Anda di halaman 1dari 12

GAF 3093 PEMBANGUNAN SAHSIAH

KERUNTUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN REMAJA


NAMA WAN ELIA MASTURA BINTI WAN ISMAIL NO K/P 730304-11-5558 NO MATRIKS 1BG 11030929

NAMA TUTOR AB. AZIZ SULAIMAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1) 2)

PENDAHULUAN DEFINISI 2.1 2.2 2.3 Keruntuhan Sahsiah Remaja

1 2 2 3 3 3 3 4 4 4 5

3)

FAKTOR FAKTOR KERUNTUHAN SAHSIAH REMAJA 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 Pengaruh rakan sebaya Pengaruh media massa Faktor modenisasi Sikap individu remaja sendiri Faktor keluarga Pengaruh di sekolah

4) 5)

SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH KERUNTUHAN SAHSIAH REMAJA 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 Peranan ibu bapa Peranan guru Peranan Badan-Badan Kemajuan / NGO Peranan media massa Penguatkuasaan undang-undang Permuafakatan dan kerjasama

6 6 6 6 7 7 7 8

6)

KESIMPULAN RUJUKAN

1)

PENDAHULUAN Umum sedia maklum bahawa zaman ini keruntuhan sahsiah di kalangan remaja semakin

bertambah. Di dada akhbar saban hari pelbagai masalah yang berkaitan dengan keruntuhan sahsiah remaja diberitakan. Daripada kes bohsia,hamil luar nikah, penderaan,gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah hinggalah kepada mat rempit. Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes juvana.

2) 2.1

DEFINISI : Keruntuhan Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000 :1160) keruntuhan membawa maksud perihal

runtuh, kejatuhan, kerosakan dan kerobohan.Kamus Zaba (2000 : 982) juga mendefinisikan keruntuhan sebagai kerosakan dan kejatuhan. Keruntuhan yang dimaksudkan dalam tugasan ini ialah keruntuhan sahsiah remaja masa kini, yang meliputi rosaknya sahsiah remaja apabila mereka melakukan perbuatan yang menyimpang daripada ajaran agama dan budaya masyarakat Timur.

2.2

Sahsiah Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sahsiah bermaksud keperibadian. Menurut Siti Fatimah (1993) sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu.

Namun Abdul Majid dan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Berdasarkan beberapa pengertian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa sahsiah itu ialah kumpulan sifat yang lahir daripada dalam jiwa dan berdasarkan dorongan dan pertimbangan sifat itu, suatu perbuatan itu dapat dikatakan baik atau buruk menurut pandangan manusia. Ia mewakili perwatakan seseorang individu. Dengan sifat itu seseorang dapat melaksanakan atau meninggalkan perbuatannya.

2.3

Remaja Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000 : 1121) remaja bermaksud mulai dewasa,

sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin. Menurut Kamus Zaba (2000 : 95) remaja ialah orang yang berumur dalam lingkungan 12 hingga 21 tahun. Remaja yang dimaksudkan dalam tugasan ini ialah semua golongan remaja yang terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang negatif sehingga merosakkan sahsiah mereka. Sahsiah remaja menjadi rosak apabila mereka terjebak dengan perlakuan-perlakuan di luar batas kesusilaan masyarakat. Apabila remaja terbabit terjebak dengan situasi sedemikian maka remaja tersebut diklasifikasikan sebagai remaja yang runtuh sahsiahnya.

3)

FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN SAHSIAH REMAJA Pelbagai sebab dan punca yang boleh dikaitkan dengan keruntuhan sahsiah remaja ini.

Antara punca masalah ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antara yang dikenal pasti ialah : 3.1 Pengaruh rakan sebaya

Kawan-kawan merupakan orang yang rapat dengan mereka. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Mereka merasakan rakanrakan lebih rapat dan lebih memahami, justeru dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan biarpun ke arah perkara yang buruk

3.2

Pengaruh Media Massa

Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala social dalam kalangan remaja hari ini. Setiap kali kita menonton filem barat akan dipaparkan adegan-adegan yang tidak sesuai dengan Islam. Kita akan disajikan dengan gaya hidup yang bertentangan dengan nilai Islam.

Di internet pula, halaman porno dengan mudah dilihat. Kalau ini menjadi menu harian maka tidak hairan akhirnya nilai Islam menjadi asing kepada mereka.

3.3

Faktor Modenisasi Kemajuan dan pembangunan negara yang pesat tanpa mengimbangi dengan perkembangan rohani, turut menjadi punca keruntuhan sahsiah, sehingga tercetus pelbagai jenayah serius dan salah laku di kalangan generasi muda.

Proses pembangunan khususnya perbandaran yang bermula sejak 1970-an dan semakin pesat pada 1980-an telah mengubah nilai masyarakat terutama masyarakat Melayu daripada norma tradisi kepada amalan moden dan kebaratan. 3

3.4

Sikap Individu Remaja Sendiri

Ketua Jabatan Pedagogi dan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr.Suradi Salim berkata, ramai remaja mengalami perubahan dalam tempoh usia itu.

Remaja ingin mencuba kehidupan yang dilakukan oleh orang dewasa. Katanya, dalam keghairahan menikmati suasana kehidupan itu, ramai remaja terlupa bahawa mereka masih bersekolah. Apabila tiba pada tahap maksimum dan tidak boleh dikawal, remaja lalai dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk jenayah asalkan impian kehidupan mewah tercapai.

3.5

Faktor Keluarga

Antara punca keruntuhan sahsiah yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya turut menyumbang kepada kancah keruntuhan moral remaja.

3.6

Pengaruh Di Sekolah

Pengaruh di sekolah juga turut menyumbang pembentukan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu, melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat.

