Anda di halaman 1dari 38

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH


Siri Modul Pembelajaran
UNIT 1 TOPIK KONSEP DAN PENGERTIAN PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH
KUMPULAN KULIAH I
NAMA INDRACALGARY ANAK PIOL KASMALIZA BINTI CHE MAHMOOD NUR HIDAYAH BINTI RAMLI ZAWIAH BINTI SAMSUDIN NO. MATRIK L20112007685 L20112007654 L20112007651 L20112007648 TANDA TANGAN

SEMESTER 2 - SESI 2012/13

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN................................................................................................................................5 1.1 Pengurusan Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah..........................................................5 Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum..................................................................5 Objektif Kurikulum................................................................................................................7 Jenis-Jenis Kurikulum...........................................................................................................7 Konsep Dan Definisi Pengurusan Bilik Darjah.....................................................................9 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah............................................10 Persekitaran Fizikal Bilik Darjah......................................................................................10 Sosial...............................................................................................................................11 Emosi...............................................................................................................................11 1.2 Perbandingan Pengurusan Kurikulum Dan Kurikulum Bilik Darjah....................................12 Perancangan...................................................................................................................12 Pelaksanaan....................................................................................................................13 Pemantauan....................................................................................................................13 Penilaian..........................................................................................................................13 1.3 Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21.................................................................................15 Ciri-Ciri Guru Abad Ke-21...................................................................................................16 Ciri-Ciri Pelajar Yang Dihasratkan Pada Abad Ke-21........................................................17 Kemahiran Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21....................................................17 Teori Pembelajaran Kurikulum Abad Ke-21.......................................................................18 Kekangan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran..................................20 1.4 Kepentingan Pengurusan Bilik Darjah................................................................................22 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan..............................................................22 Tingkah Laku Pelajar Terkawal.......................................................................................23 Motivasi Belajar Meningkat..............................................................................................23 Pembelajaran Menyeronokkan........................................................................................24 Pelajar Lebih Inovatif Dan Kreatif....................................................................................24 RUMUSAN.....................................................................................................................................25 GLOSARI.......................................................................................................................................26 BIBLIOGRAFI................................................................................................................................28

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

LATIHAN KENDIRI Soalan Objektif................................................................................................................30 Soalan Esei......................................................................................................................32 LAMPIRAN....................................................................................................................................35

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

UNIT 1 KONSEP DAN PENGERTIAN PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran topik ini, anda dapat; 1. 2. 3. 4. 5. memberikan konsep dan pengertian pengurusan kurikulum dan pengurusan bilik darjah mengetahui perbandingan antara pengurusan kurikulum dan pengurusan bilik darjah menganalisis pembelajaran kurikulum bilik darjah abad ke-21 menjelaskan kepentingan pengurusan kurikulum bilik darjah yang berkesan menilai isu isu yang berkaitan mengenai pengurusan kurikulum bilik darjah

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

PENGENALAN
Sekolah merupakan sebuah institusi yang diamanahkan oleh masyarakat untuk melahirkan insan yang berpekerti mulia, berpandangan futuristik serta sedia menjunjung aspirasi negara. Bagi membentuk insan seperi ini, pembelajaran hendaklah dirancang agar pengalaman yang berfaedah dapat dinikmati oleh setiap murid. Perancangan yang teliti perlu bagi menjamin perkembangan individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perancangan ini akan mengambil kira jenis aktiviti dan isi pelajaran yang patut dilalui oleh murid-murid agar mencapai objektif-objektif yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan kata lain, sesuatu kurikulum hendaklah disediakan dengan rapi agar dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang.

1.1

Pengurusan Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah

Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum


Menurut Kliebard (1982) kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curerre yang merupakan perkataan Latin membawa maksud jejak, laluan atau jurusan. Selain itu, kurikulum dalam bahasa Inggeris memberi maksud jelmaan. Panduan daripada kedua-dua perkataan ini menghasilkan kurikulum yang membawa maksud laluan dari satu peringkat ke satu peringkat. Dalam bidang pendidikan, pengertian kurikulum diperluaskan sebagai jurusan pengajian yang diikuti di sekolah. R.M. Gagne (1974) mendefinisikan kurikulum sebagai satu siri unit atau isi kandungan yang disusun sedemikian rupa supaya pembelajaran setiap satu unit dapat dicapai sebagai satu perlakuan sekiranya kebolehan yang ditentukan dalam unit sebelumnya telah dikuasai oleh pelajar atau pembelajar (dalam Kamarudin & Siti Hajar 2004:52). Maksud kurikulum dapat diperjelaskan melalui beberapa definisi yang dikemukakan oleh pakar-pakar kurikulum, misalnya Saylor (1981) yang menyatakan kurikulum merupakan satu daya usaha institusi pendidikan yang menyeluruh untuk memenuhi tujuan yang diharapkan semasa berada dalam institusi itu. Manakala, Inlow (1973) berpendapat, kurikulum adalah satu daya usaha institusi pendidikan yang dirancang bagi membantu pelajar merujuk kepada tujuan yang telah ditetapkan. Nicholls S.H. dan Nicholls A. (1987) mentakrifkan kurikulum sebagai semua peluang pembelajaran yang dirancang oleh guru-guru untuk murid-murid di sekolah (dalam Mohd Daud & Koh Tsu Koon 1992). Kerr (2002) pula menyatakan kurikulum sebagai semua pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah sama ada dilaksanakan secara kelompok atau individu, di dalam atau di luar sekolah (Dr. Ragbi Kaur 2005: 273). Manakala, Hirst (1974) pula menerangkan kurikulum sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang telah dirancang dan David Warwick (1975) juga mentakrifkan kurikulum sebagai struktur terancang ideal-ideal sesebuah sekolah yang bersesuaian dengan keperluan-keperluan psikologi murid-murid, kemudahan-kemudahan yang sedia ada serta keperluan-keperluan budaya semasa. Selain itu, Abdul Rahim (2007) mengatakan kurikulum merupakan pelan perancangan dalam pendidikan yang melihat dua perkara utama iaitu visi dalam pendidikan dan struktur atau organisasi asas dalam pendidikan. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Kementerian Pendidikan, 1979) telah menyatakan kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan sesebuah sekolah atau institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum sekolah terbahagi kepada dua, iaitu kurikulum akademik (pengajaran dan pembelajaran) dan ko-kurikulum. Di samping itu, laporan tersebut mengatakan bahawa kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma. Unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diturunkan kepada ahli-ahlinya. Razali Aroff (1991) pula, memberikan tiga takrifan kurikulum iaitu sesuatu yang luas dan besar meliputi segala pembelajaran yang berlaku di mana-mana di dalam kawasan sekolah,
5

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

segala pembelajaran yang telah dirancang dan ditentukan sahaja yang berlaku dalam kawasan sekolah, di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah dan seterusnya kurikulum adalah sesuatu yang dirancang dan tidak terhad dalam bilik darjah sahaja. Menurut Hassan Langgulung (1989) dalam Falsafah Pendidikan Islam, Omar Al-Syaibani telah menjelaskan pengertian kurikulum dalam pendidikan Islam dengan merujuk kamus bahasa Arab ialah manhaj yang bermakna jalan yang terang atau jalan terang yang dilalui oleh manusia pada pelbagai bidang kehidupannya. Kurikulum manhaj dimaksudkan sebagai jalan terang yang dilalui oleh pendidik atau guru pelatih dengan orang-orang yang dididik atau dilatihnya untuk mengembangkan pengetahuan, keterampilan dan sikap mereka. Beliau juga menyatakan bahawa Addamardasy Sarhan dan Munir Kalam telah mendefinisikan kurikulum sebagai sejumlah pengalaman pendidikan, budaya, sosial, olahraga dan seni yang disediakan oleh sekolah bagi murid-murid di dalam dan di luar sekolah dengan maksud menolongnya untuk berkembang menyeluruh dalam segala segi dan mengubah tingkah laku mereka sesuai dengan tujuan-tujuan pendidikan. Tyler (1950) mendefinisikan kurikulum sebagai segala pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh pihak sekolah sama ada dijalankan di dalam bilik darjah, di padang permainan atau dalam bahagian lain kehidupan pelajar. Menurut model Tyler, kurikulum boleh dibahagikan kepada empat komponen yang saling berkait iaitu objektif-objektif kurikulum, pengetahuan, pengalaman-pengalaman pembelajaran dan penilaian kurikulum. Perkaitan di antara komponen ini dapat digambarkan pada Rajah 1.1.
Objektif-Objektif kurikulum

