Anda di halaman 1dari 97

Sha Ibrahim

Bab 1
UNYI jam loceng yang begitu nyaring mengejutkan mereka yang sedang tidur. Bagaikan lipas kudung mereka berlari menuju ke bilik air masing-masing. Bilik air Shah berada di sebelah kanan manakala bilik air Sha pula terletak di sebelah kiri bilik mereka. Masing-masing mula membebel sendiri. Shah menyalahkan Sha kerana tidak mengejutkannya manakala Sha pula menyalahkan Shah yang terlupa untuk mengunci jam loceng semalam. Kemudian, serentak mereka keluar dari bilik air. Buat seketika mereka berpandangan. Apa yang awak pandang? Sha mulai bersuara apabila berasa tidak selesa dengan renungan Shah terhadapnya. Dia memang kalah dengan renungan lelaki itu. Seraya itu, dia berjalan lalu membuka salah satu pintu bilik yang menempatkan pakaian mereka berdua. Belum sempat dia mengenakan pakaian ke badannya, Shah tiba-tiba masuk ke dalam bilik tersebut. Dengan perasaan marah dia terus membawa pakaian yang mahu dipakai ke bilik air. Shah sekadar tersenyum melihat telatah Sha.

Sha & Shah

Kemudian tangannya mencapai salah satu kemeja yang bersangkut di dalam almari. Kenapa awak tak kejutkan saya? soal Shah apabila memandang Sha yang sedang mengemas katil mereka. Gadis itu sudah siap dengan pakaian kerjanya. Excuse me! Siapa yang tak kunci jam tu semalam? soal Sha kembali. Langsung tidak menoleh memandang Shah yang masih lagi berada di dalam bilik yang menempatkan pakaian mereka. Shah terdiam seketika. Dari dalam bilik itu dia terpandang jam elektronik yang terdapat di atas meja kecil di sebelah katilnya. Jam itulah yang digunakan untuk mengejutkan mereka dari tidur setelah selesai solat subuh semalam. Dia masih teringat akan pesanan Sha semalam supaya mengunci semula jam itu agar mereka tidak terlewat untuk ke tempat kerja hari ini, tetapi kini ternyata dia terlupa. Ala, awak sepatutnya check semula sebelum tidur. Takkan nak harapkan saya, saya balik lewat semalam. Ngantuk sangat, terus je tidur. Shah berjalan menghampiri Sha yang masih terbongkok-bongkok membetulkan cadar. Sebaik sahaja menyelesaikan kerjanya, Sha menoleh ke arah Shah. Sejurus matanya menangkap kelibat Shah, dia terjerit kecil dan kembali membelakangi lelaki itu. Shah yang terkejut terus berkejar masuk ke bilik pakaian semula. Macam mana tuala mandi yang dipakainya sebentar tadi boleh terlucut. Shah! Dah berapa kali saya cakap, pakai seluar dulu lepas tu baru pakai baju! Awak ni memang la! Sha menjerit geram. Sakit hati dengan perangai Shah yang asyik melakukan kesilapan yang sama.

Sha Ibrahim

Sorry! Terlupa! Shah menjawab sambil zipkan seluar yang baru sahaja dipakainya. Nasib baik dia sudah mengenakan seluar yang seharusnya dipakai sebelum dia memakai seluar kerjanya. Terlupa je kerja awak! Dah belum? soal Sha geram. Dah, jawab Shah. Sha berpaling. Dia masih berasa takut untuk menoleh. Akhirnya dia menghembus nafas lega. Namun, matanya masih menjeling tajam ke arah Shah dan terus berjalan menuju ke meja mekapnya. Shah turut melakukan perkara yang sama. Dia turut sama berdiri di belakang Sha yang sedang duduk sambil menghadap cermin. Awak tumpang saya ek hari ni? pelawa Shah sambil memandang Sha melalui cermin. Sha yang sedang menyapukan mekap nipis ke wajahnya terus sahaja bangun apabila selesai bermekap. Tak payahlah! Saya boleh naik teksi. Nanti kesian pulak dengan dia tu, tak tertumpang nanti. Jawab Sha terus berjalan menuju ke pintu. Shah yang sedang mengikat tali lehernya terus sahaja menoleh dan memandang Sha dengan pandangan yang memang amat difahami oleh Sha. Im not jealous okay! Sha menjeling tajam. Shah mengekek ketawa. Sudah tahu sangat jawapan yang bakal diberikan oleh gadis itu.

Sha & Shah

TAK payahlah nak telefon teksi. Saya kan ada, saya boleh hantarkan. Nanti makin lewat awak sampai kat tempat kerja. Saya tak apalah, saya bos! Kalau saya lewat tak ada sesiapa yang nak marah dekat saya, pujuk Shah lagi. Dia kesian melihat Sha yang kelam-kabut bersiap untuk ke tempat kerja. Kelihatannya seperti ada kerja penting sahaja yang harus diselesaikan di tempat kerja nanti. Dia mula rasa bersalah. Jika bukan disebabkan dia, jam loceng yang banyak berjasa selama ini tidak akan mengejutkan mereka pada jam sembilan setengah pagi. Tak apa, saya boleh call teksi. Awak pergi la kerja. Memang la awak bos, tapi bos pun kena tunjuk teladan yang baik pada pekerja, balas Sha. Shah sekadar tersenyum. Susah betul nak bercakap dengan perempuan yang payah nak mengaku kalah ini. Ada sahaja modal yang mahu dibalasnya, gumam Shah dalam hati. Jom la! Lagipun saya malas la nak tumpangkan Lisa tu! Mengada-ada! Kalau saya tumpangkan awak, dia confirm tak leh nak kata apa-apa! Saya bukannya tumpangkan orang lain, isteri saya juga. Shah tersengih sambil menampakkan susunan giginya yang putih bersih. Kali ini, giliran Sha pula tersengih. Lucu mendengar kata-kata Shah. Ada udang di sebalik mi ruparupanya. Dia memandang BMW Sport berwarna putih yang hanya mempunyai dua tempat duduk itu sambil memikirkan sesuatu. Allah! Sha menepuk dahinya sendiri. Betul awak nak hantarkan saya? Yalah! Tapi saya kena terus pergi site! Ada benda yang

Sha Ibrahim

saya kena settlekan kat sana pagi ni. Sha bersuara lagi. memberitahu keadaannya yang sebenar. Kat mana aje awak nak pergi, saya akan hantar awak. Ill do anything for you my dear Sha. Shah terus membuka pintu di sebelah penumpang sambil menunjukkan isyarat agar Sha masuk. Sha sekadar tersenyum. Kalau tidak kerana keretanya dihantar untuk diservis, tidak mungkin dia akan menumpang lelaki itu pagi ini. Memang patut pun! Awak yang tak kunci jam tu semalam! Memang salah awak! Dah la tu, tak pasal-pasal saya tertinggal subuh! Omel Sha sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta. Aik! Awak ingat awak sorang ke yang tinggal subuh, bahu kiri saya ni pun dah senget sebab tinggal subuh tau tak! Shah tidak mahu mengalah. Dia turut sama masuk ke dalam perut kereta dan enjin terus dihidupkan lalu meninggalkan pekarangan banglo mewah milik mereka berdua.

Sha & Shah

Bab 2
Enam bulan sebelumnya. AU dah gila? Aku tak nak! Apa nak jadi pun jadilah! Sha tetap dengan keputusannya. Cadangan kedua orang tuanya untuk menjodohkan dia dengan Shah adalah perkara yang karut baginya. Tidak mungkin dia akan mengahwini lelaki yang selama ini dianggap sebagai sahabat karibnya sahaja. Ala Sha, please.... Aku lebih rela kahwin dengan kau daripada aku kahwin dengan perempuan lain yang langsung aku tak kenal. Mummy aku dah nekad. Dia kata kalau kita tak setuju dengan perkahwinan ni, dia akan jodohkan aku dengan anak kawan dia yang baru balik dari Mesir! Itu lagi gila! Tak sanggup aku kahwin dengan perempuan pangkat ustazah wei. Macam langit dengan bumi. Shah melepaskan keluhan berat. Macam malaikat dengan setan ke? Sha sempat berseloroh. Geli hati pula mendengar cerita Shah tadi.

Sha Ibrahim

Sebenarnya dia baru sahaja tahu mengenai perkara tersebut. Patut la Shah tiba-tiba sahaja bersetuju dengan rancangan ibu bapa mereka yang mahu menjodohkan mereka berdua. Melampau la tu... tahu la aku ni jahat, tapi tak adalah sampai naik pangkat jadi setan pulak. Shah sedikit berkecil hati dengan kata-kata yang terluah daripada mulut kawan baiknya itu. Sha hanya terdiam. Ala... sensitif la pulak mamat ni, detiknya dalam hati. Tapi, jomlah kita kahwin! Shah kembali kepada topik asal mereka bertemu hari ini. Woi! Kau ingat nikah kahwin ni macam main pondok-pondok apa? Suka hati, senang-senang je nak kahwin. Sha kembali geram. Geram dengan sikap Shah yang seakan-akan mahu mengambil jalan mudah bagi melepaskan diri dari kemelut yang melanda diri lelaki itu. Sedangkan dia, mama dan papanya tidaklah memaksa dia dalam hal itu. Malah dia diberikan masa untuk berfikir. Tolonglah beb! Hanya kau saja yang boleh tolong aku! Aku tak nak hidup aku terkongkong, aku tak sanggup nak pegang tanggungjawab sebagai seorang suami lagi beb! Banyak lagi benda yang aku tak tahu. Aku tak nak nanti aku akan sia-siakan anak dara orang. Aku tak rasa ada perempuan lain yang boleh faham dengan aku selain kau. Sha terus memandang tajam ke arah Shah. Dia melangkah perlahan menghampiri lelaki itu yang sedang menyandar di kereta. Tiba-tiba sahaja perasaan marah dan geram kepada Shah semakin menjadi-jadi. Kalau diikutkan amarahnya, mahu sahaja dia melayangkan penumbuk terus ke muka lelaki itu. Kau bercakap tak pakai otak, kan? Tak nak hidup

Sha & Shah

terkongkong? Tak nak pegang tanggungjawab sebagai seorang suami? Banyak benda yang kau tak tahu? Tak nak sia-siakan anak dara orang ye? Habis tu? Kalau kau kahwin dengan aku, hidup kau akan sentiasa bebas, kau tak payah jalankan tanggungjawab kau sebagai suami? Dan kau boleh sia-siakan anak dara yang sedang berdiri depan kau ni macam tu je ke? Kau ingat aku ni apa? Suara Sha mulai meninggi. Pandangannya kepada Shah mulai berubah. Shah faham sangat dengan pandangan itu. Dia tahu dia sudah terlanjur kata. Sha melangkah meninggalkan Shah dan berjalan menuju ke keretanya. Dia tidak boleh lama di situ. Silap-silap ada gigi yang berterabur nanti. Beb! Beb... beb... kau dengar dulu apa yang aku nak cakap ni. Shah melangkah laju mendapatkan Sha. Dengar apa lagi! Memang dah jelas. Kau nak jadikan aku ni macam alat, kan? luah Sha geram. Habis tu! Kau memang nak kahwin dengan aku? Kau kahwin dengan aku, lepas tu kita hidup macam suami isteri normal yang lain, macam tu? soal Shah pula. Soalan yang baru sahaja diajukan oleh Shah menyebabkan Sha terdiam buat seketika. Dia seakan-akan keliru buat seketika. Aku dah cakap aku tak nak kahwin dengan kau! Lagipun mama dengan papa tak paksa aku pun! Dia bagi aku fikir. Kalau aku tak setuju, mama dengan papa faham. Kali ini giliran raut wajah Shah pula yang berubah. Dia terus melangkah perlahan meninggalkan Sha. Ye la! Sebab tu la kau langsung tak nak tolong aku! Sebab kalau kau tak nak kahwin dengan aku pun, tak ada

Sha Ibrahim

sesiapa yang nak paksa kau kahwin dengan orang lain dalam masa terdekat, kahwin dengan orang yang langsung kau tak kenal. Aku pulak... entah... tak apalah. Kau balik la. Biar aku handle sendiri. Tahulah macam mana aku nak uruskan. Paling tak pun aku lari ke luar negara je! Senang! Nada suara Shah seperti orang sedang berjauh hati. Sha yang mendengar rintihan lelaki itu mula rasa kasihan. Tambahan pula, Shah adalah satu-satunya kawan lelaki yang paling rapat dengannya. Mereka berkawan sejak kecil. Mereka tidak pernah berpisah. Mereka terpisah buat kali pertama apabila masing-masing melanjutkan pelajaran. Dia hanya menyambung pelajarannya di Malaysia dan Shah pula di United State (US). Kau kan ramai makwe. Kau bawa la balik salah seorang jumpa dengan mummy kau. Mana tahu dia berkenan. Sha tidak jadi pulang. Dia mulai melangkah mendapatkan lelaki itu. Kalau aku boleh buat macam tu dah lama dah aku buat. Sebab tak berkenan dengan semua makwe aku la yang dia beria-ia sangat nak jodohkan kita. Tapi memang semua makwe aku tak boleh pakai pun. Buat stok suka-suka boleh. Buat bini... reject! Failed! Shah bersuara lemah. Kalau aku setuju nak kahwin dengan kau, kita tetap akan jadi suami isteri yang sah. Atau kau nak buat macam dalam cerita Melayu ataupun dalam novel-novel yang kahwin kontrak? Kalau kau nak buat macam tu aku tak nak! Aku ni tak la tahu sangat tentang selok-belok agama, tapi aku masih boleh bezakan dosa besar dengan dosa kecil. Berkahwin atas dasar kontrak berdosa besar kau tahu tak! Haram! Siapa cakap nak kahwin kontrak? Aku pun tahu tu semua haram.

Sha & Shah

Habis tu? Sha pula berdebar-debar mendengar jawapan yang seterusnya daripada Shah.

mahu

Kita kahwin. Lepas kita kahwin, kita biarkan takdir yang tentukan semua. Kita hidup macam biasa. Macam sebelum ni. Lagipun aku memang tak boleh hidup tanpa kau. Kau memang penting dalam hidup aku. Aku tak boleh nak bayangkan hidup aku tanpa kau. Kau satu-satunya kawan baik aku yang paling memahami aku. Beb, aku memang nak kau sentiasa di sisi aku. Shah menoleh dan merenung jauh ke dalam mata Sha. Jantung Sha mula berdegup kencang apabila ditenung begitu. Apatah lagi mendengar kata-kata yang terluah daripada mulut Shah. Ada perasaan halus yang mula menjalar masuk ke dalam sanubarinya. Kejap! Macam geli je apa yang aku cakap dekat kau tadi beb! Shah tiba-tiba bersuara kembali. Tahu tak apa! Meremang siot! Sha cepat-cepat melarikan diri. Dia pasti wajahnya sudah merah padam waktu itu. Tapi pasal kahwin tu, serius! Tak ada sesiapa yang boleh tolong aku selain kau. Kita kahwin. Kita hidup macam sebelum ni. Sebagai sahabat karib. Kalau tiba-tiba perasaan kita berubah dan bersedia nak hidup sama seperti suami isteri yang lain, kita teruskan saja. Tapi, percayalah. Aku janji, aku tak akan sentuh kau tanpa kerelaan kau sendiri. Shah bersuara perlahan. Namun masih mampu didengari oleh Sha yang sedang berdiri menghadap ke arah bukit bukau yang terbentang di hadapannya. Kalau tak ada apa-apa perubahan, kita bercerai. Begitu? soal Sha untuk mendapatkan kepastian. Kita tak payah bincang soal tu lagi, boleh tak beb.

10

Sha Ibrahim

Tiba-tiba Shah terasa berat untuk membincangkan soal perceraian. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Okey.... Suara Sha kedengaran agak sayup-sayup. A... apa dia beb? Ulang sekali lagi. Shah seakanakan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengari olehnya. Aku kata okey! Tapi kau kena ingat janji kau! Yes! Ni yang aku sayang sangat dengan kau ni beb! Tapi janji apa? Shah bersuara dengan girang. Janji yang kau takkan sentuh aku tanpa kerelaan aku. Bicara Sha lagi walaupun dia agak malu untuk bercerita mengenai perkara tersebut. Tetapi perkara itu memang wajib dibincangkan. Tengok la dulu macam mana. Mana la tahu... kan! Lepas kahwin aku tak tahan godaan, lagipun dah halal. Tak salah, kan? Shah tersenyum nakal. Shah! Kau dah janji dengan aku la tadi! Tak nak la aku kalau macam ni! Sha menjerit geram. Aku gurau jelah! Aku, kan dah janji. Aku, kan tak pernah mungkir janji dengan kau! Shah tersenyum. Sha turut sama tersenyum. Harapan mereka agar semua berjalan dengan lancar.

11

Sha & Shah

Bab 3
HA termenung sendiri di dalam pejabatnya. Semenjak dia berkahwin dengan Shah, tiada perkara lain yang sering menerjah ke dalam benak fikirannya selain hal perkahwinan mereka yang baru berusia enam bulan itu. Hari demi hari dia makin keliru. Seakan-akan tindakan yang dia ambil enam bulan yang lepas adalah tindakan yang salah. Dia sendiri langsung tidak tahu apa kesudahannya perkahwinan dia dengan Shah. Seperti tiada hala tuju. Bahkan dia turut merasakan perkahwinan ini seakan-akan langsung tidak adil buatnya. Dia terikat sebagai status isteri. Status yang membuatkan dia rimas. Sedangkan Shah, status suami seakan-akan langsung tidak memberikan sebarang kesan. Malah Shah tetap dengan perangai lamanya yang suka sangat bertukar teman wanita. Semakin hari perangai lelaki itu semakin melampau. Walaupun berita mengenai status sosialnya sering kali terpampang di dada akhbar dan majalah, namun langsung tidak memberi sebarang perubahan kepada lelaki itu. Lelaki itu tetap enjoy dengan kehidupannya. Dia pula

12

Sha Ibrahim

sering menjadi penyelamat kepada gosip liar yang sering melanda suaminya. Dia teringat lagi kata-kata yang terkeluar daripada mulutnya secara spontan bila ada wartawan menerjahnya beberapa hari yang lepas. Apa komen puan tentang sikap suami puan yang suka sangat bertukar teman wanita? Malah sekarang ni dia dikatakan hangat bermain cinta dengan supermodel terkenal, betul ke? Apa pula komen puan bila ada desas-desus mengatakan yang puan ni tak pandai jaga suami? Soalan pertama masih belum dijawab olehnya, wartawan lain pula mengajukan soalan kedua. Soalan yang membuatkan telinganya berdesing. Waktu itu hanya wajah Shah sahaja yang terbayang di ruangan matanya. Kalau ikutkan rasa marahnya, nak saja dia mengetuk kepala lelaki itu sekuat yang mungkin. Saya kenal suami saya. Saya mengaku dia memang ramai kawan perempuan tetapi suami saya anggap mereka semua kawan biasa. Tapi tak tahu la pulak kalau mereka yang anggap suami saya lebih dari kawan. Sebenarnya suami saya tak pernah berahsia dengan saya. Dia selalu juga bercerita tentang kawan perempuan dia tu, malah saya kenal dengan mereka walaupun ada antara mereka langsung tak kenal saya. Saya percayakan suami saya. Tiada istilah tak pandai jaga suami kalau kami saling percaya antara satu sama lain, saya percayakan dia dan dia percayakan saya. Waktu itu dia sendiri agak terkejut dengan katakata yang meluncur laju daripada bibir nipisnya. Semua terkeluar secara spontan. Mungkin disebabkan rasa sebal dan sakit hati yang membuak-buak. Sekarang ini, fungsi dia dalam perkahwinan itu

13

Sha & Shah

adalah sebagai pelindung kepada tabiat buruk suaminya. Bukan sahaja terpaksa menepis tuduhan daripada wartawan malah dia juga terpaksa mereka jawapan yang terbaik apabila perkara itu diketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Setakat ini, nasib masih menyebelahi dirinya dan Shah. Sampai bila aku boleh bertahan, aku pun tak tahu! Keluh Sha kuat.

