Anda di halaman 1dari 12

TAKRIF SOSIOLINGUISTIK

Latihan

Soalan: Dalam kumpulan 3-5 orang bincangkan tentang pentingnya mempelajari


bidang sosiolinguistik.

• Supaya dapat menguasai beberapa variasi bahasa yang berbeza-beza


serta dapat menggunakannya dalam keadaan tertentu.

• Tidak berasa terpinggir dalam sesuatu komuniti masyarakat

• Menjadikan suatu komunikasi itu lebih berkesan.

• Dapat memahami beberapa gejala yang wujud dalam masyarakat kita,


gejala-gejala seperti buta huruf, penggunaan bahasa yang berbeza-beza
seperti dialek-dialek dan bahasa baku dan seterusnya membantu
seseorang guru itu mengendalikan pengajaran dengan lebih berkesan.

• Sebagai persediaan kepada masyarakat untuk menerima sebarang


perubahan dalam sistem bahasa.

• Mudah menyampaikan maksud dan tujuan masing-masing.

• Dapat menggunakan variasi atau laras bahasa mengikut situasi atau


keadaan.

• Dapat memahami perbezaan bahasa yang wujud.

• Sebagai alat perhubungan pertuturan di dalam ahli masyarakat.


Soalan: Secara individu buat rujukan tentang konsep sosiolinguistik untuk
dibincangkan dalam kelas. Buat cacatan mengenainya.

Definisi:

• Bidang yang memperkatakan aspek-aspek perhubungan antara bahasa


dengan masyarakat.(Hudson,1980)

• Boleh diungkap sebagai “bahasa dalam masyarakat” yang meliputi


semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat.

• Pembahasan dari bahasa sehubungan dengan penutur bahasa itu


sebagai anggota masyarakat.(Nababan,1986)

• Mempelajari atau membahaskan aspek-aspek kemasyarakatan


bahasa,khususnya perbezaan-perbezaan(variasi) yang terdapat dalam
bahasa yang berkaitan dengan fakta-fakta kemasyarakatan.
Apa itu bahasa?

• Bahasa didefinisikan sebagai’cara yang digunakan oleh manusia untuk


menyampaikan buah fikiran, perasaan dan hasrat melalui lambang-
lambang yang dihasilkan secara sukarela. (Sapir,1921)

• Boleh didefinisikan sebagai‘satu lambang pertuturan yang arbitrari yang


digunakan untuk berhubung.’(Bloch dan Trager,1942)

• Bahasa ialah sistem yang abstrak,yang disampaikan melalui penghasilan


bunyi-bunyi bahasa iaitu pertuturan.

Fungsi bahasa

• Berfungsi sebagai alat yang menyatakan wujud perhubungan antara


kedua pihak dan penggunaannya telah memperbaharui serta menguatkan
lagi perhubungan yang sedia ada ini.

• Bertindak sebagai unsur yang dapat digunakan sebagai asas menentukan


kedudukan seseorang dalam masyarakat.

• Sebagai alat yang menjaminkan pengekalan hubungan yang sedia terjalin


di antara ahli-ahli masyarakat.

• Berfungsi sebagai alat perhubungan, contohnya ahli-ahli dalam sesuatu


masyarakat dapat menyampaikan maksud dan tujuan masing-masing
memberi arahan dan nasihat dan sebagainya.

• Boleh disusun untuk menyampaikan fikiran dan perasaan yang lebih halus
dan lebih seni.

Maksud dialek

• Variasi dari satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur
dalam sesebuah masyarakat atau komuniti bahasa.

• Dialek ditentukan oleh faktor geografi dan sosial.


Faktor geografi:
Tiada perhubungan yang baik untuk menghubungkan
masyarakat yang sebelum ini menuturkan bahasa yang
sama.
Faktor sosial:
Dilihat dari segi pergaulan dengan masyarakat lain,
pekerjaan, pendidikan, pendapatan dan sebagainya.
• Dialek bagi sesuatu bahasa boleh dibahagikan kepada dua iaitu dialek
daerah dan dialek sosial.

• Dialek berbeza dari segi:

 Sebutan.Contohnya perkataan “air” disebut sebagai aio, ayo dan


ayak.

 Gaya lagu bahasa. Contohnya orang Kedah biasanya bertutur


lebih cepat berbanding orang Negeri Sembilan.

