sukarela, pembahagian pil-pil kepada wanita yang telah berkahwin dan pendedahan yang luas tentang kaedah perancangan keluarga.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 47

Contohnya, Bangladesh telah mengalami penurunan dalam kadar kesuburan negara mereka kesan daripada penggunaan perancangan keluarga secara menyeluruh.

BANTUAN KEPERLUAN ASAS. Keperluan asas merupkan satu kepentingan kepada setiap individu bagi mereka meneruskan hidup yang baik. Bagi negara-negra membangun ini mereka tidak dapat keperluan asas yang mencukupi untuk menampung diri atau keluarga mereka. Tambahan pula, keadaan populasi mereka yang tinggi menybabkan semakin ramai tidak dapat keperluan asas yang cukup. Oleh itu, negara maju boleh member bantuan keprluan asas ini kepada negara membangun seperti makanan, pakaian dan memyediakan tempat tinggal mereka. Kebiasaanya negara membangun ini mengalami masalah kebuluran. Bila mereka mengalami masalah ini mereka akan menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan yang berzat. Kesannya mereka akan mengalami masalah kesihatan. Contohnya di negara Somalia di Afrika yang mengalami masalah kebuluran senjak bertahun-tahun lamanya. Maka negara maju seperti Amerika atau Britain boleh memberikan bantuan keperluan asas ini kepada negara membangun tersebut termasuk pakain dan menyediakan tempat tinggal mereka untuk berteduh daripada hujan dan panas terik matahari. Tambahan pula, pakaian juga amat penting terutamanya kepada bayi yang baru dilahirkan. Jika mereka tiada pakaian yang boleh membaluti tubuh anak mereka tersebut, maka ini boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut mati. Kesannya, kadar kematian kanak-kanak di negara membangun semakin bertambah. Begitu juga tempat tinggal amat penting bagi setiap individu. Oleh itu, negara maju boleh memberikan bantuan keperluan asas ini kepada negara membangun yang amat penting bagi setiap individu.

MEMBANTU MEMBAWA MASUK PELABUR Seperti mana yang kita tahu negara membangun mempunyai pendaptan negara yang rendah. Apabila pendaptan negara mereka rendah maka kerajaan di negara tidak dapat membuat aktiviti yang boleh membuat pembangunan di negara mereka. Oleh itu negara maju boleh menolong dengan membawa masuk pelabur mereka supaya pelabur mereka mengusahakan kawasan di negara membangun itu. Dengan kemasukan pelabur dari negara maju ke negara membangun, hal ini akan berlakunya kawasan pembangunan atau kawasan industri di negara membangun itu. Apabila pelabur membuka industri mereka di kawasan negara membangun itu kesan akan memberikan peluang pekerjaan kepada negara tersebut, dengan populasi yang ramai bukan menjadi masalah untuk pelabur mendapatkan pekerja. Apabila mereka dapat peluang pekerjaan banyak yang telah disediakan maka penduduk di kawasan itu akan memperoleh upah yang mana mereka boleh menggunakan untuk menyara diri dan keluarga. Peluang pekerjaan yang banyak maka pendapatan negara tersebut turut meningkat dan ianya juga dapat meningkatkan taraf hidup mereka.
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 48

MEMBAWA MASUK TEKNOLOGI. Disebabkan negara kurang membangun (NKM) serba kekurangan maka banyak pembangunan tidak dapat dilakukan. Ini disebabkan mereka kekurangan teknologi untuk melakukan pembangunan di negara mereka. Tambahan pula, teknologi merupakan salah satu aset yang utama dalam melakukan pembangunan. Oleh itu, negara maju hendaklah membantu NKM bagi meningkatkan pembangunan di negara mereka. Negara maju boleh membawa masuk teknologi mereka di negara kurang membangun ini bagi meningkatkan pembangunan di negara mereka. Anataranya dengam membawa masuk jentera mereka terutamanya dalam bidang pertanian dan perlombongan. Dengan kemasukan teknologi seperti ini mereka dapat membangun negara mereka di samping meningkatkan pendapatan negara mereka dengan mengeksport hasil pertanian mereka atau perlombongan bagi mendapatkan keuntungan. Kemasukkan teknologi ke negara kurang membangun ini dapat memberi ilmu kepada penduduk mereka untuk mempelajari teknologi tersebut untuk kegunaan negara mereka di masa hadapan kelak.

KEWANGAN Bantuan kewangan adalah bantuan yang penting dan sangat diperlukan oleh negara kurang membangun dalam proses membangunkan negara mereka. Bantuan tersebut dapat dilihat dalam program-program tertentu seperti program perancangan keluarga, pendidikan awam dan aktivit penyelidikan dasar penduduk negara di negara sedang membangun. Sebagai contoh, negara maju seperti Jepun, Jerman Perancis dan Britain adalah penderma terbesar dalam dunia. Kebanyakkan bantuan yang diberikan adalah secara terus ataupun badan-badan bukan kerajaan dan juga Bank Dunia. Di Afrika bantuan diberikan terutamanya untuk mengatasi kemiskinan yang melampau, pembangunan penduduk, bantuan makanan dan pendidikan. Kesan daripada bantuan tersebut, kerajaan negara itu dapat membelanjakan wang yang lebih untuk mewujudkan sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi dan juga program-program lain yang akan memberikan manfaat kepada rakyat mereka. Kesan daripada bantuan kewangan ini juga penduduk di negara kurang membangun mendapat lebih makanan dan memperolehi air dari sumber yang bersih. Secara keseluruhan daripada bantuan kewangan tersebut, negara-negara kurang membangun yang mengalami kemiskinan yang melampau sedikit sebanyak dapat dikurangkan dan dapat menambahbaikan mutu pembangunan di negara mereka.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 49

12. BERDASARKAN GAMBARAJAH YANG BERSESUIAN, TUNJUK DAN JELASKAN KESAN PENINGKATAN PENDAPATAN ISI RUMAH DAN KOS SARA HIDUP ANAK TERHADAP PERMINTAAN ANAK. Bagi analisis model ini, diandaikan bahawa setiap individu diberi set citarasa atau kecenderungan bagi sejumlah barangan (fungsi kepuasaan) cuba untuk memaksimumkan kepuasan hasil daripada penggunaan barangan yang tertakluk kepada pendapatan mereka dan berhubungan dengan harga semua barangan. Secara matematik, hubungan ini boleh diungkapkan seperti berikut: Cd = f(Y,Pc,Px,tx), x=1, .., n Cd = DD bagi kanak-kanak untuk terus hidup dimana berfungsi kepada pendapatan isi rumah (Y). PC = harga bersih kanak-kanak PX = harga barang-barang lain tx = citarasa bagi barang-barang relatif kepada kanak-kanak

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 50

Soalan Latihan Bab 7


1) JELASKAN DUA SEBAB MENGAPA KERAJAAN NKM PERLU MEMBERIKAN TUMPUAN YANG LEBIH KEPADA PENDIDIKAN RENDAH BERBANDING DENGAN PENDIDIKAN TINGGI? Kos lepas dalam pengembangan kewangan untuk pendidikan yang mahal pada peringkat yang lebih tinggi apabila kewangan yang terhad ini mungkin menjadi lebih produktif penggunaanya dalam sektor ekonomi yang lain.

Ini dapat dilihat pada keluk Kos yang mana pada permulaannya landai kerana kos pendidikan yang lebih rendah diperlukan dalam sektor pendidikan awal. Namun kos mula meningkat mendadak apabila mula memasuki fasa pengajian tinggi(tertiary) kerana memerlukan insfrastruktur yang lebih kompleks,yang lebih rumit berbanding dengan pengajian awal. 2) Selarikan penawaran terhadap pendidikan dengan permintaan terhadap pendidikan. Di Negara yang kurang membangun, permintaan terhadap pendidikan adalah kurang disebabkan pendapatan keluarga yang terhad dan tidak mampu menghantar anak mereka untuk menyambung pelajaran. Tambahan pula pemikiran mereka bahawa mereka menganggap bahawa pengajian yang lebih tinggi adalah satu pembaziran kerana kebanyakannya permintaan terhadap pekerjaan adalah hanya pada tahap pengajian menengah sahaja. Maka disini menyebabkan
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 51

permintaan terhadap pembelajaran yang lebih tinggi adalah kurang,maka jika kerajaan terus menumpukan terhadap pembangunan pada pengajian tinggi,ini akan menyebabkan kerugian kerana tiada sokongan daripada masyarakat. ATAU a) Private returns and costs Rajah (a) di atas menunjukkan jangkaan pulangan persendirian dan kos persendirian sebenar yang ditandakan bertentangan dengan tahun persekolahan yang telah ditamatkan. Jika seseorang pelajar menghabiskan tahun demi tahun untuk bersekolah, dijangka pulangan persendirian berkembang dengan lebih cepat berbanding dengan kos persendirian. Bagi memaksimumkan perbezaan antara jangkaan faedah dan kos iaitu kadar pulangan persendirian untuk pelaburan dalam pendidikan, stategi optimum untuk seorang pelajar iaitu dengan bersekolah selama mungkin.

