Anda di halaman 1dari 4

Terjemahan

APA ITU Big6?

“Data yang telah diperolehi daripada beribu-ribu pelajar telah


menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang telah diajar bahan-bahan
bacaan bukan fiksyen dan informatif dengan menggunakan pendekatan
Big6 melalui gabungan aktiviti-aktiviti berunsur kreatif, analisis dan
praktikal, adalah lebih berjaya daripada pelajar-pelajar yang diajar dengan
menggunakan kaedah-kaedah alternatif yang lain”

Linda Jarvin, Ph. D, Profesor Madya, Pusat PACE, Universiti Yale.

Big6 telah dihasilkan oleh dua orang pendidik iaitu Mike Eisenberg and Bob Berkowitz. Big6
ialah pendekatan dalam pengajaran ICT yang amat terkenal dan paling kerap digunakan di
seluruh dunia. Big6 adalah sebuah model dan kurikulum bagi pengajaran kemahiran
teknologi dan informasi yang telah diimplementasi oleh beribu-ribu sekolah-K,
institusi pengajian tinggi, dan program-program latihan dewasa dan korporat. Model
menyelesaikan masalah informasi Big6 ini boleh diaplikasikan pada bila-bila masa
kita berdepan dengan penggunaan teknologi maklumat. Sesetengah berpendapat
bahawa Big6 adalah strategi penyelesaian masalah informasi kerana dengan
penggunaan Big6, pelajar-pelajar mampu untuk berhadapan dan menyelesaikan
sebarang masalah, tugasan, dan dalam membuat keputusan. Model Big6 ini
mengintegrasikan kemahiran mengaplikasikan teknologi maklumat dengan
“peralatan-peralatan” teknologi melalui sebuah proses yang sistematik untuk
mencari, mengguna, mengaplikasi dan menilai maklumat untuk tujuan dan tugasan
yang spesifik.

MENGAPA PERLUNYA PENGGUNAAN Big6

Di dalam dunia berinformasi seperti sekarang ini, kita semua mengalami masalah
information overload. Terdapat terlalu banyak maklumat yang terbentang di dunia
maya dan bukannya mudah untuk kita mengikut arus dunia IT ini. Tetapi walaupun
kita dikelilingi dengan maklumat, masalah yang kita hadapi dengan lebihan
maklumat ini adalah kita tidak tahu maklumat yang mana kita perlukan, bila kita
memerlukannya, dan maklumat tersebut dalam bentuk yang kita ingini supaya kita
boleh menggunakan maklumat tersebut dengan cara yang paling berkesan.
Satu cara untuk menyelesaikan masalah ini – cara yang paling kerap digunakan
oleh kebanyakan sekolah, dunia bisnes dan juga masyarakat secara amnya – adalah
dengan cara untuk mempercepatkan proses tersebut. Kita cuba untuk memuatkan
sebanyak mungkin maklumat supaya kita boleh bekerja dengan lebih pantas dan
lebih banyak kerja boleh dilaksanakan. Tetapi, cara ini telah terbukti sebagai kurang
memberangsangkan. Mempercepatkan keadaan hanya berkesan untuk jangka masa
yang pendek. Apa yang perlu dilakukan adalah kita perlu memikirkan cara untuk
mengajar pelajar-pelajar kita supaya belajar secara pintar, bukan secara pantas.
Terdapat satu alternatif untuk belajar secara pantas. Ia adalah suatu cara yang lebih
pintar – cara di mana pelajar-pelajar akan berupaya untuk menghasilkan kemahiran-
kemahiran dan pemahaman yang diperlukan oleh mereka untuk mencari,
memproses dan menggguna maklumat dengan cara yang paling berkesan.
Penyelesaian yang lebih pintar ini memfokuskan kepada proses dan juga isi
kandungan maklumat tersebut. Ia adalah Model Big6.