Pengetahuan

Penilaian kurikulum

Pengalaman-Pengalaman Pembelajaran/Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Rajah 1.1 Model Tyler Nilai model kurikulum tersebut menunjukkan empat soalan asas yang digunakan dalam pembentukan sesuatu kurikulum baru iaitu; 1. apakah objektif-objektifnya? 2. apakah jenis kandungan yang digunakan? 3. apakah pengalaman-pengalaman atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang harus disediakan? 4. bagaimanakah hasilnya harus dinilai? Setelah meneliti pelbagai jenis definisi yang diberikan, kurikulum bolehlah difahamkan sebagai rancangan yang merangkumi aktiviti akademik seperti mata pelajaran dan kursus dan kegiatan luar bilik darjah seperti kelab dan persatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan. Kurikulum itu hendaklah mengandungi aktiviti-aktiviti sama ada akademik atau bukan akademik
6

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

yang boleh membantu murid-murid mencapai perkembangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pengalaman-pengalaman yang dirancang itu hendaklah selari dengan umur, kebolehan, minat dan kematangan. Biasanya, aktiviti-aktiviti akademik seperti mempelajari Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Kajian Tempatan dan Sains tergolong dalam kurikulum teras (corecuriculum). Manakala aktiviti-aktiviti bukan akademik seperti kegiatan kelab dan persatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan dikenali sebagai kokurikulum.

Objektif Kurikulum
Kurikulum yang telah dirancang untuk pelajar-palajar di sekolah mempunyai objektif. Antara objektif-objektif yang utama ialah; 1. ia berhasrat menghasilkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 2. ia berhasrat membentuk insan yang berupaya berfikir secara logis analitis, kreatif, inovatif serta memiliki ilmu pengetahuan yang benar. 3. ia bertujuan memperkembangkan potensi atau bakat dan keupayaan setiap individu. 4. ia menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan untuk membolehkan pembelajaran maksimum tercapai. 5. ia membolehkan murid-murid mempelajari nilai-nilai murni melalui pelbagai jenis mata pelajaran seperti Pendidikan Agama Islam, Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah, Geografi dan sebagainya. 6. ia berhasrat menghasilkan individu yang berakhlak mulia serta bersifat progresif. 7. ia berhasrat menghasilkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. 8. ia berhasrat melahirkan insan yang beragama, mempunyai kemantapan jiwa dan bersedia untuk berbakti. 9. ia bertujuan melahirkan individu-individu yang memahami serta menghayati cara hidup berdemokrasi. 10. ia bertujuan memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutamanya untuk mengembangkan potensi atau bakat dan keupayaan mereka.

Jenis-jenis Kurikulum
Menurut Dr. Ragbir Kaur (2005), jenis kurikulum terdiri daripada kurikulum idea, kurikulum rasmi atau nyata, kurikulum formal, kurikulum tak formal atau tersembunyi dan ko-kurikulum. a) Kurikulum Ideal Kurikulum ideal ialah satu kurikulum yang digubal dan dibentuk berlandaskan teori-teori ilmu pendidikan. Ia mengandungi komponen seperti; i. matlamat dan tujuan kurikulum ii. sukatan pelajaran dan huraiannya iii. bahan-bahan pelajaran termasuk buku panduan guru, sistem pelaksanaan dan penilaian kurikulum Kurikulum ideal biasanya digunakan untuk membentuk kurikulum rasmi b) Kurikulum Rasmi/Kurikulum Nyata Kurikulum rasmi juga dikenali sebagai kurikulum nyata. Denis Lawton (1975) dalam buku Kamaruddin & Siti Hajar (2004) menyatakan bahawa kurikulum nyata atau kurikulum tersurat merupakan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu. Ia
7

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

mematuhi peraturan, jadual waktu dan kegiatan kokurikulum yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Kurikulum nyata melibatkan segala bentuk aktiviti atau kegiatan sekolah sama ada di dalam atau di luar bilik darjah yang telah dirancang. Ciri nyata yang terdapat pada kurikulum jenis ini ialah ia sengaja dirancang dan tersurat iaitu terkandung dalam bahan yang telah dicetak dan boleh dibaca oleh semua orang. Kurikulum rasmi dibuat oleh pakar-pakar kurikulum di Kementerian Pendidikn Malaysia. Dua contoh kurikulum di Malaysia ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kedua-dua kurikulum rasmi ini mengandungi aspek-aspek yang berikut; i. ilmu pengetahuan serta kemahiran ii. nilai-nilai norma iii. unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia Ia terdiri daripada kurikulum formal dan kurikulum tak formal c) Kurikulum Formal Kurikulum formal merangkumi kurikulum akademik yang dilaksanakan melalui kurikulum pengajaran dan kurikulum operasi. Kurikulum pengajaran ialah kurikulum formal mengikut pentafsiran guru sendiri manakala kurikulum formal operasi merujuk kepada kurikulum yang benar-benar dilaksanakan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Kurikulum formal terdiri daripada; i. isi pengajaran dan pembelajaran ii. penilaian di dalam bilik darjah iii. aktiviti-aktiviti ko-kurikulum d) Kurikulum Tak Formal (Sembunyi) Kurikulum tersembunyi meliputi segala pengalaman yang dipelajari secara tidak formal atau informal. Ia meliputi pembelajaran yang diperoleh daripada penerapan nilai-nilai murni melalui peniruan tingkah laku guru. Ia juga meliputi penerapan nilai-nilai murni melalui pelbagai mata pelajaran, peraturan sekolah, aktiviti bahasa dan budaya sekolah. Menurut James (1968), kurikulum tersembunyi lahir daripada sekolah sebagai satu organisasi iaitu apa sahaja pelajaran di sekolah yang diterima oleh pelajar di luar kurikulum yang nyata. Manakala, Sockett (1976) menganggap setiap sekolah ada kurikulum yang tersembunyi yang dimiliki oleh pelajar-pelajar sahaja, tidak rasmi, meliputi pelbagai aspek kehidupan sekolah, termasuk bahasa pertuturan, jenaka, permusuhan dan pertentangan antara mereka, sikap terhadap pelajaran dan permainan, terhadap guru dan lain-lain. Ini dikenali sebagai budaya atau iklim sekolah yang dikatakan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. e) Kokurikulum Kokurikulum merujuk kepada aktiviti-aktiviti tambahan yang dijalankan selepas waktu pelajaran sekolah. Aktiviti ko-kurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan serta unit beruniform yang dijalankan di luar bilik darjah. Ia tidak termasuk dalam jadual waktu pengajaran mata pelajaran sekolah. Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang dipilih oleh pelajar mengikut masa lapang mereka.