b) Social returns and costs Rajah (b) pula menunjukkan keluk faedah sosial meningkat dengan lebih cepat pada peringkat awal disebabkan peningkatan dalam produktiviti. Sebagai contoh, petani kecil- kecilan dan bekerja sendiri hasil daripada penerimaan pendidikan asas seperti kemahiran mengira, kemahiran okasional yang sederhana. Oleh itu, faedah sosial marginal dalam tambahan tahun persekolahan meningkat dengan perlahan, dan menyebabkan keluk pulangan sosial mula mendatar. Berbeza dengan keluk kos sosial menunjukkan kadar pertumbuhan yang perlahan bagi pendidikan peringkat awal dan kemudiannya satu pertumbuhan yang pesat berlaku pada peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Peningkatan yang pesat dalam kos sosial marginal selepas peringkat rendah adalah kerana hasil dari modal perbelanjaan yang mahal dan kos yang tinggi di peringkat pendidikan lebih tinggi (i.e bangunan dan peralatan). Tambahan pula, kebanyakan kos pendidikan peringkat tinggi ditanggung oleh kerajaan. Oleh itu, strategi optimum daripada pandangan sosial ialah memaksimumkan kadar pulangan sosial bersih dengan sekurang-kurangnya pada B tahun persekolahan. Apabila melebihi B tahun, kos sosial marginal akan melebihi faedah sosial marginal, akibatnya pelaburan yang baru dalam pendidikan awam akan menghasilkan kadar pulangan sosial bersih yang negatif. Kedua- dua rajah di atas menunjukkan konflik yang sedia ada antara strategi pelaburan persendirian dan pelaburan sosial yang optimim. Konflik akan terus wujud sehingga pelajar sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 52

2) PEMBANGUNAN MODAL MANUSIA MERUPAKAN PERKARA PENTING DI NSM YANG MERANGKUMI KESIHATAN DAN PENDIDIKAN. JELASKAN TIGA(3) HUBUNGKAIT ANTARA KESIHATAN DAN PENDIDIKAN. - Kesihatan dan pendidikan adalah pelaburan yang dibuat diatas seorang individu yang sama. Jika tiada pendidikan yang dilaksanakan, seseorang itu susah atau kurang memahami dalam ilmu tentang kesihatan. -Modal pendidikan yang lebih baik boleh meningkatkan pulangan kepada pelaburan dalam kesihatan. Pendidikan diperlukan untuk pembentukan dan latihan kakitangan kesihatan.Tanpa pendidikan,kakitangan kesihatan tiada maklumat yang cukup dalam pidan perubatan.

-Peningkatan modal kesihatan membolehkan peningkatan atas pelaburan dalam pendidikan kerana Kesihatan adalah factor penting dalam kehadiran sekolah. Kanak-kanak yang lebih sihat adlah lebih Berjaya di sekolah dan belajar lebih baik. Kematian dalam umur persekolahan kanak-kanak juga meningkatkan kos dalam pendidikan per pekerja.

-Peningkatan dalam kecekapan produktif daripada pelaburan dalam pendidikan akan meningkatkan pulangan dalam pelaburan jangka hayat kesihatan.

4) KEBANYAKAN WANITA DI NSM MEMPUNYAI TAHAP PENDIDIKAN YANG RENDAH. DALAM PROSES PEMBANGUNAN, PENINGKATAN PENDIDIKAN KEPADA WANITA SEMEMANGNYA PENTING. HURAIKAN 3SEBAB MENGAPA PENDIDIKAN KEPADA WANITA PERLU DITINGKATKAN. Kebanyakan ahli ekonomi berpendapatan pembangunan ek dan sosial bukan disebabkan oleh modal atau sumber tetapi juga sumber manusia. Selain drpd kaum lelaki, kaum wanita juga bermainkan peranan yang penting dlm sumber buruh. Negara yg gagal membangunkan pendidikan & kemahiran penduduk,pembangunan ek juga akan gagal. Tahap pendidikan wanita dalam NSM telah bermainkan peranan yg amat penting. Di NSM, kebanyakan kanak perempuan menerima pendidikan yang kurang drpd kanak lelaki. Kajian telah menunjukkan bahawa ekonomi dan pulangan sosial pendidikan untuk wanita dan pada seleuruhnya mungkin lebih besar drpd lelaki. (Bank Dunia 1991). Oleh itu, peningkatan pendidikan kpd kaum wanita adalah sgt penting.
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 53

Sebab-sebab Kadar Pulangan pendidikan wanita lebih tinggi berbanding dgn lelaki bagi kebanyakan NSM. Pada masa kini,kaum wanita yg berpendidikan byk menyumbang dlm sek ek mahupun dalam politik. Mereka mempunyai kemahiran sendiri yg tertentu untuk menyumbang kepada pembangunan ek. Sikap rajin, tekun dan prihatin wanita dpt membantu mereka lebih berjaya dlm melakukan sesuatu perkara. Selain itu, mereka akan juga lebih peka dlm aspek keselamatan negara dan mereka akan meceburi dlm perkhidmatan negara. Cthnya polis dan bomba. Oleh itu, kadar pulangan pendidikan kepada wanita adalah tinggi.

Meningkatkan penyertaan wanita dlm pasaran buruh Peningkatan pendidikan wanita dapat meningkatkan kadar penyertaan kaum wanita dalam pasaran buruh. Hal ini dapat meningkatkan produktiviti negara dalam pelbagai sector seperti sector perladangan, perkilangan dan industri. NSM juga dapat melahirkan lebih ramai pemimpin, pentadbiran & profesional dalam kalangan wanita yang berpendidikan. Lazimnya, pelabur asing sgt berminat utk melabur di NSM. Hal ini juga dapat menarik minat pelaburan asing kerana NSM mempunyai sumber manusia yg berpontensi tinggi dan cekap. Akhirnya, peningkatan pendidikan kaum wanita dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi NSM.

Wanita berpendidikan mampu menjaga kesihatan anak dan memberi kesan kpd kualiti sumber manusia utk generasi yg akan datang Pendidikan kaum wanita merupakan satu cara paling efektif dalam penjimatan kos dalam meningkatkan kualiti kesihatan tempatan. Sebagai contoh, menurut kajian yang dijalankan oleh PBB dan Bank Dunia telah merumuskan bahawa faedah sosial seorang dlm pendidikan kanak-kanak perempuan adalah mencukupi menampung kosnya. Seterusnya, meningkatkan pendidikan dan hak penjagaan kesihatan yang lebih rendah terhadap kanak-kanak perempuan. Selain itu, ibu yang berpendidikan tinggi juga akan lebih bertanggunjgjawab terhadap anak mereka. Mereka akan menjaga anak dgn lebih teliti dan memberi semua keperluan asas kpd anaknya serta menjaga kesihatan anaknya. Hal ini dapat bantu negara melahirkan kanak-kanak yang mempunyai otak yg cergas dan badan yang sihat. Seterusnya, anak yg sihat dapat melahirkan prestasi akademik yang cemerlang. Kadangkala, ibu juga akan menjadi pemuja kepada anak mereka. Mereaka akan menyemai amalan yg baik kepada anak mereka sejak kecil. Hal ini kerana, kanak-kanak merupakan pemudi
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 54

tiang negara yang akan datang. Pemuda yang bercita-cita tinggi dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

6) PENDIDIKAN DAN KESIHATAN ADALAH SALING BERGANTUNG DALAM PEMBENTUKAN MODAL MANUSIA YANG BERKUALITI. BERIKAN TIGA(3) HUJAH ANDA YANG MENYOKONG ATAU TIDAK MENYOKONG KENYATAAN INI.

Hujah yang menyokong:1) Peningkatan modal kesihatan membolehkan peningkatan atas pelaburan dalam pendidikan kerana kesihatan adalah faktor penting dalam kehadiran ke sekolah.Kanak-kanak yang lebih sihat berjaya di sekolah dan belajar lebih baik.Kematian dalam umur persekolahan kanak-kanak juga meningkatkan kos dalam pendidikan per pekerja.Jangka hayat yang panjang meningkatkan pulangan kepada pelaburan dalam pendidikan.Individu yang lebih sihat adalah lebih mudah untuk menggunakan pendidikan secara produktif dalam kehidupannya.