 Tatabahasa. Contohnya penggunaan imbuhan per- dan –kan.


perbesar (dialek Kedah)
besarkan (dialek Johor)

 Kosa kata. Contohnya bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)

 Kata ganti diri. Contohnya


ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)
hang (dialek utara bermaksud kamu)

Maksud idiolek

• Jenis bahasa yang digunakan oleh seseorang.

Bahasa baku/standard

• Bahasa baku ialah ‘bentuk bahasa yang sudah diberi pengekodan ,


diterima, dan bertugas sebagai model kepada komuniti bahasa yang lebih
besar’. (Garvin dan Mathiot,1968)

• Bahasa yang ada peraturan-peraturannya dan menjalankan tugas sebagai


mewakili diale-dialek lain dalam bahasa yang sama.

• Variasi pertuturan (dialek) yang memperlihatkan kesamaan atau


keseragaman dari segi bentuk dan fungsi. (Haugan,1972)

• Bahasa yang bentuknya telah diseragamkan, diterima oleh seluruh


penutur sesuatu bahasa itu sebagai model, rujukan atau ukuran.
• Merupakan bahasa yang telah mengalami proses kecendekiaan kerana
tanpa pencapaian taraf ini bahasa baku tidak dapat menjalankan
fungsinya dengan berkesan.

Fungsi:

 digunakan sebagai bahasa pentadbiran, bahasa situasi-situasi


formal, bahasa ilmu danbahasa kesusteraan.

 digunakan dalam hubungan-hubungan rasmi dan juga tidak rasmi.

 digunakan oleh alat perhubungan seperti radio dan televisyen.

 dijadikan bahasa pengantar pelajaran.

 menjadi lambang penyatuan bagi penduduk-penduduk di dalam


sesebuah negara.

 berfungsi sebagai lambang penyatuan maka secara automatik ia


berfungsi sebagai lambang pemisahan atau pengasingan.

Bahasa Pijin/bahasa pasar

• bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan


Melayu.

• Pelat penyebutan perkataan banyak dipengaruhi pelat bahasa ibunda


penutur.

• Tidak mempunyai penutur yang menggunakannya sebagai bahasa


ibunda.

• Menggunakan ‘gua’ sebagai ganti nama diri orang pertama dan ‘lu’
sebagai kata ganti nama diri orang kedua.

• Menggunakan perkataan ‘banyak’ sebagai kata penguat. Contoh: banyak


cantik.

• Kerap menggunakan perkataan ‘punya’.Contoh: dia punya abang, bodoh


punya budak.

• Ditutur dalam situasi berikut:


 Orang bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu
menuturkan bahasa Melayu.
 Orang Melayu bertutur dengan orang bukan Melayu.
 Orang bukan Melayu yang berlainan bangsa dan bahasa
menuturkan bahasa Melayu.
Bahasa Kolokial/bahasa basahan

• Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.

• Juga disebut sebagai bahasa cakap mulut oleh Za’ba.

• Tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa kerana kebanyakan penutur


mementingkan kefahaman pendengar.

• Dipengaruhi oleh bahasa-bahasa daerah atau loghat.

• Imbuhan jarang digunakan dan setengah-setengah perbendaharaan


katanya tidak sesuai digunakan dalam hubungan yang formal. Contohnya:

 “kasi” (untuk “beri”)


 “duit” (untuk”wang”)
 “budak-budak” (untuk “kanak-kanak”)

Bahasa Slanga

• Juga disebut sebagai bahasa kutu dan bahasa rocker.

• Tergolong dalam bahasa tidak rasmi, tidak baku, dan bersifat musiman.

• Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.

• Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, makwe, cun,


mengancam, cinabenglu, boring dan main

• Contoh bahasa slanga: Tangkap relaks brader. Gua tak main cintan sama
lu punya awek.

Bahasa Kreol

• Bahasa yang bukan berasal daripada bahasa tempatan sesebuah Negara


tetapi datang dari luar.

• Ia telah lama digunakan dan menerima unsur-unsur bahasa tempatan.


• Menjadi bahasa natif atau bahasa ibunda bagi kelompok penutur dalam
masyarakat berkenaan.

• Contoh bahasa kreol di Malaysia ialah bahasa Portugis di Melaka.

Laras bahasa

Definisi:

• Gaya atau penggunaan sesuatu bahasa.

• Sejenis ‘language patterning regularly used in a certain kind of situation.


