Anda di halaman 1dari 106

April Snow

Prolog
Bawa muatan ke Inderagiri, Kayu gergaji dari Palembang, Inikah suratan riwayat diri, Diri sendiri penyebab malang? AKDIR adakala memang pahit untuk ditelan. Itulah yang tertulis buat aku. Takdir yang tersurat buat aku memang teramat pahit untuk ditelan tetapi apakan daya. Bukan kemahuan diri untuk berada di sini di rumah ini. Wan (nenek) yang aku kasihi, yang memelihara aku sejak lahir telah kembali ke pangkuan-Nya dan aku akhirnya tercampak di sini. Di rumah agam ini. Aku tidak ingin ke sini. Sejuta kali tidak sudi ke sini. Aku lebih rela terus bersemayam di pondok buruk wan. Di sana syurga hidupku sejak sekian lama. Tetapi aku tidak berdaya menolak. Aku perlu tinggal di sini demi sebuah jawapan yang aku tagih sejak sekian lama. Kata arwah wan, hanya di sini persoalan tentang ibuku akan terjawab. Hanya

Nasi Lemak Buah Bidara

seorang insan di dalam istana ini yang tahu jawapannya. Hanya dia. Dalam hidup ini aku cuma kenal dengan wan kerana dialah insan yang memeliharaku sejak aku kecil. Menatangku sepenuh jiwa. Tiada belah bahagi. Wanlah ibu, wanlah ayah. Aku tidak pernah kenal siapa ibu dan ayahku. Sekadar sepotong nama yang tertera di sijil lahir. Kata arwah wan, ayahku sudah tiada sebelum aku menjengah dunia. Aku tidak tahu di mana ibuku. Kata arwah wan, ibuku ada sebab menitipkan aku dengannya. Aku tidak pernah ingin bertanya kerana bagiku jika aku sudah ditinggalkan sendirian, bukankah itu bermakna aku tidak punya tempat di hatinya? Untuk apa lagi aku bertanya. Itulah perasaan yang sering bermain di hati sejak kecil. Berlegar-legar dan mengasak minda. Menghiris jiwa. Namun jauh di sudut hati yang paling dalam, aku tetap merintih. Aku tetap memohon dalam setiap doa agar dipertemukan dengannya. Aku ingin sekali menatap wajah ibuku. Aku ingin sekali bertanya tentang siapa ayahku. Aku ingin sekali bertanya kenapa aku ditinggalkan sendirian menanggung segala caci cerca sekeliling. Kenapa aku harus sendirian berdepan umpat keji sekeliling tentang diriku yang yatim ini? Apa salah diriku? Apa dosa diriku ini sebenarnya? Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang, Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. Pada pandangan zahir masyarakat, tiada apa yang

April Snow

tidak kena pada kehidupan keluarga di dalam istana ini. Ya, inilah tempat baru di mana aku berteduh siang dan malam. Semuanya nampak sempurna dan molek-molek sahaja tetapi... siapalah yang tahu apa yang aku alami di dalam istana indah ini. Air mata ini rasanya sudah tidak mampu untuk menerbitkan percikan jernihnya dari kolam yang acap kali kering ditimba esak dan tangis. Aku sudah puas disakiti. Herdik, caci maki itu bagai irama merdu di telinga. Kebal sudah gegendang telinga ini dengan segala laungan dan nyanyian tersebut. Aku sering bertanya diri sendiri kenapa nasib diri aku seburuk ini? Kenapa harus aku diuji sehebat ini? Kenapa mesti aku yang ditimpakan dugaan hidup nan hebat ini? Apakah Tuhan sudah memutuskan kasih dan sayang-Nya kepadaku? Apakah Tuhan sudah memalingkan rahmat-Nya kepadaku hingga begini buruk nasib diriku? Apakah aku ini insan yang tidak layak diberikan kebahagiaan hidup di dunia ini? Jika arwah wan masih ada pastinya aku akan dimarahi jika berfikir sebegini. Kata wan, jangan sesekali mempersoalkan kasih sayang-Nya kepada kita tetapi tanyalah diri kita sendiri sejauh mana kasih sayang kita kepada-Nya. Hikmah Tuhan itu ada pada setiap kejadian. Tiada sesiapa pun akan meminta dilahirkan dengan membawa aib yang terlakar kepada diri, jauh sekali membawa palitan lumpur kepada kaum keluarga. Aku tidak terkecuali... tetapi apalah daya aku ini kerana segala-galanya sudah tercatat di lohmahfuz. Lahirku dengan takdir begini. Aku tidak minta takdir hidupku begini. Tuhan, sampai bila lagi aku harus mengharungi duka ini...?

Nasi Lemak Buah Bidara

Bab 1
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari, daripada Anas r.a.)

Mak Jah yang sedang menyusun piring dan cawan di meja makan utama tersentak. Gerak lincah jarijemarinya terhenti serta-merta. Seakan terkena renjatan elektrik. Tangan kanan mengurut dada beberapa kali. Nafas dihela perlahan. Kepala menggeleng perlahan. Apa lagi tu agaknya, hatinya berbisik. Langkah dibuka menghala ke muka tangga. Kepala yang kemas berbalut skarf putih dari benang kapas itu mendongak ke atas. Sekujur tubuh berisi yang hanya bersarung baju tanpa lengan berwarna hitam dan berskirt

ITI...!!!

April Snow

pendek paras lutut yang juga sedang menjengah ke bawah ditatap. Bertentang mata kedua-duanya. Rambut hitam berbelang perang tua paras bahu yang lepas bebas bagai menggerbang, cukup menyemakkan mata tua Mak Jah. Ada apa, Cik Zurene? Budak kampung tu mana, Mak Jah? Siti kat belakang, Cik Zurene. Jemur kain baju. Tertangkap pada telinga tua Mak Jah dengusan kasar Zurene yang diiringi dengan kata makian. Mak Jah beristighfar dalam hati. Panggil budak tu jumpa saya, Mak Jah. Cepat! Mak Jah laju menganggukkan kepala. Langkah tua Mak Jah diayun sederasnya mengarah ke pintu dapur. Meja makan utama yang sedang diatur untuk sarapan ditinggalkan. Pintu grill ditolak pantas sambil kepala tunduk ke bawah mencari selipar untuk disarung. Langkah terus dibawa ke belakang. Sesusuk tubuh yang sedang tekun menjemur pakaian di ampaian tertangkap di pandangan. Nafas yang laju tadi dihembus perlahan. Siti... Siti.... Siti... panggil Mak Jah. Gadis berbaju kurung Kedah dan berkain batik itu menoleh. Senyuman dilemparkan kepada Mak Jah. Ye, Mak Jah. Cepat nak, tu Cik Zurene dah menjerit kat atas. Tinggalkan baju-baju tu dulu. Nanti sambung. Gadis yang dipanggil Siti oleh Mak Jah itu menelan air liur. Gerak nafas laju memukul dada. Kedua-dua belah tangan yang sedikit basah disapukan pada paha. Bahunya diusap perlahan oleh Mak Jah. Ada apa Cik Zurene panggil, Mak Jah?

Nasi Lemak Buah Bidara

Kepala Mak Jah menggeleng perlahan. Memang tidak diketahui punca anak majikannya itu menjerit tadi. Mak Jah tak tau. Istighfar banyak-banyak ye. Sabar. Dah, pergi cepat. Lagi lambat nanti makin teruk dia mengamuk. Bukan Siti tak tahu perangai dia tu. Kepala diangguk lemah. Kaki dibawa menuju ke pintu dapur. Anak tangga dilangkah laju menuju ke tingkat atas. Saat meniti anak tangga, Siti berselisih dengan Datuk Zainal, kepala terus ditundukkan sedikit lalu mengucapkan salam dan selamat pagi kepada tuan rumah tempat dia berteduh itu. Datuk Zainal hanya menganggukkan kepala sambil melangkah turun. Pintu bilik dua di sebelah kanan yang sudah terbuka luas dihampiri. Bersama lafaz bismillah, Siti melangkah masuk. Cik Zurene panggil saya? Bup! Sehelai jaket warna kelabu laju mendarat ke muka Siti sebelum menjunam ke lantai yang mendasari bilik berkenaan. Perlahan Siti membongkok lalu mengutip jaket tersebut. Tubuh ditegakkan kembali dan berdiri menatap pandangan tajam gadis muda di hadapan yang sedang bercekak pinggang. Hei perempuan kampung bodoh! Macam mana butang jaket ni boleh nak tercabut? Kau tak tengok betulbetul ke masa kau gosok, ha? Mata kau letak kat mana? Dah buta ke? Kau tau tak berapa harga jaket tu? Gaji kau setahun pun belum tentu boleh bayar tau! Siti menelan air liur. Ya Tuhan.... Maaf, Cik Zurene, saya tak perasan. Saya jahitkan sekarang. Langkah wanita muda yang dipanggil Zurene itu menghampiri Siti. Kepala Siti ditunjal beberapa kali.

April Snow

Bergoyang sedikit kepala Siti namun Siti tetap mematung. Mematikan diri. Mengunci mulut. Itu lebih baik. Dia sudah biasa diperlakukan begini oleh gadis muda ini. Malah lebih teruk sudah dirasainya. Ada sahaja yang tidak kena pada matanya. Siti tahu gadis ini amat benci kepadanya tetapi tidak diketahuinya mengapa. Hei bodoh, kau tau tak dah pukul berapa sekarang? Lengan yang sedikit gelap dan telanjang itu diangkat ke muka Siti. Tengok jam ni dah pukul berapa? Siti hanya menundukkan muka. Hei, kau pekak ye? Aku tanya ni... jawab la!!! Mata diangkat perlahan-lahan lalu dihalakan pada Gucci tali perak yang tersarung di pergelangan tangan Zurene. Ditelan air liur. Pahit. Errr lapan, Cik Zurene. Zurene mendengus. Kasar. Memang dasar dungu. Tolol. Lembap. Sudah, berhambus! Menyampah aku tengok muka kau tu. Makin aku tengok muka kau ni, makin sakit hati aku. Lafaz maaf sekali lagi diucapkan sebelum melangkah keluar dari bilik Zurene. Langkahnya cepat-cepat diatur ke tangga dan matanya berlaga dengan pandangan tajam Datin Junainah yang juga mahu menuruni tangga. Kerlingan tajam wanita itu membuatkan Siti hanya menundukkan kepala. Berdiri tegak. Memberi laluan kepada wanita yang berusia lewat empat puluhan itu. Apa yang bising-bising tu? Kau dah buat apa kat Zurene? Siti kemam bibir. Renungan wanita itu membuatkan dadanya berdegup kencang. Kecut melihat renungan tajam daripada sepasang mata cantik di hadapannya ini.

Nasi Lemak Buah Bidara

Bu... bu... butang jaket ni.... Jaket di tangan diangkat sedikit. Tercabut, Datin. Datin Junainah dilihat mengeluh kuat bersama jelingan tajam. Siti telan air liur. Dalam hati berdoa janganlah dia dimaki lagi. Kau ni, tak habis-habis buat hal. Mata wanita yang dipanggil Datin itu makin tajam menikam. Wajah Siti sedikit kecut. Memang dia takut dengan wanita di hadapannya ini. Sudah, cepat turun siapkan sarapan Zurene. Dia dah lambat tu. Kepala diangguk perlahan, tubuh dibongkokkan sedikit meminta izin untuk turun sebelum laju melangkah menuruni anak tangga. Pintu bilik kecil di tepi dapur dikuak. Jaket di tangan diletakkan di atas katil bujang yang berhamparan kain kapas berkotak-kotak rona hijau. Langkah diatur keluar dari bilik. Tombol pintu ditarik rapat. Ada apa tadi tu, Siti? Pintu kabinet dibuka. Sebuah gelas kristal dikeluarkan. Gelas yang hanya untuk kegunaan Zurene. Wajah Mak Jah yang menoleh kepadanya dari singki dibalas dengan senyuman kecil. Takde apa, Mak Jah. Mak Jah menggelengkan kepala. Masak benar dengan perangai gadis yang satu ini. Sukar sekali mendengar dia melafazkan kata-kata buruk tentang penghuni rumah ini apatah lagi bercerita tentang apa yang mereka lakukan kepadanya. Apa jua yang melanda dirinya, ditelan seorang diri. Jus carrot Cik Zurene dah ambil ke Mak Jah? Siti

April Snow

cuba mengalihkan perhatian Mak Jah. Tiada guna berbicara perihal ini. Sudah lali telinganya menelan segala cerca sejak enam bulan menjadi penghuni tetap di mahligai ini. Belum. Mak Jah tak keluarkan dulu. Nanti tak sejuk pulak. Karang mengamuk lagi cik kak tu. Tak larat telinga Mak Jah nak mendengarnya. Siti senyum. Langkah diatur ke Panasonic kelabu yang tersergam di sudut dapur. Dibuka pintunya yang seakan pintu almari itu lalu dikeluarkan kotak jus carrot. Diselak muncung kotak yang sudah terbuka lalu dituangkan ke dalam gelas kristal tadi. Takpe, Mak Jah. Siti nak hantar jus ni dulu. Karang Cik Zurene marah pulak tengok jus dia takde. Hati-hati, Siti. Kepala dianggukkan sambil melempar senyum kecil kepada Mak Jah yang sedang mengupas bawang kecil dan bawang putih untuk persediaan hidangan tengah hari nanti. Gelas kristal diletak berhati-hati di meja makan utama. Datuk Zainal yang sedang menatap surat khabar The Edge hanya dipandang sekilas. Datin Junainah yang menghirup kopi turut terlihat oleh kilasan matanya. Cawan kosong Datuk Zainal ditoleh. Teko kopi dicapai lalu dituangkan ke dalam cawan itu berhati-hati. Morning mama papa, sapa Zurene. Bibir merah dan berkilat Zurene sudah singgah di pipi Datin Junainah. Bahu wanita itu dipeluk. Datin Junainah menguntum senyum. Saat mata Siti dan mata Zurene bertembung, kerlingan tajam mata galak itu menikam mata bundar Siti. Pantas kepala ditundukkan lalu langkah diatur meninggalkan meja makan menuju ke dapur.

Nasi Lemak Buah Bidara

Zurene hanya memandang tajam tubuh Siti yang melangkah ke ruang dapur. Datuk Zainal meletakkan akhbar yang baru dibaca di atas kerusi bersebelahan. Wajah hitam manis satu-satunya anak gadis bersama arwah isterinya ditenung. Apa hal pagipagi terjerit-jerit ni, Zurene? Kan tak elok macam tu. Papa rasa jiran pun boleh dengar suara Zurene tu. Selalu sangat dah Zurene. Cubalah hentikan menjerit ni. Tak manis. Sekeping roti yang sudah siap bersalut jem nanas kesukaannya dicapai lalu disuakan ke dalam mulut. Zurene pasti, tentu mama yang menyapukan jem tersebut untuknya. Zurene mendengus. Bencinya ditegur begitu. Papa selalu sahaja tidak setuju dengan setiap perilakunya. Papa tidak seperti mama yang begitu memahami dirinya. Papa... papa tau tak apa budak kampung bodoh tu.... Jari telunjuk lurus dihala ke arah dapur. Dah buat pada baju Zurene? Butang jaket yang mama belikan kat Munich tu tercabut. Zurene ingat nak pakai pagi ni. Kan ke Zurene ada meeting dengan client baru kita tu. Papa pun tahu, kan? Gelas kristal dicapai oleh Zurene. Rakus disuakan ke bibirnya. Datin Junainah mengerling tajam ke arah dapur. Sakit hatinya mendengar aduan Zurene tadi. Datuk Zainal menggeleng kepala. Zurene terlalu dimanjakan oleh mamanya hingga adakala kelakuannya agak keterlaluan. Kalau ye pun.... Wajah Zurene yang masam mencuka kerana ditegur dipandang. Anak ini hatinya sudah keras seperti rebung tua. Silapnya juga membiarkan Junainah keterlaluan mengikut telunjuk Zurene. Tak boleh ke Zurene

10

April Snow

panggil Siti elok-elok. Dia tukan ada hubungan saudara dengan mama. Zurene mencebik sambil memandang Datin Junainah. Saudara apa, papa? Budak bodoh tu cuma cucu angkat arwah nenek je. Bukannya mama kenal sangat pun dengan dia... kan mama? Datin Junainah tersenyum kecil sambil menganggukkan kepala. Datin Junainah meminta Zurene segera menghabiskan sarapan kerana khuatir dia akan lewat ke pejabat nanti untuk menghadiri mesyuarat yang disebut awal tadi. Tidak elok membuat pelanggan itu tertunggutunggu pada kali pertama berkunjung ke pejabat anaknya itu. Zurene akur. Jus carrot dihirup hingga licin. Pipi Datin Junainah dicium. Sedikit pun tidak menoleh kepada Datuk Zainal. Hanya gelengan kepala Datuk Zainal yang mengiringi langkah Zurene hingga ke muka pintu. You terlalu memanjakan dia, Jun. You spoil her very much. Adab dia dah takde langsung. Dengan I pun dia kadangkala tak hormat. Datin Junainah mencapai kepingan epal hijau yang sudah dihiris lalu disuakan ke dalam mulut. Dikunyah penuh tertib hingga selesai. Wajah suaminya dipandang. Nal Zurene tukan masih budak-budak. Biarkan aje la. Nanti-nanti tu dia okeylah. Angin dia tengah tak baik tu, kan? Selalunya dia okey, kan! Datuk Zainal menggelengkan kepala seraya memandang wajah tidak bersalah isterinya. Sama sahaja dua beranak! By the way, siapa client baru yang Zurene nak jumpa hari ni, Nal?

11

Nasi Lemak Buah Bidara

Pertanyaan Datin Junainah mengingatkan Datuk Zainal pada pertemuan kelmarin dengan pelanggan tersebut. Dia diperkenalkan dengan pelanggan itu oleh rakan golfnya, Tan Sri Salleh. Kata Tan Sri Salleh, anak muda ini bukan calang-calang profilnya. Baru sahaja dianugerahkan Tokoh Usahawan Muda dalam anugerah kecemerlangan EOY yang dianjurkan oleh sebuah firma perakaunan terkemuka dunia. Melihat penampilan anak muda yang memegang jawatan Pengarah Urusan UT Builders Berhad itu, Datuk Zainal amat kagum dengan pencapaian cemerlangnya dalam bidang perniagaan biarpun asalnya dia tidak mempunyai kelayakan akademik dalam bidang tersebut. Bidang yang dipelajari di universiti dahulu jauh menyimpang. Datuk Zainal dimaklumkan dahulunya Pengarah Urusan UT Builders itu ialah bekas seorang pendidik. Nal? Nal? Panggilan bertalu-talu daripada Datin Junainah mencantas lamunan Datuk Zainal. Dah sampai ke mana you ni? I tanya, you boleh khayal pulak. Cawan kopi di hadapan dicapai. Dihirup hingga licin. I dengar apa yang you tanya tadi. I teringatkan client tu tadi. Teringat masa first time I jumpa dia kelmarin kat KLGCC. Bagus budaknya. Ada karisma walaupun muda lagi dah jadi MD. Muda ke Nal? Muda jugaklah. Late thirties I rasa. Kaya? Isy, you ni. Ke situ pulak! Datuk Zainal menggelengkan kepala.

12

April Snow

Yelah. Mana tau, kan... boleh matchkan dengan Zurene ke. You juga yang untung nanti, kan? Datuk Zainal menggelengkan kepala memandang Datin Junainah yang menyimpul senyum memasang anganangan.