2) Modal pendidikan yang lebih baik boleh meningkatkan pulangan kepada pelaburan dalam kesihatan kerana banyak program kesihatan bergantung kepada kebolehan yang diperolehi di sekolah (termasuk kebolehan membaca dan menulis serta kefahaman asas terhadap sains dan matematik).Sekolah mengajar asas kebersihan diri sendiri dan persekitaran.Pendidikan adalah diperlukan untuk pembentukan dan latihan kakitangan kesihatan. Hujah yang tidak menyokong:1) Peningkatan pendapatan adalah tidak mencukupi

Tahap kesihatan dan pendidikan adalah lebih tinggi di Negara-negara berpendapatan tinggi.Dengan pendapatan yang tinggi,penduduk dan kerajaan mampu untuk membelanjakan lebih banyak wang untuk pendidikan dan kesihatan dan dengan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik,produktiviti akan meningkat dan peningkatan pendapatan boleh berlaku.Polisi pembangunan perlu difokuskan kepada pendapatan,kesihatan,pendidikan secara serentak.Walaupun,kita mampu meningkatkan pendapatan,kemungkinan tidak berlaku pelaburan secukupnya dalam pendidikan dan kesihatan kanak-kanak.Pasaran tidak akan menyelesaikan masalah ini secara automatik,dan dalam banyak kes,pilihan penggunaan sendiri yang akan menentukan hubungan antara pendapatan dan pemakanan,terutamanya bagi kanakkanak.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 55

7) DENGAN MENGGUNAKAN RAJAH YANG BERSESUAIAN, HURAIKAN PERBEZAAN YANG WUJUD DARI SEGI PENDAPATAN DI ANTARA INDIVIDU YANG BERPENDIDIKAN TINGGI DAN INDIVIDU YANG BERPENDIDIKAN RENDAH. Kesihatan dan pendidikan, iaitu pendekatan modal manusia yang merupakan pelaburan bersama untuk pembangunan. Pelaburan awal dalam kesihatan atau pendidikan akan membawa kepada aliran pendapatan yang lebih tinggi pada masa hadapan. Pendekatan modal manusia yang menekankan kepada kemampuan tidak langsung manusia untuk meningkatkan utiliti melalui peningkatan pendapatan pendapatan. Nilai modal manusia sebagai pelaburan yang membawa kepada aliran pendapatan masa hadapan adalah bergantung kepada kos pelaburan. Ini boleh ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah,

Gambar rajah di atas menunjukkan trade-off yang terlibat apabila individu memilih untuk meneruskan persekolahan. Melalui masa, pendapatan yang diterima oleh mereka yang tamat sekolah menengah akan melebihi pendapatan yang diterima oleh mereka yang tamat sekolah rendah, iaitu faedah baagi berpendidikan tinggi. Pulangan daripada berpendidikan kepada swasta atau individu adalah tinggi dan mungkin lebih tinggi berbanding dengan pulangan kepada sosial.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 56

8) HURAIKAN DENGAN MEMBERIKAN EMPAT(4) CONTOH BAGAIMANA PENDIDIKAN MEMBANTU DALAM MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN EKONOMI. Terdapat beberapa contoh bagaimana sektor pendidikan dapat menggalakkan pembangunan ekonomi . Yang pertama, sektor pendidikan merupakan antara pelaburan yang terbesar dalam sesebuah negara. Lazimnya, sesebuah negara akan membuat memperuntukkan sumber untuk membangunkan dan menyokong sistem pendidikan iaitu menyediakan keperluan perbelanjaan untuk projek-projek kerja awam, dasar kualiti pendidikan sekolah rendah di kawasan luar bandar atau di kawasan luar bandar serta menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang swasta. Pelaburan tersebut akan menyediakan peluang pekerjaan bagi graduan dan bagi mereka yang kurang mempunyai pendidikan. Ini sekali gus mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan prestasi ekonomi sesebuah negara untuk menjadi setaraf dengan negara lain. Sebagai contoh, pelaburan negara jepun terhadap dunia pendidikan membuahkan hasil yang cemerlang iaitu, Jepun kini mampu mencapai kemajuan dalam bidang teknologi dan inovasi yang setaraf dengan USA. Yang kedua ialah pendidikan dapat melahirkan modal manusia yang produktif dan professional yang mampu yang menjana pembangunan ekonomi. melahirkan ideaidea baru institusi pendidikan merupakan tempat di mana untuk mengasuh dan membentuk pemimpin masa depan negara.Melalui pendidikan golongan professional seperti pakar ekonomi,sainstis,akauntan, guru dan lain-lain dapat dilahirkan. Golongan ini merupakan modal manusia utama yang akan melahirkan inisiatif baru dalam menggalakkan pembangunan sesebuah negara. Pakar ekonomi dapat membantu kerajaan untuk menguruskan eksport dan import serta meramal dan menganalisa sesuatu masalah yang dihadapi dengan lebih kritikal. Ini akan membantu mengembangkan ekonomi negara tersebut. Sebagai contoh Malaysia masih lagi dapat bertahan dengan masalah kegawatan ekonomi yang berlaku pada 1997 kerana pakar ekonomi Malaysia telah meramalkan keadaan kegawatan ekonomi ini terlebih dahulu dan menanganinya dengan tidak membuat pinjaman melalui Bank Dunia sepertimana yang dilakukan oleh negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Yang ketiga, penawaran dan permintaan terhadap pendidikan berkaitan secara langsung dengan peluang pekerjaan. Dua penentu permintaan iaitu kebanyakan pelajar yang berpendidikan mempunyai prospek pendapatan yang lebih tinggi melalui sektor pekerjaan moden atau sektor industri pada masa hadapan dan pelajar atau keluarga perlu menanggung kos pendidikan secara langsung atau tidak langsung. Penentu penawaran pula ialah bilangan institusi pendidikan di negara sedang membangun sebahagian besarnya ditentukan oleh politik dan selalunya tidak berkaitan dengan kriteria ekonomi. Tekanan politik di NSM menyebabkan lebih
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 57

banyak institusi pendidikan ditubuhkan sama ada pendidikan rendah ataupun pendidikan tinggi. Bekalan awam seperti ini di tetapkan oleh peruntukan perbelanjaan kerajaan terhadap pendidikan. Permintaan terhadap pendidikan adalah kuantiti diminta bagi institusi pendidikan oleh para pelajar untuk melayakkan diri untuk berkerja di sektor perindustrian dengan prospektif pendapatan yang lebih tinggi pada masa hadapan. Penawaran terhadap pendidikan adalah kuantiti ditawar bagi institusi pendidikan kepada para pelajar, ini untuk melahirkan modal manusia yang produktif bagi menjana ekonomi dan memimpin negara pada masa hadapan. Keseimbangan antara DD & SS pendidikan akan melahirkan tenaga kerja yang produktif dan professional, dan tidak akan berlaku lebihan atau kurangan dalam sektor pekerjaan. Keseimbangan ini akan membawa kepada pembangunan ekonomi yang lebih baik. Apabila DD > SS (pendidikan) akan menyebab lebihan dalam tenaga kerja dan akan meningkatkan kadar pengangguran. Apabila SS>DD, akan berlaku kekurangan dalam tenaga kerja. Kedua-dua keadaan ketidak seimbangan ini akan menyebabkan kemerosotan dalam ekonomi sesebuah negara kerana tingkat pengeluaran output yang tidak optimum.