SHA memanjat anak tangga dengan laju walaupun badannya terasa amat letih akibat kerja yang bertimbun di pejabat. Tetapi memandangkan dia sudah terlewat untuk maghrib dia berlari menuju ke bilik secepat yang mungkin. Waktu itu, Shah masih belum menampakkan batang hidungnya. Semenjak lelaki itu menjawat jawatan pengarah di syarikat bagi menggantikan bapa mentuanya yang baru bersara, wajah lelaki itu hanya akan kelihatan berada di rumah pada pukul sepuluh malam dan ke atas. Malah kadang-kadang membawa sampai ke pagi. Dia kenal Shah. Lelaki itu memang komited kalau diberikan tanggungjawab kepadanya. Kecuali dalam hal perkahwinan mereka? Untuk itu dia tiada komen. Usai mandi dan sembahyang maghrib, dia keluar dari bilik tidur lalu melangkah menuju ke bilik bacaan. Bilik yang digunakan untuk menyiapkan kerja-kerja yang tidak sempat dihabiskan di pejabat. Sebaik sahaja pintu dikuak, dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. Adui! Dia nikan, kalau buat kerja tak bersepah tak sah! Sakit hati betul! Sha merungut. Fail yang bertimbun di atas meja tulis diperhatikan. Ditambah pula dengan kertaskertas yang siap bergumpal bersepah sana sini di atas lantai.

14

Sha Ibrahim

Sejak berkahwin, memang menjadi rutin hariannya menjaga kebajikan lelaki itu. Dalam soal makan, pakai sehinggalah kemas rumah. Dia ingat aku ni bibik dia ke apa? Macam manalah aku boleh setuju nak kahwin dengan kau beb! Rungut Sha namun tangannya pantas mengutip kertas-kertas yang berterabur.

SHA! Awak! Bangunlah. Sha mendengar suara sayup-sayup memanggil namanya. Namun matanya masih lagi terasa berat untuk dibuka. Sha, bangunlah. Kenapa tidur kat sini ni? Sakit belakang tu nanti, masuk tidur kat bilik. Suara itu kedengaran lagi. Dengan malas dia membuka matanya dan terpandang wajah Shah yang sedang berdiri sambil tersenyum memandangnya yang sedang terbaring di atas sofa. Sha memandang sekeliling. Ruparupanya dia masih berada di dalam bilik bacaan. Dia sendiri tidak sedar macam mana dia boleh terlelap. Mungkin disebabkan keletihan selepas mengemaskan bilik itu tadi. Pukul berapa dah? Dah pukul sembilan setengah dah ni. Shah melilau memandang keadaan bilik bacaan yang sudah kelihatan kemas. Semalam, dia meninggalkan bilik itu dalam keadaan bersepah. Dia tersenyum. Awal awak balik? Sha bangun dan duduk sambil memandang Shah yang tidak habis lagi memandang

15

Sha & Shah

sekeliling. Kemudian, dia menggeliat kecil membetulkan saraf-sarafnya yang terasa lenguh. Kerja tak banyak. Balik la awal. Shah terus melabuhkan punggung di sisi Sha. Wajah gadis itu diperhatikan lama sehingga menimbulkan rasa tidak selesa buat Sha. Yang awak pandang saya tak berkelip ni kenapa? soal Sha. Tangannya terus sahaja meraba dan menggosok wajahnya berkali-kali. Manalah tahu sekiranya ada sesuatu pada wajahnya yang membuatkan lelaki itu merenungnya tidak berkelip. Awak dah isyak? Shah menyoal kembali. Soalan Sha hanya dibiarkan sepi. Belum. Saya tertidur lepas maghrib tadi, lepas kemaskan bilik ni terus saya terlelap. Awak? Dah isyak ke? Tanya Sha. Tetapi melihat keadaan lelaki itu yang sudah lengkap memakai T-shirt nipis dan berseluar pendek paras lutut, dia boleh mengagak lelaki itu sudah siap mandi dan bersolat. Rambut lurus lelaki itu yang masih basah walaupun sudah disisir rapi menguatkan lagi sangkaannya. Dah! Shah tersengih menampakkan susunan giginya yang putih. Mata lelaki itu masih lagi menatap wajah isterinya. Dari raut wajah Shah, Sha sudah dapat mengagak ada sesuatu yang sedang bermain di minda lelaki itu. Awak nak apa dari saya? Tak payah pandang saya macam nak telan. Awak nak apa? Nak cakap apa? Sha sudah bangun dari sofa. Dia tidak betah untuk terus duduk di samping lelaki itu. Dia memang tidak selesa. Awak memang pandai la Sha. Macam mana awak tahu?

16

Sha Ibrahim

Eleh! Dah pandang orang macam tengok alien, budak kecik pun boleh agak ada makna di sebalik renungan awak tu? Apa dia? Sha kembali menyoal.

KUT ya pun duduklah dulu, awak nak ke mana tu? Shah menepuk-nepuk sofa di sebelahnya. Matanya memberi isyarat agar Sha duduk kembali di sebelahnya. Memang ada sesuatu yang ingin dia tanyakan kepada gadis itu. Dengan malas, punggungnya di sisi Shah. Sha kembali menghenyak

Shah terus membetulkan kedudukannya dan menghadap Sha. Jangan pandang saya macam tu boleh tak? Rimas la! He he he... ala, saya tahu la renungan mata saya ni boleh cairkan ramai gadis. Takkan awak pun cair dengan renungan saya jugak kut, seloroh Shah. Padahal bukan itu yang mahu dibincangkannya. Gara-gara Sha yang kelihatan tidak selesa bila ditenung begitu membuatkan hatinya ingin sangat mengusik gadis itu. Tolonglah! Tak kuasa tahu tak! Awak nak cakap ke tak nak ni? Kalau tak nak, saya nak keluar ni. Nak isyak lepas tu nak tidur. Merah padam muka Sha bila diusik begitu. Geram pun ada. Kalau ikutkan hatinya yang panas, mahu sahaja dia mengetuk kepala lelaki itu. Perkara yang dia selalu lakukan sewaktu mereka belum bergelar suami isteri. Tetapi semenjak dia bergelar isteri kepada lelaki itu, entah mengapa tabiatnya itu terus sahaja berubah. Ala, nak bergurau sikit pun tak boleh! Awak

17

Sha & Shah

sensetip (sensitif) sangat la lepas kahwin ni. Ini... saya nak tanya pasal bos awak. Maksud saya anak perempuan bos awak. Shah berterus terang. Tidak sabar menunggu jawapan daripada Sha. Maksud awak Cik Atilia ke? Haah! Atilia la... awak rapat tak dengan dia? Dia macam mana ek? Okey tak? Shah bersuara girang. Sha merengus perlahan. Sudah boleh mengagak. Pasti berkaitan dengan perempuan. Pasti lelaki itu sudah terpikat dengan anak perempuan majikannya pula. Tak ada la rapat mana pun. Dia merangkap bos saya juga tu, dia kerja dengan ayah dia juga. Satu syarikat dengan saya. Dia okey tak? Baik tak? Shah menyoal tanpa henti. Sebenarnya hatinya sudah terpaut dengan kejelitaan dan keseksian yang dimiliki oleh gadis yang bernama Atilia itu. Baik? Entah. Baiklah kut. Saya tak pernah kena marah. Kenapa? Dah terpikat dengan dia pulak ke? Supermodel Si Maya tu nak letak dekat mana? Sha tersenyum sinis. Entah mengapa terasa lucu pula. Sikap Shah tidak pernah nak berubah. Sejak mereka berkawan baik lagi, sudah menjadi tabiat lelaki itu yang suka berkawan dengan ramai perempuan yang cantik dan seksi. Saya kawan sajalah dengan Maya tu. Oh! Bukan dengan Maya je. Semua perempuan yang rapat dengan saya selama ni kawan saya. Alah, reporter yang suka buat spekulasi. Habis tu? Cik Atilia ni pulak? Sha cuba menduga. Menanti jawapan yang bakal diberikan oleh Shah pula.

18

Sha Ibrahim

Kawan juga. Saya nak berkawan juga dengan dia, alah awak ni. Macam la awak tak kenal dengan saya. Saya, kan memang macam ni sejak zaman sekolah lagi. Yelah! Memang la awak anggap mereka semua tu sebagai kawan je. Tapi mereka? Mereka anggap awak lebih daripada tu, tahu tak? Apa tidaknya. Awak yang terlebih sangat layan dia orang. Kawan? Tapi bawa makan kat tempat high class. Bagi bunga la, beli barang mahal-mahal la. Kawan ke layan sampai macam tu sekali? bidas Sha. Dalam masa yang sama, ada sikit rasa tidak enak dalam hatinya. Namun dia sedaya upaya cuba untuk menafikan. Hey, look! Sebagai seorang lelaki yang budiman, baik hati, romantik dan gentleman... memang kena layan perempuan macam tu. Memang tugas seorang lelaki untuk menjaga perempuan. Layan perempuan elok-elok. Tak baik kalau buat naya dekat perempuan. Saya just buat apa yang patut. Salah dia orang sendiri la kalau salah anggap dengan layanan saya. Shah menerangkan dengan panjang lebar sambil mendabik dada. Sha yang mendengar penjelasan lelaki itu rasa macam mahu termuntah. Geli hati pun ada juga. Memang lelaki yang bernama Shah ni tak pernah nak berubah. Sama sejak dulu! Dah habis dah? Suka hati awak la. Kalau saya cakap apa-apa pun bukannya awak nak dengar. Saya takkan menang punya. Sha bangun semula. Eh! Tunggu la dulu, belum habis lagi ni? Atilia ni macam mana? Dah ada special bf belum? Awak tahulah, kan. Saya ni tak suka kacau hak orang. Itu memang pantang saya. Entah. Manalah saya tahu! Awak tanya la dia

19

Sha & Shah

sendiri. Saya malas nak masuk campur dengan hobi pelik awak ni. Sha sudah berjalan menuju ke pintu. Makin dilayan lelaki itu makin pening kepala dibuatnya. Ala Sha, tunggulah! Saya ngantuk la! Malas! Nak tidur. Sha sudah hilang di sebalik pintu. Ala, kalau awak tak nak bagitau saya pun boleh tanya sendiri la. Ini Shah la. Cara dia pandang saya masa jumpa saya tadi pun saya dah tahu dia memang dah jatuh minat dekat saya. Omel Shah sendiri sambil tersenyum nakal. Bangga pula rasanya dikurniakan rupa paras yang cukup tampan. Oh, ya! Kalau awak nak sambung kerja awak, jangan sepahkan bilik ni lagi. Malas dah saya nak kemas! Sha tiba-tiba menguak pintu dan bersuara memberikan pesanan kepada Shah. Hampir terloncat Shah dibuatnya. Sudah jauh dia berangan rupa-rupanya. Tapi yang peliknya, bukannya wajah Atilia yang terbayang di ruangan matanya waktu itu tetapi wajah mencuka isterinya yang membuatkan hatinya sedikit tercuit. Cemburukah Sha?

20

Sha Ibrahim

Bab 4
HA menuangkan kopi panas lalu diberikan kepada Shah yang sedang mengunyah sekeping roti bakar sambil membaca akhbar. Sejak mereka hidup bersama, sarapan pagi menjadi rutin harian yang wajib mereka lakukan bersama. Waktu beginilah mereka boleh duduk bersama di meja makan walaupun tidak memakan masa yang lama. Sha melabuhkan punggung setelah semua kerjanya selesai. Dia mencapai kopi panas yang siap dituang lalu dihirup perlahan. Sha lebih suka menikmati hidangan pagi sambil melayan perasaan. Dia hanya akan berbicara bila ada topik untuk dibualkan. Berbeza dengan Shah, lelaki itu memang suka membelek akhbar sehinggalah selesai bersarapan. Sha, awak rasalah kan... Atilia tu tahu tak tentang perkahwinan kita? Shah tiba-tiba menutup surat khabar lalu melipatkannya dan diletakkan ke tepi. Dia memandang Sha yang sedang menikmati kopi panas di hadapannya. Tak habis lagi rupa-rupanya. Sha merungut dalam

21

Sha & Shah

hati. Dia meletakkan cawan yang berisi kopi panas sebelum mencapai sekeping roti bakar yang disapu mentega. Sha, saya tanya ni. Shah bersuara lagi apabila Sha seakan-akan langsung tidak mahu melayan soalan yang dikemukakan sebentar tadi. Saya dengar la. Dah tentu la dia tahu. Dia pernah tanya saya juga pasal awak. Dan awak pun jangan lupa, majlis perkahwinan kita jadi tajuk utama kat paper dan majalah. Satu Malaysia ni tahu yang anak tunggal Tan Sri Borhan dah mengakhiri zaman bujang dia. Awak jangan nak berangan yang Cik Atilia tu tak tahu apa-apa pasal perkahwinan kita pulak, jawab Sha panjang lebar. Dia seakan-akan mengerti maksud di sebalik soalan yang dikemukakan oleh Shah. Eh, eh. Saya tak cakap apa-apa pun. Cuma saya pelik. Kalau dia tahu yang saya ni dah kahwin, tahu jugak yang awak tu isteri saya, kenapa senang je dia terima pelawaan saya untuk lunch hari ni? Shah memandang Sha sambil mengangkat-angkat keningnya. Cuba untuk memancing reaksi dan jawapan yang bakal keluar daripada mulut Sha. Apa yang nak dihairankan? Awak kan handsome, romantik, gentleman, pandai ambil hati perempuan. Semua perempuan nak keluar dengan awak, kan? Walaupun susah untuk Sha mengeluarkan kata-kata pujian itu, namun digagahi juga kerana tidak mahu Shah terus berlagak dan mendabik dada di hadapannya. Shah seakan-akan mahu menyakiti hatinya. Namun, dia hanya mampu mendiamkan diri dan tidak menunjukkan sebarang ekspresi pada wajahnya. Padahal waktu itu timbul perasaan yang membuatkan dadanya begitu sesak dan perasaannya menjadi kacau. Eh! Awak puji saya ke?

22

Sha Ibrahim

Tak la! Kutuk! Dah la, awak ni tak nak pergi kerja ke? Karang lewat pulak. Malas Sha nak melayan kerenah Shah yang menyakitkan hati itu. Shah hanya mengekek ketawa. Suka benar dia melihat wajah merah padam Sha ketika menahan marah. Nak pergi la ni. Saya balik lambat kut malam karang. Saya ada dinner appointment, tak tahulah kalau bawa sampai ke pagi. Client dari US yang baru sampai pagi ni, awak tahulah waktu kita tidur dia orang berjaga. Shah bangun dan mencapai briefcase lalu berdiri tegak memerhatikan Sha yang hanya mengangguk mendengar kata-katanya tadi. Apa lagi yang awak tunggu? Saya nak kemas benda ni baru saya pergi kerja. Sha turut bangun dari tempat duduknya namun sedikit pelik melihat telatah Shah yang berdiri tegak sambil merenungnya. Awak tak nak cium tangan suami awak ni dulu ke? Shah menyoal dengan wajah serius. Awak pulak, nak mandi sekali lagi dengan kopi panas ke? Soal Sha kembali dan serentak dengan itu terburai gelak tawa yang kuat daripada mulut Shah. Lucu sangat melihat wajah Sha yang menahan marah dan malu dalam masa yang sama. Cantik la muka awak Sha bila tahan marah dengan malu dalam masa yang sama. Shah masih belum mahu berhenti dari terus mengusik Sha. Dah la Shah, geli la saya dengan mulut manis awak tu. Awak simpan la ayat mengayat awak tu untuk perempuan lain. Sha mengangkat cawan-cawan yang berada di atas meja lalu dibawa ke dapur. Malas untuk dia terus berada lama di situ. Makin lama makin menjadi-jadi sikap Shah yang suka mengusik.

23

Sha & Shah

DIA nikan, tak habis-habis dengan sikap pelupa dia tu, bebel Sha sendiri. Tangannya cekap mengendalikan stereng kereta. Sekali-sekala matanya menjeling fail hitam yang diletakkan di tempat duduk penumpang di sebelahnya. Nasib baiklah dia naik ke atas untuk mengambil fail kerjanya lalu menemukan fail kerja lelaki itu. Dekat fail bukan main lagi siap ada sticky note, untuk pembentangan hari ni. Alih-alih tertinggal jugak. Sha terus menyambung bebelannya. Dia terpaksa memandu, menuju ke syarikat milik Shah dahulu untuk menyerahkan fail itu. Harapannya pembentangan yang dimaksudkan pada nota berpelekat itu bukan pembentangan yang berlangsung pada pagi ini. Dia risau sekiranya dia gagal sampai tepat pada masanya di pejabat lelaki itu. Jalan raya pula kelihatan sesak dengan kenderaan. Shah... Shah, sampai bilalah awak nak berdikari? Patutlah masa belajar dekat US siap upah maid jaga makan pakai awak. Sha tiba-tiba teringat, Shah pernah memberitahunya tentang perkara itu suatu ketika dahulu. Tetapi apa yang hendak dihairankan? Shah memang terlalu dimanjakan sejak kecil. Maklumlah anak tunggal. Sedangkan dia, anak bongsu daripada dua orang adik-beradik namun dia suka hidup berdikari sejak kecil. Itulah yang membuatkan dia dan Shah berbeza. Namun mereka berdua boleh begitu serasi dalam persahabatan. Pelik tapi benar!

SHAH panik seketika. Habis beg yang dibawa ke pejabat diselongkar. Namun fail yang dikehendaki langsung tidak kelihatan. Mesyuarat bila-bila masa sahaja akan bermula. Seingat dia, dia sudah memasukkan fail tersebut ke dalam

24

Sha Ibrahim

beg kerjanya pagi tadi. Takkan tertinggal kut? Aku rasa aku dah ambil la tadi. Ketukan pada pintu membuatkannya sedikit terkejut. Arahan masuk diberikan. Catherine, setiausahanya melangkah lalu menghulurkan sebuah fail hitam kepadanya. Dengan pantas Shah menyambar fail tersebut lalu membelek cemas. Kemudian dia tersenyum lega namun beberapa saat kemudian dahinya berkerut. Wajah Catherine diperhatikan. Macam mana fail ni ada dengan you pulak? Your wife, Puan Sha hantar tadi. Katanya you tertinggal, beritahu Catherine. Thank God! Nasib baik. Kalau tak last minute saya kena batalkan meeting pagi ni. Dia mana? Dah balik. Katanya dia dah lewat untuk ke ofis. Ujar Catherine. Mendengar kata-kata setiausahanya menyebabkan timbul perasaan bersalah dalam hati Shah. Disebabkan dia, Sha lewat untuk ke pejabat. Namun bibirnya masih menguntum senyuman. Macam manalah kehidupannya nanti kalau Sha tiada di sisi? Dia mengaku. Dia agak takut untuk memikirkan semua itu.