13

Nasi Lemak Buah Bidara

Bab 2
Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). (Al-Araf: 199) EPASANG kaki yang berbalut kain batik sedikit lusuh dibawa menuruni anak tangga. Berhatihati dia melangkah. Di tangan ada segulung kain cadar, sarung bantal juga selimut yang baru dibawa keluar dari bilik Zurene, Zaza dan Zara juga Datin Junainah. Sebentar tadi sudah ditukarkan cadar juga sarung bantal baharu untuk kesemua empat buah bilik di tingkat atas. Itu memang rutin. Setiap tiga hari harus berganti baharu. Jika dia terlupa, maka hamburan kata-kata makianlah yang menjadi santapan telinganya terutamanya daripada Zurene. Kaki melangkah masuk ke ruang dapur. Samsung hitam tersandar megah di dinding batu berhampiran pintu

14

April Snow

dapur dihampiri. Mulut Samsung sudah dibuka. Tubuhnya mencangkung menghadap wajah Samsung. Satu per satu cadar dan sarung bantal dimasukkan dengan cermat ke dalam mulut Samsung yang ternganga. Siti.... Kepala mendongak. Ye, Mak Jah. Langsir bilik Cik Zurene dah ganti? Siti menepuk dahi. Bibir bawah digigit. Ya Allah, Mak Jah. Siti lupa. Lupa sungguh! Tangannya laju menyumbat semua cadar dan sarung bantal ke dalam mulut Samsung sebelum ditutup mulut yang ternganga. Ditekan punat di dada Samsung. Siti pergi tukarkan sekarang ye, Mak Jah. Tubuh kurusnya pantas ditegakkan lalu langkah deras dibawa menuju ke tangga kayu berukir di tengah-tengah rumah yang menghubungkan tingkat atas dan bawah. Mak Jah hanya menggelengkan kepala memerhatikan gelagat kelam-kabut Siti. Mak Jah tahu Siti kepenatan lantaran didera melakukan kerja hingga lewat malam tadi. Didenda kerana lewat pulang dari masjid. Hanya kerana terlewat pulang mendengar syarahan di masjid, Siti dipaksa oleh Zurene mencuci keretanya, kereta Datuk, Datin juga kereta Zaza dan Zara walhal itu adalah tugas suaminya, Pak Salleh selaku pemandu peribadi keluarga ini. Dipaksanya Siti mencuci kereta malam-malam buta. Dalam keadaan hujan yang agak lebat pula! Kasihan sungguh Mak Jah kepada gadis itu. Memang Zurene sengaja mahu mengenakan Siti. Mak Jah memang tahu niat tidak baik anak majikannya itu sejak Siti mula menjejakkan kaki ke sini. Ada-ada sahaja yang diperlakukan oleh Zurene kepadanya. Nasib baiklah Zaza dan

15

Nasi Lemak Buah Bidara

Zara tidak turut bersekongkol dengan kakak mereka mengenakan Siti. Mereka berdua lebih bertimbang rasa dengan Siti. Mereka juga melayan Siti dengan baik, sama seperti papa mereka. Tidak pernah sekali pun telinga Mak Jah mendengar mereka mengeluarkan kata-kata kesat apalagi makian kepada Siti. Sekurang-kurangnya tidak semua ahli di rumah ini memperlakukan Siti dengan buruk sekali. Melayannya seperti hamba tebusan sahaja. Seperti yang dilakukan oleh mama dan kakak mereka. Mereka berdua itu perangainya tak ubah seperti syaitan! Mak Jah membuka pintu Panasonic kelabu di tepi singki. Tubuh gempalnya itu dibongkokkan sedikit. Tupperware bulat berwarna biru dicapai. Pintu Panasonic ditutup. Bekas plastik berwarna biru yang berisi cili kering yang sudah dikisar bersama bawang besar itu dibuka. Cili kering yang dikisar oleh Siti petang semalam lalu dididihkan hingga masak sebelum disejukkan dan disimpan. Mak Jah mahu meminta Siti memasak sambal tumis udang hari ini. Zaza dan Zara sudah berpesan kepadanya semalam. Suka benar dua beradik kembar itu dengan sambal tumis udang. Sejak kecil itulah makanan kegemaran mereka. Sejak Siti tinggal di sini, gadis itulah yang memasak sambal tumis untuk Zaza dan Zara. Mereka semakin gemar sambal tumis air tangan Siti. Lebih sedap daripada biasa kata mereka. Sering kali mereka memuji masakan Siti dan Siti pula hanya tersenyum kecil setiap kali dipuji tentang masakannya. Mak Jah akui Siti memang pandai memasak. Dia sudah tua, dia lebih tahu menilai. Pastinya Siti dididik dengan sempurna perihal urusan di dapur oleh arwah nenek angkatnya. Siti pernah memberitahu arwah nenek angkatnya yang dipanggil wan itu memang pakar memasak di kampung mereka. Setiap kali ada kenduri kahwin di kampung mereka

16

April Snow

mahupun kampung-kampung sekitar, arwah nenek angkatnya itu pasti akan ditempah untuk menyediakan hidangan. Hairan pula Mak Jah bagaimana Datin Junainah itu tidak mewarisi bakat memasak daripada arwah ibunya. Langsung tidak betah kala di dapur dan memang nampak janggal sahaja tingkah serta gerak lakunya. Macam tidak pernah jejak ke dapur sahaja gayanya. Memasak tu, jauh sekali! Langsir putih berbunga tabur kecil warna merah dilihat dari arah belakang pintu Zurene. Kedua-dua belah tangan mencekak pinggang. Senyuman terukir di ulas bibir bak delima yang merah merekah walaupun tanpa calitan sebarang pewarna tiruan. Cantik! Rasa puas memekar di hati Siti melihat bilik anak tuan rumah tempat dia menumpang tampak indah hasil sentuhan tangannya. Harap-harap Cik Zurene suka nanti, bisik hati kecil Siti. Kaki dibawa melangkah keluar dari bilik itu. Perlahan-lahan tombol besi pintu ditarik dari luar. Dibawa langkah menuju ke anak tangga. Mak Jah... Mak Jah. Kepala Siti menjenguk ke dapur mencari kelibat Mak Jah. Tiada. Kaki didorong ke ruang tamu. Mata melihat sekeliling. Tidak kelihatan susuk tubuh yang dicari. Langkah dibawa semula ke dapur lalu terus keluar ke bahagian belakang dapur. Mata meliar mencari kelibat Mak Jah. Kepala sudah menggeleng. Pantas kaki melangkah ke arah ampaian. Mak Jah... kenapa Mak Jah buat kerja ni? Nikan kerja Siti. Dah, dah, biar Siti yang selesaikan. Siti memegang pergelangan tangan Mak Jah. Cuba menghalangnya daripada meneruskan kerja menyidai cadar-cadar dan sarung bantal yang dicuci tadi.

17

Nasi Lemak Buah Bidara

Takpe la. Siti, kan ada kerja kat atas tadi. Jadi apa salahnya Mak Jah tolong. Cepat disidai, cepatlah kering nanti, kan? Siti menggoyang tangan Mak Jah. Dia bimbang kalau-kalau diketahui oleh Datin Junainah yang kerja-kerja sepatutnya dia lakukan dibantu oleh Mak Jah. Tapi nanti kalau.... Kepala Mak Jah menggeleng. Tahu sangat apa yang bersarang di kepala gadis cantik di hadapannya ini. Kasihannya dia! Jangan risau. Zurene dengan Datin tak pasang kamera kat belakang dapur ni, Siti. Riak takut masih jelas terpapar diraut wajah Siti. Mak Jah tahu Siti begitu takut dengan Zurene dan Datin Junainah. Takpe la, Mak Jah.... Biar Siti habiskan kerja ni ye? Mak Jah masuklah. Tubuh dibongkokkan mendekati bakul plastik bujur berwarna hijau di hujung kaki Mak Jah. Siti.... Pergelangan tangan Siti yang baru mencapai sehelai cadar dipegang. Pergerakan tangan Siti terhenti. Matanya yang bercahaya memandang ke wajah tua Mak Jah. Mak Jah... biarlah Siti buat. Siti tolong Mak Jah, ye. Cepat kerja ni habis, kan? Siti nak tolong Mak Jah, kan? Senyuman manis diukir bersama anggukan kecil. Siti tolong masak sambal tumis udang untuk Zaza dan Zara, ye. Budak berdua tu dah pesan kat Mak Jah, mintak Siti yang masakkan. Mata Siti bercahaya. Bibir menguntum senyum teruja. Zara dan Zaza balik makan ke hari ni, Mak Jah?

18

April Snow

Katanya nak balik. Takde kelas la budak berdua tu. Dah, cepat masuk. Nanti Siti buatkan acar timun sekali ye. Tentu suka budak berdua tu makan nanti. Siti menganggukkan kepala. Kaki mula mengorak langkah ke arah pintu dapur yang sedia ternganga. Siti masuk dulu, Mak Jah. Yelah. Udang... Mak Jah dah siap gorengkan. Ada kat bawah tudung saji merah tu. Sekali lagi kepala diangguk sambil menoleh kepada Mak Jah. Zaza dan Zara sungguh berlainan daripada Zurene. Bagai langit dan bumi. Bagai paya dan air di gunung. Zaza dan Zara tidak pernah menyakitinya. Mereka seakan mengerti penderitaan yang Siti tanggung. Sering kali juga mereka bertengkar dengan Zurene kerana mempertahankannya. Siti masih ingat ketiga-tiga beradik itu pernah bertengkar hebat ketika Zaza dan Zara membawanya keluar ke bandar. Mereka mahu membawanya berjalan-jalan sambil membelikan pakaian baru untuknya. Kata mereka Siti tiada baju baru. Mereka kasihan kepadanya. Memang dia tiada baju baru. Semua baju yang dipakai adalah baju-baju lama kala di kampung dahulu. Zurene yang marah, melemparkan kata makian dan hinaan kepada Siti. Sedihnya kala itu hanya Dia sahajalah yang tahu. Siti sedar. Siti tahu dia miskin. Sangat miskin dan hina di mata Zurene. Namun, kesanggupan Zaza dan Zara mempertahankan dirinya yang tidak berdaya menangkis cercaan Zurene membuatkan Siti terharu. Sesungguhnya kedua-dua beradik kembar itu mempunyai peribadi yang luhur. Siti tahu Zaza dan Zara belajar di KDU (Kolej

19

Nasi Lemak Buah Bidara

Damansara Utama). Mereka berdua ada bercerita dengan Siti kala dia mula-mula sampai ke rumah ini dahulu. Mereka menyambung pelajaran selepas tamat SPM. Usai pengajian di situ nanti, Datuk Zainal akan menghantar mereka melanjutkan pengajian ke luar negara pula. Siti sedih mengenangkan nasib dirinya. Nasibnya tidak sebaik Zara dan Zaza. Alangkah bahagianya jika dia juga boleh diberi peluang menyambung pelajaran seperti dua beradik itu. Namun Siti sedar, sudah ditakdirkan dirinya dibawa ke sini selepas pemergian arwah wan. Kuali diletakkan ke atas dapur. Botol Seri Murni lima kilogram dicapai lalu dituangkan sedikit ke dalam mulut kuali.

ADUH! Siti menyusun langkah pantas menuruni tangga masjid. Telekung yang masih tersarung di tubuh dijinjing kemas. Tubuh sederhana gempal dan sedikit tinggi itu pantas diraih sebelum jatuh mencecah lantai simen. Dibetulkan telekung yang sudah terselak. Siti mencangkung sedikit mendekati wanita separuh abad yang sudah terduduk di anak tangga yang penghabisan. Kenapa mak cik? Tangan wanita separuh usia itu digenggam erat agar dia mampu mengimbangi tubuh gempal yang hampir tersungkur tadi jika tidak dengan tindakan pantas Siti. Kaki mak cik ni tiba-tiba aje kejang, nak. Rasa tak jejak ke bumi pulak. Siti melihat tangan wanita di hadapannya itu

20

April Snow

mengusap pangkal betis kanannya. Siti membantu memapah wanita itu ke tepi agar tidak mengganggu laluan baki jemaah yang sedang menuruni tangga. Masjid sudah mulai lengang setelah selesai solat isyak. Ada beberapa orang jemaah Muslimah mendekati wanita itu bertanyakan keadaannya. Setelah diterangkan dia tiada apa-apa cuma kekejangan sahaja, jemaah tadi meninggalkan wanita itu dan Siti. Mak cik tinggal di mana? Mak cik datang sorangsorang ke tadi? Sambil bertanya, tangan lembut Siti mengurut-urut perlahan kaki wanita itu. Cuba membantu menghilangkan rasa kekejangan yang dialami oleh wanita itu tadi sambil bertanya sama keadaannya. Lapang hati Siti bila wanita itu menyatakan rasa kejang yang menyerangnya tibatiba tadi sudah beransur pulih. Mak cik tinggal di rumah nombor lapan. Dekat selekoh tu saja. Jari telunjuk wanita itu lurus menghala ke arah yang disebutkan. Siti menganggukkan kepala. Mak cik baru saja pindah ke sini. Ikut anak mak cik. Mak cik datang ke masjid ni tadi dengan pemandu anak mak cik. Sekejap lagi dia sampai la tu. Anak ni pulak duduk kat mana? Belum sempat Siti membuka mulut, sebuah Mercedes warna perak sudah menjalar tiba. Seorang lelaki dalam lingkungan lewat tiga puluhan laju menerpa ke arah mereka berdua. Wajahnya tampak cemas. Tampak bimbang. Ya Allah...! Puan, kenapa ni? Takde apa-apalah, Salim. Kaki saya ni tiba-tiba

21

Nasi Lemak Buah Bidara

kejang pulak. Biasalah, dah tua-tua ni macam-macam la penyakit. Nasib baik ada bidadari ni... kalau tak, mahu tergolek jugak saya tadi di tangga tu. Salim melemparkan senyum kepada Siti yang berada di sebelah. Terima kasih, cik. Kalau cik takde tadi, tak tahu apa jadi kat puan. Mati saya kena marah dengan tuan. Siti menganggukkan kepala seraya membalas senyuman Salim. Takde apa-apa, encik. Saya kebetulan tengah turun tadi. Alhamdulillah, mak cik selamat daripada terjatuh. Siti dan Salim membantu memapah wanita yang dipanggil puan itu ke arah kereta. Pintu tempat duduk belakang perlahan dibuka. Dengan berhati-hati Siti menyorong tubuh wanita itu masuk ke dalam perut kereta. Sebaik pintu mahu ditutup, tangan wanita itu pantas menahan. Tangan Siti digenggam erat. Anak ni tinggal di mana? Marilah kami hantarkan. Boleh, Lim? Salim pamer senyum segaris. Eh, saya ikut perintah puan je. Boleh. Takde masalah. Marilah cik. Siti pantas menggeleng. Takpe la mak cik. Saya tinggal dekat je. Saya boleh jalan kaki. Tak payah susahsusah, mak cik. Isy, dah lewat ni, bahaya. Sebab mak cik, anak lewat balik. Mari mak cik hantarkan. Marilah, mak cik ikhlas. Tolong jangan hampakan mak cik, ye. Siti masih tercegat. Tangan wanita itu sudah menggapai. Mahu mencapai tangan Siti. Siti tidak sampai hati. Siti memusing tubuhnya. Mendekati perut kereta. Perlahan-lahan tubuhnya tenggelam ke dalam perut Mercedes perak yang mula meluncur.

22

April Snow

Nama anak ni siapa? Mak cik ni panggil je Mak Cik Aishah. Tangan Siti ditepuk lembut. Siti senyum. Nama saya Siti Nur, mak cik. Panggil saja saya Siti. Perlahan dan penuh tertib suara dilantun. Siti Nur. Sedap nama tu. Orangnya pun cantik. Sejuk perut mak Siti mengandungkan anak yang baik macam Siti ni. Bertuah mak Siti dapat anak yang cantik rupa dan pekerti macam Siti ni. Siti hanya tersenyum kecil memandang wajah Puan Aishah. Nafas dihela lembut. Sungguhkah dia itu bertuah punyai anak seperti aku ini...?

23

Nasi Lemak Buah Bidara

Bab 3
Sabda Rasulullah SAW: Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya. (Riwayat Tirmidzi, daripada Abu Hurairah r.a.)

Suara lembut Siti menyapa telinga Salim yang sedang memandu. Mercedes perak diperlahankan sebelum Salim memberhentikan kereta di tepi pokok mangga sebagaimana yang diminta oleh Siti. Kepala Puan Aishah terjenguk-jenguk memandang ke luar dari dalam kereta. Suasana persekitaran yang sunyi dengan hanya lampu-lampu jalan yang menyala juga lampu dari garaj rumah-rumah sekitar. Mungkin penghuninya tiada di rumah. Yang mana satu rumah majikan Siti? Puan Aishah

ERHENTI di depan sana saja, encik. Di tepi pokok mangga tu ye.

24

April Snow

terus bertanya kepada gadis manis yang duduk di sebelahnya. Sukar untuknya menghadamkan kata-kata yang diucapkan oleh Siti sewaktu dalam perjalanan tadi. Siti hanya orang gaji. Sudah lebih setengah tahun dia menghuni banglo itu dan berkhidmat kepada lima orang penghuni di situ. Kata Siti, selain dirinya, ada Mak Jah yang juga merupakan orang gaji kepada keluarga berkenaan. Suami Mak Jah, Pak Salleh ialah pemandu peribadi kepada keluarga Datuk Zainal. Mak Jah dan suaminya menurut Siti, sudah lama berkhidmat dengan keluarga tersebut. Sejak sebelum kematian isteri pertama Datuk Zainal lagi. Sudah lama Puan Aishah mahu mengenali gadis itu namun tidak berkesempatan kerana selalunya sebaik sahaja selesai imam menamatkan doa, kelibatnya pasti hilang daripada pandangan. Namun hari ini, jodoh mereka ada lalu dia menjadikan faktor kekejangan kakinya penyebab untuknya berkenalan dengan pemilik nama Siti Nur ini. Rumah yang di belakang pokok mangga tu, mak cik. Suara Siti yang lembut menyapa telinga mengembalikan Puan Aishah ke alam realiti. Mata Puan Aishah mencari arah rumah yang dimaksudkan oleh Siti. Banglo dua tingkat berwarna putih dengan reka bentuk kontemporari itu nampak sunyi sahaja. Kata Siti tadi, majikannya berserta anak-anak tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan anak rakan perniagaan mereka di hotel. Cuma Mak Jah sahaja yang tinggal. Pak Salleh turut berada di hotel kerana nanti dia yang akan memandu kesemua mereka pulang. Kata Siti lagi, walaupun mereka tiada di rumah, dia harus sampai ke rumah sebelum majikannya pulang. Bila

25

Nasi Lemak Buah Bidara

ditanya lebih lanjut mengapa, hanya senyuman sahaja yang dihulur. Tiada sepatah pun kata yang diucapkan bagi menjawab soalan yang ditanya sebentar tadi. Puan Aishah tidak mahu bertanya lanjut, nanti apa pula kata Siti. Mereka baru sahaja mahu berkenal mesra. Dia tidak mahu sikap ingin tahunya itu nanti akan membuatkan Siti menjauhkan diri biarpun dia tiada apa-apa niat. Sekadar ingin tahu sahaja. Hatinya bagai dapat merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Siti daripada tutur katanya tadi. Biarlah. Mungkin suatu hari nanti dia akan tahu juga. Telekung yang sudah ditanggalkan tadi sewaktu dalam perjalanan digantungkan pada lengan. Tudung coklat cair begitu sepadan dengan baju kurung pesak gantung daripada jenis kain kapas berwarna coklat tua berbunga tabur putih yang tersarung pada tubuh tinggi lampai Siti. Baju kurung dan tudung ini dibeli oleh Zaza dan Zara buat Siti. Hadiah sempena Siti masakkan mereka sambal tumis udang yang tersedap di dunia. Itu kata mereka. Siti ketawa dengan kata-kata lucu Zaza dan Zara. Ada-ada sahaja dua orang anak gadis lincah dan baik hati itu. Siti jadi seronok melayan kerenah mereka berdua. Dia terhibur dengan kedua-dua mereka. Tanpa mereka, dia tiada teman untuk berbicara. Dia akan jadi sunyi. Hanya novelnovel yang dibeli oleh mereka sahajalah teman penghiburnya. Mahu diharapkan Mak Jah, tentulah tidak manis. Mak Jah, kan perlu melayan Pak Salleh. Dia tidak tega mengganggu masa emas kedua-duanya. Tapak tangan Siti dihulurkan kepada Puan Aishah. Senyuman yang terukir daripada ulas bibir bak delima yang basah tanpa palitan sebarang warna itu nampak begitu manis pada mata tua Puan Aishah. Dia sudah jatuh kasih kepada gadis di hadapannya ini. Entah mengapa perasaan itu mudah

26

April Snow

sahaja hadir di hati tuanya sedangkan dia baru sahaja beberapa minit berkenalan dengan Siti. Sejuk sahaja hati dan jiwanya melihat wajah manis bercahaya di hadapannya ini. Terima kasih mak cik sebab sudi hantar saya balik. Siap sampai depan rumah lagi. Berlebih-lebih pulak saya ni, kan? Tak malu sungguh! Siti ketawa kecil seraya menutup mulut. Kulitnya yang putih mulus itu jadi kemerah-merahan kala dia ketawa. Sopannya dia! Bisik hati kecil Puan Aishah. Siti turut menyatakan rasa terima kasih kepada Salim. Pemandu Puan Aishah itu menganggukkan kepala sambil tersenyum. Isy, kenapa pulak cakap macam tu. Kan mak cik yang beria-ia nak hantar Siti tadi. Tangan gadis itu masih kejap di dalam genggamannya. Sayang sekali dia mahu melepaskan gadis ini. Entah mengapa, dia sendiri tidak tahu. Saya minta diri dulu ye, mak cik. Tangan Puan Aishah dikucup penuh tertib. Saat kepala ditegakkan, tubuhnya sudah ditarik ke dalam pelukan Puan Aishah. Siti membiarkan sahaja tubuhnya dipeluk erat. Hatinya senang diperlakukan begitu. Bagaikan pelukan yang dilimpahi rasa kasih sayang. Bagaikan pelukan daripada seorang ibu sejati. Alangkah bertuahnya anak Puan Aishah kerana mempunyai ibu yang penyayang seperti ini. Kata Puan Aishah, waktu mereka berbual-bual dalam perjalanan tadi, anaknya cuma seorang sahaja. Lelaki. Siti jadi pilu seketika. Dirinya tidak sebertuah anak Puan Aishah itu. Nafas dihela perlahan. Dia cuba melontar rasa sedih itu jauh-jauh. Cuba untuk tidak mengenangnya lagi. Senyuman ditebar ke wajah tua yang penuh kasih sayang di hadapannya ini. Wajah arwah wan terlayar di mata seketika.