Yang keempat, latihan dan pendidikan yang mempromosikan literasi dan kemahiran asas dan menggalakkan sikap "moden" dalam pelbagai segmen penduduk. Dua segmen penduduk iaitu penduduk bandar dan luar bandar. Melalui pendidikan kedua-dua segmen penduduk ini akan melalui latihan dan pendidikan yang asas yang akan melatih agar penduduk lebih arif dan menggalakkan sikap moden iaitu mengubah kaedah pengeluaran daripada intensif buruh kepada intensif modal. Sebagai contoh, penduduk di luar bandar lebih terdedah kepada sektor pertanian dalam bidang perkerjaan. Melalui literasi dan kemahiran asas yang diaplikasikan daripada latihan dan pendidikan, penduduk luar bandar boleh menggunakan intensif modal dalam pengeluaran barangan pertanian. Manakala penduduk kota yang lebih terdedah kepada sektor perindustrian menggunakan kemajuan teknologi dalam menghasilkan output. Secara tidak langsung sikap moden yang diamalkan oleh setiap segmen penduduk akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 58

9) HURAIKAN DENGAN MEMBERIKAN EMPAT CONTOH BAGAIMANA KESIHATAN MEMBANTU DALAM MENGGERAKKAN PERTUMBUHAN EKONOMI SESEBUAH NEGARA? Kesihatan merupakan antara elemen yang memberikan impak terhadap pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Meskipun skop kesihatan itu sendiri nampak kecil, namun hakikatnya kesihatan antara yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Contoh yang pertama adalah, tahap kesihatan yang baik dan pemakanan yang sihat dalam kalangan kanak-kanak mempengaruhi kehadiran mereka ke sekolah dan pembelajaran yang lebih berkesan. Menurut kajian yang telah dijalankan ke atas negara NSM, contohnya di timur laut Brazil, kanak-kanak yang kekurangan zat makanan didapati telah ketinggalan 20% dalam memperolehi skor ujian. Manakala di China dan Thailand, ramai dalam kalangan kanak-kanak mereka menghadapi masalah kekurangan ketinggian yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan turut didapati ketinggalan dalam pencapaian gred di sekolah. Seterusnya, kesihatan yang baik dalam tempoh bekerja dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Ini kerana, apabila kerajaan menetapkan tempoh bersara awal maka kerajaan terpaksa menanggung pesara-pesara tersebut melalui bayaran pencen sehingga mereka meninggal dunia. Ini akan menambahkan beban kerajaan kerana dalam tempoh tersebut mereka masih boleh bekerja. Tambahan pula, pesara-pesara tersebut masih mempunyai keluarga untuk ditanggung dan mereka masih memerlukan pendapatan bagi terus menyara kehidupan. Contohnya, bagi negara Malaysia, tempoh persaraan pada tahun 1950an adalah pada umur 55 tahun namun kerajaan telah menaikkan kepada 60 tahun menjelang tahun 2010 akibat daripada faktor kesihatan yang baik dalam kalangan rakyat. Berat sebelah terhadap kanak-kanak perempuan berlaku menyebabkan wujudnya masalah sosial. Contohnya berlaku di negara India di mana rawatan yang buruk diberi kepada kanak-kanak perempuan. Manakala bagi kanak-kanak lelaki, rawatan yang baik dan disegerakan terhadap mereka kerana masyarakat India beranggapan bahawa kanak-kanak lelaki akan menyara keluarga apabila mereka dewasa kelak, maka mereka perlu diasuh dengan baik. Ada juga yang mengambil inisiatif dengan melakukan pembunuhan bayi perempuan dan pengguguran dalam kalangan kanak-kanak perempuan dengan tujuan mengurangkan populasi kanakkanak perempuan. Apabila populasi perempuan adalah rendah, maka masalah sosial akan berleluasa. Tahap kesihatan sesebuah negara positifnya mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Ini kerana dengan tahap kesihatan yang lebih baik akan menmbahkan jangka hayat seseorang. Dengan tahap kesihatan yang baik, akan
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 59

meningkatkan tingkat pertumbuhan tahunan negara sehingga 1.4% setahun. Penurunan penyakit malaria akan meningkatkan pertumbuhan negara sebanyak 0.3% bagaimanapun kekurangan zat akan menurunkan KDNK tahunan perkapita. Bagi negara Amerika, tahap kesihatan dijadikan sebagai pengukur bagi generasi seterusnya.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 60

Soalan Latihan Bab 8


1. HURAIKAN DENGAN JELAS DUA (2) CIRI DAN EMPAT (4) MASALAH PERTANIAN DI NSM. Ciri-ciri pertaninan NSM Keluasan tanah yang besar Terdapat banyak kawasan tanah yang luas di NSM disebabkan oleh pembangunan yang masih kurang maju terutamanya di luar bandar. Oleh itu, tumpuan ekonomi bagi kebanyakkan NSM adalah di sektor pertanian. Daripada statistik World Bank (diubahsuai pada tahun 2012), pada tahun 2009 terdapat sebanyak 29.5% daripada kawasan geografi Indonesia adalah kawasan pertanian dibandingkan dengan negara maju seperti Jepun yang mempunyai kawasan pertanian sebanyak 13.07%. Kaedah dan teknologi pengeluaran yang kurang maju dan tidak bersesuaian Kebanyakan NSM mempunyai kekurangan teknologi mahir dalam pengeluaran pertanian. Walaupun, pertanian di NSM telahpun mula berkembang dengan penggunaan teknologi melalui peredaran masa, tetapi peningkatan dalam penggunaan teknologi adalah masih perlahan. Ini kerana, kaedah dan teknologi pengeluaran yang digunakaan adalah kurang maju dan tidak bersesuaian dengan keluasan tanah yang besar. Mengikut statistik dari World Bank produktiviti tanah di Indonesia adalah sebanyak 4141 kilogram per hektar dengan sebanyak populasi 212 juta penduduk. Manakala dibandingkan dengan United Kingdom, produktiviti tanahnya adalah sebanyak 6841 kilogram per hektar dengan populasi yang hanya 59 juta penduduk. Ini menunjukkan penggunaan kaedah dan teknologi pengeluaran di NSM adalah masih ketinggalan. Sebagai contoh, di kawasan luar bandar China, penanaman atau pemungutan hasil pertanian masih dilakukan oleh tenaga manusia berbanding di negara maju lain yang menggunakan jentera atau peralatan moden dalam pengeluaran hasil pertanian. Masalah-masalah pertanian di NSM Kekurangan tenaga mahir dan teknologi pengeluaran pertanian Perkembangan sektor pertanian yang perlahan disebabkan oleh kekurangan penggunaan teknologi dan tenaga mahir. Pembangunan dan penyelidikan (R&D) kurang dijalankan di NSM bagi meningkatan kecekapan pengeluaran. Dengan ini, kualiti hasil pertanian rendah. Maka, ini akan menyebabkan NSM menerima pendapatan yang rendah. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh kementerian pertanian dan industri asas tani pada tahun 2009 bahan makanan untuk ternakan yang diimport oleh negara maju iaitu singapura sebanyak RM61,192,000 manakala NSM iaitu Indonesia sebanyak RM 16,874,000. Hal ini dapat menunjukkan negara maju dapat mengeluarkan bahan makanan lebih banyak jika dibandingkan dengan NSM walaupun keluasan tanah di NSM lebih besar.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 61

Kekurangan sumber kewangan Sejumlah wang yang besar perlu dibelanjakan untuk mengimport tenaga mahir atau tingkat teknologi yang canggih di negara membangun bagi tujuan meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian di NSM. Namun demikian, bukan semua NSM yang mampu membelanjakan sejumlah wang yang besar. Kekurangan kewangan di NSM menyebabkan mereka kurang memilih penggunaan teknologi pengeluaran moden dan peralatan jentera sebaliknya mereka lebih kepada berintensifkan buruh. Dengan ini, NSM masih ketinggalan dalam pengeluaran pertanian dan menghadapi masalah kemiskinan. Kesukaran mendapat tanah yang subur Tanah adalah sumber paling penting dalam sesebuah negara bagi tujuan menjalankan aktivit pertanian. Walaupun, sesebuah negara memiliki tanah yang luas, dan ia tidak bermakna bahawa kesemua tanah tersebut adalah subur dan sesuai untuk akitivit pertanian. Ketidak suburan tanah mengakibatkan aktiviti pertanian sukar dilakukan. Maka ini menyebabkan NSM mengalami penurunan dalam hasil pendapatan negara. Dengan maklumat daripada statistik World Bank , pada tahun 2009 terdapat sebanyak 29.5% daripada kawasan geografi Indonesia adalah kawasan pertanian walaupun keluasan indonesia iaitu 1.9 juta hektar persegi. Iklim dan bencana alam Iklim seperti cuaca sangat penting untuk memastikan aktiviti pertanian dapat dijalankan. Cuaca merupakan unsur penting untuk memilih jenis tanaman. Perubahan iklim seperti hujan dan panas menganggu aktiviti pertanian. Selain itu, bencana alam seperti banjir dan kemarau juga menjadi masalah dalam aktiviti pertanian. Misalnya, di Thailand pada tahun 2010 telah mengalami bencana alam iaitu banjir. Hal ini menyebabkan jumlah pengeluaran beras merosot pada tahun tersebut .

