Anda di halaman 1dari 7

KULIAH 1 - KONSEP PENDUDUK

TEMA 1: PENDUDUK DAN SUMBER KULIAH 1 - KONSEP PENDUDUK 1.1. Alam Sekitar Fizikal & Manusia [Terbahagi kepada Tiga Fahaman] A. Determinisme Alam Sekitar Pandangan determinisme meletakkan alam sekitar fizikal sebagai unsur yang aktif manakala manusia sebagai unsur yang pasif. Dalam hubungan ini manusia terpaksa tunduk dan akur terhadap ketentuan alam sekitar. B. Possibilisme Alam Sekitar Pandangan Possibilisme alam sekitar pula melihat manusia sebagai unsur yang aktif sedangkan alam sekitar adalah pasif. Melalui ilmu dan teknologi yang ada manusia boleh dan mampu mengubah halangan alam sekitar fizikal yang ada. C. Paradigma Alam Sekitar Baru dan Pendekatan Sistem Paradigma alam sekitar yang baru menitikberatkan hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam sekitar demi mencapai kesejahteraan hidup manusia pada masa kini dan akan datang. la berteraskan konsep "pembangunan mapan". Justeru itu antara manusia dengan alam sekitarnya saling berkaitan dan saling bergantungan. Jika perubahan dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar, is turut mengimpak manusia kembali.

1.2. Konsep sumber dan sumber alam Sumber adalah sesuatu yang mempunyai nilai faedah (utiliti) seperti sumber alam (sumber semula jadi), sumber manusia, sumber ekonomi seperti modal, jentera, buruh, teknologi clan sebagainya. Sumber alam boleh dibahagikan kepada sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Istilah sumber adalah berbeza mengikut masa dan tempat serta keupayaan teknologi untuk menjananya. Sumber alam amat penting kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Sumber manusia pula merujuk kepada sumber tenaganya serta kepakaran dan pengalaman yang ada pada seseorang itu. Penduduk Manusia yang tinggal di dalam satu-satu kawasan. Berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain (taburan).
1.1. PENDUDUK SEBAGAI SUMBER

Berubah dari semasa ke semasa. Penduduk sebagai sumber manusia dari segi kuantiti dan kualiti.

Penduduk di dalam sesebuah negara dianggap sebagai sumber manusia yang penting dan berharga kepada negara berkenaan. Penduduk diukur dari segi kuantiti dan kualiti.

Kuantiti Penduduk

1. Secara kuantiti Sumber manusia diukur dari aspekbilangan atau jumlah penduduk atau saiz penduduk yang dimiliki, taburan penduduk dan struktur umur dan jantina. Negara yang ramai penduduk mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menjana pembangunan ekonomi, kutipan cukai, saiz pasaran luas dan bilangan tentera yang ramai. 2. Secara Kualiti Sumber manusia diukur melalui ciri-ciri fizikal dan kesihatannya, tahap pendidikan, kemahiran, sikap keterbukaan, mobiliti. Ciri- ciri ini ditentukan oleh perancangan sumber manusia yang berkesan seperti perancangan kelahiran, penjagaan kesihatan, pendidikan, latihan dan pembangunan ekonomi yang matang. Jumlah/Bilangan/Saiz penduduk [ Kuantiti Penduduk] Bilangan / saiz penduduk yang tinggal dalam satu-satu kawasan / tempat pada satu- satu masa tertentu. Cth: Jumlah penduduk dunia pada tahun 2000 = 6 bilion dan dianggar meningkat kpd 6.9 bilion menjelang 2010. Negara paling ramai penduduk ialah Republik Rakyat China (> 1 bilion). Saiz penduduk penting sebagai satu penentu bekalan sumber manusia yg ada. Negara besar seperti China, India, Brazil dan Indonesia mempunyai bekalan sumber manusia tidak terhad berbanding negara berpenduduk kecil seperti Malaysia, Arab Saudi, Australia dan New Zealand. Semakin besar jumlah penduduk semakin besar sumber tenaga kerja dan keperluan mempertahan dan menjaga keselamatan negara. Sumber manusia tidak hanya bergantung pada saiz tetapi juga umur & jantina dan kualiti penduduk. Umur

Belum produktif (<15 thn)/muda masih ditanggung. Produktif (15-64 thn.)/dewasa aktif dari segi ekonomi untuk menanggung penduduk muda dan tua. Tidak lagi produktif (>64 thn)/tua tidak aktif dari segi ekonomi

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 Kualiti penduduk Petunjuk Taraf pendidikan & kemahiran, (modal insan). Kadar buta huruf dewasa. Bilangan ahli sains dan jurutera per 1 juta penduduk (memerlukan kolej & universiti). Taraf kesihatan. Kadar kematian bayi & jangka hayat. Berkait rapat dengan kemiskinan (penduduk negara miskin terdedah kpd pelbagai penyakit. Kualiti makanan. Sikap penduduk sesebuah negara.