APA mimpi awak telefon saya ni? Sha menjawab panggilan daripada Shah. Matanya pula tidak lekang dari terus memerhati skrin komputer di hadapannya. Sebenarnya dia agak sibuk sekarang. Kena mimpi dulu ke baru boleh telefon isteri sendiri? soal Shah sambil tergelak nakal di corong telefon.

25

Sha & Shah

Sha merengus. Mula la tu! Tak adalah, biasanya awak jarang sangat telefon saya waktu bekerja ni. Meeting dah habis ke? soal Sha kembali. Dia diberitahu tentang mesyuarat itu semasa dia menghantar fail ke pejabat lelaki itu pagi tadi. Dah, baru je habis. Sebab tu saya call awak. Thanks untuk fail tu. Oh! Tak ada apa-apa. Saya kebetulan nampak fail tu atas meja. Awak pun satu jugak, dah tahu fail tu penting tak masukkan dalam briefcase awal-awal. Nasib baik juga saya naik semula ke atas nak ambil fail saya, ujar Sha. Pandangannya mula dilarikan dari skrin komputer. Tumpuannya sudah lari. Ye, saya tahu saya salah! Jom keluar makan tengah hari. Saya belanja. Aik! Bukan ke awak ada lunch date dengan Cik Atilia? Masih terngiang-ngiang kata-kata Shah pagi tadi. Ala... dengan Atilia lain kali pun boleh. Jomlah, lagipun dah lama kita tak lunch sama. Hujung minggu pun saya asyik sibuk je kebelakangan ni. Jom la, saya belanja. Saya sibuk la Shah. Awak keluar la dengan Atilia, kita lunch sekali kat rumah hujung minggu ni je. Tu pun kalau awak tak ada hal la. Sha terpaksa menolak walaupun hakikatnya hatinya begitu senang dengan pelawaan itu. Kat rumah lain... kat rumah awak yang masak. Kat luar, chef yang masak. Eh! Sejak bila pula awak tak suka masakan saya ni? Dah jumpa tukang masak lebih hebat dari saya ke? Sha cuba menduga. Suka pula dia menguji lelaki itu.

26

Sha Ibrahim

Wooo! Tiada sesiapa yang boleh lawan masakan awak setakat ni. Setakat ni perut saya paling suka masakan awak dengan mummy je. Masakan orang lain sekadar nak alas perut boleh! Jujur Shah meluahkan kata. Jawapan Shah mengundang gelak tawa Sha. Kembang hatinya sekejap mendengar pujian lelaki itu walaupun itu bukannya pujian pertama daripada Shah. Sejak dulu, memang lelaki itu suka memuji masakannya. Ye la tu! Saja la tu nak ambil hati saya sebab hantar fail tadi. Tapi serius, saya busy la Shah. Lain kali okey! Nak buat macam mana... awak tak sudi. Suara Shah kedengaran agak perlahan. Mungkin kecewa. Namun Sha sekadar tersenyum. Tahu sangat, Shah sengaja mahu memancingnya lagi. Tetapi sayang, dia memang sibuk. Laporan tersebut mesti disiapkan dengan kadar yang segera. Eleh! Tak payah nak buat nada merajuk! Macam la saya baru kenal awak semalam. Adui! Susah betul la nak tipu awak ni, semua benda awak tahu pasal saya, rajuk Shah. Yalah! Tingkah laku awak, perangai awak, dah sebati dalam kepala saya ni tau! Sha tergelak kecil. Diikuti dengan suara Shah yang turut sama tergelak. Okey la! Lain kali sajalah. Anyway, terima kasih sangat-sangat pasal tadi. Kalau awak tak hantar fail tu, mesti bising staf kalau saya batalkan meeting tu last minute! Tak ada apalah. Ujar Sha jujur.

27

Sha & Shah

Bab 5
HAH tersenyum sendiri bila teringatkan pertemuannya dengan Atilia semalam. Cara gadis itu melayannya langsung tidak menampakkan bahawa gadis itu sudah mengetahui mengenai statusnya yang sebenar. Atilia kelihatan begitu mesra dengan dirinya. Malah respons yang diberikan membuatkan dia begitu yakin bahawa gadis itu memang menyukai dirinya. Dia pula, dia memang suka berkawan denga kaum Hawa. Tetapi untuk menyatakan rasa sayang atau cinta, setakat ini masih tiada seorang gadis pun yang boleh membuatkan dia mengucapkan kata-kata keramat itu. Siapalah yang bertuah agaknya? Hai Shah. Sapaan di muka pintu pejabatnya menyedarkan dia dari lamunan. Gadis tinggi lampai dan kelihatan begitu seksi tersenyum menggoda memandangnya. Boleh I masuk? Mila meminta izin. Namun belum sempat Shah memberikan jawapannya, gadis itu sudah menyusun langkah menghampiri

28

Sha Ibrahim

dirinya. Shah sekadar tersenyum. Arif dengan perangai gadis ini. Salah seorang pekerja perempuan yang paling rapat dengannya. Gadis yang kerap juga menjadi penemannya apabila dia keseorangan ke sesuatu tempat pada waktu pejabat. Ni awal-awal pagi you dah masuk bilik I, tak ada kerja ke? soal Shah sambil memandang sekilas gadis itu. Kemudian dia kembali fokus pada fail yang terbuka di hadapannya. Hakikatnya, dia memang tidak senang dengan sikap Mila yang suka masuk ke biliknya tanpa meminta izin terlebih dahulu. Jika dahulu, sewaktu dia masih menjawat jawatan pengurus besar, dia masih boleh terima sikap itu. Namun setelah dia duduk di kerusi pengarah menggantikan daddynya, dia merasakan tindakan Mila itu tidak berapa elok dipandang orang. Dia tidak mahu perkara itu menjadi buah mulut pekerja di dalam syarikat tersebut. Dia sedar itu adalah khilafnya. Dia sendiri yang tidak bersungguh melarang gadis itu agar lebih bersikap profesional apabila berada di pejabat. Apatah lagi pada waktu kerja. I rindu kat you. Tengah hari ni kita lunch samasama nak? Mila bersuara manja. Tangannya mula menjalar ke leher Shah menyebabkan Shah terpaksa bangun dari kerusi dan berjalan menjauhi gadis itu. Mila, I dah beritahu you sebelum nikan. Ini pejabat, jaga kelakuan you sikit. Nada suara Shah berbaur arahan. Mila merengus. Ala... you ni, sebelum ni okey je. Sejak you ambil alih syarikat ni dari daddy you... you dah berubah. You tak mesra macam dulu, rungut Mila. Dengan bersahaja dia

29

Sha & Shah

melabuhkan punggung di kerusi Shah tanpa ada perasaan takut mahupun segan. Shah yang melihat sikap gadis itu mula menggelengkan kepala. Ini kalau dia cerita kepada Sha, mahunya Sha membebel pada dia yang langsung tidak matang. Ye ke? Sempat Shah bermonolog sendiri. Kalau you tahu yang I dah pegang jawatan pengarah, you takkan berani duduk dekat kerusi I tu. Bangun.... Dah la Mila, I rasa baik you keluar buat kerja you. I busy sangat sekarang ni. Banyak benda yang I kena uruskan. Jawatan I tak boleh nak duduk bersenang-lenang macam you. Boleh tak kalau you keluar dan buat kerja you? Shah masih mampu berlembut. Gadis itu disuruh bangun dari kerusinya dengan sopan. Dengan malas Mila bangun dari kerusi itu sambil mencebik. Geram pula dengan sikap Shah yang semakin dingin dengannya. Dia sedar hubungannya dengan Shah hanyalah kawan. Malah lelaki itu tidak pernah mengucapkan kata sayang mahupun cinta kepadanya. Namun hubungan mereka begitu rapat dan mesra. Cuma sejak kebelakangan ini sahaja hubungan dia dengan Shah mulai renggang. Ada sedikit perasaan kecewa. Jadi you tak nak keluar makan dengan I la ni? soal Mila sekali lagi. Tidak berputus asa. Sorry... I ada hal. I ada appointment tengah hari ni, terang Shah. Dengan siapa? Model terkenal tu ke? soal Mila berbaur cemburu. Dia tahu, dia langsung tidak layak bergandingan dengan model terkenal yang sering kali digosipkan dengan Shah. Model itu terlalu cantik dan seksi. Sedangkan dia, dia

30

Sha Ibrahim

akui wajahnya memang menjadi rebutan lelaki di pejabat. Namun tidaklah secantik model itu. Mila... you tahu kan... Ya! I tahu, you tak suka I masuk campur urusan peribadi you, potong Mila. Tahu sangat ayat yang bakal terluah dari bibir seksi lelaki itu. Good! Sebab tu la kita boleh berkawan. Sebab you jenis yang cepat faham. Yalah tu. Okey la... I keluar dulu. Bicara Mila. Mengalah dengan arahan Shah. Oh, ye! Please lain kali, sebelum masuk ke pejabat I sila berurusan dengan secretary I dulu. Tak manis la you masuk bilik I sesuka hati. I tak nak jadi buah mulut pekerja nanti. Shah sempat meninggalkan pesanan sebelum gadis itu berlalu pergi. Mila hanya mengangguk malas tanpa mengeluarkan sepatah kata.

SHA melangkah keluar dari pejabat untuk bertemu dengan Atilia selepas makan tengah hari. Ada urusan kerja yang mahu dibincangkan dengan Atilia. Pintu bilik Atilia diketuk dengan perlahan. Apabila menerima arahan masuk, dia menguak pintu dan melangkah masuk. Kelihatannya Atilia ada tetamu. Lelaki. Saya mengganggu ke? Kalau Cik Atilia busy, saya boleh keluar dulu. Mungkin kita boleh bincang kemudian. Sha berpaling mahu melangkah meninggalkan Atilia. No! Sekejap. I nak kenalkan you dengan kawan I yang baru balik dari US. Kawan lama I.

31

Sha & Shah

Mesra sahaja nada suara Atilia. Itu menimbulkan sedikit rasa pelik dalam hati Sha. Biasanya Atilia agak kurang ramah dan mesra dengannya. Apatah lagi, tiba-tiba mahu memperkenalkan kawan lamanya dengan dia. Itu lagi menimbulkan tanda tanya. Saya kenal dengan kawan Cik Atilia ke? soal Sha kembali. Dia mula melangkah menghampiri Atilia. Tak! Kawan I ni berminat nak kenal dengan you, katanya dia jumpa dengan you masa dekat lif tadi, beritahu Atilia. Sha terfikir sejenak. Dekat lif? Ramai yang dia jumpa semasa di dalam lif selepas keluar makan tengah hari dengan kawan baiknya yang satu pejabat, Mariatie. Entahlah! Dia langsung tak perasan! Detik hatinya sendiri. I kenalkan you dengan Iskandar. Kawan baik I sejak zaman sekolah sebelum dia ikut family dia berhijrah ke US. Lelaki yang sedang duduk di sebelahnya yang sedang berdiri terus bangun dan menghadapnya. Tangan lelaki itu dihulur dan dia menyambut salam tersebut sambil menghadiahkan senyuman nipis. I Iskandar! Sha right? Nama you memang Sha je ke? soal lelaki itu ramah. Sha mula rasa tidak selesa. Dia cuba menarik tangannya yang digenggam erat oleh lelaki itu. Tak, Farisha. Tapi I lebih suka dipanggil Sha saja. Sha terus menarik kuat tangannya. Nasib baik berjaya. Dalam hati, dia mula geram dengan lelaki itu. Dia tahulah lelaki itu memang mempunyai wajah yang menarik. Dengan badan yang tegap dan ketinggian yang cukup membuatkan lelaki itu kelihatan begitu sempurna. Namun, dia bukannya gadis yang

32

Sha Ibrahim

mudah terpikat dengan mana-mana lelaki. Hatinya memang payah untuk dimenangi. Kalau you nak tahu Sha, Iskandar ni pun usahawan yang berjaya juga kat US. Family dia semua terlibat dengan perniagaan. Aset dia memang banyak dekat US, jelas Atilia. Ada aku kisah? Kenapa harus cerita semua ni pada aku? Aku tak hairan dengan benda tu semua. Suami aku pun kaya-raya apa? Ish! Apa benda yang aku merepek ni, desis Sha dalam hati. Sudah jauh dia mengelamun. Namun apa yang pasti dia tidak betah untuk terus berada di dalam bilik itu. Dia mesti keluar dengan kadar yang segera. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu la Cik Atilia. Sebenarnya ada banyak kerja yang saya kena uruskan. Sha meminta diri. Berharap sangat agar Atilia membenarkan dia keluar. Okeylah, kita jumpa bila I free untuk bincangkan pasal projek tu. Terima kasih Cik Atilia. Encik Iskandar, saya minta diri dulu. Sha tidak menunggu lama. Langkahnya terus diatur menuju ke pintu. Wow! Interesting! Iskandar kembali duduk. Bibirnya tidak lekang dari mengukir senyuman manis. Pertama kali dia terserempak dengan gadis itu semasa menaiki lif, dia sudah jatuh suka dengan Sha. Perwatakan yang bersahaja. Ceria. Malah ada sesuatu yang susah untuk dia luahkan dengan kata-kata. Iskandar mula terbayang gelak tawa gadis itu semasa berborak dengan kawannya di dalam lif. Senyuman gadis itu begitu manis. Malah, cara gadis itu yang langsung tidak kisah akan kehadirannya di dalam lif tersebut membuatkan dia semakin ingin mengenali Sha. Oh, no! Shes married okay!

33

Sha & Shah

What? Youre kidding me! Serius? Iskandar seperti tidak boleh menerima apa yang baru saja dia dengar. Hakikat yang sedikit sebanyak membuatkan dia agak kecewa. Takkan I nak bergurau kut! Hubby dia pun handsome. Jutawan lagi tu. Serius. I baru je nak kenal dengan lebih dekat lagi dengan dia. Tapi, dia langsung tak nampak macam orang yang dah kahwin. Whos that lucky guy? Iskandar masih terus berminat untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai Sha. Fariz Ameerul Shah. Jutawan muda yang terkenal. Atilia menyebut nama Shah dengan begitu kuat. Dahi Iskandar mula berkerut. Cuba mengingati sesuatu. Shah! Fariz Ameerul Shah! You tak bergurau dengan I, kan? Kenapa pula I nak bergurau dengan you? You kenal dengan Shah ke? soal Atilia. Pelik bila seseorang yang jarang menjejakkan kaki ke Malaysia kenal dengan Shah. Tetapi apa yang hendak dihairankan, Shah memang cukup terkenal. Tak mustahil kalau sampai ke luar negara. Atilia tersenyum sendiri. What a small world! Bertemu lagi ye kita Shah! Iskandar tersenyum penuh makna. You kenal? Come on! Siapa yang tak kenal dengan playboy terkenal macam Shah? Kami selalu berjumpa masa kat US dulu walaupun lain universiti. Wow! Tak sangka pula dia dah kahwin. Serius I terkejut. Playboy macam Shah dah mengakhiri zaman bujang. Gila! Iskandar menggelenggelengkan kepala. Langsung tidak boleh menerima berita tersebut.

34

Sha Ibrahim

Kalau dah kahwin memang tak boleh jadi playboy lagi ke? soal Atilia. Iskandar meluaskan matanya. Seperti memahami maksud pandangan tersebut. Atilia mengangguk penuh makna. I pun pernah keluar juga dengan dia. Wooo! Jangan bagitau I yang you dah jatuh cinta dengan dia? Lepas satu, satu perkara mengejutkan Iskandar. In love? Im not sure. Suka? Yes! I memang sukakan dia. Dia... Okey! Stop it! I dah tahu apa yang you nak cakapkan... I dah lali sangat dengan pujian gadis-gadis pada lelaki yang bernama Fariz Ameerul Shah tu. Isteri dia tahu ke husband dia macam tu? soal Iskandar. Masih berminat dengan Sha. Jangan diberitahu Sha juga tergolong dalam kategori playgirl sudahlah. Cukuplah segala kejutan yang dia tahu hari ini. Entah. Tahulah kut. Sha tu... entahlah I pun tak faham dengan dia. Pandai betul dia tepis gosip-gosip liar pasal husband dia. Kadang-kadang I tengok dia macam langsung tak kisah pasal cerita panas suami dia dekat luar. You tengoklah dia, bukan jenis yang mudah mesra dengan orang yang dia baru kenal. Dan dia pun nampak agak kasar sikit. Pakaian dia, formal sangat. Susah untuk you tengok dia berpakaian seksi ataupun kelihatan feminin macam gadisgadis ataupun isteri-isteri orang kaya yang lain. I pun pelik sebenarnya dengan Sha ni. Panjang lebar Atilia bercerita mengenai Sha. You know what! Bila I dengar cerita you pasal Sha, I rasa Sha memang seorang yang cukup menarik! Luah Iskandar dengan perasaan teruja.

35

Sha & Shah

Makin menarik bila dia adalah isteri kepada Shah. Hi buddy! Long time no see. Ada hutang yang kau kena bayar dengan aku bro! Detik Iskandar dalam hati. Senyumannya makin melebar memandang Atilia yang mula berkerut dahi melihat telatahnya.

TAK nak makan kat sini dulu ke Shah? soal Puan Sri Marina melihat anaknya yang mula bangun dari bangku besi berhadapan dengan suaminya di Taman Villa Mewah milik mereka. Tak apalah mummy, Shah makan dekat rumah je, jawab Shah terus mendapatkan Puan Sri Marina dan mencium pipi wanita itu. Kemudian dia mendapatkan daddynya dan tangan lelaki itu pula dicium. Amboi! Sejak kahwin ni, asyik makan kat rumah je. Makanan mummy masak dah tak sedap ke? seloroh Puan Sri Marina. Sengaja mahu mengusik anak tunggalnya itu. Sebenarnya dia gembira melihat perubahan anaknya. Walaupun gosip berkenaan anaknya dengan perempuan masih berleluasa sehingga membuatkan kepalanya sakit, sekurang-kurangnya dia suka melihat kebahagiaan anak tunggalnya dengan menantu pilihannya sendiri. Apatah lagi Sha memang pandai mengambil hatinya. Isy! Mummy ni. Tak adalah. Shah selalu sangat balik lewat sejak kebelakangan ni. Ini nak balik awal sikit. Lagipun dah janji dengan Sha nak balik makan malam hari ni. Awak ni ke situ pulak. Anak awak ni masih dalam mood honeymoon. Mana boleh jauh dari isteri. Dia sendiri

36

Sha Ibrahim

pun cakap tadi, dia selalu sangat balik lewat kebelakangan ni. Hari ni dapat balik awal, balik la awal. Itu pun awak tak faham ke? Tan Sri Borhan pula menyambung seloroh isterinya. Kali ini betul-betul membuatkan Shah tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan reaksi wajahnya. Faham sangat dengan gurauan itu! Kalaulah keluarga dia tahu mengenai kehidupan sebenar dia dengan Sha, macam manalah agaknya nanti? Macam-macam la mummy dengan daddy ni. Shah balik dulu. Assalamualaikum. Pamit Shah sebelum bergerak pulang ke rumahnya.

