Anda di halaman 1dari 15

Globalisasi Pendidikan Di Malaysia (1) Pengenalan

Negara kita merupakan sebuah Negara yang kian membangun dan mengembang selepas era kemerdekaan. Dalam usaha untuk mencapai kegemilangan dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di Malaysia, haruslah diingati bahawa salah satu aspek penting yang perlu diberi penekanan adalah sistem pendidikan di Negara kita. Ini menjelaskan sebab Negara Malaysia telah memberi penekanan berat terhadap pendidikan kerana percayai bahawa pendidikan memainkan peranan kritikal dalam mencapai visi Negara. Sesungguhnya, pendidikan dapat dijadikan sebagai : wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai-nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar. (Muhammad Hilmi etc., 2006:1) Justeru, wujudnya satu cabaran kepada para pendidik di Negara kita supaya menyediakan perkhidmatan pendidikan bermutu, berkualiti dan bertaraf dunia demi merealisasikan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi Negara Malaysia. Para pendidik yang dimaksudkan, sudah tentu tidak lain tidak bukan merujuk kepada para guru yang menjawat di institusi sekolah, dimana mereka sebenarnya sedang memikul suatu amanah untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap hal-hal pendidikan di Negara kita. Namun, laluan ke arah menjayakan amanah ini sudah pasti menemukan banyak isu dan cabaran pendidikan. Menurut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan , manakala cabaran pula bermakna sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi. Dalam perkataan lain, dalam usaha mencapai pembentukan sistem pendidikan bermutu dan berkualiti,organisasi yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas ini telah menghadapi satu ujian, dimana individu-individu yang tertakluk dalam organisasi tersebut diuji untuk memastikan mereka
1

mempunyai kemampuan dan ketabahan yang kuat bagi menghadapi kekangan dalam usaha tersebut. Secara khususnya, beberapa cabaran berkaitan dengan pendidikan Negara kita dapat dikenal pasti dan persoalan-persoalan ini sebenarnya merupakan isu hangat di Malaysia. Antaranya isu yang dapat dikenal pasti ialah intergrasi nasional, pendemokrasian pendidikan di Negara kita, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan dan gejala sosial (Noriati A. Rashid etc., 2010:2). Bagi mengenali dan menganalisis isu dan cabaran pendidikan di Negara kita secara lebih mendalam, topik globalisasi pendidikan telah dipilih dan dibincang pada penulisan lanjutan.

1.1 Apakah maksud globalisasi pendidikan? Globalisasi merupakan fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat (Kamus Dewan Edisi Ketiga). Ini bermakna dalam era globalisasi ini, dunia kita telah dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dahulu dunia ini seluas mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Dunia kini tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi telah membawa kesan menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari semua aspek kehidupan sesebuah masyarakat. McGrew (1992) dalam Matthew Adams (2007) telah menggambarkan globalisasi sebagai intensification of global interconnectedness. Dalam konteks ini, McGrew telah menyatakan peningkatan hubungan jaringan global pada wakti ini telah membuat sempadan Negara tidak lagi menjadi rintangan dalam kehidupan kita. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula memberi pengertian globalisasi sebagai satu proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi dan kebudayaan dan lain-lain disebarkan ke peringkat antarabangsa terutamanya melalui kemudahan sistem komunikasi, dasar
2

terbuka dan sebagainya. Maka, globalisasi secara ringkasnya dapat diterangkan sebagai satu transisi meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan atau kedudukan geografi sesebuah Negara (Mohd Aliff, 2011). Jika dilihat perspektif dunia pendidikan, penglobalisasian pendidikan dapat diertikan sebagai pengubahan sikap atau tatalaku seseorang individu atau sekelompok manusia melalui dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Penglobalisasian pendidikan juga boleh didefinisikan sebagai proses menyingkirkan batasan atau sempadan antara Negara supaya mewujudkan dunia terbuka dan tanpa sekatan dalam hal-hal latihan dan pengajaran di sebuah institusi pengajaran dan sekolah.