27

Nasi Lemak Buah Bidara

Hati Siti mula dibasahi rintik hujan! Wan... Siti rindu wan! Rindu sangat.... Mak cik jaga diri baik-baik ye. Jangan banyak bergerak sangat sebab kaki mak cik tu saya rasa belum pulih lagi. Solat di rumah saja sehari dua ni. Kalau dah sihat nanti barulah boleh berjemaah di masjid. Puan Aishah jadi sebak dengan keprihatinan gadis ini. Alangkah baiknya jika dia ada anak perempuan. Namun cepat-cepat dia beristighfar dalam hati. Tidak baik mempertikaikan takdir Allah. Tentu ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya dia patut bersyukur. Dia tetap juga dikurniakan seorang anak lelaki. Dan juga patut rasa bersyukur anaknya itu sangat menyayangi dan menghormatinya. Tidak pernah ingkar kepadanya. Hmmm... kalau macam tu, tak dapatlah mak cik jumpa Siti sehari dua ni nanti. Rindu la mak cik. Canda Puan Aishah yang segera mengundang tawa Siti. Salim turut ketawa. Wah puan, bahaya ni. Main rindu-rindu tu. Takpe, boleh je telefon buah hati puan ni kalau dah rindu sangat nanti. Bolehkan, Siti? Salim angkat kening sambil memandang Siti yang menyimpul senyum. Mata Puan Aishah sengaja dibulatkan memandang Salim. Isy, kamu ni! Ke situ pulak. Ketawa Salim makin galak. Puan Aishah juga ketawa sudahnya. Siti turut ketawa kecil mendengar kata-kata lucu Salim. Siti berdiri sambil tangan memegang tangan Puan Aishah yang sedang memandangnya dari dalam kereta. Usai menghabiskan sisa ketawa, Salim

28

April Snow

menghidupkan enjin Mercedes perak yang sedia bergerak pada bila-bila masa sahaja. Harap boleh jumpa malam Jumaat nanti ye, mak cik. Siti akan doakan kaki mak cik cepat sembuh. Ada bacaan Yasin beramai-ramai. Bolehlah mak cik turut serta. Boleh kita turut sama doakan pada arwah-arwah ahli keluarga kita yang dah pergi. Puan Aishah menganggukkan kepala. Ya, dia juga berharap kakinya akan sembuh cepat. Dia tidak mahu melepaskan peluang bersama-sama Siti untuk majlis bacaan Yasin tersebut nanti. Dia mahu mendengar suara gadis itu kala mengaji. Pasti merdu dan sedap didengar. Wajah cantik Siti yang masih tersenyum ditatap tanpa jemu. Betapa bertuahnya ibu dan bapa gadis ini. Sejuk perut ibu yang mengandungkan anak sebaik Siti. Setelah mengucapkan salam kepada Puan Aishah dan Salim, Siti mula mengorak langkah memasuki pekarangan banglo di hadapan. Wajah dipusingkan kembali memandang ke belakang. Tangannya dilambaikan kepada Puan Aishah yang masih memerhatikan dirinya. Lambaian mereka saling bertukar. Langkah Siti diekori dengan pandangan mata. Saat Siti melambaikan tangan kepadanya kala gadis itu sudah memasuki pekarangan halaman rumah, Puan Aishah turut mengangkat tangan. Mata terus kaku tidak berkelip memandang hingga tubuh tinggi lampai itu tenggelam daripada layar matanya. Puan Aishah melepaskan nafas panjang. Salim menoleh seketika ke belakang sebelum memandang semula ke hadapan. Puan suka benar dengan budak tu. Macam dah lama kenal je saya tengok.

29

Nasi Lemak Buah Bidara

Entah la, Lim. Hati tua saya ni jadi macam tenang saja tengok dia. Sejuk mata pandang muka dia. Baik budaknya. Pekerti pun tertib. Budi bahasa pun elok. Rupa pun ada. Sempurna. Berkenan ke, puan? Salim tersenyum mengusik. Puan Aishah tersenyum penuh makna.

30

April Snow

Bab 4
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim. (Al-Maun: 1-2) INTU belakang ditutup dan terus dikunci. Jeriji juga turut dikunci sama. Memang Siti sentiasa membawa kunci pendua bila ke masjid. Kunci pendua yang ditempah oleh Pak Salleh untuk dirinya. Siti yang memintanya. Dia tidak mahu menyusahkan Mak Jah untuk membuka pintu setiap kali dia pulang sedikit lewat. Lihatlah seperti hari ini, dia sudah terlebih lewat. Nasib baiklah majikannya belum pulang dari hotel lagi. Jika tidak, pasti akan ada bahagian buatnya daripada Zurene. Siti tahu Zurene membenci dirinya sejak dia mula menjejakkan kaki di banglo ini. Dan rasa benci itu kian hari kian bertambah. Akibatnya Siti akan sentiasa menjadi sasaran

31

Nasi Lemak Buah Bidara

amarah gadis itu walaupun ada kalanya tanpa sebarang sebab. Seakan satu kenikmatan buat Zurene setiap kali dapat menyakiti Siti. Mengingatkan anak gadis sulung majikannya itu, Siti hanya mampu beristighfar. Memohon agar Allah sentiasa melindungi dirinya dan memberi keampunan pada setiap perbuatan Zurene. Entah apa sebenarnya yang melingkari fikiran Zurene terhadap diri Siti hingga membuatkan dirinya sentiasa menjadi sasaran kemarahan gadis itu. Langkah berhati-hati dibawa menyusun tapak. Suis di bahagian dapur basah ditutup. Sudah biasa begitu, setiap kali dia pulang dari masjid, lampu di bahagian dapur ini akan terpasang. Sengaja Mak Jah tidak menutupnya kerana mahu memudahkan Siti apabila pulang dari masjid. Kata Mak Jah, nanti kalau gelap tentu Siti susah hendak buka pintu belakang. Siti tahu, Mak Jah pasti akan menunggunya pulang dari masjid setiap malam walaupun wanita separuh abad itu tidak pernah menzahirkannya melalui kata-kata. Dan pintu bilik Mak Jah pastinya akan direnggangkan sedikit bagi memudahkan wanita itu mengetahui kepulangan Siti dari masjid. Kepala menjenguk sekilas memandang bilik Mak Jah. Pintu bilik terbuka sedikit. Kedengaran suara dari televisyen. Kalau Pak Salleh ada pastinya Pak Salleh sedang menonton dan Mak Jah pula melipat pakaian. Siti sangat maklum akan rutin pasangan tersebut. Langkah Siti menghampiri pintu bilik Mak Jah. Salam diberi sambil tangan mengetuk sekali pintu bilik. Kedengaran suara Mak Jah menjawab salam sambil mengarahkan Siti masuk. Perlahan-lahan kepala dijengukkan ke dalam. Siti melihat Mak Jah sedang duduk di penjuru katil sambil melipat pakaian.

32

April Snow

Ha, dah balik. Lambat Siti malam ni. Risau Mak Jah. Ada apa-apa kat masjid ke tadi? sapa Mak Jah dengan nada suara yang lembut. Siti melangkah masuk sambil melabuhkan duduk di sofa kayu yang terletak di hujung katil. Telekung yang siap berlipat diletakkan di atas katil. Tudung ditanggalkan perlahan-lahan lalu diletakkan di atas telekung. Nafas dihela perlahan. Tadi ada sorang mak cik tu, kaki dia tiba-tiba kejang masa turun kat tangga masjid. Siti tolong dia, Mak Jah. Maaf, Mak Jah. Siti buat Mak Jah risau. Tangan Mak Jah yang melipat pakaian terhenti. Matanya memandang wajah anak gadis di hadapannya. Siti sudah dianggap sebagai anaknya sendiri. Apatah lagi dia sendiri tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang lebih dua puluh tahun perkahwinannya dengan Pak Salleh. Mak Jah reda dengan ketentuan Allah. Pasti ada rahmat di sebalik semua ini. Mak Jah ni bukannya apa risau Siti balik jalan kaki malam-malam. Siti tu perempuan. Anak dara pulak tu. Hati Mak Jah ni bimbang. Diletakkan tapak tangan ke dada sambil redup mata memanah ke arah Siti. Siti bangun seraya melabuhkan duduk di penjuru katil bersebelah Mak Jah. Siti capai tangan Mak Jah. Digenggam erat. Siti tahu kebimbangan Mak Jah yang sudah dianggap bagaikan ibu sendiri. Insya-Allah Siti tak ada apa-apa, Mak Jah. Lagipun, kan Siti selalu balik dengan jiran depan sana tu. Cuma malam ni je, ada orang hantar Siti balik. Dan yang istimewanya. Siti angkat kening. Tersenyum. Mak Jah kerut kening melihat perlakuan Siti. Siti balik dengan kereta besar tau, Mak Jah. Hantar

33

Nasi Lemak Buah Bidara

sampai kat depan rumah lagi. Siti tersenyum seraya ketawa kecil. Mak Jah terus pandang Siti dengan dahi yang berkerut seribu. Siti cepat sahaja menangkap reaksi lurus Mak Jah. Mak cik yang Siti tolong tu hantar Siti balik la, Mak Jah. Pemandu mak cik tu hantar sampai depan rumah tadi. Mak Jah tersenyum sambil menggelengkan kepala. Jadi mem besar la sekejap tadi Cik Siti Nur kita ni ye. Patutlah senyum memanjang je dia. Ketawa Mak Jah dan Siti saling bergabung. Haaa... apa ketawa-ketawa ni? Ooo... ada sorok rahsia besar ye? Mak Jah dan Siti yang masih ketawa terkejut dengan suara nyaring Zaza dan Zara yang tiba-tiba menerpa di muka pintu. Kedua-dua anak gadis kembar majikan mereka itu tiba-tiba sahaja melompat di hadapan pintu sambil bercekak pinggang. Mak Jah urut dada sambil beristighfar panjang. Siti pulageleng kepala. Zaza dan Zara terus ketawa melihat gelagat Mak Jah. Kedua-duanya terus melabuhkan duduk di tepi katil Mak Jah, bersebelahan Siti. Tubuh Siti dipeluk erat oleh gadis kembar yang lincah itu. Siti sengaja menggoyangkan badan. Cuba melepaskan diri daripada pelukan Zaza dan Zara. Saling bergelut ketiga-tiga mereka. Ketawa pecah. Mak Jah menggelengkan kepala melihat aksi gurauan mesra ketiga-tiga anak gadis berkenaan. Siti hela nafas yang seakan semput dengan gelagat kedua-dua anak kembar majikannya ini. Tahu benar dengan perangai Zaza dan Zara yang suka sangat mengusiknya.

34

April Snow

Kenapa tak bagi salam dulu, Zaza... Zara, hmmm? Tengok... kesian Mak Jah, terkejut dia. Tak baik buat macam tu. Nasib baik Mak Jah tak ada sakit jantung tau! Siti mengusap lembut kepala kedua-dua gadis kembar tersebut. Memang kedua-duanya sangat manja dengan Siti. Zara mencebik. Ala, kita nak terperanjatkan sikit je tadi. Sikit macam ni. Zara arah jari telunjuk dan ibu jari yang didekatkan sedikit ke arah Siti. Zaza hanya menganggukkan kepala. Mengiakan kata-kata kakak kembarnya itu. Siti mencebik. Sengaja mahu menyakat keduaduanya. Yelah sangat tu. Kan elok sebelum masuk bilik orang, beri salam dulu. Kalau orang buat macam tu kat Zaza... kat Zara, mesti tak suka, kan? Bilik orang kita kena hormat. Tak boleh masuk macam tu aje. Tak sopan namanya. Zaza pandang wajah Zara. Zara angkat kening. Sorry, Mak Jah. Zaza minta maaf. Zara pun, Mak Jah. Hai, dengan Kak Siti tak minta maaf ke? Eh, apa pulak! Ni bilik Mak Jah, bukan bilik Kak Siti. Siti senyum sambil pandang wajah-wajah cemberut di hadapannya. Tapi tadi, kan Kak Siti pun kena sergah jugak. Kira itu tak berlaku sopan pada akak jugak la, kan? Jadi.... Siti kelipkan kelopak mata beberapa kali. Cuba memprovokasi kedua-dua gadis berkenaan.

35

Nasi Lemak Buah Bidara

Kenalah mintak maaf jugak. Kan Mak Jah? Siti pandang Mak Jah sambil mengenyitkan mata. Mak Jah ketawa kecil. Siti cuba menyembunyikan tawanya saat melihat kedua-dua gadis berkenaan memandang wajahnya dengan bibir muncung ke hadapan. Siti mahu ketawa, tetapi cuba ditahan. Ala, akak ni... jahat tau! Saja je. Ketawa Siti pecah sudahnya. Tubuhnya terus terbaring di atas katil Mak Jah akibat diasak oleh Zaza dan Zara. Jeritan kecil Siti bertingkah dengan jeritan nyaring kedua-dua gadis berkenaan. Mak Jah hanya menggelengkan kepala. Tahu sangat dengan perangai Zaza dan Zara yang nakal. Jauh di sudut hati, Mak Jah gembira melihat kemesraan kedua-dua beradik kembar itu dengan Siti. Sekurang-kurangnya mereka tidak seperti kakak dan mama mereka yang sentiasa melayan Siti dengan buruk. Siti duduk bersandar di tepi katil Mak Jah sambil membetulkan ikatan rambutnya yang terlerai akibat kenakalan Zaza dan Zara tadi. Jari-jemarinya pantas melurut rambut lalu ikatan rambut diperkemaskan semula. Ganas la korang berdua ni tau! Tengok Mak Jah, habis kusut-masai rambut Siti dikerjakan budak-budak bertuah ni. Tak nak la Siti kawan dengan budak-budak ganas macam ni. Bahaya la, Mak Jah. Kedua-dua gadis itu memeluk lengan Siti sambil ketawa. Tidak langsung mengendahkan kata-kata Siti. Mereka tahu Siti hanya bergurau dan tidak bermaksud apa-apa. Mereka tahu hati budi Siti yang tulus. Kak Siti kalau merajuk tambah berseri macam

36

April Snow

bulan mengambang penuh tahu! Kan Zara? Zaza angkat kening seraya mengerling ke arah adiknya. Zara menegakkan kedua-dua ibu jarinya sambil dihalakan ke wajah Siti. Siti hanya mencebik. Mak Jah tersenyum melihat gelagat ketiga-tiga gadis berkenaan. Tubuhnya yang sedikit gempal itu ditegakkan daripada duduk lalu tangan mengangkat kesemua pakaian yang sudah siap dilipat tadi untuk disimpan ke dalam almari pakaian. Apa yang Mak Jah dengan Kak Siti ketawa-ketawa tadi? Mata kedua-dua gadis itu memandang Mak Jah yang sedang menyusun pakaian di dalam almari sebelum beralih pada wajah mulus Siti. Cik Siti kita ni la.... Tadi balik dari masjid naik kereta besar. Ada pemandu orang kaya hantarkan dia sampai depan rumah. Cik Siti kita duduk kat belakang. Tu Mak Jah cakap, merasalah jadi mem sekejap. Mata Zaza dan Zara sudah membulat. Tangan kedua-duanya dilekatkan pada mulut yang sedikit ternganga. Siti ketawa melihat aksi kedua-dua beradik itu. Dia tahu mereka sengaja membuat reaksi sedemikian. Sengaja mahu mengusiknya. Siapakah gerangan putera yang menghantar tuan puteri kita pulang ke istana kala malam bulan mengambang begini duhai Bonda Jah? Ketawa Siti pecah. Mak Jah turut ketawa mendengar kata-kata lucu yang diucapkan oleh Zara.

37

Nasi Lemak Buah Bidara

Zaza sudah berguling di atas katil dengan dekahan ketawa yang gagal ditahan. Itu kena la tanya tuan puteri sendiri. Mak Jah kenyit mata kepada Zaza dan Zara. Kedua-dua gadis berkenaan menggoncang tangan Siti. Tuan puteri, tolong la beritahu patik berdua gerangan putera itu. Tolonglah katakan tuan puteri. Siti ketawa. Enggak ada putera. Pak supir, ya ada. Namanya Mas Salim. Apa nona manis berdua mahu berkenalan sama Mas Salim? Bisa aja dong! Siti mengenyitkan mata. Mak Jah ketawa besar. Apa, pak supir?! Suara Zaza dan Zara serentak bergema. Dan bilik Mak Jah sekali lagi digamatkan dengan ketawa ketiga-tiga gadis berkenaan. Ketawa Mak Jah turut sama ikut bergabung.

MAK, kenapa dengan kaki mak? Akhmal Hafiz meluru menuruni tangga saat melihat ibunya yang baru melangkah masuk berjalan dengan kaki yang sedikit terhincut-hincut. Salim yang berada di belakang dilihat memegang telekung yang disangkutkan pada lengan sambil tangan kanannya memegang lengan kanan ibunya. Salim lantas menceritakan apa yang telah terjadi di masjid tadi kepada Akhmal. Akhmal memegang lengan kiri ibunya lalu

38

April Snow

perlahan-lahan tubuh tua ibunya didudukkan di sofa ruang tamu. Salim diminta memanggil Mak Cik Azizah, pembantu rumah berkenaan di dapur. Langkah pemandu peribadinya itu panjang dan laju sahaja menuju ke arah ruang dapur. Akhmal melabuhkan duduk di sebelah ibunya sambil tangan mengurut-urut kedua-dua kaki ibunya. Puan Aishah menarik nafas perlahan. Mak okey dah Mal, janganlah risau sangat. Sekejap je rasa kejang ni. Nanti-nanti baik la dia. Akhmal menggelengkan kepala. Sudah acap kali dia meminta ibunya itu agar solat sahaja di rumah kerana kesihatan ibunya itu ada kalanya tidak menentu. Tetapi ibunya tetap juga mahu solat berjemaah di masjid. Kata ibunya itu, masjid yang sudah berdekatan dengan kawasan rumah bukankah elok diimarahkan? Lagipun kata ibunya, solat berjemaah di masjid bukankah dua puluh tujuh kali ganda pahalanya berbanding solat sendirian di rumah? Ibunya kalau sudah buka kitab, Akhmal kena angkat bendera putihlah jawabnya. Salim dilihat datang bersama Mak Cik Azizah. Sebotol minyak urut turut berada dalam pegangan tangan Mak Cik Azizah. Salim kata kaki akak kejang tadi. Sakit lagi, kak? Mak Cik Azizah sudah bersila di lantai sambil tangannya sudah singgah di betis Puan Aishah. Akhmal segera mengalihkan tangannya. Dia tahu Mak Cik Azizah memang handal mengurut. Sikit je, Zah. Salim ni je yang berlebih-lebih. Puan Aishah memandang Salim yang tersengih sebelum mengalihkan pandangannya kepada Akhmal di sebelah. Eh, tadi teruk apa, puan. Terduduk puan kat

39

Nasi Lemak Buah Bidara

tangga masjid tu. Nasib baik ada budak Siti tu tadi. Cepat jugak dia bertindak. Kalau tak, tak tau jugak apa jadi kat puan tadi. Siti? Akhmal pandang Salim sambil angkat kening. Dilihatnya Salim tayang senyum lebar. Isy, dia ni! Siapa Siti, mak? Akhmal alih pandangan ke wajah ibunya yang sedang tunduk melihat Mak Cik Azizah mengurut betis dan pergelangan kakinya. Wajah Akhmal ditoleh sekilas sebelum melemparkan sebuah senyuman. Bahu Akhmal ditepuk perlahan. Senyuman dihalakan pula kepada Salim yang masih berdiri di hadapan. Bidadari masjid, tuan. Cun gila! Salim angkat kedua-dua ibu jari ke atas dan dihalakan kepada Akhmal. Puan Aishah ketawa mendengar kata-kata Salim. Dahi Akhmal berkerut mendengar kata-kata yang dilafazkan oleh pemandunya itu. Bidadari masjid?

