Anda di halaman 1dari 99

Nozi Danisya

Bab 1
wajah lembut ibunya.

ANI melurut rambutnya ke belakang. Dia mengeluh lagi. Matanya kini terarah pada seraut

Apa ni mama? Apa semua ni? Zarina tersenyum nipis. Tidak tahu apa yang harus dikatakannya. Ketegangan Dani jelas ketara. Lebih baik dia berdiam diri dahulu kerana anak tunggalnya itu agak baran orangnya. Tidak wajar rasanya menambah kerunsingan pada wajah kesayangannya itu. Dani beralih merenung ke arah Dahlia pula. Menyorot tajam ke anak mata gadis itu. Bagai seekor harimau yang ingin menerkam mangsanya, begitulah gaya Dani setiap kali berhadapan dengan Dahlia. Ada saja yang tidak kena di matanya. Ada saja kesalahan gadis itu yang dicarinya. Dia memang tidak pernah menyukai gadis itu. Tidak pernah suka dengan kehadiran Dahlia di rumahnya. Baginya Dahlia punyai agenda tersembunyi. Gadis itu mendekati keluarganya dengan niat jahat. Sejak itu dia sentiasa mengesyaki setiap tindak-

Kerana Sebuah Janji

tanduk Dahlia. Sentiasa mengawasi dengan matanya. Dan hari ini sudah terbukti jelas. Sangkaannya pada Dahlia nyata tidak meleset. Masakan dia boleh berdiam diri begitu saja? Dahlia menikus di satu sudut rumah itu. Wajahnya tunduk. Tiada keberanian untuk menentang mata Dani. Hati kecilnya turut kecut bila memikirkan kemungkinankemungkinan yang bakal dia hadapi selepas ini. Dia amat pasti Dani sudah tersalah tafsir. Kerana lelaki itu sentiasa berburuk sangka padanya. Lelaki itu tidak pernah mahu memberi peluang untuknya. Tidak pernah sudi berbaik-baik dengannya. Jadi, apa lagi yang harus dia lakukan? Baginya berserah dan berlindung pada Allah adalah keputusan yang paling bijak pernah dia fikirkan buat masa ini. Kerana dia tahu Allah Maha Melindungi. Allah pasti melindungi dirinya. Malah dia percaya Allah pasti merencanakan yang terbaik untuk dirinya. Jadi apa yang perlu dia khuatiri lagi? Tawakal saja, itulah jawapannya. Namun setabah-tabah hatinya, bila berdepan dengan tingkah Dani, sedikit sebanyak dia tidak mampu untuk bertahan. Kerenah lelaki itu betul-betul mencabar hati kecilnya. Pandangan Dani beralih semula ke arah Anuar, peguam arwah ayahnya. Tak boleh cancel ke? Maaf Encik Dani, tak boleh. Kalau saya tak ikut wasiat tu? Risikonya seperti yang saya sebutkan tadi. Dani mengeluh lagi. Kali ini tubuhnya dihempas ke sofa empuk. Sofa yang diimport khas dari Itali itu cukup selesa menyokong tubuhnya yang mula lelah. Perkhabaran dari peguam itu benar-benar membuat kepalanya berdenyut. Jari-jemarinya mula menggagau dahi dan memicit perlahan.

Nozi Danisya

Berapa lama tempohnya? Tiada had tempoh Encik Dani. Encik ambillah masa seberapa lama yang encik mahu. Cuma saya nak ingatkan kewangan keluarga ni tak stabil. Okey Anuar, apa-apa hal nanti Ill call you. At the moment, we give him some space to think about. Zarina yang berdiam diri sejak tadi akhirnya bersuara. Sudah tidak sanggup melihat kerunsingan Dani. Perlakuan Dani itu saling tidak tumpah seperti arwah suaminya jika dilanda masalah. Malah dia sendiri tidak dapat menahan sebak setiap kali wajah yang mulai dirinduinya mengapung. Kalau begitu saya pergi dulu Puan Zarina, Encik Dani. Anuar merenung Dahlia yang diam membisu. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada gadis itu. Cik Dahlia. Dahlia teragak-agak membalas senyum peguam kepada keluarga kaya itu. Dia tahu Dani sedang merenung tajam ke arahnya. Sempat juga dia menjeling ke arah Dani. Memang benar. Dani sedang memanah tepat ke matanya. Dahlia tertunduk semula.

DAHLIA melipat telekung. Solat isyak baru saja dia tunaikan. Perutnya mula berbunyi. Lapar. Hari ini dia tidak lalu makan. Mendengar wasiat yang dibaca oleh Anuar itu, cukup untuk membunuh seleranya hari ini. Dia tidak faham kenapa dirinya terlibat sama dalam pembahagian harta duniawi itu? Dahlia mengeluh berat. Terlintas sejenak pesanan arwah uminya

Kerana Sebuah Janji

supaya jangan mengeluh. Mengeluh itu tidak baik. Itu sifat orang yang tidak bersyukur. Dahlia beristighfar panjang. Perlahan-lahan dia angkat punggung dan mencapai tudung yang sentiasa tersedia di belakang pintu bilik. Dahlia tersenyum nipis. Belum lagi kakinya melangkah ke dapur, bau masakan Kak Miah sudah menusuk ke hidung. Kasihan Kak Miah, hari ini dia tak ada mood langsung hendak menolong pembantu rumahnya itu di dapur. Assalamualaikum, Kak Miah. Eh, Lia, walaikumsalam. Kak Miah masak apa malam ni? Kuetiau goreng. Puan kata tak nak makan nasi malam ni. Lia nak makan apa? Akak masakkan. Tak apalah kak, Lia tak ada selera nak makan. Jangan macam tu, karang perut tu masuk angin, lain pulak ceritanya. Akak tengok dari siang tadi Lia tak lalu makan. Dahlia hanya tersengih. Nak makan apa? Akak tengah rajin ni. Dahlia tergelak kecil. Tak apalah kak, tak payah susah-susah. Kalau Lia lapar, nanti Lia masak sendiri ya. Hmmm, suka hatilah. Mari rasa kuetiau akak ni, sedap tau... rugi Lia tak makan. Dahlia tergelak. Dia mencapai garfu dan piring untuk merasa keenakan kuetiau goreng Kak Miah. Agar pembantu rumah itu tidak berkecil hati sebenarnya. Ha, sedap tak? Sedap? Kalau Kak Miah yang masak, memanglah sedap. Salmiah tersenyum bangga.

Nozi Danisya

Kalau gitu, ambil lagi. Tambah. Eh, tak nak, tak nak. Lia nak rasa aja. Tak nak makan banyak. Kenapa? Tiba-tiba satu suara dari arah belakang menerjah. Dahlia berpaling. Degup jantungnya berdetak laju. Selaju kereta api ekspres yang sedang menuju ke destinasinya. Mendengar suara keras Dani itu saja sudah cukup untuk memberitahu segala-galanya. Dani sengaja ingin cari pasal. Dahlia berpaling semula. Dia memilih untuk diam. Kenapa tak nak makan banyak? On diet? Dia kata tak ada selera Encik Dani. Dani menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Dahlia. Gadis itu menguis-nguis sayur kucai yang berbaki di dalam piring. Seleranya yang memang tiada, terus mati dengan kehadiran lelaki itu. Encik Dani nak makan? Akak ambilkan. Mama mana? soal Dani tanpa mengendahkan soalan Salmiah. Dalam bilik lagi. Nak akak panggilkan ke? Dani mengangguk perlahan. Tanpa berlengah lagi, Salmiah melangkah meninggalkan Dahlia dan Dani di dapur. Suasana sepi seketika. Dani merenung tepat Dahlia yang tertunduk membisu. Jika bersamanya memang gadis itu jarang bercakap. Mungkin juga salah dirinya yang sentiasa mencari pasal. Dia akui itu. Memang dia sengaja mencipta kesakitan lewat kata-katanya. Dia memang sengaja menyakiti hati Dahlia. Memang dia berniat begitu. Dahlia masih tertunduk. Dia tahu Dani sedang memerhatikannya. Perhatikannya bagai dia seorang pesalah

Kerana Sebuah Janji

besar. Hanya menunggu untuk disoal siasat saja. Dahlia tidak suka situasi itu. Dia mula rimas. Dia mula rasa tidak selesa. Perlahan-lahan dia angkat punggung dengan membawa piringnya ke singki. Duduk. Dahlia diam. Suara Dani seperti selalu, sentiasa keras apabila bercakap dengannya. Dia sendiri tidak mengerti mengapa Dani begitu membencinya? Dari saat dia menjejak kaki di rumah ini sehinggalah sekarang. Apa yang pasti, wasiat siang tadi menambah lagi kebencian lelaki itu padanya. Aku nak tanya sikit ni. Dahlia duduk semula. Matanya dijatuhkan pada piring yang tidak jadi dibasuhnya itu. Jari-jemarinya perlahan-lahan menguis-nguis daun kucai yang masih bersisa. Sudah sedikit kering piring itu. Seimbas teringat pesanan uminya, tidak baik membiarkan pinggan mangkuk yang dimakan terbiar kering. Nanti rezeki untuk kita juga kering seperti sisa makanan itu. Dahlia sedikit sebak. Segala pesanan uminya masih utuh di hati. Kau dah dengarkan wasiat tu? Tersedar daripada lamunan lalu dia menarik nafas perlahan. Dahlia mengangguk. Kau faham ke? Dahlia mengangguk lagi. So, macam mana? Kau nak ikut ke tak nak? Sekali lagi Dahlia menarik nafas, kali ini lebih dalam. Inilah yang yang membuat dia buntu. Inilah yang membuat dia hilang selera. Kenapa dia yang jadi mangsa? Kau dengar tak aku tanya ni?

Nozi Danisya

Suara Dani mula mengeras. Geram dengan perlakuan Dahlia yang suka buat orang tertanya-tanya. Inilah salah satu sikap Dahlia yang dia tidak suka. Berdiam diri. Suka sangat berdiam diri. Ada permatakah dalam mulut gadis itu? Sampai susah sangat dia hendak mendengar suaranya? Namun jika difikirkan semula, Dahlia hanya berdiam diri dengan dia sorang aja. Dengan orang lain tak pula begitu. Saya tak tau. Dani tersentak. Jauh fikirannya tersasar. Nyaris suara lembut Dahlia menyedarkannya. Atau ni yang kau nak? Dahlia angkat muka. Membalas renungan tajam Dani. Apakah maksud lelaki itu? Adakah Dani fikir hadirnya dia di sini hanya semata-mata kerana harta keluarganya? Apa? Tak betul? Ini yang kau nak selama nikan? Buat-buat lemah, buat muka kesian, lepas tu kikis harta aku? Kau ingat aku tak tau agenda kau masuk rumah ni? Hah? Dani, awak Apa awak, awak? Tak baik awak tuduh saya macam tu. Saya bukan macam yang awak sangka, ujarnya lembut. Dani tersenyum sinis. Melihat muka tenang Dahlia membuat dia sakit hati. Kenapa setiap kali dia memancing kemarahan gadis ini, ada saja yang tidak jadi? Seolah-olah kata-kata kesatnya tidak terkesan di hati Dahlia. Gadis itu seolah-olah tiada perasaan. Kalau bukan, kenapa tadi kau diam aja? Kenapa tak bersuara? Kenapa tak bantah? Dahlia diam. Kenapa ya? Kenapa dia tak bantah? Dahlia menghela nafas. Dia tiada jawapan untuk itu.

Kerana Sebuah Janji

Sebab tak ada gunanya. Wasiat tu tak boleh dipertikaikan lagi. Jadi kau sukalah? Kan? Dahlia menggeleng perlahan. Jika dia diberi pilihan, bukan ini yang dia mahu. Bukan ini yang dia pilih untuk masa depannya. Kau tau tak apa risikonya kalau kita ikut wasiat arwah papa? Awak pun tau apa risikonya kalau tak ikut, kan? Dani mencerlung. Pandai menjawab dah sekarang budak ni. Tidak sedarkah siapa dia di rumah ni? Ohoo... jadi betullah sangkaan aku, memang inilah impian kau, kan? Betul, kan? Tak! Sekali lagi Dani tersenyum sinis. Matanya tepat merenung wajah lembut Dahlia itu. Sudah lama dia tertanyatanya, kenapa setiap kali dia bercakap dengan Dahlia, gadis itu tidak mahu memandang mukanya? Selalu sangat pandang arah lain. Kalau tidak tunduk, tengok tepi. Tak faham betullah! Pandang sini! Diam. Dahlia cuba mengatur nafas. Apa yang lelaki ini mahu? Hendak kenakan dia seperti selalukah? Sedikit gemuruh hatinya dengan permintaan Dani yang satu itu. Aku kata pandang sini! Awak nak apa? Tengok muka aku. Ha? Nak buat apa tengok muka dia? Dahlia teragakagak mengangkat muka. Namun mata masih dipakukan pada meja. Dia tidak mampu. Dia takut.

Nozi Danisya

Dani merengus. Tidak mendengar kata betullah budak perempuan ni! Aku kata tengok aku, bukan tengok meja. Awak nak apa, cakap ajalah, saya dengar. Eh, Dahlia! Kau faham tak arahan aku? Darah mula menyirap dengan kelakuan gadis itu. Bagaimana dia boleh bertahan selama tiga tahun dengan gadis ini? Dia sendiri tidak menyedarinya. Pantang aku, kalau aku sedang bercakap, orang tak tengok aku! Tengok sini! Dani mula meninggikan suara. Geram dengan sikap degil Dahlia. Geram dengan wajah tenang itu. Perlahan kelopak mata Dahlia bergerak mencari wajah Dani. Dua pasang mata kini bertentangan. Dani tergamam. Cantiknya mata dia! Desis hati lelakinya. Sungguh, walaupun Dahlia sudah tiga tahun berada di rumahnya, walaupun sudah acapkali dia bertengkar, memarahi mahupun bercakap dengan elok pada Dahlia, inilah pertama kali dia bertentangan mata dengan gadis itu. Dalam diam Dani mengakui Dahlia memiliki sepasang mata yang cantik. Awak nak apa? Dani tersentak dan berdeham sekali. Sedikit gelabah apabila mata Dahlia masih tepat merenungnya. Tak ada apa, saja. Dani angkat punggung dan berlalu begitu saja. Tidak betah lagi untuk terus berhadapan dengan gadis itu. Dia sendiri tidak faham dengan rasa yang datang menyapa. Tadi bukan main lagi garang lagaknya, namun bila sudah bertaut mata, tidak semena-mena dia menjadi tidak keruan. Wajahnya membahang tiba-tiba. Namun sedikit sebanyak dia

Kerana Sebuah Janji

tersenyum puas kerana meninggalkan Dahlia begitu saja. Pasti gadis itu sakit hati. Dahlia pula hanya terkebil-kebil memproses apa yang baru berlaku. Apa kena dengan lelaki itu?

10

Nozi Danisya

Bab 2
kepala ditoleh ke kanan.

ANI tersentak apabila petikan jari betul-betul berada di hadapan matanya. Secepat kilat

Mursyid tersengih. Jauh termenung? Sampai aku masuk pun kau tak dengar. Kau nak apa? Whoaa kenapa macam singa lapar ni? Kau tak breakfast ke tadi? Dani diam. Sebatang pen di tangan diketuk-ketuk ke meja. Hari ini dia hilang mood untuk bekerja. Semuanya gara-gara perkhabaran semalam, membuat fikirannya bercelaru. Membuat dia tertanya-tanya kenapa ini yang berlaku. Okay, tell me whats wrong? Rindu kat Juliana ke? Mursyid yang tersengih lebar itu dipandang tepat. Satu keluhan berat dilepas kasar.

11

Kerana Sebuah Janji

Dah mengeluh pulak. Bergaduh lagi? Aku tak fahamlah dengan hubungan korang ni, kejap okey, kejap tak. Kali ni apa pulak masalahnya? Kau boleh tolong aku tak? Boleh, boleh tolong apa? Tolong diam! Mursyid tergelak. Dah tu kau senyap aja dari tadi? Aku tanya kau diam. Mengeluh tak sudah-sudah. Aku layan dirilah. Mursyid menyambung gelaknya. Sudah faham sangat dengan satu-satunya sahabat baiknya sedari kecil ini. Kalau begini keadaannya, tidak lain dan tidak bukan ada masalah besar yang tidak terpikul oleh Dani. Masalah yang selalunya dicurahkan kepada dirinya saja. Dani mengeluh lagi. Kau tahukan semalam wasiat arwah papa dibaca? Yup! Apa yang kau dapat? Mursyid menjongketkan keningnya tiga kali sambil tersenyum sumbing. Masalah. Ha? Aku dapat masalah baru. Explain please... Dahlia. Ya, kenapa dengan Dahlia? Kahwin. Okey. Kahwin. Dahlia kahwin. Kahwin dengan siapa?

12

Nozi Danisya

Aku. Okey, kau Dahlia kahwin. Ha? Dani mengetap bibir dengan sikap blur Mursyid itu. Dahlia kahwin kau? Kau dengan Dahlia, kahwin? Kau kena kahwin dengan dia? Faham ke ni? Okey, kejap. Wasiat tu. Kau, Dahlia kahwin? Isy! Apa pasal kau ni lembab sangat? Wasiat tu mensyaratkan aku kena kahwin dengan Dahlia dulu baru dapat harta. Ada faham? Ohh menyeringai. gitu. Faham, faham. Mursyid

Dani hanya memandang geram sahabat baiknya itu. Sudah terlalu biasa dengan sikapnya yang suka mengusik orang itu. Mursyid memang seorang yang periang. Apa saja masalah yang datang dia boleh hadapinya dengan mudah. Tidak perlu runsing dan bersusah hati seperti dirinya sekarang. Andainya dia boleh seceria Mursyid, bukankah bagus? Aunty cakap apa? Nak cakap apa lagi. Ikut ajalah. Lagipun mama memang suka budak tu, sayang sangat. Ha, okeylah tu. Aku tak nampak apa masalah yang besar sangat. Kau cakap senanglah. Juliana aku nak letak mana? Kalau dia tahu ni, mampus aku. Ala, kahwin aja senyap-senyap, habis cerita. Otak kau! Suka-suka aja eh? Aku bukan jahatlah. Aku tak sanggup nak buat Juliana macam tu.