(pola-pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan-
keadaan tertentu)-(Ure dan Ellis,1977)

• Variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi.’Laras bahasa berubah


mengikut situasi.’ (Halliday,1968)

• Melibatkan kata, frasa, dan susunan ayat (unsur bahasa, bukan


makna).

• Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peseta dan tujuan.

• Laras dibezakan dari segi tatabahasa.Contoh:


 Ayat aktif dan ayat pasif, ayat biasa dan ayat songsang dan
panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza.

Ciri-ciri laras bahasa

• Laras bahasa biasa (formal dan tidak formal)

 Tidak melibatkan bidang tertentu (media massa am)

 Kosa kata dan tatabahasa yang mudah difahami.

 Struktur ayat mudah. Contohnya: Dilarang berludah.

 Gaya ayat sederhana , ringkas dan padat.

 Laras bahasa terbahagi kepada formal dan tidak formal.


a) formal/rasmi: digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman
dan sebagainya.
b) tak formal : berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat
yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, prediket,
atau objek.
Contoh: Sayur sini tanam, sini jual, apasal mahal?

• Laras bahasa perniagaan/iklan

 Merupakan bahasa pengaruhan dan bertujuan untuk


membentuk tanggapan pengguna supaya mengubah sikap
dan melakukan tindakan.

 Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya


(terdapat frafik,ilustrasi, gambar, kreatif)

 Dihasilkan dalam beberapa cara iaitu:

a) Slogan: Mutu, Gaya dan Keunggulan.


b) Kaedah penyataan: Kereta untuk dijual.
c) Perkaitan konsep: Erra Fazira dan Lux.
d) Perisytiharan: Memperkenalkan Perodua Kelisa.
e) Kaedah umpan: Tawaran percuma.
f) Mesra: Bank Hong Kong, bank anda.
g) Bandingan: FAB lebih bersih dan harum.
h) Gesaan: Cepat jangan ketinggalan
i) Pertanyaan: Sakit kepala? Makanlah Panadol

• Laras bahasa akademik (saintifik dan teknikal)

 Penggunaan bahasa dalam bidang akademik (ilmiah) seperti


sains, matematik dan teknologi maklumat.

 Ciri-ciri laras bahasa akademik:

a) kematangan dan keintelektualan (contoh ayat tiada


perlambangan dan bunga-bunga bahasa)
b) susah difahami oleh orang biasa.(gambar rajah, jadual,
graf, formula, simbol)
c) banyak kata nama dan kata sifat daripada kata sifat.
d) Bersifat formal dan objektif.
e) Menggunakan istilah-istilah: pengoksidaan,
pendebungaan,keaktifan.
• Laras bahasa undang-undang

 Tiada gambar atau graf; terdapat prinsip undang-undang dan


frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam bidang teknikal
lain.
 Mementingkan keringkasan, ketepatan, kepersisan,
keobjektifan dan kejelasan.

 Istilah: defenden, obiter dictum dan sebagainya.

• Laras bahasa media massa

 Digunakan dalam penulisan berita, rencana atau esei tentang


isu semasa.

 Ciri-ciri:

a) ringkas, isi berita maksimum.


b) Gaya dan nahu tidak penting.
c) Ketepatan, kejituan dan keringkasan.
d) Mudah difahami.
e) Tiada bahasa berlapis-lapis, berbelit-belit dan berbunga-
bunga.
f) Piramid terbalik iaitu yang penting didahulukan.

• Laras bahasa sastera (kreatif)

 Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.

 Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, dramatik


dan puitis.

 Ciri-ciri bahasa sastera:



a) kreatif dan imaginatif: mesej agak kabur.
b) Mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata.
c) Puitis dan hidup: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa
dan sebagainya.
d) Menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan,
perbandingan, peribahasa, metafora dan sebagainya.
e) Terdapat pengimbangan tatabahasa atau manipulasi
bahasa.
Sosiolinguistik dan sosiologi bahasa
PERBEZAAN
Dari segi penekanan

