Anda di halaman 1dari 20

Tajuk

: Memahami trend populasi

Pengenalan

Populasi ialah sekumpulan organisma daripada spesis yang sama, habitat yang sama dan pada masa yang sama. Pertumbuhan populasi adalah perubahan pada saiz populasi (N) merentasi masa. Pertumbuhan populasi ini boleh dilihat berdasarkan nataliti (kelahiran), mortaliti (kematian), imigrasi dan emigrasi. Faktor pertumbuhan populasi ini boleh dilihat seperti formula berikut ; Pertumbuhan Populasi = (Nataliti + Imigrasi ) (Mortaliti + Emigrasi )

Nataliti bagi sesuatu organisma dapat menigkatkan saiz populasi sesuatu spesis. Setiap spesis mempunyai kadar kelahiran maksimum masing- masing. Kadar kelahiran maksimum apabila keadaan adalah ideal iaitu keperluan asas yang mencukupi. Ini dapat membawa kepada pertumbuhan eksponen. Faktor mortaliti pula akan mengecilkan saiz popluasi dan berlaku apabila keadaan tidak ideal. Hal ini mungkin disebabkan persaingan antara sesama spesis dan spesis lain serta jangkitan penyakit. Begitu juga, imigresen kepada penduduk menambah individu baru sedangkan penghijrahan keluar penduduk membuang individu. Kadar pertumbuhan penduduk yang positif apabila lebih ramai individu ditambah daripada penduduk yang keluar, negatif apabila lebih ramai individu yang keluar daripada ditambah, dan adalah sama dengan sifar apabila dengan jumlah yang sama individu yang bertambah dan dikeluarkan. Kajian bagi pertumbuhan populasi bagi organisma yang jangka hayatnya panjang dan pendek menunujukkan trend populasi boleh dilihat berdasarkan lengkungan graf pertumbuhan populasi iaitu graf masa (t) lawan saiz populasi (N). Bentuk lengkungan graf dikawal oleh 3 faktor iaitu; 1. Saiz populasi awal (N0) 2. Faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengira kadar pertumbuhan
1

3. Keupayaan muatan (K) yang menentukan faktor persekitaran.

Faktor yang mempengaruhi keupayaan muatan (K) ialah bekalan makanan, jangkitan penyakit, persaingan dan pemangsa.

Keputusan Tugasan 1

Selang masa (t) = generasi

Populasi Badak sumbu A

Populasi Badak Sumbu B

0 1 2 3 4 5 Jumlah

Saiz Populasi (N) N0 = 30 58 123 236 484 955 1886

Faktor Pertumbuhan (R) 1.9 2.1 1.9 2.0 1.9 19.9

Saiz Populasi (N) N0 = 20 39 82 161 318 643 1263

Faktor Pertumbuhan (R) 2.0 2.1 2.0 2.0 2.0 33.6

Jadual 1: Populasi Badak Sumbu A dan B

Langkah : 1. Plot lengkung pertumbuhan populasi bagi kedua-dua populasi pada paksi yang sama. Paksi-X : masa, t Paksi Y : saiz populasi, N

Graf 1: Graf Saiz Populasi Badak Sumbu A dan B melawan selang masa, t
3

2. Berdasarkan graf, perhatikan apakah jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi badak: eksponen atau sigmoidal? Berdasarkan graf, jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi badak ialah eksponen. 3. Faktor pertumbuhan (R) dikira untuk setiap populasi bagi setiap sela masa dan lengkapkan Jadual 1.

Populasi A : t1 = 58/ 30 = 1.9 t2 = 123/ 58 = 2.1 t3 = 236/ 123 = 1.9 t4 = 484/ 236 = 2.0 t5 = 955/ 484 = 1.9

Populasi B : t1 = 39/ 20 = 2.0 t2 = 82/ 39 = 2.1 t3 = 161/ 82 = 2.0 t4 = 318/ 161 = 2.0 t5 = 643/ 318 = 2.0

4. Kira min geometri bagi faktor pertumbuhan untuk kedua-dua populasi. Min geometri dikira dengan menggunakan formula berikut R = tRt-1 Rt-2 ... R0. Yang manakah populasi, A atau B, mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi? Populasi A : R = 5(1.9 x 2.1 x 1.9 x 2.0 x 1.9) = 528.8078 = 1.95 Populasi B : R = 5(2.0 x 2.1 x 2.0 x 2.0 x 2.0) = 533.6 = 2.01

Berdasarkan pengiraan min geometri bagi faktor pertumbuhan untuk keduadua populasi populasi B mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi berbanding populasi A.