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

Konsep Dan Definisi Pengurusan Bilik Darjah


Menurut Dr. Ragbi Kaur (2005), pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai prosedur-prosedur dan keperluan-keperluan yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sihat. Manakala, Lemlech (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan. Pengurusan bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Aspek yang diberi keutamaan adalah penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul (dalam Syed Ismail & Ahmad Subki 2010). Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar (2010) menyatakan konsep bilik darjah pada hari ini biasanya ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikal. Oleh itu, tempat seperti sebuah bilik atau ruang yang mengandungi sekumpulan pelajar di bawah pengawasan guru, sebuah padang yang digunakan untuk pendidikan jasmani, sekumpulan pelajar yang sedang menjalankan uji kaji dalam sebuah makmal sains dan sekumpulan pelajar yang sedang menonton program TV Pendidikan di pusat sumber boleh digolongkan bawah konsep bilik darjah. Pada dasarnya sebuah bilik darjah biasanya dilengkapi dengan kemudahan seperti kerusi dan meja pelajar yang disusun mengikut kehendak aktiviti pengajaran dan pembelajaran, papan tulis dan alat bantu mengajar termasuk dua puluh hingga dua puluh lima orang pelajar dalam lingkungan umur yang sama dan di bawah jagaan seorang guru. Selain itu, Hall (2000) menyatakan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja pelajar. Beliau juga mengatakan pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong. Menurut Levin dan Nolan (2004) adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Secara amnya, pengurusan bilik darjah merupakan seni atau amalan mengurus pelajar, kemudahan fizikal dan aktiviti demi membentuk suatu iklim alam belajar yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Mengikut Guey R. Lefroncis (1999) dalam bukunya Psychology for Teaching : Pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudah cara pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan peruntukkan masa pelajaran. Ringkasnya, pengurusan bilik darjah boleh dihuraikan sebagai proses untuk membentuk dan mengekalkan suatu alam belajar dan iklimnya yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran demi mencapai objektif pelajaran yang telah ditentukan. Konsep pengurusan bilik darjah boleh dipandang sebagai kerjasama antara guru dan pelajar-pelajar untuk mengurus segala aspek kehidupan dalam bilik darjah di samping aktiviti dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalamnya. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosio-emosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah


Menurut Dr. Ragbi Kaur (2005) terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah iaitu susun atur persekitaran fizikal bilik darjah, sosial dan emosi.

(i)

Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Seseorang guru itu perlu mengambil kira faktor-faktor berikut dalam merancang persekitaran fizikal untuk melicinkan lagi pengurusan bilik darjahnya iaitu dari segi corak duduk pelajar. Corak duduk pelajar-pelajar akan menentukan interaksi mereka dengan rakan sebaya. Corak duduk pelajar yang ditetapkan oleh guru dapat menghalang masalah disiplin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga mesti memastikan bahawa sekolah menyediakan peralatan seperti kerusi, meja dan loker untuk menyimpan barang-barang pelajar yang secukupnya. Tujuan menyediakan peralatan yang secukupnya adalah untuk membina satu iklim bilik darjah yang kondusif untuk semua pelajar. Selain itu, guru mesti memastikan terdapat ruang bekerja yang secukupnya untuk beliau membuat semua tugasannya dengan selesa dan tanpa sebarang gangguan. Fungsi susun atur bilik darjah yang diurus secara sistematik dan ruang kerja guru yang selesa adalah penting menentukan kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Susun atur bilik darjah boleh dilihat dalam rajah 1.2.

Rajah 1.2 Model Susun Atur Dalam Bilik Darjah Menurut Syed Ismail & Ahmad Subki (2010), bilik darjah yang baik mempunyai peralatan asas seperti papan hitam, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan pelajar, almari yang dihiasi dengan bahan-bahan bacaan, bahan bantuan mengajar dan peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar dan aktiviti berkumpulan. Pelajar mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang pelajar. Cahaya yang mencukupi serta pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Di samping itu, papan kenyataan juga haruslah dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer, CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria dan semangat kepada pelajar dan guru untuk berada lebih lama kerana berasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri. Ini akan mewujudkan perasaan saling bekerjasama, kekitaan dan semangat berdikari iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.
10

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

(ii)

Sosial

Dalam proses pengurusan bilik darjah yang baik, guru juga mesti menggalakkan perkembangan sosial pelajar-pelajarnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas. Guru hendaklah bersikap adil dan tidak pilih kasih serta semua pelajar di dalam kelas harus dilayan secara saksama. Beliau juga mesti mengajar murid-muridnya untuk tolongmenolong dan saling-menghormati di antara satu sama lain dalam mengekalkan peraturanperaturan kelas. Bagi meningkatkan lagi pengurusan bilik darjahnya, guru mesti berkongsi sumber serta idea-idea pengajaran dan pembelajaran dengan guru-guru lain di sekolahnya. Guru juga mesti rasa bangga dengan kelas dan pelajar-pelajar yang beliau mengajar di sekolah.

(iii)

Emosi

Menurut Syed Ismail & Ahmad Subki (2010), guru perlu mengurus emosi pelajar dengan berkesan supaya mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan diri. Mereka perlu belajar menerima hakikat terhadap diri, orang lain dan semula jadi secara seadanya. Emosi yang stabil membolehkan perlajar mengikut aliran semasa tanpa kehilangan identiti. Pelajar yang stabil emosinya juga akan mempunyai minat yang mendalam, disenangi kawan karib, boleh menerima demokrasi secara terbuka, suka berjenaka dan yang paling utama mereka boleh menanggung konflik yang berlaku di dalam bilik darjah. Emosi pelajar perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan supaya mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan apabila berada di dalam kelas dan berhadapan dengan guru dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Perubahan emosi juga akan membawa perubahan sikap yang akan memberi impak kepada pembelajaran. Emosi yang diurus dengan berkesan akan membangkitkan naluri ingin tahu pelajar dan sebaliknya jika tidak diurus dengan sempurna akan menyebabkan mereka berasa putus asa yang akan menjejaskan prestasi. Dalam menguruskan emosi pelajar, hubungan yang positif antara guru dan pelajar haruslah dibina terlebih dahulu. Untuk itu guru mestilah mengamalkan kepimpinan demokrasi dengan tidak terlalu mengokong pelajar. Guru juga perlu mengambil berat keperluan fisiologi dan akademik murid. Pengajaran pula haruslah lebih kepada menggunakan pendekatan secara asertif dan berpusatkan pelajar. Sehubungan itu, Dr. Ragbi Kaur (2005), mengatakan guru yang mempunyai corak kepimpinan yang demokratik mesti pandai menguruskan bilik darjahnya dengan membentuk satu suasana sosio-emosi yang kondusif dalam bilik darjah. Melalui kepimpinannya, guru perlu menyediakan satu suasana bilik darjah yang selesa untuk menarik minat pelajar-pelajarnya untuk belajar. Selain itu, guru mesti peka dengan tugasan-tugasan yang beliau berikan kepada pelajarpelajarnya. Beliau mesti memastikan yang orientasi setiap tugasan yang diberikan ialah kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif di kalangan pelajar-pelajarnya. Guru yang pandai mengurus bilik darjah dengan baik harus memastikan bilik darjah beliau merupakan satu tempat sibuk yang penuh dengan aktiviti supaya dapat merangsang pelbagai deria pelajar. Selain itu, guru mesti menentukan terdapat eksplorasi intelektual yang optima untuk pelajar-pelajarnya dalam bilik darjah. Beliau dapat melakukan ini dengan menyediakan buku-buku yang mengandungi aktiviti pengayaan dan menggunakan pelbagai jenis motivasi yang dapat menggerakkan pelajar untuk membuat semua tugasan mereka pada tahap maksima.

LATIHAN KENDIRI 1.1 1. Nyatakan empat cara kurikulum tersembunyi mempengaruhi kurikulum formal?

11

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

1.2

Perbandingan Pengurusan Kurikulum Dan Kurikulum Bilik Darjah

Di sekolah pengurusan kurikulum dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dan dianggotai oleh Penolong Kanan Kurikulum, Ketua Jabatan dan Ketua Panitia. Bagi guru mata pelajaran, kurikulum dimengertikan sebagai mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah berpandukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang didasarkan kepada Sukatan Pelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Manakala pelajar pula, pengertian kurikulum itu sebagai apa sahaja ilmu yang diajarkan oleh guru-guru kepada mereka di sekolah. Empat aspek penting dalam pengurusan kurikulum dan bilik darjah iaitu perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian.

