Anda di halaman 1dari 18

QGU 3013

Tajuk: TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING (TGFU)

PENGENALAN
Pengenalan Pendekatan TGFU sebenarnya telah mula diperkatakan lebih dari dua dekad yang lalu dan bermula ia di United Kingdom pada awal 1980an. Thorpe,Bunker dan Almond merupakan antara perintis yang menerajui model pendekatan TGFU ini. Konsep pendekatannya yang mesra kanak-kanak dan sesuai dengan fitrah kanak-kanak yang gemar bermain menjadikannya istimewa serta mudah diadaptasi oleh kanak-kanak. Idea untuk memperkenalkan TGFU tercetus apabila didapati ramai pelajar menunjukkan sikap kurang berminat terhadap pelajaran Pendidikan Jasmani yang menekankan kepada prestasi penguasaan kemahiran, pengetahuan serta teknik sesuatu permainan dan pergantungan terhadap jurulatih atau guru untuk membuat keputusan dalam sesuatu permainan. Sehubungan dengan itu, kepelbagaian jenis permainan yang sedia ada menjadi asas kepada pendekatan ini. Dalam konteks ini, pelajar bukan sahaja harus mengetahui apa yang perlu untuk kejayaan sesuatu permainan, malah yang lebih penting lagi bila dan mengapa untuk membuat keputusan yang dinamik dalam sesebuah permainan. Model TGFU bukan sahaja melahirkan pemain yang lebih baik dan berpengetahuan, malahan ia turut membantu memotivasikan peserta semasa mengambil bahagian dalam pelbagai permainan. Melalui pendekatan Saya Boleh pelajar boleh mengambil bahagian dalam permainan yang sesuai dengan tahap perkembangan kemahiran mereka pada ketika itu. Lebih-lebih lagi, mereka dapat meningkatkan pemahaman yang dinamik terhadap asasasas permainan yang akhirnya menjadikan mereka lebih bersedia dan termotivasi untuk

melabur masa dan tenaga yang diperlukan dalam meningkatkan kemahiran teknikal mereka seterusnya merealisasikannya dalam permainan sebenar.

KONSEP & DIFINISI TGFU


KONSEP DAN DEFINISI TGFU TGfU dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk pelajar-pelajar sekolah menengah. TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan: Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan Meningkatkan tahap aktiviti fizikal Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga masa kini

Dalam melahirkan ahli sukan dan pemain yang berkualiti, pendedahan terhadap disiplin sukan perlulah didedahkan pada peringkat awal lagi iaitu pada peringkat pra sekolah atau sekolah rendah. Namun, terdapat pelbagai kekangan dalam memperkenalkan sesuatu sukan permainan, contohnya pelajar kita yang

berumur 5 9 tahun tidak sesuai lagi dari segi fizikal untuk bermain bola sepak menggunakan ukuran padang yang piawai seperti orang dewasa begitu juga dengan acara sukan lain. Infrastruktur serta alatan yang sedia ada juga merupakan kekangan utama. Undang-undang permainan yang sukar difahami dan dikuasai juga turut menjadi masalah. Dalam situasi ini, pendekatan TGFU amat sesuai

diaplikasikan.

Pendekatan

TGFU

menyarankan

sesuatu

permainan diadaptasi

daripada permainan sebenar tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari aspek fizikal, sosial serta intelek mereka dan infrastuktur yang bersesuaian. Dalam sesuatu permainan TGFU prosedur berpasukan dan gelanggang permainan turut diubahsuai mengikut kesesuaian.

