Anda di halaman 1dari 16

1

PENGHARGAAN
Pertama kali syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyiapkan assignment kami ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang telah membantu kami melaksanakan kerja kami ini secara langsung atau pun tidak langsung..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Hamizan B Palil selaku pensyarah mata pelajaran Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah (RBT 3108) ini atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada kami.. Buat semua kawan-kawan kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dorongan mereka sehingga kami dapat menyiapkan kerja kami ini.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah kami kerana memberi peluang kepada kami dan banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini. Terutamanya kepada pihak pentadbiran dan Ketua Panitia Kemahiran Hidup.

Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan kami ini., segala kekurangan harap dimaafkan..sesungguhnya yang baik itu datangnya dari allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri..

Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

RBT3108

KANDUNGAN

PENGHARGAAN................................................................................................1 KANDUNGAN....................................................................................................2 Pengenalan...................................................................................................... 4 1 Pengenalan Pentaksiran dan Penilaian..........................................................4 1.1 konsep pentaksiran DAN PENILAIAN.........................................................4 1.1.1 Definisi dan Konsep Pentaksiran.......................................................4 1.1.2 Definisi dan konsep penilaian............................................................6 1.1.3 Hubungan antara pentaksiran dan penilaian.....................................9 1.2 PERUNDANGAN DAN KESAKSAMAAN DALAM PENTAKSIRAN (Prosedur penilaian).................................................................................................... 10 2 Pembentukan dan pelaksanaan ujian...........................................................11 2.1 Kepentingan pentadbiran dan pelaksanaan ujian yang baik...................11 2.2 Aspek-aspek penting pentadbiran dan pelaksanaan ujian......................11 2.2.1 Pengendalian ujian..........................................................................12 2.2.2 Keresahan pelajar............................................................................13 2.2.3 Peniruan dan penipuan....................................................................13 2.2.4 Menyediakan murid.........................................................................13 2.2.5 Arahan dalam ujian.........................................................................14 2.3 Pemeriksaan ujian.................................................................................14 2.3.1 Bentuk ujian diberi dan di mana jawapan itu dibuat........................15 2.3.2 Tujuan ujian dijalankan....................................................................15 2.3.3 Kemampuan guru mengikut sesuatu prosedur serta kemudahan yang ada dan dapat digunakan.........................................................................15 2.3.4 Emosi pemeriksan...........................................................................15 2.3.5 Suasana tempat pemeriksaan.........................................................15

Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

RBT3108

Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

RBT3108

PENGENALAN

Kebelakangan ini pentaksiran dalam bilik darjah kian diberi perhatian (Zhang & Burry-Stock, 2003) . Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula diperkenalkan untuk peringkat tahun satu pada tahun 2011 telah mengguna pakai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mentaksir pembelajaran murid. Pentaksiran dalam bilik darjah merupakan sebahagian daripada aktiviti penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (McMillan,2000). Tujuan pentaksiran yang terpenting adalah membantu pelajar menguasai isi kandungan pelajaran (Akhbar Ibrahim & Siti Zaliha Reduan, 2002), memperbaiki pembelajaran pelajar (Gronlund, 2006; Roeber, 2002) dan pemberian gred (Airasian,2001; Black & William, 1998) Pentaksiran ini termasuklah pentaksiran bertulis atau pentaksiran secara lisan yang dijalankan sepanjang pelajaran hinggalah yang dibuat pada akhir tahun (Akhbar Ibrahim & Siti Zaliha Reduan, 2002). Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap pembelajaran pelajar dan juga keberkesanan pengajaran guru. Guru merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam pentaksiran pengajaran dan pembelajaran pelajar, oleh itu kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh guru amat diberi perhatian. Para guru perlu mempunyai kemahiran pentaksiran tertentu bagi mengamalkan pentaksiran yang berkesan. Tujuan utama pentaksiran dalam bilik darjah adalah untuk mendapat maklumat tentang kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar (Abu Bakar Nordin, 1986; Airasian,2001; Desforges,1989; Jacobs & Chase,1992; Mcmillan, 2008) pentaksiran dalam bilik darjah merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembentukan ujian bertulis dan pentaksiran prestasi (performance assessment), penggredan, mentafsir skor peperiksaan, memberi maklum balas tentang hasil pentaksiran dan penggunaan hasil pentaksiran dalam membuat keputusan. Guru gunakan pelbagai kaedah pentaksiran untuk mengesan perkembangan pembelajaran pelajar (Stiggins & Bridgeford, 1984) dan juga pencapaian akademik pelajar bergantung kepada tujuan atau fungsi pentaksiran itu (Ng, 1991).

PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


1.1KONSEP PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 1.1.1 DEFINISI DAN KONSEP PENTAKSIRAN

Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

RBT3108

Banks (2005) mendefinisikan pentaksiran sebagai ' The total sets of information gathered about students in the classroom'. Definisi yang diberikan oleh Banks memperlihatkan penilaian wujud dalam pentaksiran. Manakala Mc Milan (2004) didalam bukunya yang bertajuk Classroom Assessment pula mendefinisikan pentaksiran bilik darjah sebagai ' Classroom assessment can be defined as the collection, evaluation and use of information to help teachers make better decisions. Penilaian melibatkan pertimbangan nilai. Ini bermakna ada aktiviti menghurai, menganalisa, menterjemah dan menafsir. Pentaksiran bilik darjah dari kacamata Mohamad Sahari Nordin (2002) merangkumkan kedua-dua definisi Banks dan McMilan iaitu sebagai proses mengumpulkan dan menafsir maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran. Definisi oleh Mohamad Sahari Nordin menulis dengan nyata perkataan menafsir. Kesimpulannya kita boleh katakan penaksiran merupakan satu episod dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti mengumpul, merekod, menghurai, menganalisis, menterjemah dan menafsir maklumat bertujuan membantu pihak-pihak berkepentingan membuat keputusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Untuk melaksanakan penaksiran, seorang guru itu perlu faham elemen-elemen penting yang terkandung dalam penaksiran. Tujuan umum penaksiran di bilik darjah ialah untuk membantu meningkatkan mutu pembelajaran murid dan pengajaran guru. Bagi mengetahui mutu pembelajaran dan pengajaran yang sedang diamalkan, satu aktiviti yang mampu memberikan petunjuk pencapaian ialah pengukuran kerana ia memberi nilai kuantitatif yang boleh kita lihat. Aktiviti pengukuran ini perlu diikuti oleh aktiviti penilaian kerana ia memberikan pertimbangan nilai atas apa yang diukur. Melalui maklumat-maklumat ini, baharulah tindakan yang membantu memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara berterusan. Jika diteliti, seiring dengan matlamat penaksiran, penaksiran ini perlu dilakukan dalam setiap langkah pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan di akhir pengajaran.

Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

RBT3108

Bagi menterjemahkan tujuan pentaksiran secara konkrit dalam amalan bilik darjah, kita harus sedar proses pentaksiran perli dirancang, dilaksana dan dinilai dengan teliti. Justeru, proses penaksiran hanya dapat menghasilkan maklumat-maklumat yang berguna dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sekiranya aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian dilakukan secara tepat dan sistematik Berikut adalah tujuan pentaksiran secara ringkas Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

1.1.2 DEFINISI DAN KONSEP PENILAIAN

Penilaian adalah proses memperolehi maklumat dan menggunakannya untuk membuat pentafsiran dan keputusan. Menurut D.Stufflebeam; Educational Evaluation and Decision Making. Proses menentukan , mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan dan tindakan susulan Penilaian pula menurut Banks ' are the spesific process of describing and making judgements

Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

RBT3108

about assessments Mokhtar Ismail (1995), menterjemah maksud penilaian dari kacamata Gronlund (1981) sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar. Bagi McMilan (2004), pula menyatakan penilaian melibatkan 'an interpretation of what has been gathered through measurement, in which value judgement are made about performance. Gay (1985) menyatakan penilaian adalah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Secara kesimpulannya, penilaian merupakan satu proses yang sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid. Ia juga merupakan proses menentukan perubahan tingkah laku seseorang individu dan membuat pertimbangan nilai. Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Dalam pendidikan proses penilaian melibatkan: Perancangan rapi bagi menilai perkara & objektif Aktiviti penilaian termasuk analisis hasil pengukuran kuantitatif dan kualitatif tingkah laku murid-murid dan membuat pertimbangan nilai terhadap tingkah laku itu. Penilaian ke atas murid adalah lebih daripada pengukuran atau pengujian dan mempunyai makna yang sangat luas Dalam bilik darjah penilaian adalah: Proses mengumpul maklumat tentang strategi atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran Menganalisis atau membuat keputusan dan merancang tindakan sewajarnya Proses sistematik untuk mendapatkan maklumat bagi menentukan pencapian sesuatu objektif dan arah pengajaran dan pembelajaran

Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

RBT3108

Penilaian melibatkan tiga langkah seperti berikut : mendapatkan maklumat melalui pengukuran menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran membuat suatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.

Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk kualitatif dan juga kuantitatif Contoh Kualitatif . gred (A,B,C.D) dinyatakan dalam nilai cemerlang, kepujian, lulus atau gagal Contoh Kuantitatif Hafizah dapat melukis gambar sebuah kereta dengan cepat, tepat dan bersih.

Tujuan Penilaian ialah: Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakanrakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.

Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

RBT3108

Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

1.1.3 HUBUNGAN ANTARA PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Dari kupasan beberapa definisi pentaksiran dan definisi penilaian, kita boleh rumuskan bahawa untuk melaksanakan pentaksiran, kita memerlukan aktiviti yang dapat membantu kita mengkategorikan perubahan tingkah laku yang kita harapkan dan itulah dia penilaian.

Perkaitan antara penilaian dan pentaksiran boleh dilihat melalui petikan gambarajah yang dibina oleh Banks (2005)

Pentaksiran

Penilaian

Pentaksiran tidak formal

Rajah 1.1 Perkaitan Pentaksiran dengan penilaian

Jelas, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aktiviti penilaian.

Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

RBT3108

10

1.2PERUNDANGAN DAN KESAKSAMAAN DALAM PENTAKSIRAN (PROSEDUR PENILAIAN)

Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisaan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat iaitu:

Peringkat Persediaan Ujian

Peringkat Pentadbiran Ujian

Peringkat Pemeriksaan dan Pengukuran

Peringkat Analisis Ujian

Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah tindakan susulan

Peringkat Interpretasi dan

RBT3108

11

Rajah 1.2 Prosedur penilaian

Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam aktiviti penilaian.

2 PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN UJIAN


2.1 KEPENTINGAN PENTADBIRAN DAN PELAKSANAAN UJIAN YANG BAIK.

Apabila kita sebagai guru membuat soalan-soalan ujian, kita akan merujuk kepada sukatan dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Mengapa kita berbuat demikian? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjamin kesahan ujian. Kita juga menjalankan penganalisaan item yang dikenali sebagai indeks diskriminasi dan indeks kesukaran item-item soalan. Selain itu, kita juga mengambil langkah sesuai bagi memastikan soalan-soalan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Kita akhirnya menyimpan kertas-kertas ujian di dalam bilik kebal bagi menjamin keselamatan kertas ujian sementara menantikan hari peperiksaan tiba.

Sebenarnya , dalam kita mentadbir ujian, ada aspek-aspek yang mempengaruhi tahap kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Ini bermakna kita sebagai guru perlu mengambil langkah berkesan bagi memastikan ujian yang kita tadbir terus menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

2.2 ASPEK-ASPEK PENTING PENTADBIRAN DAN PELAKSANAAN UJIAN.

Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

RBT3108

12

Antara aspek-aspek penting pentadbiran dan pelaksanaan ujian yang perlu kita ambil perhatian ialah

Pengendalian ujian Keresahan pelajar Peniruan dan penipuan Menyediakan pelajar Arahan dalam ujian

2.2.1 PENGENDALIAN UJIAN


Ada banyak perkara yang diuji dan dinilai dalam sesebuah institusi pendidikan. Apa yang pasti , lain perkara yang diuji dan dinilai, lain pula prosedur yang perlu dipatuhi. Ada kalanya kita melaksanakan ujian terkawal menggunakan pensel dan kertas, ada waktunya pula kita membuat ujian jadi berbeza-beza. Apa yang penting, siapa pun penguji, tugas utama beliau ialah memahami jenis atau prosedur yang hendak dijalankan termasuk aspek peraturan, metod menjawab, tempoh masa dan juga suasana menjawab. Baharulah nanti pencapaian murid boleh diukur dengan tepat.

