Anda di halaman 1dari 5

MENJALANKAN PENINJAUAN TERHADAP AKTIVITI YANG DILAKUKAN DI PDK

PDK merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri. Ia merupakan satu lagi pekhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat selain dari perkhidmatan untuk kanak-kanak, warga tua dan sebagainya. Semua orang-orang kurang upaya perlu mendaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Jabatan kebajikan masyarakat memainkan peranan yang penting dalam Pusat Dalam Komuniti dengan mengurus dan membuat pemantauan. Peninjauan perlu sentiasa dilakukan terhadap aktiviti yang dijalankan di PDK. Ini bagi memastikan aktiviti yang dijalankan sesuai dengan orang kurang upaya di PDK. Aktiviti yang dijalankan PDK ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra 3M, kreativiti, sukan dan rekreasi. Semua aktiviti di atas adalah bagi meningkatkan perkembangan diri orang kurang upaya di PDK. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam membuat peninjauan terhadap aktiviti yang dijalankan di PDK kerana mereka merupakan pihak yang menguruskan program ini dengan Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti yang dilantik melalui persetujuan bersama JKM. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Peninjauan perlu dijalankan kerana ia dapat menyelaraskan semua aktiviti yang dijalankan kearah yang lebih baik. Aktiviti seperti KAUB banyak membantu orang kurang upaya dalam menguruskan rutin harian mereka dengan baik malah

mereka juga berpeluang menambah kemahiran dalam bidang-bidang tertentu seperti menjahit, berkebun dan sebagainya. Seterusnya, peninjauan bertujuan mengenal pasti sama ada petugas-petugas PDK memberikan perkhidmatan yang sewajarnya kepada golongan OKU. Pemantauan perlu dijalankan selalu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat agar dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh petugas-petugas PDK seperti yang ditetapkan dan memastikan sama ada golongan OKU menerima kemudahan yang sewajarnya daripada petugas-petugas di PDK. Selain itu, JKM juga perlu memperbanyakkan perancangan latihan dengan memberikan kursus latihan tentang pengurusan golongan OKU ke tahap yang lebih tinggi. Kita perlu sentiasa mempelbagaikan aktiviti yang dijalankan di PDK agar tidak membosankan gologan OKU. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga boleh membatalkan kontrak petugas-petugas PDK sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan. Bukan itu sahaja, peninjauan perlu dilaksanakan agar kita dapat melihat kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan sesuatu aktiviti bersama golongan OKU. Dengan peninjauan yang dijalankan, kita dapat memastikan sama input-input yang diberikan oleh petugas-petugas boleh diterima oleh golongan OKU ini. Jabatan Kebajikan Masayarakat memainkan peranan dalam menyediakan perancangan latihan dan seterusnya memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya agar dapat menwujudkan golongan orang kurang upaya yang cemerlang dan mampu menyumbang sebagai ahli masyarakat yang produktif di masa akan datang. Sekiranya dibiarkan, bakat yang ada akan pudar dan kusam tanpa menyerlahkan potensi sebenar diri.

KERJASAMA DENGAN PIHAK LUAR SEPERTI AGENSI-AGENSI BUKAN KERAJAAN(NGO)


Kerjasama dengan pihak luar seperti badan NGO dapat meningkatkan lagi tahap keupayaan orang kurang upaya dan pengurusan PDK. Agensi-agensi Bukan Kerajaan boleh membantu orang kurang upaya dalam menyediakan latihan vokasional. Latihan vokasional ini memberi peluang kepada golongan OKU yang berkebolehan bekerja. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pengeluaran makanan kering (IKS), Bumi hijau (berkebun), kraftangan. Selain itu, Agensi-agensi Bukan Kerajaan seperti NASOM boleh

menganjurkan seminar bengkel latihan vokasional. Melalui seminar ini, golongan orang autisme boleh mendapat pendedahan awal tentang latihan vokasional yang dijalankan. Ia merupakan satu peluang bagi golongan autisme meneroka latihan vokasional yang sesuai dan boleh dipelajari oleh mereka dalam meningkat taraf hidup mereka. Bukan itu sahaja, NASOM juga menyumbangkan banyak bantuan dari segi khidmat nasihat kepada kanak- kanak autisme serta memberi kaunseling kepada keluarga kanak- kanak autism. Ia memberi peluang kepada keluarga kanak-kanak autisme untuk memahami peranan mereka dalam mendidik kanak-kanak autisme. Seterusnya, NASOM juga memberi penerangan mengenai gejala autisme dan mewujudkan kesedaran di kalangan ahlimasyarakat mengenai kepentingan kita mengetahui dan menyelami perasaan kanak- kanak autisme. NASOM juga menyediakan perancangan pendidikan untuk golongan autisme. Melalui perancangan ini, kita boleh menyediakan kanak-kanak autisme dengan pendedahan ilmu pendidikan yang lebih baik, juga kanak-kanak autisme dapat memanfaatkan peluang pendidiakan yangdisediakan untuk mereka.

Kebanyakkan badan NGO menyalurkan pelbagai bantuan dari semua aspek bagi meringankan beban yang ditanggung golongan ini. Selain, sumbangan Agensiagensi Bukan Kerajaan(NGO) penting agar dapat meningkat taraf kehidupan golongan orang kurang upaya. Pihak kerajaan harus mengalakkan golongan OKU belajar di sekolah teknik yang boleh membekalkan mereka ilmu kemahiran seperti kemahiran menghasilkan kraf tangan. Secara tidak langsung, pengusaha kraf tangan tidak perlu bimbang lagi bahawa tiada generasi muda yang ingin mewarisi malah kemahiran ini akan diwarisi serta dipelajari oleh generasi akan datang. Pihak kerajaan patut menganugerahkan penghargaan seperti pingat dan sijil kepada golongan OKU yang berjaya dan berjasa dalam sesuatu bidang. Agensi-agensi Bukan Kerajaan (NGO) secara sukarela hendaklah menyediakan beberapa kemudahan-kemudahan asas bagi melengkapkan kekurangan yang dihadapi oleh golongan orang kurang upaya. Pihak kerajaan dan Agensi-agensi bukan kerajaan bersama-sama menganjur dan menggalakkan orang kurang upaya di dalam berbagai-bagai bidang sukan dan riadah. Kejohanan Sukan Paralympik Malaysia bagi Orang Kurang Upaya/ Jemputan ASEAN diadakan dua tahun sekali. Selain itu, Skim Insentif juga diwujudkan dengan menyediakan hadiah berbentuk kewangan kepada pemenang atlet-atlet di Kejohanan-kejohanan Sukan Antarabangsa. Selain itu, agensi-agensi bukan kerajaan juga boleh menyediakan

perkhidmatan professional seperti perkhidmatan terapi kepada golongan OKU. Perkhidmatan professional ini boleh dilakukan secara sukarela dimana golongan OKU di PDK boleh menerima perkhidmatan terapi daripada petugas-petugas sukarela yang ditugaskan oleh NGO. Malah, kursus perkhidmatan terapi juga boleh

dijalankan kepada petugas-petugas PDK agar mereka dapat meningkatkan kemahiran sedia ada tentang perkhidmatan terapi dalam memulihkan golongan OKU di PDK. Penyertaan aktif dan sumbangan daripada sektor swasta/ korporat

memainkan peranan yang lebih besar dan positif bagi kebajikan orang kurang upaya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menuju ke arah masyarakat penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan Masyarakat Negara. Kesimpulannya, Agensi-agensi Bukan Kerajaan perlu sentiasa memberi perhatian terhadap kepentingan rakyat terutamanya golongan OKU di dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing.