Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5/2012 (FASA I & II)

NAMA

NURUL AIMI BINTI AHMAD SHAH

NO.PELAJAR

8147

NO.KAD PENGENALAN KUMPULAN

901202-06-5362

5 PISMP SAINS 1

BIL.SIRI & TARIKH PROGRAM

SIRI 5/2012 8 MAC 2012 DAN 27 APRIL 2012

NAMA TUTOR

PUAN ELLYZA BT KARIM

LAPORAN SEMINAR GURU DAN PERUNDANGAN BAGI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER 5 PISMP

Pada 8 Mac 2012, satu seminar yang bertajuk Guru dan Perundangan telah diadakan di Dewan Besar IPG KPT. Seminar ini merupakan salah satu program Bina Insan Guru (BIG) bagi fasa I di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5. Seminar ini bukan sahaja disertai oleh guru pelatih 5 PISMP malah turut disertai oleh guru pelatih 3 PISMP. Tujuan program seminar ini diadakan adalah supaya guru pelatih

mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jelas mengenai profesion dan perundangan yang terdapat dalam profesion perguruan serta guru pelatih dapat lebih memahami tanggungjawab mereka pada masa akan datang. Selain itu, seminar ini memberi pendedahan kepada bakal guru tentang pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh guru pelatih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang bakal dipertanggungjawabkan kelak. Seminar ini telah disampaikan oleh dua orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Ceramah 1 disampaikan oleh Encik Rasul bin Haron manakala ceramah 2 disampaikan oleh Encik Fadzil bin Hashim. Antara intipati-intipati penting yang disampaikan menerusi seminar ini adalah mengenai etika keguruan, undang-undang, tanggungjawab seorang guru, cabarancabaran yang bakal dihadapi guru dan banyak lagi. Kami juga berpeluang mendengar pengalaman yang ditempuhi oleh penceramah itu sendiri semasa menjalani tanggungjawab sebagai seorang guru. Kemudian, guru pelatih juga berpeluang untuk bersoal jawab dengan penceramah untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai bidang profesion perguruan ini. Program ini tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Banyak input baru telah diperolehi melalui sesi ceramah yang disampaikan oleh kedua-dua penceramah ini. Diharapkan program sebegini dapat diadakan lagi supaya ia dapat meningkatkan semangat profesionalisme dalam kalangan guru dan memberi persediaan yang lebih rapi kepada guru pelatih sebelum menjadi seorang guru yang sebenar.

Analisis SWOT Kekuatan Program seminar berjalan dengan lancar dan tersusun. Setiap intipati ceramah disampaikan dengan jelas dan berkesan. Pengisian program yang menarik dan berkesan serta mempunyai objektif yang tersendiri. Susunan organisasi yang teratur dan setiap ahli jawatankuasa dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Komitmen yang baik yang diberikan oleh setiap AJK dan para peserta sepanjang program ini dijalankan. Kelemahan Terdapat guru pelatih yang tidur dan tidak menumpukan perhatian semasa ceramah disampaikan. Keadaan Dewan IPG KPT yang agak panas menyebabkan guru pelatih kurang selesa untuk tempoh jangka masa yang lama. Peluang Guru pelatih berpeluang untuk bertanya kepada penceramah dan

penceramah telah memberi respon dengan baik. Guru pelatih berpeluang mengetahui pengalaman sebenar dalam menjadi seorang guru.

LAPORAN LAWATAN ILMIAH BAGI PROGRAM BINA INSAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH SAINS ALAM SHAH, KUALA LUMPUR

Sebagai memenuhi keperluan program Bina Insan Guru (BIG) fasa II iaitu di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5 , pada kali ini kelas 5 PISMP Sains 1 telah mengadakan lawatan bench marking ke sekolah cemerlang dan sekolah harapan, iaitu ke Sekolah Menengah Sains Alam Shah yang terletak di bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 27 April 2012. Lawatan ini disertai oleh 18 guru pelatih dan seorang pensyarah pembimbing iaitu Cik Dayang Bibah binti Awang Tuah. Kami telah bertolak dari IPG Kampus Pendidikan Teknik pada pukul 8.00 pagi.

Tujuan program lawatan ilmiah ini diadakan adalah supaya guru pelatih berpeluang untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jelas mengenai pengurusan dan pentadiran sekolah dan juga pengurusan di makmal sains di sekolah. Antara pengisian yang diadakan dalam program bench marking ini adalah mendengar taklimat daripada wakil guru mengenai latar belakang sekolah ini serta pencapaian yang diraih oleh sekolah ini dan melawat makmal Sains di sekolah ini.

Selepas mendengar penerangan daripada wakil guru, kami kemudian telah melawat ke makmal-makmal Sains yang terdiri daripada makmal biologi, makmal fizik dan makmal kimia yang terdapat di sekolah ini. Kami telah dibawa oleh beberapa orang pelajar sekolah ini untuk melawat ke makmal-makmal sekolah ini. Tujuaannya adalah untuk guru pelatih melihat dengan sendiri bagaimana cara pengendalian dan pengurusan makmal ini dilakukan. Kami telah mengambil gambar dan menemuramah pembantu makmal untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengurusan makmal.

Banyak manfaat yang diperoleh hasil daripada lawatan ilmiah ini. Diharapkan dengan adanya program bench marking ini, guru pelatih dapat menimba ilmu mengenai pengurusan makmal sebanyak mungkin sebgai persediaan untuk menjadi seorng guru Sains.

Analisis SWOT Kekuatan Kedudukan sekolah yang dilawati berhampiran dengan IPG KPT, dengan itu kos yang rendah sahaja diperlukan untuk lawatan ini. Pihak sekolah memberi kerjasama yang sangat baik dan amat mengalualukan kedatangan guru pelatih. Segala maklumat yang ingin diperhatikan boleh didapati di sekolah ini. Taklimat yang disampaikan oleh wakil guru sangat jelas. Pengisian program yang menarik dan berkesan serta mempunyai objektif yang tersendiri. Susunan organisasi yang teratur dan setiap ahli jawatankuasa dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Komitmen yang baik yang diberikan oleh setiap AJK dan para peserta sepanjang program ini dijalankan. Kelemahan Tempoh masa program agak singkat. Guru pelatih tidak berpeluang untuk melawat ke setiap tempat sekolah ini disebakan waktu yang diperuntukkan untuk berada di sekolah ini agak singkat. Peluang Guru pelatih berpeluang untuk meninjau sendiri cara pengendalian dan pengurusan makmal sekolah bagi jenis Sekolah Berpretasi Tinggi (SBT) Guru pelatih berpeluang untuk bertanya kepada guru dan pelajar mengenai sekolah ini. Berpeluang bermesra dan merapatkan silaturahim antara guru pelatih dengan guru dan pelajar sekolah ini.