1.2 Penglobalisasian Pendidikan Di Malaysia

Jika diteliti fenomena di Negara kita, Malaysia merupakan sebahagian daripada komuniti kehidupan global yang pada realitinya tidak terlepas dari menghadapi transformasi akibat penglobalisasian. Sehubungan itu, Mahatir Mohamad (2002), bekas Perdana Menteri Malaysia mempunyai satu senarai semak untuk menjelaskan kesan atau hasil daripada fenomena kesan atau hasil daripada fenomena globalisasi ini. Kesungguhan kerajaan dalam menyahut panggilan globalisasi dapat dilihat melalui penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) di Negara kita. Walaupun secara umumnya, globalisasi itu nampaknya memberi kesan kepada ekonomi Malaysia, namun impak globalisasi terhadap bidang lain seperti pendidikan, juga tidak dapat dinafikan. Merujuk kepada petikan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006, Pendidikan merupakan bidang yang akan menerima kesan atau impak yang terus dari era globalisasi kerana pendidikan adalah berkait dengan pembangunan sumber manusia yang amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Dengan perkataan lain, sistem pendidikan di Negara kita telah sedikit sebanyak mengalami perubahan akibat daripada pengaruh globalisasi ini.

Antara pengaruh yang paling ketara adalah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantarabangsaan, pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar, pertumbuhan cawangan universiti luar di dalam Negara kita, peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta, pentingnya pengajaran Sains dan Teknologi, pembelajaran menggunakan teknologi untuk menguasai ledakan maklumat, perubahan peranan guru di dalam bilik darjah dan pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan tugasan harian (Noriati A. Rashid, 2010:18). Persoalannya sekarang, adakah impak-impak dalam bidang

pendidikan akibat penglobalisasian pendidikan di Negara kita ini telah membawa satu arus atau pengaruh yang baik serta memanfaatkan kepada klien yang tertakluk kepada sistem pendidikan Malaysia? Ataupun

sebenarnya impak-impak ini telah memberi kesan negatif kepadanya? Persoalan ini sering diungkapkan, memandangkan senario kesan globalisasi pendidikan semakin hangat di Negara kita, sehinggakan telah timbulnya isuisu berkaitan dengan tajuk ini.

(2) Perkembangan dan Implikasi 2.1 Isu : Globalisasi pendidikan telah mencabar kepakaran guru?

Antara

isu

yang

sering

dikemukakan

akibat

penglobalisasian

pendidikan di Malaysia adalah globalisasi pendidikan ini telah mencabar kepakaran guru. Globalisasi sebagai makna cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain telah menyebabkan dunia pendidikan kita ini menghadapi keterbukaan terhadap semua pihak tidak kira pengajar atau pelajar. Menurut kata-kata sesetengah pihak, Malaysia sebagai salah sebuah Negara yang menerima impak hasil dari ledakan globalisasi juga telah mengalami situasi kebanjiran maklumat, akses mudah serta layaran tanpa bayaran ke alam siber yang mana ini telah membawa kepada isu bahawa penglobalisasian pendidikan di Malaysia telah mencabar kepakaran guru. Namun,adakah benar ini mencabar guru sebagai seorang yang berprofesional?
4

Seperti mana yang kita bincangkan sebelum ini, penglobalisasian pendidikan ini sebenarnya membuka ruang kepada murid-murid untuk mengetahui dan mempelajari sesuatu yang di luar sukatan pelajaran. Tuntasnya ada yang akan bersetuju bahawa guru era globalisasi yang menjawat di sekolah harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lebih mantap berbanding guru pada zaman dahulu. Jikalau guru-guru zaman dahulu hanya menyediakan rancangan pengajaran berdasarkan apa yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran, guru-guru sekarang