4)

SIAPAKAH YANG BERTANGGUNG JAWAB

Dalam menangani isu keruntuhan sahsiah remaja ini, tidak dapat dinafikan antara insaninsan yang rapat dengan dengan remaja memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kehidupan seharian mereka.

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat vital dalam situasi ini untuk member didikan awal yang sempurna, keperluan rohani, sesuai dengan kedudukan rumah sebagai institusi pendidikan pertama.

Namun, sesungguhnya dalam hal ini semua pihak ibu bapa, rakan sebaya, guru, masyarakat setempat, pihak kerajaan haruslah berganding bahu dalam memikul tanggung jawab ini. Semua pihak perlulah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, bukannya digalas tanggung jawab ini di puncak ibu bapa sahaja. Justeru, semua pihak tidak seharusnya menuding jari, meletakkan tanggung jawab keruntuhan ini kepada pihak-pihak tertentu.

5)

LANGKAH LANGKAH MENGATASI MASALAH KERUNTUHAN SAHSIAH REMAJA

Umum mengetahui, remaja perlu dibimbing dan dinasihati oleh orang-orang yang berpengaruh yang mampu mengubah minda mereka kearah pemikiran yang lebih baik. Justeru, semua pihak harus memainkan peranan bagi menanganinya.

5.1

Peranan Ibu Bapa

Menurut

Fadzilah

Kamsah

(1997)

Ibu

bapa

berperanan

sebagai

penjaga,pendidik,pengasuh, pemimpin, kaunselor dari segi fizikal, mental dan rohani anak. Ibu bapa harus peka terhadap perubahan sikap anak-anak. Jadilah ibu bapa yang tegas tetapi bertolak ansur. Tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama.

Suasana keluarga yang tidak harmoni, tanpa kasih sayang akan mendorong remaja mencari kebahagiaan dan keseronokan di luar.

5.2

Peranan Guru

Menurut Roszahna Roslan (2012), Pengukuhan interaksi antara guru dan pelajar di dalam bilik darjah juga memainkan peranan. Guru digalakkan menggabung jalinkan permasalahan dan gejala social dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.3

Peranan Badan-badan Kerajaan Dan NGO

Selain mendapat didikan di rumah dan di sekolah, pendidikan luaran melalui kempen dan ceramah motivasi turut mempengaruhi. Dalam konteks ini Badan-badan Kerajaan dan NGO perlu bergabung tenaga menganjurkan program. Hal ini boleh dilakukan dengan menfokuskan kepada kelompok-kelompok tertentu seperti ibu bapa, guru atau remaja sendiri. Antara organisasi yang boleh membantu ialah Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Agensi Dadah Kebangsaan dan Persatuan Bekas-bekas Penagih Malaysia.

5.4

Peranan Media Massa

Media massa, sama ada media elektronik, internet mahu pun media cetak hendaklah menjalankan tanggungjawab sosial mereka dalam menangani masalah ini. Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh merosakkan remaja hendaklah disekat daripada tontonan umum.

5.5

Penguatkuasaan Undang-undang

Perlu ada peraturan dan penguatkuasaan undang-undang yang tegas yang boleh dikenakan tindakan sewajarnya terhadap sebarang salah laku remaja.Undang-undang tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa memilih bulu. Siapa yang salah, tanpa mengira apa pun darjat atau kedudukannya hendaklah dikenakan tindakan tegas.

5.6

Permuafakatan Dan Kerjasama

Permuafakatan komuniti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) , imam, Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung dan masyarakat dapat mempengaruhi komuniti sekitar agar dapat saling membantu atau memberi maklumat tentang salah laku remaja untuk diambil tindakan segera.

6)

KESIMPULAN

Kesimpulannya, keruntuhan sahsiah dalam kalangan remaja kini haruslah ditangani dengan bijak dan segera. S emua pihak termasuklah ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah. Jiran tetangga serta segenap lapisan masyarakat haruslah berganding bahu dan bersamasama mengatasi masalah yang kian meruncing pada hari ini. Sesungguhnya para remaja pada hari ini merupakan umarak (pemimpin) pada masa hadapan.

( 1191 patah perkataan )

RUJUKAN

Abdul Majid Mohd Isa , Rahil Mahyuddin ( 1995 ) , Psikologi Pendidikan1 : Pertubuhan dan Perkembangan , Petaling Jaya , Longman

Ab. Malik b. Abdullah , ( 2005, Februari ) Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja, Cahaya : 5.

Berita Harian, 24.3.2008, Ibu bapa punca pelajar ganas.

Ea Ah Meng ( 1996 ), Psikologi Pendidikan 1 : Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur, Fajar Bakti.

Harian Metro, 15.2.1996, Remaja Tidak Suka Ditegur


http://mutiaraislam.wordpress.com/2009/03/22/masalah-sosial-di-kalangan-remaja-punca-danpenyelesaian/

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat

Noor Haliza Ali, ( 2008, Julai ). Ke Mana Arah Tuju Remaja Kita ? Cahaya : 31 Nurul Ula Noor Aasia , ( 2012 ). Mengawal Disiplin di Sekolah , Selangor Darul Ehsan, Pustaka Tintamas

Roszahna Roslan , ( 2012 ). Disiplin dan Salah Laku ( 1 ), Selangor Darul Ehsan , OSC Publishing & Marketing.

Roszahna Roslan , ( 2012 ). Disiplin dan Salah Laku ( 2 ) , Selangor Darul Ehsan , OSC Publishing & Marketing.

Siti Fatimah Abdul Rahman ( 1993 ). Asas-Asas Masyarakat Cemerlang , Kuala Lumpur , Institut Kefahaman Islam Malaysia.