Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR, SARAWAK

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KADET PANDU PUTERI MALAYSIA KUMPULAN PISMP SEMESTER 4 2012

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KADET PANDU PUTERI 1.0 PENGENALAN Aktiviti perkhemahan Unit beruniform adalah antara aktiviti yang utama dalam kegiatan ko-kurikulum. Melalui aktiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dapat dipupuk secara hands-on dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi, bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan berkeyakinan diri masing-masing. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta senantiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

2.0 RASIONAL Aktiviti perkhemahan unit beruniform ini bertujuan memenuhi syarat tamat kursus GERKO unit uniform bagi pelajar Semester 4.

3.0 OBJEKTIF 3.1 Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. 3.2 Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti. 3.3 Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 3.4 Membina perwatakan berdisplin dan bertanggungjawab. 3.5 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masingmasing. 3.6 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain. 3.7 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.

4.0 TARIKH DAN MASA Tarik : 1 Oktober 2012 4 Oktober 2012 (Isnin Khamis) Masa : 8.00 pagi (Isnin) 10. 30 pagi ( Khamis)

5.0 TEMPAT Pusat Latihan Kokurikulum ( PULAKO) , Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang

6.0 KUMPULAN SASARAN Ahli Persatuan Pandu Puteri Semester 4

7.0 SUMBER KEWANGAN Peruntukan Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN ( Sila rujuk lampiran A )

9.0 PROGRAM TENTATIF ( Sila rujuk lampiran B )

10.0

AJK PERKHEMAHAN

( Sila rujuk lampiran C)

11.0

PENUTUP

Semoga dengan adanya kertas kerja ini, diharap ia akan lebih memudahkan lagi pihak tuan untuk merujuk kepada butiran perancangan perkhemahan unit beruniform Kadet Pandu Puteri ini. Diharap semua cadangan yang disertakan di dalam kertas kerja ini mendapat maklum balas yang positif dari pihak tuan.

Disediakan oleh,

_________________________ ( NADZIRAH BINTI LATIP) Setiausaha AJK Perkhemahan Unit Beruniform, Persatuan Pandu Puteri, IPG Kampus Rajang.