Selain mentakrifkan Big6 ini sebagai suatu proses, kita juga boleh melihat Big6 ini
sebagai suatu set kemahiran-kemahiran hidup asas yang sangat diperlukan oleh
para pelajar kita. Kemahiran-kemahiran ini boleh digunakan di dalam semua situasi
dan keadaan – di sekolah, di tempat kerja, di peringkat personal. Kemahiran-
kemahiran dalam Big6 boleh diaplikasikan di dalam mana-mana subjek sekolah di
mana-mana peringkat darjah, tingkatan dan gred. Para pelajar menggunakan
kemahiran-kemahiran Big6 apabila mereka memerlukan maklumat untuk
menyelesaikan masalah, melengkapkan tugasan dan membuat keputusan.

Kemahiran-kemahiran Big6 ini paling berkesan dipelajari apabila ia di integrasikan di


dalam aktiviti-aktiviti kurikulum dan di dalam kelas. Guru-guru dan pakar-pakar
media perpustakaan boleh terus mengaplikasikan Big6 dengan cara:

• Menggunakan terminologi-terminologi Big6 apabila memberikan tugasan-


tugasan dan latihan

• Menerangkan kepada para pelajar cara menggunakan proses Big6 untuk


menyelesaikan tugasan yang diberikan

• Bertanya soalan-soalan penting dan memfokuskan perhatian kepada


tindakan-tindakan dalam Big6 yang spesifik kepada tugasan yang diberikan
untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

Kemahiran-kemahiran komputer dan teknologi informasi adalah komponen-


komponen yang sangat penting sebagai sebahagian daripada kemahiran-kemahiran
Big6. Sebagai contoh, apabila para pelajar menggunakan Microsoft Word untuk
menghasilkan surat, pelajar tersebut telah menggunakan kemahiran Big6 #5
Synthesis (Penggabungan). Apabila mereka menggunakan World Wide Web
(internet) untuk mencari maklumat, mereka telah menggunakan kemahiran Big6 #3
Location and Access. Apabila mereka menggunakan e-mail untuk berbincang
sesame mereka atau dengan guru mengenai tugasan yang diberikan, mereka telah
menggunakan kemahiran Big6 #1 Task Definition. Penggunaan komputer memang
boleh mengasah kemahiran-kemahiran para pelajar.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN Big6 SECARA RINGKAS

Dibawah ini disenaraikan keenam-enam peringkat Big6. Terdapat 2 sub-peringkat


bagi setiap peringkat di dalam model Big6 ini iaitu:

1. Definisi Tugasan

1.1.Memahami maksud masalah

1.2.Mengenalpasti maklumat yang diperlukan

2. Strategi Mencari Informasi

2.1.Mengenalpasti kesemua sumber maklumat

2.2.Memilih sumber yang terbaik

3. Lokasi dan Access

3.1.Mengenalpasti lokasi sumber (dari sudut fizikal dan intelek)

3.2.Mencari maklumat di dalam sumber yang diperolehi

4. Penggunaan Informasi/Maklumat

4.1.Aplikasi melalui mendengar, melihat, membaca, menyentuh

4.2.Mengekstrak maklumat yang relevan

5. Penggabungan
5.1.Menyusun informasi atau maklumat dari pelbagai sumber

5.2.Membentangkan maklumat tersebut

6. Penilaian

6.1.Membuat penilaian hasil atau produk (keberkesanannya)

6.2.Membuat penilaian proses yang dilalui

Kita melalui keenam-enam peringkat ini – sama ada secara sedar atau tidak –
apabila kita mencari atau mengaplikasi maklumat untuk menyelesaikan sesuatu
masalah atau dalam membuat keputusan atau pilihan tertentu. Adalah tidak
penting untuk melengkapkan keenam-enam peringkat megikut sususannya yang
sedia ada dan setiap peringkat tidak perlu mengambil masa yang lama untuk
dilaksanakan. Kami telah mendapati bahawa kesemua situasi penyelesaian masalah
yang berjaya telah menggunakan kesemua enam peringkat.

Anda mungkin juga menyukai