Anda di halaman 1dari 6

3.

0 KEPENTINGAN MEMAHAMI ISU DAN CABARAN DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Sepertimana yang kita ketahui, tugas sebagai seorang guru sangat memerlukan disiplin yang tinggi dan memerlukan ilmu yang

secukupnya.Semua insan yang bergelar guru mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam mendidik anak bangsa sehingga mencapai kejayaan dan memberi kepuasan kepada diri guru itu sendiri.Dalam usaha menjadi seorang guru yang cemerlang dan baik. Ianya memerlukan seseorang guru itu memahami apa itu isu dan cabaran yang perlu guru tempuhi dan harungi dengan bijak dan tenang terutamanya untuk seorang yang bergelar Guru Pendidikan Khas yang sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi dan 100% kesabarab untuk mendidikan kanak-kanak berkeperluan khas ini.

Terdapat banyak kepentingan yang harus seorang guru pendidikan khas memahami sebelum mereka menempuh cabaran dan juga pelbagai isu yang harus mereka selesaikan dengan bijak. Cabaran dan isu yang akan mereka tempuhi bukan senang kerana ianya melibatkan pelbagai masalah berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang sememangnya sinonim dengan masalah-masalah fizikal, kognitif dan psikomotor dan lain-lain lagi.

3.1 Mengeratkan Hubungan Antara Pihak Pentadbir, Ibubapa Dan Guru Pendidikan Khas Sebagai guru Pendidikan Khas adalah penting untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan Pendidikan Khas. Untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul ini memerlukan guru Pendidikan Khas ber interaksi dengan pelbagai pihak seperti pihak ibu bapa, pentadbir sekolah dan sebagainya

16

Kepentingan memahami isu dan cabaran dalam program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ini akan membuatkan pihak guru berinteraksi dengan pihak pentadbiran, ibu bapa dan lain-lain pihak yang terlibat. Secara tidak lansung ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan isu ini. Dengan cara berinteraksi tersebut, perbincangan dapat berjalan dengan baik dan lancar disamping memudahkan semua pihak mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menangani isu-isu yang dibincangkan.

Contohnya, dalam isu penyalahgunaan wang peruntukan Program Pendidikan Khas.guruPendidikan Khas akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan wang yang diperuntukan untuk kegunaan Pendidikan Khas. Interaksi tersebut sedikit sebanyak membolehkan pihak pentadbiran sentiasa beringat tentang wang yang diperuntukan untuk Pendidikan Khas. Sekali gus, masalah isu tersebut dapat ditangani

Kesimpulanya,

pihak

pentadbir

tidak

akan

lagi

membuat

penyelewengan apabila guru mengambil langkah selalu berkomunikasi dengan pihak pentadbir

3.2 Memudahkan Guru Mengawal Murid Sesuatu isu dan cabaran perlu ditangani supaya memudahkan guru menjalankan tugas mereka. Antaranya ialah memudahkan guru mengawal murid Berkeperluan Khas

Seperti yang kita sedia maklum, murid Pendidikan Khas mempunyai 1001 ragam yang menjadi cabaran untuk guru Pendidikan Khas memahami setiap muridnya.

17

Sebagai contoh, isu pengasingan murid berkeperluan khas dengan murid normal. Pengasingan ini di buat supaya guru Pendidikan Khas mudah untuk mengawal setiap tindak tanduk murid Bermasalah Pembelajaran

Contonya, apabila waktu perhimpunan beberapa murid berkeperluan khas seperti murid yang menghadapi masalah hiperaktif diasingkan daripada menyertai perhimpunan berkenaan. Ianya adalah disebabkan bagi mengelak masalah tidak diingini seperti kebisingan dan terlepas kawalan murid-murid berkenaan yang mungkin mengganggu murid normal yang lain.

Guru perlupeka terhadap segala tingkahlaku mereka dan segala aktiviti yang melibatkan murid-murid berkenaan. Guru perlu fahami pentingnya pengasingan ini terhadap murid-murid berkenaan.

Selaian daripada itu, pengasingan ini juga dapat memberi keselesaan kepada murid berkeperluan khas. Apabila murid berkeperluan khas berasa selesa ini akan mengurangkan tingkah laku dan emosi yang negatife seperti marah, memukul rakan, berlari dan sebagainya. Sekaligus memudahkan guru mengawal kelas

3.3 Melancarkan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Guru harus menyediakan infrastruktur yang selesa untuk murid-murid agar mereka merasa selesa disamping melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila infrastruktur dalam kelas lengkap dan sesuai, guru dan murid dapat berinteraksi dengan baik dan mesra.

Contohnya,

dalam

isu

pembagunann

fizikal

Kelas

Pendidikan

Khas.Ruang yang terhad menyukarkan pergerakan guru mahupun murid untuk melakukan aktiviti. Disini guru perlu memainkan peranan penting dalam menyusun atur kedudukan meja dan kerusi murid supaya murid berasa selesa dan bebas bergerak untuk melakukan aktiviti
18

Disamping melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran, ibu bapa juga berasa anak mereka selamat apabila berada dalam kelas tersebut. Ini dapat menambahkan keyakinana ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke Kelas Pendidikan Khas. Keyakinan guru dalam mengajar dalam bidang Pendidikan Khas juga akan bertambah apabila ramai ibu bapa yakin dengan kelas tersebut.