3. HURAIKAN TIGA (3) CIRI UTAMA PERTANIAN YANG DIJALANKAN DI NEGARA AFRIKA? i) Pertanian Sara Diri. Pertanian sara diri merupakan petanian secara kecil kerana hasil tanaman pertanian itu digunakan oleh pertani sendiri serta hasil tanaman itu juga tidak dijual kepada orang lain. Pertanian ini selalunya berlaku di kawasan yang mundur dan kawasan luar bandar. Pertanian sara diri ini juga menggunakan teknologi tradisional bagi menjimatkan kos pengeluaran. Alatalat teknologi tradisional yang digunakan seperti cangkul. pisau dan parang. Pertanian sara diri ini juga sangat penting di negara Afrika kerana ianya dapat menggelakkan penduduknya daripada kebuluran. Kebanyakkan orang di negara Afrika tidak ada perkerjaan. Walaupun mereka tidak berkerja, tetapi mereka masih dapat meneruskan hidup dengan adanya hasil- hasil tanaman ini. Di negara Afrika mereka tidak menggunakkan baja kimia kerana kos penggunaannya terlalu tinggi. Kebanyakkan orang di
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 62

negara Afrika menggunakan baja daripada sisa-sisa haiwan dan mereka membakar tanah tersebut. ii) Terdapat beberapa syarat yang membenarkan pertanian pindah dijalankan dan pengurangan pemilikan tanah. Antara syarat pertanian pindah untuk dijalankan adalah membenarkan sesebuah keluarga petani dan mempunyai keluasan tanah yang terhad. Dalam pertanian pindah ini, pertani menggunakan teknologi tradisional dan alat-alat primitif. Selain daripada itu, pertanian pindah adalah cara paling menguntungkan dengan menuai tanah terlebih dahulu untuk memulihkan semula tahap kesuburannya. Pertania pindah ini tidak menggunakan baja kimia kerana kos yang tingg, Mereka menggunakan sisa-sisa haiwan sebagai baja. Seterusnya, pertanian pindah hanya dijalankan di kawasan tanah yang sama. Ini merupakan cara untuk mengurangkan pemilikan tanah. Walaubagaimanpun di dalam kawasan ini beberapa jenis tanaman yang berbeza dapat dihasilkan dalam tempoh yang berlainan. Sebagai contoh, di Afrika barat petani akan menanam buah-buahan pada bulan jan-mei dan selepas habis bulan mei petani sudah mula berubah tanaman daripada buah-buahan kepada sayur-sayuran. iii) Hak setiap ahli keluarga. Sistem pertanian yang dijalankan adalah pertanian keluarga. Setiap aktiviti pertanian dijalankan oleh ahli keluarga. Hal ini kerana, mereka mempunyai kawasan yang kecil serta tidak mampu untuk mengupah orang untuk menguruskan kawasan pertanian mereka. Oleh itu, setiap ahli keluarga mempunyai hak dalam pengurusan hasil pertanian dan mengetahui sebarang maklumat atau perkara yang berlaku ke atas pertanian mereka. Di negara Afrika biasanya penduduk atau pertani yang tinggal di kampung mempunyai keluasan tanah yang kecil. Maka, petani-petani akan mengabungkan kawasan tanah mereka dengan kawasan tanah orang lain supaya mempunyai keluasan tanah yang besar. Oleh itu, apabila mereka menggabungkan tanah tersebut mereka akan mendapat hasil tanaman yang banyak dan mereka juga memperolehi keuntungan diatasnya. Kesimpulannya, hak setiap ahli keluarga amat diperlukan dalam sistem pertanian di negara afrika supaya pertanian dapat dijalankan dengan lebih berkesan serta dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

6. JELASKAN ENAM (6) FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PRODUKTIVITI YANG RENDAH DI AFRIKA. Tahap teknologi Sebagai sebuah negara yang miskin, Afrika mempunyai tahap teknologi yang rendah berbanding negara-negara yang kaya seperti Amerika Syarikat.
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 63

Teknologi yang rendah menyebabkan negara Afrika tidak dapat mengeluarkan sesuatu barangan dengan cepat. Tahap teknologi yang rendah juga menyebabkan negara tersebut tidak dapat mengeluarkan barang-barang dengan kuantiti yang banyak dan terpaksa menggunakan buruh yang ramai dalam mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Tahap teknologi yang rendah juga menghalang negra Afrika menjalankan proses penyelidikan dan pembangunan (P&P) untuk meningkatkan mutu dan tahap pengeluaran negara tersebut. Kelemahan ini menyumbang kepada tahap produktivit yang rendah terhadap negara Afrika. Modal Sebagai negara miskin, negara Afrika tidak mempunyai kelebihan modal yang banyak seperti negara kaya yang lain dalam menjalankan aktiviti pengeluaran mereka. Akibat kekurangan modal biasanya menyebabkan tingkat daya pengeluaran menjadi rendah di Afrika. Dengan ini, kemasukan modal dihalang oleh keupayaan ekonomi yang terhad untuk menyerap modal. Hal ini menunjukkan bahawa kekurangan peluang pelaburan yang menguntungkan. Apabila kekurangan modal, negara ini tidak mempunyai keupayaan untuk meningkatkan produktiviti negara mereka dan menyebabkan negara ini sentiasa bergantung dengan bantuan modal daripada negara-negara asing seperti Amerika Syarikat menyebabkan keuntungan yang diperolehi akan dikaut oleh negara-negara yang menyumbang modal kepada negara Afrika. Hal ini menyebabkan negara terus miskin dan tidak mempunyai modal untuk meningkatkan tahap producktiviti negara mereka. Tanah Selain daripada keadaan tanah yang tidak boleh digunakan untuk tanaman, Afrika juga mengalami masalah kerana mempunyai kawasan yang kecil yang boleh digunakan untuk dijadikan kawasan tanaman dan hanya menggunakan peralatan tradisional seperti cangkul, kapak dan pisau. Dengan tanah yang terhad, sesebuah negara yang bertani hanya akan menggunakan teknologi tradisional dan menggunakan alat-alat yang primitif. Dalam keadaan yang demikian, pertanian pindah adalah cara yang terbaik dan menguntungkan mereka. Denagan menuai anah terlebih dahulu, untuk memulihkan tahap kesuburannya. Baja seperti sisa-sisa haiwan digunakan oleh orang Afrika. Kegiatan pertanian ini hanya dilakukan untuk kegunaan sendiri dan tidak menyumbang kepada produktiviti negara teresebut Sumber semula jadi Sumber alam semula jadi di Afrika adalah tidak mencukupi untuk penawaran makanan kepada semua penduduk. Kekurangan sumber alam semula jadi seperti tanah dan air telah mengurangkan kapasiti pengeluaran semula jadi seperti tanah dan air telah mengurangkan kapasiti pengeluaran pertanian. Pada beberapa dekad yang lalu masalah kekurangan tanah telah menjadi semakin serius.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 64

Sumber Buruh Sumber buruh merujuk kepada orang yang mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran teknik dalam proses pengeluaran. Ini adalah kesan daripada pendidikan dan latihan. Selain itu, ini adalah penting dalam memberi kesan kepada penggunaan teknologi yang canggih. Buruh yang dilatih dan dididik amat membantu kepada pengeluaran semasa dalam satu penilaian keadaan yang berubah dan mereka boleh menyesuai diri. Kebolehan ini semakinpenting dalam sumber buruh bukan melabur dalam pendidikan dan perkerjaan tetapi juga melabur dalam keadaan dengan meningkatkan kesihatan sesebuah keluarga. Di negara Afrika terdapat ramai sumber buruh yang tidak ada kemahiran yang terlatih. Kebanyakan mereka tiada kemahiran teknik, pengetahuan dan pengalaman dalam produktiviti pertanian. Meraka yang tidak kemahiran yang diperlukan tidak dapat membantu dalam peningkatan produktiviti pertanian di negara Afrika. Masa pemprosesan pengeluaran yang panjang telah mengehadkan producitivit. Oleh itu, buruh mempunyai pengetahuan yang diperlukan dapat mengatasi masalah produktivit pertanian yang rendah di Afrika. Mereka boleh menggunakan teknologi yang canggih untuk meningkatkan pengeluaran.

Iklim Iklim di negara Afrika lebih panas dan kering. Hal ini menyebabkan aktiviti pertanian tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Akibat dari iklim yang panas dan kering telah menyebabkan negara Afrika kekurangan air. Air penting untuk aktiviti pertanian. Kekurangan air menyebabkan aktiviti pertanian sukar dijalankan. Selain itu, kualiti tanaman yang dikeluarkan juga rendah menyebabkan aktiviti pertanian menyumbang produktiviti yang rendah.

