Anda di halaman 1dari 2

AHMAD NURUDDIN BIN ABU BAKAR 910107-11-5055 REFLEKSI Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan

limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan PJM 3110 ini dengan jayanya. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan pada semester empat ini menuntut saya mempelajari Kurikulum Dan Pedagogi Pendidikan Jasmani. Pembelajaran ini adalah mengenai kepentingan Pendidikan Jasmani terhadap perkembangan individu pelajar. Saya juga dapat mengenalpasti kandungan sukatan pelajaran dan pendekatan yang harus digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Dalam tugasan ini, saya dikehendaki menyediakan nota ringkas atau grafik berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber berkaitan dengan strategi, kaedah, teknik dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran khususnya Pendidikan Jasmani. Saya juga harus menyediakan Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) Pendidikan Jasmani bagi tajuk-tajuk KBSR dan KSSR menggunakan format yang terkini seterusnya melaksanakan pengajaran mikro berdasarkan RPH pendidikan Jasmani yang telah saya sediakan ini. Tugasan ini adalah berdasarkan kumpulan oleh itu kami telah membahagikan kerja yang sama rata kepada ahli kumpulan untuk memudahkan kerja-kerja ini. Kerjasama di antara ahli kumpulan sangat baik oleh itu, ia sedikit sebanyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya telah mengambil beberapa inisiatif dalam menyiapkan tugasan ini supaya dapat menyempurnakannya dengan sebaik mungkin. Setelah mendapat tugasan ini, saya telah melakukan perbincangan dengan pensyarah Pendidikan Jasmani iaitu Encik Che Ishak Bin Ismail supaya lebih memahami tugasan ini dengan lebih terperinci. Selain itu, beliau juga turut memberi penekanan dalam aspek penulisan supaya menepati format penulisan yang sebenarnya. Hal ini boleh membantu saya dalam menghasilkan satu tugasan yang menepati aspek-aspek yang berkaitan.

Dalam mencari maklumat berkaitan kurikulum dan pedagogi PJ saya dan rakanrakan telah membuat rujukan di perpustakaan. Kami bernasib baik kerana perpustakaan menyediakan banyak bahan mengenai linguistik dan ini amat membantu kami dalam menyiapkan tugasan. Tambahan pula, teknologi yang canggih pada masa kini iaitu penggunaan internet turut memudahkan kami dalam mencari maklumat yang berkaitan. Akhirnya, berkat kesabaran dan usaha yang gigih, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Encik Che Ishak Bin Ismail atas segala ilmu yang dicurahkan serta bantuan yang diberikan ketika menjalani kursus PJM 3110 dan semasa proses menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang membantu dalam menyiapkan tugasan ini dan atas kerjasama yang diberikan. Sesungguhnya, kursus dan tugasan ini memberi saya banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan baru. Pengalaman seperti ini sudah pastinya menjadi titik tolak bagi membina guru yang berkualiti pada masa akan datang.