Anda di halaman 1dari 9

PENDEKATAN BARU PSIKOANALISIS CARL JUNG

PENGENALAN Beberapa teori personaliti pada awalnya setia pada Freud dan komited terhadap system psikoanalisis. Berubah arah kerana perbezaan terhadap beberapa aspek dari pendekatan psikoanalisis. Carl Jung pernah bersama-sama dengan Freud sebelum mereka membina dan menawarkan pandangannya sendiri terhadap personaliti. Teori Carl Jung Psikologi Analitikal merupakan teori dibawah pendekatan Psikoanalisis baru (Neopsychoanalysis). Pendekatan ini berbeza daripada pendekatan psikoanalisis yang terdahulu kerana ia menyajikan gambaran lebih optimis dan menyanjung sifat-sifat manusia. LATAR BELAKANG CARL JUNG Singmund freud mengharapkan Carl Jung sebagai pewaris kepada teori psikoanalisisnya. Namun Carl Jung telah membina teori personaliti yang berbeza secara dramatik daripada psikoanalisis yang tradisional atau ortodok. Jung telah mereka penjelasan yang baru tentang sifat semulajadi manusia ia dipanggil sebagai Psikologi Analitikal. Pada zaman kanak-kanak Jung tidak begitu bahagia kerana dihantui oleh kematian, pengebumian, kegagalan perkahwinan ibubapa, konflik dan keraguan terhadap agama, mimpi yang menakutkan dan sebagainya. Jung dilahirkan di Switzerland dalam keluarga termasuklah 9 orang pendeta (bapa dan 8 orang bapa saudaranya). Jung rapat dengan bapanya tetapi menganggap bapanya seorang yang lemah dan kurang berkuasa. Walaupun baik dan rapat, ayah Jung mengalami kemurungan, mudah marah dan gagal untuk menjadi seorang ketua keluarga. Ibu Jung lebih berkuasa berbanding bapanya, tetapi emosi ibunya tidak stabil menyebabkan tingkahlakunya tidak menentu. Dia boleh berubah dari ceria dan gembira kepada bercakap yang tidak jelas dan termenung. Sebagai seorang anak lelaki, Jung berpandangan ibunya mempunyai 2 orang yang berbeza didalam tubuh yang sama.

Keadaan ini menjadikan Jung berhati-hati dengan wanita dan ia mengambil masa yan agak lama untuk menghilangkannya. Dalam autobiografinya, beliau

PENDEKATAN BARU PSIKOANALISIS CARL JUNG

menyatakan yang ibunya seorang yang gemuk dan tidak menarik, ini menyangkal pandangan freud yang setiap anak lelaki mempunyai keinginan seksual terhadap ibu. Ini jelas tidak berkait dengan pengalaman Jung. Bagi mengelak dari masalah rumahtangga ibubapanya dia lebih suka berseorangan. Mempunyai seorang adik yang lahir semasa beliau berumur 9 tahun tetapi kehadiran adiknya tidak memberi kesan apa-apa terhadap kesepiannya. Tidak mempercayai ibunya dan kecewa dengan bapanya Jung mengelak dari dunia luar iaitu dunia sedar dan ia kembali pada dunia bawah sedar dimana, setiap kali ia menghadapi masalah.beliau mencari penyelesaian melalui mimpi dan fantasinya. Beliau byk berkhayal pada zaman kanak-kanak. Semasa mengikuti pengajian perubatan di University of Basel, Jung menyedari usaha Freud dan menyokongnya. Beliau sangat rapat dengan Freud. Setelah tidak lagi berhubung, Jung telah menghasilkan teori yang agak berlainan daripada Freud iaitu berdasarkan pengalaman peribadi beliau. Beliau banyak mengkaji budaya di Amerika Syarikat., Afrika da India. Jung berkahwin dengan Emma Rauschenbach pada tahun 1903. Mereka mempunyai lima anak: Agathe, Gret, Franz, Marianne, dan Helene. Perkahwinan berlangsung sehingga kematian Emma pada tahun 1955. Jung berusia tiga puluh ketika dia menghantar Pengajian di tempat Sigmund Freud di Vienna pada tahun 1906.Pertemuan untuk pertama kalinya pada tahun berikutnya, dan 'Jung teringat perbincangan antara dirinya dan Freud sebagai berkesudahan. Menurut Jung, mereka bercakap selama tiga belas jam tanpa henti. Jung kemudian menggambarkan bahawa Freud sebagai " sangat cerdas, cerdas, dan semuanya luar biasa." Berkawan selama 6 tahun. Pada 1905, Freud menghantar eseinya yang terakhir diterbitkan untuk Jung di Zrich, yang menandakan awal dari sebuah korespondensi mendedah dan kolaborasi yang berlangsung enam tahun.Jung yang dicadangkan (dengan sokongan Freud) pada tarikh 27 April 1908 dan Jung menamakannya dengan "Pertama Kongres Psikologi Freudian" dan ia kemudian diperhitungkan untuk menjadi Kongres Antarabangsa pertama psikoanalitis. Ketegangan meningkat antara Freud dan Jung, kerana di sebahagian besar perbezaan pendapat mereka atas sifat libido dan agama. Setelah Jung menerbitkan Psikologi Sedar pada tahun 1912, teori mereka menyimpang dan Jung mengembangkan sekolah sendiri "psikologi analitis. Carl Jung melihat teori Freud bawah sedar tidak lengkap dan tidak perlu negatif. Usulan Kolektif sedar.