8. JELASKAN LIMA (5) FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PRODUKTIVITI PERTANIAN YANG RENDAH DI AFRIKA. TEKNOLOGI Petani masih menggunakan tenaga buruh untuk pertanian.Ada yang hanya menggunakan peralatan tradisional seperti cangkul, kapak, pisau untuk menjalankan aktiviti pertanian. Justeru, ia akan menjejaskan produktiviti pertanian. SUMBER ALAM SEMULA JADI. Sumber alam tidak cukup untuk penawaran makanan kepada semua penduduk. Kekurangan air dan tanah untuk pertanian. Beberapa dekad yang lalu, kekurangan tanah yang subur semakin serius disebabkan penggunaan tanah dengan cara yang tidak sesuai. BURUH TIDAK DIGUNAKAN SEPENUHNYA
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 65

Masa penanaman adalah ditentukan oleh musim hujan. Dalam kebanyakan masa, buruh tidak bekerja kerana Afrika merupakan negara yang mempunyai iklim panas sepanjang tahun. Masalah pengangguran juga semakin meningkat di Negara Afrika. PERANAN KERAJAAN Tiada galakan diberi kepada petani miskin untuk masuk dalam pasaran, hal ini kerana kurangnya bantuan yang diberikan kepada petani miskin seperti bantuan kewangan, kemudahan infrastruktur dan sebagainya. Kerajaaan dan penduduk kaya mengekspoitasikan kekayaan yang diperolehi. Dengan itu, petani miskin akan menjadi semakin miskin.

CUACA Keadaan cuaca Negara Afrika yang kering dan panas sepanjang tahun. Oleh itu, ia telah menyebabkan berlakunya masalah kekurangan sumber tanah subur yang boleh digunakan dalam aktiviti pertanian. Buruh juga terpaksa bekerja di bawah cuaca yang terik yang menyebabkan produktiviti pertanian rendah. 11. HURAIKAN REFORMASI TANAH DI AMERIKA LATIN. ADAKAH KEMUNGKINAN BERLAKU KESAN NEGATIF? APAKAH LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGATASI KESAN TERSEBUT? Menurut kamus dewan edisi ke-4, reformasi bermaksud perubahan atau pembaharuan yang mengarah kepada yang lebih baik, cntohnya dalam sistem sosial, politik, dan kebudayaan sesebuah masyarakat. Struktur-struktur ladang dan bentuk pegangan mesti disesuaikan untuk dua objektif utama iaitu meningkatkan pengeluaran makanan dan menggalakkan agahan yang lebih luas untuk faedah dalam kemajuan pertanian. Di Amerika Latin, pertanian dan pembangunan luar Bandar boleh memberi kejayaan dengan bantuan kerajaaan dan semua petani. Antara usaha yang telah di ambil untuk Amerika Latin ialah memperuntukan keselamatan pemegang hak-hak bagi petani persendirian. Hal ini akan menyebabkan petani kecil menghargai haknya sehingga terikat dengan perasaan harga diri yang mendalam dan mereka terpaksa keluar dari tanah mereka atau semakin miskin kerana hutang-hutang yan terkumpul, bukan sahaja kesejahteraan harta benda rosak , tetapi yang lebih penting adalah harga diri mereka . Walaupun reformasi tanah dicadangkan dalam NSM, ketidaksamarataan struktur pemilikan tanah adalah mungkin penentu yang tidak adil dari segi pendapatan dan kekayaan di luar bandar. Pembahagian tanah yang tidak sama rata akan menyebabkan petani luar bandar tidak mampu untuk memajukan ekonomi mereka. Reformasi tanah juga akan melibatkan pengagihan semua hak pemilikan atau menggunakan tanah yang jauh lebih besar di mana bantuan yang diberikan adalah sangat terhad atau
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 66

ketiadaan pemilik tanah. Perkara ini boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah antaranya ialah perpindahan pemilikan kepada penyewa yang mana telah mengerjakan tanah tersebut untuk mewujudkan ladang-ladang keluarga, menukarkan tanah dari ladang kepada kebun kecil, koperasi luar bandardan sebagainya. Menurut Gunnar Myrdal, reformasi merupakan kunci kepada pembangunan pertanian di Asia. Suruhanjaya ekonomi di Amerika Latin(ECLA) mengenali reformasi tanah sebagai satu prasyarat perlu untuk pertanian dan kemajuan luar bandar. Reformasi tanah bukan sahaja meningkatkan pekerja luar bandar dan meningkatkan pendapatan, tetapi membawa kepada pengeluaran pertanian yang lebih besar dan sumber penggunaan yang lebih cekap. Minifundio atau petani-petani yang tidak mempunyai tanah tidak boleh secara langsung membeli tanah dengan pemiliktanah yang besar disebabkan oleh kegagalan pasaran. Hal ini adalah disebabkan pasaran kredit tidak dapat berfungsi dengan cekap untuk pinjaman. Walaupun berbuat demikan, harga latifundio adalah terlalu tinggi . Antaranya kesan negatif lain ialah kelompok miskin berlawan dengan kelas menegah (kelompok bandar). Perkara ini menunjukkan dekat karakteristik kelas menengah suatu negara dengan kelompok miskinnya. Dalam hal ini distribusi pendapatan dan karakteristik sosial ekonomi secara umum dan akan menyebabkan semakin besar dukungan politik atas jaring pengamam sosial dan redistribusi untuk kelompon miskin. Adanya kesamaan kepentingan terkaitan dengan keyakinan mengenai siapa orang yang patut mendapatkan bantuan ,dan hal ini mungkin lebih penting daripada persoalan kesasteraan atau keadilan dari program pemerintahan. Contohnya yang diperkatakan dimana-mana bahawa program bersifat universal atau dirasakan tidak dapat memberikan manfaat bagi kelas menegah dan juga kelompok miskin, programprogran itu tidak akan berlanjutan secara politik. Namun, ramai orang Amerika yang mendukung bahawa bantuan yang diberikan kepada orang miskin yang memang patut dan bukan diberikan kepada kelas menengah . Seterusnya, tahap pembangunan sosio-ekonomi yang mundur bergantung kepada sektor pertanian berintensifkan buruh (masyarakat agrarian-ekonomi sara diri). Ketidakadilan dalam reformasi akan menyebabkan masyarakat luar bandar hanya bergantung kepada teknologi tradisional sahaja, hal ini akan menyebabkan pembangunan alam dan sumber manus amat perlahan atau sumber alam tersimpan sebagai stok sumber sahaja,dibelengu masalah kekurangan makanan mengakibatkan kebuluran . Kesan negatif seterusnya ialah taraf kesihatan rendah, jangka hayat penduduk rendah atau kadar kematian tinggi, taraf pendidikan rendah dan buta huruf tinggi, di samping masalah ketidakstabilan politik. Tahap
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 67

pembandaran di peringkat permulaan. Diwakili oleh negara-negara mundur pada masa kini atau zaman pra-perindustrian di Eropah. Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kesan negatif yang berlaku ialah kelonggaran dasar kewangan di negara perindustrian akan meningkatkan persaingan di pasaran kewangan serta mempermudahkan pergerakan modal antarabangsa. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan sesebuah negara. Sektor luaran perlu memainkan peranan penting dalam menarik aliran masuk modal ke negara-negara di Amerika Latin. Negara-negara tersebut telah memantapkan usaha kearah mencapai kestabilan makroekonomi, reformasi struktur dan dasar-dasar perdagangan terbuka. Keadaan penawaran telah bertambah baik berikutan proses melonggarkan peraturan dalam sektor kewangan dan meliberalisasikan kawalan aliran keluar masuk modal, penswastaan serta reformasi cukai. Dengan ini, potensi keuntungan pelaburan jangka panjang bertambah menarik . Langkah seterusnya ialah Akta akhir pusingan Uruguay dan Perjanjian Pertumbuhan Organisasi Perdagangan Dunia merupakan peristiwa sejarah perdagangan yang penting. Di Amerika Latin, pengeluar-pengeluar pertanian dan keluaran berasaskan sumber dijangka mendapat peluang pasaran . Selain itu, pasaran tukaran asing juga merupakan langkah untuk mengatasi masalah reformasi tanah di Amerika Latin. Matawang utama dalam mekanisme kadar pertukaran (ERM) telah banyak bergerak kearah mencapai nilai sebenar, sebahagiannya disebabkan tanggapan pasaran berkenaan prospek yang bertambah baik bagi pengukuhan fiskal dan kommitmen yang kuat oleh negara-negara penting Eu untuk meneruskan proses Kesatuan Kewangan (EMU). Sementara itu perubahan berkaitan dengan perbezaan kadar faedah antarabangsa telah mengukuhkan nilai dolar Amerika berbanding dengan mata wang utama yang lain. Nilai sebenar dollar telah meningkat sehingga ke tahap yang dicatat pada 1994.