ALAHAI. Banyak la pulak kereta. Shah mengeluh untuk kesekian kalinya. Dia paling tidak suka bila terperangkap dengan kesesakan lalu lintas. Inilah risiko apabila hidup di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur. Bagus! Sekarang langsung tak bergerak! omelnya geram. Badan disandarkan ke kerusi dan nafas ditarik sedalam mungkin lalu dihembus perlahan. Entah mengapa, dia mula teringat akan peristiwa yang berlaku semasa dia dan Sha mula-mula pindah ke rumah baru. Rumah hanya milik mereka berdua. Katil ada satu je? soal Sha memandangnya dengan pandangan yang cukup dia faham. Katil tukan besar. King size. Kita boleh je tidur sekali atas katil tu. Aku, kan dah janji takkan buat apa-apa. Dia cuba meminta simpati. Sudah tidak sanggup tidur di atas sofa sepanjang tiga hari dia berada di rumah Sha. Eleh! Lelaki. Kau ingat aku percaya dengan lelaki

37

Sha & Shah

kalau bab-bab benda tu. Semua lelaki sama la! Sha bersuara dengan kuat. Namun kata-kata gadis itu langsung tidak membuatkan dia terasa. Dia sekadar tersenyum. Entah mengapa sejak dia ingin dijodohkan dengan Sha, dia merasakan ada sahaja telatah gadis itu yang mencuit hatinya. Malah kata-kata gadis itu seringkali mengundang rasa lucu kepada dirinya. Aku tak sama. Aku lain. Kau dah lama kenal aku, kan? Aku, kan dah janji dengan kau yang aku takkan... Dah la! Tak payah la cakap benda tu lagi. Aku malas la nak dengar, potong Sha sebelum Shah sempat menghabiskan kata-katanya. Sha, kau tak kesian kat aku ke? Dari malam pertama kita kahwin, aku duk tidur atas sofa. Sakit belakang la Sha. Dia cuba meminta simpati. Berharap agar gadis itu kesian dengannya. Bilik kat rumah nikan... Tak payah! Jangan sesekali bagi cadangan untuk duduk bilik asing-asing. Perangai mummy sama dengan mama tau. Silap-silap mummy dengan mama datang, buat spot check tak ke naya. Dia bersuara tegas. Sha pula seakanakan mengerti yang dia sedang marah ketika itu. Gadis itu hanya menikus. Kau janji! Aku, kan dah lama janji sebelum kita kahwin lagi. Yalah! Kalau kau cuba buat sesuatu kat aku, tahulah macam mana aku nak ajar kau. Kau jangan ingat aku tak boleh buat apa-apa kat kau! Sha menjeling Shah. Shah tergelak kecil. Alahai Sha! Cutenya kau bila marah! Kau nak buat apa? Aku rela je!

38

Sha Ibrahim

Shah! Wajah Sha mula berona kemerahan. Shah gelak semakin kuat. Dia mulai perasan. Sejak bergelar isteri kepadanya Sha seperti malu-malu dengannya. Sikap yang jarang dilihat sepanjang persahabatan mereka. Sorry! Okey. Pasal katil dah selesai. Sha, aku nak minta sesuatu lagi dengan kau boleh? Dia mula takut-takut. Takut? Entah! Dia sendiri tidak tahu adakah dia takut ataupun segan? Yang pasti dia mesti membincangkan hal itu. Apa dia lagi ni? Kau jangan nak minta benda yang bukan-bukan okey! Wajah Sha mulai berubah ketika itu. Gadis itu seakan-akan tahu dia mahu membincangkan sesuatu yang mungkin agak peribadi. Entah.... Dia pun tak tahu! Aku tahu, kita memang tak sukakan perkahwinan ni. Tapi kita sekarang dah kahwin. Nak tak nak, kau memang isteri aku yang sah dan aku suami kau yang sah. Kau tak rasa cara kita bercakap sekarang ni agak kasar ke? Panggilan aku dan kau ni macam tak sesuai. Kasar sangat. Sebenarnya masih ada lagi ayat yang mahu disambungnya. Namun dia terpaksa berhenti dahulu apabila melihat dahi Sha yang mulai berkerut-kerut. Kau jangan nak mengada-ada. Kau jangan nak suruh aku panggil kau abang ke... sayang ke... apa ke... aku tak nak. Eee... geli la! Shah memang sudah agak pasti itu yang bakal keluar daripada mulut Sha. Memang Sha akan membuatkan dunianya terus ceria. Dia mula ketawa besar lagi. Panggilan yang kau cakap tu pun okey jugak. Tapi tunggulah dulu. Buat masa sekarang ni. Kita tukar aku-kau tu jadi saya-awak, boleh?

39

Sha & Shah

Boleh tak ni? Dia bertanya sekali lagi apabila Sha hanya diam seribu bahasa. Seakan-akan sedang berfikir jauh. Yalah, yalah! Ini yang aku... oh sorry! Ini yang buat saya sayang dekat awak ni. Baru kahwin dah dengar cakap suami. Dia cuba berseloroh lagi. Namun hatinya begitu lega ketika itu apabila Sha setuju dengan cadangannya. Malas la aku nak layan kau! Aha! Tadi dah setuju, kan? Shah merenung Sha yang menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sorry! Silap! Malas saya nak layan awak! Ini lagi satu. Aku... eh... saya asyik setuju dengan cadangan awak, kan? Sekarang ni awak kena setuju dengan apa yang saya nak cakapkan ni pula. Entah mengapa. Waktu itu Shah merasakan ada kelainan pada tutur bicara Sha apabila gadis itu menukar semua panggilan aku-kau dengan saya dan awak. Kedengaran begitu lembut. Sejuk telinganya mendengar. Apa dia? Saya tak suka kongsi bilik air! Saya tak kira, saya nak awak buat la macam mana sekalipun. Kalau awak nak kongsi bilik dengan saya, awak kena juga buat lagi satu bilik air! Saya tak kira! Nak lagi satu bilik air jugak. Shah terdiam seketika. Seperti baru terkena renjatan elektrik. Bicara Sha sebentar tadi begitu lembut dan manja! Alahai! Manjanya! Shah! Awak dengar tak? Tegur Sha apabila melihat Shah seakan-akan melamun. Hah? Dengar! Nanti saya suruh orang buatkan lagi satu bilik air untuk kita. Jangan risau okey?

40

Sha Ibrahim

Okey kalau macam tu. Saya nak turun bawah. Nak tengok sekeliling banglo ni. Sha melangkah menuju ke pintu. Dia pula hanya memerhati. Kemudian muncul idea jahatnya untuk mengusik Sha lagi. Tak nak rasmi katil ni dulu ke? Dia menyoal nakal. Memandang Sha yang mula tertoleh ke arahnya semula. Penumbuk saya ni belum pernah makan muka orang lagi tau! Awak nak rasa ke? Sha menunjukkan penumbuknya membuatkan Shah ketawa terbahak-bahak sambil kedua-dua tangannya dirapatkan seperti orang meminta ampun. Sha menjeling tajam suaminya dan terus melangkah keluar dari bilik.

41

Sha & Shah

Bab 6
HAH berdiri tegap sambil memasang telinga. Cuba mendengar dengan jelas bunyi bising dari banglo sebelah. Dia cuba membuat andaian sendiri namun cepat-cepat otaknya menafikan perkara tersebut. Sebenarnya sudah acap kali juga dia mendengar bunyi yang sama sepanjang enam bulan dia dengan Sha tinggal di kawasan perumahan mewah itu. Namun disebabkan dia langsung tidak kenal dengan jiran sebelahnya itu, jadi dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Inilah salah satu sikap orang bandar, tidak mengenali jiran tetangga. Apatah lagi sekiranya tinggal di kawasan elit. Masing-masing dengan urusan sendiri. Langsung tidak mengendahkan jiran tetangga. Awak buat apa tu? Menghendap perempuan ek? Sha tersengih. Pelik melihat Shah yang sedari tadi berdiri tegak di tengah cuaca panas. Menghendap? Dalam hidup saya tak pernah ada istilah menghendap tau. Kalau saya nak kenal dengan mana-

42

Sha Ibrahim

mana perempuan, saya pergi je terus. Terus dapat. Tak payah susah-susah nak menghendap. Sha mencebik mendengar jawapan Shah. Berlagak! Sebenarnya dari tadi dia sedang menahan sakit yang teramat sangat. Dia keluar dari rumah pun kerana ingin meminta tolong Shah melakukan sesuatu untuknya. Semakin lama semakin mencucuk-cucuk pula sakit di perutnya. Habis tu awak buat apa kat situ? Tegap macam patung je. Shah terus menyusun langkah menghampiri Sha. Sekali-sekala kepalanya menoleh ke banglo sebelah yang dipisahkan dengan konkrit yang agak tinggi. Dia menggaru kepalanya sendiri. Awak tak pernah dengar ke bunyi bising kat banglo sebelah tu? Macam orang berperang je. Siapa tinggal kat sebelah ek? Shah masih belum berpuas hati. Dia memang betul-betul tidak sedap hati mendengar bunyi tersebut. Manalah saya tahu. Yang saya tahu, macam suami isteri je. Saya pernah juga terserempak. Bila saya tegur, langsung tak dibalas teguran saya. Lepas tu malas la saya nak tegur lagi, jawab Sha jujur. Memang dia pernah terserempak dengan jiran sebelah itu, tetapi wajah mereka kelihatan begitu dingin, terutama si suami yang kelihatan begitu bengis. Menyeramkan tau bunyi dia. Suara perempuan menjerit sakit. Macam kena pukul! Shah pula membuka cerita sebenar. Perkara yang mendatangkan seribu tanda tanya di dalam kepalanya. Tak payahlah nak masuk campur urusan orang lain. Mungkin ada masalah rumah tangga la tu. Awak tak payahlah campur tangan, nanti jadi kes lain pulak. Itulah silapnya orang zaman sekarang, tak suka

43

Sha & Shah

ambil tahu masalah jiran tetangga. Kononnya tak suka jaga tepi kain orang. Sedangkan hakikat yang sebenar, zaman sekarang ni, kita kena amalkan jaga tepi kain orang, ambil tahu hal jiran tetangga. Manalah tahu mereka ada masalah dan memerlukan pertolongan. Kita tak tahu, kan? Ini tidak, kononnya masalah dia orang, kita tak payah nak masuk campur. Tapi kalau dapat berkumpul ramai-ramai lepas tu mengumpat orang lain, boleh pulak. Sikap jaga tepi kain orang yang macam tu yang kita tak nak. Mengumpat orang sekeliling, memburukkan orang lain serta menjatuhkan maruah orang yang tak bersalah, bebel Shah panjang berjela. Sha sekadar mampu mendengar. Sejak bila pula Shah begitu prihatin dan pandai bercakap begitu? Nampaknya kawan baik yang dia kenali dulu semakin matang. Yang awak ni kenapa? Muka awak tu pucat semacam je? Awak sakit ke? Soal Shah kehairanan. Hairan bila Sha langsung tidak membalas kata-katanya sebentar tadi. Malah gadis itu hanya mendiamkan diri. Shah menapak lagi dan menghampiri Sha. Wajah gadis itu yang sedikit tertunduk cuba diperhatikan. Sebaik sahaja dia menunduk untuk menatap wajah Sha, serentak dengan itu Sha terus memaut lengannya. PMS kan? Shah meneka. Sebelah tangan Sha yang dari tadi asyik menekan perut menyebabkan dia yakin tekaannya tepat. Apatah lagi subuh tadi, dia perasan gadis itu tidak solat malah terus turun ke bawah selepas mandi. Sakit.... Hanya satu patah perkataan itu sahaja yang meluncur keluar daripada mulut Sha. Ya Allah, dah makan ubat ke belum ni? Shah agak panik. Apatah lagi wajah Sha yang kelihatan begitu pucat

44

Sha Ibrahim

sekali. Dia memang tahu, Sha memang menghadapi Premenstrual syndrome yang agak teruk setiap kali gadis itu datang bulan. Memang sejak dulu lagi Sha menghadapi masalah itu. Persahabatan mereka yang akrab menyebabkan dia sudah maklum dengan penyakit setiap bulan yang dihidapi oleh Sha. Ubat habis. Sha bersuara perlahan. Ya Allah, dia nikan. Kenapa tak cakap awal-awal? Boleh saya keluar beli. Kan dah teruk ni. Shah sempat membebel. Tangannya memegang bahu Sha yang mulai lemah dan kelihatan sudah tidak mampu untuk berdiri. Dah, dah... awak naik atas, saya keluar beli ubat. Shah melepaskan tangannya lalu berjalan masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan kunci keretanya. Namun selangkah dia meninggalkan Sha, Sha sudah terduduk di lantai di pekarangan rumah. Shah terus menerkam ke arah Sha. Langsung tidak menyangka yang Sha memang sudah tidak boleh berdiri langsung. Tanpa berfikir panjang, dia terus mencempung Sha dan membawa gadis itu masuk ke dalam rumah. Waktu itu Sha langsung tidak melawan. Rasa sakitnya mengatasi segala-galanya walaupun dia memang tidak selesa diperlakukan begitu.

SHAH, mana awak tahu yang saya perlukan ubat tu? soal Sha perlahan setelah dia terjaga dari tidur apabila dikejutkan oleh lelaki itu untuk makan tengah hari. Awak ingat, lelaki tak ambil tahu ke pasal benda

45

Sha & Shah

ni? Benda ni pengetahuan am awak tahu tak. Sebenarnya boleh dikatakan semua lelaki wajib ambil tahu. Senang sikit bila dah kahwin bila ada isteri yang memang kena PMS setiap bulan. Macam saya! Shah bersuara sambil mendabik dada. Dia tersengih memandang Sha. Sebenarnya dia sedikit lega melihat keadaan Sha yang sedikit pulih berbanding pagi tadi. Awak je la kut yang memang kena ambil tahu, sebab awak memang dikelilingi oleh perempuan setiap masa. Sha sempat membalas. Jauh di sudut hatinya, ada sedikit rasa kagum kepada lelaki itu. Dia langsung tidak menyangka Shah begitu prihatin dalam soal sebegitu. Semakin lama dia hidup dengan lelaki ini, semakin banyak perkara yang dia tahu tentang Shah yang langsung tidak diketahuinya sepanjang mereka bersahabat dahulu. Yang pasti waktu ini dia cukup terharu dengan sikap prihatin Shah. Alhamdulillah. Awak dah okey. Shah bersuara dengan girang. Sha pula mengerutkan dahinya. Awak nak tahu kenapa saya yakin awak dah okey? Sebab awak boleh balas balik kata-kata saya. Itu menunjukkan awak dah sihat. Shah menyambung bicaranya. Sha mencebik sendiri, kemudian tersenyum. Lucu dengan teori Shah. Awak dah okey betul, kan? Kali ini nada suara Shah kembali serius. Dia menghampiri Sha dan duduk di birai katil. Dah okey la sikit, harap-harap jangan sakit macam tadi la. Terima kasih dan maaf sebab susahkan awak, jawab Sha. Shah sekadar diperhatikan. Lama. tersenyum. Raut wajah Sha

46

Sha Ibrahim

Sha pula mulai tidak selesa diperhatikan begitu. Itu adalah tanggungjawab saya. Tanggungjawab saya saat awak sah menjadi hak saya. Kata-kata Shah membuatkan Sha langsung tidak tahu bagaimana dia harus memberikan reaksi waktu itu. Bicara itu kedengaran begitu serius. Langsung tidak menunjukkan yang lelaki itu sedang bergurau dengannya. Saya ni suami awak dan awak adalah isteri saya. Walau macam mana kita cuba menafikan perkahwinan ni, kita memang sah suami isteri, sambung Shah lagi. Sha pula semakin tidak selesa. Apa kena dengan dia ni? Sha sudah tidak betah untuk terus duduk begitu hampir dengan Shah. Aha.... Dah cuak! Shah terus bangun dari birai katil dan ketawa terbahak-bahak. Suka hatinya dapat mengenakan Sha. Itu adalah hobinya setelah mereka berumah tangga. Suka melihat wajah malu dan takut Sha dalam masa yang sama. Sha menjeling Shah dengan tajam. Kalaulah dia betul-betul dah sihat, mahu sahaja dia tumbuk lelaki itu walaupun dia tidak tahu sama ada dia sanggup melakukan perkara itu. Menyampah la saya dengan awak ni. Suka sangat kenakan saya! Eee...! Sha terus memuncung. Dia memalingkan wajah. Langsung tidak mahu memandang wajah Shah. Shah tetap dengan tawa yang masih berbaki. Dia berjalan menghampiri Sha semula. Saya gurau sajalah! Tak lengkap hidup saya kalau tak kenakan awak. Suka saya tengok awak memuncung

47

Sha & Shah

macam tu, ujar Shah sambil mencapai pinggan yang sudah berisi nasi dan lauk lalu dihulurkan kepada Sha. Sha langsung tidak menyambut pinggan itu. Ala... maaflah. Ambil la makanan ni, makan. Nanti sakit perut lain pulak, pujuk Shah selamba. Ataupun awak nak saya suapkan? Best jugak, kan suapkan awak makan, macam saya suapkan awak masa kita makan beradap dulu. Shah masih mahu mengusik. Dalam masa yang sama dia cuba memancing gadis itu. Dia tahu sangat macam mana nak selesaikan rajuk gadis itu. Tak payah! Saya boleh makan sendiri! Perut saya yang sakit, bukan tangan saya. Sha terus merampas pinggan daripada tangan Shah lalu menyudu makanan dan disuapkan ke mulutnya. Sebenarnya dia memang lapar. Dia langsung tidak sempat menyentuh sarapan pagi akibat perutnya yang sakit. Shah sekadar tersenyum. Senang sangat mahu memancing gadis itu untuk makan. Sorrylah kalau tak sedap. Awak tahulah saya bukan pandai masak. Shah tersengih. Awak masak ke? Biar betul? Boleh tahan juga lauk ni. Tak, chef kat restoran yang masak. Kan saya dah cakap tadi, saya tak pandai masak dan maaf kalau tak sedap. Sekali lagi Shah berjaya mengenakan Sha. Hampeh! Omel Sha. Awak makan la dulu, saya nak ke bilik bacaan. Ada kerja yang perlu saya siapkan. Shah meminta diri. Sha sekadar mengangguk faham. Tahu sangat dengan perangai Shah. Jarang sangat lelaki itu duduk

48

Sha Ibrahim

bersahaja goyang kaki di rumah walaupun pada hari cuti begini. Ada sahaja kerja yang perlu dia selesaikan. Oh, ya! Pasal bab suami isteri tadi tu. Saya serius! Saat saya akad nikah dulu, saya dah janji saya akan jaga awak walaupun mungkin awak anggap perkahwinan kita ni tak sama macam orang lain. Sebaik sahaja menghabiskan kata-kata tersebut Shah hilang di sebalik pintu. Sha yang sedang mengunyah makanan hampirhampir tersedak. Air yang berada di atas meja kecil di sebelahnya terus dicapai. Pinggan nasi di tangan terus diletakkan. Kata-kata Shah telah membuatkan jantungnya berdegup dengan kencang. Ya Allah! Aku tak mahu kecewa pada kemudian hari! Detik hati Sha.