Seterusnya, penekanan diberikan kepada apresiasi permainan seperti aspek peraturan permainan atau undang-undang yang diubahsuai serta diberi variasi untuk menarik minat pemain. Pelajar juga diberi peluang dan ruang untuk mencuba di pelbagai posisi yang berlainan. Dalam erti kata lain, permainan TGFU mempunyai undang-undang permainan yang mengandungi peraturan-peraturan yang minimum dan senang difahami serta ditafsir. Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa proses permainan dalam usaha untuk mengatasi pihak lawan. Bimbingan yang berterusan daripada jurulatih atau guru akan memantapkan pemahaman pelajar terhadap kesedaran taktikal iaitu aspek prinsip pergerakan, ruang dan masa, situasi lanjut dan cara mengesan kelemahan pihak lawan. Sesi perbincangan amat digalakkan sebagai proses untuk

membolehkan pelajar mendalami idea dan memahami penyelesaian masalah taktikal. Selain itu, secara tidak langsung para pemain akan berhadapan dengan situasi yang bakal membimbing mereka ke arah kemahiran membuat keputusan seperti, menilai situasi untuk menentukan apa yang perlu dilakukan, mengenalpasti dan menjangkakan kemungkinan serta membuat tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan. Permainan dalam bentuk ini melibatkan satu atau lebih kemahiran asas, malah pendekatan ini berkonsepkan ansur maju dengan mempraktikkan kemahiran yang

mudah dan yang telah dikuasai. Penguasaan kemahiran sedia ada akan membantu untuk menghasilkan pergerakan sebenar dalam situasi permainan. Prestasi kemahiran dan penguasaan strategi dinilai mengikut kriteria berasaskan kebolehan individu. Kriteria ini memberi fokus kepada keupayaan pemain bertindak balas terhadap teknik-teknik tertentu. Permainan TGFU ini sebenarnya menjadi medan untuk para pemain mengasah bakat dan seterusnya membentuk kemahiran yang kukuh bagi menyediakan pemain ke peringkat yang lebih tinggi.

Pendekatan TGFU ini menyarankan agar teknik diperkemaskan apabila pelajar sudah menguasai taktik dan strategi yang secara teknikalnya diperolehi semasa permainan TGFU dilaksanakan. Kemahiran diperkenalkan dalam bentuk permainan dan bukannya latih tubi terhadap kemahiran itu sendiri. Dalam konteks ini, konsep TGFU dalam perspektif Pendidikan Jasmani di Malaysia hampir menyamai perlaksanaan sukan mini. Ringkasnya, pendekatan ini

membolehkan serta memudahkan proses pemahaman pelajar serta memberi motivasi kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran setelah melihat kepentingan kemahiran dalam pertandingan.

Gambar menunjukkan kemahiran permainan tradisional sebelum permainan berbentuk alternatif diperkenalkan

FAKTOR & MATLAMAT PERLAKSANAANNYA


FAKTOR-FAKTOR PELAKSANAANNYA

Terdapat beberapa isu timbul di kalangan pelajar-pelajar Britain pada 1980-an yang mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGfU: Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan Kekurangan pengetahuan tentang permainan

Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan

Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan

MATLAMAT PELAKSANAANNYA

Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

Menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan

Model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan

KEPENTINGAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH TGFU

Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuai dan diperkembang dari semasa ke semasa

Secara mendalam dan tepat, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan dalam permainan bola

Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama: Target Striking / Fielding Net / Wall Invasion

o o o o

KATEGORI PERMAINAN

Target

Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata

Contoh: bowling, archery, golf

Striking / Fielding

Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding

Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan

Contoh: baseball , softball, cricket

Net / Wall

Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang

Contoh: badminton, squash, table tennis

Invasion / Serangan

Permainan berpasukan Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata

Contoh: soccer, basketball, handball

Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang mirip atau seiras TGfU bertujuan untuk menggalakkan palajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut Oleh itu, pelajar akan bermampu untuk menyertai permainan lain dalam kategori yang sama Contoh: Pelajar yang telah belajar bola keranjang atau bola sepak dapat main bola baling

Contoh permainan yang mengaplikasikan pengajaran yang menggunakan kaedah TGFU

KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK

KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN TENIS

KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN BOLA JARING

KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR

Gambarajah menunjukkan arahtuju penggunaan TGFU dalam pengajaran masa kini

PERBANDINGAN ANTARA PENGAJARAN TRADISIONAL DENGAN KAEDAH TGFU

Pendekatan yang dicadangkan bagi kedua-duanya ialah pembelajaran adalah melalui aktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiap murid dalam kelas pendidikan jasmani dan kesihatan adalah diwajibkan. Murid perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi,

memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan selamat.