sememangnya tidak dapat melakukan sebegitu lagi. Penyediaan pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran dengan merujuk kepada Huraisan Sukatan Pelajaran dipercayai adalah tidak memadai untuk memenuhi kepuasan murid-murid pada zaman sekarang. Barang-kali, apa yang disampaikan oleh guru dalam kelas sudah diketahui atau dipelajari oleh murid-murid melalui pelayaran internet justeru menyebabkan mereka tidak lagi berminat dengan penyampaian pelajaran guru. Omar Hashim (1991: 428-429) telah mengemukakan pendapat beliau seperti berikut: Apakah antara kemahiran yang harus ada pada seseorang guru sebagai persediaan abad 21 ini? Para guru harus mempunyai bekalan secukup-cukupnya baik dari segi kemahrian mahu pun pengetahuan. Guru abad 21 mestilah merupakan pendidik serba boleh serta lincah dalam beberapa kemahiran termasuk keupayaan menggunakan media elektronik serta computer untuk meningkatan keberkesanan pengajaran mereka. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penglobalisasian pendidikan telah menambahkan bebanan tugas dan tanggungjawab seorang guru. Beliau bukan sahaja perlu berusaha menguasai segala pengetahuan dan kemahiran dalam komputer agar dirinya sendiri dapat mengakses maklumat terkini dalam dunia global, malah guru tersebut juga perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang lebih mendalam atau luar dari sukatan pelajaran yang difikirkan sesuai, supaya kepuasan diri murid dapat dipenuhi. Tugas-tugas ini sememangnya menjadi satu tugas yang mencabar terutamanya kepada guru-

guru yang telah berusia. Bahkan timbulnya isu globalisasi pendidikan telah mencabar kepakaran guru. Namun, pada pendapat penulis, golongan pendidik seharusnya mengubah pemikiran tersebut ke suatu cara fikir yang lebih positif. Sebenarnya, globalisasi pendidikan di Malaysia secara tidak langsung telah menyediakan diri murid lebih bersedia untuk belajar, dan guru lebih bersedia untuk mengajar dalam sesuatu bidang ilmu. Contohnya, jika guru perlu menyediakan rancangan pengajaran yang lebih menarik berbanding zaman dahulu, bukankah ini sebenarnya memberi peluang kepada guru-guru di sekolah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sendiri dalam bidang yang diceburi masing-masing? Dalam konteks ini, sekiranya guru sanggup menerima sahut dan cabaran akibat globalisasi pendidikan di Negara kita, sudah pasti beliau akan berusaha untuk menguasai dan meningkatkan kemampuan diri dalam bidang kepakaran masing-masing, malah dalam bidang luar pakar mereka juga. Menurut Stonier (1981, dalam Perkins, 1992), tenaga kerja yang terlatih akan belajar memanfaatkan teknologi, manakala golongan yang selesa di bawah tempurungnya akan menjadi mangsanya. Jadi

penglobalisasian pendidikan di Negara kita sebenarnya telah memberi nafas baru kepada guru-guru untuk menangani fenomena baru dalam sistem pendidikan yang lebih mencabar dalam sistem langit terbuka ini (Lee, 1997). Natijahnya, pada pendapat penulis, penglobalisasian pendidikan di Negara kita bukan sahaja tidak mencabar kepakaran guru tetapi secara tidak langsung memberi peluang kepada guru-guru di sekolah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran dan ilmu serta memartabatkan profesion keguruan.

2.2 Isu: Globalisasi pendidikan mencabar kewibawaan Bahasa Melayu sebagai identiti dan keunikan Negara kita?

Hallinger (1998), seorang penulis dalam terbitan jurnal beliau telah menyatakan bahawa globalisasi telah mendorong Negara untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan, malah ada pula Negara yang terpaksa mengalami transformasi yang agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada perubahan di peringkat global tersebut. Selaras dengan transformasi tersebut, sistem pendidikan di Malaysia juga telah membuat beberapa pengubah-suaian kurikulum bagi menyediakan murid-murid di Negara kita supaya dapat menyesuaikan diri dalam era global kelak. Antara pengubah-suaian yang paling ketara ialah apabila Bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran bidang Sains dan Matematik di sekolah rendah dan sekolah menengah, atau lebih dikenali sebagai PPSMI. Kamal Shukri Abdullah Sani (2002) telah menyatakan dalam kajian beliau bahawa fakulti yang menggunakan Bahasa Inggeris sehingga 91% sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus yang ditawarkan. Dalam konteks ini, hanya 9% kursus yang menggunakan Bahasa Melayu untuk pendidikan di peringkata menengah atas di Negara kita. Dengan erti kata yang lain, kepentingan Bahasa Inggeris akibat penglobalisasian pendidikan tidak dapat dinafikan dan Bahasa Melayu kini bukanlah satu-satunya bahasa ilmu yang digunakan di Negara kita. Pelaksanaan dasar PPSMI serta pengaruh penggunaan Bahasa Inggeris sebagai salah satu bahasa ilmu di Malaysia akibat globalisasi pendidikan ini sekali lagi telah menimbulkan isu yang mana wujudnya katakata suara yang menegaskan bahawa kewibawaan Bahasa Melayu sebagai keunikan dan identiti Negara kita telah tercabar memandangkan penggunaan Bahasa Inggeris yang pesat dalam pengajaran bidang Sains dan Teknologi. Persoalannya sekarang, adakah benar bahawa kedaulatan Bahasa Melayu akan tergugat dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang semakin pesat itu?