13

Kerana Sebuah Janji

Mursyid tergelak. Okeylah, yang kau susah hati sangat ni kenapa? Kena kahwin paksa ke? Kalau kau tak nak kahwin dengan dia pun tak apakan? Tak ada siapa nak paksa. Memanglah tak ada siapa paksa. Tapi harta pun kira burn jugalah. Kau nak yang mana? Aku nak harta aku. Dahlia aku tak nak! Kenapa kau tak nak? Okey aja aku tengok Si Dahlia tu. Cantik manis, putih melepak, suara pun lembut aja. Okey apa? Amboi, puji sakan nampak? Kau berkenan kat dia ke? Kenanlah jugak. Tapi dia tak pernah pandang aku pun. Oh, tu sebab kau selalu datang rumah aku ya? Mursyid tersengih. Salah ke? Kau jealous? Tak ada maknanya aku nak jealous. Besar kuman pun tak ada perasaan aku pada dia tau! Jangan cakap besar Dani. Ingat kuasa Allah. Dia kan bakal bini kau. Dani terdiam. Astagfirullahalazim dia beristigfar. Dani meraup muka. Keluhan berat dilepaskan sekali lagi. Asyik mengeluh aja. Apa lagi yang tak kena? Kau tahu tak wasiat tu cakap apa lagi? Ha, apa? Apa? Wasiat tu cakap...

14

Nozi Danisya

Cup cup, wasiat tu boleh bercakap ke? Dani terkedu. Budak Mursyid ni la, geram betul dia! Mursyid tergelak besar. Kau nak dengar ke tak ni? Okey, okey teruskan. Mursyid kawal senyum. Tidak tahan melihat wajah Dani yang menahan geram pada dirinya. Sahabatnya itu terlalu serius. Bukan semua orang boleh bergurau dengannya. Sikap panas barannya itu telah menjarakkan Dani pada orang-orang di sekelilingnya. Seperti jangkaannya mereka tidak selesa dengan sikap Dani yang satu ini. Dani menjeling geram. Geram dengan perangai kebudak-budakan Mursyid itu. Entah bila nak matang dia sendiri pun tidak tahu. Bergurau selalunya tidak kena pada tempat. Dia yang sedang berbicara serius boleh pula Mursyid bermain dengan kata-katanya? Menurut wasiat tu, aku dapat empat puluh peratus daripada keseluruhan harta papa. Mama pula dapat tiga puluh peratus aja. Tiga puluh peratus lagi? Tiga puluh peratus lagi, untuk cucu papa, ujar Dani tenang. Cucu? Siapa cucu papa kau? Aku tak tahu pun? Bukan kau anak tunggal ke? Oh, aku tau. Agaknya kau ada adik-beradik tiri kut? Anak bini kedua ke ketiga ke maybe keempat. Ha, betullah tu! Adik-beradik tiri kau tu dah ada anak, jadilah cucu papa kau, kan? Kan? Dani merenung tajam ke wajah selamba Mursyid. Sekali lagi lelaki itu bercanda tidak kena waktu. Jika ikutkan hatinya, hendak saja dia gamkan mulut Mursyid itu. Dan

15

Kerana Sebuah Janji

lelaki itu pula pura-pura menggaru dagunya yang dihiasi sedikit janggut. Syid, kau jangan menyampuk boleh tak? Sejak bila pulak perangai papa aku macam tu? Dah tu tadi kau sebut cucu? Aku tak habis cakap lagilah ngok! Oohh... ada lagi ke? Okey sambung, sambung. Mursyid hanya tersengih apabila melihat muka bengang yang dipamerkan Dani. Wajah lelaki itu kelihatan kelat. Cucu papa aku tu mestilah hasil perkahwinan aku dengan Dahlia. Ada faham? Oh gituu cakaplah anak kau! Kan senang. So, tiga puluh peratus lagi untuk anak aku nanti dan Dahlia sebagai pemegang amanahnya. Sehingga budak tu berumur dua puluh satu tahun. Gila kejam papa kau. Tau tak apa. Tu yang buat aku runsing tu. Dahlah kena kahwin dengan orang yang aku tak cinta, kena pastikan dapat anak pulak tu. Aku rasa papa kau sengaja buat macam tu. Ya? Kau agak-agak kenapa ha? Sebab dia nak protect Dahlia. Protect? Meaning? Dia takut kau sia-siakan Si Dahlia tu. Kalau dia buat syarat kau kena kahwin dengan Dahlia baru dapat harta, then kau pun kahwin, lepas tu anytime kau boleh ceraikan Dahlia. Bila dia tambah lagi satu syarat yang tiga puluh peratus tu untuk anak kau, mesti kau akan bertahan.

16

Nozi Danisya

Otak Dani ligat mencerna apa yang dikatakan Mursyid itu. Fakta sahabatnya itu memang benar. Memang sukar untuk dia nafikan. Dia tahu papanya terlalu sayangkan Dahlia. Terlalu menjaga kebajikan gadis itu. Maka tidak mustahil apa yang dikatakan Mursyid itu benar belaka. Tapi tidak mustahil juga Dahlia yang memujuk papanya supaya menyerahkan sedikit harta itu kepadanya? Bukannya dia buta. Hampir setiap hari Dahlia menemani dan berbual mesra dengan mama dan papanya. Pasti sedikit sebanyak Dahlia menyulam simpati pada kedua-dua orang tuanya. Kau tak rasa ni rancangan Dahlia? Eh, kenapa pulak kau cakap macam tu? Manalah tau, dah kena mandrem ke? Sampai papa sanggup buat macam ni? Ah, jangan merepeklah Dani. Aku tahu Dahlia tak macam tu. Dia gadis baik. Aku rasa kau pun boleh nampak, kan? Entah, yang aku nampak dia ada agenda. Mursyid mengeluh perlahan. Sudah acapkali dia mendengar tuduhan dan tafsiran yang lahir dari bibir Dani. Malah, sudah acapkali juga dia menasihatinya. Kau tu, kalau dalam kepala dah set Dahlia jahat, mana nak nampak baiknya? Cuba perhati betul-betul sikap dia. Jangan nak main tembak aja. Dani mencebik. Bosan dengan Mursyid yang asyik membela Dahlia. Bukan lelaki itu saja, malah siapa saja yang dia kenal semuanya sayang pada gadis itu. Semuanya suka dengan tingkah santun Dahlia. Mahunya dia tidak naik rimas? Pujian demi pujian sering saja menyinggah di telinganya. Malah tanpa segan-silu membandingkan dirinya dengan diri gadis itu. Mahunya dia tidak menyampah? Tidak cukupkah

17

Kerana Sebuah Janji

dengan hanya menumpang di rumahnya saja? Kenapa mesti Dahlia merampas kasih sayang orang-orang yang berada di sekelilingnya pula? Jadi, jangan salahkan dirinya jika dia tidak menyukai gadis itu. Tapikan Dani, kalau kau tak ada anak dengan Dahlia nanti macam mana? Soalan Mursyid menyedarkannya menungan yang panjang. Dia mengerut kening. Maksud kau? Okay let say, Dahlia tak boleh pregnant. How about tiga puluh peratus tu? Akan diwakafkan. Whooa tiga puluh peratus banyak tu. Memang kau terpaksa berusaha keras nampaknya. Mursyid tergelak. Dani pula diam. Tawa Mursyid itu langsung tidak mencuit hatinya. Hatinya gusar. Fikirannya berserabut. Menerima Dahlia hadir dalam hidupnya pun begitu payah, inikan pula hendak bertahan hidup dengan gadis itu. Mana mungkin? Jelas hatinya tidak berpihak pada gadis itu. Dia amat pasti tentang itu. Rambut yang kemas rapi tadi telah kusut-masai diramasnya. Kenapa papa buat macam ni? Kenapa Dahlia? Kenapa bukan Juliana? Andainya Juliana yang menjadi pilihan, pasti dia tidak susah hati begini. Pasti dia menerima dengan tangan terbuka dan senyuman yang lebar. Pasti akan dia bahagiakan gadis kesayangannya itu. Kerana gadis itu telah lama bertapak di dalam hatinya, telah diukir indah nama Juliana di ruang khusus di hatinya. Bukan Dahlia, bukan gadis kampung itu! daripada

18

Nozi Danisya

Bab 3
ALQIS merenung sayu wajah temannya itu. Murung dan agak pucat kebelakangan ini. Lepas satu, satu masalah yang datang bertamu. Dahlia, makanlah. Dari tadi nasi kau tu tak berusik. Dahlia mengalih pandangannya ke wajah Balqis, teman sekampusnya. Senyum hambar terukir. Dia langsung tidak merasa lapar, bagaimana mahu makan? Kan aku cakap tadi tak nak makan, kau paksa juga. Makanlah sikit Lia, aku risaulah tengok kau macam ni. Nanti sakit lain pulak yang datang. Makan sikit ya? Aku okeylah. Tak payah risau-risau. Okey apanya? Pucat aja muka kau tu. Nasib baiklah dah semula jadi cantik. Kalau tak, mahu rupa zombie kut. Mereka sama-sama tergelak. Teruklah kau ni. Tak ada maknanya cantik. Kau lagi cantik daripada aku. Well, itu aku memang dah lama tau dah.

19

Kerana Sebuah Janji

Dahlia mencebik. Hii... perasannya! Mereka tergelak lagi. Akhirnya berjaya juga dia membuat Dahlia tertawa. Tak sanggup rasanya melihat wajah lembut itu bermurung. Wajah yang semula jadi cantik seperti Dahlia itu harus diserikan dengan senyuman manis. Barulah seri pada wajah itu menyinar. Bagai sang mentari menyinari pada waktu pagi. Hangat dan indah. Begitu juga jika senyuman terukir di wajah manis Dahlia. Eh, Qis kau dah siapkan assignment yang Cik Mariani suruh buat tu? Baru separuh. Kau? Aku belum buatlah. Kalau kau dah siap, aku ingat nak pinjam kejap. Eh, tak ada, tak ada buat sendiri. Jangan nak tiru aku. Aku bukan nak tiru. Nak tengok formatnya aja. Kedekutlah kau ni. Balqis tidak menghiraukan rungutan Dahlia itu. Fokusnya kini pada sepinggan nasi goreng kampung. Dahlia mengetuk-ngetuk jemarinya di meja kafeteria itu. Fikirannya agak sesak kebelakangan ini. Dengan tugasan yang tidak siap-siap, ditambah pula dengan permintaan keluarga Dani. Sedangkan dia diasak dengan kebencian lelaki itu terhadap dirinya. Benci bagai dia sudah melakukan satu dosa besar. Dosa yang tidak terampun. Sayu tetap terasa. Pedih makin bermaharajalela. Apakah silap percaturannya melangkah ke dunia Dani? Makanlah cepat Lia, nanti ada kelas lagi. Aku tak lalulah.

20

Nozi Danisya

Nak saya suapkan ke? Dahlia dan Balqis tersentak. Serentak itu mereka berpaling ke arah empunya suara. Adam sedang tersenyum manis. Matanya tepat merenung Dahlia. Gadis itu tetap manis seperti hari-hari sebelumnya. Walaupun hari ini wajah itu sedikit sirna dengan kemurungannya, namun manisnya tetap terselit. Adam, buat apa kat sini? Eh, tak boleh ke aku datang sini? Bukan ni tempat makan ke? Errr.... Balqis menggaru kepalanya. Terasa bodoh benar soalannya itu. Mungkin kerana terkejut dengan kemunculan Adam secara tiba-tiba barangkali. Boleh join? Balqis merenung Dahlia. Gadis itu memberi isyarat mata supaya menolak. Namun baru sahaja Balqis ingin membuka mulut, Adam sudah pun melabuhkan punggungnya di sebelah Dahlia. Kenapa awak tak lalu makan? Adam merenung wajah tenang itu. Sedikit terganggu dengan kehadirannya mungkin. Kebisuan Dahlia sudah biasa baginya. Jarang sekali gadis itu mahu berbualbual mesra dengannya. Sepatah ditanya, sepatah jugalah yang dijawabnya. Kadang-kadang langsung tidak menjawab setiap soalan yang diajukan. Tapi dia tidak marah dengan sikap gadis itu terhadapnya. Dia tahu itulah kelebihan Dahlia. Dan kelebihan itulah yang dia suka. Sakit ke? Dahlia hanya menggeleng perlahan.

21

Kerana Sebuah Janji

Balqis, kawan kau ni bisu ke? Balqis tergelak. Dah tahu sangat dengan perangai Dahlia. Sudah masak benar. Sudah dihadamnya. Gadis itu tidak akan sewenang-wenangnya berbual dengan lelaki. Malah dia belum pernah melihat Dahlia berbual mesra dengan mana-mana lelaki. Sedangkan dia tahu, Dahlia cukup ramai peminat di kolej ini. Saban hari ada saja yang berkirim salam pada gadis itu. Hai Qis, kau pun bisu juga? Balqis tersentak. Terpinga-pinga apabila Adam memetik jari di hadapan matanya. Terasa bahang menyapa wajah. Balqis tersenyum kelat. Perlakuan Balqis itu menggamit lucu di hati Dahlia. Bibir mungilnya mengelopak senyuman tipis. Tanpa dia sedari senyumannya itu telah menarik perhatian Adam. Cantik senyuman awak Dahlia. Kalau senyum begitu hari-hari kan bagus. Apa yang bagusnya? Balqis menduga. Sudah dapat menebak apa yang ada di dalam hati lelaki itu. Adam Firdaus, salah seorang pelajar lelaki yang tidak pernah jemu berkirim salam pada Dahlia. Lelaki yang tidak mudah putus asa. Memiliki gaya dan ketampanan yang sering dianganangankan oleh gadis-gadis remaja. Senyuman yang dihiasi lesung pipit sebelah kiri menambah faktor kenapa lelaki ini digilai pelajar-pelajar perempuan di kolej ini. Kecuali Dahlia. Dahlia seorang saja yang tidak nampak kelebihan lelaki itu. Dahlia saja yang tidak berminat dengan kata-kata romantis yang lahir dari bibir Adam Firdaus. Dahlia saja yang tidak sama dengan gadis lain. Mungkin kerana itu juga, Adam Firdaus tidak mahu mengalah. Adam Firdaus tetap akan mengejar Dahlia walau ke mana saja Dahlia berlari.

22

Nozi Danisya

Oi mak cik! Kau dengar ke? Balqis tersentak. Sekali lagi dia terpinga-pinga. Ha? Eh? Kau cakap apa tadi? Sah! Mimpi di siang hari. Aku taulah aku ni handsome Qis, janganlah kau tengok aku macam tu, aku takut kau tak tidur malam nanti. Serta-merta wajah Balqis terasa panas. Malunya! Malu sungguh dia! Kenapalah dia tengok anak teruna orang sampai macam tu sekali? Balqis mengerling Dahlia. Temannya itu memberi isyarat mata serta gerakan bibir yang perlahan supaya segera beredar dari situ. Adam tersengih lebar. Seronok dapat melihat wajah Balqis yang sudah merona merah. Perempuan tetap perempuan, jika bergurau nakal pasti roman wajah akan bertukar warna. Tak apalah kita orang blah dulu. Jom, Lia. Eh, la... soalan aku tak jawab lagi? Ni, nasi ni siapa nak habiskan? Kau ajalah yang makan. Dont worry, Lia tak usik langsung makanan tu. Nasi tu belum bersisa lagi ya. Makanlah. Awak makanlah. Saya dah bayar. Dahlia tersenyum manis. Adam terkedu. Sungguh, inilah pertama kali Dahlia tersenyum manis padanya. Hanya untuknya. Terasa dunianya berseri dan berwarna-warni. Suara gadis itu gemeresik indah berlagu. Lembut dan mendamaikan. Meruntun hati lelakinya. Membangkitkan rasa yang selama ini dia simpan kemas buat gadis itu. Sungguh, dia terpesona.

23

Kerana Sebuah Janji

Bab 4
ARINA menutup perlahan pintu keretanya. Meregang sedikit tubuh yang keletihan. Cuaca petang yang agak redup itu sekurang-kurangnya tidak menambah lelah. Dari jauh dia melihat Dahlia tekun membaca di sudut gazebo. Awal pula gadis itu pulang hari ini. Tubuh yang lesu digagahi menuju ke arah gadis itu. Assalamualaikum. Walaikumsalam. Eh, aunty baru balik? Hmmm... baru sampai. Zarina melabuhkan punggungnya di hadapan gadis itu. Manis senyuman yang dihamparkan Dahlia untuknya, cukup mendamaikan. Beruntunglah Dani jika memperisterikan Dahlia. Jika lelah bekerja seharian pasti akan lega jika dihadiahkan senyuman manis begini. Aunty nampak penat, banyak kerja ke? Banyak sangat. Si Maria pulak cuti, kelam-kabut aunty dibuatnya.

