Anda di halaman 1dari 5

KURSUS FROGVLE. 1BESTARINET Alhamdulillah pada 3 Oktober 2012, (Rabu ) Latihan Frogvle yang diketuai oleh En.

Wan Ariff dan En.Zulkarnain telah berjaya mengendalikan 1 kursus yang sangat penting bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru-guru SK Padang Garong (1 )iaitu kursus FROG VLE 1BESTARINET. Pengenalan Frogvle telah disampaikan oleh En Zulkarnain. Kursus kedua ialah kursus Penggunaan FROG VLE 1BESTARINET yang telah disampaikan oleh En. Wan Ariff. Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Guru-guru SK Padang Garong (1 )telah berjaya mendapat maklumat berkaitan melalui kursus ini. Walaupun terdapat sedikit kesukaran yang terpaksa dilalui semasa kursus ini,kebanyakan guru berjaya mengaplikasikannya semasa kursus berlangsung. Mana-mana guru yang masih kurang maklumat berkaitan kursus ini, En Wan Ariff akan memasukan bahan kursus terus ke Blog Rasmi Sekolah, http://skpg1.blogspot.com/. Sila buka,baca dan terokai maklumat berkenaan agar guru dapat menafaatkan kemudahan yang telah disediakan. Ucapan terima kasih kepada murid-murid yang telah membantu menjayakan program ini. Semoga SK Padang Garong (1) seiring dalam menuju kejayaan dalam 1BestariNet. Sesi ini berakhir dengan aktiviti soal jawab secara sepontan yang telah menyaksikan guru-guru SK Padang Garong (1 ) sangat berminat dengan maklumat yang telah disampaikan.Antara gambar yang sempat dirakamkan.

Guru2 tekun mendengar Pengenalan Frogvle yang disampaikan oleh En. Zulkarnain

Semua Guru memberi tumpuan dengan penuh minat

Cikgu2 siap dengan buku nota

Semua Guru Memasukan Email dan Berjaya membukanya

En. Wan Ariff menjelaskan cara2 memasukan email dan mengedit deshobard

Contoh yang diambil daripada Pc yang digunakan oleh Cikgu Johari

Seesi Bersoal jawab

Bermula dari Jam 1.15 petang berakhir 3.00 petang, insyaalah kursus seterusnya akan berkisar kepada cara share soalan dan booking kelandar. Sekian laporan perjalanan kursus Frogvle.1bestarinet.

Laporan disediakan oleh,

Disahkan benar

T.T ( WAN ARIFF BIN WAN ZAKARIA ) Penyelaras Frogvle SKPG1

T.T (HJ. MANSUR BIN HUSSAIN ) Guru Besar SKPG1

Anda mungkin juga menyukai