Pada pendapat penulis, fenomena globalisasi pendidikan ini tidak membawa kesan negatif seperti yang dinyatakan. Cabaran kehidupan global village dan bordless world ini sesungguhnya telah memberi impak positif kepada kehidupan pelajar dalam perkampungan global ini. Pertalian yang signifikasi telah wujud sesama manusia seluruh dunia melalui perkembangan teknologi serta komunikasi dan perhubungan yang wujud. Penulis tidak

berpendapat

bahawa

penglobalisasian

pendidikan

sebenarnya

mencabar kewibawaan Bahasa Melayu sebagai identiti dan keunikan Negara kita. Mungkin ada yang menyatakan bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga sudah terikut-ikut dengan arus perubahan akibat globalisasi pendidikan ini yang mana pihak kementerian telah melaksanakan strategi penggunaan Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Sebenarnya ini hanya menunjukkan usaha kementerian untuk menyediakan murid-murid di Malaysia supaya menghadapi persekitaran global terutama berkaitan dengan perkembangan Sains dan Teknologi bertaraf antarabangsa. Tetapi pada masa yang sama, mata pelajaran yang lain masih diajar dengan Bahasa Melayu. Dengan erti kata lain, murid-murid masih perlu berfasih dalam Bahasa Kebangsaan Negara kita kerana mereka masih perlu mempelajari mata pelajaran dalam Bahasa Malaysia lagi. Jadi penulis ingin memberi pandangan sendiri bahawa

penglobalisasian pendidikan di Negara kita memang memberi pengaruh kepada sistem pendidikan di Negara kita dengan memberi peluang kepada murid untuk memperkayakan perbendaharaan melalui dunia bahasa orang lain, tetapi pengaruh tersebut tidak sampailah dapat mencabar atau mengugat kewibawaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi di Malaysia. Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Negara kita sebenarnya memainkan peranan yang sama penting tetapi berbeza. Bahasa Rasmi adalah alat penyatuan Negara, bahasa kedua pula digunakan sebagai alat komunikasi dengan dunia luar. Masing-masing tidak mencabar dan tidak mengugat sekiranya pengguna bahasa itu pandai untuk
8

membezakan peranan kedua-dua bahasa itu. Penglobalisasian pendidikan sesungguhnya tidak mencabar kewibawaan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan Negara kita tetapi sebenarnya memberi peluang kepada murid-murid untuk membuka mata, menimba ilmu secara lebih mendalam, malah memperkayakan intipati kesenian bahasa rasmi Negara kita melalui sumber yang berbeza. Apabila kita menyebut mengenai bahasa, sudah pasti kita akan mendengar ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa. Dengan ini, banyak yang mengatakan bahawa jiwa Malaysia telah mulai hilang dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang pesat akibat globalisasi pendidikan. Namun, pada pandangan penulis, masalah itu sememangnya tidak wujud. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penglobalisasian pendidikan di Malaysia telah memberi peluang kepada pengaruh asing untuk terdedah kepada masyarakat Malaysia. Namun, pengaruh tersebut sebenarnya merupakan suatu impak positif kepada Negara kita. Walau apa pun rakyat kita menerima dan membuka mata dengan budaya Negara-negara Barat, keunikan dan identiti Negara kita tidak tercabar dengan pendedahan tersebut, tetapi sebaliknya memberi satu peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengenali perbezaan budaya diri kita sendiri dengan budaya asing. Pemahaman dan pengetahuan mengenai budaya Negara asing sebenarnya mengajar kita lebih mengetahui siapa diri kita sebenarnya, dan seterusnya lebih bangga dengan identiti dan menghayati keunikan Negara kita. Ini secara tidak langsung telah menyuntik semangat patriotism, memupuk jiwa kewarganegaraan malah membantu mengukuhkan identiti dan keunikan Malaysia. Justeru, penulis kurang bersetuju dengan kenyataan bahawa penglobalisasian pendidikan di Malaysia mampu mencabar identiti dan keunikan Malaysia.