24

Nozi Danisya

Dahlia tergelak kecil. Dapat dia bayangkan betapa sibuknya wanita anggun ini bertungkus-lumus meneruskan perniagaan keluarga yang ditinggalkan arwah suaminya. Dia begitu kagum dengan Zarina. Walaupun usianya sudah menjangkau setengah abad namun masih sihat dan bergaya. Masih kekal santunnya. Kalau aunty penat, pergilah rest. Kejap lagilah. Lia baca buku apa tu? Motivasi, aunty. Zarina mengangguk perlahan apabila Dahlia menayangkan kulit muka depan buku yang dipegangnya sambil melemparkan senyum. Tak ada kuliah ke hari ni? Awal dah ada kat rumah? Ada dua. Pukul sembilan pagi tadi, lepas tu pukul dua petang. Pukul lima Lia dah ada kat rumah dah aunty. Dahlia ramah dalam senyuman. Soalan Zarina dijawab panjang lebar. Bagai mengadu segala aktiviti hariannya kepada seorang ibu. Zarina sudah dianggap seperti orang tuanya dan pelindungnya sekarang. La, kenapa tak hang out dengan kawan-kawan? Lia malas. Duduk rumah lagi best. Zarina tergelak kecil. Wajah gadis manis itu direnung. Hati sudah lama berkenan untuk mengangkatnya sebagai menantu. Namun sedikit khuatir dengan tingkah Dani yang agak kasar melayani Dahlia. Walau tidak pernah seculin pun gadis itu melawan. Kata-kata kesat Dani dibalas lembut. Kadang-kadang tidak dibalas langsung. Dahlia lebih suka mendiamkan diri. Lebih suka beralah daripada berbalah. Hati ibu manalah yang tidak terusik?

25

Kerana Sebuah Janji

Aunty? Kenapa? Tersentak Zarina dengan suara lembut yang menyapa. Ha? Lia cakap apa tadi? Dahlia tersenyum manis. Apalah agaknya yang diangankan oleh mama Si Dani ni? Lia tanya, kenapa aunty tengok Lia? Ooh... saja, aunty memang suka tengok si manis aunty ni. Lawa orangnya. Zarina tergelak melihat wajah Dahlia merona merah. Bagai buah delima yang masak ranum, merah bercampur kuning. Begitulah wajah gadis itu jika dipuji depan-depan begini. Kulitnya yang cerah itu telah memancarkan kemerahan di roman wajahnya. Betul-betul pemalu budak ni. Tak boleh nak puji lebih sikit. Aunty, jangan cakap macam tu. Malu Lia tau. Aunty pun cantik juga, anggun bergaya lagi. Hmmm, tu aunty dah lama tau. Kata-kata Zarina itu mengundang tawa Dahlia. Tidak semena-mena terlintas kata-kata yang mirip seperti itu dari mulut Balqis. Hmmm... Lia. Mendengar suara Zarina yang mengalun perlahan memanggil namanya, mengundang sedikit tanda tanya. Pasti ada sesuatu yang bermain di benak wanita itu. Pasti ada yang menggusarkan hatinya. Tawa bahagia Dahlia beransur-ansur pergi. Wajah anggun itu ditatap lembut. Lia dah fikir pasal wasiat tu? Dahlia diam. Benar apa yang ditebaknya. Persoalan

26

Nozi Danisya

yang satu itu bukan saja telah merunsingkan dirinya dan Dani, malah turut mengganggu sanubari wanita itu. Rentak jantungnya mula sumbang. Soalan begini ingin dia elakkan buat waktu ini. Belum aunty. Kenapa? Lia tak setuju kahwin dengan Dani? Tak nak jadi menantu aunty? Mata redup Zarina tepat menikam mata bundar Dahlia. Bercahaya dan penuh mengharap. Mengharap satu jawapan yang belum pasti dari bibir Dahlia. Bukan macam tu aunty. Lia tak boleh nak fikir lagi. Assignment banyak sangat. Dahlia mengetap bibir. Alasan itu dikira logik pada akalnya. Namun jauh di sudut hati dia rasa bersalah. Pembohongan lidahnya yang tidak bertulang itu menambah markah dosanya. Maaf aunty, maaf umi Lia terpaksa. Zarina tersenyum. Sudah menebak jawapan sebegitu keluar dari bibir mungil gadis itu. Dia menerima alasan itu dengan lapang hati. Mungkin belum masanya. Maka dia tidak akan pernah memaksa gadis itu membuat satu keputusan yang hanya membahagiakan dirinya dan Dani. Apa yang dia mahu, Dahlia juga turut mengecapi kebahagiaan walaupun gadis itu perlu lakukan pengorbanan. Nafasnya terhambur perlahan. Dia sendiri tidak tahu untuk apa keluhan itu. Mungkin hendak melepaskan segala masalah yang bertimpa-timpa sejak akhir-akhir ini. Malah, persoalan harta dan perkahwinan antara Dahlia dan Dani benar-benar merunsingkan hati tuanya. Dahlia belum bersedia fikirnya. Dani juga memberontak. Biarlah, biarkan dulu dua jiwa yang sedang kacau itu. Jika terpaksa sangat, dia sendiri yang akan memainkan peranan.

27

Kerana Sebuah Janji

Bab 5
ANI memicit dahinya. Satu lagi keluhan berat terhambur keluar. Telefon bimbit di telinga kanan segera dialihkan ke telinga sebelah kiri apabila lengannya mula lenguh memegang benda yang tidak bernyawa itu. I tau. Tapi you pun kenalah faham I jugak, Ju. Please Dani I begging you. Lain kali ya? Dah banyak kali dah you cakap lain kali, tapi semuanya cancel. Please sayang, jangan marah I okey? I kan kerja, ni semua arahan orang atas, so please jangan merungut okey? I merungut? Memang patut pun I merungutkan? Dah sebulan kita tak jumpa sayang. I rindu kat you. So salah I ke? I missed you too Dani, but what can I do? I just want you to understand me, please.... Memahami dirinya? Bagaimana pula dengan dia?

28

Nozi Danisya

Tidak mahukah Juliana memahami dirinya walau untuk seketika cuma? I told you before, berhenti aja jadi stewardess. Kerja aja dengan I. I bagi you special position. No way Dani! Its never happen! I suka kerja I sekarang. I tak suka kerja opis hour. Thats not me! Dani mengeluh berat. Gagal lagi memujuk Juliana supaya berhenti menjadi pramugari. Sikap degil gadis kesayangannya itu benar-benar mencabar kesabarannya. Kenapa susah sangat dia rasakan? Kenapa Juliana tidak mahu bertolak ansur demi perhubungan mereka? Sampai bila dia harus beralah dan terus mengalah? Okay fine! Do whatever you want. If you need me, you know how to find me. Take care. Cepat-cepat Dani mematikan perbualan mereka. Tidak mahu pertengkaran itu berpanjangan. Tidak mahu ada calar yang mencacatkan hubungan mereka. Rindu di dada membuak-buak. Cukup sakit hendak menampungnya. Mengapa Juliana tidak mahu mengerti? Sebulan itu cukup banyak jika dihitung harinya. Setiap detik Julianalah yang dirindu. Walaupun dia belum pasti adakah gadisnya itu memiliki rasa yang sama? Dani tidak tahu dan dia tidak mahu tahu. Apa saja cacat cela tentang hubungannya dengan Juliana cuba ditutupinya sebaik mungkin. Dengan itu barulah hatinya tenang. Tetapi, betul-betul tenangkah dia? Tak nak balik ke? Dani tersentak. Mursyid tersengih menayangkan susunan giginya yang teratur cantik. Tidak dinafikan, Mursyid mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Tubuhnya yang tinggi lampai itu berjaya menutupi susuknya yang kurus. Dah pukul enam setengah ni. Aku gerak dululah.

29

Kerana Sebuah Janji

Eh, kejap-kejap. Awal lagi ni, lepak dulu jom? Mana? Mana-manalah. Ikut selera kau. Tapi aku tak boleh lama, malam ni aku ada date. Ah, banyaklah kau punya date. Tak ada-tak ada jom lepak. Wei, aku cakap betul ni. Kau nikan, perempuan mana pulak yang jadi mangsa kali ni? Oit, cakap bagai tak ingat. Bila masa pulak aku jadi pemangsa? Hari-hari Kau ni Dani, teruklah, bukan nak support kawan. Aku tak akan support player macam kau ni. Suka sangat main feeling anak dara orang. Habis tu tak akan nak main feeling anak lembu pulak? Dani merenung Mursyid dengan pandangan geram. Sahabat baiknya itu tidak pernah serius jika berkata-kata. Jika serius pun hanya pada waktu dia bekerja saja. Itu pun ada juga selingan-selingan jenakanya. Mungkin itulah daya tarikan Mursyid. Lelaki itu mempunyai auranya yang tersendiri hingga membuat ramai anak gadis melekat dengannya. Namun setahu dia, tiada satu pun yang berjaya mencuri hati anak muda itu. Kau nikan, memanglah Memanglah apa? Buaya tembaga. Mursyid tergelak besar. Gelaran itu sudah biasa

30

Nozi Danisya

sangat singgah di kupingnya. Namun hakikat sebenarnya dia tidak pernah mengambil kesempatan pada mana-mana perempuan pun. Dia punya prinsip. Tidak akan sekali-kali menyentuh perempuan selagi mereka tidak halal padanya. Hai... kau ni Dani, macam tak kenal aku pulak. Aku ni paling sayang makhluk Allah yang bernama perempuan tau. Dia orang tu, ciptaan Allah yang paling indah tau. Seteruk-teruk aku, aku tak pernah ambil kesempatan kat dia orang semua tu tau. Aku respect dia orang tau. Aku... Tau, tau tak payahlah kau nak ulang perkataan tau-tau tu lagi. Menyampah aku dengar. Ha tau tak apa. Mursyid tersengih lagi. Dah jomlah, aku haus gila ni. Nak lepak mana? Aku nak cepat ni? Kau nikan... hiii... cakap kat aku, kau date dengan siapa malam ni? Tiba-tiba terlintas idea nakal Mursyid untuk mengenakan Dani. Ingin sekali melihat reaksi temannya itu. Kau teka? Malas nak tekalah. Ala, teka ajalah, kut-kut betul? Kalau betul kenapa? Apa yang aku dapat? Kau nak apa? Makan? Perempuan? Woi! Mind your word okay? Okey, okey sorry. Aku taulah kau setia dengan Juliana. Tau pun. Kau jangan nak merepek macam tu lagi. Aku tak suka.

31

Kerana Sebuah Janji

Mursyid tersengih. Langsung tidak gentar dengan amaran Dani itu. Niatnya untuk mengusik Dani terus berkobar-kobar. Cepatlah teka. Tak taulah! Okey, kalau aku cakap aku ada date dengan... Dahlia, macam mana? Dani tersentak. Berderau darahnya seketika. Entah kenapa degupan jantung berdetak laju. Tajam matanya menikam wajah Mursyid yang sedang tersengih. Apa kau cakap? Dahlia? Yup! Why? Kau jealous ke? Dani merengus geram. Tidak tahu geram itu ditujukan kepada siapa. Nafasnya terasa sedikit sesak. Apakah yang telah berlaku pada dirinya? Dia sendiri tidak pasti. Apa yang dia tahu dia tidak suka mendengar bicara Mursyid itu. Namun kerana ego dia cuba berlagak biasa. Apa hal pulak aku nak jealous? Tak ada kenamengena dengan aku! Ya ke? Habis tu kenapa muka kau merah? Tahan marah? Mana ada! Syid, kau nak kena ke? Ha, tengok? Marah pulak. Salah ke aku keluar dengan bakal bini kau tu? Mursyid!!! Tanpa sedar, tangannya sudah menggenggam erat kolar baju Mursyid. Lelaki itu terpempan. Tidak menyangka sama sekali dengan tindakan luar batas Dani ini. Sangkanya, dengan sedikit gurauan, Dani akan mengakui perasaannya

32

Nozi Danisya

pada Dahlia. Namun yang terjadi adalah sebaliknya. Air liur yang cuba ditelannya terasa kesat. Whoa... whoa... relakslah bro. Tak akan itu pun nak marah? Aku just kidding aja. Dani melepas kasar genggaman kolar Mursyid. Entah mengapa hatinya panas tiba-tiba. Kenapa dengan dia? Sorry bro, aku melawak aja. Dahlia tetap kau punya, aku tak berani usiklah. Aku bukan jenis kawan makan kawan tau. Bahu Dani ditepuk beberapa kali. Cuak juga Si Dani ni. Mursyid ketawa dalam hati. Sudah terang lagi bersuluh. Mengapa harus menipu diri sendiri? Dia tahu dalam kebencian Dani pada Dahlia, terselit juga sedikit rasa pada gadis itu tanpa lelaki itu sedari. Itulah yang cuba dia buktikan. Dani, kau suka dia eh? Mursyid direnung tajam. Seperti biasa lelaki itu tersengih selamba. Dah jom! Banyak cakap lagi, aku belasah kau. Mursyid tergelak mendengar ugutan Dani. Langsung tidak kisah dengan amarah lelaki itu. Dia tahu Dani pasti terusik dengan gurauannya sebentar tadi. Dari riak wajahnya saja sudah dapat ditebak apa yang bermain di hati lelaki itu. Dari kerut keningnya juga dapat dia tafsirkan fikiran Dani sedang kacau.

DANI menutup kasar pintu utama rumahnya itu. Hatinya berkata-kata. Hatinya sedikit terganggu dengan gurauan Mursyid petang tadi. Wajah Mursyid saat itu sangat

33

Kerana Sebuah Janji

berkeyakinan. Malah cukup selamba bergurau. Gurauan yang sedikit sebanyak menggoyahkan hati lelakinya. Malah, dia dapat rasakan seolah-olah gurauan itu benar. Seolah-olah Mursyid dan Dahlia memang mempunyai hubungan di luar pengetahuannya. Hubungan yang sengaja mereka sorokkan. Patut saja Mursyid kerap benar bertandang ke rumahnya, patut saja Dahlia masih menimbang tara keputusan untuk dinikahi. Dia amat pasti, Dahlia itu gadis yang berpura-pura. Gadis yang ingin mengambil kesempatan terhadap orang di sekelilingnya. Dani tidak berpuas hati. Dia harus bersemuka dengan gadis itu. Langkahnya diatur laju menuju ke dapur apabila mendengar bunyi pinggan mangkuk yang berlaga. Kak Miah! Hampir terlepas pinggan di tangan Salmiah dengan jerkahan daripada majikannya itu. Perlahan dia mengurut dada. Jantungnya berdetak laju mengepam darah akibat perbuatan majikannya yang di luar jangkaan. Segala khayalan dan siulan kecil lagu Siti Nurhaliza mati begitu saja. Astaghfirullah, Encik Dani ni terkejut akak. Dani hanya mampu mempamerkan senyuman kelat kerana keterlanjuran perbuatannya itu. Sungguh, bukan niatnya hendak membuat pembantu rumah itu terkejut. Cuma suaranya itu di luar kawalan dek kerana hati yang membengkak. Segala-galanya tercetus dengan sendirinya tanpa dipinta. Matanya melilau ke seluruh ruang dapur. Mana dia? Kenapa Encik Dani? Cari puan ke? Dahlia. Mana dia? Oh, dia ada dalam bilik kut. Pergilah tengok.

34

Nozi Danisya

Kenapa dia tak tolong akak kat dapur? Dia kata sakit kepala tadi. Akak suruh aja dia baring, tak payah tolong akak. Oh... Mama mana? Puan pun dalam bilik. Hmmm... tak apalah. Dani memusing tubuhnya ingin segera berlalu. Hati yang panas tadi sedikit gusar pula apabila mengetahui Dahlia sedang sakit kepala. Hati yang membara tadi sertamerta mencair. Derap langkah mula diaturnya menuju ke bilik gadis itu. Sekadar ingin melihat keadaannya sahaja. Namun sebaik saja sampai di depan pintu bilik Dahlia, dia jadi kaku. Nak ketuk ke tak nak? Hatinya bersoal jawab sendiri. Entah kenapa dia berasa serba tidak kena. Separuh hati ingin meminta kepastian daripada Dahlia. Separuh hati lagi memujuknya supaya bersabar. Gadis itu sedang sakit. Teragak-agak tangannya mahu mengetuk pintu kayu itu. Dani? Dani tersentak lalu menoleh. Errr, mama. Terkejut Dani. Ingat siapa tadi. Dani buat apa kat bilik Dahlia ni? Nak jumpa dia ke? Tak adalah mama, just curious, betul ke dia sakit kepala atau buat-buat sakit? Oh gitu, caring juga ya anak mama ni? Zarina menyengih penuh makna. Ish, mama ni ke situ pulak. Dani nak confirmkan

35

Kerana Sebuah Janji

aja. Mana tahu dia malas ke dapur. Buatlah kerja sikit jangan nak duduk free aja kat sini. Dani, tak baik cakap macam tu, dia dah banyak tolong dah. Dani aja yang tak tau. Dani mencebik geram. Mamanya ini selalu sangat menyebelahi Dahlia. Sebab itulah Dahlia semakin mengadaada. Dahlah, baik Dani masuk bilik, mandi dulu. Lepas tu kita boleh makan sama-sama ya? Hmmm, yalah ma. Sekilas Dani merenung pintu bilik Dahlia yang masih bertutup rapat. Kehendak hatinya ingin sekali mengetahui keadaan gadis itu, namun geram yang masih berbekas membuat egonya begitu melambung. Zarina hanya tersenyum nipis melihat perlakuan anak kesayangannya itu. Jauh di sudut hati, dia lega dengan keprihatinan Dani. Walaupun anaknya itu menafikan, namun dia tahu Dani mula boleh menerima kehadiran Dahlia di rumah ini atau hadir di hatinya barangkali. Walaupun dia tahu di hati kecil anaknya itu sudah terisi dengan kehadiran gadis hitam manis bernama Juliana. Malah gadis itu sudah lama bertapak di hati Dani. Cuma jodoh mereka masih tiada. Masih belum mahu mengikat sebarang ikatan murni. Adakah Dahlia bakal menjadi menantunya? Zarina mengelopak senyum lalu melangkah senang menuju ke dapur. Dari dalam bilik Dahlia menyeka air matanya yang mula bergenang. Air mata yang hadir tanpa diundang. Kata-kata Dani yang didengarinya sebentar tadi cukup menggores hati. Tega sungguh lelaki itu menyakiti hatinya terus-terusan begitu. Apakah salahnya? Besar benarkah dosanya? Sehingga dia diperlakukan begitu? Apakah

36

Nozi Danisya

kehadirannya di sini benar-benar mengganggu ketenangan lelaki itu? Seingatnya, dia sendiri tidak pernah mengganggu gugat ketenteraman dunia lelaki itu. Tidak pernah mempersoalkan kenapa dan apa yang berlaku dalam hidup lelaki itu. Dia hanya dengan dunianya sendiri. Pergi belajar dan pulang ke rumah. Tidak pernah dia berfoya-foya atau berpeleseran di sana sini. Seingatnya belum pernah lagi dia mengaibkan keluarga ini, apa lagi membuat onar. Tapi kenapa sarat sangat kebencian lelaki itu pada dirinya? Sehingga tega jiwa halusnya dilukai? Kepala yang masih berdenyut menjadikannya hilang daya untuk berfikir segala kemungkinan. Hilang daya untuk bangun. Perlahan-lahan tubuh direbah ke atas tilam semula. Minyak angin disapu dengan berhati-hati di sekitar pelipis kening dan dahi. Pejam celik-pejam celik menahan sakit. Tubuhnya mula berasa seram sejuk. Nafasnya mula panas. Tekaknya mula payau. Dia amat pasti virus demam sudah menular ke sarafnya. Perlahan selimut ditarik membaluti tubuh yang mula menggigil.