40

April Snow

Bab 5
Allah menentukan pemberian rahmat-Nya itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar. (Al-i-Imraan: 74)

Te r k o c o h - k o c o h Siti melangkah menaiki tangga. Tangan menyingsing kain batik yang tersarung bagi mempercepatkan lagi langkahnya. Pintu bilik Zurene yang sudah ternganga didekati. Air liur yang bagai tersangkut di kerongkong gagah ditelan. Tubuh yang bersarung T-shirt putih sendat tanpa lengan yang dipadankan dengan skirt lurus hitam paras lutut itu dipandang. Mata mereka bertembung. Siti lihat ada lahar pada pandangan itu. Dia gerun. Dia kecut perut. Hei, kau pergi mana ha? Zurene merapati Siti yang tegak berdiri di hadapan pintu. Jari telunjuknya singgah di dahi licin Siti.

ITI...!!!

41

Nasi Lemak Buah Bidara

Siti telan air liur. Mata Zurene yang tajam menikam cukup menggerunkan Siti. Sa... saya ada di belakang jemur baju, Cik Zurene. Jelingan Zurene menyambut jawapan yang diberikan Siti. Mana skarf yang aku suruh kau iron semalam? Mana dia??? Zurene bercekak pinggang sambil memandang tajam ke arah Siti. Sakit hatinya melihat ketenangan pada wajah cantik di hadapannya itu. Biarpun cuma berbaju kurung pendek yang lusuh dan berkain batik buruk serta wajah yang bersih tanpa secalit warna yang menyentuh kulit mulusnya, kecantikan gadis itu tetap terserlah. Zurene gigit bibir. Irinya makin membara. Siti kerut dahi. Dia amat pasti skarf yang dicari oleh anak majikannya ini memang diletakkan di tempat yang diarahkan. Saya dah gantungkan dalam almari, Cik Zurene. Zurene mendengus sambil memejamkan matanya seketika. Wajah Siti yang menundukkan kepala ditenung tajam. Kau nikan memang sengaja cari pasal dengan aku, kan...? Zurene mendengus kuat. Bibir digigit. Geram. Siapa suruh kau gantung skarf tu dalam almari? Ada aku suruh? Siti telan air liur mendengar herdikan Zurene. Dadanya berombak kencang. Nafasnya turun naik tidak tentu hala. Mindanya cuba memutar semula peristiwa semalam. Dia memang pasti Zurene ada mengarahkannya menyimpan skarf berkenaan di dalam almarinya apabila siap diseterika. Dia tidak salah mendengar. Setiap arahan Zurene tertulis di minda dan disimpan terus di dalam pangkalan data kepalanya. Siti angkat wajahnya perlahan-lahan. Matanya memandang wajah Zurene yang memandang penuh benci.

42

April Snow

Hati semakin berdebar-debar. Dia tahu, pasti Zurene mahu mengenakannya lagi. Ya Allah, lindungi hambaMu ini.... Tapi semalam Cik Zurene kata Siti tidak sempat menghabiskan kata-katanya bila tapak tangan Zurene keras menghentam kepalanya. Sakit. Sedikit bergoyang tubuh kurus Siti. Siti bertahan dengan bersandar di pintu. Dia beristighfar dalam hati. Aku kata apa ha? Cakap! Cakaplah bodoh! Zurene menampar lengan Siti. Kuat. Siti hanya membatu. Kepalanya ditundukkan memandang kaki. Kau jangan pandai-pandai nak reka cerita. Dasar budak kampung penipu. Big liar! Jeritan Zurene yang bergema menyebabkan Zaza dan Zara yang berada di dalam bilik sebelah dan bilik hujung membuka pintu bilik mereka. Kedua-dua kembar itu menggelengkan kepala. Langkah diatur memasuki bilik Zurene. Zaza pandang wajah sayu Siti yang hanya tertunduk di pintu. Dia berasa kasihan kepada gadis pembantu rumah yang sudah dianggap seperti kakak sendiri. Zara mengambil tempat di sebelah Siti. Bahu Siti diusap lembut. Sudah-sudah la tu, kak. Benda kecik pun nak bising. Pakai je la skarf yang lain, habis cerita. Melambak skarf akak dalam almari tu pun, kan? Mata Zurene membuntang memandang wajah selamba Zara yang berdiri di sebelah Siti. Hatinya tambah sakit melihat kedua-dua adiknya itu bagaikan cuba memenangkan Siti. Rasa bencinya semakin meluap-luap kepada Siti. Tak guna!

43

Nasi Lemak Buah Bidara

Hey, you two mind your own business! Jangan nak sibuk masuk campur hal orang. Zurene melontar jelingan tajam. Zaza dan Zara mencebik serentak. Menyampah dengan perangai Zurene yang keterlaluan itu. Biadab! Tapi masalahnya suara Kak Zurene yang tak sedap tu mengganggu sistem pendengaran kami. Terbantut mimpi kita orang. Kan Zara? Zurene ketap bibir. Wajah Siti yang cuba menyimpul senyum tertangkap oleh pandangannya. Zurene genggam erat kedua-dua tangan. Kurang ajar! Yup. Betul, betul, betul...! Zara angguk laju sambil memandang selamba renungan tajam Zurene. Langsung tidak terkesan. Orang nak rehatlah cuti-cuti ni, kak. Please think about others okay. Dont be selfish la sis! Zurene hala telunjuk kepada kedua-dua adik kembarnya. Sakit hatinya sukar diucapkan saat ini. Mahu sahaja ditampar bibir mungil kedua-duanya. Watch your mouth, Zaza Zara. Kurang ajar ye korang sekarang. Ni sebab banyak sangat habiskan masa dengan budak kampung tak guna ni la. Siti terus menundukkan muka. Jantungnya berlari laju. Dia jadi takut melihat perang mulut ketiga-tiga beradik itu. Dan ia pula berpunca daripada dirinya. Takde kena-mengena dengan Kak Siti ni la. Kak Zurene tu yang kena kawal mulut sikit. Tak malu ke pagi-pagi menjerit-jerit macam ni? Kalau tak malu pada diri sendiri, malulah untuk papa dan mama. Kesian papa dan mama. Jari telunjuk Zurene makin lurus menuding kepada Zaza dan Zara. Tajam pandangan Zurene kepada kedua-dua adiknya itu. Nafasnya turun naik. Sakit hatinya dipersenda

44

April Snow

dan dimalukan di hadapan Siti. Dia tidak boleh menerima penghinaan ini. Memang kurang ajar, kan korang sekarang ni? Tak hormat aku langsung! Sudah. Out of my room. Now!!! Pergi. Menyampah aku tengok muka korang semua. Pergi!!! Jeritan Zurene mengundang langkah Datin Junainah yang baru keluar dari bilik. Zurene didekati. Belakang tubuh Zurene diusap lembut. Zaza dan Zara mempamerkan riak selamba di hadapan mama mereka. Kenapa ni, sayang? Pagi-pagi mama dah dengar bising-bising. Zurene lepas nafas dalam-dalam. Hatinya sakit dengan kata-kata Zaza dan Zara. Ala ma, biasalah kakak ni. Kalau tak mengamuk sehari, tak sah. Boring betul! Jaga mulut kau, Zaza! Zurene jegil mata kepada Zaza. Tangannya ringan sahaja mahu menampar mulut Zaza yang celopar. Langsung tidak menghormati dirinya sebagai kakak. Datin Junainah pandang Zaza sebelum beralih kepada Zara. Renungan tajam dihadiahkan kepada Siti yang terus menundukkan wajah. Hati kecilnya pasti, ini tentunya ada kaitan dengan gadis itu. Benci betul dia memandang wajah tenang itu. Zaza, kenapa cakap macam tu pada kakak? Tak baik, kan? Mama tak ajar anak mama kurang ajar, kan? Say sorry to kakak. Zara too, dear. Zurene senyum kemenangan. Serve you right! Zaza dan Zara saling berpandangan. Dilepaskan keluhan tidak puas hati. Tapi ma. Datin Junainah geleng kepala melihat wajah

45

Nasi Lemak Buah Bidara

cemberut Zaza dan Zara. Matanya merenung tajam kepada Siti yang masih tercegat. Yang kau tercegat lagi kat sini kenapa? Cepat turun! Banyak kerja lagi kat bawah tu. Jelingan tajam Datin Junainah menikam wajah Siti. Siti terkejut sebelum menundukkan diri. Kata-kata maaf diberikan kepada Zurene tetapi gadis itu memalingkan wajah ke arah lain. Siti melangkah laju ke arah anak tangga. Zaza dan Zara saling memandang sebelum pandangan redup mereka jatuh pada wajah jernih Siti. Melaut rasa simpati mereka kepada gadis itu. Zaza mahupun Zara masih tidak faham hingga kini kenapa mama mereka tidak boleh melayan Siti dengan baik. Seperti layanannya kepada Mak Jah dan Pak Salleh.

KELUAR jalan-jalan? Zaza dan Zara serentak menganggukkan kepala. Tak nak la. Akak takut. Nanti Datuk dengan Datin tahu, habis akak. Kalau Cik Zurene pun tahu, mati akak Zaza, Zara. Siti geleng kepala. Dia tidak berani. Zara dan Zaza mendengus kecil. Tangan Siti yang sedang melipat pakaian yang dilonggokkan di atas katil dicapai. Tiga pasang mata saling memandang. Papa dan mama pergi overseas esok la, Kak Siti. Kak Zurene pun ikut. Lima hari ke Paris. Overseas? Paris? Lima hari? Zaza dan Zara tebar senyum lebar sambil kenyit mata.

46

April Snow

Tapi kenapa Zaza dan Zara tak ikut sama? Kan ke sekarang tengah cuti semester? Zaza sandar tubuh pada dinding. Tangan mencapai sehelai jean yang berada dalam longgokan kain yang mahu dilipat oleh Siti. Papa ikut rombongan misi pelaburan dan perdagangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan kerjasama MATRADE. Kira ni urusan rasmi. Sebab tu Kak Zurene pun ikut sama. Papa nak dia belajar. Kan ke nanti Kak Zurene yang akan ambil alih syarikat papa. Mama tu biasa la kan... pengiring setia papa. Zara sudah ketawa mendengar perkataan pengiring yang ditujukan oleh Zaza kepada mama mereka. Tapi Zaza dan Zara tak terkilan ke tak ikut mereka pergi sana? Bolehlah habiskan cuti dengan melancong. Mesti seronok. Boleh tengok negeri orang. Kak Siti ni memang la takde harapan nak pergi tempat-tempat macam tu. Jangan mimpilah dapat pergi. Ala, mana tahu rezeki Kak Siti nanti. Entah-entah bukan setakat Paris, seluruh dunia pun akak dapat pusing. Kalah kita orang tau! Siti ketawa kecil sambil menggelengkan kepala. Mana mungkin! Itu semua takkan mungkin terjadi. Dia kena sedar diri. Hendak ke bandar pun dia tidak mampu kalau tidak dengan ihsan kedua-dua gadis kembar ini, inikan pula ke luar negara. Lucu la Zaza ni! Jadi... boleh, kan kak? Siti pandang wajah kesian Zaza dan Zara. Mahu ketawa dia dengan gelagat selamba kedua-dua kembar ini. Nak ke mana? Zaza dan Zara saling tersenyum. Tahu rancangan mereka memujuk Siti ke bandar akan berjaya.

47

Nasi Lemak Buah Bidara

Ala kak kita jalan-jalan, makan-makan, beli baju baru, beli buku baru... beli novel-novel baru. Nak? Novel baru? Siti teruja. Matanya bercahaya. Novelnovel yang dibelikan oleh kedua-dua gadis itu sudah habis semuanya dibaca. Tentu ini peluang yang baik untuknya mendapatkan novel-novel baru. Siti mahu beli novel penulis kesukaannya, Areila Sahimi. Sejak Zaza hadiahkannya novel yang berjudul Iman Suraya, dia jatuh cinta dengan karya penulis ini. Kemudian bila Zara pula hadiahkan Yes Boss, bertambah-tambah rasa cinta Siti pada karya penulis ini. Kata Zaza dan Zara, Areila Sahimi ada menulis novel terbaharu. Dia mahu dapatkannya. Siti juga mahu mencari novel-novel kayra Areila Sahimi yang terdahulu. Siti mahu kumpul. Mahu buat koleksi. Siti akan guna wang gaji yang diberi oleh Datuk Zainal setiap bulan kepadanya. Dia simpan duit gajinya sejak lebih enam bulan berada di sini. Papa Zaza dan Zara itu baik orangnya. Dia beri Siti tujuh ratus ringgit setiap bulan. Jumlah itu banyak bagi gadis kampung sepertinya. Dan Siti tidak pernah guna wang gajinya itu. Semuanya disimpan di dalam bank. Atas jasa Pak Salleh, Siti dibawa membuka akaun di bank untuk menyimpan semua wang gaji yang diterimanya. Dia tidak perlu beli apa-apa kerana semua di rumah ini sudah lebih daripada cukup buatnya. Dia mahu simpan duit gajinya itu. Jika ada rezeki, dia mahu sambung belajar. Semua itukan perlukan duit, jadi dia perlu ada tabungan sendiri. Siti senyum kepada Zaza dan Zara. Nanti Kak Siti minta izin Mak Jah, ye? Hooray!!! Zaza dan Zara serentak menjerit kegembiraan.

48

April Snow

ALLAH! Errr kakak minta maaf, adik. Kakak tak sengaja. Minta maaf banyak-banyak ye. Siti tunduk sambil mengutip semula buku-buku yang bertaburan di lantai. Budak lelaki yang melanggarnya secara tidak sengaja tadi turut mencangkung sambil memandang Siti. Siti senyum melihat wajah si kecil di hadapan yang tunak merenungnya. Budak lelaki di hadapannya turut senyum. Comelnya! Siti serahkan semua buku cerita yang dikutip tadi ke tangan comel di hadapannya. Mata mereka bertaut. Pipi si comel di hadapannya ini diusap lembut. Adik siapa nama? Ben. Van? Siti kerut dahi. Biar betul! Bukan van la, kakak. Nama saya Ben. Benjamin. Ooo.... Ulas bibir Siti sedikit terbuka. Kepala mengangguk perlahan. Senyuman dilontar. Nama kakak siapa? Siti senyum terus. Siti Nur. Ben boleh panggil Kakak Siti saja. Okey. Ben pergi dulu. Nanti papa cari. Bye Kakak Siti. Ben berlari dengan buku di dalam pelukan menuju ke arah rak-rak buku di sebelah kanan. Siti membalas lambaian Ben. Benjamin.... Comelnya dia!

49

Nasi Lemak Buah Bidara

Bab 6
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: Setiap anak yang lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (Islam; suci bersih). Maka ibu bapanyalah yang bertindak menjadikan ia Yahudi atau Nasrani atau Majusi. (Riwayat Muslim dan Baihaqi) KHMAL memasukkan Visa Signaturenya ke dalam wallet berjenama Hermes. Ben dilihat meluru keluar dari premis MPH lalu berdiri di tengah-tengah laluan memandang ke arah hadapan. Kepala Ben dilihat terjengah-jengah bagaikan sedang melihat sesuatu. Langkah Akhmal pantas mendapatkan Ben. Kala berdiri di sebelah Ben, Akhmal cuba memandang sama ke arah yang diperhatikan penuh khusyuk oleh anaknya itu. Tiada apa-apa atau sesiapa yang mungkin dikenalinya berada di hadapan sana. Cuma yang ada hanyalah para pengunjung yang silih berganti melintasi mereka berdua. Akhmal usap lembut kepala Ben. Anaknya itu mendongak memandangnya sebelum kembali

50

April Snow

membawa pandangan matanya ke arah hadapan sana. Ben tengok apa? Ala, kakak cantik yang Ben langgar kat dalam book store tadi tu. Mata Ben masih tunak memandang ke hadapan. Kakak cantik? Akhmal kerut dahi. Bahu Ben ditepuk lembut. Bila? Papa tak nampak pun? Ben tayang senyum comelnya. Masa papa kat shelf yang kat belakang tu, Ben kan kat depan pilih story books. Then masa Ben nak gi tempat papa la Ben langgar kakak cantik tu. Kakak tu baik tau papa. Dia tak marah pun Ben. Dia minta maaf pada Ben, papa. Akhmal angkat kening memandang Ben. Kan Ben yang perlu minta maaf pada kakak tu sebab Ben yang langgar dia. Ben terlupa. Ben tak sengaja, papa. Suara Ben tulus membuat pengakuan. Akhmal geleng kepala. Tu tadi Ben nampak kakak cantik lalu dengan dua orang kakak lain depan book store masa papa tengah bayar. Ben cuba nak kejar dan panggil kakak tu tapi tak dapat. Akhmal menggeleng perlahan. Nak panggil macam mana, Ben bukan tahu nama dia. Ben pantas menggeleng. Tidak setuju dengan katakata papanya itu. Nama kakak cantik tu, Siti. Ben tahu la papa. Dia cakap tadi kat Ben. Siti? Ben pegang tangan Akhmal. Papa, kalau kita jumpa kakak cantik tu lagi, papa tunggu ye, Ben nak minta maaf pada kakak tu.

51

Nasi Lemak Buah Bidara

Akhmal angguk kepala sambil tersenyum. Langkah kedua-dua mereka sudah menaiki eskalator. Hari ini mereka berdua mahu menonton bersama. Sebenarnya sudah acap kali Ben bertanya tentang janji Akhmal mahu membawanya menonton filem tetapi kesibukan Akhmal dengan urusan pejabat sering kali menggagalkan rancangannya mahu membawa Ben menonton. Sudahnya, Ben merajuk. Protes. Tidak mahu berbicara dengannya. Makan bersama juga dia enggan. Pintu bilik pun kebelakangan ini dikunci. Tidak membenarkan Akhmal masuk. Marah sungguh anak tunggalnya itu terhadap Akhmal. Ibunya tidak mahu campur dalam perang dingin Ben dan dirinya. Akhmal buntu mahu memujuk anaknya itu. Dia bukan sengaja. Sungguh! Kelmarin bila dimaklumkan oleh Ashikin yang janji temu Akhmal dan Datuk Zainal juga anaknya Zurene terpaksa ditunda kerana kedua-dua beranak itu terlibat dalam misi pelaburan MITI dan MATRADE ke Perancis, Akhmal bersyukur sangat-sangat. Lalu cepat-cepat dia meminta Ashikin menempah tiket untuknya dan Ben menonton bersama. Senyum setiausahanya itu bila dia menyebut nama filem yang ingin ditonton. Tak kisahlah, janji dia dapat memenuhi janjinya kepada Ben. Paling penting anaknya itu gembira dan seronok.

TENGOK wayang? Cite omputih? Tak naklah akak. Mesti nanti ada yang tak elok ditonton oleh mata. Siti geleng kepala. Zaza dan Zara mengeluh perlahan. Kita tengok cite kartun la kak. Akak tengok la

52

April Snow

nanti, mesti dalam panggung tu penuh dengan budak-budak dan mak bapak dia orang. Percayalah cakap kami. Cite kat panggung tak semestinya tayang benda yang tak elok, kak. Siti tenung wajah Zara dan Zaza. Betul ni? Kedua-dua gadis di hadapannya itu serentak menegakkan tangan hingga paras bahu. Siti senyum sambil angguk kepala, membuatkan kedua-dua gadis itu saling menepuk tapak tangan. Jom kita beli tiket Rio. Tangan Siti ditarik oleh Zaza dan Zara. Siti kerut dahi. Tiket Rio? Tiket apa tu? Zaza dan Zara ketawa. Cite yang kita nak tengok ni tajuk dia Rio la, akak. Dah, jom! Tangan Siti terus diheret oleh langkah laju keduadua gadis kembar tersebut.