Penilaian

Perancangan

ASPEK

Pemantauan

Pelaksanaan

Rajah 1.3 Aspek-Aspek Pengurusan Kurikulum Dan Kurikulum Bilik Darjah (Abd. Rahim Abd. Rasyid, 1999) Aspek Perancangan Pengurusan kurikulum Menetapkan visi dan misi kurikulum Menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum Menentukan jenis mata pelajaran elektif Merancang dan mengurus program pengajaran dan pembelajaran Memastikan sumber dan bahan pengajaran dan
12

Kurikulum bilik darjah Apa yang hendak diajar (rancangan pelajaran) Aktiviti pembelajaran murid Keperluan dan perkembangan individu Merancang kemajuan pelajar Penggunaan masa (semester/penggal) Penilaian/ujian/tugasan pelajar Pengayaan dan diagnosis Kurikulum mata pelajaran Kerja rumah dan latihan

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

Pelaksanaan

pembelajaran mencukupi Sebagai pendidik contoh meningkatkan tahap profesionalisme keguruan Membudayakan ilmu Melaksana kegiatan pembelajaran Melaksanakan kegiatan penilaian pelajar harian dan bulanan Menyusun dan melaksanakan program pengayaan dan baik pulih Melaksanakan kegiatan membimbing guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Melaksanakan program pengajaran Pemantauan oleh pentadbir terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah Fokus utama pemantauan ialah seperti; kaedah teknik cara pengajaran pembelajaran pelajar isi pengajaran ilmu yang disampaikan kejelasan suara penggunaan alat bantu mengajar kawalan bilik darjah pelajar memahami apa yang disampaikan serta mendapat kemahiran daripada pengajaran guru. Menilai keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran Merancang, mentadbir dan melaksanakan ujian dan peperiksaan Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan item ujian Pembinaan item dan skema pemarkahan Menyediakan bank soalan
13

Melaksanakan apa yang telah dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran Membuat target pengajaran/ pembelajaran Merealisasikan matlamat dan objektif yang ingin dicapai (jangka pendek/jangka panjang) Mendemonstrasikan kecekapan dan kemahiran pengajaran guru Melaksanakan jadual kerja dan tugas-tugas yang dilakukan

Pemantauan

Memantau kerja-kerja pelajar dan menentukan kemajuan mereka Membimbing, mengajar dan memberi tunjuk ajar Menentukan standard dan hasil yang ingin dicapai Membantu pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pelajaran Mewujudkan konsep mentoring dalam sistem dan organisasi pembelajaran di bilik darjah Mendorong kemajuan pelajar Membina keyakinan diri dan harga diri

Penilaian

Membentuk strategi mendapatkan maklum balas keberkesanan pengajaran, pembelajaran di bilik darjah, pencapaian pelajar, reaksi dan respon pelajar terhadap stail, cara dan kualiti guru melalui ujian dan peperiksaan Menggunakan situasi pembangunan dan maklum

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

Menentukan peperiksaan dalaman dan awam Menilai pencapaian murid Menentukan strategi peningkatan pencapaian akademik

balas sebagai asas menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melakukan pemerhatian bilik darjah dengan cara pelajar membuat latihan Menilai setakat mana sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran mencapai matlamat dan objektif yang ditentukan

Pengurusan kurikulum dan kurikulum bilik darjah hendaklah dijadikan oleh pengetua dan guru besar sebagai agenda utama dalam aktiviti hariannya di sekolah. Pengurusan kurikulum yang baik dan teratur akan dapat membantu guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih berkesan. Keperluan mendapatkan maklumat peningkatan pencapaian akademik pelajar dan aktiviti pemantauan kepada pengajaran guru perlu diberi keutamaan oleh pengetua dan guru besar dalam melaksanakan tugas hariannya. Dengan adanya maklumat dan data yang lengkap akan memudahkan pengetua dan guru besar merancang, melaksana dan menilai program serta aktiviti yang dilakukan oleh guru dan pelajar. Ini akan membolehkan mereka menjadi pengurus kurikulum berkesan yang dikagumi oleh semua guru dan pelajar.

LATIHAN KENDIRI 1.2 1. Nyatakan perbandingan pengurusan kurikulum dan kurikulum bilik darjah?

14

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

1.3

Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah Abad Ke-21

Memperkukuhkan generasi pelajar hari ini bagi menghadapi dan menangani cabaran-cabaran baru terutama tuntutan-tuntutan sebagai knowledge worker dalam era revolusi informasi abad ke-21 terletak di tangan dan bahu seluruh kaum guru dan pendidik di pelbagai peringkat lebihlebih lagi peringkat persekolahan rendah, amat memerlukan kesedaran yang tinggi bagi memperkembangkan dan mempertingkatkan setiap aspek profesionalisme keguruan ke suatu tahap yang tidak mungkin lagi dipertikaikan dan diperlekehkan oleh masyarakat dan negara. Peranan pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya dunia tanpa sempadan. Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan ideologi abad ke-21. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Revolusi maklumat yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abad ke-21. Perkembangan pendidikan baru dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan pendidikan dan profesion keguruan. Di sekolah, kebiasaannya sudah menetapkan kurikulum bagi berlainan mata pelajaran dan keperluan pula telah mengembangkan satu teknik bagi perkongsian yang adil untuk semua mata pelajaran menerusi waktu-waktu pengajaran dan jadual waktu. Jadi, guru pada keseluruhannya adalah terikat dengan kurikulum dan segelintir sahaja yang berani mengajar lebih dari apa yang dikehendaki oleh kurikulum dan sukatan pelajaran. Jika kurikulum dikehendaki bertugas untuk mencapai tujuan yang sebenar, ia perlu menolong pelajar-pelajar supaya mereka nampak tentang nilai yang telah lalu berkaitan dengan apa yang ada sekarang dan di masa yang akan datang. Ia patut melengkapkan pelajar-pelajar dengan berbagai kemahuan penting untuk hidup di zaman moden dan ia perlu menolong mereka supaya menjadi ahli yang bersepadu dengan masyarakat. Ada baiknya untuk bertanya jika kurikulum yang diikuti di kebanyakan sekolah menampung semua perkara ini. Di negara yang baru mencapai kemerdekaan, adalah menjadi satu kewajipan khas untuk mengkaji seluruh kurikulum sekolah dan merangkanya semula supaya ia sejajar dengan keperluan dan harapan sekarang. Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan perlaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari pembangunan dan kemajuan teknologi. Perancangan kurikulum abad ke-21 mestilah futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat kini. Warganegara Malaysia bagi abad ke21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa oleh arus globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa. Sebagai seorang penjaga, pendidik atau pekerja di era ini, kebanyakan dari kita memang tidak lari daripada ungkapan-ungkapan berhubung kemahiran abad ke-21 ini. Persekolahan kini harus diubah seiring dengan permintaan ekonomi terkini. Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Bagi perkembangan individu dalam ekonomi digital, pelajar-pelajar memerlukan kemahiran abad digital. Perubahan pendidikan selari dengan abad ke-21 adalah penting untuk menyediakan pelajar untuk berhadapan dengan dunia di luar bilik darjah. Terdapat empat jenis kemahiran yang diberi tumpuan iaitu literasi digital (literasi maklumat), pemikiran kreativiti,
15

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

kemahiran berfikir secara kompleks dan komunikasi interaktif. Jelas bahawa kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis dan mengira, literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital. Literasi budaya dan kesedaran global turut menjadi tuntutan abad ke-21. Sememangnyalah literasi digital berhubung teknologi maklumat dan visual adalah menjurus kepada ICT. Dengan pengalaman menggunakan ICT, guru-guru dan pelajar boleh meningkatkan kemahiran tersebut. Literasi digital dalam konteks kemahiran abad ke-21 bermaksud keupayaan pengguna menggunakan kemahiran tersebut dengan cekap dan berkesan.