Soalan : Kenapa ada perbezaan dalam saiz populasi antara kedua-dua populasi pada sela masa 5, adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi awal, faktor pertumbuhan, atau alam sekitar? Perbezaan dalam saiz populasi antara kedua-dua populasi pada sela masa 5, disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi awal iaitu bagi populasi A,saiz populasi awalnya ialah 30 berbanding populasi B, iaitu 20 sahaja. Populasi awal A lebih tinggi daripada B. Oleh itu, faktor nataliti lebih tinggi dan akan menghasilkan ahli baru lebih banyak dihasilkan di populasi badak A.

Tugasan 2 Populasi koala A Selang masa (t) = generasi Saiz Populasi (N) N0 = 20 36 63 118 212 375 824 Faktor Pertumbuhan (R) 1.8 1.8 1.9 1.8 1.8 19.9 Saiz Populasi (N) N0 = 20 31 47 66 103 150 417 Faktor Pertumbuhan (R) 1.6 1.5 1.4 1.6 1.5 8.1 Populasi Koala B

0 1 2 3 4 5 Jumlah

Jadual 2 : Populasi Koala A dan B

Langkah : 1. Plot lengkung pertumbuhan populasi bagi kedua-dua populasi pada paksi yang sama. Paksi-X : masa, t Paksi Y : saiz populasi, N

Graf 2: Graf Saiz Populasi Koala A dan B melawan selang masa, t

2. Berdasarkan graf, perhatikan apakah jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi koala: eksponen atau sigmoidal? Berdasarkan graf, jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi koala ialah eksponen. 3. Kira faktor pertumbuhan (R) untuk setiap populasi bagi setiap sela masa dan lengkapkan Jadual 1. Populasi A : t1 = 36/ 20 = 1.8 t2 = 63/ 36 = 1.8 t3 = 118/ 63 = 1.9
6

Populasi B : t4 = 212/ 118 = 1.8 t5 = 375/ 212 = 1.8 t1 = 31/ 20 = 1.6 t2 = 47/ 31 = 1.5 t3 = 66/ 47 = 1.4 t4 = 103/ 66 = 1.6 t5 = 150/ 103 = 1.5

4. Kira min geometri bagi faktor pertumbuhan untuk kedua-dua populasi. Min geometri dikira dengan menggunakan formula berikut R = tRt-1 Rt-2 ... R0.

Populasi A : R = 5(1.8 x 1.8 x 1.9 x 1.8 x 1.8) = 519.9 = 1.8

Populasi B : R = 5(1.6 x 1.5 x 1.4 x 1.6 x 1.5) = 58.1 = 1.5

Soalan : 1. Bagi kedua-dua populasi koala, mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz penduduk pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz penduduk awal, faktor pertumbuhan, atau alam sekitar? Kedua-dua populasi koala, terdapat perbezaan dari segi saiz penduduk pada selang masa ke 5, ia disebabkan oleh faktor pertumbuhan. Apabila saiz populasi semakin meningkat, ia akan mempengaruhi faktor pertumbuhan. Populasi koala A dan koala B tinggal di persekitaran yang sama. Populasinya semakin meningkat dari semasa ke semasa, namun disebabkan berlakunya persaingan dari segi keperluan makanan, pasangan hidup dan tempat tinggal, populasi koala yang lebih hebat akan mendominasi persekitaran bagi memastikan pertumbuhannya. Maka, koala A telah bertambah berbanding koala B. 2. Di dalam Jadual 2, jika data bagi populasi Koala A adalah sama tetapi di bawah keadaan hujan yang sedikit dan data bagi populasi Koala B adalah di bawah keadaan kemarau, mengapa boleh ada perubahan pada faktor pertumbuhan, R populasi tersebut? (Faktor pertumbuhan, R = Kelahiran - Kematian). Perubahan alam sekitar seperti hujan dan kemarau terutamanya, dapat mempengaruhi populasi sesuatu
7

spesis. Hal

ini

kerana,

ia

akan

menyebabkan keperluan asas spesis tersebut menjadi terhad. Oleh kerana keadaan persekitaran yang kurang ideal untuk pertumbuhan maka ia akan meningkatkan kadar emigrasi dan kematian spesis dan mengurangkan kadar kelahiran dan imgrasi spesis.