ZAZA siku lengan Zara. Zara yang leka menjilat sundae cone memandang Zaza sambil angkat kening. Apsal? Muncung Zaza dihalakan ke arah hadapan. Mata Zara memandang ke arah yang dihalakan muncung Zaza. Zara membesarkan mata sambil menutup mulutnya dengan tapak tangan. Wajah selamba Zaza direnung. Zaza.... Fu... Fuad! Zaza angguk kepala. Bibir digigit. Sakit hati. Marah. Matanya masih kejap memandang ke arah objek yang sedang

53

Nasi Lemak Buah Bidara

mencuri perhatiannya. Fuad sedang berpegangan tangan dengan seorang gadis seksi. Entah apalah perasaan Zurene jikalau mata kakaknya itu yang menyaksikan lakonan memualkan teman lelakinya itu. Zaza genggam tangannya erat-erat. Siot kau, Fuad! Zara ketap mulut. Dadanya sakit dengan apa yang disaksikan di hadapan mata. Zara pantas mengeluarkan kamera Lumix dari beg LV yang disandangnya lalu lensa Lumix dihalakan ke hadapan. Dia mahu merakamkan bukti ini buat tatapan Zurene. Jari-jemari Zara laju menekan punat Lumix kesayangannya. Dia mahu Zurene tahu bahawasanya lelaki yang dipuja-pujanya itu memang tidak boleh dipercayai. Dasar buaya besi! Siti yang berada di sebelah kedua-dua kembar itu sedikit kehairanan. Tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Yang dia nampak wajah Zara yang ternyata sedang marahkan seseorang. Zaza pula kelihatan tenang sahaja. Dia tidak mahu bertanya kerana menyedari mungkin itu urusan peribadi kedua-dua gadis itu. Dia tidak mahu jadi penyibuk. Dia masih ingat pesanan wan, jangan sesekali jadi penyibuk dan masuk campur urusan orang lain. Nanti orang benci!

MATA Ben bagaikan bola saat memandang tiga buah kerusi di hujung sana. Kakak Siti! Papa...! Ben goyang lengan Akhmal di sebelah sambil matanya masih tidak berkelip memandang ke arah kerusi di hujung sebelah kanan. Hmmm.... Akhmal yang sedang menekan iPhone menjawab ringkas.

54

April Snow

Papa, Ben nak gi kat depan sana jumpa kakak cantik tu kejap, boleh? Akhmal toleh memandang Ben. Telunjuk Ben dilihat menghala ke arah tiga buah kerusi di hujung kanan mereka. Ada tiga orang gadis yang duduk di situ. Seorang daripadanya memakai tudung biru dan berbaju kurung. Siapa tu? Ben kenal? Ben angguk kepala. Tu la Kakak Siti. Akhmal memicingkan anak mata. Cuba memfokuskan pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh Ben. Yang mana satu Kakak Siti? Kakak yang pakai tudung biru tu la, papa. Boleh ye, papa. Ben nak minta maaf kat Kakak Siti yang Ben terlupa cakap tadi. Akhmal angguk kepala. Lengan Ben dipegang perlahan untuk keluar dari tempat duduknya. Careful turun tangga, okey. Cepat ye, nanti nak mula, they will switch-off the light. Ben angguk kepala. Okey, papa. Akhmal memerhatikan dari jauh langkah Ben menuruni tangga lalu menghampiri gadis bertudung biru berkenaan. Jelas kelihatan kemesraan kedua-dua mereka bagaikan sudah lama kenal. Akhmal cuba menjengah kepalanya ke kiri dan kanan untuk melihat wajah gadis yang dipanggil Kakak Siti oleh Ben. Malang sekali, dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah gadis itu kerana terselindung oleh beberapa orang penonton yang baru memasuki panggung. Akhmal mendengus kecil.

55

Nasi Lemak Buah Bidara

SITI terasa bahunya dicuit. Dia menoleh. Siti menutup mulutnya. Wajah yang sedang membongkokkan tubuhnya di tepi kerusi Siti sudah tersenyum. Comel! Ben! Buat apa kat sini, sayang? Ben? Zaza dan Zara serentak menoleh ke arah Ben. Siti menerangkan peristiwa di dalam MPH tadi. Zaza dan Zara bersalaman dengan Ben. Keduaduanya sempat mencubit pipi Ben yang comel. Zaza siap bertanya sama ada Ben sudah mempunyai girlfriend ataupun tidak, sebab dia pun belum ada boyfriend lagi. Siti jegilkan matanya kepada Zaza. Zara ketawa kecil sambil kenyit mata kepada Ben. Ben tersenyum simpul. Malu diusik begitu. Sudahnya kesemua mereka ketawa lalu menutup mulut bila menyedari gelagat mereka diperhatikan oleh kalangan penonton yang duduk di kerusi bersebelahan. Ben pun datang tengok Rio dengan papa ye? Ben duduk mana? Ben angguk kepala sambil tangan menuding ke atas. Kelihatan wajah papanya terselindung oleh tubuh penonton yang baru memasuki panggung. Ben mendengus kecil... kecewa tidak dapat menunjukkan kepada Kakak Siti wajah papanya. Siti tidak pasti yang mana satu papa Ben kerana ramai penonton yang baru memasuki panggung. Siti cuba memujuk Ben dengan menyatakan tidak mengapa. Ben nak minta maaf pada kakak. Tadi Ben terlupa. Ben yang langgar kakak, bukan kakak yang langgar Ben. Siti tersenyum.

56

April Snow

Zaza dan Zara tunjuk isyarat bagus kepada Ben. Ben tak sengaja, kan? Kak Siti tak apa-apa pun. Ben jangan rasa bersalah ye? Terima kasih, Kakak Siti. Siti angguk kepala sambil pegang tangan Ben. Erat. Ben gi balik ke kerusi Ben ye. Nanti papa Ben risau. Ada rezeki kita jumpa lagi. Jaga diri baik-baik ye. Kirim salam Kak Siti pada papa Ben. Siti dakap dan cium pipi Ben. Ben membiarkan sahaja, tidak menolak diperlakukan begitu oleh Siti. Dan tanpa disedari dia turut membalas pelukan Kakak Siti. Entah mengapa dia berbuat begitu, dia sendiri tidak tahu. Sedangkan selama ini, dia sukar membiarkan dirinya diperlakukan sebegitu oleh perempuan. Hanya nenek sahaja. Juga Auntie Duha. Akhmal melihat tubuh Ben didakap dan pipi anaknya dicium oleh gadis bertudung biru itu. Dan Akhmal agak terkejut Ben langsung tidak menolak diperlakukan begitu malah membalas pelukan gadis itu. Bukan dia tidak arif perangai anak tunggalnya itu. Ben memang pemilih orangnya. Tidak sewenangnya membiarkan dirinya diperlakukan begitu. Sayang sekali dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah gadis yang begitu mudah sekali mencuri hati anak tunggalnya itu. Dia ingin sekali melihat wajah dan berkenalan dengan gadis itu. Ingin sekali!

BEBOLA mata Siti terpaku pada lukisan di kalendar itu. Ada genangan air pada tubir mata. Satu wajah terus terlayar di minda. Siti pantas seka air matanya. Zaza pandang Zara. Sejurus selepas menonton tadi

57

Nasi Lemak Buah Bidara

mereka kembali semula ke MPH kerana Zaza terlupa membeli majalah kesukaan mama. Dan kala dia dan Zara sedang berada di kaunter bayaran, mereka lihat Siti sedang tunak memandang salah sebuah lukisan pada sebuah kalendar yang dihasilkan oleh seorang pelukis pekak dari MFD (Persekutuan Orang Pekak Malaysia). Kenapa akak? Takde apa-apa. Tengok lukisan ni buat akak terkenang rumah arwah wan di kampung. Rumah buruk kami tapi tetap bagai syurga bagi akak. Akak bahagia di sana. Sangat bahagia. Zara hela nafas. Zaza pandang wajah sayu Siti. Tangan Siti digenggam erat. Mana-mana rumah pun sama, kan kak? Semuanya bagai syurga buat penghuninya. Siti pandang wajah Zaza. Siti pandang wajah Zara. Siti senyum kecil. Tak sama, Zaza... tak sama. Dan tak akan sama sampai bila-bila!

58

April Snow

Bab 7
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. (Riwayat Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Saidd r.a.) ITI duduk penuh takzim di hujung saf belakang sambil bibir perlahan mengalunkan zikir sementara menunggu solat isyak dimulakan. Suara merdu muazin mengalunkan iqamat bergema. Tasbih kayu peninggalan arwah wan diletakkan di hadapan sejadah. Simpuhnya dikemaskan. Tumpuan diberikan pada laungan dan pujian-pujian yang dilafazkan kepada Yang Esa. Tiba-tiba terasa bahunya dicuit perlahan. Siti menoleh. Senyuman manis dihulur menyambut salam dan senyuman yang dihadiahkan kepadanya oleh insan

59

Nasi Lemak Buah Bidara

di sebelah. Tangan Puan Aishah dicapai dan dikucup. Tubuhnya diraih lantas dipeluk. Erat. Kedua-duanya sudah berdiri. Rapat di dalam saf. Suara imam memulakan solat bergema dan takbir dialun serentak. Tangan meraup wajah, penutup tertib bagi doa yang dibacakan oleh imam. Stoking putih dibuka dan dilipat kemas. Sejadah baldu merah jambu turut dilipat kemas. Saat menoleh ke sebelah, mata Siti bertembung dengan wajah Puan Aishah yang sedang memandangnya tidak berkelip. Siti tersenyum kecil biarpun dalam hati sedikit hairan kenapa wajahnya ditenung begitu. Mak cik cari Siti masa solat maghrib tadi, tapi tak nampak pulak, bicara Puan Aishah perlahan. Tidak mahu mengganggu jemaah lain walaupun ada yang sudah beransur meninggalkan masjid. Siti lontar senyum. Tak sempat maghrib kat masjid tadi, mak cik. Saya tolong Mak Jah sediakan makan malam. Ada tetamu Datuk dan Datin akan datang ke rumah malam ni. Kesian pulak biarkan Mak Jah sorang-sorang. Suara Siti bagaikan berbisik. Kepala Puan Aishah mengangguk lembut. Kedua-duanya sudah bangun dan berjalan menghampiri pintu. Siti bersalaman dengan beberapa orang jemaah perempuan yang berpapasan dengannya. Begitu juga dengan Puan Aishah. Siti memimpin tangan Puan Aishah menuruni tangga masjid. Sambil berjalan Siti bertanyakan keadaan kaki Puan Aishah. Siti melafazkan syukur bila mendengar cerita daripada wanita yang sedang dipimpinnya itu bahawa kakinya sudah pulih. Tiada lagi masalah kekejangan yang menyerang. Seperti Siti, Puan Aishah turut memanjatkan rasa

60

April Snow

kesyukuran kepada-Nya atas nikmat kesihatan yang masih dikurniakan kepadanya untuk terus beribadat. Mereka sudah sampai di anak tangga terakhir. Kita berdiri di tepi ni kejap ye, Siti. Mak cik tunggu Salim dan cucu mak cik. Budak bertuah tu nak ikut mak cik solat sama di masjid tadi. Papanya tak dapat ikut. Ada urusan. Siti angguk kepala. Tersenyum. Nenek...! Ben laju menuruni tangga dengan langkah comelnya. Salim mengekori dari belakang sambil menggelengkan kepala melihat telatah anak tunggal majikannya itu. Sepasang baju Melayu biru firus membuatkan Ben nampak begitu comel sekali. Tadinya sewaktu menghantar Akhmal pulang, majikannya itu meminta jasa baik Salim menemani Ben dan ibunya ke masjid kerana dia terpaksa menghadiri jemputan makan malam di rumah rakan perniagaan barunya. Selalunya Ben tidak pernah mahu ikut ke masjid, namun malam ini dia tiba-tiba sahaja mahu mengikut neneknya solat di masjid dan meminta Akhmal ikut serta. Kata Akhmal lagi, sudah acap kali pertemuan mereka ditunda, jadi hendak tak hendak dia terpaksalah memenuhi jemputan malam ini. Salim tidak kisah kerana selama bekerja sebagai pemandu peribadi keluarga majikannya ini, dia dan keluarga dilayan dengan begitu baik oleh Akhmal sekeluarga. Subhanallah. Mata Siti terkasima saat melihat tubuh comel yang sedang berdiri di hadapannya saat ini. Ben?

61

Nasi Lemak Buah Bidara

Siti sedikit terkejut tetapi begitu teruja berjumpa kembali dengan Ben. Wajah comel yang sedang berdiri di sebelah Puan Aishah dipandang terus. Tidak berkelip. Kakak Siti! Ben melompat-lompat keriangan. Tangan Siti digoncang ke kiri dan kanan. Kedua-duanya ketawa namun Benlah yang begitu seronok dan gembira dapat berjumpa lagi dengan Siti. Ketiga-tiganya saling kesemuanya ketawa kecil. mereka. Nenek kenal Kakak Siti jugak? Bila nenek kenal Kakak Siti? Nenek tak cakap pun pada Ben. Bertalu-talu pertanyaan meluncur daripada bibir mungil itu. Ben tala pandangan kepada Puan Aishah. Matanya tulus bercahaya. Puan Aishah geleng kepala dengan gelagat cucu tunggalnya itu. Siti hanya menyimpul senyum saat matanya berlaga dengan pandangan Puan Aishah. Kakak Siti ni kawan baru nenek. Puan Aishah dan Siti saling berbalas senyum. Kakak Siti pun kawan baru Ben jugak la nenek. Kan Kakak Siti? Siti angguk kepala. Ya sayang. Pipi mulus Ben diusap lembut. Ben lantas bercerita dengan penuh teruja kepada Puan Aishah bagaimana pertemuan pertamanya dengan Siti. Mulutnya yang tiba-tiba jadi bagai bertih digoreng itu bersama aksi tangan yang turun naik membuatkan ketiga-tiga mereka yang mendengar ceritanya turut ketawa. berpandangan sebelum

Salim turut tersenyum melihat gelagat ketiga-tiga

62

April Snow

Siti hela nafas perlahan. Bibir mengukir senyuman kepada tiga susuk tubuh yang sedang memfokuskan retina mereka kepadanya. Dia tahu niat ikhlas mereka, tetapi dia berasa segan dihantar begitu. Dia juga takut kalau-kalau terserempak dengan majikannya, lebih-lebih lagi Zurene. Apa salahnya. Marilah balik sama kami, Siti. Salim boleh hantarkan. Siti geleng kepala sambil pegang tangan Puan Aishah. Takpe la mak cik. Saya jalan kaki saja. Dekat pun. Tak payah susah-susah ye. Saya dah biasa pun jalan kaki. Lagipun saya seganlah, mak cik. Ben sudah menggoyangkan tangan Siti sambil menggelengkan kepala. Tidak setuju dengan penolakan Siti. Kakak Siti balik la dengan Ben. Marilah kakak. Marilah.... Puan Aishah terus memujuk. Ben terus merayu. Wajah sayu Ben paling meruntun hati Siti. Tidak sampai hatinya menghampakan hati anak comel itu. Ada semacam satu rasa yang singgah di dalam jiwanya saat menatap wajah tulus di hadapannya ini. Ada kasih yang singgah di jiwanya kala memandang Ben. Siti sendiri tidak tahu mengapa. Tangan Siti membetulkan kedudukan songkok Ben. Senyuman mereka bertaut. Siti angguk kepala. Senyuman manis Ben kembali mekar. Kembang.

LANGKAH Akhmal diatur menjenguk ke bilik Ben. Pintu bilik anaknya itu terbuka sedikit. Akhmal ketuk perlahan pada permukaan pintu. Ben sudah melaung dari dalam.

63

Nasi Lemak Buah Bidara

Silalah masuk, papa. Akhmal mahu ketawa. Formalnya! Ben sedang bersandar di kepala katil. Tangan sedang memegang buku Geng ABCDE Bercuti ke Arau. Buku itu dibeli waktu di MPH tempoh hari. Akhmal masih ingat. Banyak sungguh buku cerita yang dibeli tetapi dia tidak kisah asalkan Ben gembira. Sejak Duha menghadiahkan Lat, The Kampong Boy sewaktu di hospital dahulu, minat membaca Ben bertambah mekar. Setiap kali mereka keluar bersama, pasti Ben akan singgah ke kedai buku dan tentunya akan dibeli sekurang-kurang tiga buah buku cerita. Di dalam bilik Ben ini juga Akhmal sudah membeli sebuah almari buku yang agak besar untuk memudahkan Ben menyimpan koleksi semua buku ceritanya. Akhmal terhutang budi kepada Duha. Sering kali Duha mengirimkan buku cerita baru buat Ben. Menerusi minat baru Ben ini sekurang-kurangnya masa Ben akan terisi. Kebelakangan ini masa mereka bersama begitu terhad. Setiap kali Akhmal balik dari pejabat, Ben sudah dibuai mimpi. Pagi waktu hendak ke pejabat, Ben sudah pun ke sekolah. Kadangkala terselit rasa bersalah di dalam dirinya terhadap anak tunggalnya itu. Ibunya sudah jenuh bercakap. Berbuih mulut ibunya itu menasihatinya. Bicara penuh tersirat Duha dan Taufik sering juga menyerang telinganya. Akhmal tahu. Akhmal maklum maksud mereka itu. Bukan dia tidak mengerti. Tapi.... Papa.... Suara halus Ben mematikan lamunan Akhmal yang sedang duduk di sebelahnya. Wajah tulus Ben yang sedang memandangnya disapa dengan penuh kasih. Kepala anak

64

April Snow

tunggalnya itu diusap perlahan. Kenapa tak tidur lagi ni, Ben? Esok nak bangun pagi. Nanti lewat. Kaki Ben yang sudah siap berselimut ditepuk perlahan. Beberapa kali. Ben tunggu papa. Ben nak beritahu papa something. Akhmal angkat kening. Akhmal senyum. Tell papa something? Ada interesting story from this book ye? Ben menutup Geng ABCDE lalu diletakkan di atas meja kecil di sebelah kanan katil. Wajah mereka saling memandang. Bukan pasal story dalam buku ni. Ben hela nafas perlahan. Silanya dikemaskan agar tubuh kecilnya rapat dengan papanya yang duduk di sebelah. Tadi, kan... Ben jumpa Kakak Siti kat masjid, papa. Mata Ben bercahaya memulakan cerita. Wajah Akhmal yang santai berkemeja-T biru lembut Polo dan Levis 505 Marine Layer yang segak tersarung ditatap oleh Ben dengan pandangan teruja. Kakak Siti? Siapa tu? Dahi Akhmal berkerut sambil minda cuba memproses maklumat yang baru dimasukkan ke pangkalan data. Ala, papa ni. Itu pun papa lupa. Muncung Ben disua sedikit ke hadapan. Sedikit kecewa kerana papanya tidak dapat meneka insan yang disebutkannya tadi. Wajah papanya dilihat sedang cuba mengingati. Ben garu kepala. Papa ni, isy! Kakak Siti tukan kakak cantik yang Ben langgar kat book store hari tu? Then kita jumpa dia masa watch Rio. Dia cium and peluk Ben then suruh kirim salam pada papa. Papa ingat?