Ciri-Ciri Guru Abad Ke-21

Rajah 1.4 Ciri-Ciri Guru Peranan ICT akan memberikan cabaran besar terhadap profesion keguruan. Guru perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Untuk menerajui pendidikan pada masa akan hadapan, setiap guru perlu memahirkan diri dengan ICT. Strategi meningkatkan penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada kemampuan pengetua dan guru-guru menguruskannya. Oleh itu, setiap guru mesti menguasai kemahiran ICT. Keterampilan dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke-21. Pencarian maklumat melalui internet merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan pada masa akan datang. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga, kesedaran global di era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Pemikiran asas pencipta, kreativiti berfikir secara kompleks dan komunikasi interaktif tersedia luas dalam persekitaran digital. Walau bagaimanapun, guru haruslah berkemahiran menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memupuk daya kreativiti dan pemikiran kompleks. Guru-guru bukan sahaja setakat perlu memahami persekitaran digital tetapi mempunyai kemahiran untuk mengintegrasikan teknologi digital tersebut bersesuaian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

16

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

Ciri-Ciri Pelajar Yang Dihasratkan Pada Abad Ke-21

Rajah 1.5 Ciri-Ciri Pelajar Para pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan datang. Pelajar harus bersikap matang dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Pada masa sekarang pelajar haruslah sentiasa mengikut perkembangan dalam setiap maklumat kerana persaingan yang ramai. Pelajar yang ketinggalan tidak akan bersaing dan akan sentiasa ke belakang. Perkembangan semasa penting untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani. Pelajar harus dididik dari sekarang supaya terbiasa dengan arus dunia sekarang.

Kemahiran Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21

Rajah 1.6 Kemahiran Pengajaran Dan Pembelajaran

17

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

Pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang boleh diterapkan pada pelajar abad ke-21 ini. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi. Semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan Youtube. Masyarakat yang kreatif dan inovatif amat diperlukan supaya matlamat negara dapat dicapai. Masyarakat yang kreatif bermaksud masyarakat yang mempunyai kebolehan mewujudkan sesuatu yang baharu sama sekali. Pemikiran kreatif dan inovatif dijadikan penguasaan asas ilmu dalam kalangan guru untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar. Definisi pemikiran kreatif menurut George, 1970 ialah pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semula jadi yang kompleks (Edward de Bono,1997). Untuk merangsang daya kreativiti pelajar, sistem pendidikan di negara ini perlu menekankan aspek percambahan idea dalam kalangan pelajar. Pembelajaran dalam bilik darjah perlu menjadi tempat di mana pelajar-pelajar dapat mengemukakan idea-idea yang bernas dan seterusnya berkongsi idea dengan rakan-rakan yang lain untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Percambahan idea ini boleh dirangsang melalui pendekatan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah. Sebagai contoh, seorang guru yang kreatif boleh meminta pelajar untuk bekerja dalam beberapa kumpulan kecil untuk menyelesaikan sesuatu masalah di dalam bilik darjah. Pembaharuan perlukan perubahan. Perubahan yang sangat utama dan penting ialah perubahan dari segi perlakuan, sikap dan paradigma agar setiap orang mampu berfungsi dan bersaing secara cekap dan berketerampilan. Untuk membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, guru-guru hendaklah sanggup menghadapi perubahan dan berpandangan jauh ke hadapan. Satu daripadanya ialah konsep belajar sepanjang hayat perlu menjadi amal budaya dan setiap pelajar perlu menguasai belajar cara belajar iaitu dari segi; 1. 2. 3. 4. belajar untuk mengetahui (learning to know) belajar untuk membuat (learning to do) belajar untuk menjadi insan sempurna (learning to be) belajar untuk hidup bersama (learning to live together)

Selain itu, teknologi dapat mempermudah tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pembelajaran. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

Teori Pembelajaran Kurikulum Abad Ke-21


Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam perlaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke-21. Pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran komputer yang akan digunakan secara meluas. Globalisasi yang asaskan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan budaya dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan.
18

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke-21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam bilik darjah. Guru berperanan sebagai fasilitator pembelajaran dan sebagai pembekal maklumat. Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membantu dan mengukuhkan minat pelajar terhadap pembelajaran. Pelajar dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu telah dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab. Guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai sumber pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Teknologi pendidikan merupakan satu bidang dan amalan etika yang praktik untuk memudah cara dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber pendidikan dan proses teknologi yang sesuai. Pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan komputer sebagai komponen utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan TMK secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pelajar. Pembelajaran berasaskan sumber pendidikan berteknologi tinggi (literasi digital) merujuk kepada pewujudan dan penyediaan kemudahan peralatan seperti perkakasan perisian dan rangkaian internet kepada semua warga sekolah yang ingin mendapatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai sama ada melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal atau secara kendiri. Pembelajaran berasaskan literasi digital pada dasarnya dapat dilaksanakan merentas sempadan dan masa dengan adanya peralatan digital berbentuk maya. Pembelajaran masteri melibatkan pelajar menunjukkan penguasaan bahan-bahan tertinggi sebelum mereka meneruskan dengan bahan-bahan yang baru. Dua elemen penting yang melibatkan strategi pengajaran ialah konsep yang dibetulkan (corrective), tindak balas pengayaan (enriching) dan kesepaduan komponen-komponen pengajaran. Pembelajaran masteri telah diaplikasikan secara meluas di sekolah. Penyelidikan menunjukkan ia boleh memperbaiki dan meningkatkan keberkesanan pengajaran (Block, Efthim & Burns, 1989; Slavin, 1987). Selain itu, kaedah pengajaran yang melibatkan konsep kolaboratif adalah sangat efektif untuk mendapatkan pengetahuan. Oleh sebab itu jika pengajaran adalah untuk meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah, maka pembelajaran kolaboratif adalah lebih berfaedah dan bersesuaian. Pembelajaran dapat dipertingkatkan apabila ia berbentuk satu kumpulan. Pelajar berkumpul bersama-sama untuk menjelajahi satu persoalan atau isu yang signifikan atau membangunkan sesuatu projek. Pendekatan pengajaran berasaskan projek (project based learning) pula berfokus kepada tugasan amali secara sistematik dan terancang yang diberikan kepada pelajar secara individu atau kumpulan dan perlu disiapkan dalam jangka masa tertentu. Pembelajaran ini adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh memupuk daya mencipta, kreativiti dan pemikiran kompleks pelajar abad ke-21. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran sejarah dan sains misalnya, boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi interaktif di mana pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Sekolah harus menyediakan peluang pendidikan dengan kurikulum berasaskan projek yang autentik dengan keadaan kehidupan sebenar, melibatkan pelajar menangani dan menyelesaikan masalah kehidupan sebenar serta isu yang penting dalam kehidupan sejagat. Pendidikan yang diberikan harus meningkatkan pengetahuan dan kreativiti pelajar dan pada masa yang sama membolehkan pelajar berfikir, menaakul, membuat keputusan
19

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

yang bijak, bekerja sebagai ahli pasukan dan melihat perhubungan dan perkaitan antara ilmu yang dipelajari merentas kurikulum.

Kekangan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Rajah 1.7 Kekangan Dan Cabaran Penggunaan ICT Pendidikan, sekolah dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Namun terdapat juga beberapa kekangan dan cabaran penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligence yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kognitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya. IT juga merupakan bidang kecerdasan yang penting dalam era ICT. Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dari segi ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur, pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digital yang berlaku, terutamanya di luar bandar dan di kalangan kaum. Sekolah dan profesion keguruan perlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital khususnya pelajar miskin dan luar bandar. Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah pada masa kini tidak seragam. Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer di dalam makmal. Ada yang memiliki sambungan internet, ada yang tidak. Cabaran pada masa kini
20

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses internet sahaja tidak menjamin keberkesanan pembelajaran secara online. Sikap guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk memastikan keberkesanannya sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran. Untuk membina, membangun dan mengintegrasi sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun mempunyai kemahuan menggunakan teknologi dalam pengajaran, mempunyai kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad akan terus menjadi penghalang utama dalam dunia digital. Terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional/konvensional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional. Teknologi ICT memberi cabaran baru kepada profesion guru dan sistem pendidikan di sekolah menengah yang masih belum mengalami perubahan yang drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi ini. Sumber pengetahuan utama abad ke-21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu, kemudahan seperti komputer, multimedia, cakera padat dan internet perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibantu sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan sahaja bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar. Jelas sekali bahawa pengurusan kurikulum abad ke-21 di kalangan pelajar dan guru memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan persekolahan dan kemahiran kurikulum bilik darjah abad ke-21. Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang sangat pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibu bapa dan perancang pendidikan perlu melihat isu-isu cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif.

