Anda di halaman 1dari 3

BAB 6 Nilai Berkaitan dengan Demokrasi Unit 29 Undang-undang Menjamin Keamanan Sejagat Nilai : Mematuhi peraturan dan undang-undang

Definisi: menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada Perisian Akademik: 1.Undang-undang Antarabangsa (a)Akta Pencegahan Penyeludupan - penyeludupan bermaksud pemindahan manusia atau barangan secara haram dari atau ke sesebuah negara. - tujuan penyeludupan ialah mengelakkan bayaran cukai/ duti import - contoh barangan larangan yang selalu diseludup: dadah, senjata api dan bahan lucah -Jabatan Kastam dan Imigresen yang bertanggungjawab mengawal kegiatan penyeludupan (b)Undang-undang Laut Antarabangsa - dikaitkan dengan sebarang jenis pengangkutan air (laut, tasik, sungai) - setiap negara mempunyai undang-undang lautnya tersendiri - sebarang pencerobohan perairan adalah diharamkan - kegiatan yang selalu terlibat dengan undang-undang ini ialah menangkap ikan dan membuang bahan sisa tosik (c)Mahkamah Antarabangsa - ditubuhkan ileh PBB dan diterima pakai oleh 190 negara di dunia (tahun 2002) - satu badan perundangan bebas yang dianggotai oleh 15 hakim dari seluruh dunia - peranan: menyelesaikan perselisihan faham antara negara-negara anggota PBB yang berkaitan dengan sempadan dan tuntutan hak milik, memberi nasihat kepada negara-negara yang bertelagah, menjamin kebajikan negara-negara kecil daripada dieksploitasikan oleh negara besar, menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik, menjamin keamanan dunia dengan elakkan peperangan antara negara bertelagah (d)Undang-undang siber - bertujuan untuk mengetahui ancaman fitnah dan

manipulasi oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab seperti anasir subversive dan propaganda politik. - antara akta yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia: Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tele Perubatan 1997, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 - semua pengguna internet perlu mematuhi undang-undang ini. 2.Kesan sekiranya tidak ada undang-undang antarabangsa: - negara besar dan kaya akan menggunakan kuasa dan pengaruh untuk menindas negara kecil - peluasan kuasa tidak dapat dikawal - kegiatan lanun dan penyeludupan tidak terkawal - keselamatan negara akan tergugat - hasil negara(cukai/duti) akan berkurangan - berleluasa barangan tiruan dan tidak berkualiti

Unit 30 Media Massa Penyalur Idea Nilai : Kebebasan bersuara Definisi: Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman Perisian Akademik: 1.Peranan media massa: - saluran komunikasi yang menghubungkan masyarakat dengan berita semasa -menyebarkan percambahan idea tentang sesuatu konsep baru - member ruang kepada pembaca meluahkan perasaan tentang sesuatu isu 2.Cara/sikap semasa menggunakan media massa -berhemah dalam menggunakan saluran media massa -tidak menggunakan media massa untuk tujuan yang salah -jangan menyentuh isu-isu sensitif 3.Kesan penyalahgunaan media massa: -hilang kepercayaan daripada masyarakat -negara akan porak-peranda -keamanan dan keharmonian hidup rakyat akan terjejas -akan berlaku rusuhan kaum -maklumat yang disiarkan tidak tepat

-akan berlaku perbalahan antara negara 4.Tindakan diambil jika media massa disalahgunakan: - melaporkan kepada pihak berkuasa dengan membekalkan bukti -menulis surat bantahan terbuka kepada media tersebut -menegur atau menasihat orang yang menerima maklumat tersebut tidak terpengaruh 5.Etika pengguna internet dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat: -memastikan hanya perkara atau maklumat yang benar sahaja disebarkan kepada rakyat -tidak menyebarkan isu sensitif dengan tujuan menimbulkan propaganda Unit 31Kebebasan Beragama Memupuk Keharmonian Nilai : Kebebasan beragama Definisi: Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia Perisian Akademik: 1.Perayaan Thaiponggal: disambut oleh kaum India pada hari pertama bulan Thai mengikut calendar Tamil. Sempena perayaan menuai padi. Ponggol berasal daripada perkataan India bermaksud memasak beras yang baru dituai dengan susu lembu dan gula. Perayaan ini juga dikaitkan dengan penetapan tarikh perkahwinan kerana bulan ini membawa berkat 2.Kemudahan/aktiviti yang menunjukkan kebebasan beragama: -memberi kebenaran bercuti ketika menyambut perayaan besar -membenarkan setiap kaum membina rumah ibadat masing-masing mengikut peraturan -diberi kebebasan melaksanakan tuntutan agama -waktu rehat tengahari dipanjangkan pada hari Jumaat agar umat Islam dapat bersembahyang Jumaat di masjid -surau atau bili sembahyang bagi orang Islam disediakan di tempat kerja dan tempat awam -majikan member wang pendahuluan perayaan kepada pekerjanya ketika menyambut perayaan besar -jalan raya tertentu akan ditutup bila ada perarakan agama 3.Cara rakyat Malaysia menunjukkan sikap menghormati kebebasan beragama; -tidak membantah kemudahan yang diberikan kepada