3.4 Memantapkan Kemahiran Guru Setiap guru Pendidikan Khas perlu mempunyai kemahiran sebelum mengajar murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.Sebagai guru, guru sememangnya perlu memahami faktor kelayakkan sebelum mengajar sesuatu subjek yang tidak dipelajarinya.Ia akan mengakibatkan masalah kepada pihak pentadbir sekolah, kepada guru sendiri termasuklah kesan kepada murid-muridnya nanti.

Isu guru yang mengajar Pendidikan Khas bukanlah guru yang datang dari opsyen Pendidikan Khas yang mana mereka ini tidak terlatihini sememangnya menjadi satu isu yang perlu ditangani supaya mengelakkan ibu bapa hilang kayakinan untuk menghantar anak mereka ke Kelas Pedidikan Khas.

Beberapa kursus yang telah dijalankan oleh pihak kementerian untuk memantapkan lagi kemahiran guru dalam bidang Pendidikan Khas.Guru pendidikan khas sememangnya harus mempunyai kemahiran tersendiri dan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan daripada guru biasa.

Hal ini penting untuk memastikan guru Pendidikan Khas mempunyai kelayakkan untuk mengajar Pendidikan Khas, guru juga akan mengambil kursus sekiranya mata pelajaran yang mereka dipertanggungjawabkan tidak mereka pelajari sebelum ini.
19

3.5 KreatifDan Kritis Dalam Merancang Pembelajaran Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran tidak seperti murid normal yang laian. Mereka memerlukan bahan-bahan serta sesi pengajaran yang lebih menarik supaya murid tersebut akan tertarik dengan proses pengajaran dan pembelajaran guru Sekaligus memudahkan murid untuk mengingati setiap apa yang diajar oleh guru secara beransur-ansur..

Contoh dalam isu menempatkan pelbagai kebolehan murid dalam satu kumpulan.Isu ini mendatangkan masalah kepada guru untuk merancang aktiviti murid mengikut kebolah murid tersebut.

Contohnya guru ingin mengajar murid menulis huruf a hingga e dalam sesebuah kumpulan yang mengandungi 5 orang murid.Tetapi 2 daripada 5 orang murid tersebut masih tidak mampu untuk mengingat bentuk huruf a e. Sekaligus menyukarkan murid tersebut menulis huruf a hingga e. Hal ini menyukarkan guru untuk meneruskan sesi pembelajaran kerana guru tersebut perlu menfofus kepada 2 orang murid yang masih belum mengingat huruf a e tersebut. Jika guru tersebut meneruskan pembelajaran tentang menulis huruf tersebut maka 2 murid tersebut akan keciciran.

Oleh itu duru perlu merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dengan kreatif dan kritis supaya semua murid dapat belajar dengan baik walaupun mereka mempunyai kebolehan yang berbeza.

Sebagai contoh, guru boleh membuat kumpulan murid supaya memudahkan guru untuk mengajar.Murid membahagikan murid kepada 2 Kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A hanya perlu belajar mengenal bentuk huruf a hingga e sahaja manakala Kumpulan B boleh meneruskan pembelajaran menulis huruf a hingga e. Guru perlu lebih kreatif dalam mengajar Kumpulan A supaya mereka cepat mengingat huruf a hingga e dengan mudah.Abm serta sesi pengajaran yang menarik membantu

20

murid tersebut supaya mereka lebih memberi tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru

3.6 Bersabar Dalam Menempuhi Cabaran Sesuatu isu dan cabaran perlu ditangani supaya memudahkan guru menjalankan tugas mereka.Antaranya ialah ianya dapat menambah

kesabaran kesan daripada bebenan tugas. Sepertimana yang kita ketahui setiap guru akan mengalami masalah bebanan tugas. Tidak kiralah apa sekali pun tugasan yang

dipertanggungjawabkan kepada guru. Guru harus dapat melaksanakan dan menyelesaikan tugasan itu sebaik yang mungkin. Bebanan tugasan tidak terkecuali kepada guru-guru Pendidikan Khas.

Seterusnya, kita dapat melihat bebanan tugasan yang dipukul oleh Guru Pendidikan Khas lebih mencabar daripada guru-guru biasa.Guru Pendidikan Khas perlu berdepan dengan murid yang mempunyai pelbagai ragam serta karenah dibebani pula dengan tugas-tugas pentadbiran sekolah.Hal ini menyababkan guru Pendidikan Khas sentiasa bersabar walau terdapat pelbagai masalah yang timbul hasi daripada masalah daripada kanakanak Pendidikan Khas mahupun pentadbiran sekolah.

Contohnya, guruPendidikan Khas harus melakukan dua kerja pada satu masa. Ini sangat membebankan malah akan megurangkan kualiti seseorang guru. Disini guru perlu memainkan peranan penting seperti sentiasa bersabar dengan segala tugasan yang diberikan. Guru Pendidikan Khas harus mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi yang akan meningkatkan komitmen guru terhadap kerja dengan lebih baik dan memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

21