LATIHAN KENDIRI 1.3 1. (a) Bagaimanakah guru mengaplikasikan pengajaran berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan bekesan? (b) Huraikan kekangan yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

21

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

1.4

Kepentingan Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

Dalam membuat sesuatu perkara, kita perlu mempertimbangkan kepentingan perkara tersebut. Tanpa kepentingan, sesuatu perkara tersebut tidak akan bermakna. Dalam konteks pengurusan kurikulum bilik darjah, kepentingannya amat penting dalam menentukan keberkesanan pelaksanaannya. Terdapat beberapa kepentingan pengurusan kurikulum bilik darjah, antaranya adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah.

Rajah 1.8 Kepentingan Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

Proses Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan


Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah perlu dirancang dengan baik supaya proses P&P berkesan dan objektif pembelajaran tercapai dengan jayanya. Perkara ini boleh tercapai apabila seseorang guru itu menjalankan pengurusan kurikulum bilik darjah dengan berkesan. Dalam menentukan keberkesanan proses P&P, guru telah menerapkan pelbagai kaedah, strategi dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar. Dalam abad ke-20, proses pengajaran di dalam bilik darjah lebih kepada menggunakan kaedah tradisional iaitu pembelajaran berpusatkan guru. Kaedah ini hanya melibatkan interaksi sehala di mana semua input hanya dikeluarkan oleh guru sahaja tanpa penglibatan sepenuhnya oleh pelajar. Antara strategi berpusatkan guru yang menarik adalah pengajaran mikro, kuliah, pengajaran secara kelas, demonstrasi dan sebagainya. Tetapi dalam abad ke-21, proses pengajaran dan pembelajaran lebih kepada strategi pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Strategi ini menekankan lebih banyak peranan dan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan guru sentiasa tertumpu pada faktor kerjasama, kebebasan bekerja, mengadakan aktiviti secara kumpulan, berpasangan dan sebagainya. Dalam proses P&P, pelajar perlu berinteraksi, bertukar-tukar pandangan dan terdorong untuk membuat keputusan yang berkesan. Contoh strategi yang digunakan adalah seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran kolaboratif, sumbang saran, simulasi, main peranan, perbincangan dan sebagainya. Teknik dan strategi yang digunakan oleh guru amat penting dalam memastikan pengurusan kurikulum bilik darjah yang baik seterusnya meningkatkan keberkesanan proses
22

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Proses P&P yang berkesan akan mendorong kepada peningkatan pencapaian pelajar dalam akademik.

(i)

Tingkah Laku Pelajar Terkawal

Tingkah laku pelajar sangat mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Bilik darjah yang berada dalam keadaan terkawal akan memudahkan guru meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lancar. Melalui beberapa strategi dalam pengurusan kurikulum bilik darjah, disiplin dan tingkah laku pelajar akan lebih mudah untuk dikawal. Tingkah laku pelajar boleh dikawal sekiranya guru tersebut mempunyai kemahiran pengawalan bilik darjah yang baik. Sebagai contoh, guru boleh mengadaptasikan teori pembelajaran behaviorisme dalam mengawal tingkah laku pelajar. Dalam teori pembelajaran behaviorisme, pelajar perlu diberi pengukuhan dan peneguhan yang bersesuaian sama ada positif atau negatif bergantung dengan tingkah laku pelajar tersebut. Menurut Kamarudin dan Siti (2004), pengukuhan adalah penting kerana ia merupakan alat untuk menentukan tingkah laku yang dikehendaki berlaku dengan baik. Dalam prinsip ini, sesuatu tingkah laku yang betul perlu diteguhkan oleh guru dengan cara memberi pengukuhan yang positif. Contoh pengukuhan positif adalah seperti pujian, mempamerkan keistimewaan, memberi pelajar pengiktirafan, memberi maklum balas yang memberangsangkan, memberi dorongan serta galakan, memberi hadiah dan sebagainya. Dengan adanya pengukuhan seperti ini, maka pelajar akan sentiasa mengekalkan tingkah laku yang diingini. Menurut Model (2005) dalam Hasani dan Johdi (2009), pelajar yang tidak pernah dipuji tentang tingkah laku mereka yang positif tidak akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. Jika pelajar melakukan tingkah laku yang tidak diingini pula, maka pelajar tersebut perlu diberikan peneguhan yang negatif seperti hukuman dan dendaan supaya mereka tidak mengulangi tingkah laku tersebut. Maka, jelaslah bahawa pengukuhan dan peneguhan amat penting dalam mengawal tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah.

RAJAH 1.9 Cara Mengawal Tingkah Laku Pelajar Berdasarkan Teori Pembelajaran Behaviorisme

(ii)

Motivasi Belajar Meningkat

Motivasi merupakan dorongan semula jadi yang wujud dalam diri manusia. Dalam proses pembelajaran, motivasi adalah unsur penting yang dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka. Motivasi pelajar untuk belajar dapat ditingkatkan melalui pengurusan kurikulum bilik darjah yang berkesan. Aktiviti P&P yang menarik dan bersesuaian dengan gaya belajar serta jenis kecerdasan murid akan meningkatkan lagi minat mereka untuk mengikuti pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner, terdapat sembilan jenis kecerdasan pelbagai pelajar. Jenis-jenis kecerdasan tersebut adalah seperti kecerdasan muzik, kecerdasan logik-matematik, kecerdasan naturalis, kecerdasan verbal linguistik, kecerdasan kinestetik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan ruang-visual, dan kecerdasan
23

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

eksistensialisme. Jika seseorang guru tersebut menjalankan aktiviti yang pelbagai mengikut jenis kecerdasan pelajar di dalam bilik darjah, maka secara tidak langsung akan mengembangkan potensi pelajar seterusnya meningkatkan motivasi dalam diri pelajar tersebut untuk terus belajar. Selain itu, penggunaan elemen rangsangan dan tindak balas akan dapat membantu meningkatkan minat dan motivasi pelajar selain menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Elemen-elemen ini bertindak sebagai daya penggerak dalam diri seseorang pelajar untuk terus belajar (Kamarudin dan Siti, 2004). Dalam proses P&P, pelbagai rangsangan boleh dicipta. Antaranya adalah seperti mempelbagaikan tingkah laku dan pola interaksi guru dan pelajar, mempelbagaikan pengalihan saluran deria, mempelbagaikan aktiviti, pendekatan, kaedah dan teknik, mempelbagaikan alat bantu mengajar dan sebagainya. Bagi pelajar yang lemah atau berprestasi rendah, mereka perlu diberi perhatian oleh guru sewaktu proses pembelajaran dalam bilik darjah. Perhatian yang serius daripada guru terhadap golongan ini akan dapat mengatasi masalah pelajar kurang minat untuk belajar seterusnya dapat meningkatkan keinginan pelajar terbabit untuk melibatkan diri dalam aktiviti P&P.

(iii)

Pembelajaran Menyeronokkan

Pembelajaran yang menyeronokkan akan meningkatkan keinginan pelajar untuk terus belajar ke arah mencapai keputusan akademik yang baik. Pelbagai aktiviti, teknik, kaedah dan pendekatan boleh digunakan oleh guru dalam menghasilkan satu suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Sebagai contoh, pembelajaran berasaskan teknologi dengan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai akan menghasilkan satu pembelajaran yang interaktif. Dalam abad ke-21, generasi Y lebih cenderung ke arah penggunaan teknologi. Guru harus mengambil kira perkara tersebut dan mengaplikasikan pengajaran berbantukan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar tidak bosan kerana dapat menerokai dunia teknologi sambil belajar. Untuk menghasilkan pembelajaran yang efektif, guru harus memastikan pelajar bersedia, aktif dan seronok sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Maka, jelaslah bahawa dengan adanya pengurusan kurikulum bilik darjah yang baik akan menghasilkan satu pembelajaran yang menyeronokkan.