Justeru, bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian, setiap penguji mestilah mengambil inisiatif memahami penerangan dan panduan menjalankan ujian sebelum menjalankan ujian. Bukan itu sahaja, penguji dan pengawas ujian mestilah mematuhi langkah-langkah yang dinyatakan dalam penerangan semasa menjalankan sesi ujian

Dalam suasana ujian formal, ujian merupakan satu ancaman kepada murid. Sebagai penguji dan pengawas ujian, kita tidak sepatutnya membuat suatu tindakan yang boleh meningkatkan rasa ancaman kepada calon. Sudah pasti calon yang mengambil ujian akan berasa gementar, tidak tenang dan akan berasa kurang selesa. Guru perlu memastikan pelajar dalam keadaan selesa ketika menjawab ujian. Seorang guru sepatutnya mengambil langkah sesuai bagi memastikan semua calon berada dalam keadaan bebas dari sebarang gangguan penumpuan. Antaranya, pencahayaan, silauan matahari, kejadian-kejadian luar yang dapat mengganggu penumpuan dan

Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

RBT3108

13

sebagainya. Sekiranya dalam ujian lisan pula, guru perlulah sentiasa mesra dan tenang supaya murid tidak berasa takut dan gugup untuk menjawab soalan. Tempat ujian mestilah selesa, tidak bising, dan pastikan tiada gangguan yang akan membuatkan murid terganggu.

2.2.2 KERESAHAN PELAJAR


Sebagai guru, kita harus sedar perkaitan antara murid dan ujian. Perkaitan ini sebenarnya diperolehi dari pemerhatian dan pengalaman juga kajian. Ujian boleh menimbulkan kerisauan. Darjah kerisauan pula mempengaruhi pencapaian. Sebagai guru, apa yang sepatutnya kita lakukan dalam aspek keresahan pelajar ini? Kita mesti urus keresahan pelajar ini dengan mentadbir ujian yang kita jalankan dengan baik. Keresahan tinggi akan menjadikan murid mengalami tekanan lalu tidak dapat berfikir secara rasional. Sebaliknya, tiada kerisauan langsung menyebabkan murid tidak mempamerkan keupayaan pembelajarannya yang sebenar dan ini mempengaruhi tingkat kebolehpercayaan ujian. Bila ini berlaku mana mungkin seorang guru itu mampu membuat penilaian dan pentaksiran yang tepat? Dalam usaha meletakkan keresahan pelajar pada tahap positif, seorang guru mesti menyediakan pelajar. Maksud menyediakan pelajar adalah guru perlu melengkapkan diri seseorang murid dengan ilmu yang ingin diujinya supaya perasaan kerisauan itu dapat dikawal.

2.2.3 PENIRUAN DAN PENIPUAN


Mengapa meniru dan mengapa dalam ujian dan peperiksaan? Apa kesannya kepada skor yang diperolehi oleh murid? Skor tidak menggambarkan pencapaian sebenar murid. Bermakna, kebolehpercayaan menghasilkan penilaian serta pentaksiran yang membolehkan keputusan berkesan diambil. Justeru, aspek peniruan dan penipuan mesti diurus dalam mentadbir ujian. Antara lengkahlengkah yang boleh diambil ialah member kesedaran kepada murid bahawa meniru dan menipu adalah salah serta mengambil langkah sesuai menjauhkan murid dalam keadaan yang membolehkan mereka meniru dan menipu. Kita juga mesti membuat keputusan tegas apabila keadaan ini benar-benar berlaku. Sekiranya guru Berjaya menyedarkan murid tujuan sebenar ujian penipuan dan peniruan juga boleh dielakkan.