65

Nasi Lemak Buah Bidara

Akhmal katup bibir. Jari kanan mengurut pelipis. Cuba mengingati gerangan orang yang disebut oleh anaknya itu. Ben masih menanti. Bibirnya dikatup. Siti... Kakak Siti.... Akhir-akhir ini sering kali telinganya diperdengarkan dengan nama itu. Nama yang harum dipuji. Ibunya menyebut nama itu. Siti. Kata Salim Siti itulah bidadari masjid yang telah membantu ibunya kala kekejangan kaki sewaktu balik dari solat minggu lepas. Kelmarin nama itu meniti di bibir Ben sewaktu mereka keluar menonton filem Rio. Teruja yang amat saat anaknya itu memberitahu pertemuannya dengan insan yang dipanggil Kakak Siti. Dan tadi sewaktu di rumah Datuk Zainal atas jemputan rakan perniagaan barunya itu, Akhmal juga mendengar nama itu sekali lagi disebut. Tetapi kali ini nama itu tidak menggambarkan kegembiraan pada orang yang menyebutnya. Nada suara Zurene, anak gadis Datuk Zainal yang juga Pengarah Pemasaran Zabina Engineering itu seakan tidak suka kala nama itu meniti di bibirnya. Akhmal tidak pasti kenapa tetapi dia dapat melihat seakan ada benci di wajah Zurene bila nama itu disebut. Saat pembantu rumah Datuk Zainal yang dipanggil Mak Jah itu menerangkan bahawa sambal bacang dan gulai nangka bersama daging salai yang dipuji oleh Akhmal dan Datuk Zainal itu disediakan oleh pembantu rumah mereka yang bernama Siti, terdengar kata-kata sinis daripada mulut Zurene yang bunyinya seolah-olah bernada cemburu. Kata Zurene tiada yang istimewanya masakan gadis yang bernama Siti itu. Dia itu gadis kampung bodoh yang tidak tahu apa-apa. Masakannya cuma masakan kelas kampung sahaja. Terdengar Datuk Zainal berdeham. Akhmal

66

April Snow

tahu itu isyarat apa. Dia tidak mahu ikut campur urusan peribadi keluarga itu. Itu bukan urusannya. Cuma yang nyata dan benar bagi Akhmal, dia belum pernah merasa sambal bacang. Maka sambal yang dimakan tadi memang sedap. Sangat sedap. Begitu juga gulai daging salai tersebut. Baginya masakan Siti itu memang istimewa. Mungkin Zurene sahaja yang tidak tahu menikmatinya. Melihat cara Zurene, Akhmal sudah dapat meneka Zurene kategori gadis moden yang pastinya hanya kenal keju dan mentega. Sayang sekali! Akhmal pandang wajah cemberut Ben. Dia senyum lantas mengusap lembut kepala Ben. Papa can still remember her. A young lady with the blue tudung. Am I right? Akhmal angkat kening. Ben tepuk tangan dan melonjak gembira. Akhmal geleng kepala. Ben terus berceloteh. Papa tahu tak, Kakak Siti tukan rupanya kawan baru neneklah. Dia yang tolong nenek masa nenek sakit kaki kat masjid tu. Tadi nenek ajak Kakak Siti naik kereta. Nenek nak hantar Kakak Siti balik. Akhmal senyum. Kakak Siti Ben dan Siti si bidadari masjid ibunya orang yang sama rupanya. Kecilnya dunia! Ben sambung ceritanya lagi. Kakak Siti tak nak tau, papa. Dia kata dia boleh balik jalan kaki. Dia kata dia segan selalu naik kereta nenek. Ben pujuk pun dia tak nak jugak. Tapi bila Ben buat-buat merajuk cepat-cepat dia angguk kepala. Ben ketawa seronok. Akhmal turut ketawa Rumah Kakak Siti duduk tu besar sangat, papa. Bila Ben cakap rumah Kakak Siti besar dan cantik dia cakap

67

Nasi Lemak Buah Bidara

pada Ben tu bukan rumah dia. Dia cuma kerja kat rumah tu. Jadi orang gaji. Akhmal angguk kepala. Dia sudah maklum tentang perkara itu kala diceritakan oleh ibunya tentang si bidadari masjid yang menolongnya minggu lalu. Papa.... Hmmm.... Ada ke orang cantik macam Kakak Siti tu yang jadi orang gaji? Akhmal kerut dahi. Papa tak faham. Ben mengeluh kecil sambil geleng kepala. Kakak Siti tu.... Kenapa dengan Kakak Siti? Kakak Siti tu cantik sangatlah, papa. Nak jadi orang gaji mesti cantik ke papa? Ben tala pandangan kepada Akhmal. Tapi... kenapa Nenek Zah tak cantik macam Kakak Siti pun papa? Akhmal simpul senyum. Ben... Ben. Kakak Siti tu masih muda, mestilah dia cantik. Nenek Zah, kan dah tua. Masa Nenek Zah muda, dia cantik jugak tau! Ben angguk kepala. Wajah polos itu diusap lembut oleh Akhmal. Bahu anaknya itu ditepuk perlahan. Dah lewat ni, Ben tidur okey? Esok nak bangun pagi. Ben angguk kepala. Tubuh kecilnya diengsot ke belakang sebelum berbaring di atas bantal yang sudah dibetulkan letaknya oleh Akhmal. Pipi Akhmal dicium. Good night, papa. Selimut Ben ditarik ke atas oleh Akhmal. Tubuhnya

68

April Snow

ditundukkan sebelum dahi Ben dikucup. Good night, Ben. Sweet dream. Jangan lupa baca Fatihah dan tiga Qul okey? Terdengar sahutan daripada Ben. Suis lampu di hujung kepala katil ditekan oleh Akhmal. Langkah diatur perlahan-lahan meninggalkan bilik berona biru itu. Pintu bilik ditarik perlahan. Kepalanya menoleh kembali merenung wajah comel Ben yang sudah memejamkan mata. Akhmal senyum. Papa sayang Ben!

TUBUH kurus Siti terhenyak ke dinding batu di ruang dapur akibat diasak oleh tujahan tangan Zurene. Mak Jah di sebelah hanya menundukkan kepala. Siapa suruh kau pandai-pandai masak lauk kampung yang bodoh tu ha? Siapa? Siti hanya membatu. Mak Jah pandang wajah bersih Siti sebelum beralih ke arah Zurene yang sedang tajam memanah pandangan kepada Siti. Dalam hati berulang kali dilafaz ucapan istighfar. Memohon moga Siti dilindungi daripada amarah Zurene yang sedang menggila! Cik Zurene, Mak Jah yang salah. Mak Jah yang suruh Siti sediakan dua lauk tu tadi. Maafkan Mak Jah. Siti tak salah apa-apa dalam perkara ni. Zurene lontar jelingan kepada Mak Jah. Mak Jah jangan masuk campur urusan saya. Sedar diri tu sikit! Zurene tekan suaranya. Sakit hatinya bila melihat Mak Jah membela gadis yang amat dibencinya itu. Sukar dilupakan saat melihat dan mendengar rakan perniagaan baru syarikat mereka tadi memuji-muji lauk yang

69

Nasi Lemak Buah Bidara

disediakan oleh Siti. Benci dia mendengarnya. Dadanya rasa mahu pecah. Tambah menyakitkan bila Akhmal, tetamunya itu langsung tidak terjejas suapannya biarpun dia cuba menidakkan pujian tersebut. Papa pun sama sahaja. Juga menyokong pujian Akhmal kepada gadis tolol di hadapannya saat ini. Siti geleng kepala. Dia tidak sanggup melihat Mak Jah dimarahi. Tidak mengapa jika dia yang dimarahi. Dia sudah biasa diperlakukan begitu oleh Zurene dan mamanya. Tak... tak. Bukan salah Mak Jah. Saya yang salah, Cik Zurene. Saya yang nak sediakan. Zurene tuding jari telunjuknya tepat ke dahi Siti. Ditekan telunjuknya di situ. Keras. Sekuat hati. Amarahnya disalurkan sepenuhnya. Bencinya dia menatap wajah di hadapannya ini. Kau ni memang suka memandai-mandai, kan? Kau ingat kau siapa, ha? Dasar budak kampung tak sedar diri! Tubuh Siti tersasar sedikit kala dahinya dituding sekuatnya oleh Zurene. Siti tunduk kepala. Mak Jah yang melihat perlakuan Zurene tidak mampu berbuat apa-apa. Dia rasa bersalah terhadap Siti. Kemarahan Zurene berpunca daripadanya. Zurene pandang kedua-duanya sebelum memandang semula ke wajah Siti. Senyuman sinis terpancar di wajahnya. Ditikam lontaran tajam matanya kepada Siti yang kaku berdiri di hadapan. Ada akal jahat yang sedang berlingkar di kepala. Hei budak kampung bodoh...! Kau memang suka sakitkan hati aku, kan? Siti telan air liur. Kerana kau ni memang degil, maka kau memang harus diajar.

70

April Snow

Mak Jah rasa tidak sedap hati. Pasti ada yang akan dilakukan oleh Zurene terhadap Siti. Dia maklum dengan perangai Zurene yang tidak habis-habis mengenakan Siti. Entah mengapa Zurene sangat membenci Siti sejak gadis itu mula menjejakkan kaki ke banglo ini. Zurene tarik tangan Siti ke hadapan ruang tamu. Pintu utama dibuka. Tubuh kurus Siti ditolak sekuatnya ke tengah halaman. Tersasar gadis itu di tengah halaman lalu gagal mengimbangi tubuh. Wajahnya mencium rumput. Hujan yang baru turun mencurah membasahi bumi turut membasahi tubuh Siti yang berbalut baju kurung kain kapas. Siti bangkit perlahan-lahan. Tangan menyapu wajah yang kebasahan beberapa kali. Tubuh sudah mulai lencun disirami hujan yang menggila. Rasa sejuk mula menjalar ke seluruh badan. Dihalakan pandangan kepada Zurene. Berdiri tegak di tengah hujan tanpa sedikit pun bergerak. Telunjuk Zurene lurus menghala ke arah Siti yang berada di tengah hujan. Kau pergi cuci kereta aku sekarang. Jangan kau masuk dalam rumah ni selagi kau tak selesai. Faham! Suara keras Zurene sedikit tenggelam oleh desiran air hujan yang semakin lebat. Siti angguk kepala. Zurene mendengus kuat sebelum meninggalkan Siti yang sudah basah kuyup. Mak Jah yang melihat kelibat Zurene menaiki tangga menuju ke biliknya terus perlahan-lahan menuju ke pintu utama. Dengan berhati-hati pintu utama dibuka. Mak Jah sebak melihat Siti yang lencun terbongkok-bongkok mencuci BMW hitam milik Zurene dalam hujan yang semakin menggila. Mak Jah mendekati.

71

Nasi Lemak Buah Bidara

Siti...! Mak Jah berteriak sedikit. Siti menoleh ke belakang. Mak Jah menggamitnya. Siti menghampiri Mak Jah. Langkahnya diayun berhati-hati kerana halaman sudah dipenuhi air hujan. Permukaan menjadi sedikit licin. Ada apa, Mak Jah? Suara lembut Siti sedikit tenggelam pada pendengaran Mak Jah. Mak Jah pilu melihat wajah Siti yang lencun. Siti menyapu air hujan yang laju menyerbu ke wajah. Hati Mak Jah menangis. Tidak mampu menolong dan mempertahankan gadis ini tadi di hadapan Zurene. Sudahnya Siti dipaksa berhujan di tengah malam kerana mencuci kereta sebagai balasan denda terhadap kesilapan yang dibuat. Sampai hati Zurene! Mak Jah tolong Siti ye biar cepat siap. Dah lewat ni. Hujan makin lebat ni, nak. Mak Jah sudah mula mahu melangkah. Siti pegang tangan Mak Jah. Siti menggeleng perlahan. Senyuman dihulurkan pada wajah sayu Mak Jah. Siti tahu hati wanita yang sudah dianggap seperti ibu sendiri itu. Mak Jah jangan risau ye. Siti tak apa-apa. Dah nak siap ni. Kejap je lagi. Mak Jah masuk ye, nanti Cik Zurene nampak dia marah Mak Jah. Sekejap lagi ni siaplah. Siti angguk kepala. Mahu meyakinkan Mak Jah. Tidak mahu Mak Jah bimbang dan rasa bersalah. Tapi nak.... Mak Jah belas melihat Siti yang sudah menggigil kesejukan. Bibir gadis itu jelas sudah pucat. Air hujan laju mengalir dari rambut panjangnya yang diikat tocang kuda. Siti pegang tangan Mak Jah. Mak Jah masuk ye. Sejuk ni, nanti Mak Jah sakit. Siti tak apa-apa. Kejap lagi siap la ni.

72

April Snow

Maafkan Mak Jah, Siti. Semua ni salah Mak Jah. Siti geleng kepala. Guruh yang bersuara tiba-tiba membuatkan keduaduanya tersentak seketika. Terkejut. Hati tua Mak Jah makin diburu penyesalan yang tidak berpenghujung. Alangkah baiknya jika dia menyuruh sahaja Siti ke masjid maghrib tadi tanpa perlu membantunya di dapur. Pasti semua ini tidak akan terjadi. Hati Mak Jah merintih kesal. Siti mendongak sedikit ke langit sebelum kembali menghala tatapan kepada Mak Jah. Mak Jah tak salah apa-apa. Siti yang salah. Siti yang nak tolong Mak Jah, kan? Mak Jah masuk ye. Sejuk kat luar ni. Siti angguk kepala kepada Mak Jah. Mak Jah kesat air mata dengan hujung baju Kedah yang tersarung di tubuhnya. Langkah longlai diatur ke arah pintu utama. Siti dilihat sudah kembali ke arah BMW Zurene. Tangan halus itu sudah menarik hos getah yang disambung dari paip air di tepi pagar. Air mata Mak Jah mengalir laju. Maafkan Mak Jah, nak....

73

Nasi Lemak Buah Bidara

Bab 8
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (Al-Baqarah: 157) KHMAL urut pelipis. Nafas dihela perlahan. Wajah Ashikin yang sedang berdiri di hadapan kembali dipandang. Dokumen di tangan dihulurkan kembali kepada pembantu peribadinya itu. Beritahu pengurus projek, saya nak jumpa di bilik mesyuarat. Be there in.... Akhmal toleh Rolex di pergelangan tangan kiri. Thirty minutes. Panggilkan sekali pengurus sumber manusia dan pengurus kewangan. Saya nak tengok human capital feedback and comments on this case. Also the costing forecast on this. Awak hadir sama, Ashikin. Saya mahu awak minitkan mesyuarat ini dan edarkan masa BOD meeting next week.

74

April Snow

Ashikin pantas merekodkan setiap arahan ketuanya itu di dalam notepad yang ada di tangan. Arif dengan cara bekerja Akhmal. Ketuanya ini sangat mementingkan ketepatan waktu dalam tiap-tiap tugasan yang diberi. Tiada istilah akan atau nanti di dalam kamus Akhmal. Selama lapan tahun berkhidmat sebagai pembantu peribadi lelaki berkarisma ini, Ashikin sangat mengenali peribadi bapa tunggal yang seorang ini. Akhmal memang ketua yang baik namun tegas bila bekerja. Ada apa-apa lagi, Encik Akhmal? Akhmal geleng kepala. Thats all. Thanks Ashikin. You may go. Ashikin angguk kepala. Langkah diatur menuju ke pintu. Akhmal teringat sesuatu. Ashikin.... Langkah Ashikin terhenti. Tubuh dipusingkan semula ke arah Akhmal. Yes, Encik Akhmal. Draft proposal for Zabina Engineering Kamal dah hantar? Ashikin angguk kepala. Staf Encik Kamal dah hantar ke pejabat Datuk Zainal pagi tadi, Encik Akhmal. Good. Okay Ashikin, thanks. Ashikin senyum segaris. Baik, Encik Akhmal. Saya keluar dulu. Pintu ditarik perlahan. Mogok pekerja. Masalah begini memang sering kali mengucar-ngacirkan perjalanan sesuatu projek pembinaan. Lebih-lebih lagi kala projek yang terbabit berada pada fasa pertama. Akibatnya nanti projek gagal disiapkan dalam tempoh yang dipersetujui di dalam kontrak. UT Builders akan terpaksa menanggung kerugian jika perkara ini berlaku. Dan

75

Nasi Lemak Buah Bidara

yang paling cuba dielakkan oleh Akhmal ialah UT Builders disaman pelanggan kerana kegagalan mereka. Walaupun rekod UT Builders di bawah terajunya sangat cemerlang sepanjang lapan tahun ini, dia tidak akan sesekali menggadaikan kepercayaan pelanggan hanya dengan bersandarkan pada statistik itu. Dia mahukan kepercayaan penuh daripada pelanggan. Akhmal mahu kepercayaan dan hubungan akrab dengan pelanggannya tidak terjejas hanya kerana gangguan primer sebegini. Dia mahu ia diselesaikan tanpa sebarang pertelingkahan yang hanya akan membawa kerugian kepada kedua-dua pihak. Bagi Akhmal, ini bukan pertama kali dia berhadapan dengan masalah sebegini namun dengan cara dan kaedah yang betul, situasi menang-menang akan selalu berjaya. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Itu prinsip yang diamalkan sejak mula mengambil alih pengurusan UT Builders. Namun kali ini Akhmal memang tidak boleh bertolak ansur. Bila sampai ke tahap mengugut dan mencabar syarikat, dia rasa ada yang tidak kena. Dia mahu mendengar versi pengurus projek sebelum Akhmal sendiri turun ke tapak projek untuk melihat situasi sebenar. Dia mahu berjumpa sendiri dengan para pekerja yang terlibat. Dia mahu mendengar luahan mereka. Dia mahu mendengar rasa tidak puas hati mereka. Dia mahu tahu apa sebenarnya yang mendorong mereka sampai bertindak sebegini. Ketukan di pintu menenggelamkan lamunan Akhmal. Ashikin melangkah masuk bersama beberapa keping dokumen di tangan. All of them are already in Jentayu Room, Encik Akhmal. Akhmal angguk kepala seraya berdiri.

76

April Snow

Ashikin hulur dokumen yang dipegang kepada Akhmal. The copy of the draft proposal. FYI. Dokumen bertukar tangan. Akhmal memandang sekilas sebelum meletakkannya di atas meja. Thanks Ashikin. Akhmal capai fail berwarna kelabu di sebelah yang tertera, The Arc-First Phase. Langkah dibawa melepasi pintu bilik. Let start our meeting. Akhmal senyum kepada pembantu peribadinya itu sebelum memberi laluan kepada Ashikin untuk melangkah dahulu dan dia mengikut dari belakang.

ZURENE melepasi meja Dina Azra, setiausaha eksekutif Datuk Zainal. Tanpa bertanya jauh sekali meminta kebenaran Dina, Zurene mengetuk pintu bilik sebelum memulas tombol pintu dan belum sempat Dina menahan, Zurene sudah meloloskan tubuhnya ke dalam. Papa.... Dina turut masuk. Maaf Datuk, saya tak sempat beritahu.... Datuk Zainal yang sedikit tersentak dengan kehadiran Zurene dan Dina yang tiba-tiba sahaja masuk ke dalam biliknya, mengangkat tangan kanan seraya mengangguk perlahan kepada Dina. Dia amat maklum akan perangai puteri sulungnya itu. Zurene hanya mempamerkan riak selamba. Dina memohon maaf sekali lagi sebelum keluar dari bilik berkenaan.

77

Nasi Lemak Buah Bidara

Datuk Zainal melata pandangan pada wajah yang sedang berdiri di hadapannya. Have a seat, Zurene. Zurene tarik kerusi baldu hitam di hadapannya. Tubuhnya yang bersalut skirt paras lutut rona kelabu sedondon dengan jaket yang dibuka butangnya menampakkan T-shirt ketat tanpa lengan berwarna putih yang tersarung di dalamnya. Zurene melabuhkan duduknya di atas kerusi baldu. Rambut lurus berombak separas bahu dengan nuansa blush mahogany itu dibiarkan lepas. Sehelai skarf linen abstrak ungu muda terikat kemas di leher. Datuk Zainal akui Zurene memang pandai bergaya. Sama seperti mamanya. Kedua-dua beranak itu memang penggila fesyen! Papa, are you okay? You look pale. Datuk Zainal hela nafas perlahan. Kepala yang tersandar pada leher kerusi ditundukkan sedikit. Jari memegang pangkal hidung dan diurut perlahan. Mata dipejamkan seketika. Pertanyaan Zurene dibiarkan tanpa disambut. Kebelakangan ini jadualnya memang padat. Langkahnya bukan setakat di sini sahaja malahan melangkaui sempadan benua dan negara. Semuanya demi Zabina Engineering. Peluang yang diberikan oleh MITI dan MATRADE bukan sewenangnya diperoleh. Hanya syarikat yang berwibawa sahaja yang akan tersenarai pendek dan terpilih. Profil dan repertoire projek-projek kendalian Zabina Engineering yang cemerlang ialah kunci kepada pemilihan ini dan tidak mungkin akan disia-siakan begitu sahaja. Sukar untuknya tidak menghadirkan diri atas semua urusan berkenaan memandangkan ia diatur demi kepentingan dan masa depan Zabina Engineering. Bukan senang untuk dapat peluang keemasan seperti ini. Tawaran

78

April Snow

dan jemputan daripada MITI dan MATRADE bagaikan dulang emas yang diletak ke riba. Pulang dari Paris mengikuti rombongan MITI, mereka dibawa pula ke Turki dan Jordan atas tiket yang sama sebelum berakhir di Abu Dhabi. Di Abu Dhabi dia dipertemukan dengan beberapa orang rakan niaga dari sana yang berminat melabur dan menjalin kerjasama perniagaan dengan Zabina Engineering. Papa? Zurene bangun mendekati Datuk Zainal. Tangan kanannya dilekap ke dahi papanya. Sedikit panas. Zurene pandang wajah Datuk Zainal yang masih terpejam matanya. Papa demam ni. Nak Zurene bawakan ke klinik? Senyuman kecil tersungging di bibir Datuk Zainal. Perlahan-lahan kelopak mata dilonggarkan bukaannya. Wajah risau Zurene terhidang di hadapan mata. Papa okey... cuma penat sikit. A good rest is enough for me. Thats all I need right now. Zurene mengeluh perlahan. Papa selalu macam tu. Just take thing easily. You need to see a doctor, papa. Tangan Zurene dielus perlahan. Senyuman masih lekat di bibir. Papa okay. Dont worry. Zurene geleng kepala. So, what brings you here? Anything that I should know? Datuk Zainal cuba mengalih tumpuan anaknya itu. Zurene berjalan ke arah jendela. Menyelak vertical blind yang menebari pandangan. Dari tingkat tiga puluh Zabina Tower, kelihatan sayup kenderaan di bawah yang sedang bergerak. Mata dihalakan pada aras mata dan dapat dilihat menara berkembar milik syarikat gergasi minyak negara. Langkah kembali diatur ke arah kerusi yang diduduki. Dari ekor mata dia dapat melihat gerak-gerinya diperhatikan oleh Datuk Zainal.