SHA melempar kasar telefon bimbitnya ke atas sofa. Sejak petang tadi, sudah beberapa kali dia diganggu oleh lelaki yang langsung tidak disukainya. Malah dia terkejut. Bagaimana lelaki itu boleh mendapatkan nombor telefonnya? Namun setelah memikirkan secara logik, dia tahu dari mana lelaki itu mendapat nombor telefonnya. Hai, sampai lempar telefon! Siapa yang telefon? soal Shah sambil menghulurkan segelas susu segar kepada Sha. Sha menyambut huluran tersebut sambil mengerutkan dahi. Soalan Shah langsung tidak diendahkan. Kenapa saya kena minum susu? Awak minum kopi. Saya pun nak kopi panas jugak, tutur Sha sambil

49

Sha & Shah

memandang ke arah kopi panas yang sedang dihirup oleh Shah. Shah langsung tidak mengendahkan kata-kata Sha. Matanya lebih tertumpu ke arah kaca televisyen. Saya pun nak kopi juga Shah, kata Sha. Gelas berisi susu terus diletakkan di atas meja kecil di hadapannya. Awak nikan masih lagi sakit, minum sajalah susu tu. Kopi tak elok. Tapi Boleh tak jangan degil wahai Cik Farisha... nanti kalau awak dah okey sepenuhnya, awak boleh la minum kopi ni. Buat masa sekarang ni ikut cakap saya boleh tak? Suara Shah berbaur arahan. Jarang dilakukan oleh lelaki itu namun seringkali berjaya kerana setiap kali dia memberikan arahan dengan suara yang serius, Sha pasti mengikut arahannya. Nah! Tapi sikit je! Shah menghulurkan kopi di tangannya. Kesian pula melihat Sha yang hanya mendiamkan diri sambil memaksa diri untuk minum susu tersebut. Dia tahu, gadis itu agak kurang gemar minum susu berbanding dengannya. Dia memang suka minum susu sebelum masuk tidur. Salah satu amalan yang diamalkan sejak dia kecil lagi. Kongsi dengan awak? Eh, eh! Orang dah bagi banyak songeh. Nak ke tak nak? Yalah, yalah! Sha menyambut cawan dari tangan Shah. Sebenarnya boleh sangat kalau dia ke dapur dan bancuh sendiri kopi tu. Namun dia malas banyak bergerak. Perutnya masih lagi terasa sakit. Malah rasa tidak selesa bila dalam keadaan uzur begitu untuk bergerak ke sana ke mari. Malas!

50

Sha Ibrahim

Oh! Lupa saya nak cakap. Lepas ni ada gosip lagi kut pasal saya. Shah tersengih. Cuba meminta simpati. Tidak mahu Sha yang duduk agak jauh di sebelahnya marah. Dia tahu, setiap kali gosip liar mengenai dirinya keluar dalam majalah atau surat khabar, Sha pasti akan terkena tempiasnya. Kali ni dengan siapa pulak ni? Ala... awak ni! Geram la saya. Saya dah malas la asyik nak cover awak je. Saya tak kisah kalau sekadar nak mengelak dari wartawan, tapi family kita.... Ye, saya tahu! Sorry! Dua hari lepas, saya tengah makan dengan Atilia, tiba-tiba ada wartawan ambil gambar. Tak tahulah apa pula tajuk yang keluar nanti. Shah berterus terang. Sudahlah waktu itu Atilia sedang menyuapkan makanan kepadanya. Dia pun terkejut dengan tindakan spontan Atilia yang begitu mesra walaupun itu adalah janji temu kedua dia dengan gadis itu. Emmm... dah agak dah! Nasib baiklah wartawan semua tu hanya berminat dengan cerita awak je. Suka ikut awak je! Kalau dia suka ikut saya, entah-entah cerita apa pula keluar pasal saya nanti, bebel Sha sendiri. Takut juga sebenarnya sekiranya dia turut menjadi public figure seperti suaminya. Sebaik sahaja mendengar bicara Sha, Shah terus membetulkan kedudukannya dan duduk menghadap Sha. Wajah gadis itu diperhati dengan tajam. Yang awak pandang saya macam nak telan tu kenapa? Sha pelik. Dia ada cakap sesuatu yang mendatangkan kemarahan lelaki tu ke? Awak... awak ada keluar dengan lelaki lain ke? Suara Shah tergagap-gagap. Dia memang terkejut sangat mendengar bicara Sha sebentar tadi.

51

Sha & Shah

Saya? Mana ada! Mengarut sajalah dia ni! nafi Sha sekerasnya. Walaupun memang ada lelaki yang mengajaknya keluar, namun dia langsung tidak pernah menerima pelawaan mereka. Nasib baik mereka semua tu cepat faham dengan alasan yang dia berikan, namun dia agak bimbang dengan Iskandar. Lelaki yang baru dikenalinya melalui Atilia. Lelaki itu agak berlainan sikapnya jika dibandingkan dengan lelaki lain. Oh! Ingatkan ada lelaki lain yang sukakan awak. Shah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa kena dengan dia? Namun ada sedikit perasaan lega dalam hatinya. Kenapa? Awak ingat, kalau saya tak keluar dengan lelaki lain, maksudnya tak ada lelaki yang sukakan saya, cuba nak tackle saya? Walaupun saya ni pegang status isteri orang, masih ada lelaki yang cuba nak tackle saya tau! Saya je malas nak layan! Saya bukan jenis macam awak, yang suka melayan! Sebab tu la boleh timbul gosip liar awak tu. Sha terus bangun dari sofa. Sebenarnya perasaannya mula bercelaru. Geram dengan sikap Shah yang masih enggan berubah. Suka sangat timbulkan masalah. Namun kali ini perasaan geram dan marahnya semakin bertambah. Apatah lagi mendengar nama Atilia disebut. Dia seperti dipalit rasa cemburu. Awak nak ke mana tu? Saya tak habis cakap lagi ni! soal Shah. Nak tidur! Malas saya nak layan cerita awak pasal perempuan, pasal gosip yang tak pernah habis tu! Sha melangkah laju menaiki tangga. Dia sebenarnya tidak mahu Shah melihat reaksinya yang mungkin akan menyebabkan lelaki itu menganggap dia cemburu. Walaupun itu adalah hakikatnya. Dia memang cemburu dan dia tidak tahu mengapa.

52

Sha Ibrahim

Setelah Sha hilang dari pandangan Shah terdengar deringan telefon. Dia terus terpandang telefon bimbit Sha di atas sofa, tempat di mana gadis itu melemparkan telefonnya sebentar tadi. Dia bangun dari tempat duduknya dan terus mencapai telefon bimbit tersebut. Hanya nombor telefon pemanggil sahaja yang kelihatan. Nama pemanggil tersebut langsung tidak tercatat. Mungkin nombor baru. Nak jawab ke tak nak? Shah bermonolog sendiri. Namun telefon itu terus-menerus menjerit. Helo. Shah menjawab panggilan itu. Namun tiada sebarang jawapan yang kedengaran daripada pihak pemanggil. Helo, siapa ni? Soal Shah lagi. Namun pemanggil itu terus mendiamkan diri. Beberapa saat kemudian, panggilan terus terputus. Siapa pulak yang berani kacau bini aku malammalam buta ni? Shah bersuara spontan. Langsung tidak menyedari apa yang baru sahaja dibicarakan olehnya. Dia merengus kasar. Sebenarnya ada sedikit rasa tidak sedap hati dengan panggilan tersebut.

53

Sha & Shah

Bab 7
Sha yang sedang menghirup kopi panas petang itu mencerlung memandang isi majalah tersebut. Tidak sampai beberapa saat, bibirnya menguntum senyuman. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sudah bersedia dengan apa yang baru ditunjukkan oleh kawan baiknya itu. Cepat betul cerita itu masuk majalah. Baru semalam Shah ingatkan dia mengenai hal itu. Kau boleh tersenyum tengok benda ni semua? Mariatie mengerutkan dahinya. Hairan dengan telatah kawan baiknya yang seorang ini. Semenjak gadis itu mengambil keputusan untuk berkahwin, sedikit sebanyak dia melihat perubahan Sha. Daripada seorang gadis yang cepat melenting, menjadi seorang yang begitu tenang. Begitu juga dengan sikap panas baran Sha, seakan-akan sudah hilang sama sekali. Dia tidak pernah melihat Sha naik berang atau melenting semenjak memegang status isteri kepada usahawan muda yang berstatus jutawan itu.

ARIATIE meletak perlahan majalah yang sudah terbuka di hadapan Sha.

54

Sha Ibrahim

Habis tu, kau nak suruh aku buat apa? Pergi serang Cik Atilia? Itu kerja tak matang namanya. Sha terus menyudu kepingan kek di dalam piring lalu disuapkan ke mulutnya. Bagaimanalah dia mahu menjelaskan kepada kawan baiknya mengenai kedudukan sebenar hubungan dia dengan Shah? Boleh ke Mariatie menerimanya? Eee... aku pelik tahu tak dengan kau ni. Bagi muka sangat dekat suami kau tu. Apa yang dia buat, dengan perempuan mana yang dia keluar, kau diamkan je. Kau ingat lelaki ni boleh bagi muka sangat ke? Silap-silap lepas ni kau dapat madu! Baru kau tahu! bebel Mariatie lagi. Sebenarnya sejak dulu, dia memang langsung tidak bersetuju Sha berkahwin dengan Shah. Walaupun dia tahu, Shah adalah kawan baik Sha sejak mereka kecil, namun gosip liar yang sering dia dengar mengenai Shah menyebabkan dia begitu prejudis dengan lelaki itu. Shah? Shah nak kahwin lain? Mati hidup balik pun dia takkan kahwin lain tau! Sha sempat tersengih sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Jauh di sudut hatinya, dia cuba mengawal rasa yang sedang dia sembunyikan. Sempat dia menjeling sekali lagi ruangan majalah yang menyiarkan gosip Shah dengan Atilia. Kalaulah Shah ada di depannya ketika itu, mahu sahaja dia mengambil majalah itu lalu dijadikan alat untuk memukul kepala lelaki itu. Suka sangat buat kepalanya pening. Walaupun dari awal lagi, Shah sendiri sudah mengingatkan dia mengenai hal tersebut, namun hatinya masih terasa sakit melihat gambar mesra Shah dengan Atilia di dalam majalah itu. Eleh! Percaya sangat la dekat suami kau tu! Kau tahu tak, dalam dunia ni mana ada lelaki yang boleh dipercayai. Semua lelaki sama je, ngomel Mariatie. Tangannya ligat mengacau jus buah dengan penyedut minuman.

55

Sha & Shah

Sha sekadar membisu. Tahu sangat dengan perangai sahabat baiknya yang sentiasa prejudis terhadap lelaki sejak mereka berkenalan di universiti dahulu. Kawan baiknya itu bukannya tidak cantik. Dengan ketinggian yang sederhana dan raut wajah yang manis, memang membuatkan lelaki cair terutama bila dia tersenyum. Apatah lagi, kawan baiknya itu memang mempunyai potongan badan yang diidamkan oleh kebanyakan lelaki di dunia. Namun disebabkan selalu sangat kecewa dengan cinta, gadis itu mula menanam persepsi buruk terhadap lelaki-lelaki yang dikenalinya. Sehingga sekarang Mariatie masih belum mempunyai teman lelaki walaupun ramai juga yang cuba memenangi hatinya. Mana ada sama. Kau saja yang suka sangat fikir bukan-bukan. Shah dari awal lagi dah beritahu aku pasal benda ni semua. Aku dah ready dari awal lagi. Kau tahulah perangai Shah tu macam mana. Dengan semua perempuan dia mesra. Semua dia layan macam teman wanita dia. Aku mengaku, aku memang tak suka dengan perangai dia yang macam tu. Tapi... kau tahu sajalah, bukan dia nak dengar cakap aku pun. Agak susah untuk Sha memberikan penjelasan tentang perkara itu. Silap perhitungan, habis rahsianya pecah. Kalau boleh dia tidak mahu sesiapa pun tahu mengenai rahsia di sebalik perkahwinannya dengan Shah. Tapi Sha Dah la cakap pasal Shah ni. Buat aku pening kepala sajalah. Yang aku tahu, aku percayakan dia. Dia takkan duakan aku, dia takkan cintakan perempuan lain selain aku. Lancar sahaja bibirnya mengeluarkan kata-kata itu. Kedengaran begitu baik sekali skrip bodoh yang dia sendiri ciptakan. Namun, itu sahaja jalannya untuk dia menutup mulut kawan baiknya itu daripada terus membincangkan perihal Shah.

56

Sha Ibrahim

Kau memang! Selalu sangat menangkan suami kau tu! Suka sangat bagi muka. Lepas ni kalau ada apa-apa, jangan menangis depan aku pulak. Eh, kau ada nampak tak lelaki yang suka sangat datang jumpa Cik Atilia sejak kebelakangan ni? soal Sha. Cuba mengubah tajuk perbualan. Namun perihal itu pula yang terpacul daripada mulutnya. Siapa? Iskandar tu ke? Tekaan Mariatie terus mengenai sasaran. Sha mengangguk. Rupa-rupanya kawan baiknya itu juga menyedari akan perkara itu. Kau kenal dia jugak ke? Macam mana tak kenal? Dia sendiri yang datang kenalkan diri dia pada aku, ujar Mariatie. Terbayang wajah lelaki yang mempunyai pakej yang cukup itu. Ye? Kau tak beritahu aku pun! Sha membeliakkan matanya. Sungguh tidak percaya dengan apa yang baru sahaja diketahui. Malas aku nak beritahu kau. Lelaki ni pun satu lagi spesies yang tak reti bahasa. Nada suara Mariatie jelas menunjukkan gadis itu juga tidak menyukai Iskandar. Kenapa? Yalah! Tak habis-habis nak tanya pasal kau. Apa yang kau suka? Apa yang kau tak suka? Kau ni jenis perempuan yang macam mana? Even aku dah beritahu dia yang kau ni isteri orang, dia masih lagi terhegeh-hegeh nak tahu pasal kau! Hampir tersedak Sha mendengar cerita itu. Sanggup Mariatie merahsiakan daripadanya tentang perkara yang begitu penting seperti ini. Gila! Tahu pun kau! Memang lelaki tu psiko. Siap

57

Sha & Shah

mengaku lagi yang dia berminat dengan kau. Tak ke memang gila kalau dah sampai tahap macam tu? Rimas Mariatie setiap kali bertembung dengan lelaki itu. Soalan yang sama juga yang disoal kepadanya. Kau beritahu tak dekat dia apa yang dia nak tahu tu? tanya Sha. Dia cuak. Apa kena dengan Iskandar ni? Takkan dah terpikat dengan dia? Mustahil! Macam tak ada perempuan yang lebih cantik yang masih solo di dalam dunia ini sehinggakan dia begitu obses akan dirinya. Entah-entah memang sah gila! Macam-macam spekulasi mula menerjah benak fikiran Sha. Allo kawan! Kau ingat kawan kau ni bodoh sangat ke? Tak ada maknanya aku nak beritahu dia pasal kau. Kalau dia nak tahu sangat, tanya dengan kau sendiri. Itu pun kalau dia jenis yang sukakan cabaran la! Mariatie tersenyum nakal. Hanya dia sahaja yang faham di sebalik kata-katanya sebentar tadi. Maksud kau? Sukakan cabaran? Yalah! Aku beritahu dia, kau tu dah kahwin. Kau takkan pandang lelaki lain selain daripada suami kau! Sejak dulu lagi memang tak ada lelaki yang berjaya rapat dengan kau. Kau tak mungkin akan dekat dengan lelaki lain, tambahtambah sekarang kau dah pegang status isteri ni. Tapi kau tahu apa yang dia cakap? Perempuan yang macam ni yang saya suka. Ini baru namanya cabaran.... Kau tak rasa lelaki ni ada masalah mental ke? Sha melopong. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Perasaannya bercampur baur. Janganlah lelaki itu tunaikan apa yang dia cakap. Janganlah Iskandar mengganggu ketenteraman hidupnya seperti yang sering dilakukannya

58

Sha Ibrahim

melalui telefon sejak kebelakangan ini. Dia tidak suka dengan situasi tersebut. Eee... mintak simpang! Aku memang tak sukakan dia ni. Masa mula-mula Cik Atilia kenalkan aku dengan dia hari tu, aku dah tak sukakan lelaki ni. Gatal! Lebih kurang suami kau la tu! Selamba sahaja Mariatie berkata-kata. Eh, eh! Kenapa libatkan Shah pula? Eleh! Sayang sangat dengan suami dia tu! Marah Mariate sambil menjeling manja ke arah Sha. Mestilah! Suami aku! Sha tersenyum. Namun, otaknya sempat berfikir. Kalaulah Shah dengar kata-katanya ini, mahu lelaki itu gelak terguling-guling atas lantai.

SHA keluar dari perut kereta. Sebenarnya dia hairan melihat kereta Shah yang sudah tersadai di pekarangan banglo. Dia terus mengintai jam di pergelangan tangannya. Baru pukul empat petang. Sha terus menyusun langkahnya menuju ke pintu utama. Sebaik sahaja pintu dikuak, dia terdengar suara televisyen di ruang tamu. Langkah disusun lagi ke ruang tamu. Hai! Apa mimpi awak hari ni? Pukul empat petang dah ada dekat rumah dah? soal Sha lalu duduk di sofa tidak jauh dari Shah yang sedang menonton. Yalah! Kita punyalah bimbang tentang orang tu. Yang kononnya sakit datang lagi pagi ni sampai tak pergi kerja. Kita ni baliklah awal, bimbang dekat dia. Manalah tahu, sakit makin teruk ke, pengsan ke, apa ke? Alih-alih langsung tak ada dekat rumah.

59

Sha & Shah

Nada suara Shah kedengaran lain. Nada yang menyebabkan Sha tersenyum sendiri. Eh, orang tengah serius, boleh pulak dia tersengih! marah Shah. Sebal rasanya bila apa yang dia lakukan seperti langsung tidak dihargai oleh Sha. Yang awak tak telefon dulu sebelum balik tu kenapa? Pagi tadi memang la sakit saya datang balik, tapi pagi-pagi lagi kan awak dah bagi saya makan ubat. Tengah hari tu perut saya dah okey dah. Sakit sikit-skit je. Kebetulan Atie telefon, ajak keluar makan dengan dia. Saya pun tengah lapar waktu tu. So, saya keluar la, terang Sha. Rasa bersalah pula sebab langsung tidak memberitahu Shah tentang itu. Namun mereka memang begitu, jarang sangat memberitahu urusan masing-masing kecuali hal yang penting. Dah makan la ni? tanya Shah dengan sedikit raut wajah kecewa. Yalah! Dah pukul empat petang, takkan la tak makan lagi, jawab Sha lalu bangun dari tempat duduknya. Dia mahu menuju ke biliknya. Namun niatnya dihentikan serta-merta. Raut wajah Shah dipandangnnya dengan renungan yang tajam. Cuba mencari sesuatu di sebalik raut wajah itu. Awak jangan beritahu saya yang awak tak makan tengah hari lagi? Sha meneka. Shah sekadar mendiamkan diri. Namun Sha faham sangat dengan raut wajah sebegitu. Ya Allah, takkan awak tunggu nak makan sekali dengan saya? Kenapa tak makan je, awak dah beli makanan, kan? Sha meneka lagi. Sudah tentu lelaki itu belikan sesuatu untuk makan tengah hari bersamanya.