2.2.4 MENYEDIAKAN MURID.


Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108

14

Berbalik kepada tujuan sebenar ujian, mengapa kita mesti merahsiakan rupa bentuk ujian kepada murid-murid kita? Tambahan pula, ujian merupakan pengalaman yang mencemaskan. Sekiranya kita mengharapkan murid mempamerkan potensi sebenar ia tidak sepatutnya dirahsiakan. Sebaliknya guru perlu mengambil tindakan menyediakan pelajar untuk menghadapi ujian yang telah dirancang.

2.2.5 ARAHAN DALAM UJIAN


Mana-mana kertas ujian pasti mengandungi arahan. Sebagai guru, kita sepatutnya membimbing murid untuk sentiasa membaca dan memahami arahan. Ada dalam kalangan murid tidak mendapat skor yang baik bukan kerana tidak menguasai apa yang dipelajari, tetapi hanyalah kerana tidak meneliti dan tidak memahami arahan ujian. Apatah lagi bagi murid yang lemah, kita perlu mengawasi mereka supaya dapat member jawapan mengikut arahan. Jadi, apa yang sepatutnya dilakukan oleh guru? Kita sewajarnya memastikan murid benarbenar faham bagaimana menjawab sesuatu ujia. Satu pendekatan yang kita lakukan ialah membuat simulasi atau percubaan untuk membiasakan pelajar membaca arahan, memahami arahan dan bertindak balas seperti arahan.

2.3 PEMERIKSAAN UJIAN


Pemeriksaan ujian merupakan perkara yang perlu diambil perhatian dan ditadbir dengan baik selepas ujian dilaksanakan. Tahap penguasaan murid boleh dibuktikan melalui skor atau markah yang diperolehi dalam sesuatu ujian. Skor yang tinggi menunjukkan murid menguasai sesuatu top[ik dengan baik. Tetapi, adakah semestinya demikian? Skrip jawapan seorang murid mendapat dua skor markah yang jauh berbeza dari dua orang pemeriksa. Apa yang berlaku? Skor yang tinggi boleh juga disebabkan cara pemeriksaan ujian , guru perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut: Bentuk ujian diberi dan dimana jawapan itu dibuat Tujuan ujian dijalankan Kemampuan guru mengikut sesuatu prosedur serta kemudahan yang ada dan dapat digunakan Emosi pemeriksa

Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

RBT3108

15

Suasana tempat pemeriksaan

2.3.1 BENTUK UJIAN DIBERI DAN DI MANA JAWAPAN ITU DIBUAT


Guru mempunyai berbagai pilihan bentuk ujian. Bagi ujian pencapaian bertulis misalnya, guru mempunyai pilihan untuk menyediakan item ujian bentuk objektif mahupun subjektif. Bagi ujian objektif pula guru sekali lagi mempunyai pilihan unutk mengarahkan murid menjawab dalam kertas OMR atau diatas kertas ujian itu sendiri. Apa pun tindak balas yang kita harapkan daripada murid, guru seharusnya sedar jawapan murid boleh ditanda oleh sesiapa sahaja dengan pemberian markah yang sama dan serupa.

2.3.2 TUJUAN UJIAN DIJALANKAN


Ujian formatif memerlukan maklumat segera. Jadi, pemeriksaan ujian perlu dibuat secepat yang mungkin. Jika kita lambat memeriksa jawapan murid, kita akan lambat mendapat maklumbalas berkenaan tahap penguasaan murid. Mana mungkin kita dapat membuat tindakan penambahbaikan yang berkesan jika maklumbalas tahap pengetahuan murid diketahui tidak pada masa yang tepat?

2.3.3 KEMAMPUAN GURU MENGIKUT SESUATU PROSEDUR SERTA KEMUDAHAN YANG ADA DAN DAPAT DIGUNAKAN

2.3.4 EMOSI PEMERIKSAN


Emosi guru sebagai pemeriksa ujian perlu dikendali dengan baik kerana ia boleh mengancam kebolehpercayaan ujian

2.3.5 SUASANA TEMPAT PEMERIKSAAN


Suasana tempat pemeriksaan pula sebenarnya mempemngaruhi emosi dan penumpuian guru ketika memeriksa jawapan murid.

Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

RBT3108

16

Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

RBT3108