SEBAIK selesai membersihkan diri, Dani mengatur langkah untuk turun. Perut mula berbunyi minta diisi. Satu per satu anak tangga dipijak kemas. Sekilas dia memandang ke pintu kamar Dahlia yang masih tertutup. Sebaik menoleh semula, Dani tersentak sedikit apabila Salmiah sudah tersenyum manis meniti satu per satu anak tangga. Nak ke mana Kak Miah? Puan suruh kejutkan Lia, ajak makan sekali. Hmmm, tak apalah, Kak Miah pergilah siapkan makanan, biar saya yang kejutkan.

37

Kerana Sebuah Janji

Eh, tak apa ke ni encik? Tak menyusahkan ke? Tak. Kak Miah pergilah ke dapur. Beritahu mama nanti saya turun dengan Dahlia. Baiklah. Dani berpusing semula ke arah bilik Dahlia. Berdiri santai sambil nafas ditarik dalam-dalam. Aneh, debaran di dada tiba-tiba hadir. Persoalan demi persoalan berlegar di benaknya. Tentang gurauan Mursyid petang tadi, patutkah dia bertanya pada Dahlia? Bimbang juga dituduh cemburu buta. Sedangkan dia hanya inginkan kepastian saja. Tentang kesihatan Dahlia sendiri, patutkah dia bertanya? Sedangkan sebelum ini dia tidak pernah peduli. Tidak pernah ambil kisah. Malah benaknya ingin sekali bertanya tentang wasiat itu. Wasiat yang sepatutnya diberi jawapan segera. Bukan berdiam diri seperti yang dilakukan oleh gadis itu sekarang. Tiga kali pintu diketuk. Diam. Tidur mati agaknya budak ni, gumam hatinya. Sekali lagi pintu kamar berukir cantik itu diketuk. Kali ini agak kuat. Biar sampai ke kuping Dahlia. Agar gadis itu segera bangun. Agar dia tidak dibiarkan berdiri lama. Dani terus menunggu. Tiada sebarang tindak balas. Tiada ura-ura Dahlia ingin membuka pintu. Dia merengus perlahan. Kesabarannya mula menipis. Memang tidur mati! Dani yang ingin berpaling, mematikan langkah saat mendengar tombol pintu dipulas perlahan. Sebaik pintu dikuak, kepala Dahlia terjengul sedikit. Berkerut kening gadis itu melihat Dani berdiri tegak di depan pintu biliknya. Sepasang mata lelaki itu tajam memanah ke arahnya. Kenapa lambat sangat buka? Tidur mati ke? Naik roboh pintu ni aku ketuk. Dahlia membetulkan tudungnya. Mulutnya dikunci

38

Nozi Danisya

rapat. Tangannya pula berpaut pada pintu agar tidak terjatuh. Kepalanya benar-benar sakit. Berpinar pandangannya membalas renungan tajam Dani itu. Tubuh yang mula panas itu tidak betah untuk bertahan lama. Terasa romanya tegak dan tubuhnya gigil. Betapa sakitnya. Ya Allah, berilah aku sedikit kekuatan rintihan hatinya bergema sayu. Dani yang pada mulanya dikuasai baran, mula simpati melihat keadaan Dahlia yang kelihatan tidak bermaya itu. Dari geram bertukar kasihan. Wajah gadis itu pucat betul. Sakit sangatkah? Mulutnya ringan saja ingin bertanya, namun perasaan ego mengatasi niatnya untuk bertanya tentang gadis itu. Mungkin juga Dahlia hanya berpura-pura sakit? Mungkin juga sekadar inginkan perhatian darinya? Mustahil! Di mata gadis itu jelas menunjukkan segalanya. Di wajahnya itu terlukis seribu keperitan dan kesakitan. Seulas bibirnya juga kering. Mama panggil makan, ujar Dani acuh tak acuh. Tak apalah, saya tak ada selera. Jangan mengada-ada boleh tak? Karang perut kau tu masuk angin, sakit lain pula yang datang. Dah jom! Cakap dekat aunty, saya tak nak makan. Dani merenung tajam gadis itu. Bukan main degilnya lagi? Tidak padan dengan sakit. Jika dibiarkan perutnya pasti masuk angin. Nanti sakit lain pula yang datang menjengah. Apa yang harus dia lakukan jika Dahlia masih berdegil? Menggunakan sedikit kekerasan? Atau dia dukung saja gadis itu? Ah, merepek! Turun sekarang! Dahlia tersentap mendengar suara Dani yang agak

39

Kerana Sebuah Janji

keras itu. Kenapa mesti nak paksa-paksa? Dia benar-benar tidak lalu makan. Kepalanya berdenyut, pandangannya berpinar, macam mana nak turun ke dapur? Demi tidak mahu menjadi isu pertengkaran, tanpa banyak soal Dahlia melangkah perlahan, setapak demi setapak. Kemahuan Dani dia turutkan. Tidak mahu mencetuskan amarah lelaki itu yang sememangnya tidak sukakan dirinya. Laksana bayi yang baru belajar berjalan, Dahlia seakan-akan bertatih. Lantai rumah itu dirasakan lembut untuk dia berpijak. Gigil seluruh tubuhnya hanya Tuhan saja yang mengerti. Mencucuk hingga ke tulang sumsum. Dani hanya memerhati langkah tidak stabil Dahlia itu. Hati lelakinya diterjah ragu dan cuak. Bimbang jika gadis itu tumbang. Dari gayanya berjalan saja, Dani dapat melihat ketidakstabilan gadis genit itu. Jadi dia perlu berhati-hati dan melangkah perlahan juga mengikut rentak Dahlia. Menyelinap secebis rasa bersalah memaksa Dahlia turun makan. Sepatutnya dia biarkan saja Dahlia berehat dan menyuruh Kak Miah membawa makanan ke bilik gadis itu. Ah, sia-sia saja! Dalam keterpaksaan, Dahlia gagahi diri. Sedaya upaya dia kuatkan semangat walau menggigil tubuhnya menahan kepala yang berdenyut. Dia tidak dapat menahan lagi lantas menghentikan langkahnya. Terhoyong-hayang cuba mengimbangi tubuh daripada rebah. Menggagau tangannya ingin mencapai sesuatu supaya dia boleh berpaut kerana saat itu pandangnya sudah pun berpinar serta semakin kabur dan gelap. Namun sempat Dani menyambar tubuh gadis itu. Dahlia kini terkulai di pangkuannya. Dani panik. Mama, Kak Miah!

40

Nozi Danisya

Zarina yang santai di meja makan saling berpandangan dengan Salmiah yang sedang menghidangkan makanan. Jeritan Dani yang bertalu-bertalu itu membuat kedua-dua orang wanita itu terkocoh-kocoh memanjat tangga. Bulat mata Zarina melihat sekujur tubuh Dahlia yang terkulai di pangkuan anaknya. Kenapa Dani? Kenapa Dahlia ni? Dia pengsan ma, jalan terhoyong-hayang lepas tu rebah. Dia nak ke mana? La, tadi bukan mama panggil dia makan ke? Zarina diam seketika. Dah, angkat dia masuk bilik. Miah, ambilkan air suam. Baik, puan. Dani turuti saja arahan ibunya itu. Dalam debar dia mengangkat tubuh kurus Dahlia. Kini gadis itu betul-betul rapat ke dada bidangnya. Walaupun dia tidak suka pada Dahlia, namun rentak jantungnya berdetak hebat ketika ini, membuat dia serba tidak kena. Debarannya lain macam. Zarina yang memerhati tingkah anak bujangnya itu, menyembunyikan senyum. Hebat sungguh pesona Dahlia, tika pengsan pun boleh membuat jiwa anaknya kacau seketika. Perlahan tubuh Dahlia diletakkan di atas katil. Haruman tubuh gadis itu benar-benar menggugah perasaannya. Boleh saja tergugat kesetiaannya pada Juliana selama ini. Dani cuba bertahan. Cuba menyembunyikan tingkahnya agar ibunya tidak perasan.

41

Kerana Sebuah Janji

Ini airnya puan. Letak situ. Zarina mengelus lembut kepala Dahlia yang sentiasa bertutup itu. Seingatnya, belum pernah lagi Dahlia mendedahkan auratnya di depan Dani, mahupun arwah suaminya dulu. Anak gadis ini sopan tingkahnya, luhur budi bahasanya, malah manis sekali wajahnya. Memang tidak silap arwah suaminya memilih Dahlia sebagai menantu di rumah ini. Tapi, sikap Dani yang sedikit kasar ketika melayani gadis itu menggusarkan hati kecilnya. Mama, pergilah makan dulu. Kak Miah, ajak mama makan. Jom puan, nanti sejuk pulak makanan kat dapur tu. Hmmm, yalah. Dani temankan Lia dulu ya. Karang mama take over. Dani mengangguk perlahan. Ha, jangan tutup pintu ni pulak. Zarina tersenyum mengusik. Mama ni! Ishh... ke situ pulak. Salmiah dan Zarina tergelak kecil sambil berlalu. Dani mengeluh perlahan. Apa yang dikeluhnya dia sendiri tidak pasti. Dani melabuhkan punggungnya di meja tulis Dahlia. Ini pertama kali dia masuk ke bilik gadis itu. Matanya meliar memerhati segenap ruang bilik. Simple dan kemas. Matanya beralih semula ke atas meja, terpaku pada bingkai gambar comel berbunga timbul. Dahlia tersenyum riang bersama teman baiknya, Balqis. Dia memang mengenali Balqis kerana gadis itu sering bertandang ke rumahnya untuk belajar bersama-sama Dahlia.

42

Nozi Danisya

Dani merenung Dahlia sekilas. Masih tiada tandatanda untuk sedar. Perlahan-lahan dia bangun dan melabuhkan punggung di sisi tubuh yang kaku itu. Pertama kali dalam hidup dia dapat melihat wajah Dahlia sejelasjelasnya. Itu pun kerana gadis itu tidak sedarkan diri ketika ini. Wajah putih mulus itu ditenung. Mata cantik gadis itu tertutup rapat. Alis lentik semula jadi gadis itu adalah pelengkap kepada sepasang mata bundar miliknya. Seulas bibirnya dihiasi tahi lalat kecil di sudut sebelah kiri. Manis. Mata Dani masih tekun menilik wajah tenang itu. Ingin sekali dia menyentuh pipi gebu milik Dahlia. Namun perasaan takutnya lebih menguasai kehendak jemarinya tika itu. Mata nakalnya beralih pula ke susuk tubuh gadis itu. Kurus! Desis hatinya. Kini, sepasang mata lelaki itu melekat pula di dada Dahlia yang berombak perlahan. Bagai memberitahu pulas tidurnya. Dani telan air liur. Entah kenapa tubuhnya serasa meruap. Ah sudah, apa hal aku ni? Takkanlah tergoda kut? Hatinya bersoal jawab sendiri. Dia merengus perlahan. Bergetar hebat naluri lelakinya ketika ini. Cepat-cepat matanya dialih. Bimbang tidak mampu mengawal diri. Takut. Takut pada dosa yang belum tentu diampun Ilahi. Dani menarik nafas sedalamdalamnya. Cuba menenangkan diri yang sedikit tidak keruan. Dani hanya tenang sesaat cuma. Dia hanyalah lelaki biasa. Lelaki normal yang sifat lahiriahnya tertarik dengan pesona wanita. Pesona Dahlia sendiri. Dani merenung semula gadis itu. Kini sepasang matanya jatuh pula pada seulas bibir nipis milik gadis itu. Tahi lalat kecil yang menghiasi sudut kiri bibir gadis itu

43

Kerana Sebuah Janji

menggamit keinginan yang bukan kepalang hebatnya. Lama bibir itu dipandang. Gelora di jiwanya tidak mampu dikawal lagi. Perlahan, Dani merapatkan wajahnya ke wajah Dahlia. Dia menelan air liur sekali lagi. Sekilas dia melirik ke mata gadis itu yang masih tertutup rapat. Bimbang jika tertangkap. Kini, seulas bibir merah jambu Dahlia menjadi tatapan matanya. Kehendak naluri lelakinya cuba ditahan sekuat yang boleh. Keinginannya untuk mengucup bibir gadis itu cuba dikawal sedaya mampu. Jangan Dani! Jangan! Dia bukan milik kau lagi. Berdosa! Secepat kilat Dani bangun. Tersedar daripada hasutan syaitan laknatullah. Dia memanjat kesyukuran kerana cepat menyedari akan tindakan bodoh yang bakal dia lakukan tadi. Dani meraup muka perlahan. Jika Dahlia tahu pasti dia malu. Dani menghela nafas. Dadanya digosok perlahan agar jantung yang berdetak laju tadi dapat memperlahankan rentaknya. Hebat sungguh penangan gadis ini sehingga tidak keruan dia dibuatnya. Dani menarik kerusi dan duduk semula di meja tulis gadis itu. Lambatnya mama makan?

PAPA ni pandai-pandai aja. Entah dari mana dia pungut budak tu! Dani! Hati-hati bila bercakap! Hishammudin membulatkan matanya merenung anak tunggalnya itu. Memang Dani panas baran. Memang Dani suka cakap lepas. Mewarisi daripada siapa dia sendiri

44

Nozi Danisya

tidak pasti. Nak kata daripada dirinya, tidak juga. Dia bukan jenis yang suka melenting tidak tentu pasal. Malah mengikut jejak langkah Zarina juga bukan. Isterinya itu lemah lembut dan sangat penyabar orangnya. Mungkin juga salah dia kerana terlalu memanjakan anak tunggalnya itu. Dengar dulu apa papa nak cakap, Dani. Zarina bersuara lembut. Sesekali dikerlingnya pintu bilik anak gadis yang baru sahaja sampai ke rumahnya itu. Gadis itu disuruh merehatkan diri saja setelah melalui perjalanan yang jauh. Duduk. Biar papa ceritakan apa yang berlaku. Dani akur. Punggungnya dilabuhkan bersebelahan Zarina. Sebenarnya papa rasa bersalah sangat pada Dahlia. Dahlia? Ya, nama dia Dahlia. Dahlia Binti Harun. Dani mencebik. Tak sedap langsung nama dia! Macam nama orang dulu-dulu. Papa rasa bertanggungjawab atas kehilangan orang tuanya. Dia sekarang dah jadi anak yatim piatu. Kalau macam tu kenapa tak angkut aja semua anak yatim duduk dengan kita? Kan bagus buat amal jariah. Dani, menyampuk. dengarlah dulu cerita papa, jangan

Sekali lagi Zarina bersuara. Kurang bersetuju dengan tingkah si anak. Hishammudin hanya mampu menggeleng perlahan. Geram dengan sikap baran anak bujangnya itu.