60

Sha Ibrahim

Shah masih lagi berdiam diri. Perasaan bersalah dalam diri Sha semakin menebal. Kesian la pulak! Awak beli apa tadi? Nasi ayam, jawab Shah perlahan. Sha makin rasa bersalah. Nasi ayam adalah makanan kegemaran dia. Jom! Saya temankan awak makan. Nanti sakit pula perut awak langsung tak sentuh makanan sejak tengah hari, ajak Sha ingin menebus kesalahannya. Namun Shah seperti masih berjauh hati. Dia tetap membatu di tempat duduknya sambil menonton televisyen. Dah tak lapar dah. Jangan nak menipu. Muka awak tu, boleh nampak yang awak tengah lapar sangat-sangat! Muka dah macam ayam berak kapur! Jomlah! Sakit perut tu karang. Sha menolak perlahan bahu Shah yang masih enggan bangun. Shah sekadar mendongak memandang Sha yang sedang berdiri di sisinya. Tak ada mood nak makan la. Eleh! Awak marahkan saya la tukan? Jomlah makan. Nanti lepas makan saya buat ABC special untuk awak nak? Sha cuba memancing. Mata Shah terus bersinar memandangnya. ABC special? tanya Shah sekali lagi. Inginkan kepastian. Manalah tahu Sha sekadar bergurau dengannya. Ye, ABC special yang awak suka tu! Ada banyak jagung? Sha mengangguk sambil tersenyum. Ada banyak kacang tanah kisar? Sha mengangguk mengiakan sekali lagi.

61

Sha & Shah

Ada... Ya! Ada susu cair yang banyak-banyak! Sha memotong kata-kata Shah. Tahu sangat apa lagi yang bakal keluar daripada mulut lelaki itu. Wajah Shah terus bertukar ceria. Itu adalah pencuci mulut yang paling digemarinya. Namun hanya buatan tangan Sha. Hanya Sha yang tahu apa yang dia suka bila makan ABC atau air batu campur. Jomlah! ajak Sha buat kali penghabisan kerana dia yakin kali ini dia sudah mampu memujuk lelaki itu untuk makan. Kakinya mula melangkah menuju ke dapur. He he he! Ini yang saya sayang sangat dekat awak ni Sha. Shah bersuara girang. Yalah awak tu! Waktu-waktu macam ni awak sayanglah dekat saya. Balas Sha. Malas nak melayan loyar buruk lelaki itu. Eh! Betullah! Saya memang sayang dekat awak! Sebab itulah saya balik awal hari ni. Shah mengikut Sha dari belakang. Sha sekadar tersenyum. Entah mengapa, memang perasaannya diulit bahagia melihat sikap prihatin Shah terhadapnya apabila dia sakit. Terharu!

ATILIA melepaskan lelah apabila menghabiskan pusingan dalam permainan boling tersebut. Air yang dibelinya tadi diteguk perlahan. Iskandar yang baru menghabiskan lontaran terakhir terus duduk di sisinya. Atilia terus menghulurkan minuman bergas di dalam tin kepada Iskandar.

62

Sha Ibrahim

I dapat tahu, Sha tak datang kerja hari ni. Betul ke? soal Iskandar setelah meneguk rakus minuman tadi. Haah. Tak berapa sihat katanya. Teruk ke? soal Iskandar sekali lagi. Isy... you ni! Manalah I tahu. Yang you ni, macam betul-betul minat dengan Sha ni kenapa? Dah tak ada perempuan solo lain yang you nak pikat? Geram bila tiada nama lain yang meniti di bibir Iskandar selain nama pekerjanya yang seorang itu. Entah... macam mana I nak cakap dekat you ek. Ada sesuatu pada Sha yang susah I nak jumpa dekat manamana perempuan yang I kenal. Emmm... kalau dah suka macam-macam la you puji dia! Ala... mengata I! You pun sama, dah macam tak ada lelaki solo yang lain yang you suka. Shah Si Playboy yang dah berstatus suami orang jugalah yang you suka. Iskandar mengembalikan paku buah keras kepada Atilia. Atilia sekadar tersenyum penuh makna. Entahlah! I pun tak tahu macam mana I boleh sukakan dia. I dah kenal Shah awal daripada you. Di kampus, dia memang terkenal dengan sikap playboy dia tu. Ramai perempuan tergilakan dia. Kononnya dia tu gentleman la, romantik la, pandai jaga hati perempuan. Tapi... apa yang nak dihairankan, playboy! Dah memang begitu, kan? Iskandar mula tidak sabar untuk bertemu semula dengan Shah. Ada perkara yang harus dia selesaikan dengan lelaki itu. Namun siapa sangka, lelaki itu sudah pun mengakhiri zaman bujangnya. Perkara yang langsung tidak terlintas di fikirannya terhadap lelaki yang bergelar kaki perempuan itu.

63

Sha & Shah

Bukan ke you pun seangkatan dengan dia? soal Atilia cuba mengusik. Dia tahu, kawan baiknya itu tidak suka dia rapat dengan Shah. Apa sebenarnya yang terjadi antara Shah dengan Iskandar, dia sendiri pun tidak pasti. I akan pastikan I akan dapat miliki Sha. Iskandar tersenyum penuh makna. Bagus juga tu. You dapatkan Sha dan I dapatkan Shah. Adil, kan? You ni suka kat Shah ke suka dengan harta yang dia ada? I tahulah Shah tu jutawan dekat Malaysia ni. Syarikat dia bukan main besar lagi. Banyak cawangan pulak tu. Duga Iskandar sambil menjeling penuh makna kepada Atilia. Atilia tersenyum lalu menjongket bahu. Iskandar menggelengkan kepalanya. Di dalam fikirannya, mula terfikirkan sesuatu untuk memastikan apa yang dia hajati akan tercapai. Dekat Shah I memang suka dekat harta dia lagi I suka. Kalau I berjaya miliki dia sudah tentu seumur hidup I goyang kaki je tau. Atilia tersenyum penuh makna. Harapannya agar dia berjaya memiliki lelaki yang menjadi rebutan ramai itu.

64

Sha Ibrahim

Bab 8
HA mulai rimas. Dia tidak suka diganggu oleh orang yang tidak dikenalinya. Walaupun hakikatnya dia mengenali Iskandar daripada majikannya sendiri, namun dia memang tidak sukakan lelaki itu. Dia seperti dapat merasakan lelaki itu ada agenda yang tersembunyi. Sha mengeluh. Awak nikan, sejak kebelakangan ni, saya tengok angin awak semacam je. Siapa yang kacau awak ni? Tak habis-habis lepaskan geram dekat handphone awak tu. Shah yang baru keluar dari bilik air terus menghampiri Sha. Sha mengerling sejenak. Shah mengeluh. Langsung tidak menunjukkan sebarang tanda yang gadis itu akan menjawab soalannya. Dia resah melihat telatah Sha sejak kebelakangan ini. Shah terus menghempap punggungnya di sisi Sha. Rapat! Sha mengerling ke sisi, kemudian beralih sedikit kedudukannya agar ada jarak antara dia dan Shah. Dia tidak selesa.

65

Sha & Shah

Siapa buat isteri saya jadi macam ni, ni? Suara Shah kedengaran begitu lembut. Sha yang mendengarnya mula rasa tidak selesa. Shah suka sangat menggantikan panggilan namanya dengan perkataan isteri. Satu perkataan yang agak janggal. Dalam masa yang sama membuatkan hatinya tidak keruan. Eh, eh. Sejak bila isteri saya jadi bisu ni? Shah sekali lagi bertanya. Dia sengaja menekankan perkataan isteri semata-mata mahu menarik perhatian Sha. Kali ini pancingnya pasti mengena. Jelingan tajam Sha sudah memberikan dia keyakinan bahawa Sha akan bersuara tidak lama lagi. Bisinglah awak ni! Saya tak ada apa-apa. Saya okey! Yang awak ni. Selalu sangat balik awal kenapa? Giliran Sha pula menyoal. Shah tersengih! Kan menjadi! Awak tahu tak? Saya rasa, kan... awaklah isteri pertama dalam dunia ni bertanya pada suami dia, kenapa suami dia selalu balik awal dari kerja. Kalau isteri lain dia takkan tanya soalan macam awak ni. Dia orang mesti tersenyum lebar melihat suami mereka balik awal. Jangan nak menggatal boleh tak? Gelilah! Kali ini Sha betul-betul tidak selesa. Dia terus sahaja bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke katil. Kalau dilayan lama-lama lelaki ni, dia sendiri boleh cair! Seram! Eh! Bila masa pulak saya nak menggatal? Saya beritahu perkara yang betul apa? Betul la sangat! Dah la. Awak tutup lampu, saya nak tidur. Penat... esok saya kena turun site lagi. Sha menarik selimut untuk tidur. Dia sudah tidak mampu menahan rasa kantuknya itu.

66

Sha Ibrahim

Shah mencebik. Ingatkan kalau balik awal bolehlah dia berbual-bual dengan Sha. Entah mengapa, sejak kebelakangan ini dia begitu suka berborak dengan gadis itu. Perkara yang sudah lama dia tinggalkan semenjak mereka mendirikan rumah tangga. Kalau dahulu, semasa mereka berkawan baik, mereka memang gemar duduk bersama dan berbual-bual. Pelbagai topik mereka bualkan. Namun semenjak mereka sah menjadi suami isteri, hubungan mereka semakin terbatas. Mereka semakin jauh walaupun tinggal sebumbung dan tidur di atas katil yang sama. Tanpa banyak soal, Shah terus menutup suis utama lampu bilik tidur. Hanya tinggal lampu tidur yang berada di sebelah katil mereka sahaja yang menyala. Shah membuka pintu bilik dan terus melangkah keluar. Sha sempat memerhati, kemudian dia memejamkan matanya. Argh! Ni yang tak suka ni! Sha merengus dengan kuat. Bunyi bingit telefon bimbit milik Shah yang berdering dan bergetar mengganggu tidurnya. Dia bangun, mencari di mana telefon bimbit tersebut. Setelah terpandang telefon bimbit di atas meja mekap, telefon tersebut terus berhenti berdering. Namun ketika dia cuba memejamkan matanya untuk kali kedua, telefon itu berbunyi lagi. Eee! Dia nikan! Mana pula dia menghilang? Kalau ya pun nak sambung kerja, bawalah handphone sekali. Entah siapa yang telefon tu. Adui! Sakit jiwa betul la! Sha turun dari katil dan melangkah longlai ke meja mekap. Hel... Sayang! You kat mana? You janji dengan I you nak makan malam dengan I malam nikan? Alih-alih you hilang macam tu je. Mesej I langsung you tak nak balas. Sayang, you kat mana ni? I miss you baby!

67

Sha & Shah

Allah, ini yang aku malas ni! Sha merungut dalam hati. Sebelum sempat dia bersuara, suara manja di telefon terlebih dahulu kedengaran. Sayang! Apa sayang, sayang?! Tak ada kerja ek? Malammalam ganggu suami orang! Entah angin apa yang menyerap masuk ke dalam badannya dia sendiri tidak tahu. Geram hatinya mendengar suara gedik yang tak habis-habis memanggil Shah dengan panggilan manja. Siapa yang telefon? soal Shah tiba-tiba menyebabkan telefon bimbit yang berada di dalam tangan Sha hampir-hampir terpelanting. Sha panik. Dia langsung tidak tahu jawapan yang harus dia berikan ketika itu. Langkah selamat hanya satu. Diam! Nah! Ambil ni! Serabut la malam-malam buta pun duk berdering lagi. Tolong silent boleh tak? Sha terus melekatkan telefon bimbit Shah ke dada lelaki itu. Shah menyambut pemberian Sha. Telefon bimbit tersebut terus ditekan. Kelly telefon ek? Kelly mana pulak ni? Entah, mana la saya tahu, Kelly ke? Melly ke? Sally ke? Yang saya tahu, naik berbulu telinga saya dengar perempuan tu bercakap. Sayang! You kat mana? Mana you menghilang? I miss you baby! Nak termuntah tahu tak! Sha melakonkan semula suara gadis yang kedengaran di corong telefon sebentar tadi. Entah di mana lawaknya omelan Sha sebentar tadi membuatkan Shah tergelak besar sehingga membingitkan telinga Sha yang mendengar. Yang awak tergelak mengalahkan tengok cerita komedi tu kenapa?

68

Sha Ibrahim

Cuba awak ulang sekali lagi bab panggil sayangsayang tu! Best la pulak saya dengar! Manja! Shah menyambung gelak tawanya. Serentak dengan itu Sha terus melontarkan bantal ke arah Shah lalu disambut oleh lelaki itu. Ilai tawa Shah masih belum reda. Malas saya nak melayan awak la. Makin dilayan makin menjadi-jadi. Marah Sha lantas menarik selimut dan menutup keseluruhan badannya. Tawa Shah mulai reda. Kemudian dia turut sama membaringkan badannya ke katil. Bibirnya masih tidak lekang dari senyuman. Bahagia! Itulah dia rasa. Kenapa? Dia pun tak pasti. Kelly ni memang macam ni. Dengan semua orang dia manja. Bukan setakat saya saja yang dia panggil sayang, semua orang dia panggil sayang. Asal rapat sikit dengan dia, mulalah dia bersayang-sayang. Shah seperti mahu menjelaskan kepada Sha. Tidak semena-mena Sha membuka selimut yang menutupi mukanya lalu memandang Shah di sebelah. Ada saya kisah? Good night! Sha menutup kembali selimut menyelubungi wajahnya lalu mengiring membelakangi Shah. Shah terdiam. Dia menggaru kepalanya sendiri. Kenapa dia beria-ia sangat nak jelaskan kepada Sha tentang semua tu? Bukan ke Sha langsung tidak kisah dengan semua perkara yang melibatkan kawan wanitanya?

69

Sha & Shah

Bab 9
HA memandang sepi fail yang terbuka di hadapannya. Dia mengeluh berat. Mengapa dia harus uruskan projek tu? Projek yang melibatkan kerjasama dengan Putra Holdings. Syarikat suaminya sendiri. Perkara yang sering dia elakkan selama ini. Walaupun selama ini dia bekerja dengan cukup profesional namun adakalanya dia ragu-ragu dengan kebolehan sendiri. Dia tidak mahu projek yang bakal diuruskan nanti akan mendatangkan sesuatu yang tidak diingini. Hai, boleh aku masuk? Terjengul kepala Mariatie di muka pintu pejabat Sha. Sha sekadar tersenyum. Mariatie terus melangkah masuk dan menghampiri Sha. Kerusi yang terdapat di hadapan Sha ditarik lalu melabuhkan duduknya di situ. Ni kenapa muka kau macam orang gaduh dengan suami ni? Kau gaduh dengan Shah ke? teka Mariatie. Aku, gaduh dengan Shah? Hari-hari aku gaduh

70

Sha Ibrahim

dengan dia. Dalam sehari kalau tak ada benda yang menyakitkan hati aku yang dia buat, memang langsung tak sah. Suka sangat buat aku sakit hati. Sha merungut namun ekspresi wajahnya ketika itu langsung tidak menunjukkan dia tertekan dengan perkara tersebut. Malah bibirnya sempat menguntumkan senyuman. Habis tu? Sha menolak fail di hadapannya ke arah Mariatie. Mariatie mengambil fail tersebut lalu dibelek-belek buat seketika. Kemudian dia tersenyum lalu mengangguk faham. Tak ada orang lain dah ke yang boleh uruskan projek ni? Soalan yang sama aku nak tanya dekat kau! Tak ada orang lain ke yang boleh Encik Mustafa suruh untuk uruskan projek tu? Aku bukan tak mampu nak uruskan projek tu tapi aku kalau boleh nak elak dari bekerjasama dengan Shah. Aku tak selesa la nak berurusan dengan suami sendiri, lagipun ini kes perebutan tender tahu tak. Banyak lagi syarikat lain yang akan berebut tender ni. Aku tak nak letak Shah dalam situasi serba salah. Sha sendiri tidak tahu sama ada Mariatie mengerti ataupun tidak dengan apa yang dia cuba terangkan. Sayang sangat kau dengan Shah ek? Semua benda yang kau nak buat kau akan fikirkan dia terlebih dahulu, sedangkan dia langsung tak fikirkan kau dengan apa sahaja yang dia buat kat luar tu. Ngomel Mariatie. Sha tersenyum. Mungkin Mariatie sedikit terpesong dari tekaannya. Tapi aku percaya, dalam hal ni, Shah boleh bersikap profesional. Takkan kau tak tahu perangai suami kau sendiri bila melibatkan hal kerja, dia memang terkenal

71

Sha & Shah

dengan sikap profesional dan komited dia terhadap kerja. Kau jangan terkejut kalau kau sendiri gagal dapatkan tender ni, walaupun hakikatnya kau isteri dia. Kata-kata Mariatie membuatkan Sha terdiam sejenak. Memikirkan kata-kata yang terluah daripada mulut sahabatnya itu. Betul juga! Ya! Apa yang kau cakapkan tu betul. Shah memang terkenal dengan sikap profesional dia. Tapi sekarang ni masalah tu terletak pada diri aku sendiri. Kau sendiri tahu, kan aku ni jenis yang macam mana. Aku risau kalau aku tak dapat tender tu aku akan melenting kau tahu tak. Kau tahu sajalah aku, kadang-kadang aku tak boleh nak kawal marah aku, tambahan pula dengan orang yang sememangnya rapat dengan aku. Nanti Shah juga yang jadi mangsa. Sha menerangkan hal yang sebenarnya. Mariatie mengangguk-angguk faham. Akhirnya dia tahu apa yang cuba disampaikan oleh Sha sebenarnya. Apa yang membelenggu fikiran gadis itu sejak tadi. Hei, kau kena yakin dengan diri kau sendiri. Kalau Shah boleh bersikap profesional, kenapa pula kau tak boleh? Kau dengan dia sebenarnya dalam hal ni aku tengok sama je. Kau komited dengan kerja kau sama macam Shah komited dengan kerja dia. Mariatie cuba memberikan semangat. Sahabat baik yang dia kenali lebih dari enam tahun.