penganut agama lain -bekerjasama pada masa tertentu bagi melicinkan perjalanan sambutan perayaan -bertolak ansur dalam melaksanakan sesuatu upacara keagamaan 4.Faedah kebebasan beragama -menjaga keharmonian hidup masyarakat yang pelbagai kaum di negara ini -dapat menyatupadukan rakyat yang menganut pelbagai agama -merapatkan hubungan sesame kita dengan saling mengunjungi semasa perayaan -berpeluang meraikan sambutan perayaan agama lain Unit 32 Masyarakat Bertanggungjawab Negara Membangun Nilai : Penglibatan diri dalam pembangunan negara Definisi: Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia Perisian Akademik: 1.Contoh badan sukarela yang memberi sumbangan untuk membangunkan negara: a)Kelab Rotery: -menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan kepada rakyat yang kurang mampu -antara aktivi ialah: kempen derma darah, pemberian biasiswa, mendermakan kerusi roda, mengadakan ceramah kesihatan dan lain-lain. -program yg telah dijalankan oleh Kelab Rotery dlm usaha membangunkan negara: i. program makanan berzat bg pelajar di sek. ii.program meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menlindungi hidupan laut iii.projek membiayai pembinaan perhentian bas b) PBSM: - menjalankan aktiviti member bantuan perubatan kepada orang ramai semasa kecemasan seperti bencana alam, semasa sukan dan kain-lain. c) Kelab Lions: - membina perhentian bas - menyumbang buku keperpustakaan di kampong - Menyumbang dalam projek pembinaan jejantas - Menyumbang kerusi roda kpd individu yg kurang Berupaya

-Menyumbang mesin hemodialisis ke hospital yang memerlukan. 2.Cara memberi sokongan terhadap usaha pembangunan negara: -Turut serta dalam usaha pembangunan negara - membantu menyebarkan maklumat usaha-usaha pembangunan negara kepada orang ramai - memkirkan cara yang produktif dan inovatif untuk membantu usaha pembangunan 3. Kepentingan usaha / aktiviti pembangunan negara: -Menyediakan kemudahan infrastruktur kpd rakyat -taraf hidup rakyat meningkat -memastikan pembangunan yg seimbang dlm semua aspek Unit 33 Sikap keterbukaan penyelesaian masalah Nilai : Sikap Keterbukaan i. sikap keterbukaan dalam menyelesaikan masalah pendatang asing ii. pihak yg bertanggungjawab dalam menangani masalah pendatang tanpa izin - Polis-rondaan/pemeriksaan penduduk asing - Mahkamah tindakan undang-undang - Jabatan Imigresen menahan pendatang asing dan hantar balik ke negara asal - Kementerian Luar Negara iii. bukti negara kita mengamalkan silap keterbukaan dalam menangani masalah pendatang tanpa izin - Malaysia memaklumkan negara asal yang dikenal pasti pendatang tanpa izin - Malaysia juga memaklumkan pendirian kerajaan untuk menghantar mereka pulang dengan bantuan kedutaan mereka - Malaysia juga tidak bertindak sewenang-2nya tanpa makluman awal kpd pihak yang terbabit utk mengelakkan keretakan hubungan antara negara iv. perkara lain yang menunjukkan negara kita mengamalkan sikap keterbukaan - antarabangsa : pendirian kita menetang keganasan. Suara kita tentang penyusunan semula kerangka kewangan antarabangsa, pembiayaan untuk pembangunan, kedudukan

hutang negara miskin dan integrasi negara membangun dalam ekonomi dunia pentadbiran dlm negara : sistem mahkamah serta pihak polis menjalankan penyelesaian kes mengikut saluran yang betul. Sistem perundangan negara kita yang tidak memberi kekecualian kepada mana-mana pihak atau individu tanpa mengira pangkat atau pengaruh. Pihak swasta: sistem pendidikan dan sistem pengambilan pekerja

v. Kesan negatif jika sikap terbuka tidak diamalkan - kepercayaan rakyat terhadap pucuk pimpinan akan tergugat - rakyat akan hidup dlm keadaan tidak selamat kerana ada penyalahgunaan kuasa - kegiatan rasuah berleluasa - kita sering disalah anggap kerana tiada pendirian - tidak dihormati kerana dianggap sebagai penakut - tanggapan buruk akan berleluasa vi. Ramalkan kesan jika negara kita tidak menyatakan pendirian yg tegas - tidak dihormati oleh negara lain - akan disalah anggap sebagai negara yg tdk mpy pendirian sendiri

Anda mungkin juga menyukai