45

Kerana Sebuah Janji

Sorry! Dani ingat tak last two days papa accident? Dani mengangguk perlahan. Papa telah melanggar orang tua Dahlia. Ibu dia mati di tempat kejadian. Ayah dia papa sempat bawa ke hospital. On the way nak ke hospital tu, dia pesan suruh papa jaga anak dia. Anak dia baru habis SPM. Dia suruh papa anggap anak dia macam anak papa sendiri. Dia cakap Dahlia budak baik, papa pasti suka. Masa tu papa tak tau nak cakap apa. Papa diam aja. Agaknya bila dia tengok papa diam, dia suruh papa berjanji. Sungguh-sungguh dia suruh papa janji. Papa tak sampai hati, papa pun terimalah janji tu. Papa ni selalu macam tu! Suka-suka aja buat janji dengan orang yang kita tak kenal. Dani, please.... Zarina cuba memujuk Dani yang mula panas hati dengan keputusan suaminya itu. Dia tahu memang Dani tidak boleh menerima kehadiran Dahlia secara tiba-tiba di rumah ini. Sampai hospital Hishammudin menyambung. Tidak semena-mena ada rasa pedih menusuk ulu hatinya. Dia cuba mengatur nafas. Ayah Dahlia meninggal. Hishammudin diam seketika. Bergetar suaranya menahan sebak. Dia rasa cukup-cukup bersalah. Andainya dia lebih berhati-hati, perkara ini pasti tidak berlaku. Pasti Dahlia tidak menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. Simpatinya terhadap anak gadis itu membuak-buak. Dia nekad menunaikan janjinya untuk menjaga Dahlia sebaik mungkin.

46

Nozi Danisya

Papa siasat latar belakang mereka, di mana mereka tinggal. Papa uruskan semua hal pengebumian mereka. Pertama kali papa jumpa Dahlia, papa terus rasa bersalah. Budak tu menangis tak berhenti. Hishammudin menelan air liur. Seketika alur kerongkongnya terasa begitu sempit. Begitu payah untuk dia meneruskan cerita yang masih segar dalam ingatannya. Esoknya papa cari Dahlia lagi. Tanya tentang keluarga dia. Papa beritahu Dahlia tentang janji papa pada ayahnya. Mujur dia mahu ikut. Kalau tak, papa akan tanggung rasa bersalah ni seumur hidup. Dia tak ada saudara-mara lain ke? Dani menyoal sinis. Hishammudin hanya menggeleng perlahan. Dia kata dia tak kenal siapa saudara-mara dia. Sebab ibu dan ayah dia orang perantau. Mereka orang Pattani. Oh, patutlah dia cantik lain macam ya bang? Cantik apa rupa macam tu? Dani mencebik geram. Belum apa-apa lagi ibunya sudah memuji. Membuat hatinya bertambah bengkak. Dani, kalau kulit putih melepak, lepas tu ada tahi lalat kat bibir, tu tak cantik lagi ke? Apalah Dani ni? Dani geram apabila pujian demi pujian meniti di bibir ibunya itu. Hebat sangatkah? Cantik sangatkah? Cantik lagi Juliana buah hati pengarang jantungnya itu. Cantik lagi bentuk tubuh kekasih hatinya itu jika hendak dibandingkan dengan budak yang baru habis sekolah itu. Huh! Tak menarik langsung! Jadi Dani, papa harap Dani boleh terima kehadiran Dahlia di rumah ni. Papa dan mama dah sepakat nak ambil

47

Kerana Sebuah Janji

dia sebagai anak angkat. Papa harap Dani juga boleh terima dia sebagai adik angkat ya? No way! Never! Dani, janganlah macam tu sayang. Mama, elok-elok Dani tak berkongsi mama dan papa, tiba-tiba aja nak kongsi dengan budak perempuan tu, apa hal? Esok-esok ni, harta papa pun Dani kena kongsi juga, kan? Entah-entah itu agenda dia datang ke sini. Nak balas dendam sebab papa dah langgar mati orang tuanya. Astagfirullahalazim, Dani bawa mengucap. Tak baik menuduh begitu. Bersangka baiklah pada dia. Kasihankan dia. Sudahlah Ina, biarkan Dani. Lambat-laun dia akan terima juga. I told you papa, its never happen! Zarina tersentak apabila terasa tangannya disentuh lembut. Segala kenangan yang bertamu tiga tahun lepas bersepai. Segaris senyuman terukir tatkala melihat Dahlia sudah sedar daripada pengsan. Aunty menung apa? Tak ada apa-apa. Lia macam mana sekarang? Pening lagi? Hmmm.... Nak makan? Aunty suruh Kak Miah bawa nasi ke sini ya? Tak apalah. Lia tak lalu. Nak Nestum? Dahlia mengukir senyum. Lantas mengangguk perlahan.

48

Nozi Danisya

Melihat anggukan Dahlia itu Zarina tersenyum lega. Good girl. Lia tunggu kejap ya?

PAGI itu Dahlia agak kelam-kabut menuruni tangga. Bimbang jika terlepas teksi untuk ke kampus. Semua gara-gara sakit kepala yang luar biasa hebat malam tadi. Sehingga dia tidak sedarkan diri. Sehingga menyusahkan seisi rumah! Jika boleh Dahlia tidak mahu langsung menyusahkan sesiapa. Sebab itu dia lebih rela menaiki teksi atau menumpang Balqis daripada menyuruh Pak Cik Ali yang hantar. Seorang pemandu yang setia berkhidmat dengan keluarga angkatnya ini. Lia! Zarina memanggil Dahlia sebaik melihat kelibat gadis itu berlalu tanpa singgah di meja makan. Ya? Langkah yang diayun laju itu serta-merta mati. Tak nak makan ke? Mari sini kita breakfast samasama. Tak apalah aunty, Lia nak cepat. Nanti susah dapat cab. Kalau lambat sangat suruh Pak Cik Ali hantarlah. Mari duduk sini. Dahlia serba salah. Dia ingin cepat tetapi Aunty Zarina pula ajak makan, nak ditolak karang kecil pula hati wanita itu. Sudahlah susah payah Aunty Zarina menjaga dia malam tadi. Tidak mahu wanita itu berkecil hati, Dahlia akur. Beg sandangnya diletak, perlahan kerusi ditarik.

49

Kerana Sebuah Janji

Zarina menguntum senyum. Senang hati melihat wajah ceria Dahlia pagi ini. Bimbang juga dia dengan kejadian semalam. Hati ibu mana yang tidak risau apabila melihat sekujur tubuh terkulai layu? Dahlia mengerling Dani yang tenang bersarapan. Sedikit pun tidak bersuara dari tadi. Kenapa agaknya? Selalunya Dani suka cari pasal dengan dia. Masih dia ingat lagi bicara kasar Dani semalam. Seingat dia belum pernah lagi Dani berlembut dengannya walaupun sesaat cuma. Lia nak makan apa, akak ambilkan. Eh, tak apa tak apa, Lia ambil sendiri. Akak tak makan ke? Lia makanlah dulu, akak nak sudahkan kerja kat dapur tu. Dahlia mengangguk sambil tersenyum manis. Dani mencuri pandang, sedikit terpempan saat melihat senyuman manis gadis itu. Dia ada lesung pipit! Sungguh, inilah pertama kali dia melihat senyuman manis Dahlia berserta lesung pipit di sebelah kanan. Masakan tidak, Dahlia belum pernah tersenyum begitu padanya. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan bila mata mereka berlaga pandang. How are you today? Sakit lagi? Tak. Dah okey. Thanks sebab aunty dah susah payah jaga Lia. Tak susahlah. Liakan anak aunty juga. Dahlia tersenyum lagi. Ah, manisnya dia! Kali ini Dani tidak sanggup hendak tengok lama-lama. Hanya sekilas saja. Entah kenapa dia rasa sangat pelik dengan perasaan sendiri. Berdebar tak tentu hala. Sehingga lenanya malam

50

Nozi Danisya

tadi terganggu. Gelora jiwa yang hebat benar-benar menggusarkan dirinya. Dia tidak tahu kenapa. Okeylah aunty, Lia betul-betul dah lambat ni. La, sikitnya makan? Kenyang ke ni? Tak apa, kalau Lia lapar karang Lia makan kat kafe aja ya? Aunty jangan risaulah. Betul ni? Tak tipu? Promise aunty. Dahlia tergelak. Sekali lagi Dani terpukau. Ketawa Dahlia indah berlagu. Giginya juga cantik tersusun. Ah, sudah! Kenapa dengan dia? Macamlah baru sehari saja Dahlia tinggal di sini. Baru dia nampak semuanya tentang Dahlia. Matanya, giginya, senyumnya, lesung pipitnya, ketawanya, tubuhnya, ah, semuanyalah! Dani mengetap bibir. Sedar-sedar saja gadis itu sudah tiada di depan mata. Bingkas dia bangun. Eh, Dani pun dah makan? Hmmm... dah kenyang pun. Ya ke kenyang ni? Ya, ma tak apalah, Dani dah lewat. Karang stuck dalam jam pulak. Hmmm... yalah. Drive carefully. Sure. Bye ma. Dani menyalam Zarina. Sebuah ciuman dilayangkan ke pipi ibunya yang masih anggun itu. Zarina hanya menggeleng kepala melihat telatah Dani. Bukannya dia buta, bukannya dia tidak nampak. Sekilas ikan di laut, sudah kenal yang mana jantan, yang mana betina.

51

Kerana Sebuah Janji

Zarina berharap Dahlia belum dapat teksi lagi. Cepatlah Dani, peluang tidak selalu akan datang.

MASING-MASING diam membisu. Masing-masing keras macam patung memandang ke depan. Dani tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan. Seakan mulutnya terkunci rapat. Sedikit canggung apabila pertama kali gadis itu bersama-sama dengannya di dalam kereta. Itu pun gara-gara sikapnya yang agak memaksa dan berkeras mahu menghantar Dahlia. Dia sendiri tidak mengerti dengan dirinya sendiri. Apa sudah jadi agaknya? Apa yang dia tahu semuanya bermula dari malam tadi. Malam di mana Dahlia jatuh pengsan. Malam di mana dia dapat menyaksikan seorang Dahlia dari jarak yang dekat. Malam di mana, hati lelakinya mula goyah. Dahlia di sebelah dipandang sekilas. Gadis itu masih membisu. Merenung jauh ke luar tingkap menyaksikan pemandangan yang menyesakkan dada di pagi hari. Menyaksikan kehidupan warga kota yang tidak pernah sunyi dengan urusan masing-masing. Malah kota besar ini, tidak pernah tidur. Tidak pernah mati. Ada saja yang berlaku baik siang mahupun malam. Merasakan suasana bisu itu adalah sesuatu yang melemaskan, Dani cuba mencari topik perbualan. Dahlia masih setia dengan kebisuannya. Marahkah gadis itu? Adakah dia terlalu memaksa tadi? Jika dia tidak berkeras tadi, pasti gadis itu akan terlambat sampai. Malah peluangnya untuk bersama Dahlia pagi ini pasti tidak akan tercapai. Dani tersenyum nipis. Memuji diri sendiri kerana bertindak cepat. Namun dia tidak menyangka pula ada sedikit

52

Nozi Danisya

getar yang menggoncang dada. Ada sedikit payah untuk berbicara. Dia akui, tidak pernah sekali pun sebelum ini lahir tutur kata yang lembut bila bercakap dengan gadis itu. Ada saja caranya untuk dia terus menyakiti hati Dahlia. Ingin membuat gadis itu tidak senang duduk di rumahnya itu. Dahlia masih diam. Sedikit geram pada Dani kerana memaksa dia menaiki keretanya. Mujurlah dia benar-benar sudah terlambat hari ini, jika tidak dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Malah, jika boleh dia langsung tidak mahu termakan budinya. Cukuplah dia menumpang kasih Zarina dan arwah Hishammudin. Cukuplah dia menanggapi kata-kata sinis yang sering keluar dari bibir lelaki itu. Dani tidak pernah peduli dia tersinggung atau tidak. Dani tidak pernah peduli betapa sakitnya hati mendengar bait bicaranya yang bagaikan sembilu. Sering mencucuk hati setiap kali berbicara. Namun, sudah sifat lahiriahnya yang tidak suka melawan cakap. Tidak suka membentak dan membantah. Malah, dia sedar dirinya hanya menumpang. Jadi dia perlu menjaga tingkah. Kenapa diam aja? Marah kat aku ke? Dani menoleh sekilas apabila tidak mendengar sahutan daripada Dahlia. Gadis itu masih ingin membisu. Dahlia. Tak. Habis tu kenapa senyap aja? Awak nak saya cakap apa? Dani terdiam. Tidak tahu Penyudahnya sama-sama senyap semula. nak jawab apa.

Dahlia pula hanya menunggu soalan yang bakal keluar dari bibir Dani. Tidak perlu dia bersusah payah

53

Kerana Sebuah Janji

memikirkan topik perbualan dengan lelaki itu. Tugasnya hanya menjawab soalan apabila ditanya. Kau dah okey ke? Hmmm... dah. Thanks. Dani tersenyum nipis. Hmmm kalau aku tanya sikit boleh? Apa dia? Tentang wasiat tu. Oh... apa yang awak nak tau? Hmmm... kau dah fikirkan? Awak dah fikir? Aku tanya kau. Hmmm... masih berfikir. So, tak ada jawapan lagilah? Awak dah ada jawapan ke? Akukan tanya kau, kau janganlah jawab soalan aku dengan soalan balik. Dani bersuara keras. Sedikit geram dengan cara Dahlia yang suka main tarik tali itu. Melihat Dani sudah mula bertukar angin, Dahlia lebih berminat untuk diam. Tidak mahu berbalah. Penat, bosan dengan sikap Dani yang selalu moody. Aku pun masih berfikir. Akhirnya Dani mengalah setelah melihat Dahlia membisu semula. Pasti gadis itu terasa hati lagi dengan suaranya yang agak meninggi tadi. Dani mengeluh perlahan. Entah kenapalah dengan dirinya ini. Tidak boleh silap sikit, mudah sangat hendak

54

Nozi Danisya

meradang, mudah sangat hendak sebal. Jika bersama Dahlia begitulah sikapnya. Keretanya sudah memasuki pekarangan kolej. Dahlia segera turun. Dani juga bereaksi sama. Balik nanti naik apa? Selalunya saya naik apa ya? Dani rasa terpukul dengan soalan Dahlia itu. Mulutnya ingin saja membalas kata-kata gadis itu tetapi terdiam semula apabila melihat seorang lelaki menghampiri mereka. Hai, Dahliaku baru sampai? Dahlia diam. Dari ekor matanya dia dapat merasakan Dani sedang merenung tajam ke arahnya. Habislah dia kali ini. Pasti Dani akan salah faham. Dia sangat arif tentang itu. Dani suka serkap jarang, suka bersangka buruk terhadapnya. Adam menoleh ke arah Dani. Berkerut kening melihat reaksi lelaki itu. Siapa dia? Teman lelaki Dahlia ke? Dari penampilannya, kelihatan lelaki ini lebih tua daripadanya. Hai, saya Adam. Adam Firdaus. Ramah dengan senyuman, Adam menghulurkan salam. Dani menyambut dengan wajah sedikit serius, namun huluran tangan Adam bersambut. Mata mereka bertembung. Adam yang agak cemburu masih mampu tersenyum nipis menanggapi wajah serius Dani. Lelaki itu di mata kasarnya sangat tidak senang dengan kehadirannya di situ. Dani. Dani Ikmal. Tangan mereka masih saling menggenggam. Aura cemburu jelas kelihatan di mata masing-masing. Adam

55

Kerana Sebuah Janji

cemburukan Dani. Dani juga begitu. Hati tertanya-tanya, siapakah gerangan lelaki ini di sisi Dahlia? Dahlia masih membisu melihat aksi mereka berdua. Dia tidak tahu kenapa lelaki-lelaki ini saling berbalas pandang antara satu sama lain. Seolah-olah ada yang tidak berpuas hati, ada yang tidak kena. Adakah kerana dirinya? Tidak. Mustahil. Mereka cemburu? Dahlia cuba berdeham. Ternyata kedua-dua lelaki itu tersentak. Serentak juga mereka menoleh ke arahnya. Saya masuk dulu. Balik karang aku ambil. Tak apalah, saya tumpang Balqis. Pukul berapa habis kelas? Hari ini pukul empat setengah, saya... Tunggu sini. Di sini. Aku ambil sharp empat setengah, tunggu tau! Belum sempat Dahlia meneruskan kata-kata, Dani sudah memberi arahan. Ingat! Jangan ke mana-mana. Aku datang ambil. Sempat lagi Dani berpesan sambil masuk ke dalam kereta. Sebaik kereta BMW 5 Series itu meluncur laju, Dahlia berpaling. Kuliah sudah hampir bermula. Adam juga mengekori Dahlia. Perasaan ingin tahunya meluap-luap. Siapa Dani pada Dahlia? Kenapa lelaki itu bercakap kasar dan seperti memaksa gadis itu? Malah Dahlia juga seolah-olah reda saja dengan apa yang berlaku. Siapa Dani? Soalan Adam itu membuat Dahlia tersentak. Ada lagi rupa-rupanya dia? Dahlia diam dan berjalan laju

56

Nozi Danisya

meninggalkan Adam. Dia tidak mahu dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki itu. Adam agak popular di sini. Pasti saja ramai gadis-gadis yang menggilai lelaki ini. Jadi lebih baik dia menjauhkan diri saja daripada Adam. Bimbang jika diri sendiri yang bakal disakiti. Dahlia! Im talking to you! Adam menjerit apabila Dahlia berlari-lari anak menaiki tangga menuju ke kelasnya. Dahlia! Dahlia! Suara Adam yang tidak putus-putus memanggil namanya itu sedikit merimaskan. Tidak mahu menjadi perhatian, akhirnya dia berhenti melangkah. Termengah-mengah Adam cuba mendapatkan gadis itu. Siapa dia? Dahlia diam. Jawab Dahlia. Siapa dia? Siapa dia pada awak? Siapa Dani tu? Kenapa nak tau? Saya perlu tau. Kenapa awak perlu tau? Dahlia, please answer me. Dia Dani. Ya, saya taulah nama dia Dani. Tapi siapa dia pada awak? Kenapa dia hantar dan ambil awak? Dia boyfriend awak ke? Kenapa awak nak tahu? Saya tak puas hati apabila dia bercakap kasar dengan awak. Dia seolah-olah memberi arahan yang awak tak

57

Kerana Sebuah Janji

boleh membantah langsung. Dan awak, kenapa nampak macam takut aja pada dia? Saya tak takutkan dia pun. Habis tu? Habis tu apa? Dahlia pelik dengan soalan Adam. Jam di tangan dikerling. Adam mengeluh. Dia juga melihat jam yang melingkari pergelangan tangannya. Kita dah lewat. Dahlia, tunggu kejap! Langkah Dahlia terhenti lagi apabila mendengar suara Adam beralun perlahan. Dia membalas renungan Adam yang redup. Hati kecilnya mengakui lelaki ini memiliki rupa paras yang tampan. Patut saja ramai gadis yang memujanya. Saya... saya... saya sukakan awak. Dahlia terkedu. Segera melarikan matanya apabila direnung tepat sepasang mata milik Adam. Jantungnya berdebar-debar. Saya pergi dulu. Tunggu! Langkah Dahlia dihalang lagi. Dia merengus kecil. Sudah mula berasa rimas. Saya ikhlas. Apa yang saya cakap tadi lahir dari hati saya yang tulus. Saya benar-benar sukakan awak, Dahlia. Dah lama sebenarnya. Tapi awak terlalu jual mahal. Saya harap awak dapat pertimbangkannya. Dahlia diam. Tidak tahu apa yang dia rasa. Pengakuan Adam itu benar-benar mengejutkannya. Dia tidak

58

Nozi Danisya

betah lagi mematung di depan Adam lalu segera berpaling. Laju langkahnya meninggalkan Adam yang masih terpacak di tangga.