79

Nasi Lemak Buah Bidara

Papa dah tengok draft proposal dari UT Builders? Wajah Zurene direnung. Any comments? Well.... Zurene angguk kepala. His idea is very brilliant. Ive to admit that. The concept that he proposed is a new brand to the market... interesting. Fresh idea. Technology park is a new development area. Such a unique concept. What has been proposed by UT Builders is remarkable. The only matters is.... Zurene tarik hidungnya perlahan. Mata memandang wajah Datuk Zainal yang sedang menunggu bicara selanjutnya. The costing. Too high. It will effect our profit margin. Datuk Zainal angguk kepala. Zurene diakui semakin cekap sekarang. Dia boleh berlapang dada kini. So, what is your recommendation then? We need to discuss with Akhmal on this, papa. We have range of suppliers on the materials with good price. I do not think we have a problem on this. You set the time to meet up with him on this. I guess both of you should be fine without my presence. Papa has full confident on you to handle this project. Akhmal is a very brilliant planner. You shall gain priceless knowledge when dealing with him, dear. Senyuman lebar terhias di bibir Zurene, bertindih dengan senyuman Datuk Zainal. Thanks papa. You can count on me.

KENAPA kakak tak pergi klinik ni?

80

April Snow

Siti senyum sambil menala sekilas matanya kepada Zaza. Tangannya pantas mengelap Pyrex yang baru dicuci. Kaki melangkah ke arah kabinet. Pintu dibuka sebelum semua Pyrex yang sudah siap dilap dimasukkan dengan berhati-hati ke dalamnya. Zaza pandang Zara yang sedang duduk di meja empat segi di tepi kabinet. Kening kedua-duanya saling diangkat. Zara angkat bahu. Tangan mencapai popia di piring di atas meja lalu disumbat rakus ke dalam mulut. Popia goreng yang dibuat oleh Siti sebentar tadi. Itu yang diberitahu oleh Mak Jah. Sedap. Zara akui Siti memang handal. Suruhlah masak apa sahaja. Tidak pernah mengecewakan. Mungkin Kakak Siti mewarisi kehandalan arwah wan. Yalah, sejak dilahirkan dia dipelihara oleh wan. Pastinya arwah wan turunkan semua ilmunya kepada Kakak Siti. Beruntungnya dia! Puas Mak Jah pujuk masa tu. Tak mahu budak bertuah ni. Tak payah katanya. Tak ada apa-apa. Dia kata makan Panadol sudahlah, nanti baik. Mak Jah yang sedang memotong bawang untuk persediaan makan malam nanti menyampuk. Menurut Mak Jah, Siti diserang demam teruk selepas berhujan tiga malam lepas namun dia tetap menggagahkan diri bangun untuk melakukan rutin dirinya di banglo ini seperti biasa. Walaupun dilarang oleh Mak Jah dan Pak Salleh, dia tetap meneruskan kerja-kerja di rumah seperti biasa. Dia tidak mahu nanti dimarah oleh Datin Junainah dan Zurene. Dia tidak mahu dituduh mengada-ada. Hanya ubat demam yang dibeli oleh Pak Salleh di farmasi dijadikan penawar. Allah Maha Berkuasa dan Penyayang. Dan insan-insan baik seperti Siti diberikan rahmat. Itu kata Mak

81

Nasi Lemak Buah Bidara

Jah. Demam Siti kebah selepas dua hari. Tiada apa-apa yang buruk berlaku ke atas diri gadis itu. Mak Jah bersyukur yang teramat. Doanya moga Allah sentiasa melindungi anak yatim piatu yang mulia hatinya ini. Zaza berdiri di sebelah Siti. Wajah cantik mulus itu ditatap tanpa jemu. Mendengar apa yang terjadi kepada Siti tiga hari lepas buat Zaza bersimpati dan malu kepada Siti. Simpati kerana tergamak kakaknya memperlakukan Siti begitu hanya kerana alasan yang sangat remeh dan tidak masuk akal. Malu kerana Zurene bertindak kepada insan yang tidak berdaya melawan. Zaza minta maaf, Kak Siti. Kami malu. Teruk betul perangai Kak Zurene. Macam orang tak ada akal buat macam tu. Kalau papa ada malam tu, mesti tak berlaku benda ni. Menurut Mak Jah, selepas tetamu mereka pulang, papa dan mama mereka keluar menghadiri jemputan hari jadi teman lama mama dan mereka pulang agak lewat malam itu. Siti atur langkah ke Panasonic kelabu. Pintu dibuka. Tupperware berisi ketam yang sudah dibersihkan pagi tadi dikeluarkannya. Langkah diatur ke singki. Zaza dan Zara hanya memerhatikan sahaja gerakgeri gadis itu. Kepala paip diputar dan penutup Tupperware dibuka. Matanya menghala pada pandangan kedua-dua kembar yang sedang duduk di meja. Kak Siti yang salah hari tu. Memang patut pun kena marah dan didenda. Cik Zurene tak salah apa-apa. Ala, Kak Zurene tu memang suka nak tunjuk kuasa veto veta dia. Menyampah betul! Zara mencebik. Siti geleng kepala. Tak baik cakap macam tu. Cik Zurene, kan kakak

82

April Snow

Zara... Zaza. Sedarah... sedaging. Apa-apa pun Zara dan Zaza kena hormat dia sebagai kakak yang tua. Kak Siti tak apa-apa pun. Dah sihat walafiat pun. Alhamdulillah. Tengok ni. Siti memusing-musing tubuhnya di hadapan Zaza dan Zara. Tersenyum kala melihat Zara mencebik. Ala, Kak Siti tu apa yang Kak Zurene buat takdenya dia kata salah. Betul semuanya. Boringlah akak ni. Tak mencabar sungguh! Zaza muncungkan bibir. Protes. Ye la kakak ni. Cuba bagi aksi ganas sikit... WWF ke. Tak pun sumo ke. Haaa, baru best Kak Zurene kena. Zara angguk kepala. Ibu jarinya diangkat ke atas lalu dihalakan ke arah Zaza. Pecah ketawa kedua-duanya. Siti senyum. Langkah diatur mendekati meja bersama Tupperware yang berisi ketam. Hmmm malam ni kita masak kari ketam, kan Mak Jah. Letak tomato, bendi dengan terung. Sedap! Kalau orang merajuk-rajuk ni kita tak payah bagi makanlah ye Mak Jah, buat buang karan dapur je. Bagi makan kulit ketam je. Kan Mak Jah...? Zaza dan Zara sudah menjerit. Kakakkk!!! Mak Jah menggelengkan kepala.

BEN tongkat dagu dengan kedua-dua tangan sambil duduk di atas tangga. Puan Aishah yang duduk di sofa ruang tamu geleng kepala. Mak Cik Azizah berdiri di kaki tangga sambil urut pelipis. Ben... Ben.... Buntu.

83

Nasi Lemak Buah Bidara

Terdengar bunyi pintu utama dibuka. Tubuh sasa Akhmal yang masih berkemeja lengan panjang namun sudah berlipat lengannya ke paras siku melangkah masuk. Tali leher sudah ditanggalkan dan diriba di lengan kiri manakala tangan kanan membimbit Kenneth Cole. Mata Akhmal jatuh pada tubuh kecil yang sedang duduk menongkat dagu di tangga. Pandangan Akhmal beralih kepada wajah ibunya dan pembantu rumah mereka. Akhmal angkat kepala. Mak Cik Azizah geleng kepala. Akhmal alih kembali pandangan kepada ibunya. Puan Aishah gamit tangan. Langkah Akhmal diatur ke arah Bonzolo Fella Design di tengah ruang tamu. Dilabuhkan duduk di sebelah ibunya. Dia merajuk. Puan Aishah berbisik. Akhmal toleh pandangan kepada Ben yang masih tunak duduk di tangga. Merajuk? Pasal apa mak? Siti. Dahi Akhmal berkerut. Siti? Puan Aishah menghembus nafas panjang. Mati akal dengan telatah cucu tunggalnya ini. Kakak Sitinya dah empat hari tak datang jemaah di masjid. Dia menunggu dari maghrib sampai isyak tiap-tiap hari tapi Kakak Sitinya tu tak muncul-muncul jugak. Akhmal angguk kepala. Baru faham. Kasihan anaknya ini. Dia sendiri tidak mengerti apa istimewanya gadis bernama Siti itu kepada Ben. Dia siap ajak mak pergi rumah majikan Siti tu tadi. Dia tak puas hati. Dia nak pergi jugak cari Kakak Sitinya di

84

April Snow

sana. Mak pun tak tahu nak cakap apa dah, Mal. Puas dah mak pujuk dia. Tak diendahkannya. Sudahnya.... Puan Aishah alih bola mata ke arah Ben. Balik dari masjid terus duduk di tangga tu sampai sekarang. Ajak makan tak nak. Diam dari tadi. Salim pun dimarahkannya sebab tak nak bawak ke rumah Kakak Sitinya. Mak yang larang. Kita tak kenal majikannya. Takkan nak redah masuk rumah orang pulak. Akhmal tepuk perlahan paha kanan ibunya. Kepala diangguk. Langkah diatur menaiki tangga. Akhmal beri isyarat tangan kepada pembantu rumahnya untuk ke dapur. Mak Cik Azizah angguk kepala tanda faham. Akhmal labuh duduknya di sebelah Ben. Turut menongkat dagu. Ben toleh sekilas pada wajah di sebelah sebelum kembali memandang ke hadapan. Nenek kata Kakak Siti dah empat hari tak datang ke masjid. Ben angguk kepala. Mungkin dia tak datang sebab ada urusan. Urusan? Urusan tu apa? Akhmal garu pelipis. Minda rancak menggali jawapan. Urusan tu macam... macam.... Wajah Ben yang tunak memandang direnung. Nafas dihela. Mahu mencari perkataan yang mudah difahami oleh anak tunggalnya ini. Sebab. So, Kakak Siti tu mungkin ada sebab keluarga. Sebab tu dia tak datang ke masjid. Kita tak tahu, kan? Ben dilihat mengerut dahi seketika sebelum perlahan-lahan menganggukkan kepala. Mungkin cuba

85

Nasi Lemak Buah Bidara

memadankan jawapan yang diberikan oleh Akhmal dengan jawapan-jawapan yang ada di pangkalan data di mindanya. Papa.... Ben hala mata kepada Akhmal. Senyum segaris papanya itu dibiarkan sahaja. Tidak rasa mahu disambut. Hatinya sedang gundah. Hatinya tidak enak. Debarnya sudah berhari-hari tetapi dia tidak tahu kenapa. Yang dia tahu ada sesuatu yang menimpa Kakak Sitinya. Itu sebabnya dia tidak muncul-muncul di masjid. Ben perlu buat sesuatu. Dia mesti! Ben rasa... Ben rasa Kakak Siti sakit, papa. Huh? Papa.... Akhmal masih tidak mengalih pandangan daripada wajah Ben. Boleh tak kita pergi rumah Kakak Siti tinggal tu? Ben... Ben rindu Kakak Siti, papa. Akhmal hela nafas panjang. Bahu anaknya itu dipaut erat. Ubun-ubunnya dikucup.

86

April Snow

Bab 9
Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. (Hud: 11)

lekang.

ITI geleng kepala kepada Mak Jah. Senyum masih tersangkut di bibir. Seperti biasa. Tidak pernah

Dah nak hujan tu Mak Jah rasa. Tengok langit tu hitam pekat semacam je. Biar je Pak Salleh hantarkan Siti ke masjid ye? Siti menggeleng lagi. Takpelah, Mak Jah. Siti boleh bawak payung. Sempat ni sampai masjid. Mak Jah usahlah bimbang sangat, insya-Allah. Kita jemaah kat rumah jelah ye. Risau Mak Jah karang tengah jalan dibuatnya dia turun selebat-lebat alam, mahu lencun. Siti tu baru je baik daripada demam. Karang

87

Nasi Lemak Buah Bidara

jadi sebab je demam balik. Tak elok demam berbalik-balik ni. Berangkut awak tu ke hospital nanti. Siti ketawa kecil. Dia faham kerisauan Mak Jah. Memang cuaca malam ini sudah menampakkan tanda bumi akan disirami rahmat hujan. Jika tidak difikirkan janjinya kepada Puan Aishah, mahu sahaja dia berjemaah bersama Mak Jah dan Pak Salleh di rumah malam ini. Bukan senang mereka dapat berjemaah bersama-sama kerana jadual kerja Pak Salleh yang tidak menentu. Semalam waktu di masjid, Puan Aishah ada menyuarakan keinginannya untuk makan pulut panggang yang berintikan serunding kelapa pedas. Katanya setiap kali kalau dia terasa ingin makan, pembantu rumahnya yang dipanggil Azizah akan menyediakannya. Namun menurut Puan Aishah, pembantu rumahnya itu sudah dua hari pulang ke kampung kerana ada kematian saudaranya. Mendengar cerita Puan Aishah, Siti jadi belas lalu tengah hari tadi dia terus sahaja mencantas sepelepah daun pisang di belakang banglo untuk dibuat pembalut pulut panggang yang akan disediakan. Kelapa parut untuk dibuat kerisik yang masih berbaki pagi tadi terus sahaja dibuat serunding. Bukan susah sangat pun kalau nak buat. Siti nak bagi pulut panggang ni pada Mak Cik Aishah, Mak Jah. Kesian dia, Mak Jah. Teringin nak makan. Tak sampai hati Siti nak menghampakan Mak Cik Aishah. Mak Jah geleng kepala. Siti ada menceritakan kepadanya tengah hari tadi akan hasratnya untuk menyediakan kuih tersebut buat Mak Cik Aishahnya itu. Kadangkala Mak Jah rasa Siti ini terlalu baik kepada setiap orang yang dikenalinya. Kadangkala dia khuatir juga jika kebaikan Siti ini menyebabkan dirinya dipergunakan. Mak Jah cepat-cepat istighfar. Memohon kepada Yang Esa

88

April Snow

melindungi Siti dan menjauhkan dirinya daripada sebarang musibah. Gadis ini terlalu baik dan mulia hatinya. Bahu Siti dielus perlahan. Kasihnya kepada anak ini hanya Dia yang Maha Tahu. Hati-hati jalan tu. Balik karang Mak Jah suruh Pak Salleh jemput. Tunggu kat masjid tu sampai Pak Salleh sampai ye? Siti angguk kepala. Tangan Mak Jah diraih dan dikucup. Langkah diatur ke pintu pagar. Pulut panggang dimasukkan kemas di dalam Tupperware jernih empat segi dan bekas itu dimasukkan pula ke dalam beg plastik berwarna merah. Beg plastik merah dibalut kemas lalu dimasukkan ke dalam beg kain berwarna putih yang berisi telekung. Beg diangkat kemas dan disandang ke bahu kanan. Siti pergi dulu, Mak Jah. Assalamualaikum.

BEN kerut dahi. Retinanya bulat memandang susuk tubuh di hadapan. Papa, stop! Tu Kakak Siti! Telunjuk Ben lurus menghala ke arah susuk tubuh di hadapan. Susuk tubuh gadis berbaju kurung warna kuning air berbunga kecil warna coklat dan bertudung putih. Payung di tangan kemas memayungi tubuh daripada renyai. Langkah diatur tertib di bahu jalan. Ben sangat pasti itu Kakak Sitinya. Pasti. Akhmal yang memandu mengecilkan kelopak mata. Retina difokuskan pada objek yang dimaksudkan oleh Ben. Seorang gadis berbaju kurung yang sudah sedikit basah kainnya berjalan sambil berpayung. Di bahunya tersandang beg berwarna putih. Ben pasti ke tu Kakak Siti? Entah-entah orang lain. Ben yang silap pandang.

89

Nasi Lemak Buah Bidara

Ben menggeleng. Tidak setuju dengan kata-kata papanya. Ben kenal tu Kakak Siti. Ben pernah nampak dia pakai baju kurung tu. Kakak Siti memang selalu pakai tudung putih kalau pergi masjid, papa. I am very sure, papa. Akhmal toleh ke arah Ben yang duduk di sebelahnya. Senyum segarisnya dilontar pada wajah yang sudah bercahaya memandang ke hadapan. Papa, bolehkan kita ajak Kakak Siti naik kereta? Kakak Siti mesti nak pergi masjid tu. Boleh tak kita hantar Kakak Siti ke masjid dulu? Ben memandang wajah Akhmal di sebelah. Akhmal senyum sambil mengusap kepala anaknya itu. Boleh. Ben tebar senyum madu. Pinnn!!! Fuhhh! Siti urut dada sambil beristighfar dalam hati. Terkejut. Hon yang dibunyikan dari arah belakang membuatkan langkahnya terhenti. Kepala menoleh memandang ke belakang. Sebuah BMW putih. Siti kerut dahi. Debaran di dada mula menari laju. BMW putih meluncur perlahan mendekatinya. Siti asak tubuh ke tepi bahu jalan. Kepala ligat berfikir. Rasanya dia tidak ambil laluan orang. Dia melangkah di atas bahu jalan... bukan atas jalan raya. Payung dikemaskan pegangan. Renyai hujan makin kasar. Hujung kain kurung diangkat sedikit. Selipar getah yang dipakai mulai lencun. Langkah terus diatur ke hadapan. Siti dapat rasakan kereta di belakang sedang mengekorinya. Dia tidak sedap hati. BMW berhenti di tepi Siti. Enjin tidak dimatikan. Siti nampak cermin tingkap tempat duduk penumpang di hadapan diturunkan. Siti tersasar sedikit di tepi bahu jalan. Dadanya berdebar kencang.

90

April Snow

Doa dipohon agar tiada apa yang berlaku. Dia mahu ke rumah Allah. Moga perjalanannya tidak ditimpa musibah. Wajah Puan Aishah tergambar di ruang mata. Kakak Siti!!! Siti angkat muka payung sedikit. Suara halus itu begitu sinonim di telinga. Sangat biasa didengar. Ben! Mata mereka berlaga. Memang si comel itu yang memanggilnya. Dada Siti lapang. Debar tadinya sudah surut. Syukur. Dia sudah berkira-kira tadi mahu lari sekuat hati saat kereta itu merapati lantas berhenti di sebelahnya. Siti memang takut. Takut kalau kereta itu milik penjahat ke, perompak ke atau... perogol. Nauzubillah. Siti mohon dijauhkan dirinya daripada semua itu. Senyuman si comel yang berada di dalam kereta sudah lebar. Manis. Tangan halusnya menggamit sambil kepala dianggukkan. Isyarat kepada Siti agar merapati cermin tingkap. Siti nampak bayang seseorang tetapi tidak begitu jelas wajahnya di tempat duduk pemandu. Kepala Siti tetap dianggukkan tanda hormat. Kakak Siti nak pergi masjid ye? Siti yang masih berdiri menganggukkan kepala. Tempias hujan sedikit mengenai pipi dan hidung Ben. Siti pantas menyapu dengan hujung jari. Ben terus capai tangan Siti. Marilah naik. Ben hantar Kakak Siti ye. Siti senyum. Melihat pakaian Ben yang tidak menyarung baju Melayu seperti selalu Siti dapat mengagak destinasi Ben bukanlah ke arah yang sama dengannya. Kelmarin sewaktu berjumpa Ben di masjid, si comel enam tahun ini segak berbaju Melayu teluk belanga merah

91

Nasi Lemak Buah Bidara

bata. Sangat kena dengan kulitnya yang putih kuning. Nampak sahaja kelibat Siti, Ben sudah meluru lantas memeluknya erat. Becok mulutnya bertanya kenapa Siti sudah lama tidak datang ke masjid. Menurut Puan Aishah, sepanjang lima hari Siti tidak ke masjid, Ben jadi penunggu setia di tangga masjid. Menanti kedatangannya. Sampai satu tahap dia mahu ke banglo majikan Siti. Katanya dia dapat rasa Siti sakit. Kata Puan Aishah lagi nasib baiklah papa Ben tahu cara memujuknya. Jika tidak parah juga. Ben rindukan Siti. Itu kata Ben kepada semua orang di dalam rumah. Sayunya hati Siti mendengarnya. Ben bagai boleh merasakan keadaan dirinya. Memang Siti tidak sihat, mak cik. Siti demam. Hanya suara dalam hati yang berkata. Takpelah, Ben. Terima kasih ye. Dah dekat ni, Kakak Siti boleh jalan kaki. Siti senyum. Lembut suaranya dilantun. Ben terus merayu. Suaranya sudah bertukar rentak. Sayu. Siti serba salah. Pakaiannya sudah sedikit basah. Nanti merosakkan tempat duduk kereta mewah itu pula kalau dia terima pelawaan Ben. Sudahlah selipar jepun pun basah kuyup. Isy.... Ben ni mesti nak pergi tempat lain, kan? Nanti lambat pulak. Kakak Siti jalan kaki je. Masjid dekat je kat depan tu. Nanti lain kali kakak naik kereta Ben ye! Ala kakak. Jom la naik. Kakak.... Ben tidak putus asa. Tangan Siti terus digoyangkan. Hujan makin lebat. Marilah naik. Kami hantarkan. Dalam lebat hujan, suara garau yang terbit dari dalam kereta mengejutkan Siti. Tubuh dibongkokkan sedikit. Mata Siti singgah pada satu wajah di belakang Ben. Siti telan air liur. Wajah itu senyum. Pandangan mata mereka bertaut.