KENAPA ayah bagi projek tu pada Farisha? tanya Atilia langsung tidak berpuas hati apabila mendapat tahu Sha yang menguruskan projek yang melibatkan kerjasama dengan

72

Sha Ibrahim

Putra Holdings. Dia menghenyakkan punggung di sofa di sebelah ayahnya. Encik Mustafa terus melipat surat khabar yang dibeleknya lalu diletakkan ke sisi. Itu adalah salah satu strategi. Jelas Encik Mustafa lalu tersenyum penuh makna. Sejak dia dapat tahu syarikat gergasi itu membuka tender untuk bekerjasama dengan syarikat lain dalam satu projek besar di Damansara, dia sudah pun terbayang wajah gadis itu. Strategi? Apa yang strateginya? Ayah... Lia pun rapat la dengan Shah tu. Kalau ayah suruh Lia uruskan perebutan tender tu... Lia yakin, Lia mesti dapat tender tu nanti. Atilia geram sendiri. Kalau dia diberi peluang untuk menguruskan tender tersebut sudah tentu dia akan selalu berurusan dengan Shah. Perkara yang sering dia dambakan semenjak dia kenal rapat dengan lelaki itu. Lia rapat dengan Shah, tapi Farisha tu isteri Shah. Ayah tahu Shah tu memang pantang lihat perempuan yang cantik. Tapi Lia kena tahu, Shah bukan mudah disogok dengan perempuan cantik semata-mata. Dia begitu profesional bila melibatkan hal kerja. Letak bidadari depan dia pun dia langsung tak hairan. Sekurang-kurangnya kalau ayah suruh isteri dia sendiri berurusan dengan dia, peluang kita cerah untuk menang tender tu nanti... takkanlah dengan isteri sendiri pun dia tak boleh nak berkompromi, kan? Sekali lagi Encik Mustafa tersenyum penuh makna. Atilia membalas dengan cebikan. Dia sendiri tidak tahu semenjak kebelakangan ini dia kurang suka dengan Sha. Ada sahaja yang kurang dengan Sha pada pandangan matanya.

73

Sha & Shah

HAI Abang Shah! Seorang gadis seksi yang lalu di hadapan banglo mereka menegur Shah yang sedang membelek kereta kesayangannya. Gadis seksi itu kelihatannya baru balik dari berjoging. Hai Luna! Shah membalas lambaian gadis itu sambil tersenyum lebar. Gadis itu memang suka menegurnya sekiranya mereka terserempak. Sha yang baru sahaja melangkah keluar dari rumah sempat menyaksikan kejadian tersebut. Pandangannya beralih pula kepada Shah yang masih lagi tidak lekang dengan senyuman. Lelaki itu dipandang dari atas sehingga ke bawah. Waktu itu Shah hanya berseluar pendek paras lutut dan berbaju T-shirt putih sendat yang menampakkan susuk badannya yang tegap dan berdada bidang. Tak habis-habis nak tayang body la dia ni, rungut Sha dalam hati. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul enam setengah petang. Sha sedikit terkejut bila dia sampai ke rumah tadi, Shah sudah menghadap surat khabar di ruang tamu. Bila ditanya kenapa balik awal, lelaki itu sekadar memberikan alasan dia penat. Siapa dia tu? Sha terus menyoal. Shah sedikit terperanjat apabila ditegur secara mengejut begitu. Anak Datuk Majid, rumah dia dekat hujung sana, jawab Shah menyambung kembali menilik kereta sport kesayangannya. Sha mengangguk faham. Namun masih belum berpuas hati dengan perihal itu. Sejak bila pula Shah mengenali jiran tetangga di sini? Setahu dia, semenjak berpindah ke sini, lelaki itu terlampau sibuk sehinggakan tidak sempat hendak berkenalan dengan jiran tetangga.

74

Sha Ibrahim

Hai, sampai rumah dia pun awak tahu. Nada suara Sha mula berubah. Shah terus menutup pintu hadapan keretanya lalu berjalan mendapatkan Sha yang sedang duduk di atas buaian besi di taman mini yang terdapat di sebelah kiri banglo. Tanpa ada perasaan serba salah, Shah terus melabuhkan punggung di sisi gadis itu. Kakinya terus menghenyak tanah untuk menggerakkan buaian tersebut. Yalah, dia ni selalu tegur saya la. Dia jenis yang peramah. He he he.... Memang peramah. Abang Shah! Tak pernah saya dengar perempuan panggil awak dengan panggilan tu. Sha memandang Shah di sebelahnya. Menunggu jawapan lelaki itu. Walaupun hakikat sebenar dia mula tidak selesa. Apatah lagi badan mereka bersentuhan memandangkan buaian itu agak sempit. Awak nikan, sejak dua menjak ni tak habis-habis dengan cemburu awak tu. Nasib baiklah hubungan kita ni bukan sama macam hubungan suami isteri yang lain. Kalau ya, dah lama saya cakap awak ni cemburu tau! Ataupun awak memang tengah cemburu! Shah memandang Sha di sisi. Eh! Tolong sikit! Saya cuma hairan... saya tak pernah dengar perempuan panggil awak dengan panggilan macam tu. Tertanya-tanya je, bukannya cemburu. Seperti kebiasaannya, Sha menangkis dakwaan Shah sekeraskerasnya. Awak, memang patut pun dia panggil saya dengan panggilan Abang Shah sebab sebagai tanda hormat yang saya ni lebih tua daripada dia. Awak tahu tak yang budak tu baru nak SPM tahun ni? Jauh tu jarak umur! Shah yakin kali ini pasti Sha terkena dengan soalan yang diajukannya sendiri. Tu? Budak tadi tu, umur baru tujuh belas tahun?

75

Sha & Shah

Baru nak ambik SPM? Mak aih, muka dengan badan langsung tak nampak tujuh belas tahun! Sha terperanjat. Memang wajah dan susuk badan gadis yang menegur Shah sebentar tadi tidak menunjukkan gadis itu baru belasan tahun. Malah dia menyangka gadis tadi berumur awal dua puluhan. Budak zaman sekarang, memang nampak dewasa berbanding dengan umur. Apa yang awak nak hairankan? Jadi awak jangan mudah tertipu dengan keadaan fizikal seseorang. Rupa paras dan bentuk fizikal tak menjamin yang awak boleh meneka umur seseorang tu. Mula-mula dia tegur saya dulu pun saya ingat dia ni mungkin tengah belajar dekat universiti ataupun dekat mana-mana kolej. Nasib baik satu hari tu dia tegur saya waktu pagi dengan uniform sekolah, terang Shah panjang lebar. Ya la, kan... nasib baik la, kan. Kalau tak dengan budak tak cukup umur tu sekali masuk dalam senarai gilrfriend awak. Awak nikan... apa saja yang saya cakap, awak mesti nak kondem saya balik, kan? Awak ingat saya ni jahat sangat ke? Shah bertanya sambil melepaskan pandangan ke arah banglo sebelah. Sudah beberapa hari dia melihat banglo itu dalam keadaan gelap-gelita pada waktu malam. Malah bunyi bising yang kebiasaannya dia dengar sudah hilang. Jahat ke tak jahat ke... tanya pada diri sendiri. Yang saya tahu saya dah malas nak layan gosip-gosip liar pasal awak dengan perempuan-perempuan kat luar. Sha sudah lari daripada tajuk yang mereka bincangkan sebentar tadi. Kali ini soal kehidupan sosial Shah yang menjadi isu. Ala, awak ni. Dulu masa kita kawan awak selalu je tolong saya. Backup saya kalau saya minta tolong apa-apa dekat awak... awak langsung tak berkira. Tapi sejak kita

76

Sha Ibrahim

kahwin ni, awak macam berkira sangat dengan saya. Suara Shah kedengaran perlahan. Lelaki itu mula bangun dari buaian dan melangkah meninggalkan Sha. Wah! Sejak bila awak sensitif yang amat ni? Sha turut bangun. Melampau ke kata-kata dia sebentar tadi? Biasanya lelaki itu akan membalas dengan senyuman dengan apa sahaja yang keluar daripada mulutnya yang berkaitan dengan teman wanita lelaki itu. Sejak awak dah tak sayang saya! Bersahaja Shah menuturkan kata-kata tersebut. Dia berdiri membelakangi Sha yang sedang berdiri sambil memandang ke arah banglo sebelah yang kelihatan gelap-gelemat memandangkan waktu sudah hampir senja. Ah! Mengada la awak ni! Sha menumbuk perlahan bahu Shah. Shah akhirnya melepaskan tawanya. Nampaknya Sha tahu yang dia sebenarnya sedang bergurau. Lehernya mula memanjang cuba mengintai keadaan banglo di sebelah. Awak intai apa ni? Sha turut sama mengintai, melihat keadaan Shah yang kelihatan begitu teruja untuk melihat keadaan banglo di sebelah. Awak perasan tak banglo ni dah sunyi dekat tiga hari? Sebelum ni saya selalu saja dengar banglo sebelah ni bising-bising dengan suara orang bergaduh! Dah la tu! Tak payahlah awak nak ambil tahu hal orang lain. Sha mencuit bahu lelaki itu agar tidak terlalu mengambil tahu perihal orang lain. Dia sudah melangkah meninggalkan Shah dan berjalan masuk ke dalam rumah. Bila-bila masa sahaja azan maghrib akan kedengaran sayupsayup dari masjid yang berhampiran. Shah akhirnya mengalah. Dia turut sama menyusun

77

Sha & Shah

langkahnya masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja dia melepasi pintu utama banglo mereka dia pusing ke belakang semula dan terpandang kotak fius elektrik yang terletak di sebelah kiri pintu utama tersebut. Otaknya mula memikirkan rancangan jahat. Pasti seronok! Tanpa berlengah, dia terus menuju ke arah kotak fius elektrik lalu dibuka perlahan. Dia memandang sekeliling. Cuba mencari kelibat Sha. Dari dapur dia mendengar aliran air paip dari singki. Sudah tentu gadis itu sedang berada di dapur ketika itu. Dia tersenyum nakal. Dengan hati-hati jarinya menekan salah satu butang yang terdapat di dalam kotak fius tersebut. Ahhh! Serentak dengan itu kedengaran suara perempuan menjerit dari arah dapur. Suasana menjadi agak gelap buat seketika. Shah tidak dapat membendung rasa lucu yang cuba ditahannya. Akhirnya dia ketawa terbahak-bahak dan terus mengangkat kembali suis fius elektrik. Shah!!! Awak jahatlah! Sha melangkah laju keluar dari dapur dan mendapatkan Shah yang masih lagi sedang ketawa dengan kuat. Shah yang terpandangkan Sha yang sedang menuju ke arahnya dengan wajah bengis terus melarikan diri dengan memanjat tangga. Perangai macam budak-budak! Awak tahu, kan saya memang takut dengan gelap! Saja je nak sakitkan hati saya! Sebab saya tahulah saya buat tu! Suara Shah kedengaran dari atas. Ketawa lelaki itu masih berbaki.

78

Sha Ibrahim

Oh! Ini kes nak kenakan saya la ni! Tak apa, lepas ni kalau saya tak layan awak, tak bercakap dengan awak, tak masak untuk awak, baru padan dengan muka awak! Sha terus melangkah ke ruang tamu dan terus duduk di salah sebuah sofa. Dia cuba menenangkan perasaan marah yang dia rasai ketika itu. Awak! Suara Shah tiba-tiba kedengaran. Beberapa saat lelaki itu sudah berdiri di hadapannya. Ala, awak ni... saya gurau sikit dengan awak takkan tak boleh? Shah sudah memulakan sesi pujuk memujuk. Malas nak layan tahu tak! Ala, janganlah! Kalau awak tak layan saya dekat rumah ni, siapa yang nak layan saya? Takkan saya nak bercakap dengan dinding? Saya tak sanggup nak makan kat kedai hari-hari. Awak sendiri tahu, kan yang saya tak suka makan dekat luar. Shah sudah duduk di sisi Sha. Bahu gadis itu disentuh namun ditepis kuat oleh Sha. Shah menggarugaru kepalanya yang tidak gatal. Padan muka aku! Awak, jangan la macam ni. Saya buatkan ABC special untuk awak nak? Tak payah! Awak buat bukan sedap pun! balas Sha. Masih lagi tidak mahu memandang wajah lelaki yang berada di sebelahnya. Hah! Saya buat pancake untuk awak! Saya pandai buat pancake, awak sendiri pernah makan, kan! Awak kata best! Itu nak ambil hati awak je. Bukan best sangat pun, balas Sha lagi sekali. Kali ini Shah pula terdiam. Sha yang menyedari keadaan Shah yang tiba-tiba

79

Sha & Shah

mendiamkan diri terus sahaja menoleh. Kelihatan lelaki itu sudah tertunduk ke lantai. Kali ini, Sha pula rasa bersalah. Sampai hati awak, kan? Masa saya masakkan untuk awak dulu, awak kata best! Awak cakap awak ikhlas puji saya yang pancake saya sedap. Tapi rupa-rupanya awak tipu saya. Giliran Shah pula memuncung. Sebenarnya Shah sedang bergembira dalam hati. Bukan susah mana pun nak memancing gadis itu. Saya... saya... bukan tak sedap... saya.... saya kata macam tu sebab awak tahu, kan kalau saya tengah marah macam mana... saya.... Sha sudah hilang kata-kata. Serba salah kerana telah membuatkan suaminya itu berkecil hati. Shah pula sedang menahan tawa. Namun melihat keadaan Sha yang hilang punca itu menyebabkan dia sudah tidak mampu menahan tawanya itu. Sekali lagi tawa yang kuat kedengaran di dalam banglo mewah itu. Shah! Eee.... Geram la! Awak selalu macam ni tahu tak! Kali ini Sha tidak melepaskan peluang. Bahu lelaki itu ditumbuk bertalu-talu. Rasa bersalah sebentar tadi terus hilang. Adui! Sakit la Sha. Penumbuk awak ni bukan macam penumbuk perempuan tau! Ini penumbuk maut namanya. Habislah lebam lengan saya! Shah menggosokgosok bahunya yang terasa sakit. Padan dengan muka! Buat lagi! Sekali lagi awak buat, penumbuk saya bukan singgah dekat bahu awak saja tau... silap-silap penumbuk saya ni melekat dekat muka awak pulak! bentak Sha geram. Uit... jangan! Ini harta saya yang paling saya sayang sekali tau. Shah meraba-raba wajahnya. Malas la saya nak melayan awak, saya nak maghrib!

80

Sha Ibrahim

Layan awak buat saya sakit hati je. Malam ni saya malas nak makan. Kalau awak nak makan, pandai-pandai la awak cari makan sendiri. Uit... mana boleh. Saya baru je teringin nak makan bihun sup awak buat! Malam ni saya cuti jadi chef awak! Awak cari chef kat luar! Eh.... Mana boleh! Sha... Sha... awak tak kesiankan saya ke Sha.... Rayu Shah kepada isterinya.

81

Sha & Shah

Bab 10
HAH tersenyum sebaik sahaja terpandang wajah gadis itu. Memang diakui, setiap pagi dia menatap wajah Sha yang ceria, hatinya akan berubah tenang. Rasa letihnya turut hilang. Dia berdiri dan menyandarkan badannya di muka pintu dapur sambil memerhatikan Sha yang sedang tekun melakukan sesuatu. Sekali-sekala terlihat gadis itu tersenyum sendiri sebelum kembali menyambung kerjanya. Ada kalanya juga gadis itu seakan-akan sedang merujuk sesuatu pada buku yang terdapat di atas meja. Ehem! Shah berdeham. Dia masih lagi tercegat di muka pintu. Shah! Sejak bila awak berdiri kat situ? soal Sha. Kemudian, dia kembali menyambung kerjanya tanpa mempedulikan Shah yang masih lagi ralit memerhati gerakgerinya. Dah lama saya berdiri kat sini, awak je yang tak sedar langsung kewujudan lelaki handsome ni kat sini. Shah tersengih menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik.

82

Sha Ibrahim

Sebenarnya hatinya teringin sangat nak tahu apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh gadis itu pada waktu pagi di hujung minggu sebegini. Kebiasaannya, Sha lebih suka duduk di ruang tamu menonton televisyen sambil menggigit buah-buahan. Itulah hobi isterinya yang dia tahu selama ini. Sarapan awak saya dah sediakan kat atas meja makan kat luar, awak pergi la makan. Saya ada kerja sikit yang nak dibuat. Sha langsung tak memandang wajah Shah. Dia lebih menumpukan perhatiannya pada barang-barang yang dikumpul di hadapannya. Setelah melihat ketekunan Sha, Shah melangkah menghampiri isterinya itu. Apa yang penting sangat awak nak buat sampai langsung tak boleh nak teman suami bersarapan ni? Sha terus mengangkat wajahnya memandang Shah. Shah tersenyum nakal. Memang itulah tujuannya mengeluarkan kata-kata seperti itu sebentar tadi. Dia mahu Sha memberikan perhatian kepadanya. Apa yang penting sangat daripada seorang suami ni? Shah memerhatikan barang-barang yang dikumpul dan dikeluarkan oleh Sha dari kabinet dapur sebentar tadi. Jangan nak mengada-ada pagi-pagi buta ni boleh tak? Macam la awak tak biasa bersarapan seorang diri selama ni. Mengada-ada betul la dia ni, rungut Sha namun tangannya masih laju melakukan kerja. Eh! Memang saya suka mengada-ada pun selama ni. Takkan awak tak kenal suami awak sendiri kut, cuma saya suka mengada-ada dengan awak je. Shah yang berdiri di sisi Sha mencapai buku yang dibelek oleh isterinya itu. Dia mengangguk faham. Dah la.... Awak keluar la, pergi la makan. Nanti

83

Sha & Shah

sejuk pula kopi yang saya sediakan tadi. Sha sudah malas nak melayan kerenah Shah. Jika dilayan, jawabnya tak menjadilah kerja yang mahu dia lakukan. Awak mesti pernah dengar, kan tugas seorang suami adalah menjaga isterinya. Hendaklah sentiasa bersamasama isterinya tidak kira pada waktu susah mahupun senang. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Saya ni jenis suami yang tak suka melihat isteri saya berada dalam kesusahan. Saya tengok dari tadi, awak macam terkialkial nak buat semua ni. Apa salahnya kalau saya sebagai seorang suami menolong isteri saya yang dalam kesusahan ni. Saya tolong boleh? Shah terus merenung Sha sambil mengelip-ngelipkan matanya menunggu persetujuan daripada gadis itu. Sha yang turut sama merenung Shah dengan jelingan yang tajam akhirnya tergelak kecil. Mengada betul la awak ni Shah! Sha masih lagi tergelak sambil tangannya menumbuk bahu Shah perlahan. Sungguh dia tidak dapat menahan tawa mendengar bicara Shah sebentar tadi. Ternyata Shah tidak pernah kering idea mahu mengusiknya. Malah lelaki itu sentiasa tahu bagaimana untuk membuatkan dia sentiasa ceria. Kan saya dah cakap tadi, saya pandai mengada-ada dengan awak je. Nak tahu kenapa? Shah menyiku Sha yang masih berdiri di sebelahnya. Hah... kenapa? soal Sha malas nak main soal jawab dengan lelaki itu lama-lama. Dah awak tak suka mengada-ada dengan saya, sayalah yang kena mengada-ada dengan awak. Kalau kat luar, perempuan-perempuan tu semua yang suka mengada-ada sampai saya ni tak reti nak mengada-ada dengan dia orang.