Peranan guru ialah merancang strategi pengajaran yang menggalakkan teknik dan gaya pembelajaran secara kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri bagi tumpuan peningkatan pelbagai kecerdasan murid. Murid juga perlu menguasai kemahiran berfikir secara kritis,kreatif dan inovatif. Strategi ini memberi peluang kepada murid mengambil bahagian secara aktif, memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal. Guru juga perlu pastikan murid dapat berinteraksi secara kreatif dengan bahan, alat dan rakan. Dalam setiap kegiatan pembelajaran pendidikan jasmani, pemupukan nilai serta pemahaman unsur pergerakan dihubungkaitkan dengan kemahiran asas jasmani. Nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dan diamalkan ialah:

semangat kesukanan , permainan bersih, toleransi, semangat berpasukan, disiplin, berdaya saing, kepemimpinan dan penyertaan.

Bagi setiap kegiatan pembelajaran pendidikan kesihatan, pemupukan nilai serta pemahaman unsur kesihatan dihubungkaitkan dengan kemahiran asas kesihatan. Nilai murni yang perlu diterapkan dan diamalkan ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang dan kerjasama.

Di samping merancang strategi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu melaksanakan proses penilaian terhadap perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah secara berterusan. Instrumen penilaian juga dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian direkod dan disimpan sebagai bukti bahawa pembelajaran telah berlaku. Laporan penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan

pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan juga perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.

RUMUSAN

RUMUSAN

Konsep Teaching Game for Understanding (TGFU) mula diguna pakai dalam salah satu pendekatan pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR dan tidak mustahil suatu hari nanti ia akan berkembang ke dalam sistem pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sekolah menengah yang kini mula dilaksanakan di sekolah rendah. TGFU juga adalah program Pendidikan Jasmani yang diberi nafas baru di mana sebelum ini beberapa isu perlaksanaan Pendidikan Jasmani tidak dapat dijalankan kerana ketiadaan alatan.

Pendekatan

TGFU

yang

diperkenalkan

oleh

Bunker

dan

Thorpe

(1982),

menfokuskan perbezaan terhadap pengajaran permainan daripada cara tradisional yang menekankan kepada teknikal (know-how) kepada pendekatan pengajaran secara taktikal yang bercirikan kepada persoalan APA dan KENAPA. Model Bunker dan Thorpe (1982) ini boleh diaplikasikan kepada empat kategori permainan iaitu sasaran, jaring dan dinding, memadang dan menyerang. Semua permainan dalam kategori ini mempunyai konsep dan berkongsi masalah taktikal yang perlu diselesaikan dan menggalakkan pemindahan pemahaman taktikal merentas permainan. Tujuan TGFU ialah meningkatkan kefahaman murid dalam Pendidikan Jasmani supaya dapat melahirkan murid yang aktif dan mahir dalam bidang sukan terutamanya permainan yang melibatkan kemahiran dan taktikal tertentu. Beberapa pendekatan pengajaran yang bersifat kontemporari boleh dicadangkan dalam kurikulum Pendidikan Jasmani dengan berlandaskan model kurikulum yang bersesuaian. Menurut Kirchner dan Fishburne (1995), model kurikulum dalam pendidikan jasmani menyediakan peluang untuk guru menentukan jenis aktiviti dan strategi pengajaran bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan

RUJUKAN
RUJUKAN

Bunker, D., & Thorpe, R. (1982). A model for the teaching of games in the secondary school. Bulletin of Physical Education, http://pjkb.wordpress.com/2009/07/16/karnival-sukan-bola-tampar-1st-day/ Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. www.agc.gov.my/index.php?...gambar...bola-jarin.. . www.educ.uvic.ca/faculty/thopper/web/articles/.../tgfumotorlearn.pdf www.ausport.gov.au Sports Coach Coaching processes