Tugasan 3 Selang masa (t) = generasi Populasi Kuda Belang 1 A Populasi Kuda Belang 1 B

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah

Saiz Populasi (N) N0 = 20 80 230 400 500 550 580 590 595 600 600 4745

Faktor Pertumbuhan (R) 4.0 2.9 1.7 1.3 1.1 1.1 1.0 1.0 1.0 1.0 31.0

Saiz Populasi (N) N0 = 20 50 100 220 360 460 520 550 570 580 600 4030

Faktor Pertumbuhan (R) 2.5 2.0 2.2 1.6 1.3 1.1 1.1 1.0 1.0 1.0 27.7

Jadual 3: Populasi Zebra 1, A dan B

Langkah : 1. Plot lengkung pertumbuhan populasi bagi kedua-dua populasi pada paksi yang sama. Paksi-X : masa, t Paksi Y : saiz populasi, N

Graf 3 : Graf Saiz Populasi Kuda Belang A dan B melawan selang masa, t

2. Berdasarkan graf, perhatikan apakah jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi kuda belang: eksponen atau sigmoidal? Berdasarkan graf, jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi kuda belang ialah sigmoidal.

3. Kira faktor pertumbuhan (R) untuk setiap populasi bagi setiap sela masa dan lengkapkan Jadual 1. Populasi A t1 = 80/ 20 = 4.0 t2 = 230/ 80 = 2.9 t6 = 580/ 550 = 1.1 t7 = 590/ 580 = 1.0 Populasi B t1 = 50/ 20 = 2.5 t2 = 100/ 50 = 2.0 t6 = 520/ 460 = 1.1 t7 = 550/ 520 = 1.1

t3 = 400/ 230 = 1.7 t8 = 595/ 590 = 1.0 t4 = 500/ 400 = 1.3 t9 = 600/ 595 = 1.0 t5 = 550/ 500 = 1.1 t10 = 600/ 600= 1.0

t3 = 220/ 100 = 2.2 t8 = 570/ 550 = 1.0 t4 = 360/ 220 = 1.6 t9 = 580/ 570 = 1.0 t5 = 460/ 360 = 1.3 t10 = 600/ 580= 1.0

4. Kira min geometri bagi faktor pertumbuhan untuk kedua-dua populasi. Min geometri dikira dengan menggunakan formula berikut R = tRt-1 Rt-2 ... R0. Populasi A : R = 10(4.0 x 2.9 x 1.7 x 1.3 x 1.1 x 1.1 x 1.0 x 1.0 x 1.0 x 1.0) = 1031.0 = 1.41 ~ 1.4 Populasi B : R = 10(2.5 x 2.0 x 2.2 x 1.6 x 1.3 x 1.1 x 1.1 x 1.0 x 1.0 x 1.0) = 1027.7 = 1.39 ~ 1.4

10

Soalan : 1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi? Populasi yang menunjukkan faktor pertumbuhan yang paling tinggi ialah populasi A.

2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang berlaku pada R. Faktor pertumbuhan, R tidak tetap. Bagi populasi A, faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 1 hingga selang masa 5, dan kemudian tetap antara selang masa ke 5 dan 6 iaitu 1.1. Seterusnya menurun ke 1.0 pada selang masa 7. Faktor pertumbuhan tetap dari selang masa 7 hingga 10 iaitu 1.0. Bagi populasi B, faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 1 hingga selang masa 6, dan kemudian tetap antara selang masa ke 6 dan 7 iaitu 1.1. Seterusnya menurun ke 1.0 pada selang masa 8. Faktor pertumbuhan tetap dari selang masa 8 hingga 10 iaitu 1.0.

3. Apakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi setiap populasi? Keupayaan muatan bagi populasi A dan B ialah sama iaitu 600.

