Anda di halaman 1dari 3

Isu-Isu Bertindih Yang Seringkali Menjejaskan Hubungan Luar Malaysia.

Isu Pulau Batu Putih Pengenalan Pulau Batu Putih atau dalam Bahasa Portugal, Pedra Branca, merupakan sebuah pulau tunggul sebesar dua padang bola sepak dan terletak 46 km dari Singapura dan 14.3 km dari Johor. Daripada sejarah awal Pulau Batu Putih, secara tradisi, nelayan Johor menjadikan pulau ini sebagai pulau persinggahan dan menamakannya Pulau Batu Putih kerana berwarna putih dan banyak didiami burung camar laut. Pulau ini menempatkan rumah api bagi kemudahan pengemudian perjalanan laut di Selat Singapura semasa era penjajahan sehingga merenggangkan perhubungan kedua-dua negara, Malaysia dan Singapura. Pulau Batu Putih mula dikenali umum sejak awal 1980-an apabila ia menjadi isu pertikaian antara Malaysia dan Singapura. Pertikaian itu merujuk kepada kedua-dua negara yang bersetuju membawa kes ini kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda untuk diselesaikan dengan adil. Pertikaian mengenai status Pulau Batu Putih, Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan Terumbu Karang Selatan (South Ledge) yang berlarutan selama 28 tahun akhirnya diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 di The Hague, Belanda, dengan menyerahkan kedaulatan Pulau Batu Putih kepada Singapura. ICJ turut memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Pulau Batu Putih menjadi milik Malaysia manakala status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak. Pertikaian hak kedaulatannya menjadi perebutan antara Malaysia dengan Singapura sejak 1979 ketika Malaysia menerbitkan peta rasmi baru. Sejarah Pertikaian Pulau Batu Putih Malaysia mula menuntut pulau tersebut pada tahun 1979 ketika menerbitkan peta rasmi baru, yang memasukkan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) dalam perairan laut wilayahnya. Malaysia mengatakan bahawa apabila Kesultanan Johor menyerahkan

Singapura dan 19 km sekeliling (10 batu nautika) kepada pihak British pada tahun 1824, penyerahan ini tidak termasuk Pulau Batu Puteh wilayahnya. Sultan Johor hanya memberi kebenaran kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut pada tahun 1844. Singapura mendakwa bahawa Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge adalah terra nullius (tidak bertuan). Disebabkan itu, perundingan dua hala antara Singapura dengan Malaysia diadakan. Perundingan yang diadakan antara tahun 1993 dan 1994, gagal menyelesaikan pertikaian itu. Sembilan tahun kemudian, iaitu pada 6 Februari 2003, Malaysia dan Singapura telah menandatangani perjanjian khas untuk merujuk kes kepada ICJ.

Peranan ICJ Dalam Penentuan Kes Ini Ditubuhkan pada Jun 1945 mengikut piagam PBB yang ditandatangani di San Fransisco pada 26 Jun 1945, ICJ memulakan tugasnya secara rasmi pada April 1946. ICJ turut mengendalikan pertikaian maritim antara Peru dan Chilie. Kejayaan ICJ bagi mengendalikan Pulau Sipadan dan Ligitan menjadikannya badan dunia yang paling relevan dalam menyelesaikan tuntutan perundangan bagi Malaysia.

IMPLIKASI PERBICARAAN PULAU BATU PUTEH a) Keputusan seimbang Keputusan itu dianggap seimbang iaitu Singapura untung dan Malaysia juga untung, Dato Seri Najib Tun Razak menganggap keputusan ini seimbang dan memihak kepada Malaysia. Singapura dapat dan Malaysia juga dapat. Keluasan Singapura tentunya bertambah 22 batu nautika. Bagaimanapun perundingan lanjut akan diteruskan kerana kedua negara mempunyai hak dan kedaulatan untuk terus beroperasi pada kedua kawasan yang berdekatan. b) Kepentingan Dokumentasi Sejak dari dahulu lagi Singapura telah menjadi pusat pentadbiran British dan sekaligus mempunyai kelebihan sebagai pusat ilmu pengetahuan. Banyak sekali media cetak, penerbitan dan filem yang bertapak di Singapura berbanding dengan Kuala Lumpur sehinggalah Singapura berpisah dari Malaysia.

Lantaran itu Singapura mempunyai kelebihan memiliki pelbagai dokumen seperti rekod, surat-surat perjanjian, peta lama, buku-buku klasik, nota catatan, diari dan laporan syarikat dan laporan kerajaan. Semua bahan bertulis ini menjadi bahan artifak yang sahih dan terbukti berguna kepada Singapura untuk menguatkan hujah mereka. Malaysia juga ada institusi sejarah seperti Arkib Negara, Jabatan sejarah dan Muzium. Tetapi Malaysia pernah berhadapan dengan kebakaran bangunan yang menyimpan rekod lama. c) Keputusan Dalam menggulung keputusan pertikaian ini, walaupun pada peringkat awal, rakyat dan pemimpin Malaysia berasa yakin Malaysia akan menang sebagaimana Pulau Ligitan dan Sipadan tetapi kali ini sebaliknya. Hujah Malaysia telah diterima dan pemilikan dari segi sejarah disahkan, tetapi keputusan mahkamah 16-ahli, dengan majoriti 12-4, kebanyakannya

berdasarkan aktiviti Singapura selama 100 terakhir. Selain itu ICJ turut mengambil kira dakwaan Singapura mengenai surat oleh Setiausaha Kerajaan Johor pada 1953 kepada kerajaan Singapura mengenai tiada tuntutan oleh kerajaan Johor berhubung dengan permilikan Pedra Branca. d) Kawalan sempadan Pulau Batu Puteh Sebelum ini nelayan Johor dihalang daripada menangkap ikan di perairan tersebut. Dengan keputusan ini, para nelayan kembali bebas bagi melakukan aktiviti perikanan di kawasan Middle Rocks dan South Ledge, sebaik sahaja persempadanan kedua negara ditetapkan. Sebarang kemalangan, jenayah laut, aktiviti lanun dan sebagainya di Pulau Batu Putih pula hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa Singapura. Ini termasuklah aktiviti pelayaran dan aliran kapal kargo dan kapal tangki dari Laut China Selatan ke Selat Melaka. e) Implikasi hubungan diplomatik Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura dijangka terus terjalin erat meskipun ada pasang dan surutnya. Sebarang keputusan yang diputuskan oleh ICJ tidak boleh dirayu lagi. Sebagai rakyat negara yang bertamadun dan bernaung di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kita haruslah menerima keputusan ICJ itu.

Anda mungkin juga menyukai