2.3 Isu: Globalisasi Pendidikan mempersoalkan kualiti guru?

Penglobalisasian pendidikan di Malaysia yang dimangkin oleh perkembangan mendadak dalam teknologi maklumat telah mengakibatkan satu lagi senario di Negara kita. Perkembangan infotek yang begitu pesat telah menyebabkan leadakan maklumat serta prasarana maklumat menjadi begitu hebat hasil daripada penggabungan high performance communication dengan high performance computing (Sharifah Nor Puteh,1997). Menurut

Hamdan Said (2000), hal ini berlangsung di setiap penjuru glob ini. Dengan perkataan lain, mana-mana pihak di rantau dunia ini mempunyai hak bukan sahaja dalam mendapatkan maklumat, malah mereka berhak untuk berkongsi maklumat dan ilmu dalam alam dunia tanpa sempadan ini. Memandangkan hak muat naik dan muat turun yang begitu bebas pada era globalisasi ini, timbulnya isu dimana kualiti guru dalam globalisasi pendidikan perlu dipersoalkan. Seperti mana yang dibincangkan sebelum ini, perkembangan pesat pada era teknologi siber serta kebebasan hak setiap individu untuk mendapatkan maklumat serta berkongsi maklumat telah memberi peluang kepada sesiapa sahaja di sudut dunia ini memuat turun maklumat yang disebarkan melalui internet, serta memuat naik maklumat yang difikirkan ingin berkongsi bersama komuniti seluruh dunia. Menurut Akta Pendidikan 1996: Guru ertinya seseorang yang (a) Mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan; atau (b) Menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh Namun, apa yang kita lihat sekarang adalah sesiapa sahaja berhak menjadi guru dalam alam maya. Tiada pihak yang akan meminta guru tersebut untuk menunjukkan sijil kelayakan perguruan atau sijil bertauliah beliau malah tiada sesiapa yang dapat membuktikkan bahawa ilmu pengetahuan yang dikongsi di internet akibat penglobalisasian pendidikan itu adalah benar dan tepat. Jadi, pada pandangan penulis, pengglobalisasian pendidikan di Malaysia sememangnya menimbulkan isu bahawa kualiti guru
10

akan sememangnya dipersoalkan dengan kebebasan berkongsi maklumat di dunia global ini.

2.4 Isu: Globalisasi Pendidikan mencabar pembentukan jati diri masyarakat Malaysia?

Jati diri bermaksud sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama (Kamus Dewan, 2005). Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim pula, jati diri ialah unsur-unsur kehidupan yang mencerminkan lahiriah individu atau masyarakat. Ia merupakan identiti individu, masyarajat dan Negara bangsa yang punya sifat-sifat keutuhan yang dibanggakan. Amirullah Andi Nur dan Nur Aishah Zainal telah

mengemukakan definisi jati diri sebagai teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa. Jati diri dikatakan akan

menunjukkan citra identity sesebuah bangsa dan membentuk ketahanan diri bagi membolehkan seseorang berhadapan hidup yang semakin mencabar dan membentuk ketrampilan diri yang memberi gambaran mengenai sesuatu bangsa atau Negara asal mereka (Hasliza Hassan ,etc.). Menurut Abdullah Hassan (2009), ciri jati diri bangsa dapat disenaraikan seperti mempunyai leluhur yang sama, menuturkan bahasa yang sama, mengamalkan

kebudayaan yang sama, berpegang kepada agama yang sama serta bermastautin di daerah geografi yang sama. Menurut Hussein Ahmad (2001), proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah Negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahupun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahupun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Realitinya, masyarakat Malaysia kini juga sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk budaya asing yang berlainan dengan budaya setempat. Persoalannya, adakah benar bahawa penglobalisasian pendidikan di Malaysia telah menyebabkan kehilangan jati diri murid?
11

