Anda di halaman 1dari 9

FORUM TAJUK: PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DALAM MEWUJUDKAN INTEGRASI NASIONAL Pengerusi Forum : Nor Azma Bt Mohd zain Panel

1 : Aziza Nurul Suhaidatina Aisya Bt Abdul Aziz Panel 2 : Quwwatun Aqilah Mohamad Panel 3 : Nazihah Burhanuddin ............................................................................................................................. ..................... Assalamualaikum, salam sejahtera, salam muhibbah dan salam penuh perpaduan diucapkan kepada seluruh penonton-penonton rancangan Ruangan Kampus baik yang beradadi studio satu mahupun yang menyaksikan dari kaca tv pada malam ini. Baiklah, seperti biasa Ruangan Kampus pada malam ini akan membawakan satu topic yang cukup hangat dan cukup menarik untuk sama-sama kita kupas pada malam ini. Topik yang akan kita bincangkan pada malam ini, tidak lain dan tidak bukan semestinya berkaitandengan isu pendemokrasian pendidikan dalam mewujudkan integrasi nasional. Para penonton sekalian, Saya sebenarnya tertarik dengan satu artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada minggu lalu mengenai Sejauhmana Pendemokrasian Dalam Pendidikan Mampu Mewujudkan Integrasi Nasional. Menurut Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO,Ahmad Ikmal Ismail menyatakan bahawa masalah ini sebenarnya jika tidak dibincangkan boleh menjejaskan keamanan negara. Jadi bagi membincangkan topik yang cukup hangat pada malam ini, bersama-samasaya, tidak lain dan tidak bukan panel-panel yang cukup arif dan berpengalaman dalam memberi idea dan komentar berkenaan isu ini. MEMPERKENALKAN TETAMU JEMPUTAN Baiklah, di sebelah kanan saya, seorang yang tidak asing bagi kita iaitu Puan Aziza Nurul Suhaidatina Aisya Bt Abdul Aziz. Beliau merupakan seorang kaunselor yang berpengalaman luas dalam bidang kaunseling dan psikologi. Telah pun berkhidmat sebagai kaunselor selama hampir 25 tahun dan kini berkhidmat sebagai kaunselor di Universiti Sains Malaysia. Selamat datang diucapkan. Seterusnya, di sebelah kiri saya pula, Puan Quwwatun Aqilah Bt Mohammad. Puan Quwwatun Aqilah merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan selama hampir 30 tahun dan mendapat anugerah Guru Super pada tahun lalu. Tahniah diucapkan puan! Seterusnya, tetamu yang tidak asing lagi pada kita semua. Beliau ialah Toh Puan Nazihah Bt Burhanuddin. Merupakan Penolong Pengarah Pentadbiran di Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat.

SEJAUHMANA PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DAPAT MEWUJUDKAN INTEGRASI NASIONAL.

Sebelum kita mengupas lanjut tentang perbincangan ini, ini saya berkongsi dengan semua penonton dan tetamu kita berkaitan dengan reaksi yang dikeluarkan oleh seorang pembaca di facebook, iaitu Cik Apple Hijau. Beliau berpendapat bahawa pendemokrasian pendidikan di Negara kita tidak mampu mewujudkan integrasi nasional antara kaum di Negara kita. Perkara ini telah mendapat respon dan tindakbalas balas dari pelbagai pihak dan jabatan. Rata-rata pihak masih belum memahami secara jelas tentang pendemokrasian pendidikan di Malaysia dan peranannya dalam mewujudkan integrasi nasional.