15. PERTANIAN MASIH LAGI MENJADI TULANG BELAKANG EKONOMI DI KEBANYAKAN NEGARA SEDANG MEMBANGUN SEHINGGA KINI. TERANGKAN ENAM (6) MASALAH YANG TERDAPAT DALAM SEKTOR PERTANIAN DI KEBANYAKAN NEGARA SEDANG MEMBANGUN. MASALAH PERTANIAN DI NSM i) Kaedah dan teknologi pengeluaran yang kurang maju dan tidak bersesuaian Kebanyakan NSM kekurangan teknologi mahir dalam pengeluaran pertanian mereka. Walaupun pertanian di NSM telah pun mula berkembang dengan penggunaan teknologi melalui masa, namun peningkatan dalam pengeluaran
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 68

teknologi adalah masih perlahan. Kaedah dan teknologi pengeluaran yang digunakan adalah kurang maju dan tidak bersesuaian dengan keluasan tanah yang besar. Mengikut statistik dari Bank Dunia, produktiviti tanah di Indonesia adalah sebanyak 4141 kilogram per hektar dengan populasi penduduk 212 juta penduduk. Jika dibandingkan dengan United Kingdom, produktiviti tanahnya sebanyak 6841 kilogram per hektar dengan populasi 59 juta penduduk. Ini menunjukkan penggunaan dan kaedah teknologi di NSM adalah masih ketiggalan. Contohnya di luar bandar China,penanaman atau pemungutan hasil pertanian masih dilakukan oleh tenaga kerja manusia berbanding dengan negara maju yang telah pun menggnakan jentera moden. ii) Kekurangan sumber kewangan dan tenaga mahir Perkembangan sektor pertanian yang perlahan adalah disebabkan oleh kekurangan penggunaan teknologi dan tenaga mahir. Pembangunan dan penyelidikan kurang dijalankan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran. Sejumlah wang yang besar perlu dibelanjakan untuk mengimport tenaga mahir dan tingkat teknologi dari negara membangun bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian di NSM. Namun demikian, bukan semua NSM yang mampu membelanjakan sejumlah wang yang besar itu. Kekurangan kewangan di NSM juga menyebabkan mereka kurang memilih penggunaan teknologi pengeluaran moden dan peralatan jentera sebaliknya lebih kepada berinsentifkan buruh. Oleh itu NSM ini masih ketinggaln dalam pengeluaran pertanian serta masih menghadapi masalah kemiskinan. Contoh negara: Afrika.

iii) Kesukaran mendapatkan tanah yang subur Tanah adalah sumber paling penting dalam sesebuah negara bagi menjalankan aktiviti pertanian. Hampir semua NSM terletak di kawasan iklim tropika dan subtropika. Perbezaan iklim merupakan satu aspek semulajadi yang mempengaruhi produktiviti sektor pertanian. Zon tropika membekalkan kepanasan dan kelembapan yang kian melampau sepanjang tahun. Keadaan ini banyak menyumbang kepada kemerosotan dan penghakisan kualiti tanah. Walaupun sesebuah negara memiliki tanah yang luas, ia tidak bermakna bahawa kesemua tanah tersebut adalah subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya di Indonesia sebanyak 44777 ribu hektar tanah adalah digunakan untuk kegiatan pertanian. Namun, didapati hanya separuh daripada tanah tersebut adalah subur. Ketidaksuburan tanah mengakibatkan pertanian sukar dilakukan. Produktiviti tanah adalah kurang serta kualiti hasil pertanian adalah rendah. Kaedah ini menyebabkan penurunan hasil pendapatan negara.
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 69

iv) Kekurangan maklumat pasaran Kos dan margin yang tinggi boleh dikurangkan juga untuk merdapat pengetahuan untuk mengurangkan risiko pemasaran. Malangnya, terdapat kekurangan maklumat yang komprehensif pada hampir semua peringkat pemasaran. Kebanyakan petani di NSM tidak mendapat maklumat yang kemaskini tentang harga dan pasaran. Maklumat yang berkaitan dengan lebihan pasaran dan stok jangka pendek dan panjang juga ternyata kurang. Ketersampaian kepada maklumat ini juga dipengaruhi oleh tahap pendidikan petani. Kekurangan pengetahuan menyebabkan petani tidak dapat menggunakan maklumat sedia ada sebaik mungkin dan mengambil peluangpeluang ekonomi yang wujud dalam pasaran. v) Kekurangan infrakstruktur pemasaran Kekurangan infrakstruktur terutama sekali di NSM juga membawa kepada ketidakcekapan pemasaran produk pertanian menyebabkan pendapatan negara sedang membangun berkurang. Persaingan pemasaran boleh ditingkatkan sekiranya lebih banyak pusat penyimpanan, perniagaan dan pemprosesan ditubuhkan untuk menampung pengeluran yang berlebihan. vi) Ketidakcekapan antara ekonomi Latifundio dan Minifundio Ketidakcekapan ekonomi latifundio berbanding minifundio kerana pemilik tanah yang kaya sering menilai tanah mereka bukan untuk tujuan sumbangan pengeluaran pertanian kepada negara, tetapi lebih menunjukkan kuasa dan prestij kepada mereka. Banyak tanah terbiar dan tidak diusahakan. Sebaliknya bagi minifundio, ladang-ladang yang saiznya sangat kecil, peluang pekerjaan hanya sedikit dan pendapatan yang rendah. Selain itu, kekecilan tanah tidak dapat menampung bilangan petani yang ramai dan menyebabkan berlakunya penggangguran. Dengan keadaan ini telah berlakunya ketidakcekapan ekonomi NSM. 17. BINCANGKAN TIGA (3) CIRI-CIRI UTAMA YANG MEMBEZAKAN SISTEM PERTANIAN DI ASIA DARIPADA LATIN AMERIKA. a) Sistem yang diamalkan Amerika Latin: Mengamalkan corak sistem dualisme latifundio minifundio. Latifundio dikenali sebagai pemilik tanah yang besar. Ia didefinisikan sebagai Amerika Latin sebagai ladang yang cukup besar untuk menyediakan pekerjaan kepada lebih daripada 12 orang. Minifundio dikenali sebagai ladang yang sangat kecil. Ia dijelaskan sebagai ladang yang terlalu kecil dan menyediakan pekerjaan untuk satu keluarga yang terdiri daripada dua orang pekerja dengan pendapatan biasa.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 70

1.3% pemilik tanah Amerika Latin memegang 71.6% tanah untuk diusahakan. Struktur pertanian mereka dikatakan mengikut corak yang seragam. Jumlah latifundio yang kecil mengawal sebahagian besar tanah pertanian sementara sejumlah besar minifundios pada jumlah tanah yang kecil. Perbezaan ekonomi dan sosial yang besar dalam kawalan beberapa pemilik tanah, memburukkan lagi kecekapan latifundios berbanding organisasi ladang lain Amerika Latin. Antara sebab ketidakcekapan ekonomi latifundios berbanding minifundios kerana pemilik tanah yang kaya sering menilai tanah mereka bukan untuk tujuan memberi sumbangan pengeluaran pertanian kepada negara, tetapi lebih kepada menunjukkan kuasa dan prestij. Ini menyebabkan banyak tanah terbiar begitu sahaja dan kurang diusahakan secara intensif berbanding minifundios. Asia: Mengamalkan sistem pemecahan dan sub bahagian tanah petani. Gunnar Myrdal menyatakan tiga faktor yang berkaitan dalam membentuk corak pemilikan tanah tradisional dalam masa sekarang, iaitu: i) Campur tangan dalam pemerintahan semasa penjajahan ii) Pengenalan transaksi kewangan secara progresif dan peranan oleh pemberi hutang iii) Pertumbuhan yang pesat bagi populasi di Asia. Sebelum penjajahan Eropah, struktur tradisional Asia adalah pertanian secara terancang di luar bandar. Kedatangan mereka menyebabkan pertukaran utama dalam struktur pertanian tradisional. Pemegang tanah meluas di Asia berbanding Amerika Latin serta meningkatkan kuasa agen perubahan struktur sosioekonomi luar bandar. Apabila tanah peribadi berkuat kuasa, ia menjadi satu aset yang boleh menawarkan petani keselamatan untuk pinjaman dan apabila ingkar, tanah tersebut boleh dirampas dan dipindahkan ke pemberi hutang yang tidak berprinsip. Pertanian di Asia bertukar dari saraan hidup kepada berorientasikan komersial, hasil daripada peningkatan permintaan tempatan di bandarbandar baru dan yang lebih utama ialah tindak balas daripada permintaan makanan dari luar kuasa kolonial Eropah. b) Saiz tanah dan jumlah penduduk Amerika Latin: Banyak tanah namun dibawah kawalan terlalu sedikit orang. Purata saiz ladang antara 16.9 hingga 214.1 hektar. Terdapat ladang yang banyak di Amerika Latin yang mengandungi kurang daripada 5 hektar, termasuk 36.8% ladang di Brazil dan 78.0% ladang di Peru. Ini mungkin disebabkan ladang tanah yang besar diawasi oleh peladang terbesar di Amerika Latin. Asia: Terlalu ramai orang pada tanah yang terlalu sedikit.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 71