• Sosiolinguistik lebih menekankan kepada bidang kajian tentang bahasa


yang berkaitan dengan masyarakat
• sosiologi bahasa lebih menekankan kepada bidang kajian tentang
masyarakat yang berkaitan tentang bahasa

sosiologi bahasa didefinisikan sebagai kajian tentang masyarakat


dalam kaitannya dengan bahasa

RUMUSAN

Sosiolinguistik dan sosiologi bahasa adalah 2 bidang ilmu yang berlainan tetapi
mempunyai bidang kajian yang hampir sama dan banyak yang bertindan
.Perbezaannya hanyalah dari segi penekanan. Walaubagaimanapun bidang-
bidang yang dikaji dalam sosiolinguistik dan sosiologi bahasa adalah sama
seperti varieti-varieti bahasa, bahasa, kebudayaan dan pemikiran, bahasa
sebagai interaksi sosial ,kajian kuantitaf terhadap bahasa ketidaksamaan bahasa
dan masyarakat ,perubahan bahasa dan masyarakat,bilinguisme dan
multilinguisme dasar bahasa dan sebagainya,
Bahasa lisan dan bahasa tulisan.
Bebas dan terkawal
Bahasa lisan adalah sesuatu yang agak bebas tetapi bahasa tulisan pula
terkawal dan dapat disunting.

Mesra dan rasmi


Bahasa lisan mudah memperlihatkan tanda-tanda mesra manakala bahasa
tulisan selalunya bersifat rasmi. Di dalam bahasa lisan, unsur-unsur rasmi akan
timbul di dalam konteks yang betul-betul rasmi dan tidak membenarkan
sebarang kemesraan berlaku. Di dalam bahasa tulisan, kerasmian mudah
berlaku dan penulis lebih mudah menggunakan bahasa rasmi dalam kebanyakan
tulisan walaupun tidak dalam semua konteks.

Tatabahasa sempurna
Bahasa tulisan biasanya menuntut taraf pemakaian bahasa yang betul atau
tatabahasa sempurna manakala bahasa lisan tidak mementingkan aspek
tatabahasa.

Bahasa tulisan.
Tulisan umum
Digunakan dalam akhbar, majalah, surat-surat perniagaan dsb. Tulisan
seperti ini hanya mengandungi maklumat penting untuk perhubungan.

Tulisan rapi
Biasanya terancang, tersusun dan disunting dengan cermat. Digunakan
dalam penulisan bahan ilmiah dan merupakan penulisan yang dimantapkan atau
dicetak untuk disimpan lama.

Bahasa lisan.
Bahasa subbaku
Turutan umum yang tidak terkawal dan mengandungi unsur-unsur tempatan
atau individu. Merupakan bahasa kaum tidak terpelajar dan bahasa bagi kelas
bawahan.

Pertuturan umum
Pertuturan atau perbualan untuk kaum terpelajar. Biasanya bahasa ini banyak
mengandungi bahasa basahan.

Pertuturan rapi
Ujaran bentuk lisan yang diungkap di dalam konteks yang rasmi dengan
menggunakan bahasa terkawal dan terpilihiaitu amat perlu menyesuaikan
bentuk-bentuk pertuturan yang digunakan dengan keadaan yang rasmi sahaja.
Ragam bahasa yang digunakan adalah rasmi dan serius.

Bahasa bukan lisan (Bahasa Isyarat)


Bahasa isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh orang Pekak untuk
berkomunikasi secara visual antara satu sama lain.

Dalam sistem bahasa isyarat, orang Pekak menggunakan pergerakan


tangan, badan dan muka untuk menyampaikan sesuatu maksud, pandangan,
idea dan sebagainya manakala orang Pekak pun menggunakan deria
penglihatan untuk menerima dan memahami maksud isyarat tersebut

Bahasa isyarat mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dari segi bahasa, budaya,
agama dan geografi. Seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, komuniti
orang Pekak di setiap negara di seluruh dunia mempunyai bahasa isyarat yang
berbeza. Misalnya Bahasa Isyarat Amerika (American Sign Language) dan
Bahasa Isyarat Jepun banyak mempunyai perbezaan.

Di Malaysia, komuniti orang Pekak menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia


(BIM) sebagai bahasa ibunda. BIM merupakan bahasa isyarat 'natural' yang
dibentuk oleh orang Pekak sendiri atas faktor-faktor seperti komunikasi orang
Pekak harian dan budaya orang Pekak.

Sejak pengasasan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan Pulau Pinang,


BIM digunakan sebagai bahasa komunikasi secara meluasnya oleh komuniti
orang Pekak di negara ini. BIM melambangkan identiti dan budaya yang sebenar
bagi orang Pekak Malaysia.