1. Apakah definisi pendemokrasian pendidikan Apabila kita memperkatakan tentang pendemokrasian pendidikan, kita harus melihat pendemokrasian sebagai persamaan hak yang sama rata bagi setiap individu dalam proses pendidikan. Maka secara mudahnya apa yang dimaksudkan dengan pendemokrasian ialah pendidikan untuk semua. Namun begitu, untuk menjamin sistem pendidikan negara agar mampu menyumbang dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, maka seharusnya konsep pendemokrasian pendidikan di Malaysia dilihat dari skop yang lebih luas.
SOALAN 1: (Panel 1) Sebelum kita mengupas lanjut kepada perbincangan berkaitan tajuk ini, eloklah kira kita berbicara tentang konsep pendemokrasian tu sendiri supaya membuka mata semua pihak berkaitan isu ini. Bagi menjawab dan mengupas, saya mempersilakan ahli panel kita yang pertama kita.

Pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi ialah persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu (democratization of access to quality education). Justeru itu, pendemokrasian pendidikan dari segi konsepnya adalah berkait rapat dengan peluang serta mutu keseluruhan proses pendidikan dan melibatkan di semua peringkat pendidikan. Konsep pendidikan untuk semua bukanlah sekadar meliputi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan semata-mata tetapi pendemokrasian pendidikan yang dihajati haruslah juga merangkumi peluang bagi semua individu untuk mendapat pendidikan yang berkualiti. Dengan lain perkataan, tidak harus wujud sebarang perbezaan dan diskriminasi di mana-mana peringkat masyarakat dari segi peluang dan mutu dalam pelaksanaan sistem pendidikan pendidikan negara.

SOALAN 2: (Panel 2)

Secara ringkasnya, pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan pend. Bolehkah Puan terangkan bagaimana integrasi nasional inni dikaitkan dengan pendemokrasian pendidikan Negara kita Integrasi boleh didefinisikan sebagai proses menyatupadukan cara, budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti umum dan tersendiri. Selain itu, integrasi juga bermaksud proses cuba menggembleng ciri-ciri terbaik yang terdapat dalam amalan hidup pelbagai kaum dan membentuk satu budaya dan corak hidup tersendiri yang boleh dianggap khusus melambangkan corak hidup masyarakat Malaysia. Berdasarkan definisi-definisi ini, maka boleh dikatakan konsep integrasi nasional yang dapat diterima pada hari ini adalah sebagai satu proses menyatupadukan penduduk pelbagai kaum di Malaysia dan mementingkan kebudayaan dan identiti di kalangan mereka. Tujuannya adalah untuk menyemai semangat kekitaan dan perasaan megah akan negara dan mempunyai semangat patriotisme terhadap negara. Dalam erti kata lain, masyarakat majmuk yang bersifat liberal, toleran dan matang dalam semua bidang kehidupan, khususnya amalan adat resam dan kegiatan sosiobudaya.
SOALAN 3: (Panel 3)

Sebagai agen bagi menningkatkan kejayaan dan kualiti hidup. Pendemokrasian pendidikan merupakan salah satu strategi untuk mencapai misi pendidikan negara, telah mendedahkan masyarakat Malaysia kepada peluang yang luas bagi memperolehi pendidikan pada semua peringkat. Namun persoalannya ialah Bagaimana pelaksanaan pendemokrasian pendidikan dilihat dapat mewujudkan integrasi nasional? Pendemokrasian Pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara kaum .

Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran adalah untuk memastikan agar semua kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam Bandar atau di luar Bandar, baik di bandar mahupun di luar bandar reka bentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama. Di samping itu alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak timbul perbezaan antara sekolah sama ada yang digunakan oleh kaum Melayu, Cina ,India atau Bumiputera Sarawak dan Sabah.

Pelajar-pelajar daripada pelbagai etnik tidak disekat untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah pilihan masing- masing. Sekolahsekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa pengantar yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat.Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan kumpulan etnik masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahanperubahan ini harus didasarkan atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan pelajar mengatasi kepentingan lain. Dengan ini, Pendemokrasian Pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara etnik.