11

Tugasan 4 Selang masa (t) = generasi Populasi Kuda Belang 2 A Populasi Kuda Belang 2 B

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah

Saiz Populasi (N) N0 = 20 90 220 340 410 440 450 450 440 460 450 3770

Faktor Pertumbuhan (R) 4.5 2.4 1.5 1.2 1.1 1.0 1.0 1.0 1.0 1.0 25.7

Saiz Populasi (N) N0 = 20 50 120 210 260 260 230 200 170 150 150 1820

Faktor Pertumbuhan (R) 2.5 2.4 1.8 1.2 1.0 0.9 0.9 0.9 0.9 1.0 8.50

Jadual 4: Populasi Zebra 2, A dan B Langkah : 1. Plot lengkung pertumbuhan populasi bagi kedua-dua populasi pada paksi yang sama. Paksi-X : masa, t Paksi Y : saiz populasi, N

Graf 4: Graf Saiz Populasi Kuda Belang A dan B melawan selang masa t
12

2. Berdasarkan graf, perhatikan apakah jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi koala: eksponen atau sigmoidal? Berdasarkan graf, jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi kuda belang ialah sigmoidal. 3. Kira faktor pertumbuhan (R) untuk setiap populasi bagi setiap sela masa dan lengkapkan Jadual 1. Populasi A : Populasi B :

t1 = 90/ 20 = 4.5
t2 = 220/ 90 = 2.4

t6 = 450/ 440 = 1.0


t7 = 450/ 450 = 1.0

t1 = 50/ 20 = 2.5
t2 = 120/ 50 = 2.4

t6 = 230/ 260 = 0.9


t7 = 200/ 230 = 0.9

t3 = 340/ 220 = 1.5 t8 = 440/ 450 = 1.0 t4 = 410/ 340 = 1.2 t9 = 460/ 440 = 1.0 t5 = 440/ 410 = 1.1 t10 = 450/ 460= 1.0

t3 = 210/ 120 = 1.8 t8 = 170/ 200 = 0.9 t4 = 260/ 210 = 1.2 t9 = 150/ 170 = 0.9 t5 = 260/ 260 = 1.0 t10 = 150/ 150= 1.0

4.

Kira min geometri bagi faktor pertumbuhan untuk kedua-dua populasi. Min geometri dikira dengan menggunakan formula berikut R = tRt-1 Rt-2 ... R0. Populasi A : R = 10(4.5 x 2.4 x 1.5 x 1.2 x 1.1 x 1.0 x 1.0 x 1.0 x 1.0 x 1.0) = 1025.7 = 1.4 Populasi B : R = 10(2.5 x 2.4 x 1.8 x 1.2 x 1.0 x 0.9 x 0.9 x 0.9 x 0.9 x 1.0) = 108.5 = 1.2

13

Soalan : 1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi? Populasi yang menunjukkan faktor pertumbuhan yang paling tinggi ialah populasi A.

2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang berlaku pada R. Faktor pertumbuhan, R tidak tetap. Bagi populasi A, faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 1 hingga selang masa 6, dan kemudian tetap antara selang masa ke 6 hingga 10 iaitu 1.0. Bagi populasi B, faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 1 hingga selang masa 6, dan kemudian tetap antara selang masa ke 6 dan 9 iaitu 0.9. Seterusnya menurun ke 1.0 pada selang masa 10.

3. Adakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi populasi A berubah? Nyatakan mengapa. Ya, keupayaan muatan bagi populasi A berubah. Hal ini kerana berlaku perubahan pada saiz populasi A. Semakin tinggi saiz populasi, semakin besar keupayaan muatan populasi tersebut.

4. Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi saiz awal yang sama. Mengapakah satu populasi tidak bersaing dengan yang lain? Kenal pasti tiga faktor yang mengawal pertumbuhan populasi. Antara faktor yang mengawal pertumbuhan populasi ialah kepelbagaian genetik, persaingan dan kemampuan untuk beradaptasi dengan

persekitaran.

14

Selain itu, faktor pertumbuhan iaitu kadar kelahiran populasi A dan B. Daripada pemerhatian, kadar kelahiran populasi A adalah lebih tinggi daripada populasi B. Manakala, kadar kematian populasi B adalah lebih tinggi daripada populasi A. Selain itu, faktor alam sekitar iaitu setiap haiwan bersaing untuk mendapatkan sumber air dan makanan. Populasi B kurang berdaya saing daripada populasi B. Maka, kadar pertumbuhan populasi B adalah lebih rendah daripada populasi A. 5. Jika data di dalam Jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup berasingan dan di dalam Jadual 4 menunjukkan dua populasi yang hidup bersama, apakah kesan persaingan bagi R untuk kedua-dua populasi kuda belang? Bagi Jadual 3, kesan persaingan bagi R untuk populasi kuda belang adalah rendah kerana perbezaan persekitaran bagi kedua- dua populasi. Bagi jadual 4, kesan persaingan bagi R untuk kedua- dua populasi kuda belang adalah tinggi kerana setiap penduduk bersaing sesama sendiri untuk keperluan asas yang serupa di kawasan yang sama di mana sumbernya akan menjadi semakin terhad. Maka, bagi Jadual 4, pertumbuhan populasi A menunjukkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada populasi B kerana daya saing yang lebih tinggi.

15

Perbincangan :

1. Apakah

perbezaan

diantara

pertumbuhan

eksponen

dan

logistik

(sigmoidal)?

Pertumbuhan eksponen ialah salah satu yang wujud apabila kadar pertumbuhan penduduk adalah berkadar kepada jumlah yang sedia ada. Untuk ini, penduduk memerlukan keadaan yang paling ideal. Pertumbuhan jenis ini ialah apabila setiap penduduk mempunyai bekalan sumber kehidupan tanpa had dan berkembang dengan pesat. Kadar pertumbuhan jenis ini

bermula dengan perlahan dan kemudian menjadi lebih cepat dengan peningkatan penduduk. Populasi dengan pertumbuhan eksponen mempunyai kadar kelahiran yang berterusan dalam satu tempoh masa dan tidak dihalang disebabkan faktor kekurangan makanan dan jangkitan penyakit. Dalam pertumbuhan jenis ini ia tidak mempunyai had. Tetapi dalam pertumbuhan logistik, pertumbuhan adalah terhad. Apabila membandingkan dua

pertumbuhan ini, pertumbuhan logistik dianggap lebih realistik daripada pertumbuhan eksponen. Pertumbuhan logistik (sigmoidal) pula ialah kadar pertumbuhan yang berkadar dengan jumlah yang sedia ada juga tetapi turut dipengaruhi sumber yang terhad dan persaingan. Berbeza dengan pertumbuhan eksponen, pertumbuhan jenis ini, pada awalnya kadar pertumbuhan adalah tinggi. Kemudian, kadar pertumbuhan semakin berkurang kerana terdapat beberapa penduduk yang bersaing sesama sendiri pada ruangan yang terhad untuk keperluan hidup. Apabila penduduk mencapai keadaan yang seimbang, kadar pertumbuhan adalah sifar. Jika gangguan tidak berlaku, maka nilai penduduk akan kekal malar.

16

2. Bagaimanakah populasi bertambah dan kehilangan individu?

Populasi sesuatu spesis itu boleh bertambah melalui peningkatan bagi kadar kelahiran dan imigrasi masuk ke dalam habitat. Manakala, kehilangan individu bagi populasi tersebut ialah peningkatan bagi kadar kematian dan emigrasi keluar daripada habitat.

3. Apakah kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar intrinsik yang tinggi? Populasi bagi penigkatan kadar intrinsik yang tinggi ialah kadar pertumbuhan penduduk apabila penduduk semakin berkembang di bawah keadaan yang ideal dan tanpa had, iaitu, secepat mana penduduknya boleh berkembang. Kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar intrinsik yang tinggi ialah dapat membiak pada umur yang muda, bilangan anak yang dilahirkan bagi setiap kelahiran adalah tinggi dan generasi mudanya dapat memastikan kelangsungan hidupnya dengan baik. Populasi yang mempunyai kadar peningkatan intrinsik tinggi pasti boleh membiak dengan mudah dan dapat menyesuaikan diri dengan baik di dalam habitat. Ciri-ciri lain adalah antibodi populasi yang kuat maka mereka tidak mudah jatuh sakit.

4. Apakah

faktor

persekitaran

yang

bertindak

pada

(1)

peningkatan

pertumbuhan populasi dan (2) penurunan pertumbuhan populasi?

(1) peningkatan pertumbuhan populasi Faktor persekitaran yang bertindak untuk peningkatan pertumbuhan populasi dalam sesuatu kawasan ialah mempunyai ekosistem yan stabil antara ekosistem air dan darat. Oleh itu, kadar imigrasi iaitu penghijrahan masuk penduduk dan ini akan meningkatkan populasi. Selain itu, kadar kelahiran akan meningkat apabila keadaan persekitaran adalah ideal kerana penduduk berasa selamat untuk pembiakan berlaku.
17

(2) penurunan pertumbuhan populasi

Faktor persekitaran yang menyebabkan penurunan pertumbuhan populasi dalam sesuatu kawasan ialah berlaku gangguan ekosistem di kawasan tersebut seperti bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, angin taufan dan gempa bumi. Selain itu pencemaran terhadap air, udara dan tanah yang akan menyebabkan kekurangan tumbuhan hijau sebagai pembekal makanan utama. Penurunan tahap kesuburan tanah disebabkan oleh aktiviti manusia juga menjadi faktor utama. Oleh itu kadar emigrasi akan meningkat begitu juga dengan kadar kematian.

5. Apakah yang akan berlaku jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan (carrying capacity)? Jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan maka kadar kematian akan meningkat sehinggalah saiz populasi kembali stabil. Kadar kelahiran juga akan menurun sehingga kuantiti penduduk kembali stabil.

6. Keupayaan muatan (K) boleh berubah-ubah dari tahun ke tahun (lihat Miller 2001 angka 7,5). Dalam beberapa tahun K tinggi dan dalam beberapa tahun, ia adalah rendah disebabkan perubahan dalam keadaan alam sekitar yang tidak dapat diramalkan. Pengeksploitasian secara perdagangan penduduk, seperti pemburuan ikan atau rusa, bergantung kepada hasil yang diperolehi. Sebagai contoh, nelayan komersial berlesen boleh manangkap ikan mengikut berat tertentu ("kuota" mereka) setiap tahun. Oleh itu, mengapa perubahan rawak di K dari tahun ke tahun menjadi masalah untuk pengurusan populasi eksploitasi komersial liar?

Perubahan rawak keupayaan muatan,K dari tahun ke tahun menjadi masalah untuk pengurusan populasi eksploitasi komersial liar. Hal ini kerana, pemberian lesen untuk aktiviti pengeksploitasian haiwan ini adalah

berdasarkan saiz populasinya. Semakin besar keupayaan muatan, semakin tinggi saiz populasi. Maka, jika kapasiti muatan adalah rendah, pertumbuhan

18

populasi turut menurun. Jadi pendapatan untuk perdagangan penduduk akan berkurangan kerana pertumbuhan saiz populasi yang mengecil.

7. Pihak kerajaan menjual 10 lesen untuk memburu rusa pada setiap tahun dan pemburuan adalah berdasarkan 20% daripada kapasiti keupayaan muatan (kuota masing-masing ialah 2% daripada penduduk). Setelah memahami konsep yang membawa kapasiti dan kadar pertumbuhan penduduk, apa yang anda akan lakukan jika populasi rusa untuk musim akan datang diramalkan melebihi 20%?

Jika populasi rusa untuk musim akan datang diramalkan melebihi 20%, maka kapasiti keupayaan muatannya juga akan turut menigkat. Namun begitu, rusa adalah haiwan yang semakin berkurang kuantitinya dan boleh dikategorikan sebagai haiwan yang terancam. Oleh yang demikian, lesen untuk pemburuan rusa masih perlu dikawal pengeluarannya walaupun kapasiti keupayaan muatannya akan menigkat. Tindakan untuk mengawal keadaan persekitaran yang ideal untuk pertumbuhan juga hendaklah diambil supaya kadar pertumbuhan penduduk semakin meningkat.

KESIMPULAN : Bentuk lengkungan graf dikawal oleh 3 faktor iaitu; 1. Saiz populasi awal (N0) 2. Faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengira kadar pertumbuhan 3. Keupayaan muatan (K) yang menentukan faktor persekitaran.

19

Rujukan Buku rujukan :

Dr. Shakinaz Desa & Co. (2007). College Matriculation Biology. Dikeluarkanoleh IPTA Publications; Subang Jaya, Selangor.

Laman Web :

Paul, C. (2007, May). PopulationThe Elephant in the Room. Diakses pada 12 September 2012, daripada peulchefurka.ca: http://www.paulchefurka.ca/Population.html

Rosmidzatul, M. (2007, September 14). Biodiversiti dan Peranannya Terhadap Keseimbangan Alam Sekitar. Diakses pada 12 September 2012, daripada ikim.gov: http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?cmd=resetall&grp=2&key=1359&lg=1&opt=co m_article&sec=

Timothy, E. (2010, Februari 10). Sustainability: Carrying Capacity & Ecological Footprints. Diakses pada 12 September 2012, daripada overpopulation.org: www.overpopulation.org/consumption.html

(t.p). Difference Between Exponential Growth and Logistic Growth. Diakses pada 12 September 2012, daripada differencebetween.net: http://www.differencebetween.net/language/words-language/difference-betweenexponential-growth-and-logistic-growth/

20