Menurut kata-kata Ketua Dua Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, globalisasi yang bercanggah dengan jati diri menggugat usaha membina Negara bangsa hingga berlaku kecelaruan dalam menetapkan identiti sesuatu bangsa. Namun, penulis mempunyai pandangan yang berbeza dengan beliau. Penglobalisasian pendidikan seperti mana yang dikatakan sebelum ini telah membawa kecairan sempadan dalam dunia pendidikan antara Negara kita dengan Negara-negara asing. Pada pendapat penulis, proses globalisasi yang semakin berkembang di Negara kita sebenarnya bukan sebab yang menyebabkan kehilangan jati diri masyarakat khususnya golongan muda di Malaysia. Sebaliknya, penulis berpendapat bahawa proses penglobalisasian pendidikan sebenarnya merupakan satu proses untuk menjana jati diri masyarakat kita samada pembinaan dalaman tersebut adalah kukuh dan mampu mengharungi segala cabaran dan dugaan di dunia ini. Bahkan, penulis berasa bahawa penglobalisasian pendidikan ini yang telah membuka mata, menjana minda, memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam jati diri masyarakat Negara kita. Bukankah ini sebenarnya telah membantu mendukung matlamat kea rah menegakkan keperibadian bangsa dan kejatidirian dalam koteks pembangunan Negara? Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa penglobalisasian dalam dunia pendidikan yang secara tidak langsung telah mengeksport dua komoditi utama iaitu ilmu pengetahuan dan budaya serta pemikiran mereka. Keadaan ini juga dikatakan telah menjajah rakyat Negara kita tanpa menggunakan senjata seperti pisau, pistol dan bom. Namun, pada pendapat penulis, kenyataan ini sebenarnya tidak dapat menyalahkan pengaruh yang dibawa oleh pihak asing yang dikatakan merupakan sebahagian daripada impak globalisasi pendidikan. Sesungguhnya, sekiranya kita sebagai warga di dunia sebelah sini cukup berhati-hati dan bijaksana dalam proses memilih yang mana wajar ditelan dan yang mana harus diluahkan agar jati diri kita tetap utuh, proses penglobalisasian pendidikan itu tidak memberi sebarang kesan kepada pembentukan jati diri masyarakat Negara kita dan juga jati diri murid di Malaysia.
12

Dewasanya, kita dapat lihat banyak pelajar yang melanjutkan peringkat pendidikan tinggi di luar Negara. Kita dapat lihat pelajar-pelajar berstatus warganegara Malaysia ini bukan sahaja terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan zon masa, malah mereka perlu mempelajari cara-cara orang Barat berucap, makan dan minum, memberi salam, dan kadang-kala cara berpakaian ala Barat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada yang menjadi Mat Saleh selepas mereka balik dari luar Negara. Namun, kita tidak dapat menutup mata, menafikan sesetengah pelajar yang tidak mengalami masalah ini. Sebaliknya, pelajar-pelajar ini masih mempraktiskan amalan budaya Malaysia yang sudah menjadi kebiasaan serta kekaguman kepada mereka semenjak usia muda sebelum mereka berangkat ke luar Negara. Sebagai contoh, Michael Teoh, seorang pelajar berbangsa Malaysia yang menerima Ijazah Sarjana Muda Pemasaran dan Antarabangsa dengan Kepujian di Universiti Teknologi Auckland pada tahun 2008 telah menyatakan bahawa beliau berasa kagum dengan kelebihan belia Negara kita yang melanjutkan pelajaran di luar Negara dimana mereka dikatakan mempunyai nilai positif sendiri secara tidak sedar. Menurut beliau, Saya berpeluang ke Stamford dan Harvard dan saya dapati orang Barat sangat proaktif dan agresif, suka tinggikan suara apabila memberikan pendapat. Jika pergi ke aspek budaya, masyarakat kita tidak suka apabila seseorang itu bersuara lantang atau bongkak. Orang barat tidak akan bersetuju, dan menyatakan kita tidak menghormati hak peribadi mereka. Tetapi di Malaysia kita ada budaya kita sendiri. Kita diingatkan supaya merendah-rendahkan diri, tidak mengagungkan kelebihan sendiri. Dalam perkataan lain, penulis mempunyai idea bahawa proses penglobalisasian pendidikan di Negara kita sebenarnya tidak membawa kesan yang serius sehinggakan dapat meruntuh pembentukan jati diri dalam diri masyarakat Malaysia, khususnya golongan remaja dan belia di Negara kita. Sesungguhnya, pada pendapat penulis, sikap dan kesediaan