KITA duduk sana, arah Balqis. Dahlia hanya mengangguk. So, apa cerita yang kau nak cakap tadi? Pasal Adam. Adam? Si Adam Firdaus kasanova tu? Dahlia mengangguk. Kenapa dengan dia? Dia confessed feeling pada aku. Really? Bila? Pagi tadi. So, kau terima ke? Dahlia menggeleng perlahan. Aku cabut lari. Balqis tergelak besar mendengar pengakuan Dahlia itu. Bertuah punya kawan! Kesian dia ya. Biarlah dia. Tapi kesianlah Lia, dia betul-betul sukakan kau tau. Kau trylah. Try apa? Terima dia. Tak naklah. Aku tak suka dialah.

59

Kerana Sebuah Janji

Kenapa kau tak suka dia? Kau pun tau, kan? Dia player? Dahlia menyedut minumannya tanpa menjawab soalan Balqis itu. Dia ramai peminat? Dia... Balqis! Jangan mengumpat. Balqis tersengih melihat wajah temannya yang sudah masam. Lebih masam daripada cuka agaknya. Balqis tergelak. Kenapa gelak? Tak ada apa. Kenapa eh kau tak suka Adam? Sebab tak sukalah. Oh dalam hati tak ada tamanlah ni? Hiii kau ni. Dahlah makan cepat. Balqis tergelak lagi. Dahlia memang tidak suka bercakap soal lelaki atau tentang perasaan. Jika dia mengusik gadis itu, begitulah reaksinya. Qis, petang ni aku tak dapat tumpang kaulah. Kau balik dululah ya? Kau nak ke mana? Tak ke mana. Balik rumahlah. Habis tu kenapa tak balik dengan aku aja? Kau nak balik dengan siapa? Dont tell me kau nak balik dengan Adam. Eh, ke situ pulak. Tak ada makna aku nak balik dengan dia. Dah tu? Dengan Dani. Dani? Dia cakap nak ambil kau ke?

60

Nozi Danisya

Dahlia mengangguk. Aku dah cakap nak balik dengan kau. Tapi dia berkeras suruh aku tunggu dia so, Ive no choice. Hmmm, gitu. Tak apalah kau ikut ajalah dia. Karang itu punca dia nak marah-marah kau. Aku pun fikir macam tu juga.

DAHLIA asyik menonton berita di kaca televisyen. Terpaku mendengar berita pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Di manakah sifat kemanusiaan? Apakah salah bayi itu sehingga tega diperlakukan sebegitu rupa? Kasihan, bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa kebiadaban manusia yang ternyata jahil. Hatinya tersentuh hiba. Tanpa dia sedari, Dani sudah pun melabuhkan punggung di sebelahnya. Astagfirullahalazim... ujar Dani perlahan sambil matanya pula yang terpaku mendengar berita pembuangan bayi itu. Serentak itu juga Dahlia tersentak. Menoleh ke kanan melihat wajah selamba Dani yang santai di sebelahnya. Haruman tubuh Dani sudah cukup memberitahunya bahawa lelaki itu baru selesai mandi. Segera dia menjarakkan dirinya sebaik menyedari lelaki itu agak rapat di sisinya. Tidak enak rasanya berada di dalam situasi begitu. Bukan sahaja bimbang tentang dosa, malah bimbang dengan rasa yang datang menyapa. Dani masih terpaku melihat berita yang disampaikan. Kali ini sepasang matanya lebih tertumpu kepada turun naik indeks pada paparan skrin televisyen itu. Tidak berkedip matanya dengan wajah yang sedikit serius.

61

Kerana Sebuah Janji

Namun yang tenang itu hanyalah terlukis di wajah saja, di dasar hatinya bergelora. Rasa bersalah pada Dahlia mula terbit sejak petang tadi. Namun entah mengapa bibirnya terasa berat untuk mengungkap kata maaf. Tapi dia terpaksa menuturkannya juga kerana dia tahu apa kesalahannya hari ini. Dahlia mula rasa tidak selesa. Tidak selesa dengan suasana bisu antara dia dan Dani. Hanya alunan suara si pembaca berita saja yang mengisi ruang rehat itu. Fikirnya, lebih baik segera beredar ke dapur. Boleh juga tolong Kak Miah apa yang patut. Selebihnya dia mahu memberi ruang kepada Dani bersendirian dan berehat setelah seharian lelah di pejabat. Dahlia. Langkahnya terhenti. Wajah Dani segera dicari. Lelaki itu mengambil alat kawalan jauh dan memperlahankan suara pembaca berita itu. Duduk kejap. Dahlia akur. Dia duduk bersebelahan dengan sofa yang dia duduki tadi. Ada apa? Maaf pasal tadi. Dahlia berkerut kening. Hairan sungguh. Dani tidak pernah begini? Malam ini pertama kali dia mendengar perkataan maaf dari bibir lelaki itu. Malah Dani bercakap elok dan tidak marah-marah seperti selalu. Lama kau tunggu ya? Kau balik dengan apa? Teksi. Kata nak balik dengan Balqis? Dahlia sedikit geram mendengar soalan itu. Dani

62

Nozi Danisya

ini lupakah? Padahal, lelaki itu yang beria-ia mahu mengambil dirinya petang tadi? Punyalah lama dia menunggu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menaiki teksi apabila jarum jam sudah menginjak ke pukul lima setengah. Aku ada meeting tadi, terlupa langsung, ujar Dani perlahan. Rasa bersalah yang bersarang di sanubarinya membuat dia tidak betah untuk memandang ke wajah Dahlia walau seculin pun. Penat saya tunggu, sampai berpeluh-peluh, balas Dahlia lembut tetapi cukup meruntun hati Dani. Simpati hadir tiba-tiba. Semuanya salah dia. Kerana terlalu asyik dengan mesyuarat petang tadi sehingga dia terlupa telah membuat janji dengan gadis itu. Dani benarbenar rasa bersalah. Lain kali jangan berjanji kalau tak boleh tepati. Wajah Dani terasa panas dengan kata-kata lembut Dahlia yang berbaur sindiran itu. Terkebil-kebil matanya melihat gadis itu sudah berlalu ke dapur. Dani tidak dapat berbuat apa-apa, memang itu kesalahan dia. Hendak marah pun tidak berguna lagi.

63

Kerana Sebuah Janji

Bab 6
kesalahannya kali ini.

ULIANA buat muka simpati. Wajah kekasih hatinya dipandang lembut. Mengharap lelaki itu memaafkan

Kali ni ke mana pula? Serius suara Dani membuat Juliana teragak-agak untuk menjawab. Dubai. Dani mengeluh. Kena tinggal lagi. Berapa lama? Seminggu. Perlahan-lahan jari telunjuk runcingnya diangkat. Dani merenung tajam. I told you, resign aja, you degil! And I told you too, its never happen! Suara masing-masing mula mengeras. Bungabunga pertengkaran mula berputik. Juliana geram setiap kali permintaan yang satu itu diulang-ulang Dani. Mengapa Dani

64

Nozi Danisya

tidak mahu mengerti? Dia amat sukakan kerjayanya sekarang. Mustahil untuk dia berhenti kerja. Kerja macam you ni, tak menentu tau tak? Esok ni kalau kita kahwin macam mana? Macam mana apa? Yalah, rumah tangga macam mana? Anak macam mana? I pulak macam mana? Sanggup you biarkan I? Tinggalkan I? Hey, Im working. I boleh tanggung you. Memang tugas I pun nanti, kan? Senang-senang you duduk rumah sajalah. Excuse me? I what? Duduk rumah? Jadi full time housewife? Is that what you mean? Yup! Kalau macam tu I tak nak kahwin dengan you! Dani tersentak. Wajah cemberut Juliana dicari. You tak nak? Why? Dani, please. I tak nak resign okay. I love my job. Do you love me? Of course I do, dear. So, marry me. Juliana terdiam. Termasuk yang ini, sudah empat kali Dani melamarnya. Dan empat kali juga dia menolaknya. Alasannya, masih belum bersedia dan tidak sanggup untuk berhenti kerja. Ju, Im waiting. Sorry, I have to say no. Dani diam. Nampaknya Juliana masih berkeras,

65

Kerana Sebuah Janji

masih berdegil. Impian indahnya semakin kabur. Harapan yang setinggi gunung lebur. Juliana memilih kerjaya dari dirinya. Dia mengeluh perlahan. Tidak dapat mentafsir apa perasaannya tika ini. The same reason? Juliana hanya mampu mengangguk. Dia tahu Dani kecewa dengan keputusannya itu. Dia tahu dia sedikit kejam. I hope you can understand me. Dani hanya diam. Haruskah dia saja yang memahami gadis itu? Bagaimana dengan perasaannya? Tidak mahukah Juliana memahaminya juga? Demi cinta, demi sayang Dani masih mampu untuk bersabar. I harap you tak menyesal dengan keputusan you ni. Juliana tergelak besar. Menyesal? Mengapa mesti dia menyesal? Kerjaya baginya adalah nombor satu. Dia masih belum mampu untuk memikul tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Bukan saja isteri Dani, malah isteri sesiapa pun. Dani, sudahlah. I penatlah dengan you ni. Asyikasyik benda yang sama saja. You kata you rindu I? Tapi bila jumpa macam marah aja. Kenapa sayang? Because of you. I? I buat apa? I ajak kahwin you tak nak. Dah empat kali you tolak. Malulah I. Juliana tergelak lagi. Kata-kata Dani itu berbaur rajuk. Dia memandang lembut ke wajah Dani yang agak mencuka itu. Jika dibandingkan sewaktu mula-mula berjumpanya tadi, wajah itu sudah sirna serinya. Keceriaan

66

Nozi Danisya

dan kemanisan wajah itu hilang sebaik bunga-bunga pertengkaran terbit sebentar tadi. Tangan lelaki itu diraih lembut. Apa yang you nak malukan? I bukan tolak cinta you, I just tak nak kahwin lagi. Itu aja. You cakap memanglah senang. I ni ada maruah tau. Kalau mama I tau, dah lama dia suruh I tinggalkan you. I aja yang tak nak. Hmmm... kenapa you tak nak ya? Juliana tersenyum mengusik. Sengaja ingin menduga. Bukannya dia tidak tahu betapa hebat cinta Dani padanya. Betapa banyaknya kasih yang telah dicurahkan lelaki itu pada dirinya. Namun sengaja ingin mengusik kekasih hatinya itu. Demi mengembalikan keceriaan wajah itu. Demi membuang rasa bersalahnya pada Dani. Because I love you, Juliana. I nak kahwin dengan you, nak hidup dengan you, nak ada anak dengan you, nak lalui susah senang, suka duka, hari tua semua dengan you. Tapi nampaknya I sorang aja yang rasa macam tu, you tak. Kata-kata Dani itu sedikit sebanyak meruntun hati perempuannya. Bagai dicarik-carik menjadi perca duka. Dani memasang impian yang indah untuk hidup bersamanya. Bukannya tidak mahu tapi dia masih belum bersedia. Im sorry dear. Hmmm, tak apalah. What can I do? You marah? You think? Juliana diam lagi. Suara Dani agak bergetar. Dia tidak tahu sama ada lelaki itu menahan marah atau menahan rasa kecewa. Terasa pedih di jiwa mendengar suara Dani itu.

67

Kerana Sebuah Janji

Bagai merobek rakus sekeping hatinya menjadi kepingankepingan penyesalan. Dani, Im so sorry. I perlu masa okey? I... Kata-kata Juliana itu terhenti apabila bunyi nada pesanan ringkas masuk ke telefon bimbitnya. Dani hanya memandang kosong lalu mendongak ke langit memerhati kepulan awan yang indah membentuk. Ingin saja dia lakarkan lukisan hati yang rawan di dada langit itu. Biar Juliana melihat betapa terseksa jiwa lelakinya demi mengharap secebis kasih gadis itu. Dani dear, Im sorry. I have to go. Nak ke mana? Packing. I kena ganti Christina this evening. She got fever. So sorry. Bukan your flight tonight ke? Juliana mengeluh berat. Dani, you sengaja tak nak faham I, kan? I just said that I kena cover duty my friend and Ive to go now. So, no more question okay? And why dont you understand me too? Ha? I need you. Im not your wife yet, Dani Ikmal! So, jangan jadi budak-budak okey? I budak-budak? Kalau I budak-budak, you apa? Okay enough! I tak nak fight dengan you. I nak cepat. Im sorry, bye. Laju langkah Juliana meninggalkan Dani yang terkebil-kebil tidak berpuas hati. Kenapa mesti begini? Kenapa semakin lama dia merasakan hubungannya dengan

68

Nozi Danisya

Juliana semakin tiada keserasian? Semakin tiada kesefahaman? Setelah bertahun mengait kasih, menyulam cinta, masih adakah rekah sendu dalam hubungannya bersama Juliana? Dani menarik nafas dalam. Tidak ketemu jawapan yang dia mahu. Sepasang matanya kini hanya mampu memandang gadis kesayangannya itu berlalu.

69

Kerana Sebuah Janji

Bab 7
Dani menjeling geram ke arah Mursyid yang tersengih di muka pintu. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Kenapa dia tidak boleh seceria Mursyid? Lelaki itu menapak santai lalu melabuhkan punggungnya di hadapan Dani. Hai, masam aja ni? Apa kes? Juliana. Ha, apa cerita dia? Dah lama aku tak jumpa. Macam itulah. Mana ada perubahan apa pun. Hai, lain macam aja bunyi ni? Gaduh lagi ke bro? Dialah. Kenapa dengan dia? Dia tolak aku lagi. Mursyid tercengang seketika, kemudian tergelak besar. Sungguh-sungguh dia geli hati. Jika kali ini ditolak lagi, bermakna sudah empat kalilah lamaran Dani pada

ASUK ajalah.

70

Nozi Danisya

kekasih hatinya itu ditolak. Entah di mana silapnya dia sendiri tidak pasti. Walhal, kedua-duanya saling mencintai. Gelaklah, gelak. Adoyai... apalah malang nasib kawan aku ni? Kau kena mandi bungalah bro. Mandi bunga tengkorak kau! Eh, kau tak malu ke ha? Dah empat kali kena tolak tu. Kalau aku terjun lombong dah. Itu kau. Aku ni orang yang beriman. Waras lagi. Yalah tu. Beriman sangatlah, waras sangatlah. Orang kalau beriman, dia reda aja apa yang berlaku. Kau? Pagi-pagi buta dah monyok masam, macam susu basi tau? Dani menjeling geram. Hati yang membengkak bertambah panas mendengar gurauan berbaur ejekan daripada Mursyid. Eh, kau kalau nak kutuk aku, blah balik bilik kau! Blah! Pulak! Tadi kau yang intercom aku suruh datang sini. Aku yang berhati mulia ni datanglah nak tolong kawan, tup-tup kena halau pulak? Tolong apa? Tolong kutuk, tolong gelak? Gitu? La, biasalah tu. Nak tolong mestilah ada upah. Dengan kau, aku tak naklah berkira sangat, kutuk sikit, gelak sikit tu dikira upahlah. Mursyid menyambung tawanya semula. Mengundang masam di wajah Dani. Sebal di hatinya tidak terungkap dengan kata-kata. Semuanya gara-gara Juliana. Gara-gara gadis kesayangannya itu mementingkan diri tanpa mempedulikan perasaannya.