84

Sha Ibrahim

Dah! Dah habis dah? Kalau dah habis mengada-ada awak tu, apa kata awak keluar bersarapan dan jangan kacau saya buat kerja. Sha terus mencapai tepung gandum yang berada di dalam plastik lalu digunting bahagian atasnya. Ala... kejap lagi saya sarapan la. Bagi la saya tolong awak buat kek ni. Awak nak buat kek coklat, kan? Ni yang saya sayang sangat kat awak ni. Suka buat benda yang saya suka. Jangan nak perasan, saya pun sukakan kek coklat tahu! Saya buat sebab saya suka, bukan sebab awak suka! Jawapan Sha langsung tak mengubah apa-apa. Shah masih lagi berdiri tegak di sisinya sambil memerhatikan bahan-bahan untuk membuat kek dengan wajah yang begitu teruja. So! Apa yang mula-mula kita kena buat? Shah terus mengambil gandum yang sudah dibuka plastiknya dan dipegang. Menunggu arahan Sha untuk tugas seterusnya. Shah! Awak buat kerja saya makin slow la. Awak keluar la. Pergi la sarapan, biar saya buat semua ni sorangsorang.... Sha sudah mengubah nada suaranya dengan nada suara merayu. Ala... saya nak tolong awak sikit je. Lagipun selama ni saya tak pernah buat kek, mummy pun mana pernah bagi saya masuk dapur. Boleh la saya tolong awak, manalah tahu, lepas ni saya boleh buat kek sendiri. Shah juga seakan-akan merayu meminta simpati agar permintaannya ditunaikan oleh Sha. Yalah, yalah! Awak nak tolong saya sangat, awak tolong ambil bekas acuan kek kat dalam drawer bawah tu. Bawah mana? Shah terus saja menundukkan badannya dan duduk mencangkung mencari bekas yang

85

Sha & Shah

dimaksudkan oleh Sha. Gandum di dalam plastik yang dipegangnya tadi dibiarkan di atas meja tanpa menyandarkan kepada sesuatu. Tidak semena-mena gandum di dalam plastik tersebut terus terbalik lalu tumpah ke lantai. Shah, tengok apa yang awak dah buat ni! Tumpah dah! Habis la lantai! Sha yang sedang mengeluarkan barang dari dalam peti sejuk terus berlari mendapatkan gandum tersebut agar tidak tumpah dengan lebih banyak lagi. Namun lelaki itu yang kononnya sedang mencari barang hanya mendiamkan diri membuatkan Sha pelik sendiri. Awak buat apa kat bawah sampai... Belum sempat Sha menghabiskan kata-katanya, dia terpandang Shah yang sedang mendongak memandangnya dengan renungan yang begitu tajam. Sha terus terdiam sambil menahan tawanya yang bila-bila masa sahaja akan meletus. Dah la! Ketawalah! Hodoh sangat muka awak tengah menahan tawa tu! Sebaik sahaja Shah menghabiskan kata-katanya tawa Sha terus sahaja pecah. Maka terburailah ilai tawa yang kuat di dalam banglo mewah itu. Sha turut sama terduduk sambil memerhatikan kepala dan wajah Shah yang dipenuhi tepung gandum. Sha terus-menerus ketawa sambil menekannekan perutnya. Sha mula terfikir, waktu ini kalau wajah Shah diletakkan di mana-mana majalah hiburan, sudah tentu semua perempuan yang cuba mendekatinya selama ini akan mengubah fikiran mereka. Sempat lagi Sha berfikiran jahat. Namun apa yang dia bayangkan itu membuatkan dia rasa semakin lucu. Itulah! Orang tak bagi tolong, beria-ia sangat nak tolong! Kan dah kena, dah macam hantu apa entah muka

86

Sha Ibrahim

awak dengan penuh tepung gandum macam tu. Sekarang ni saya nak buat kek coklat wahai suamiku, bukannya kek playboy! Awak nak suruh saya uli awak ke apa? Suka betul hati Sha dapat mengenakan Shah kembali. Oh! Muka saya ni macam hantu? Kek playboy ek? Sekarang ni muka awak macam apa pulak? Shah mengambil tepung gandum yang berlebihan di lantai lalu menyapukan tepung gandum tersebut ke wajah Sha. Kali ini dia pula tergelak kuat. Puas hati dapat mengenakan Sha kembali. Shah! Eee... awak nikan! Ha ha ha! Padan muka! Suka awak kenakan saya ek! Ni... ambil lagi ni. Kali ini Shah meletakkan tepung gandum yang dipungut dari atas lantai ke kepala Sha. Sha yang terkejut dengan tindakan Shah lantas bangun sambil menjerit geram dan menghentak-hentakkan kakinya. Shah! Awak nikan. Awak ingat senang ke nak tanggalkan tepung gandum atas kepala ni! Habis tu. Mana adil saya sorang je yang kena susah payah mandi nak tanggalkan gandum atas kepala ni. Shah turut sama berdiri dan menghadap Sha dengan perasaan bangga dan puas. Sha tiba-tiba tersengih. Oh... ni kira nak balas dendam la ni ek. Okey... kita tengok siapa yang paling banyak tepung gandum dan paling susah nak bersihkan nanti. Tanpa berlengah Sha mengambil tepung gandum yang masih berbaki di dalam plastik lalu dicurahkan di atas kepala Shah. Habis kesemua tepung gandum dicurahkan tanpa meninggalkan sikit pun baki tepung gandum tersebut. Hah... hah...! Baru puas hati saya! Oh! Ini dah melampau dah ni! Nanti awak, kita tengok macam mana awak nak bersihkan tepung gandum

87

Sha & Shah

atas kepala awak tu kalau ditambah dengan telur ni! Shah mengambil dua biji telur dan ditayang-tayangkan di hadapan Sha. Sha mulai cuak. Kakinya mula menapak ke belakang. Awak jangan nak melampau! Mana boleh guna telur! Mana aci! Sha masih lagi menapak perlahan ke belakang. Bersedia untuk melarikan diri. Aci ke tak aci ke. Ada saya kisah? Tanpa melengahkan masa, Shah mengejar Sha yang sudah berlari menyelamatkan diri sambil menjerit kuat. Shah ketawa kegirangan dapat mengenakan Sha. Namun dia memang bertekad mahu pecahkan telur tersebut di atas kepala Sha. Shah! Dah la! Mana aci guna telur! Saya tak guna telur pun! Mereka sudah berkejaran di ruang tamu. Saya tak kira! Shah terus mengejar Sha. Sampailah satu saat, mereka berdua terhenti berlari dengan serentak. Masing-masing terdiam seribu bahasa. Shah pula dengan pantas menyembunyikan telur yang dipegangnya di belakang badannya. Mummy! Daddy! memecah kesunyian. Akhirnya Shah bersuara

Mama! Papa! Bila sampai? soal Sha pula. Dia tersengih memandang ibu bapanya dan mentuanya yang masih lagi mendiamkan diri. Mungkin masih terkejut dengan adegan langsung yang baru sahaja mereka tonton sebentar tadi Sha, Shah... apa yang kamu berdua buat ni? tanya Tan Sri Borhan.

88

Sha Ibrahim

Dia! Serentak mereka menyalahkan diri masingmasing. Shah menunjukkan jari telunjuknya ke arah Sha dan Sha pula melakukan sebaliknya. Sebenarnya Tan Sri Borhan, isterinya serta besan mereka sedang menahan tawa. Apa tidaknya, apa yang mereka baru saksikan sebentar tadi tidak ubah seperti melihat perangai budak-budak berumur lima tahun. Tak berubah. Masih keanak-anakan. Mama tak cakap pun nak datang hari ni. Sha bertanya kepada ibunya, Datin Latifah. Eh, mummy dah beritahu Shah hari tu. Shah tak beritahu Sha ke? Soal mentuanya, Puan Sri Marina kembali kepada Sha. Sha terus memandang Shah di sebelahnya. Seketika kemudian Shah tersengih. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sorry! Saya lupa nak beritahu awak. Saya sendiri pun dah lupa! Sha hanya mampu menjeling kemudian kembali tersenyum memandang ibu bapa dan mentuanya. Mama, papa, daddy dengan mummy duduklah dulu. Kami nak bersihkan diri sekejap. Sha meminta diri. Shah yang berasa bersalah hanya mengekori Sha dari belakang.

SELEPAS makan malam masing-masing duduk di ruang tamu sambil menikmati kopi panas. Seketika kemudian, Sha keluar dari dapur sambil membawa hirisan buah-buahan. Sebaik sahaja meletakkan buah-buahan tersebut di atas meja

89

Sha & Shah

kecil di tengah-tengah ruang tamu itu, Sha melabuhkan punggungnya di sisi Shah. Shah mengalihkan kedudukannya agar lebih rapat dengan Sha. Tangannya dengan bersahaja melingkari pinggang Sha. Sha sekadar membatukan diri. Walaupun dia langsung tidak selesa dan kekok namun dia terpaksa. Dia tidak mahu ahli kekuarganya tahu mengenai kedudukan sebenar hubungan mereka. Oh, ya Shah. Sepanjang mummy kat sini, mummy tak tengok pun gambar wedding kamu berdua. Tak gantung kat ruang tamu ni ke? Puan Sri Marina bertanya. Ada kat bilik, mummy. Shah tak suka la gantung kat ruang tamu. Itukan gambar wedding kami, biar kami je yang tengok. Tak payah nak tunjuk kat orang lain, jawab Shah bersahaja. Sha terus mengerling ke arah suaminya. Pandai je dia ni bagi jawapan. Buatnya mummy nak tengok kat bilik ada ke tak ada... baru padan muka. Sha mengomel dalam hati. Macam-macam la jawapan kamu. Sekurangkurangnya, kalau ada tetamu yang tak dikenali datang mereka tahu yang kamu berdua ni dah kahwin, balas Puan Sri Marina. Eh... mummy ni, kalau orang yang kami tak kenal, buat apa kami nak jemput masuk dalam rumah? Sekali lagi Shah menjawab tanpa berfikir panjang. Dengan pantas Sha menyiku Shah di sebelahnya. Menjeling memberikan amaran agar lelaki itu berfikir dahulu sebelum menjawab.

90

Sha Ibrahim

Ye tak ye jugak, ye Shah. Kalau orang yang kamu tak kenal, takkan nak bawa masuk dalam rumah, kan? Mummy kamu ni bukan apa, dia kalau boleh nak satu dunia ni tahu yang dia ada menantu yang cantik macam Sha ni. Tak cukup lagi gamaknya dia buat majlis kahwin kamu berdua besar-besaran malah jemput wartawan segala. Tan Sri Borhan ketawa. Cuba menceriakan suasana. Dia bukan tak tahu perangai anak tunggal dan isterinya yang suka sangat berperang walaupun peperangan itu hanya sekejap sahaja. Isy... abang ni, ke situ pulak! Puan Sri Marina menepuk paha suaminya. Datuk Shukri dan Datin Latifah sekadar ketawa kecil melihat telatah besan mereka. Maaflah Shah, kami datang ni pun bukan nak kacau kamu berdua. Papa tak tahan dengar rengekan mama kamu ni ha, rindu sangat dengan anak bongsu dia ni. Giliran Datuk Shukri pula bersuara. Eh... tak apa la papa. Kami tak kisah pun. Kebetulan hari ni pun kami tak ke mana-mana. Kalau mama dengan papa nak datang bila-bila masa pun tak apa. Dari tadi hanya mendengar suara Shah sahaja yang menjawab. Sha hanya mendiamkan diri. Kadang-kadang kelihatan gadis itu tersenyum ceria. Kamu dah lebih enam bulan kahwin, tak ada apaapa lagi ke? Isy, awak ni Ina! Suka sangat tanya soalan yang bukan-bukan. Budak-budak ni baru saja kahwin, bagi la peluang mereka nak honeymoon dulu. Belum apa-apa dah sibuk tanya pasal cucu. Terus Tan Sri Borhan menegur sikap isterinya yang kadang-kadang bertanya tanpa berfikir tentang perasaan orang lain.

91

Sha & Shah

Eh... betul la. Jangan salah faham dengan soalan mummy ni, Sha. Mummy bukan memaksa... tapi manalah tahu rezeki kamu berdua ni awal, boleh la kami dapat cucu awal. Betul tak Cik Ifah? Datin Latifah sekadar tersenyum sambil mengangguk. Dia faham dengan perasaan besannya itu. Dia sendiri pun teringin untuk bergelar nenek. Walaupun anak sulungnya, Farah sudah mendirikan rumah tangga selama setahun lebih, namun dia masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Sha faham mummy... Sha... Semua bergantung pada rezeki, mummy. Macam mummy cakap la, kalau rezeki kami awal, awal la kami dapat cahaya mata. Tapi setakat ni, belum ada rezeki lagi. Kalau ada rezeki nanti, insya-Allah kami akan beritahu mummy dengan mama cepat-cepat. Shah memotong kata-kata Sha apabila mendapati gadis itu terkial-kial untuk menjawab. Walaupun dia sendiri rasa bersalah dengan jawapan yang diberikan, namun dia terpaksa. Hal antara dia dengan Sha mesti dirahsiakan walaupun dia sendiri tidak tahu selama mana rahsia ini mampu bertahan. Baguslah kalau macam tu. Papa dengan mama pun tak galakkan kalau Sha ni cuba merancang. Isy... tak ada la pa. Sha tak merancang pun. Betul la kata Shah tadi... rezeki kami tak ada lagi. Sha tersenyum. Cuba berlagak biasa walaupun topik yang mereka sedang bincangkan waktu itu meresahkan dirinya. Dia tidak sehebat Shah yang mampu mengawal perasaan dan mampu juga untuk mengawal reaksi wajah. Kalau macam tu baguslah. Eh... hari pun dah lewat ni. Jom papa, kita balik, ajak Datin Latifah. Sebenarnya dia

92

Sha Ibrahim

cuba menyelamatkan anak bongsu kesayangannya dari terus dihantui rasa serba salah. Betul juga tu, jomlah kita beransur. Ajak Tan Sri Borhan pula sambil mengenyitkan mata kepada anak dan menantu kesayangannya. Dia tahu, semakin lama dia berada di situ, semakin banyak la soalan yang bakal dikemukakan oleh isterinya nanti. Dia bukan tidak kenal dengan isterinya itu. Kalau bercakap, asalkan dapat puaskan hati sendiri sahaja, orang lain langsung tidak dipedulikan. Thanks dad. Shah bersuara seakan-akan berbisik. Hanya ayahnya sahaja yang dapat melihat gerak bibirnya ketika itu.

SHAH menghembuskan nafas lega sebaik sahaja pintu pagar automatik itu tertutup. Sha yang berada di sebelahnya juga melakukan perkara yang sama. Lama mereka berdiri di muka pintu utama sambil memerhatikan ke arah pintu pagar. Tiba-tiba Sha melentokkan kepalanya ke bahu Shah. Penat... rungut Sha perlahan. Penat memasak untuk semua ke ataupun penat nak layan kerenah mummy? Awak jangan ambil hati dengan kata-kata mummy tu. Mummy memang macam tu, tapi hati dia baik, balas Shah. Dia hanya membiarkan sahaja kepala Sha di bahunya. Malah dia rasa senang pula waktu itu. Entah! Sebenarnya saya lebih kepada perasaan bersalah. Bersalah sangat-sangat sebab tipu mereka. Saya tahu. Saya pun rasa benda yang sama. Entahlah! Pening la pulak kepala saya fikirkan benda ni!

93

Sha & Shah

Dah la! Saya nak naik atas, nak tidur. Sha terus mengangkat kepalanya dari bahu Shah lalu melangkah masuk ke dalam rumah sementara Shah pula menutup pintu utama lalu melangkah mengikut Sha. Oh ya.... Maaf sebab saya tak beritahu awal-awal pasal kedatangan our parents hari ni. Its okay! Awak pun thanks sebab selamatkan saya dengan soalan cepumas tadi. Sha tersenyum. Shah turut sama tersenyum. Anytime.... Untuk awak, apa sahaja saya sanggup. Saya tahu. Sha mengenyitkan matanya kepada Shah sebelum melangkah memanjat tangga dan meninggalkan lelaki itu yang masih berdiri tanpa berganjak. Awak nak goda saya ke apa Sha? Soal Shah sendiri walaupun dia tahu soalannya itu langsung tidak didengari oleh Sha. Tiba-tiba sahaja badannya terasa panas. Dia terus ke dapur dan membuka pintu peti ais lalu meneguk air kosong dalam kuantiti yang banyak. Cuba untuk menenangkan perasaan sendiri buat seketika. Lama dia berdiri sambil menyandar badannya pada peti ais. Matanya terpandang meja dapur yang sudah kelihatan bersih. Peristiwa pagi tadi menerjah kembali ke benak fikirannya. Dia tersenyum bahagia.

94

No. ISBN:- 978-967-0448-15-2 Jumlah muka surat:- 776 Harga Runcit:- S/M: RM26, S/S: RM29 Harga Ahli:- S/M: RM22, S/S: RM25 Sinopsis:Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja. Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah dijodohkan. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah blur buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk

menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan. Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa. Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN Andai jodoh ini tidak berpanjangan izinkan aku terus menjadi sahabatmu....

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan SHA & SHAH di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedaikedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai

  • Akadku Yang Terakhir
    Akadku Yang Terakhir
    Dokumen126 halaman
    Akadku Yang Terakhir
    Penerbitan Kaki Novel
    96% (23)
  • Guy Next Door
    Guy Next Door
    Dokumen84 halaman
    Guy Next Door
    Penerbitan Kaki Novel
    95% (21)
  • Menantu Vs Mentua 1-10
    Menantu Vs Mentua 1-10
    Dokumen52 halaman
    Menantu Vs Mentua 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (3)
  • Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Dokumen38 halaman
    Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Penerbitan Kaki Novel
    71% (7)
  • Kuli
    Kuli
    Dokumen109 halaman
    Kuli
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • ANIEL ARMAN Memerhatikan
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Dokumen103 halaman
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (1)
  • Kuli
    Kuli
    Dokumen109 halaman
    Kuli
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Menantu VS Mertua
    Menantu VS Mertua
    Dokumen139 halaman
    Menantu VS Mertua
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (4)
  • Mungkinkah?
    Mungkinkah?
    Dokumen97 halaman
    Mungkinkah?
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (5)
  • Awas, Kalau Dah Suka! Miz Amaryllis
    Awas, Kalau Dah Suka! Miz Amaryllis
    Dokumen64 halaman
    Awas, Kalau Dah Suka! Miz Amaryllis
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • ANIEL ARMAN Memerhatikan
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Dokumen103 halaman
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (1)
  • Miss XL
    Miss XL
    Dokumen110 halaman
    Miss XL
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (4)
  • Actually
    Actually
    Dokumen62 halaman
    Actually
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Awek Skuter
    Awek Skuter
    Dokumen52 halaman
    Awek Skuter
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • ANIEL ARMAN Memerhatikan
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Dokumen103 halaman
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (1)
  • ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    Dokumen104 halaman
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    kelabk
    100% (1)
  • L&M 1-10
    L&M 1-10
    Dokumen32 halaman
    L&M 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Awek Skuter
    Awek Skuter
    Dokumen52 halaman
    Awek Skuter
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    Dokumen108 halaman
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • DYAP
    DYAP
    Dokumen66 halaman
    DYAP
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • TKC
    TKC
    Dokumen85 halaman
    TKC
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Jurnal 1-10
    Jurnal 1-10
    Dokumen30 halaman
    Jurnal 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • CMM
    CMM
    Dokumen114 halaman
    CMM
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (2)
  • 3 BLN 1-10
    3 BLN 1-10
    Dokumen34 halaman
    3 BLN 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (2)
  • Cari
    Cari
    Dokumen94 halaman
    Cari
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Penunggu
    Penunggu
    Dokumen111 halaman
    Penunggu
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (3)
  • Cari
    Cari
    Dokumen94 halaman
    Cari
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Tomboy
    Tomboy
    Dokumen165 halaman
    Tomboy
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (2)
  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat