Anda di halaman 1dari 18

Angina Pectoris

Definisi angina pectoris Angina pectoris ialah keadaan di mana pesakit merasa sakit dada yang kuat akibat dari penyakit jantung ischemic iaitu kekurangan pengaliran darah dan oksigen ke myocardium jantung. ( Angina bermaksud tercekik. Pectoris bermaksud dada. )

.
Faktor-faktor mempradisposkan angina pectoris
Kurang bekalan oksigen ke myocardium melalui coronary artery a. Faktor salur darah i. Atherosclerosis Atherosclerosis ialah keadaan di mana salur artery jantung menjadi keras akibat dari akumulasi sel darah putih, cholesterol dan triglycerides pada dinding arteri. Lama-kelamaan keadaan ini akan menyekat artery tersebut. ii. Kekejangan arteri dan penyempitan salur darah koronari akibat dari akumulasi tersebut ii. Coronary arteritis Inflamasi pada salur darah coronary akibat infeksi dan penyakit autoimun.

b. Faktor sirkulasi i. Hipotensi Tekanan darah menurun dan pengaliran darah ke myocardium menurun juga. ii. Kecacatan kongenital - aortic stenosis Jika injap aorta tidak berfungsi secara normal, pengaliran darah ke seluruh badan termasuk jantung sendiri adalah kekurangan.

c. Faktor darah i. Anemia dan hipoksemia Anemia ialah keadaan dimana darah, khususnya hemoglobin ialah berkurangan. Hemoglobin ialah bahagian di dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen. Dalam keadaan ini, jantung mengalami kekurangan bekalan darah dan oksigen. ii. Polycythemia Polycythemia adalah keadaan hemoconcentration dimana terdapatnya peningkat selsel darah dan ini akan menyekat pengaliran darah di dalam salur-salur darah.

.Bebanan ke atas jantung


akibat pertambahan keluaran jantung a. Faktor fisiologi seperti senaman, emosi, selepas sarapan berat yang boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Lebih banyak darah perlu dipam ke seluruh badan. Ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja kuat dan cepat. Untuk memenuhi keperluan badan, bekalan darah ke jantung sendiri akan berkurangan. b. Faktor patologik seperti anemia dan hyperthyroidism. Hyperthyroidism ialah pembesaran kelenjari thyroid. Fungsi thyroid ialah untuk mengawal kadar metabolisma badan. Jika thyroid menjadi besar, kadar metabolisma meningkat. .Peningkatan keperluan oksigen i. Kerosakan myocardium Jika terdapat kerosakan pada sebahagian myocardium, salur-salur arteri yang lain mungkin juga mengalami keadaan yang sempit juga. ii. Myocardial hypertrophy Myocardium menjadi lemah dan kuasa kontraktilitinya menurun. Jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukupnya

iii. Aortic stenosis dan hypertension Tekanan darah yang meningkat memaksa jantung bekerja lebih kuat dan cepat. iv. Tekanan emosi .

Patofisiologi

Akibat faktor-faktor berikut: - vascular vasospasm atau plak arterioslerotik - kardiak artimia, stenosis valvular - hematologi anemia, hipoksi - gangguan sistemik- hypertension arteri koronari tidak dapat membekalkan darah beroksigen yang mencukupi myocardium yang menjadi semakin iskemik akan menyebabkan penurunan pH darah, kekurangan potassium, akumulasi asid keadaan ini dikenali sebagai hypoxic metabolites iaitu adenosine apabila saraf pada salur koronari dirangsang oleh adenosine, pesakit akan merasa angina dipercayai bahawa adenosine menyebabkan pendilatan salur koronari lebih dari apa yang di mampu

. Manifestasi klinikal
1. Sakit dada - bermula dari belakang sternum kiri, naik ke leher, tekak dan tangan kiri - ketat dada, burning, arching atau choking - bermual selepas aktiviti / stress - reda dengan rehat, nitroglycerine - kurang daripada 5 minit

- tanda Levine iaitu klien meletakkan genggaman tangan di tempat kesakitan 2. Diaphoresis

. Penyelidikan yang dijalankan bagi pesakit dengan angina pectoris


A. Enzim jantung 1. Serum creatinine phosphokinase / CPK lebih dari 3.9 micro millimeter creatine per ml per hour at 37 degrees celcius bagi lelaki dewasa 2. Serum Aspartate Aminotransferase / AST ( serum glutamic oxaloacetic transaminase / SGOT ) lebih dari 35 units per liter ( U/L ) 3. Serum Lactic dehydrogenase lebih dari 190 U/L B. Darah 1. ESR lebih dari 10 mm 2. WBC lebih dari 10,000 uL 3. ABG - PaO2 kurang dari 80 mmHg C. Radiologi 1. CXR kardiomegali dan kegagalan ventrikel kiri 2. Coronary arteriography menunjukkan lesi arteri koronari 3. Echocardiography keabnormalan dinding ventrikel kiri D. ECG perubahan pada ST elevation / depression

Komplikasi angina pectoris 1. Penyempitan arteri koronari lama kelamaan akan menjadi tersekat. 2. Kekurangan bekalan darah lama kelamaan akan menyebabkan kematian myocardium yang dikenali sebagai acute myocardial infarction. ( AMI ) 3. AMI menyebabkan renjatan dan kegagalan fungsi jantung 4. Aritmia berlaku akibat dari kekurangan bekalan darah dan ini menyebabkan kelemahan dan gangguan kontraksi jantung. 5. Apabila peredaran darah di antara jantung dan paru-paru menjadi kurang baik, plasma akan berkumpul di dalam paru-paru dan menyebabkan edema pulmonary 6. Gangguan peredaran darah di dalam paru-paru akan menyebabkan pengumpulan sel sel darah dan ini dikenali sebagai embolisma pulmonary.

. Pendidikan kesihatan 1. Berhenti merokok 2. Makan makanan yang sihat contoh kurangkan lemak, tambahkan buah buahan dan sayur sayuran 3. Lakukan senaman pasif 20 minit sehari, 3 kali seminggu 4. Kurangkan berat badan 5. Komplian dengan rawatan 6. Teruskan rawatan bagi diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi jika ada 7. Rehat sebelum angina menyerang 8. Elakkan makanan yang terlalu banyak 9. Lakukan relaksasi untuk mengurangkan stress

Penyakit jantung kongenital


Ventricular septal defect / VSD
Ventricular septal defect ( defek septal ventrikular ) ialah suatu lubang pada septum diantara sebelah kiri dan sebelah kanan ventrikel jantung.

Patofisiologi
Pernambahan tekanan di dalam ventrikel kiri mengalakkan pengaliran darah beroksigen ke ventrikel kanan. Ia dikenali sebagai a left to right shunt Darah beroksigen ini bercampur dengan darah kurang oksigen di dalam ventrikel kanan dan juga atrium kanan Oleh demikian, tekanan di dalam ventrikel kanan dan arteri pulmonari menjadi lebih tinggi Akibat daripada penambahan tekanan ini, darah akan dipamkan ke paru-paru Jika rintangan arteri pulmonari adalah kuat, sebahagian daripada darah ini akan mengalir balik ke ventrikel kiri melalui septum berlubang ini dan menyebabkan keadaan dikenali sebagai kompleks Eisenmenger's .

Manifestasi klinikal
1. Kurang oksigen Pucat Lemah Keletihan 2. Kesukaran menyusu Kurus Pembesaran terbantut Kerap mengidapi jangkitan pernafasan 3. Takipnea 4. Diaforesis

Latihan
Latihan fizikal adalah segala aktiviti tubuh yang meningkatkan atau mempertahankan kesegaran fizikal dan kesihatan secara keseluruhan. Hal ini dilakukan untuk berbagai alasan. Ini termasuk memperkuat otot-otot dan sistem kardiovaskular, mengasah keterampilan atlit, penurunan berat badan atau pemeliharaan dan untuk ketenangan. Sering dan teratur latihan fizikal meningkatkan sistem kekebalan tubuh, dan membantu mencegah "penyakit

kekayaan" seperti penyakit jantung, penyakit jantung, tipe 2 diabetes dan obesitas. Hal ini juga meningkatkan kesihatan mental dan membantu mencegah tekanan. Latihan secara umum dikelompokkan menjadi tiga jenis, tergantung pada keseluruhan pengaruh mereka pada tubuh manusia: Fleksibiliti latihan, seperti peregangan, memperbaiki jangkauan gerak otot dan sendi.Latihan Aerobik, seperti seperti berbasikal, berenang, berjalan, mendayung, berlari, hiking atau bermain tenis, fokus pada peningkatan daya tahan kardiovaskular anaerobik latihan, seperti latihan beban, pelatihan fungsional atau berlari, meningkatkan jangka pendek kekuatan otot. Olah raga juga mengurangi tingkat kortisol, sehingga menguntungkan kesihatan. Kortisol adalah hormon tekanan yang membangun lemak di daerah perut, penurunan berat badan membuat sulit. Kortisol menyebabkan banyak masalah kesihatan, baik fizikal dan mental. Dalam jangka panjang, latihan yang bermanfaat bagi otak oleh: meningkatkan aliran darah dan oksigen ke otak meningkatkan faktor pertumbuhan yang membantu menciptakan sel-sel saraf baru dan meningkatkan plastisitas sinaptik bahan kimia di dalam meningkatkan otak yang membantu kognisi, seperti dopamin, glutamat, norepinefrin, dan serotonin.

PENYAKIT SISTEM KARDIOVASKULAR


PENYAKIT JANTUNG

Jantung manusia berdenyut purata 60-100kali setiap minit atau 140,000 kali sehari. Kepentingan jantung tidak boleh dianggap mudah.

Fungsi jantung terbahagi kepada beberapa bahagian:

1) membekal darah bersih kepada seluruh sistem anggota. 2) mengambil balik darah-darah yang digunakan. 3) menghantar ke paru-paru untuk diberikan udara bersih (oxygen). Dalam proses darah beredar, darah itu sekali lagi dibersihkan oleh buah pinggang (kidney). Buah pinggang menapis darah dari segala kotoran. Kotoran atau bahan terurai dibuang melalui urea (air kencing).

Daripada statistik yang diperolehi, penyakit jantung adalah pembunuh utama penduduk di negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah berkurangan sejak dua dekad lalu. Terdapat ciri-ciri yang mudah untuk mengenal pasti tahap kesihatan jantung individu adalah seperti:

*Mudah lesu *Dada terasa sesak hingga menghadapi kesukaran untuk bernafas. *Aktiviti semakin terhad serta buku lali membengkak.

Individu-individu yang mempunyai tanda sebegini khususnya perokok, mereka perlu segera mendapatkan pemeriksaan. Perubahan tekanan darah juga perlu diawasi, ini adalah kerana jika tekanan darah naik bermakna jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Perubahan tersebut akan mengakibatkan kegagalan jantung.

Atherotrombosis
Atherotrombosis atau darah membeku di atas plak iaitu lapisan lemak didinding salur darah yang pecah akan menyekat pengaliran darah dan boleh mengakibatkan serangan jantung (jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok (jika salur darah ke otak terhalang). Atherotrombosis juga adalah penyebab kematian utama di Malaysia dengan

statistik sebanyak 30 peratus. Masalah lain yang berkaitan jantung adalah seperti strok iskemia ( aliran darah yang tidak mencukupi ke otak).

*Serangan jantung *Sindrom koronari akut. *Kerosakan pembuluh darah

Setiap individu berpotensi menghadapi masalah ini. Bagi faktor jantina, usia,bangsa dan sejarah keluarga, lelaki berumur melebihi 45 tahun atau wanita berumur 55 tahun yang mempunyai sejarah keluarga diserang penyakit jantung mempunyai potensi besar. Terdapat juga kematian pada usia muda, ini adalah kerana serangan jantung tidak mengenal usia.

Penyakit jantung ( Angina Pectoris)

Penyakit ini menyerang dengan tiba-tiba atau berat di kawasan jantung dan rasa tertekan. Pesakit akan berasa pening , perasaan hendak mati, jantung berdebar dan sakit melarat turun ke tangan kiri. Penyakit ini disebabkan salurnadi yang membekal darah ke jantung akan menjadi sempit, ini berlaku bila umur sudah meningkat. Sakit ini mungkin dapat menyembuh dalam masa 1 hingga 2 jam atau berpanjangan 1 hingga 2 hari. Keadaan sakit yang berulang ini sesekali boleh membawa maut. Berikut adalah simptom-simptom bagi penyakit ini: -Nadi lemah dan tidak teratur, letih, payah bernafas, takutkan mati, mata mendalam. -Debaran jantung kuat, pitam,nadi lemah, berasa tidak tenang. -Rasa dijantung seperti ditarik dan dipulas, tidur sebelah kiri sakit terlalu kuat. Kejang pada jantung. -Nadi terlalu cepat, susah bernafas, letih, berdebar-debar. -Jantung berdebar rasa seperti bergetar, urat saraf mengejut dan sensitif.

-Rasa cemas, baik pada orang tegap. -Berdebar-debar, payah tidur, rasa seperti sesuatu di kerongkong.

Penyakit jantung adalah penyakit yang mengganggu sistem pembuluh darah, dalam hal ini adalah jantung dan urat-urat darah. Jika mendengar tentang penyakit jantung, biasanya kebanyakan orang akan berfikir jantung yang berasa sakit. Namun sebenarnya, jenis-jenis penyakit jantung itu sendiri bermacam jenis penyakit seperti : jantung koronari, tekanan darah tinggi, serangan jantung, stroke, sakit di dada dan penyakit jantung rematik.

Penyakit Jantung Koronari


Umumnya orang-orang yang memiliki penyakit jantung kebanyakannya menderita penyakit jantung koronari.Penyakit ini menyerang pembuluh darah dan boleh menyebabkan serangan jantung yang diakibatkan pembuluh arteri yang tersumbat sehingga menghambat penyaluran oksigen dan nutrisi ke jantung.

Stroke
Stroke terjadi akibat kurangnya aliran darah yang mengalir ke otak. Atau kemungkinan kerana terjadi pendarahan di dalam otak. Namun pembuluh darah bukan satu-satunya penyebab penyakit jantung.Dibawah ini adalah beberapa gangguan yang biasa terjadi kepada jantung:

Kegagalan Jantung
Gagal jantung atau Heart Failure merupakan penyakit jantung yang paling menakutkan. Biasanya jantung penderita berdegup tidak normal atau tidak berdegup sebagaimana sepatutnya.

Pericarditis
Adalah penyakit radang yang mengitari lapisan luar jantung yang umumnya diakibatkan infeksi(jangkitan). Namun gangguan ini jarang terjadi.

Irama Jantung Abnormal


Jantung normalnya berdegup 60- 100 kali per minit. (sekitar 140 ribu kali sehari). Jantung yang berdegup tidak normal disebut arrhytmia ataudysrhythmia.Jantung yang berdegup lambat (di bawah 60 kali/ minit) disebut
bradyarhythmias sedang yang cepat (berdegup diatas 100 kali/ minit) disebut tachyarrhytmias.

Heart Valve Disease


Penyakit ini merupakan gangguan jantung akibat kerosakan injap jantung. Injap jantung ini berfungsi sebagai pengatur aliran darah yang masuk searah menuju jantung.

Cardiomyopathies
Gangguan yang menyerang otot jantung itu sendiri iaitu adanya pembesaran atau pengecilan jantung secara tidak normal atau bahkan menjadi kaku. Sebagai akibatnya jantung boleh menjadi atau jantung mengepam secara tidak normal.Tanpa rawatan lebih lanjut boleh mengakibatkan kegagalan jantung atau juga jantung berdegup tidak normal.

Congenitas Heart Disease


Biasanya gangguan ini terjadi pada anak kecil dan disebut juga kelainan pada jantung. Menurut penelitian, 8- 10 anak dari 1000 kelahiran boleh mendapat gangguan ini. Gejala awal biasanya dikesan pada saat kelahiran atau pada masa kanak-kanak. Penyakit jantung sendiri biasanya terjadi akibat gaya hidup, pola makan, dan aktiviti harian yang dijalani pesakit yang tidak memperdulikan kesihatannya.

Sistem Kardiovaskular
Pengertian
Kardiovaskuler terdiri dari dua kata iaitu kardio dan vascular. Kardio bermaksud jantung, sedangkan vascular bermaksud pembuluh darah. Disimpulkan bahawa

sistem kardiovaskular merupakan suatu pengaturan berbagai organ (iaitu jantung dan pembuluh darah) dalam menjalankan fungsinya. Tidak dapat dipisahkan

hubungan antara keduanya.

Anatomi dan Fisiologi Jantung


Jantung merupakan organ yang berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh tubuh.Gambar disamping merupakan gambaran normal jantung kita. Yang mempunyai dinding 3 lapis iaitu : epikardium, miokardium, dan endokardium. Secara garis besar anatomi jantung yang harus kita ketahui adalah berkenaan: kedudukan Jantung dan Ruangan Jantung, kemudian bahagian dalam jantung meliputi : Pembuluh Darah Jantung, Otot Jantung, Listrik Jantung, Katub Jantung, Isi Ruang Jantung dan Tekanan Ruang Jantung.

1. Letak Jantung
Kedudukan jantung itu berada di dalam rongga dada sebelah depan (kavum mediastinum anterior) sebelah kiri bawah dari pertengahan rongga dada, di atas diafragma dan pangkalnya terdapat di belakang kiri antara kosta V dan VI dua jari di bawah papilla mamae. Apeks jantung terletak pada interkosta kelima kiri pada garis medio-klavikularis.

2. Ruangan Jantung
Jantung memiliki 4 ruangan iaitu serambi (atau disebut ATRIUM) dan bilik (atau disebut VENTRIKEL). Masing-masing terletak pada dua sisi iaitu kanan (DEKSTRA) dan kiri (SINISTRA).

3. Pembuluh Darah
Pembuluh darah itu ada dua secara umum iaitu VENA dan ARTERI. VENA adalah segala cabang pembuluh darah yang menuju jantung dan membawa darah kotor (kaya CO2) kecuali vena pulmonalis (dari paru-paru/pulmo). Macam vena itu antara lain : vena kava superior (cabang dari organ atas), vena kava inferior (cabang dari organ bawah), vena pulmonalis. ARTERI adalah segala cabang pembuluh darah yang meninggalkan jantung dan membawa darah bersih (kaya O2) KECUALI arteri pulmonalis (yang menuju pulmo). Macam arteri itu antara lain : yang terbesar adalah AORTA, arteri dan arteri pulmonalis. Arteri ini mempunyai cabang-cabang ke seluruh tubuh yang disebut arteriola yang akhirnya menjadi pembuluh darah rambut/kapiler. ARTERI KORONARIA iaitu pembuluh darah yang membekalkan darah bagi otot jantung yang mempunyai kepentingan metabolisma dan nutrisi tinggi. Jantung menggunakan 70-80% oksigen yang dihantarkan melalui arteri koronaria. Arteri koronaria muncul dari aorta dekat hulunya di ventrikel kiri. Pembuluh darah jantung utamanya ada 3 iaitu : Right Coronary Artery, Left Anterior Descending, dan Left Circumplexa. Ketiganya merupakan pembuluh darah yang menyuplai darah ke jantung. Right Coronary Artery menyuplai darah bagian kanan jantung (serambi dan bilik). Left Anterior Descending membekal darah ke bahagian bilik kiri jantung dan Left Circumplexa membekal darah ke bahagian serambi kiri. Ketiga-tiganya harus mampu memberikan bekalan darah yang cukup sebagai sumber tenaga jantung. Apabila proses ini terganggu (biasanya kerana adanya sumbatan), maka akan terjadi gangguan.

4. Otot Jantung
Otot jantung (miokardium) merupakan otot lurik yang bekerja di luar kemampuan kita (di pengaruhi oleh sistem syaraf otonom).

5. Denyutan Jantung
Sebagai acuan perlu diketahui mengenai : Sinus Atrial Nodus (SA Nodus); Atrio Ventrikular Nodus (AV Nodus); Berkas HIS/Bundle of HIS (yang bercabang menjadi Right Bundle Branch & Left Bundle Branch) dan Serabut Purkinje. Sinus Atrial Nodus (SA Nodus) terletak di dekat punca vena kava superior yang disebut sebagai pemacu asli kerana secara teratur mengeluarkan aliran letrik/denyutan yang kemudian menggerakkan jantung secara semulajadi. Biasanya denyutan yang dikeluarkan SA Nodus frekuensinya 60-100x/menit. Ventrikular Nodus (AV Nodus) terletak di dalam dinding septum (sekat) atrium sebelah kanan, tepat di atas injap trikuspidalis dekat punca sinus koronarius. Mempunyai dua fungsi penting iaitu (1)denyutan jantung ditahan di sini selama 0,08-0,12 saat, untuk memungkinkan pengisian ventrikel selama atrium kontraksi; (2) mengatur jumlah denyutan atrium yang mencapai ventrikel. Biasanya denyutan yang dikeluarkan AV Nodus frekuensinya 40-60 x/minit. Kumpulan HIS/Bundle of HIS berfungsi menghantarkan denyutan dari AV Nodus ke sistem branch bundle. Cabangnya satu iaitu Right Bundle Branch berfungsi mengirim denyutan ke otot jantung ventrikel kanan. Cabang yang satunya iaitu Left Bundle Branch yang terbahagi menjadi dua lagi iaitu deviasi ke belakang (left posterior vesicle), menghantarkan denyutan ke endokard ventrikel kiri bahagian anterior dan superior. Serabut Purkinje merupakan hujung dari branch bundle dan berfungsi dalam menghantarkan denyutan menuju lapisan sub-endokardium pada kedua ventrikel, sehingga terjadi depolarisasi yang diikuti oleh kontraksi ventrikel. Sel-sel pacemaker di sub-endokardium ventrikel dapat menghasilkan denyutan

dengan frekuensi 20-40 x/minit. Pemacu-pemacu cadangan ini (AV Nodus sampai serabut Purkinje) mempunyai fungsi penting iaitu untuk mencegah berhentinya denyut jantung pada waktu pacemaker alami (SA Nodus) tidak berfungsi.