1.1.2.

Penduduk sebagai agen perubahan

Selain berpotensi sebagai sumber, penduduk juga merupakan agen perubahan. Peranan penduduk sebagai agen perubahan boleh dilihat melalui aktiviti pembangunan sosioekonomi yang dijalankan. Aktiviti pembangunan sosioekonomi adalah gabungan aktiviti ekonomi dan aktiviti sosial. Aktiviti ekonomi dirujukkan kepada penerokaan hutan, pembangunan pertanian, perlombongan. pembuatan dan perkhidmatan. Aktiviti sosial pula merujuk kepada kegiatan pendidikan, rawatan kesihatan, rekreasi, budaya, membeli belah dan lawatan. 1. Terdapat tiga perubahan yang dilakukan oleh penduduk melalui aktiviti pembangunan sosioekonomi.
o

Pertamanya, perubahan terhadap ruang fizikal ( landskap ).

Cerun bukit di teres untuk tujuan pertanian padi

Penduduk bertindak melalui pelbagai cara terhadap persekitaran fizikalnya. Secara umumnya, penduduk sering bertindak terhadap tanah, tanih, kawasan pertanian, air, udara dan hutan termasuk tumbuhan serta haiwan. Antara tindakan yang dilakukan oleh penduduk termasuklah penerokaan tanah untuk kawasan kediaman, pembinaan petempatan desa dan bandar, pembukaan kawasan pertanian, perindustrian dan perniagaan, pembangunan rangkaian perhubungan dan pengangkutan. Berlakunya hakisan cerun, pencemaran alam sekitar, bencana alam yang kerap dan sebagainya adalah kesan tindakan penduduk terhadap ruang fizikalnya.
o

Keduanya, aktiviti pembangunan sosioekonomi penduduk turut mempengaruhi kemajuan ekonomi di sesebuah negara.

Proses urbanisasi bandar dan desa belaku

Kemajuan ekonomi boleh dikesan melalui perubahan pekerjaan, pendapatan dan pemilikan harta benda. Aktiviti pembangunan sosioekonomi seperti penerokaan hutan, pembangunan pertanian, perlombongan, pembuatan dan perkhidmatan telah menyediakan pelbagai pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan, meningkatkan pendapatan perkapita seterusnya dapat mengurangkan kadar kemiskinan, dan meningkatkan taraf sosial penduduk. o Ketiga, aktiviti pembangunan sosioekonomi penduduk telah mengubah taraf sosial atau kualiti hidup penduduk.

Penduduk ramai membawa kesan kepadatan dan kesesakan

Kemajuan ekonomi yang dijana melalui berbagai-bagai kegiatan ekonomi telah membantu kerajaan sesebuah negara menyediakan pelbagai prasarana sosial. Prasarana sosial ini telah meningkatkan kadar literasi di kebanyakan negara, meningkatkan taraf kesihatan penduduk dan mengubah mentaliti penduduk ke arah lebih moden. Keadaan ini dikenali sebagai perubahan sosial. Perubahan sosial merupakan fenomena yang sentiasa berlaku dalam sesebuah masyarakat. Perubahan sosial bolehlah didefinisikan sebagai perubahan yang berlaku terhadap masyarakat dari satu tingkat kehidupan ke satu tingkat kehidupan yang lain. Perubahan sosial dapat dilihat melalui peningkatan kualiti hidup seperti daripada segi taraf pendidikan, kesihatan, budaya dan pemikiran.

LATIHAN KULIAH 1 1. Huraikan konsep determinisme dan possibilisme alam sekitar. [10] 2. Jelaskan tentang paradigma alam sekitar dan pendekatan sistem dalam disiplin geografi. [10] 3. Bezakan antara sumber alam yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui. [10]

4. Cadangkan langkah2 yang sesuai untuk menjamin keberterusan sumber2 alam tersebut. [10] 5. Apakah yang dimaksudkan dengan kuantiti dan kualiti penduduk? [10] 6. Huraikan tiga langkah untuk meningkatkan kualiti penduduk sesebuah negara. [10] 7. Mengapakah kualiti penduduk penting dalam pembangunan sesebuah negara. [10]

Anda mungkin juga menyukai