keterbukaan dalam diri individu itu yang membawa kepada keruntuhan jati diri akibat kejutan budaya yang mana banyak pihak yang mengatakan ini adalah akibat dari penglobalisasian pendidikan. Ini bermakna, sekiranya seseorang
13

individu mempunyai imam dan pendirian yang cukup mantap, maka, mustahil jiwa dalam diri individu itu akan tergoda atau tercabar dengan berlakunya proses globalisasi pendidikan di Negara kita. Jika masyarakat Negara kita sudah bersedia dan sentiasa terbuka untuk menerima budaya asing, maka tidak kira betapa sungguh usahanya untuk menjaga budaya sendiri, akhirnya tergugat juga budaya Negara kita. Pendek sememangnya kata, telah proses penglobalisasian sedikit pendidikan di Malaysia kepada

membawa

sebanyak

pengaruh

masyarakat Negara kita, baik dari aspek bidang pendidikan, ekonomi, cara hidup atau amalan budaya setempat. Namun realitinya, penulis berpendapat bahawa kebijaksanaan masyarakat Malaysia untuk menguruskan intergrasi budaya di Negara kita yang menjadi sebab utama kesan ini berlaku. Beralih kepada pemikiran yang lebih positif, jika kita mempunyai iman dan pendirian yang teguh, masyarakat Negara kita sebenarnya dapat mengadaptasikan budaya asing ke budaya tempatan dan akhirnya menghasilkan sebuah budaya baharu ala Malaysia yang mana budaya ini diperkembangkan mengikut acuan Negara kita. Dengan perkembangan budaya baharu tersebut, yakni akan turut mengukuhkan malah memperkembangkan pembentukan jati diri masyarakat dan murid di Negara.

14

(3) Rumusan dan Cadangan

Dunia pendidikan di Malaysia kini sedang melalui suatu era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Namun, perubahan yang berlaku pada hari ini sebenarnya mengajar masyarakat supaya bersikap lebih prihatin terhadap bidang pendidikan. Dalam konteks ini, walaupun globalisasi pendidikan telah memberi kesan positif kepada sistem pendidikan Negara kita, tetapi kesan negatif yang hadir bersama tidak dapat dinafikan dan diabaikan. Mustahil kita dapat mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Sesungguhnya semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah komprehensif untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi ini. Sebagai seorang guru pula, beliau haruslah menerima kenyataan dengan hati terbuka bahawa dalam proses meningkatkan kualiti pendidikan dan status profesion keguruan, beliau pasti akan menemui banyak isu dan cabaran pendidikan. Kesedaran dan kefahaman tentang isu-isu dan cabarancabaran pendidikan semasa adalah penting untuk membantu guru agar berfikiran luas dan mantap. Seperkara lagi yang sangat perlu diberi perhatian serius adalah keperluan guru mempertahankan dan seterusnya melonjakkan martabat profesion perguruan yang mereka ceburi, seperti yang dinyatakan oleh Hamdan Said (2000). Guru sepatutnya sentiasa mengambil azam diri untuk menjadikan diri sebagai seorang guru berkesan supaya melahirkan generasi pelajar yang mempunyai kemampuan dan ketabahan dalam menempuh segala perubahan dan cabaran masa kini dan akan datang.

15