92

April Snow

Marilah naik. Kami hantarkan. Lebat hujan ni. Errr tak... takpe la encik, terima kasih. Baju saya basah sikit ni. Rosak nanti tempat duduk tu. Siti geleng kepala. Segan. Tak ada apa. Marilah naik. Nanti makin basah baju tu. Marilah naik, Kakak Siti. Ben sudah capai tangan Siti. Siti katup bibir. Payung ditarik lalu punat penutupnya ditekan. Pintu belakang ditarik. Tubuh Siti pantas tenggelam di dalam BMW putih. Siti menyapu wajahnya yang sedikit basah dengan tempias hujan. Kakak Siti... ini papa Ben. Siti senyum kepada Ben yang sedang menoleh ke belakang seraya angguk kepala pada wajah di sebelah Ben. Wajah itu turut tersenyum. Papa, ni la Kakak Siti yang Ben selalu cerita pada papa tu. Cantik, kan Kakak Siti, papa? Siti tunduk. Bibir dikatup. Tangan meramas hujung baju. Akhmal senyum sambil usap kepala Ben. Stereng dipusing. Isyarat diberikan. BMW meluncur ke hadapan. Ben toleh lagi ke belakang. Wajah Siti yang manis tersenyum direnung. Mulutnya rancak bercerita memberitahu yang dia tidak ke masjid malam ini kerana dia dan papanya akan ke rumah Uncle Taufik dan Auntie Duha. Kata Ben, ada majlis kesyukuran di sana. Kata Ben lagi dia mahu jumpa baby baru uncle dan auntienya itu. Akhmal yang memandu hanya menyampuk kala ditanya oleh Ben berkenaan majlis tersebut.

93

Nasi Lemak Buah Bidara

Siti yang duduk di belakang hanya menjadi pendengar perbualan kedua-dua beranak itu. BMW putih yang dipandu oleh Akhmal sudah memasuki pekarangan masjid. Ben kembali menoleh ke belakang. Kita dah sampai masjid, Kakak Siti. Siti angguk kepala. Pipi Ben dielus lembut. Senyuman bertaut antara kedua-duanya. Akhmal toleh ke belakang. Wajah gadis yang dipanggil Kakak Siti oleh Ben jelas kini di pandangan mata. Akhmal akui kata Ben. Gadis ini memang cantik. Sangat cantik. Wajahnya putih bersih. Jernih. Tanpa sebarang palitan warna tiruan yang melata wajah, cantik asli gadis ini diakui memang memukau pandangan mata. Akhmal terleka sebentar menikmati keindahan ciptaan Tuhan di hadapannya ini. Encik... encik.... Papa... papa!!! Suara nyaring Ben menamatkan lamunan Akhmal. Papa ni... kenapa tengok Kakak Siti lama-lama? Papa suka Kakak Siti ye? Akhmal tersipu. Siti hanya menundukkan wajah. Akhmal pandang Ben. Senyuman mereka saling berpadu. Ben tala pandangan pada wajah Siti. Encik.... Mata mereka bersatu. Akhmal senyum. Siti tidak tahu bagaimana mahu bereaksi. Rasa malu dan segan saling bersatu. Terima kasih sebab susahsusah hantar saya. Maaf sebab tempat duduk kereta encik dah basah sebab basah dari baju saya. Maafkan saya.

94

April Snow

Akhmal geleng kepala. Tak apa. Nanti dia kering tu. Siti elus pipi Ben. Senyuman manis si comel mendamaikan jiwanya. Tangan Ben memegang tangan Siti. Erat. Akhmal hanya memerhati apa yang terhidang di hadapan mata. Hatinya terusik dengan apa yang disaksikan matanya. Betapa magis gadis ini. Bukan mudah menawan hati anaknya ini namun gadis ini begitu mudah menakluki hati anak tunggalnya ini. Akhmal kenal Ben. Bukan senang untuk rapat dengannya. Ben sukar didekati. Ben, Kakak Siti pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi. Jaga diri Ben ye. Assalamualaikum. Siti angguk kepala kepada Akhmal. Senyum dilempar kepada Ben. Pintu dibuka. Siti atur langkah ke arah masjid. BMW putih Akhmal masih tercegat di pekarangan masjid. Siti toleh ke belakang. Tangan dilambai kepada Ben sebelum langkah diatur menaiki tangga masjid. Akhmal memerhati hingga tubuh kurus tinggi itu hilang di sebalik ruang masjid. Papa.... Hmmm.... Kakak Siti tu cantik, kan... papa? Akhmal senyum. Kepala diangguk. BMW putih dibawa menghala keluar dari pekarangan masjid.

95

Nasi Lemak Buah Bidara

Bab 10
Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman). (Yusuf: 103) ENUH cermat Siti menarik hos getah warna kuning sepanjang tiga meter itu melintas MB Saloon milik Datin Junainah. Percikan air sudah melimpahi tubuh si perak kesayangan majikannya itu. Tangan halus Siti pantas mencecahkan span yang sudah dilumurkan sedikit Blue Coral ke wajah si perak ini. Berhati-hati gerakan tangan dilakukan. Aliran air dihala pula ke bahagian bawah tubuh si perak. Suasana pagi masih gelap. Hening. Subuh masih berbaki bagi yang terlewat bangun. Siti mendongak. Mata memandang bilik-bilik di tingkat atas. Gelap. Seperti biasa. Nafas dihela dalam-dalam. Tubuh dibongkokkan. Tangan terus menarikan berus di atas tayar si perak yang kaku. Moga-

96

April Snow

moga mereka diberikan hidayah oleh-Nya. Itu doanya saban hari. Siap. Siti angguk kepala ambil tersenyum memandang MB Saloon yang sudah berkilat. Seronok. Mata beralih pada Coupe di sebelah. Coupe yang sering dipandu oleh Pak Salleh untuk menghantar Datuk Zainal ke manamana. Hos getah dihalakan pada wajah Coupe yang mewah. Pancuran air dilepaskan. Atas ke bawah. Hos getah ditarik ke belakang. Pancuran air dihalakan ke bahagian belakang Coupe. Siti capai span dari dalam baldi yang diletakkan di hujung kaki. Kicau burung berlagu di hujung telinga. Sayup. Merdu. Mata menengadah ke langit. Cerah hari mulai membuka tabir. Terlayar di mata kenangan di kampung. Bibir tanpa sedar mengukir senyum. Memori indah yang terpahat di kepala. Terpahat sampai bila-bila. Hingga akhir hayat. Entah bila dia akan dapat kembali semula ke sana. Masihkah ada peluang lagi buatnya? Siti sendiri tidak pasti. Hos ditarik pula ke BMW hitam di sebelah. Hujung kurung kain kapas yang sedikit lusuh sudah lencun. Keadaan biasa untuknya. Seperti aturan tadi percikan air dimulai dari atas ke bawah. Tubuh membongkok saat muncung getah dihala ke arah bawah si hitam milik Zurene. Kena cermat. Kena hati-hati. Kena pastikan bersih. Dan mesti berkilat. Siti takut dimaki lagi. Setakat dimarahi sudah lali. Kebal sudah kedua-dua cuping telinganya tebal bagaikan tunggul kayu. Kelibat Pak Salleh dilihat keluar dari pintu belakang. Langkah lelaki hampir mencecah usia enam puluh tahun itu sedang menuju ke arah Siti. Dari jauh Siti sudah menebarkan senyum. Seperti biasa. Assalamualaikum. Selamat pagi, Pak Salleh.

97

Nasi Lemak Buah Bidara

Pak Salleh angguk kepala kepada Siti. Salam dan ucapan selamat pagi Siti disambut mesra. Pak Salleh renung gadis yang sedang tekun mencuci kereta milik Zurene. Gadis cantik manis ini sering kali buat dia berfikir betapa dia belum setandingnya. Gadis ini terlalu baik orangnya. Rasa kagum akan peribadinya yang tidak pernah langsung tersasar biarpun diperlakukan bagai hamba tebusan di banglo ini. Tidak pernah sekali pun dia melihat atau mendengar gadis ini melawan jauh sekali memberontak setiap kali dirinya dimarahi. Mahu memburukkan majikannya itu jauh sekali. Ulas delimanya itu dikunci mati. Kalau bercakap soal kasihan... belas dan simpati, tidak terhitung rasanya tetapi apalah daya yang dia juga isterinya ada. Mereka juga menumpang di sini. Mereka juga orang luar. Mereka bukan siapa-siapa. Siti.... Siti yang sedang mengemaskan gulungan hos getah di tiang paip terhenti seketika. Wajah dihala kepada Pak Salleh yang sedang membuka pintu pagar. Senyum. Saya, Pak Salleh.... Dah siap? Siti angguk. Dah, Pak Salleh. Gulungan hos getah disangkut pada tiang di tepi paip. Tangan menarik hujung kain kurung yang lencun. Dipulas dengan kedua-dua belah tangan. Titis air yang keluar daripada lipatan kain yang dipulas menitik di atas kaki. Dikibas-kibas hujung kain sebelum dilepaskan. Baldi biru kecil berisi span dan Blue Coral dicapai lalu dijinjing. Selipar getah yang tersarung membawa langkahnya mendekati Pak Salleh. Siti dah sarapan? Senyum ditabur lagi. Kejap lagi, Pak Salleh.

98

April Snow

Pak Salleh mendekati Coupe yang sudah siap dicuci oleh Siti. Pintu dibuka. Alas kaki di tempat pemandu dibawa keluar. Diketuk-ketuk pada tembok batu yang memagari pohonan renek yang menghiasi halaman. Mahu mengeluarkan habuk atau butiran pasir yang mungkin masih melekat. Pergi la sarapan dulu. Karang tak sempat. Siti angguk. Senyum. Yelah, Pak Salleh. Kejap lagi Siti pergi. Ucapan itu sudah acap kali diberi namun gadis ini seperti lazimnya akan hanya mengiakan. Sudahnya sarapan bagi gadis itu akan hanya hadir kala semua penghuni sudah bubar dari rumah. Itu cerita yang disampaikan oleh isterinya. Siti tidak akan sesekali menjamah kalau penghuni yang lain belum selesai. Katanya lagi dia tidak biasa makan kala orang lain belum lagi menjamah. Siti... Siti.... Siti tu selalu sangat lambat-lambatkan waktu makan. Tak elok macam tu. Nanti sakit. Tau tak? Pak Salleh tak kuasa dah nak pergi beli ubat kat farmasi tu. Asyik muka Pak Salleh je. Nanti budak kat farmasi tu ingat Pak Salleh ni ketagih ubat pulak, usik Pak Salleh. Siti dan Pak Salleh ketawa riang. Tirai langsir dikuak. Mata singgah pada dua susuk tubuh di bawah. Bunyi ketawa yang begitu menyesakkan telinga. Bibir dikatup. Rapat. Kuat. Dadanya berombak laju. Mata dikecilkan. Tajam. Sinar matanya menjurus tajam pada wajah yang satu itu. Mata itu. Bibir itu. Senyum itu. Ketawa itu. Genggaman tangan dikepal. Kejap. Dada turun naik menahan rasa sakit yang singgah di hati. Kenangan itu hadir lagi. Terlayar di hadapan mata untuk kesekian kalinya. Benci. Sangat benci. Jun....

99

Nasi Lemak Buah Bidara

Kepala menoleh ke arah pintu bilik air. Senyuman disuluh pada wajah yang berbalut jubah mandi biru. Anything interesting down there? Kepala digeleng. Langkah diatur pada tubuh yang masih segak itu. Kedua-dua belah tangan disilangkan pada pinggang di hadapan. Pandangan wajah saling bertaut. Saja tengok suasana pagi. Feel fresh. Feel young. Mata dikenyit. Hujung hidungnya ditarik perlahan. Ketawa mereka saling bertingkah.

PIRING berisi potongan epal hijau yang baru dibersihkan dibawa ke ruang makan utama. Kelihatan Mak Jah sedang menuangkan teko berisi air kopi ke dalam cawan di hadapan Datuk Zainal dan seperti biasa lelaki berwibawa itu tidak pernah miskin mengucapkan terima kasih bersama senyuman segaris. Diletakkan piring di sebelah Datin Junainah. Siti tahu itu hidangan wajib bagi wanita itu setiap kali dia menghadap sarapan. Rutin. Mata mereka bertembung. Jelingan itu singgah di mata. Kepala ditundukkan. Faham isyarat yang dihantar oleh pandangan itu. Saat wajah diangkat matanya jatuh pula pada wajah di sebelah Datuk Zainal. Tajam. Langkah pantas diatur ke arah dapur. Siti.... Suara Datuk Zainal menghentikan langkahnya sertamerta. Tubuh dipusingkan mengarah ke meja makan utama. Saya, Datuk. Tubuh tercegat mematung. Tangan menggenggam hujung baju kurung yang tersarung di tubuh.

100

April Snow

Saya dengar Pak Salleh kata awak demam teruk. Betul? Siti telan air liur. Nafas rasa tersekat. Matanya singgah pada wajah di sebelah Datuk Zainal. Kerlingan tajam itu menikam. Errr... sikit saja, Datuk. Dah baik. Alhamdulillah. Senyum segaris dipamerkan. Menutup kegugupan yang hadir tanpa diundang. Dada beralun kencang. Janganlah Datuk tanya macam-macam, hati kecil berbisik. Datuk Zainal capai cawan. Sebab apa sampai boleh demam teruk macam tu? Buat kerja teruk sangat ke awak? Dada Siti terus berombak kencang. Wajah di sebelah Datuk Zainal tajam menikam. Riak yang mempamerkan isyarat amaran. Resah makin menghambat. Hujung baju makin kuat digenggam. Errr... errr... salah saya, Datuk. Kena hujan lebat masa balik dari masjid hari tu. Saya lupa bawa payung. Datuk Zainal geleng kepala. Perlahan. Wajah cantik Siti ditatap seketika. Lain kali hati-hati. Kena jaga kesihatan sama. Ingat tu. Siti angguk kepala. Baik, Datuk. Maaf saya menyusahkan Datuk. Saya pergi ke dapur dulu. Langkah pantas diatur. Tubuh dibawa ke arah singki. Tangan mengurut dada. Lega. Nafas sudah mampu tenang untuk dihela. Tidak lagi tersekat seperti tadi. Langkah dibawa ke meja di tepi kabinet. Dilabuhkan duduk di situ. Sebiji mug yang tergantung pada rak kayu dicapai. Tupperware berisi air masak di atas meja dicapai. Dihalakan muncung Tupperware ke arah mulut mug yang sedia ternganga. Dibawa ke bibir. Lafaz bismillah terucap perlahan sebelum dituang isi mug ke dalam mulut. Alhamdulillah.

101

Nasi Lemak Buah Bidara

Hei budak kampung...! Kepala dipusingkan serta-merta. Suara itu cukup dikenali. Hadirnya bagai halilintar. Umpama terkena renjatan elektrik, tubuh terus sahaja tegak. Mematung. Langkah itu menghampiri. Mendekati. Wajah mereka saling bertatapan. Siti telan air liur. Dia nampak bilah-bilah benci pada pandangan itu. Kau ingat ye...! Mata itu bagai buluh runcing yang mahu menikam. Tajam. Kalau papa sampai tau apa cerita sebenar malam tu.... Hujung jari Zurene sudah menghampiri anak mata Siti. Kau nahas! Zurene atur langkah meninggalkan Siti yang mematung. Siti hela nafas dalam-dalam. Berulang kali. Lafaz istighfar bergema dalam hati. Siti raup wajah dengan keduadua tangan. Kelibat Zurene yang sedang menuju ke arah ruang hadapan ditatap dengan pandangan sayu. Tuhan, tolong berikan petunjuk dan hidayahMu kepada dia... kepada mereka.

102

No. ISBN:- 978-967-0448-14-5 Jumlah muka surat:- 672 Harga Runcit:- S/M: RM22, S/S: RM25 Harga Ahli:- S/M: RM18, S/S: RM21 Sinopsis:Pahitnya perjalanan hidup Siti bermula sedari umurnya masih hijau lagi. Sejak kecil dia dipinggirkan, tidak punya teman apatah lagi ahli keluarga. Nenek angkat yang dipanggil wan pula telah pergi menghadap Ilahi sebelum sempat membongkar identiti sebenar ibu dan bapanya. Hanya pesanan wan agar Siti bertanyakan hal tersebut kepada Datin Junainah mampu meleraikan persoalan yang bersarang di benaknya. Namun, tidak semudah itu Siti mendapat jawapannya. Dia dijadikan hamba abdi di rumah Datin Junainah. Benci benar Datin Junainah kepadanya. Kata-kata cacian, herdikan, penghinaan, maki hamun adalah santapan telinganya sehari-hari. Ditambah pula dengan pembulian demi pembulian yang dilakukan oleh Zurene (anak Datin Junainah)

terhadap dirinya. Sabarnya Siti menahan segala penyeksaan tersebut bertunjangkan akidahnya kepada Yang Maha Esa. Siti percaya, dengan kesabaran yang berpanjangan, insya-Allah doanya akan termakbul. Dia akan tahu juga siapa ibu dan bapanya. Akibat tindakan Siti yang keluar dari biliknya semata-mata mahu melihat pernikahan Zurene, Datin Junainah bertindak mengasarinya sekali gus menghalaunya keluar dari banglo mewah yang memayungi hidupnya selama lebih enam bulan di situ. Mujurlah ada insan-insan yang berhati mulia, menerima kehadirannya yang tidak diketahui asal usulnya itu. Di rumah baru, Siti dijadikan pengasuh kepada Ben, anak tunggal Akhmal. Budi pekertinya telah mencuri hati Ben dan neneknya, Puan Aishah. Puan Aishah pantas sahaja jatuh sayang kepada Siti. Dia ingin sekali bermenantukan Siti setelah Akhmal lama menduda akibat kematian isterinya. Mujur sahaja Akhmal dan Siti saling jatuh cinta. Mudah kerja Puan Aishah. Akhmal : Saya mungkin tak pandai nak susun katakata atau merangkai ayat-ayat berbunga. Jauh sekali nak menyulam bahasa berjiwa-jiwa tapi saya nak Siti tahu saya sukakan Siti sejak pertama kali melihat Siti. Saya... sayangkan Siti. Dan... sehingga kini sayang itu makin utuh di hati saya. Saya... harap Siti faham maksud saya. Siti: Saya tak tahu nak cakap apa Encik Akhmal, cuma... saya rasa sangat gembira hari ini. Gembira sekali. Terima kasih kerana sudi terima saya yang entah dari mana asal usulnya ini. Terima kasih kerana sudi menerima saya yang serba kekurangan ini. Terima kasih kerana sudi membuatkan

saya rasa sangat bahagia hari ini. Terima kasih! Dua jiwa saling mengerti bahasa hati masing-masing. Janji diikat. Catatan jodoh yang terpahat di lohmahfuz termeterai penuh adat dan hukum di kanvas hidup keduaduanya namun bahagia itu bukan mudah digenggam. Dugaan hidup itu lumrah. Kisah silam yang masih samar terus mengejar. Siapa sebenar dirinya ini? Siti pasrah. Akhmal tahu cinta itu tidak mudah. Onaknya sukar diramal. Siti tidak akan sesekali dipersia. Janji kepada-Nya tidak akan sesekali dipermain. Jawapan pasti ditemui. Dia pasti. Sangat pasti! Sungguhlah bagai dikata, hidup ini tidak seindah yang disangka rupa-rupanya! Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan NASI LEMAK BUAH BIDARA di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise

No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196