Anda di halaman 1dari 4

REFELKSI LAWATAN ILMIAH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN Sepanjang proses Lawatan Ilmiah Pengurusan

Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan (PJM 3112) ini, saya telah memperolehi banyak maklumat tentang bagaimana hendak mengurus sesuatu program seperti lawatan, kerana ia mempunyai tata tertibnya sendiri dan tidak boleh dianjurkan dengan sebarangnya sekiranya tiadanya perancangan, kertas kerja dan sebagainya. Dalam Lawatan Ilmiah Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan (PJM 3112) ini, telah membantu saya memperolehi dan memahami sesutu aktiviti yang dilaksanankan memerlukan perancangan yang terperinci dan membuat carta alir dalam melaksanakan atau mengelolakan sesuatu aktiviti. Melalui Lawatan Ilmiah Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan (PJM 3112) ini , barulah saya menyedari bahawa saya masih lagi kabur dan tidak beberapa memahami tentang apa itu sebenarnya kertas kerja dan bagaimana hendak mengaplikasikannya dalam pengelolaan aktiviti kita. Ini kerana saya belum lagi memahami bagaimana di merancang sesuatu lawatan dan yang paling penting dalam pengelolaan sesuatu aktiviti ialah senarai semak dan carta alir perancangan perlakanaan sesuatu aktiviti sebelum membuat kertas kerja. Lawatan Ilmiah Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan (PJM 3112) ini juga membekalkan kepada saya pengetahuan tentang cara bagaimana hendak membuat perancangan dalam melakukan sesuatu aktiviti. Hal ini kerana apa pun benda yang hendak kita buat, kita perlulah membuat perancangan terlebih dahulu untuk memastikan kelancaran sesuatu benda yang hendak kita buat. Sebenarnyanya kertas kerja ini sangat sebati dalam setiap individu tetapi cuma tidak disedarinya sahaja.

Tidak dinafikan bahawa dalam penyediaan Kertas Kerja bukanlah satu kerja yang senang kerana ia memerlukan komited, idea, kolaborasi, rujukan serta pengetahuan asas dalam membuatnya. Hal ini kerana semua yang diperlukan adalah berdasarkan berkaitan dengan apa sebab dan mengapa kita ingin menjalankan aktiviti atau lawatan tersebut. Di samping itu juga, program ini telah dapat memberikan pengalaman yang amat berguna kepada semua guru pelatih tentang cara-cara pengurusan dan pengelolaan dalam mengendalikan aktiviti di luar bilik darjah. Justeru, saya mendoakan agar program ini dapat terus dijalankan pada masa yang akan datang kerana ianya dapat memberikan pangalaman, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang baru kepada para pelatih kerana ia merupakan aktiviti dimana dirancang oleh kita, dan dilaksanakan oleh kita untuk diri kita sendiri. Bukan itu sahaja, mesyuarat dan kerjasama daripada semua pihak juga memainkan peranan dalam pelaksanaaan sesuatu aktriviti. Ini kerana ia memerlukan tenaga yang padu semua pihak dalam melaksanakan lawatan tersebut. Contohnya melalui penubuha ajk akan memudahkan kita membuat sesuatu kerja. Jika satu ajk tidak menjalankan aktiviti maka berlakunya kececatan dalam aktiviti tersebut. Oleh itu ia memerlukan kerjasama dan komited daripada semua ahli dan di sini semua ahli memainkan peranan yang penting.

Sepanjang program lawatan ilmiah Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM 3112) ini, saya telah memperolehi banyak pengalaman baru serta kesedaran yang tidak dapat saya perolehi sepanjang saya bergelar seorang guru pelatih.

Ketika menyertai program lawatan ilmiah PJM 3112, seribu satu faedah telah saya perolehi. Antaranya ialah kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Kami semua perlu bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Lawatan ilmiah PJM 3112 ini juga telah mengajar saya tentang pengurusan masa yang sepatutnya dimiliki oleh kita sebagai bakal pendidik. Masa sentiasa berjalan dan tidak akan menunggu kita, malah kita yang sepatutnya mengejar masa. Sebelum menjalankan program ini, kami telah membuat sebuah jadual aktiviti sepanjang kursus. Jadi kami perlu mematuhi jadual tersebut dan memastikan aktiviti dapat dijalankan tepat pada masanya. Kami tidak akan menghadapi masalah sekiranya masing-masing memiliki tahap disiplin yang tinggi. Di sana juga kami dikehendaki memastikan kebersihan dan kekemasan tapak perkhemahan, khususnya di dapur.

Teguran dan peringatan adalah merupakan perkara penting apabila seseorang itu menjadi guru. Ini kerana gurulah yang perlu menegur kesalahan murid-muridnya apabila mereka melakukan kesalahan. Sepanjang program ini dijalankan , para pensyarah banyak memberikan teguran yang sangat berguna setiap kali kami menamatkan sesebuah aktiviti. Pesanan itu akan saya sematkan dalam hati dan dijadikan panduan kelak. Kekurangan yang terdapat dalam program ini ialah peruntukkkan masa yang diberikan oleh pihak IPG. Seperti yang kita ketahui apabila ingin menjalankan aktiiviti lawatan ini banyak masa yang diperlukan, namun pihak IPG telah memendekkan masa lawatan menyebabkan para peserta tidak mempunyai masa yang lebih untuk mendalami apa itu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Oleh itu saya, pada masa akan datang saya mencadangkan bahawa aktiviti seperti ini seharusnya diberikan masa yang sepatutnya yang bukannya satu hari sahaja.

Saya berharap agar dalam program BIG yang seterusnya, peruntukkan yang diberikan tidak sepatutnya dipotong. Hal ini kerana, banyak aktiviti yang tidak dapat dijalankan disebabkan peruntukkan kewangan dikurangkan. Oleh itu pada masa akan datang saya berharap peruntukkan yang diberikan adalah setimpal dengan aktiviti yang dijalankan Keseluruhannya, program Lawatan ilmiah PJM 3112 ini telah berjalan dengan jayanya. Objektif utama program ini dijalankan telah tercapai kerana semangat bekerjasama dan nilai-nilai murni yang lain telah dapat dilihat kewujudannya sepanjang program ini dijalankan. Komitmen di antara para peserta dan jurulatih adalah amat memuaskan. Barisan jurulatih atau pensyarah pengiring adalah merupakan barisan pakar yang amat berkaliber dalam mengendalikan program seumpama ini. Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana mempunyai tenaga pengajar yang seumpama ini di institut ini. Kesimpulannya, pelbagai perkara yang dilalui sepanjang program Lawatan Ilmiah PJM 3112 ini diharapkan dapat mematangkan setiap guru pelatih dalam menempuh alam perguruan kelak. Pelbagai kemahiran baru dapat dicapai antaranya kemahiran membuat keputusan, kemahiran pengurusan masa, malah bakat kepimpinan juga dapat diasah. Perkara sebegini dapat memberi pengalaman yang tiada nilainya malah dapat dijadikan panduan yang amat berguna pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih. RKNC