(iv)

Murid Lebih Inovatif dan Kreatif

Setiap pelajar mempunyai jenis kecerdasan masing-masing. Jadi, pelajar-pelajar ini ada potensi dan bakat tersendiri yang terpendam. Tugas guru adalah memastikan setiap potensi pelajar dikembangkan supaya mereka dapat menjadi modal insan yang baik dan kreatif. Berdasarkan Teori Konstruktivisme, proses pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada pelajar. Pelajar perlu bertindak aktif, berkolaborasi, bebas menyatakan pandangan dan pendapat masing-masing, meneroka sendiri sesuatu ilmu serta sentiasa berinteraksi dengan persekitaran. Pelbagai aktiviti, pendekatan kaedah dan teknik boleh digunakan antaranya seperti kognitif bersituasi, scaffolding, perantisan kognitif, tutoring, pembelajaran berasaskan projek atau project-based learning (PBL), pembelajaran berorientasikan penyelidikan dan sebagainya. Pendekatan-pendekatan ini pastinya akan dapat membangunkan dan mengembangkan kepelbagaian potensi pelajar. Dengan adanya pembelajaran berasaskan pengalaman, pelajar akan menjadi lebih inovatif, kreatif dan berkemahiran.

LATIHAN KENDIRI 1.4 1. Pengurusan kurikulum bilik darjah yang berkesan penting bagi seseorang guru untuk mengawal tingkah laku pelajarnya. Jelaskan perkara tersebut.
24

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

RUMUSAN
Pendidikan yang berkesan dapat menghasilkan individu yang seimbang dan baik selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan. Individu sedemikian akan mempunyai nilai moral yang tinggi, mulia, daya ketahanan yang kukuh dan daya saing yang tinggi. Di samping itu, sistem pedidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan usaha generasi alaf baru. Pengurusan kurikulum yang baik dan teratur akan dapat membantu guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih berkesan. Di dalam bilik darjah, pusat kuasa mengawalnya melibatkan pengetua, guru, ibu bapa dan sekolah itu sendiri di mana setiap individu mempunyai peranan masing-masing. Bilik darjah dan proses pembelajaran perlu dilihat dari pelbagai. Ini kerana mereka juga mempelajari kandungan matapelajaran yang telah ditentukan oleh pengurusan sekolah. Kepelbagaian ini juga adalah seperti guru berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru yang menguruskan kurikulum bilik darjah dengan mengambil berat terhadap aspekaspek kandungan kurikulum pelajar. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan selaras dengan pembaharuan semasa.

25

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

GLOSARI
Anjakan Paradigma : Peralihan paradigma (pemikiran/pengetahuan/kemahiran) daripada satu lingkungan atau batasan kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik) : Ruang atau tempat pelajar belajar di sekolah : Peningkatan saling bergantungan antara sesebuah negara dengan negara lain, terutama dari segi ekonomi sehingga mewujudkan satu pasaran ekonomi dunia yang tiada hadkan oleh sempadan negara : Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) : Interaksi yang berlaku antara guru dengan murid, tetapi hanya guru yang memberi maklumat manakala murid hanya mendengar : 1. Suatu layanan komunikasi yang menggunakan komputer sama ada secara langsung mahupun tidak langsung ke seluruh dunia 2. Jaringan komputer yang saling terhubung secara global yang membolehkan pengguna internet saling bertukar maklumat/data melalui jaringan tersebut. : Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi pendidikan seperti di sekolah dan universiti : Mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu digital : 1. Sesuatu kemahiran yang digunakan apabila maklumat tertentu diperlukan. 2 . Kebolehan mencari dan memperoleh maklumat dalam apa jua format 3. Mengakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif. : Perisian atau aplikasi yang berasaskan komputer dan menggabungkan sekurang-kurangnya dua atau lebih daripada dua media; iaitu teks, grafik, animasi, audio dan video. : Lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kesedaran yang ada : Perihal, perbuatan atau proses melaksana (menjalankan, mengusahakan) rancangan dan tugas : Perbuatan atau hal mengurus sesuatu

Bilik Darjah Globalisasi

ICT

Interaksi sehala

Internet

Kurikulum

Literasi

Literasi maklumat

Multimedia

Paradigma

Pelaksanaan

Pengurusan

26

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

Pengurusan Kurikulum

: Amalan mengurus rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. : Amalan mengurus murid, kemudahan fizikal dan aktiviti demi membentuk suatu iklim alam belajar yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah : Imbangan, perimbangan, persamaan : Perbuatan atau merancang sesuatu : Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah : Penggunaan teknologi di dalam sistem pengkomputeran sama ada dalam bentuk perkakasan (hardware) atau perisian (software). Contohnya, perisian dan perkakasan yang memudahkan penyimpanan dan pemprosesan data di dalam sesebuah komputer

Pengurusan Bilik Darjah

Perbandingan Perancangan Proses P&P

Teknologi komputer

27

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

BIBLIOGRAFI
Abd. Rahim Abd. Rashid. 1999. Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Rahim Hussein. 1996. Memupuk Kemahiran Berfikir. Umida Industries Sdn. Bhd., Skudai. Abdul Rahim Hamdan. 2007. Pengajian Kurikulum. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Akhiar Pardi, Shamsina Bt. Shamsudin. 2010. Rancangan Pengajaran Harian dalam Pengurusan pengajaran & Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Selangor. Block, J H., Efthim, H E. & Burns, R B. 1989. Building Effective Mastery Learning School. New York: Longman. De Bono, E. 1997. Pemikiran Lateral. Golden Books Centre Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Dr. Ragbir Kaur a/p Jogider Sigh. 2005. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasa Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Hassan Langgulung. 1989. The Ummatic Paradigm of Psychology. Kertas Kerja International Seminar on Islamic Philosophy and Sciene, USM, Pulau Pinang. Hirst, P. 1974. Knowledge and the Curriculum. Boston. Routledge & Kegan. Inlow, G.M. 1973. The Emergent of Curriculum. Edisi ke-2. New York. Wiley. J.S. Farrant. 1981. Prinsip dan Amali Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Karyazano Enterprise. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1979. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Daud Hamzah dan Koh Tsu Koon. 1992. Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Praktis ( Terjemahan dari S. Howard Nicolls dan Audrey Nicholls). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh 2009. Pengurusan Biik Darjah dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur. McGraw Hill. Nor Azmi Ibrahim. 1998. Kurikulum Abad Ke-21: Pengembangan dan Penekanan, Jurnal Kurikulum Pusat Perkembangan Kementerian pendidikan, Kuala Lumpur. Omardin Ashaari, 1996. Pengurusan sekolah. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Razali Aroff. 1991. Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
28

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

Saylor, J.G., W.M. Alexander dan A.J. Lewis. 1981. Curriculum Planning for Better Teaching and Learning. New York: Holt, Rinehart and Winston, Inc. Socckett. H. 1976. Designing The Curriculum. London: London Open Book. Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Maskon, 2010. Budaya dan pembelajaran. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Tyler R. W. 1950. Basic Principles of Curriculum and Insruction. Chicago: University of Chicago Press. Wan Liz Ozman Wan Omar. 2000. Mengurus Agenda Abad 21: Cabaran Dan persiapan Dalam Era Globalisasi, Golden Centre Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Warwick, D. 1975. Curriculum Structure and Design. London: University of London Press.

http://mujahid.tripod.com/kurikulum_abad21.html http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/213-literasi-maklumat.html http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/210-kemahiran-abad-ke-21.html http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0617&pub=kosmo&sec=Rencana_Uta ma&pg=ru_01.html

29

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

LATIHAN KENDIRI
SOALAN OBJEKTIF
1. Definisi paling tepat tentang kurikulum ialah A. Semua pengalaman pembelajaran sama ada akademik atau gerak kerja luar yang dirancang bagi menolong pelajar mencapai tujuan pendidikan B. Semua pengalaman aktiviti luar bilik darjah yang dirancang untuk membantu pelajar-pelajar menepati matlamat pendidikan C. Semua mata pelajaran yang dirancang untuk pelajar-pelajar di sekolah D. Semua pengalaman yang dicapai melalui penyertaan aktiviti-aktiviti akademik di sekolah 2. Manakah berikut merupakan contoh hasil daripada kurikulum tersembunyi? A. Pelajar mengikuti pelajaran di bilik darjah B. Pelajar mengikuti tunjuk ajar guru di padang C. Pelajar mempelajari satu-satu permainan D. Pelajar memakai pakaian kemas kerana mencontohi gurunya 3. Pengurusan bilik darjah yang baik membayangkan ciri-ciri berikut, kecuali A. Rutin digunakan dalam bilik darjah B. Peraturan-peraturan bilik darjah adalah tersusun dan jelas C. Pengakuan bahawa setiap orang pelajar adalah berbeza D. Pemberian layanan yang khas terhadap sebilangan pelajar 4. Pembelajaran dapat dipertingkatkan apabila ia berbentuk satu kumpulan. Pelajar berkumpul bersama-sama untuk menjelajahi satu persoalan atau isu yang signifikan atau membangunkan sesuatu projek. Apakah model pembelajaran yang sesuai bagi pernyataan di atas? A. Pembelajaran masteri B. Pembelajaran kolaboratif C. Pembelajaran konstruktivisme D. Pembelajaran behaviorisme 5. Sebagai guru, anda ingin meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap pengajaran anda. Dengan itu, anda berusaha untuk memilih isi pelajaran yang sesuai. Apakah kriteria-kriteria yang akan anda ambil kira dalam tugasan tersebut? I. Isi pelajaran hendaklah seimbang dengan pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar II. Isi pelajaran seharusnya sejajar dengan tahap kebolehan pelajar-pelajar III. Isi pelajaran sepatutnya diambil dari buku-buku teks IV. Isi pelajaran hendaklah mendorong serta mencabar pelajar-pelajar A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II dan IV sahaja

30

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

6. Pengurusan kurikulum bilik darjah amat penting untuk dikuasai oleh seseorang guru Apakah kepentingan pengurusan kurikulum bilik darjah? I. Guru mudah mengawal disiplin pelajar II. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan III. Meningkatkan potensi dan cara berfikir pelajar IV. Meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar A. I,II dan III C. II,III dan IV B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV

31

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

SOALAN ESEI
1. Huraikan tiga faktor yang membawa kepada pengurusan bilik darjah yang berkesan. 2. Terangkan lima perkara yang boleh diperhatikan oleh guru semasa melaksanakan kurikulum dalam bilik darjah. 3. Apakah perbandingan pengurusan kurikulum dan kurikulum bilik darjah pada peringkat perancangan yang perlu dilakukan oleh guru? kemahiran pembelajaran kreatif dan inovasi kemahiran maklumat, media dan teknologi kemahiran hidup dan kerjaya Jadual 1 4. Jadual 1 merupakan tiga kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran kurikulum bilik darjah abad ke-21. Huraikan. 5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) boleh meningkatkan keberkesanan dan kecekapan seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanakah seorang guru mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran? SKEMA JAWAPAN OBJEKTIF 1. 2. 3. 4. 5. 6. A D D B D D

SKEMA JAWAPAN OBJEKTIF 1. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat mempertingkatkan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Tiga faktor yang membawa kepada pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah seperti berikut; a) Keselesaan Dan Keluasan Tempat Bekerja - Guru mesti memastikan yang tempat di mana pelajar-pelajar selalu bergerak dan bekerja bebas daripada sebarang kesesakan - Guru mesti memastikan yang terdapat ruang yang cukup untuk guru bekerja dan menguruskan semua rutin akademik dan bukan akademiknya b) Skop Pandangan Pelajar - Guru juga mesti memastikan yang guru boleh nampak semua pelajar dengan senang - Langkah ini akan memastikan bahawa tidak ada masalah disiplin yang tidak dikehendaki - Guru mesti memastikan yang semua pelajar dapat melihat presentasi/demonstrasi yang dibuat di hadapan kelas dengan jelas

32

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

c) Senang Untuk Diakses - Guru mesti memastikan bahan pengajaran dan bahan-bahan untuk aktiviti-aktiviti pelajar mudah untuk diakses. Ini akan melicinkan lagi segala urusan proses pengajaran dan pembelajaran 2. Lima perkara yang boleh diperhatikan oleh guru semasa melaksanakan kurikulum di dalam bilik darjah ialah; a) menentukan pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan b) merancang strategi pelaksanaan yang hendak digunakan bagi menjamin pencapaian objektif mata pelajaran c) menentukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran serta kaedah dan teknik pengajaran d) penilaian terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran e) persekitaran, minat serta latar belakang pelajar 3. Aspek Perancangan Pengurusan kurikulum Menetapkan visi dan misi kurikulum - Menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum - Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum - Menentukan jenis mata pelajaran elektif - Merancang dan mengurus program pengajaran dan pembelajaran - Memastikan sumber dan bahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi - Sebagai pendidik contoh meningkatkan tahap profesionalisme keguruan - Membudayakan ilmu Kurikulum bilik darjah Apa yang hendak diajar (rancangan pelajaran) Aktiviti pembelajaran murid Keperluan dan perkembangan individu Merancang kemajuan pelajar Penggunaan masa (semester/penggal) Penilaian/ujian/tugasan pelajar Pengayaan dan diagnosis Kurikulum mata pelajaran Kerja rumah dan latihan

kemahiran pembelajaran kreatif dan inovasi kemahiran maklumat, media dan teknologi kemahiran hidup dan kerjaya 4. i. Kemahiran pembelajaran kreatif dan inovasi - Mencipta sesuatu yang baru - Nota minda & grafik - Menjana idea & pembaharuan

33

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

ii. Kemahiran maklumat, media dan teknologi - Lima bentuk teknologi era digital - Mobiliti (bergerak) - Connectivity (penyambungan) - Rangkaian sosial - Enjin carian - Portal perkongsian maklumat iii. Kemahiran hidup dan kerjaya - Meningkatkan kemahiran dalam mereka cipta - Pendedahan peluang kerjaya - Masa depan 5. Pendahuluan - Teknologi Maklumat dan Komunikasi amat penting dalam rutin harian sebagai seorang pendidik - perkembangan ICT begitu pantas, untuk itu kita tidak perlu lari darinya - perlu tahu yang mana perlu untuk keperluan kita sebagai seorang pengguna dan sebagai seorang pendidik - bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses P&P - terancang dan bersesuaian (iaitu, bila perlu, bila tidak, dan bagaimana?) - penggunaan ICT secara tidak langsung akan membantu dan mendorong kita untuk melakukan anjakan paradigma dalam proses P&P - akan melahirkan satu persekitaran pembelajaran yang lebih baik - anjakan dari sistem pendidikan masyarakat industri ke masyarakat maklumat dikatakan berlaku apabila teknologi memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Tugas Guru Sistem pendidikan Masyarakat Industri Pencetus pengajaran Pengajaran secara keseluruhan kelas Menilai pelajar Meletakkan kemahiran komunikasi pada tahap yang rendah Pelajar Kebanyakan pasif Belajar kebanyakannya di sekolah Sukar dalam kerja kumpulan Ambil soalan dari buku atau guru Belajar menjawab soalan Minat belajar rendah Kurang berkemahiran Sistem Pendidikan Masyarakat Maklumat Bantu pelajar mendapatkan laluan pengajaran Bimbing pelajar belajar kendiri Bantu pelajar menilai kerja sendiri Meletakkan kemahiran komunikasi pada tahap yang tinggi Lebih aktif Belajar di sekolah dan di luar sekolah Lebih kerja berkumpulan Mendapat jawapan untuk menjawab soalan Bertanya soalan Minat belajar yang tinggi Berkemahiran

34

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

Persekitaran pembelajaran kini yang lebih baik apabila teknologi digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL Pemusatan guru Simulasi satu cara/arah Satu media Kerja bersendirian Menyalurkan maklumat Pembelajaran pasif Pembelajaran berasaskan pengetahuan dan fakta PERSEKITARAN PEMBELAJARAN KINI Pemusatan pelajar Pelbagai kaedah terkini Pelbagai media Kerja secara kolaboratif Bertukar maklumat Pembelajaran aktif/penerokaan/inkuiri penemuan Pemikiran kritikal dan membuat keputusan dengan bermaklumat

35

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

LAMPIRAN
ISU 1

36

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

ISU 2

37

(Topik 1: Konsep Dan Pengertian Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah)

ISU 3

38