Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI BMK oleh Farah Mudrikah Binti Zaimy Kerja kursus pendek ini iaitu Bahasa Melayu Komunikatif

II (WAJ 3116) yang bermula dari 30 Julai hingga 27 Ogos 2012 telah diberi oleh pensyarah pembimbing saya iaitu Dr. Hussin Bin Sarif. Kami telah diberi tugasan untuk menghuraikan keduadua bentuk komunikasi agar dapat memahami konsep, fungsi, prinsip, bentuk dan ciriciri komunikasi tersebut. Tugasan ini adalah secara berpasangan kecuali penulisan refleksi ini yang merupakan individu. Setelah meneliti soalan kerja kursus ini, saya mendapati bahawa ianya amat sukar. Hal ini adalah kerana kami perlu memahami dengan teliti tentang konsep, fungsi, prinsip, bentuk dan juga ciri-ciri kedua-dua bentuk komunikasi iaitu, komunikasi bertulis dan komunikasi lisan. Terdapat tiga soalan yang diberikan di dalam kertas soalan jadi saya bersama pasangan saya, Fatin Daratul Ain bt Johari, telah memilih untuk membahagikan tugasan itu kepada tiga agar kami tidak mempunyai kesukaran. Saya telah memilih soalan no. 3 manakala Fatin pula telah memilih soalan no. 1. Kami memilih untuk melakukan soalan no. 2 bersama memandangkan ia agak berat berbanding soalan yang lain. Saya tidak mempunyai kesukaran yang melampau dalam melaksanakan soalan no. 2 kerana kami telah mempelajari mengenai bentuk komunikasi bertulis bersama ciri-cirinya semasa di dalam kelas. Jadi, saya menggunakan pengetahuan asas untuk menghurai ciri-ciri untuk komunikasi bertulis tersebut. Saya dan Fatin juga telah meminjam beberapa buah buku dari perpustakaan untuk dijadikan rujukan. Ternyata buku itu sangat membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga mempunyai pemahaman yang lebih lagi tentang tugasan ini dan juga komunikasi lisan dan bertulis. Walaubagaimanapun, saya telah mengalami kesukaran dalam melaksanakan tugasan bagi soalan no. 3 kerana ternyata soalannya sangat sukar. Saya hampir-hampir putus asa namun begitu, terima kasih kepada rakan saya, saya telah berjaya memahami kehendak soalan dan berjaya melakukan soalan itu. Saya telah berjaya memahami dan membuat huraian tentang bentuk-bentuk halangan dalam komunikasi lisan tersebut.

Saya telah mempelajari beberapa nilai-nilai murni semasa menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah sikap tolong-menolong semasa menyiapkan tugasan. Selain itu, saya juga belajar bahawa jika kita malu bertanya, kita akan sesat jalan. Dalam erti kata lain, kita haruslah belajar bertanya sekiranya ingin menimba lebih ilmu dan juga untuk memahami sesuatu perkara yang kita tidak faham. Kami saling bantu-membantu menyebabkan tugasan ini dapat disiapkan. Kami juga berjaya menguruskan masa dengan betul dan tidak tergesa-gesa dalam melakukan tugasan ini. Hasilnya kami berjaya menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, selesailah tugasan yang telah diberikan kepada kami. Saya bersyukur kerana dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai komunikasi lisan dan komunikasi bertulis serta mengetahui ciri-cirinya, fungsi serta bentuk dan juga konsep. Kami telah berjaya mencapai objektif tugasan ini iaitu dapat memberi pemahaman mendalam dalam dua bentuk komunikasi, menghurai ciri-ciri komunikasi bertulis dan juga lisan dengan berkesan serta mampu berkomunikasi secara lisan dengan berkesan. Kami dapat memahami kepentingan kedua-dua bentuk komunikasi dalam tugas sebagai guru Apa yang kami telah perolehi sepanjang melakukan tugasan ini akan kami gunakan semasa di sekolah kelak kerana kami bakal bergelar guru.

Beri Nilai