71

Kerana Sebuah Janji

Okeylah bro. Serius, what is your problem? Dani mengeluh berat. Amboi, mengeluh sakan. Big problem? Entahlah, aku rasakan, aku dengan Juliana makin tak serasilah. Susah betul nak faham dia sekarang. Dia pun tak nak cuba faham aku. Cuba korang bawa berbincang dari hati ke hati. Dah cuba, tapi end of the part, gaduh. Kau tu baran tak bertempat. Ego tak tentu hala. Cubalah bersabar, berlembut sikit. Dengan perempuan ni, cakap tak boleh kasar. Tersilap sikit dia anggap lain. Mulalah nak sentap. Mana boleh nak sabar, kalau cakap dia aja kita nak ikut. Kau ada suruh dia buat apa-apa tak? Ada. Apa dia? Macam biasa. Suruh dia resign. Hai... kau ni pun. Kau dah tahu jawapan dia, pergi provoke lagi kenapa? Aku tak sukalah dia jadi stewardess ni. Kau tak suka, tapi dia suka. Aku ajak dia kahwin, jadi full time housewife. Melenting dia. Mursyid tergelak besar. Perlahan kepala digeleng. Sudah masak benar dengan perangai Juliana. Teman sekelasnya semasa berada di universiti dulu. Amat komited dengan satu-satu perkara yang disukainya. Malah, melalui dialah Dani mengenali Juliana walaupun berbeza fakulti lalu

72

Nozi Danisya

menjalinkan hubungan cinta hingga sekarang. Tapi, entah di mana silapnya Juliana lebih berminat menjadi pramugari. Kerjaya yang langsung menyimpang dari pengkhususannya di universiti dulu. Kata gadis itu, dia suka pergi negara orang. Dia suka kerja yang tidak menjadikan dia seperti anak patung duduk statik di meja dari pagi sampai ke petang. Dani, Dani... kau cakap macam tu, confirm dia tak nak kahwin dengan kau. Memang pun. Betul? Patutlah.... Dani diam. Hatinya kini bagai dicucuk-cucuk dengan jarum yang halus. Nyeri. Sakitnya dada bagai dihempap sebongkah batu. Sukar sekali untuk bernafas. Sabarlah bro. Nak buat macam mana lagi kalau dah itu keputusan dia. Kau kena respectlah, you must accept the fact. Dani mengeluh lagi. Itu saja yang dia mampu lakukan hari ini. Mengeluh dan terus mengeluh. Tertekan sekali dengan kisah cintanya. Apakah ini petanda sebuah cerita? Petanda berakhirnya kasih sayang yang disemai sejak sekian lama? Senang-senang, kau kahwinlah dengan Dahlia. Dani tersentak. Dia merengus kasar. Itu lagi satu. Belum fikirlah, nak fikirlah. Mursyid tergelak. Dia perlukan masa. Lagipun diakan masih belajar bro. Kesianlah kat dia. Masalahnya masa berjalan. Lama-lama habislah duit kat bank tu.

73

Kerana Sebuah Janji

Ha, cakap pasal duit nikan, aku ingat tender kita kat Brunei tu 50-50 lah. Eh, pasal apa pulak? Tak cukup duit nak melobilah bro. Kau biar betul Syid, tender tu penting tau. Nama baik kompeni kita ada pada tender ni. Aku tahu, tapi kewangan kita dah menyusut dua puluh peratus. Jangan sampai tenat bro. Takkan kau nak cairkan aset kut? Tak. Tak akan. Kalau ada pun, itu adalah pilihan terakhir. Balance ada banyak mana? Cukuplah nak bayar gaji staff dalam masa dua tahun ni. Dani tersentak. Matanya membulat. Tidak semenamena degup jantung melebihi had laju. Satu perkhabaran yang di luar jangkaannya! Kau biar betul Syid? Tu bukan kira tenat tapi dah nazak dah ni. Gila! Gila tak gila, itu adalah kenyataan. Kau dah check betul-betul ke? Dah buat audit? Dani mula rasa cuak. Fikirannya mula kusut. Masalah syarikat, masalah peribadi, bercampur gaul menjadi beban yang bukan sedikit hebatnya. Pada Mursyid dia sandarkan harapan. Sebagai pengurus kewangan syarikat, Mursyid lebih arif tentang itu. Suka atau tidak, kenyataan pahit daripada Mursyid itu tadi benar-benar menggusarkan. Pujuklah Dahlia kahwin. Aku tak tau nak cakap macam mana? Cuba kau fikir, dia nak ke terima aku semata-mata kerana harta? Dan

74

Nozi Danisya

dia tak ada keuntungan di situ pun? Kau rasa dia sanggup tak, korbankan diri dia, masa depan dia demi aku? Terima aku ni, yang tak pernah terima kehadiran dia dalam rumah aku tu pun. Kau rasa dia nak ke? Kau cubalah berbaik-baik dengan dia. Aku tengah cubalah ni. Lately, aku control volume aku, susah rupanya. Dah biasa marah-marah dia, tiba-tiba bercakap elok, lainlah. Aku rasa dia pun dah syak tujuan aku. Baguslah, lagi senang. Kau tak payah risaulah. Dahlia tu budak baik. Dia mesti tolong kau punya. Dani merenung sahabatnya itu. Begitu yakin bila berkata-kata. Dapatkah dia seyakin itu untuk melamar Dahlia menikahinya?

ASYIK sekali matanya memerhati Dahlia menyiram pokok bunga. Wajah putih bersih itu nampak ayu dari jauh. Nampak tenang, bagai tiada masalah yang hadir mengacau bilau jiwanya. Tingkah Dahlia yang lembut sambil mengusapusap bunga mawar itu mampu menggarit sedikit senyum tipis di bibir lelakinya. Benar kata mama, gadis itu manis sekali. Gadis itu sopan tingkahnya. Kenapa baru sekarang dia menyedari semua itu? Gerak langkah Dahlia menjadi perlahan tatkala terasa ada sepasang mata sedang asyik memerhatikannya. Mencari-cari empunya siapakah sang mata itu, Dahlia terkedu. Rasa segan menyimbah raut wajahnya tatkala menangkap sepasang mata Dani merenung lembut ke arahnya. Empat pasang mata itu bertaut mesra. Namun, getar

75

Kerana Sebuah Janji

yang hadir menyapa di jiwa membuat keadaan renungmerenung itu seketika cuma. Dahlia mula rasa tidak selesa. Kenapa Dani tengok dia begitu? Sudah lamakah dia diperhatikan? Dahlia ingin segera beredar tetapi langkahnya mati apabila Dani memanggil namanya. Sinilah kejap, aku nak cakap sikit. Dalam terpaksa Dahlia akur jua. Menapak perlahan ke arah lelaki itu yang enak santai di beranda rumah lantas dia melabuhkan punggungnya berhadapan Dani. Wajah serius lelaki itu direnung penuh tanda tanya. Kita perlu berbincang. Dahlia diam. Menunggu butir ayat seterusnya yang keluar dari bibir berkumis nipis itu. Bibir yang dihiasi lebam hasil dari santapan rokok yang menjadi teman karib lelaki itu. Tentang wasiat tu. Dahlia masih diam. Sikapnya itu mengundang geram di hati Dani. Baginya berdiam diri tidak akan menyelesaikan masalah. Kata putus harus dia dapatkan segera daripada Dahlia. Dani tidak mahu membuang masa lagi. Syarikatnya sedang nazak. Kewangannya sangat tenat. Hanya pertolongan gadis itu mampu merubah segalanya. Kau dengar tak ni? Dengar. Awak cakap ajalah, saya dengar. Duit kat bank makin susut. Kewangan syarikat juga dah tenat. Paling lama bertahan pun dua tahun lagi. Tender kat Brunei pun mungkin akan terlepas. Dani mengeluh. Matanya tepat merenung wajah yang tenang di hadapannya itu. Cukup bersahaja, cukup

76

Nozi Danisya

selamba. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Seolah-olah tiada apa yang merunsingkan fikiran gadis itu. Tiada riak terkejut ataupun hairan dengan kata-katanya sebentar tadi. Dahlia.... Dani menarik nafas dalam. Sedalam-dalamnya. Dia tahu, apa yang bakal dia luahkan sebentar lagi belum tentu berhasil. Dia juga tahu tidak mudah baginya untuk melamar gadis itu. Tidak semudah dia melamar Juliana. Kerana lamarannya pada kekasihnya itu disertai bunga-bunga cinta dan impian. Betapa tidak relanya jiwa melamar gadis yang bukan menghiasi sanubarinya. Betapa segannya dia ingin melamar gadis itu menjadi suri dalam hidupnya semata-mata harta yang ingin dia warisi. Ada jalur kesal melintas di benaknya. Kesal dengan sikap ayah yang tidak mahu berbincang dan membuat keputusan sesuka hati tanpa kerelaan jiwanya. Dahlia, kita Ada getar yang menjadi pengiring alunan suaranya. Mencari kata-kata yang sesuai untuk membujuk raih simpati Dahlia. Dia tahu, dia bukanlah lelaki romantis kerana cuba melamar gadis itu pada waktu petang begini. Tanpa candle light dinner. Tanpa bunga. Malah tiada sebentuk cincin mahupun coklat sebagai penyeri. Dia hanya ingin menamatkan sebuah persoalan yang masih tergantung jawapannya. Jika dia tidak terdesak begini, pasti akan dirancangnya sebaik mungkin bagi menambat hati nurani gadis di hadapannya itu. Dani mencari-cari sepasang mata cantik itu yang sedang merendahkan pandangannya. Lebih rela menunduk segan daripada bertaut mesra dengan matanya.

77

Kerana Sebuah Janji

Kita... kita kahwin? Bagai terlepas satu bongkah beban yang dipikulnya selama ini sebaik saja kata-kata itu berjaya diluahkan. Dani lega. Paluan debar yang menggila saat ini terus kencang menanti giliran Dahlia menyatakan keputusannya. Dani cuba bersabar dan memberi sedikit ruang untuk Dahlia. Gadis itu kaku di situ. Dahlia merasakan dirinya seakan putus nafas. Langsung dia tidak menduga dengan apa yang terzahir dari bibir Dani itu. Apa yang ditakutinya selama ini sudah pun menjadi nyata. Kini, Dani benar-benar melamarnya dan lelaki itu sangat berharap. Tegakah dia membiarkan terus harapan lelaki itu? Tapi, mampukah dia memikul padah jika kata setuju yang diberi? Dahlia celaru. Dahlia.... Saya perlukan masa. Lama ke? Tak tau. Jangan hampakan aku dan mama. Jangan berharap terlalu tinggi. Aku sangat-sangat perlukan pertolongan kau Dahlia. Apa saja permintaan kau, aku akan ikut, apa juga syaratnya akan aku cuba penuhi. Please say yes. Dahlia, please.... Awak, tolong jangan mendesak saya. Saya perlu masa, harap awak faham. Dani hanya mampu menelan liurnya melihat kelibat Dahlia hilang dari pandangan mata. Berlalu bersama wajah yang memerah. Hari ini dalam sejarah, dia membuang ego dan merayu pertolongan seorang gadis demi kesinambungan

78

Nozi Danisya

hidupnya. Hari ini dalam sejarah juga, lima kali lamarannya ditolak. Ah, baik Juliana atau Dahlia, sama saja! Menyakitkan hati!

79

Kerana Sebuah Janji

Bab 8
OLEH Lia? Itu aja permintaan uncle. Memang uncle tau, permintaan ni sangat besar. Tapi, uncle memang dah berniat nak tolong Lia. Uncle dah janji dengan ayah Lia. Uncle rasa bersalah sangat, kerana uncle, Lia jadi yatim piatu. Jadi, uncle dah buat keputusan dan uncle mahu Lia terima keputusan uncle ni. Boleh Lia janji? Uncle janganlah cakap macam tu. Macamlah uncle ni nak mati esok. Hishammudin tergelak. Ajal dan maut tu bukan urusan kita, Lia. Uncle cuma bersiap sedia aja. Mana tau esok uncle betul-betul mati? Dahlia menelan kesat air liurnya. Kehilangan kedua-dua orang tuanya sudah cukup meninggalkan kesan yang sangat mendalam pada dirinya, kini bapa angkatnya pula berkisah tentang kematian. Bagai belati menghiris dada, pedih dan nyeri.

80

Nozi Danisya

Dani pasti memberontak uncle, dia tak pernah suka Lia pun. Dia terpaksa Lia. Kalau tak dia akan muflis. Lia sanggup tengok aunty dan Dani muflis? Tak. Uncle pun taukan Lia tak sekejam itu? Jadi, Lia setuju dengan uncle? Lia tak tau uncle. Lia takut. Nanti Dani akan tinggalkan Lia selepas dapat apa yang dia nak. Itu Lia jangan risau, taulah uncle nak buat macam mana ya? Yang penting sekarang, uncle perlukan persetujuan Lia. Tapi... Tolong uncle ya? Janji dengan uncle. Melihat kesungguhan Hishammudin, dia tidak mahu mengecewakan lelaki itu. Dahlia menyata persetujuannya dan berjanji akan menjadi isteri Dani apabila sampai saatnya kelak. Demi budi yang telah ditabur, demi arwah ayahnya, Dahlia tolak ke tepi soal cinta. Cinta tidak wujud di hatinya. Baginya biar cinta itu hadir dengan sendiri tanpa mencarinya. Lagipun keluarga angkatnya itu telah menjaganya dengan baik sekali. Semua keperluannya cukup. Malah sanggup menanggung pengajiannya. Apa lagi yang disangsi, apa yang perlu dikesali? Tidak, pemergian keduadua orang tuanya bukan kerana salah Hishammudin, tetapi kerana ajal mereka sudah menjemput, janji dengan yang Maha Esa perlu dilangsaikan. Dia reda dengan kehilangan itu. Tersentak dengan usapan lembut jemari wanita yang masih anggun itu, Dahlia segera menyeka air mata yang bergenang.

81

Kerana Sebuah Janji

Lia nangis? Taklah aunty. Jangan tipu. Betul, tak. Zarina tahu Dahlia berbohong. Mata yang berkaca dipandang redup, pipinya yang basah itu diusap lembut. Hati tuanya tersentuh. Dahlia anak yang baik. Desakan Dani sedikit sebanyak meresahkan hati gadis itu. Dan kini Dani mendesaknya pula untuk memujuk Dahlia. Aunty tau, Lia tak nak perkahwinan begini, kan? Mana-mana perempuan pun tak mahu berkahwin dengan cara begini, kahwin tanpa cinta. Dahlia tidak dapat menahan lagi air jernih di tubir matanya. Biarkan. Biarkan ia tumpah dan membasahi pipinya. Biarkan sendu itu bergema ke seluruh udara. Tapi aunty mohon pada Lia, jangan hampakan kami. Aunty tahu kami sedikit selfish tapi aunty pasti kebahagiaan itu akan Lia dapat nanti. Tolong ya Lia? Aunty sayang Lia, aunty sayang Dani. Aunty nak tengok both of you happy together. Bahagia? Bersama Dani? Rasanya hampir mustahil akan berlaku. Haruskah dia menerima lamaran Dani demi serelung budi? Haruskah dia mempertaruhkan jiwa demi sebuah kehidupan yang tidak disulami cinta? Perlukah dia mengorbankan diri dan masa depannya kerana sebuah janji? Ya, kerana sebuah janji. Kerana janjinya pada arwah bapa angkatnya lewat musim yang lalu. Dahlia rasa dirinya sudah terperangkap. Terperangkap dengan janji yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan padanya. Janji yang dia tidak boleh mungkiri.

82

Nozi Danisya

Dahlia sedar, dia telah menjerat dirinya sendiri hanya kerana janjinya pada kenangan lalu.

83

Kerana Sebuah Janji

Bab 9
Dani tersentak. Sedikit terkejut melihat Dahlia tersenyum manis di belakangnya. Perlahan-lahan gadis itu mengorak langkah ke balkoni. Senyumannya masih terukir di wajah itu. Senyuman yang mengundang getar tibatiba. Tak jawab, berdosa. Errr... walaikumsalam. Dahlia tergelak halus. Geli hati melihat aksi gelabah Dani. Pandangan matanya ditebarkan ke dada langit. Maha suci Allah, menjadikan langit di malam hari secantik ini. Dihiasi indahnya gemerlapan bintang-bintang yang kelihatan seperti permata yang bertaburan. Ditambah pula dengan sang bayu yang memupuk lembut ke kulit wajahnya. Sedikit dingin menerobos ke dalam pakaian hingga berjaya membuat roma-romanya berdiri. Dahlia berpeluk tubuh. Dani pelik. Dahlia tidak pernah menegurnya. Dahlia

SSALAMUALAIKUM.

84

Nozi Danisya

tidak pernah bermanis muka seperti ini dengannya. Pasti ada sesuatu yang memungkinkan semua ini. Wajah manis yang tidak lekang dengan senyuman itu dipandang curi. Asyiknya sepasang mata itu meratah dada langit. Awak menungkan apa? Tanpa memandang wajahnya, Dahlia menyoal. Tak ada apa. Dari ekor mata, Dahlia tahu Dani sedang merenungnya. Dia tahu Dani pasti pelik dengan dirinya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu senang hati berbual dengan lelaki itu malam ini. Yang pasti dia cuba berbuat baik dengan bakal suami. Kira bintang ke? Ha? Tak adalah. Cuba nak tenangkan fikiran aja. Awak fikir apa? Kau pun tau, kan? Masalah kita? Dani mengangguk. Entah kenapa dia suka mendengar soalan terakhir itu. Sangat mesra bunyinya. Seolah-olah dia begitu hampir dengan Dahlia. Malah dia mula sukakan situasi ini. Berbual santai begini. Malam ini dia dapat melihat Dahlia dari sudut yang lain. Ramah dan manja. Awak tau tak, tadi saya jumpa anak kucing. Comel sangat. Anak kucing tu warna kuning tompok hitam. Tapi dah comot sebab jatuh longkang kut. Saya rasa macam nak bela dia. Tapi saya tak tau sama ada saya dibenarkan membela kucing di rumah ini atau tak. Jadi saya serahkan pada Balqis aja. Kebetulan kucing dia pun baru aja mati. Dani tidak berkutik. Terpegun dengan wajah manis itu yang asyik berceloteh manja. Suaranya itu mengalun

85

Kerana Sebuah Janji

indah di kuping. Lembut dan mendamaikan. Terlupa seketika pada masalah yang sedia melekat di kotak fikirannya. Dani mengukir senyum. Dalam diam hatinya mengakui, dia mula menyukai perwatakan Dahlia. Dah bagi nama pada kucing tu? Dah. Balqis bubuh nama Petot. Petot? Dahlia tergelak manja. Sekali lagi Dani terpaku. Dia benar-benar terpesona. Duhai hati, bersabarlah. Haah petot. Saya tanya kenapa Petot? Dia cakap sebab ekor kucing tu kontot. Mereka sama-sama tergelak mesra. Dalam kesempatan itu, Dani merenung ke dalam anak mata Dahlia. Ingin dia menebak apa yang sedang membuat gadis ini begitu ceria. Apa yang membawa gadis itu ke mari. Ke sisinya. Menemani dia pada malam dingin ini. Ketawa mereka beransur-ansur hilang. Empat pasang mata kini bertaut mesra. Seperti biasa Dahlia hanya mampu bertahan sesaat cuma. Dia tertunduk menahan bahang yang menyimbah ke wajahnya. Segannya hanya Tuhan yang mengerti. Malah, Dani juga turut merasa hangatnya situasi itu. Dia cuba mengukir senyum dengan payah. Paluan debar semakin hebat bergendang. Dahlia... Hmmm...? Pasal semalam. Aku minta maaf... aku tau, aku terlalu mendesak. Tak apa, saya faham.

86

Nozi Danisya

Kau tak akan faham Dahlia. Tanggungjawab aku sangat berat. Di rumah, di opis semua masalah aku yang tanggung. Aku runsing sangat. Mereka diam seketika. Ada keluhan kecil yang dapat Dahlia dengar terzahir dari bibir Dani. Kiranya sudah sampai waktu untuk dia berterus terang. Segala-galanya akan diselesaikan malam ini juga. Mahu ke awak berjanji dengan saya? Dani menoleh. Dahinya sedikit berkerut. Janji? Janji apa? Awak janji, jangan jatuh cinta pada saya. Boleh? Hah? Kalau awak boleh berjanji dengan saya saya setuju jadi isteri awak. Hah? Dahlia tergelak kecil. Hatinya tercuit geli hati melihat gelagat Dani yang sedikit kebingungan. Pasti tidak menyangka sama sekali ini keputusan dia. Keputusan yang sebenarnya amat payah sekali untuk dia timbang tarakan. Boleh? tanyanya lembut. Dani merenung tepat ke mata Dahlia. Apa dia salah dengarkah tadi? Dahlia setuju untuk menjadi isterinya? Bermakna Dahlia terima lamarannya tempoh hari? Perlahan senyuman diukir. Kau setuju? Jika awak pun setuju dengan syarat saya tu. Dahlia, aku tak tau nak cakap apa. Im happy. Thanks a lot Dahlia. Not yet. Awak tak mengakui janji lagi.

87

Kerana Sebuah Janji

Okey, aku janji. Aku janji tak akan jatuh cinta pada kau. Aku janji akan cuba bina tembok antara kita. Tapi aku nak kau tau, aku juga tak akan persiakan hidup kau. Anggaplah itu sebagai tanda terima kasih kerana kesudian kau hidup bersama aku. You have my word now. Dahlia tersenyum. Walaupun dia sendiri tidak pasti apa yang sedang dia lakukan itu. Namun, dia lega. Sekurangkurangnya Dani tidak akan merobek-robek hatinya jika cinta itu wujud. Dan dia harus melindungi hatinya sendiri. So, bila kita nak kahwin? Dahlia tergelak lagi. Reaksi Dani yang tidak sabar itu mencuit hatinya. Benar-benar gelojoh! Bincanglah dengan aunty. Saya ikut aja. Dani mengangguk perlahan. Sedaya-upaya menahan malu dengan keterlanjuran sendiri. Hmmm, boleh aku tanya sikit? Apa dia? Kenapa kau setuju? Dahlia diam. Menarik nafas seketika. Ingin membetulkan emosinya yang sedikit terusik dengan kenangan silam. Kerana sebuah janji. Janji? Janji lagi? Janji apa pulak? Saya dah berjanji dengan uncle dulu. Uncle mahu saya jadi isteri awak. Walaupun payah, akhirnya saya berjanji juga. Dani telan air liur. Jadi papa sudah merancang lebih awal dengan Dahlia? Dahlia sudi berkahwin dengan dia hanya kerana janjinya pada papa? Tapi mengapa? Mengapa Dahlia

88

Nozi Danisya

sanggup mengakui janjinya pada papa sedangkan gadis itu tahu dia tidak suka padanya? Malah dia juga tahu Dahlia memang tidak mempunyai apa-apa perasan padanya dan kini, Dahlia minta dia pula berjanji agar tidak jatuh cinta pada dirinya itu. Dani menghela nafas berat. Mana mungkin. Sedangkan perasaan kasihnya pada gadis itu sudah pun mula berputik. Di mana mahu disemainya kasih sayang yang baru bercambah itu? Dani mengetap bibir.

89

Kerana Sebuah Janji

Bab 10
ARINA mengesat air mata yang bergenang. Bersyukur dengan apa yang terhidang di depan mata. Akhirnya, berlangsung juga perkahwinan ini. Perkahwinan yang pada mulanya ditentang hebat oleh anaknya. Perkahwinan yang arwah suaminya mahukan demi kebaikan Dani. Sebagai ibu, Zarina amat bersyukur dengan perkembangan terkini mereka berdua. Jika tidak berkahwin kerana cinta sekalipun, sekurang-kurangnya mereka berdua sudah boleh berkomunikasi dengan baik. Dani dan Dahlia di mata kasar, amat secocok, sama sepadan. Di wajah Dani kini terpancar kegembiraan. Dahlia juga begitu tenang tersenyum manis. Malah kedua-dua sahabat mereka, Balqis dan Mursyid diberi penghormatan menjadi pengapit. Gurau senda Balqis dan usikan nakal Mursyid menambah perisa pada majlis ini. Jam berganjak ke pukul tiga petang, tetamu tidak putus-putus datang. Dani dan Dahlia sibuk sekali melayan hadirin yang bertandang ke walimah mereka. Andai lesu

90

Nozi Danisya

sekalipun, terpaksa juga mereka berwajah manis demi tetamu yang sanggup hadir meraikan perkahwinan mereka itu. Encik Mursyid, kawan awak tu dah naik pelamin. Awak bila lagi? Mursyid tergelak sebaik mendengar soalan Balqis. Wajah manis itu direnung. Tak ada calon lagi. Tak akanlah tak ada calon? Tak logik betul. Kenapa pulak tak logik? Muka handsome macam ni tak ada calon? Impossible. Mursyid tergelak lagi. Handsome ke? Balqis mencebik. Pantang dipuji sedikit perasan pula lelaki ini. Mereka berpaling serentak apabila pasangan pengantin baru menghampiri. Dani erat menggenggam tangan Dahlia. Wajah mulus yang disolek indah itu kelihatan berseri-seri. Hai Syid, kat sini pun nak jual minyak? Banyaklah kau punya jual minyak. Sembang kosong ajalah. Mursyid menjeling Balqis. Gadis itu tersenyum manis. Lia, macam mana? Berseri-seri aja muka kau aku tengok? Qis! Dahlia menyiku Balqis. Roman wajahnya merona merah. Tertunduk malu tatkala enam pasang mata merenung tepat ke wajahnya bersama senyuman riang.

91

Kerana Sebuah Janji

Mestilah berseri Cik Balqis. Hari nikan hari bahagia, cuba tengok orang kat sebelah saya ni, menyengih tak habis-habis dari semalam. Sukalah tu dapat kahwin dengan si cantik manis Dahlia ni. Mursyid tersengih. Giliran Dani pula menyiku perut Mursyid. Agak-agaklah kau ni Mursyid. Buat malu aja. Sakit la woi! Padan muka! Mengarut lagi. Sekilas dia menjeling Dahlia. Isterinya itu menunduk, tetapi masih mampu tersenyum manja. Cantik sekali. Seri pengantin isterinya itu begitu menyerlah. Indah berbusana merah hati. Hatinya yang bergetar dari tadi semakin tidak keruan. Sudah-sudahlah pandang tu. Dah jadi hak kau pun, ha malam karang tengoklah puas-puas. Mursyid! Dani menjegilkan matanya. Memberi amaran secara tidak langsung kepada Mursyid agar tidak melebih-lebih mengusiknya. Bimbang pada reaksi Dahlia. Bimbang jika isterinya itu tidak suka. Reaksi Dani itu mengundang gelak besar Mursyid dan Balqis. Wajah Dani yang agak kemerahan itu sungguh melucukan di mata mereka. Memang Dani tidak tahan diusik lebih-lebih. Mudah melenting. Assalamualaikum. Walaikumsalam. Serentak mereka menjawab dan berpaling. Mata Balqis membulat. Tidak menyangka sama sekali kehadiran lelaki itu di majlis ini. Dia berbisik perlahan ke telinga Dahlia.

92

Nozi Danisya

Kau jemput dia? Aku jemput satu kelas. Tahniah Dahlia, Dani. Adam menghulurkan salam kepada Dani. Dani tersenyum megah lantas menyambut huluran itu dengan perasaan bangga. Aku menang Adam Firdaus! Kata-kata hati Dani itu jelas terpamer di wajahnya. Bagai memberi isyarat Dahlia adalah hak mutlak dirinya. Tidak boleh diganggu lagi. Mata mereka bertentangan. Tajam. Errr, dah makan Adam? Balqis cuba menjernihkan suasana yang sedikit tegang itu. Bimbang bila merasakan ada aura tidak puas hati di antara kedua-duanya. Menyaksikan empat pasang mata yang saling bertentang. Memanah tajam antara satu sama lain. Belum. Baru sampai, terus jumpa pengantin baru. Adam melepaskan tangan Dani lalu berpaling ke arah Dahlia. Merenung lembut penuh sayu ke wajah manis yang telah lama menghuni hatinya. Awak cantik sangat hari ni. Semoga bahagia Dahlia. Terima kasih. Dani rasa panas badannya meruap semacam. Dia tidak suka melihat senyuman yang Dahlia lemparkan buat Adam. Lelaki itu tidak berhak mendapat senyuman manis isterinya itu. Senyuman Dahlia itu kepunyaannya. Dia tidak suka dengan apa yang baru terhidang di depan matanya sebentar tadi. Dia cemburu. Segera jari-jemari Dahlia digenggam. Jom, pak anjang nak balik dah tu. Kita jumpa dia orang kejap.

93

Kerana Sebuah Janji

Terkocoh-kocoh Dahlia mengikut langkah besar Dani. Dengan kasut tumit tinggi yang tersarung di kaki serta kainnya yang sempit, mana mungkin dia bisa mengikut langkah besar suaminya itu. Mursyid dan Balqis menggeleng perlahan melihat aksi mereka. Tidak lain tidak bukan pastilah kes cemburu yang memaksa Dani mengheret Dahlia meninggalkan mereka begitu saja. Adam pula hanya mampu menyoroti dengan pandangan yang sayu. Semoga berbahagia Dahlia!

PINTU kamar dikuak perlahan. Bilik pengantin yang dihias indah itu cukup mendebarkan hati seiring bau harum si bunga rampai. Merebak ke seluruh ruang dan sudut kamarnya itu. Kini kamarnya telah bertambah penghuni. Dia dan Dahlia akan mendiami kamar ini seperti pasangan lain. Menempuh detik-detik indah berdua. Akan dia cuba sedaya mampu mencurah kasih buat isteri yang baru dinikahinya itu. Walaupun kasihnya telah diletakkan syarat. Dani melabuhkan punggung di katil menunggu Dahlia yang sedang bersolat. Sepatutnya sebagai suami, dia berjemaah dengan isterinya tadi. Semua gara-gara terlalu asyik bersembang dengan Mursyid sehingga terlepas masa emas mereka berdua. Tak mengapalah, subuh esok dia akan pastikan dirinya menjadi imam kepada Dahlia. Abang tak solat? Tersentak Dani dengan suara lembut Dahlia. Abang? Bagus juga, dia suka. Dani tersenyum. Sekejap lagilah. Nak mandi dulu. Sorry tak

94

Nozi Danisya

berjemaah. Subuh esok abang janji akan jadi imam Lia, ucap Dani lembut. Dahlia tersenyum. Setelah tiga tahun lebih tinggal di sini, inilah pertama kali Dani menyebut nama ringkasnya. Dia suka. Berbunga-bunga hatinya mendengar Dani menyebut nama manja itu. Telekung dibuka dan dilipatnya. Dani terpegun. Tidak berkelip matanya melihat kecantikan isterinya. Terpaku seketika menyaksikan rambut Dahlia yang panjang dan lurus. Hitam berkilat dan beralun lembut. Cantik sekali. Cantik rambut Lia. Dahlia berpaling. Melemparkan senyuman semanis mungkin buat suami yang baru dinikahinya itu. Cuba menutup getar yang hadir saat dipuji begitu. Sebelum ini Dani tidak pernah memujinya. Sedikit sebanyak dia suka akan perubahan Dani itu. Perubahan yang menjemput secebis rasa untuk singgah di hatinya kini. Malah, berada di dalam kamar berdua-duaan begini juga sudah cukup membuat jantungnya berdetak laju. Selaju angin yang menderu meniup nyaman di kelopak jiwa. Thanks. Mari sini, duduk kat abang. Dani menepuk-nepuk tilam agar Dahlia duduk di sebelahnya. Gadis itu akur. Teragak-agak mengatur langkah. Arahan sang suami tidak patut diingkar. Dia melabuh punggung betul-betul di sebelah Dani. Takutnya tiada tara. Debarnya tiada tandingan. Perasaan gentar memang tidak pernah surut dari siang tadi. Dani mengelus lembut rambut panjang separas

95

Kerana Sebuah Janji

pinggang itu. Harumannya cukup merangsang naluri lelakinya. Dani menarik nafas dalam. Terima kasih kerana Lia sudi jadi isteri abang. Abang akan cuba sedaya-upaya membahagiakan Lia. Setulus hati dia menutur kata-kata itu. Entah mengapa sejak melafazkan ijab kabul siang tadi, dia dapat merasakan kasihnya makin bercambah untuk Dahlia. Dia bertekad tidak mahu memarahi gadis itu tidak tentu pasal lagi. Dahlia sudah cukup baik untuk menerima dirinya. Lia pun sama. Maaflah kalau Lia tak sempurna, kalau Lia bukan gadis pilihan abang. Lia dah cukup sempurna di mata abang. Dani menggenggam erat jari-jemari isterinya. Dia tidak mahu menafikan perasaannya lagi. Dia mula menyayangi isterinya itu. Mungkin kuasa Allah, yang memberi hikmah di sebalik perkahwinan yang dia tidak mahukan sebelum ini. Mungkin juga Allah telah membalikkan hatinya dari benci menjadi sayang. Abang nak minum? Tak nak. Baru aja lepas minum dengan Mursyid tadi. Oh, Encik Mursyid dah balik ya? Dah. Kalau gitu, abang pergilah mandi, solat. Hmmm... Lia tunggu abang ya, jangan pergi manamana. Dahlia tertunduk malu. Perasaan debarnya makin hebat bergendang. Dia tahu Dani sedang tersenyum nakal padanya. Di mana hendak dia sorokkan wajahnya ketika ini pun dia sendiri tidak tahu. Malah dia dapat merasakan betapa

96

Nozi Danisya

berbahang wajahnya tika ini lalu perlahan tangannya menggosok pipi. Dani tergelak melihat aksi Dahlia itu. Jelas ketara isterinya sedang menahan malu. Tidak mahu terus mengusik, dia bangun untuk menunaikan tanggungjawabnya.

97

Kerana Sebuah Janji

No. ISBN:- 978-967-5067-88-4 Jumlah muka surat: 344 Harga Runcit:- Semenanjung Msia: RM18, Sabah/ Sarawak: RM21 Harga Ahli KKN:- Semenanjung Msia: RM14, Sabah/Sarawak: RM17 Sinopsis:Dahlia - Luka di hati ini sangat dalam kau toreh. Sukar sekali untuk menyembuhkannya. Akan kubawa rajuk ini sejauh-jauhnya, jika ini yang kau mahukan. Dani - Andainya aku dapat memutarkan kembali detik-detik hitam itu, pasti kesilapan serupa tak akan aku ulangi. Sejujurnya, aku sangat kesal. Kerana budi dan janjinya kepada ayah Dani, Dahlia terperangkap. Kerana ekonomi syarikatnya yang meruncing dan juga wasiat ayahnya, Dani telah bersetuju dengan syarat Dahlia. Kedua-duanya telah berjanji tanpa berfikir panjang. Dani dan Dahlia berkahwin kerana sebuah janji. Namun, belum setahun jagung usia perkahwinan mereka, fitnah telah membuatkan Dani hilang pertimbangan lalu tega mengasari isterinya. Dahlia pergi membawa rajuk di hati. Selama

98

Nozi Danisya

berjauhan mereka mengalami konflik jiwa akibat merindu. Oleh kerana masing-masing terikat dengan janji, maka perasaan itu menjadi salah faham dan berlarutan. Apakah janji-janji yang telah dibuat sehingga merantai jiwa mereka dari berkasih-sayang? Cukuplah sekali menyakitimu, cukuplah sekali kau membenciku.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan KERANA SEBUAH JANJI di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196

99