6. Injap Jantung
Injap Jantung antara atrium dan ventrikel disebut injap atrioventrikular ada dua iaitu BIKUSPIDALIS (iaitu memisahkan atrium dan vetrikel kiri atau bisa disingkat BIKIMI kependekan dari BI-kuspidalis, letaknya di kiri, disebut juga injap MI-tral) dan TRIKUSPIDALIS (iaitu yang memisahkan atrium dan vetrikel kanan).

Terdapat injap semilunaris (bulan sabit) iaitu injap antara ventrikel dan arteri yang bersangkutan misalnya injap antara ventrikel kanan dan arteri pulmonalis disebut INJAP PULMONALIS dan ventrikel kiri dengan aorta disebut INJAP AORTA.

7. Hemodinamika Jantung
Prinsip penting yang menentukan arah aliran darah adalah aliran cairan dari daerah bertekanan tinggi ke daerah bertekanan rendah. Tekanan yang bertanggung jawab terhadap aliran darah dalam sirkulasi biasa dibangkitkan oleh kontraksi otot ventrikel. Ketika otot berkontraksi, darah terdorong dari ventrikel ke aorta beberapa ketika dimana tekanan ventrikel kiri melebihi tekanan aorta. Bila kedua tekanan seimbang, injap aorta akan menutup dan keluaran dari ventrikel kiri terhenti. Darah yang telah memasuki aorta akan menaikkan tekanan dalam pembuluh darah tersebut. Akibatnya akan mendorong darah secara progresif ke arteri, kapilari, dan ke vena. Darah kemudian kembali ke atrium kanan kerana tekanan dalam kamar ini lebih rendah dari tekanan vena. Perbezaan tekanan juga bertanggungjawab terhadap aliran darah dari arteri pulmonal ke paru dan kembali ke atrium kiri. Perubahan tekanan yang terjadi dalam bilik jantung selama siklus jantung, dimulai dengan diastolic saat ventrikel berelaksasi. Selama diastolic, injap AV terbuka dan darah yang kembali dari vena mengalir ke atrium dan kemudian ke ventrikel..

Mendekati akhir masa diastolic tersebut, otot atrium akan berkontraksi sebagai respon terhadap tanda yang ditimbulkan oleh SA Nodus. Kontraksi kemudian meningkatkan tekanan di dalam atrium dan mendorong sejumlah darah ke ventrikel. Darah yang masuk tadi akan meningkatkan volume ventrikel sebanyak 15% sampai 25%. Pada titik ini, ventrikel itu sendiri mulai berkontraksi (sistolik) sebagai tindakbalas terhadap denyutan nadi yang dimulai di SA Nodus beberapa saat sebelumnya. Selama sistolik, tekanan di dalam ventrikel dengan cepat meningkat, mendorong injap AV untuk menutup. Konsekuensinya tidak ada lagi pengisian ventrikel dari atrium dan darah yang disemburkan dari ventrikel tidak dapat mengalir balik ke atrium. Peningkatan tekanan secara cepat di dalam ventrikel akan mendorong injap pulmonalis dan aorta terbuka, dan darah kemudian disemburkan ke arteri pulmonalis dan aorta. Keluarnya darah mula-mula cepat, dan kemudian ketika tekanan masingmasing ventrikel dan arteri yang bersangkutan mendekati keseimbangan, aliran darah secara perlahan. Pada saat berakhirnya sistolik, otot ventrikel berelaksasi dan tekanan dalam bilik menurun dengan cepat. Penurunan tekanan ini cenderung mengakibatkan darah mengalir balik dari arteri ke ventrikel, yang mendorong injap semiluner untuk menutup. Secara bersamaan, begitu tekanan di dalamventrikel menurun pantas sampai di bawah tekanan atrium, AV nodus akan membuka, ventrikel mulai terisi, dan urutan kejadian berulang kembali.

8. Lain-lain
Biasanya pada orang dewasa, jantung berdetik 60-80 kali perminit. Menyemburkan darah sekitar 70 ml dari kedua ventrikel per detikan, dan keluaran jumlah pengeluarannya lebih kurang 5 L/minit.