SOALAN 4: (Panel 1)

Salah satu usaha yang boleh dilihat pada zaman ini ialah wujudnya sekolah wawasan. Pada pandangan .., adakah sekolah wawasan boleh dilihat berjaya untuk memupuk integrasi nasionala antara kaum? Sekolah yg menggabungkan 3 sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks. Sekolah wawasan berkonsepkan belajar bersama-sama dlm satu kaw yg sama tanpa mengira kaum dan agama. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi di antara murid yg berlainan kaum dan agama. Ia juga

melahirkan sifat toleransi, persefahaman yg tinggi dan menggalakkan interaksi yg maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah &

pelaksanaan akt. Sekolah wawasan akan membolehkan pelajar-pelajar yg berlainan kaum menggunakan pelabagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang. Sekolah wawasan boleh dicernakan sebagai pertembungan kaum dalam satu ruang yg sama. Penggabungan sekolahsekolah yg berasaskan kaum ini dlm 1 kaw yg sama, akan menemukan pelajar yg pelbagai kaum secara kerap & ini mewujudkan integrasi kaum dengan cepat.

Soalan penonton: (Panel 2) Sebagai guru yang berpengalaman, bagaimana puan melihat kejayaan dalam pelaksanaan sekolah wawasan ini? Perlaksanaan Sekolah Wawasan merupakan satu lagi peranan pendidikan sebagai alat perpaduan di negara kita. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga sekolah rendah berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama lain. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi antara murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga untuk melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti.

Sekolah Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri di samping urusan pentadbiran dan pengurusan kewangan yang dikekendalikan oleh sekolah masing-masing. Sekolah Wawasan akan membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang. Konsep Sekolah Wawasan ini diharapkan dapat merapatkan hubungan pelajar dari pelbagai etnik walaupun berlainan aliran persekolahan. Sebagai negara yang pesat membangun, Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan dalam semua aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik, sosial dan ekolnomi. Namun, keutuhan Malaysia yang mempunyai masyarakat daripada pelbagai etnik, jika tidak diimbangi dengan betul akan mewujudkan pertentangan kaum. Konsep Sekolah Wawasan yang kini dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat cintakan negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satau sitem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara.

Soalan penonton: (Panel 3) Pelbagai usaha telah dilakukan dalam pendemokrasian pendidikan bagi mewujudkan integrasi nasional antara kaum di Malaysia. Salah satu daripadanya ialah isu bahasa. Apakah yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memastikan perkara ini berjalan seperti telah dirancang? Penggunaan Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dlm sistem pend. Kebangsaan, sekurang-kurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai kaumyg lebih komunikatif antara satu sama lain & lbh saling memahami. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang menjadi nadi

penghubung interaksi sosial antara kaum di negara ini. Bahasa Melayu adalah lambang kepada pengenalan identiti bangsa Malaysia yang dikongsi bersama sejak sekian lama dan ia merupakan aspek utama yang

menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional di negara ini. Soalan penonton: (Panel 1) Semenjak dua menjak ini, saya telah mendengar pelbagai bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan kepada sekolah bagi memastikan kelangsungan pendidikan berjalan dengan lancar bag semua kaum di Malaysia. Namun apa yang menjadi tanda Tanya kepada saya adalah bagaimana program ini dapat mewujudkan dan menyediakan jalan kearah meningkatkatkan integrasi nasional. Bolehkah puan jelaskan dengan lebih lanjut tentang perkara ini? Bantuan SPBT, RMT, Skim Baucer Tuisyen, & Skim Bantuan Pendidikan diberikan kepada semua kaum. Tujuannya ialah untuk membantu pelajar kurang kemampuan untuk meningkatkan tahap kesediaan pembelajaran dan tahap kesihatan. Contoh, pelajar yang berasal daripada golongan estet yang berpendapatan sederhana mampu mengikuti pembelajaran dengan selesa dengan adanya bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Begitulah sebaliknya. Secara tidak langsung, bantuan ini telah memberi bantuan sama rata kepada semua kaum di Malaysia dan perkara asas perkauman tidak seharusnya menjadi persoalan. Saya rasa dengan jawapan tersebut telah menjawab persoalan saudari. Terima kasih.