PENDEKATAN BARU PSIKOANALISIS CARL JUNG

Mengundurkan diri dari IPA tahun 1912. Jung dan Freud bertemu secara peribadi untuk terakhir kalinya pada September 1913 untuk psikoanalitis Kongres Antarabangsa Keempat, juga di Munich. Jung memberikan ceramah pada jenis psikologi Pengenalan Teori Perkara utama yang membuatkan Jung tidak sehaluan dengan Freud ialah bersangkutan dengan sifat Libido dimana Jung tidak bersetuju yang Libido merupakan tenaga seksual yang utama. Dia berpendapat Libido lebih luas berbeza dengan tenaga kehidupan. Menariknya Jung, meminimakan kepentingan seks dalam teori personalitinya. Berbeza dengan Freud. Jung mempunyai kehidupan yang aktif, Freud menghadapi masalah sifat terhadap seks dan dalam masa yang sama beliau membina teori mengfokuskan kepada punca tingkahlaku neurotik. Bagi Jung seorang yang bebeas yang sering memuaskan keinginan seknya, seks memainkan peranan yang amat minima dalam motivasi manusia. Bagi Freud kekecewaan yang melanda dan kebimbangan tentang kegagalan keinginannya, seks merupakan peranan yang central (Schultz,1990,p.148). Jung menggunakan Libido dalam dua cara iaitu pertama sebagai tenaga kehidupan yang umu dan kedua dari pandangan yang sama dengan Freud. Sifat semulajadi Manusia Mengikut Jung manusia mempunyai tujuan dan matlamat dalam kehidupannya. Perlakuanya dipengaruhi bukan sahaja oleh peristiwa lampau(causality) tetapi juga oleh aspirasi dan cita-cita masa hadapan (teleology). Hall and Lindzey (1966). Manusia berusaha untuk terus berkembang bagi mencapai nirwana kendiri. Merupakan makhluk yang kreatif dan optimistik . Dalam kehidupan seharian kita sering kali menilai sifat dan sikap seseorang. Namun, penilaian yang dibuat adalah berdasarkan sebahagian dari tingkah laku dan hasil analisis yang sangat cetek ilmunya. sesuatu yang sangat rumit dan kompleks, Keperibadian merupakan tidak mudah dalam sehingga

mendefinisikannya. Menurut Pervin (2000) : Personality represent those characteristic of the person that account for consistent pattern of feeling, thinking and behaving. Dari definisi diatas dapat disimpulkan bahawa keperibadian merupakan perwatakan yang menentukan bagaimana ia merasa, berfikir dan bertingkah laku. Dalam teori ini dua komponen utama yang akan dibincangkan iaitu bawah sedar personal dan bawah sedah kolektif.

PENDEKATAN BARU PSIKOANALISIS CARL JUNG

Apa itu Psyche Menurut Jung, Psyche (Jiwa) adalah gabungan yang terdapat pada perasaan, fikiran dan tingkah laku baik samada disedari mahupun tidak disedari, ianya saling berhubung di antara satu sama lain. Ia merujuk kepada personaliti sebagai sesuatu yang tidak mempunyai ruang fizikal. Ia merupakan tenaga mengalir dari pelbagai arah, daripada alam sedar ke alam tidak sedar dan sebaliknya. Struktur psyche sentiasa berlawanan. Contohnya, idea dalam alam sedar dengan alam tanpa sedar mungkin berbeza dan menimbulkan konflik. Psyche (jiwa), terdiri daripada beberapa sistem yang berbeza atau struktur yang boleh mempengaruhi satu sama lain. Sistem utama ialah ego, alam bawah sedar personal, dan alam bawah sedar kolektif. Ego Ego merupakan pusat alam sedar dimana ia peka terhadap penerimaan, pemikiran, dan mengamati, perasaan, dan mengingati. Kesedaran tentang diri kita dalam membawa tanggungjawab dalam menjalani kehidupan seharian. Ego bertindak dalam cara yang terpilih, mengakui kearah kesedaran alam sedar hanya sebagian dari stimuli yang kita tunjuk. Ego bekerja pada tingkat sedar , ego lahir dari perasaan dan identiti seseorang. Ego seseorang adalah tingkah laku yang umumnya dimiliki dan ditampilkan secara sedar. Ia terlibat dengan manusia yang sedar pada dirinya serta mengandungi pemikiran tentang tingkah laku dan perasaan kita serta pengalaman lepas. Alam bawah sedar personal Alam baawah sedar personal terdiri dari pengalaman-pengalaman yang pernah disedari tetapi dilupakan dan diabaikan dengan cara repression atau suppression. Ia merupakan pengalaman yang kesannya lemah juga disimpan kedalam bawah sedar personal. Tekanan dari kenangan pahit kedalam personal unconscious dapat dilakukan oleh diri sendiri karena desakan dari pihak luar yang kuat dan lebih berkuasa. Setiap kompleks pemikiran akan mengumpulkan berbagai pengalaman yang memiliki kesamaan, semakin kuat daya tarik pengalaman semakin besar pula pengaruhnya terhadap tingkah laku manusia. Alam bawah sedar personal boleh dibawa ke alam sedar dengan bantuan pakar terapi.

PENDEKATAN BARU PSIKOANALISIS CARL JUNG

Alam Bawah sedar kolektif Alam bawah sedar kolektif merupakan stor kepada kenangan yang terpendam dan mengandungi naluri serta archetypes yang diwarisi. Selalunya ia mempengaruhi tingkah laku manusia. Bentuk fikiran ini menciptakan gambaran yang berkaitan dengan aspek-aspek kehidupan, yang dianut oleh generasi tertentu secara hampir menyeluruh dan kemudian ditampilkan berulang-ulang pada generasi berikutnya. Collective unconscious terdiri dari beberapa Archetype (pola asas) yang terdiri daripada 5 jenis. Iaitu shadow, anima, animus,persona, self/kendiri: Shadow Shadow terdiri dari naluri binatang yang diwarisi manusia dalam evolusinya dari bentukbentuk kehidupan yang lebih rendah ke bentuk yang lebih tinggi. Ia mewakili kejahatan dan keadaan psyche tanpa sedar. Shadoe berada di sebalik personaliti. Ia menolak kawalan moral diman ia muncul dalam pelbagai cara seperti kecelaruan emosi, kesakitan, dorongan ke arah memusnahkan diri dan orang lain. Anima Merupakan lambang kewanitaan dalam diri lelaki. Anima merupakan lelaki memiliki sifat wanita merupakan keadaan bawah sedar. Contoh : bersifat sentimental dan mudah tersinggung. Seperti mana Freud, Jung percaya semua lelaki dan wanita mempunyai elemen jantina yang berlawanan dalam diri mereka. Animus Merupakan ciri-ciri kelelakian dalam diri wanita. Contohnya: berlaku proses perdebatan. Persona Merupakan kompromi antara kehendak persekitaran dan keperluan individu. Persona Ibarat topeng yang dipakai supaya hubungan dengan persekitaran berjalan dengan baik dimana ia membantu mengawal desakan jahat. Self/Kendiri

PENDEKATAN BARU PSIKOANALISIS CARL JUNG

Merupakan potensi dalam diri dan keseluruhan personaliti seseorang. Adalah matlamat akhir dalam usaha manusia. Paling awal dapat dicapai pun pada peringkat pertengahan umur. Konsep dan psinsip Jung Menurut teori psikoanalisa dari Jung ada dua aspek penting dalam keperibadian sikap dan fungsi. Sikap terdiri dari introvert dan ekstrovert manakala fungsi terdiri dari thinking, feeling, sensing dan intuiting. Introversion Thinking Seseorang sikap yang introvert dan fungsi fikirannya dominan biasanya tidak memiliki emosi dan tidak ramah serta kurang bergaul.Hal ini terjadi kerana mereka memiliki kecenderungan untuk memperhatikan nilai abstrak dibandingkan orang-orang dan lingkungan sekitarnya. Mereka lebih mengejar dan memperhatikan pemikirannya tanpa memperdulikan apakah mereka diterima oleh orang lain atau tidak. Mereka biasanya keras kepala, sombong dan berpendirian. Extraversion Thinking Ciri-ciri yang tidak boleh bersama dengan orang lain dan susah untuk mengeluarkan idea untuk berkomunikasi. Mereka fokus kepada pemikiran daripada perasaan.Contoh orang yang bersikap extrovert dan fungsi fikiran yang dominan adalah ilmuwan dan peneliti.Mereka memiliki kecenderungan untuk muncul seorang diri dan sombong. Seperti jenis pertama, mereka juga mempamerkan fungsi feeling. Kenyataan yang objektif merupakan aturan bagi mereka dan menginginkan orang lain juga berpikir hal yang sama. Introversion-Feeling Orang dengan introversion-feeling berpengalaman dalam emosi yang kuat, tapi mereka menutupinya. Contoh orang yang bersikap introvert dan fungsi feeling yang dominan adalah seniman dan penulis, dimana mereka mengekspresikan perasaannya hanya dalam bentuk seni. Mereka mungkin menampilkan keselarasan didalam dirinya dan self-efficacy, namun perasaan mereka dapat meledak dengan tiba-tiba.

PENDEKATAN BARU PSIKOANALISIS CARL JUNG

Extraversion-Feeling Pada orang dengan sikap extraversion dan fungsi feeling yang dominan perasaan dapat berubah sebanyak situasi yang berubah. Kebanyakan dari mereka adalah aktor. Mereka cenderung untuk emosional dan moody tapi terkadang sikap sosialnya dapat muncul. Introversion-Sensation Orang ini cenderung tenggelam dalam sensasi fisik mereka dan untuk mencari hal yang tidak menarik dari dunia sebagai perbandingan. Biasanya mereka adalah orang-orang yang tenang, kalem, self-controlled, tapi mereka juga membosankan dan kurang bisa berkomunikasi. Extraversion-Sensation Orang dengan tipe ini biasanya adalah businessman. Mereka biasanya realistik, praktis, dan pekerja keras. Mereka menikmati apa yang dapat mereka indrai dari dunia ini, menikmati cinta dan mencari kegairahan. Mereka mudah dipengaruhi oleh peraturan dan mudah ketagihan pada berbagai hal. Introversion-Intiuting Pemimipi, peramal, dan orang aneh biasanya adalah orang dengan sikap introvert dan fungsi intuitif yang dominan. Mereka terisolasi dalam gambaran-gambaran primitif yang artinya tidak selalu mereka ketahui namun selalu muncul dalam pikiran mereka. Mereka memiliki kesulitan dalam berkomunikasi dengan orang lain, tidak praktis namun memiliki intuisi yang sangat tajam dibandingkan orang lain.

Extraversion-Intuiting

PENDEKATAN BARU PSIKOANALISIS CARL JUNG

Penemu dan pengusaha biasanya memiliki sikap extravert dan fungsi intuitif yang dominan, mereka adalah orang-orang yang selalu mencari sesuatu yang baru. Mereka sangat baik dalam mempromosikan hal-hal yang baru. Namun mereka tidak dapat bertahan pada satu ide, pekerjaan maupun lingkungan karena sesuatu yang baru merupakan tujuan hidup mereka.

RUJUKAN

PENDEKATAN BARU PSIKOANALISIS CARL JUNG

1. Chaplin, J.P (2001). Kamus Lengkap Psikologi (Kartini Kartono, penrj.). Jakarta : PT. 2. Jess Feist, Gregory J. Feist (2008).Theories of Personality (yudi Santoso, Penrj.) yogyakarta : PT. Pustaka Pelajar 3. Pervin, L. A.&O.P. John. (2000). Personality: Theory and Research. 8th ed. New York : John Willey&Son. 4. Theories of Personality (2009), Duane P. Schultz, Sydney Ellen Schultz, University Of South Florida ninth edition 5. Raja Grafindo Persada. Hall, C. S.&G. Lindzey. (1985). Introduction to Theories Personality. New York: Jhon Willey&Son.
6. http://psikologicenter.blogspot.com/2009/01/teori-carl-gustav-jung.html