Anda di halaman 1dari 2

SRF 3013 /TUGASAN 1 : LAPORAN AMALI 1 : MEMAHAMI DAN MENGGUNAKAN PETA BINTANG

4 HB MAC 2012

Peta bintang adalah alat yang kita boleh gunakan dalam memastikan kedudukan bintangbintang dan buruj di langit. Dalam peta bintang, kita boleh membezakan nama-nama buruj dan nama-nama bintang dengan melihat huruf yang di gunakan. Buruj di tulis menggunakan huruf besar keseluruhan sementara bintang di tulis menggunakan huruf kecil. Objek Messier pula di tandakan sebagai M . Dibahagian kanan bawah peta bintang di tunjukkan magnitud (kecerahan) bintang dengan menggunakan nombor positif dan negatif. Semakin negatif nombor tersebut semakin cerah magnitud bintang. Magnitud bintang juga di tandakan pada peta dengan simbol bintang paling cerah, kedua tercerah , ketiga tercerah dan seterusnya. Garisan laluan matahari yang di kenali sebagai garisan ekliptik di kenali dengan bentuknya yang melengkung atas dan bawah serta bersilang dengan garisan khatulistiwa (seperti gelombang sin). Garisan ini membuktikan bahawa bumi ini condong pada paksinya dan garisan ini melalui atau hampir melalui 13 buah buruj yang di kenali sebagai buruj-buruj zodiak. Garisan ekliptik juga membuktikan kewujudan analemma matahari. Untuk mencari sesuatu objek di langit, kita boleh merujuknya melalui nombor koordinat right ascension (longitud) dan declination (latitude). Kedua dua garisan tersebut yang di lukis secara vertikal dan horizontal digunakan untuk menulis kedudukan sesuatu objek langit. Contohnya ; bintang Sirius berada di right ascension 6h 45m dan declination -17. Bintang Mirfak di right ascension 3h 25m dan declination +50. Bila di bawa ke dataran pencerapan, peta bintang perlu dibaca dalam keadaan kita berbaring dan mengarahkan peta ke atas. Ini untuk memastikan kita mengarahkan peta ke arah mata angin

yang betul untuk mencari objek yang di kehendaki. Kedudukan buruj di baca mengikut jam berdasarkan tarikhnya. Kesimpulannya , peta bintang adalah alat yang mudah dan murah serta amat diperlukan dalam pencerapan langit .

(290 patah perkataan)

NORHAIZA BT HAKIM @ HASHIM 710831-08-6092 PPG/20313/11 PENGAJIAN SAINS PPG/USM PULAU PINANG PENSYARAH : PROF MADYA DR ABDUL HALIM ABDUL AZIZ

Anda mungkin juga menyukai