Saiz ladang di Asia ialah di bawah 4 hektar, manakala saiz ladang di Indonesia hanya 1.1 hektar, menunjukkan masalah asas di Asia ialah terlalu ramai orang pada tanah yang terlalu sedikit. Sebagai contoh, tanah tanaman per kapita dalam tahun 1994 di India, China dan Bangladesh masing-masing 0,19, 0.08 dan 0.07 per hektar. Pusat Jawa di Indonesia ialah contoh yang ekstrem tentang tekanan daripada penduduk di tanah yang terhad dalam pertanian. Ia mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di dunia kira-kira 1,500 orang untuk setiap kilometer persegi. Tanah dibahagikan secara sama rata namun masih berada di tahap ketaksamaan yang kukuh. c) Pertumbuhan penduduk Amerika Latin: Pertumbuhan pesat populasi menyebabkan penambahan dalam bilangan kaum yang hidup di setiap unit tanah. Malah, teknologi penternakan dan penggunaan secara tradisional dengan menggunakan input seperti peralatan mudah, tenaga haiwan serta benih tradisional memberi pulangan yang menurun kerana lebih ramai petani terpaksa bekerja dalam tanah yang kecil, dan purata marginal produktiviti akan merosot. Keputusannya, kehidupan sebenar para petani luar bandar di sesetengah kawasan akan merosot. ] Asia: Masalah pertumbuhan pesat penduduk luar bandar menyebabkan tekanan dalam penggunaan sumber. Selain sumber yang kurang, tanah yang subur juga sukar diperolehi di Selatan dan Asia Tenggara. 18. HURAIKAN EMPAT (4) CIRI-CIRI UTAMA SISTEM PERTANIAN DI SUB-SAHARA AFRIKA. Sub-Saharan Afrika adalah gabungan beberapa negara di Afrika di mana pertanian merupakan sektor utama mereka. Kawasan ini mempunyai jumlah populasi sebanyak 626 million orang di mana 382million daripada populasi tersebut melibatkan diri dalam bidang pertanian. Kawasan ini menggaji 67% daripada jumlah buruh dalam bidang pertanian. Jumlah luas tanah kawasan ini adalah sebanyak 2455million hectar dan sebanyak daripada tanah tersebut digunakan untuk tujuan pertanian. Sektor primer dalam kawasan ini menyumbang 20% GDP negara dan merupakan 50% daripada jumlah export. Sub-Saharan Afrika merupakan kawasan yang termiskin di dunia kerana sebanyak 19 negara termiskin di dunia tergolong dalam kawasan ini dan mempunyai jurang pendapatan yang amat tinggi. Daripada keseluruhan populasi, 16% daripadanya mempunyai purata GDP per kapita yang kurang daripada US$200, 36% daripadanya mempunyai purata GDP per kapita yang kurang daripada US$300 manakala 75% daripadanya mempunyai purata GDP per kapita kurang daripada US$400. Walaupun pertanian banyak menyumbang kepada eksport, namun banyak petani di Afrika menjalankan pertanian secara tradisional.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 72

4 ciri-ciri utama sistem pertanian di Sub-Saharan Afrika: i) Sistem sara diri penting untuk masyarakat kampung Pertanian di kampung dijalankan dengan cara tradisional. Bidang ini adalah penting untuk menampung makanan dan keperluan seharian mereka. Kebanyakan buruh dalam pertanian sara diri terdiri daripada ahili keluarga sahaja dan produktiviti adalah rendah. Mereka menanam pelbagai tanaman yang dapat menanpung diri dan keluarga seperti padi, ubi keladi, sayur dan sebagainya manakala lebihan hasil tanaman akan dijual untuk mendapat pendapantan. Masyarakat ini juga menjalankan sedikit bidang penternakan seperti lembu, ayam, kambing dan sebagainya untuk keperluan semasa perayaan atau dijual untuk mendapatkan pendapatan. Selain itu, mereka juga mengutamakan pengumpulan hasil hutan untuk menjana pendapatan lebihan. Sekiranya tanah adalah disewa, sewa tanah boleh dibayar secara tunai ataupun kebanyakan petani membayar dengan hasil tanaman sendiri. ii) Pertanian berpindah dan keuntungan memiliki tanah Pertanian berpindah kerap berlaku di kawasan ini. Masyarakat ini berpindah tapak pertanian selepas 3 hingga 5 tahun menanam apabila tanah tersebut kehausan mineral dan tidak dapat menghasilkan tanaman. Tanah ini memerlukan 5 hingga 7 tahun untuk pemulihan. Taburan penduduk yang mengamalkan pertanian berpindah adalah berselerak di sekitar pedalaman atau pinggir hutan dan keluasan tanah adalah kecil di mana tanah tersebut juga tidak mempunyai pemilik. Sekiranya kawasan tersebut disewa dengan pemilik, petani perlu membayar sewa dengan hasil tanian yang dijanji dalam suatu tempoh masa tertentu dan pemilik tanah biasanya dapat mengaut keuntungan yang tinggi dengan penjualan hasil tersebut. Oleh itu, pemilikan tanah adalah sesuatu yang amat menguntungkan dalam kawasan ini. Keluaran tanaman biasanya bergantung kepada persekitaran fizikal seperti permukaan tanah di mana apabila berada di tanah tinggi, petani akan menanam gandum, kentang dan sebagainya manakala apabila berada di sekitar hutan, petani akan mananam kacang, ubi kayu, jagung dan sebagainya. Keluaran juga dipengaruhi oleh cuaca. Apabila tiada hujan atau berlaku kemarau, hasil keluaran adalah sedikit dan biasanya masyarakat melakukan pertanian pada musim hujan. Pertanian berpindah ini akan menyebabkan permukaan tanah menjadi gondol dan pencemaran air berlaku apabila berlaku pembukaan tanah baru. iii) Input pengeluaran pertanian yang terhad Dalam bidang pertanian di Sub Saharan Afrika, peranan buruh adalah penting dan menjadi faktor utama dalam pengeluaran. Akan tetapi, faktor buruh tidak dapat memaksimakan pengeluaran di mana buruh kebanyakan masa adalah menganggur kerana masa tanaman ditentukan oleh musim hujan di mana terdapat 2 musim hujan sahaja setahun dalam kawasan ini. Masyarakat petani juga menghadapi kekurangan kapital
http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 73

untuk menjalankan pembangunan dan penyelidikan dalam pertanian dan kurang mendapat bantuan kerajaan untuk meningkatkan hasil mereka.Oleh demikian, biji benih yang digunakan adalah kurang berkualiti, menghasilkan tanaman yang terhad dan berkualiti rendah. Petani juga tidak menggunakan baja kimia dan racun serangga dalam proses pengeluaran disebabkan harga yang terlalu tinggi tetapi menggantikannya dengan sisa haiwan. iv) Teknologi adalah terhad Masyarakat petani di kawasan ini tidak diperkenalkan teknologi baru dan tidak mampu membeli jentera yang mahal. Oleh itu, petani Sub Saharan Afrika hanya menggunakan kaedah dan peralatan yang tradisional iaitu badan sendiri beralatan dengan cangkul, parang, penyabit, panajak, dan sebagainya. Selain itu, petani juga menggunakan kerbau atau unta untuk membajak tanah. Sistem pengairan pertanian dalam kawasan ini juga berkualiti rendah di mana tiada air paip disediakan untuk aktiviti pertanian tetapi hanya bergantung kepada air sungai atau hujan untuk tanaman.

http://www.scribd.com/Junly%20Jiang | 74