Soalan penonton: (Panel 2) APAKAH USAHA-USAHA LAIN YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK KERAJAAN DALAM MENDEMOKRASIKAN PENDIDIKAN UNTUK NTEGRASI NASIONAL INI? Penyertaan Dalam Kokurikulum diwajibkan disekolah. Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam. Penyertaaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni dan bersatu padu dan secara tidak langsung memberi peluang berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain serta mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama. Perlaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, antaranya berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolahsekolah lain yang mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan.

DENGAN PENJELASAN PANJANG LEBAR YANG TELAH DIBERIKAN OLEH AHLI PANEL KITA DAN JUGA TERJAWABNYA SOALAN DARIPADA PENONTON, TELAH MEMBERIKAN KITA PELBAGAI INFO-INFO MENARIK MENGENAI

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN UNTUK INTEGRASI NASIONAL INI. SEBAGAI PENGAKHIRANNYA, SAYA MEMINTA KETIGA-TIGA AHLI PANEL MEMBERIKAN KATA-KATA TERAKHIR SEBAGAI PENUTUP Bicara KAMPUS KITA HARI INI

DIPERSILAKAN PANEL YANG PERTAMA Pendidikan merupakan satu agen penting dalam memupuk perpaduan. Ini bermaksud sekolah adalah permulaan yang cukup baik dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan murid. Ini kerana generasi masa kini yang membawa imej negara pada masa akan datang perlu dilatih dan didik supaya bersatu-padu untuk pembangunan negara kelak. Walaupun pelbagai usaha dan strategi dilaksanakan dalam memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional, namun masih terdapat pelbagai halangan yang menjadi masalah dalam pembentukan masyarakat yang bersatu-padu di Malaysia.

DIPERSILAKAN AHLI PANEL KEDUA Seperti mana yang kita tahu, penyelarasan kurikulum dan kokurikulum telah dijalankan di semua sekolah di Malaysia. Namun begitu, ia tidak begitu menyumbang kepada perpaduan dan integrasi nasional kerana masih terdapat sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri dari kaum-kaum yang sama dalam satu sekolah. Dengan adanya sekolah-sekolah ini telah mengurangkan peluangpeluang untuk berinteraksi dan berhubung dengan pelajar-pelajar dari kaum yang berlainan. Bagi ibu bapa, mereka juga lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan seperti kaum Cina dan India. Oleh yang demikian marilah sama-sama kita menyokong apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mewujudkan integrasi nasional ini melalui pendemokrasian pendidikan

DIPERSILAKAN AHLI PANEL KETIGA Pendemokrasian pendidikan merupakan satu elemen yang penting dalam

membangunkan pendidikan di Malaysia. Pendemokrasian dalam pendidikan dapat mewujudkan integrasi nasional. Kesan langsung daripada dasar-dasar pendidikan yang diperkenal kerajaan mampu mewujudkan persefahaman antara kaum kerana setiap individu berhak mendapat pendidikan yang sama dengan individu yang lain. Peluang pendidikan diberikan kepada setiap individu tanpa ada perbezaan dari segi sosioekonomi, jantina, keturunan dan agama. Kita sangat mementingkan kepada keadilan sejagat dalam bidang pendidikan yang mana membolehkan semua individu mendapat faedah dan juga kemudahan yang sama rata untuk belajar di mana-mana institusi pendidikan. Oleh itu, konsep pendemokrasian pendidikan menjamin keadilan untuk semua pihak sehingga mewujudkan integrasi nasional.

PENGERUSI Dengan berakhirnya kata penutup dari ahli panel ketiga, maka rancangan ruangan kampus telah sampai ke penghujung rancangan. Semoga kita dapat berjumpa di lain siaran. Assalamualaikum dan jumpa lagi

Anda mungkin juga menyukai