Anda di halaman 1dari 9

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

BAB EMPAT: DASAR-DASAR LUAR MALAYSIA (1957 HINGGA KINI)

PRINSIP PENENTUAN DASAR LUAR MALAYSIA Malaysia telah menjalinkan hubungan luar yang baik dengan negara-negara lain di dunia ini semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam menjalinkan hubungan tersebut, Malaysia turut mengambil kira beberapa faktor penting yang mempengaruhi penentuan dasar luar Malaysia yang mencakupi aspek politik, sosial dan ekonomi. Antara faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia termasuklah:

FAKTOR Kepimpinan

HURAIAN Kepimpinan tertinggi negara pada satu-satu masa turut mempengaruhi hubungan luar Malaysia. Contohnya, ketika era awal kemerdekaan, kedudukan politik di Malaysia berada dalam yang masih belum stabil sepenuhnya. Hal ini kerana negara menghadapi masalah ancaman komunis yang serius. Bagi mewujudkan keamanan dalam negara, Perdana Menteri ketika itu mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan luar yang pro-Barat terutamanya dengan Amerika Syarikat yang anti-komunis. Selain itu, Malaysia menjalinkan hubungan luar dengan British terutamanya dalam ekonomi dan pertahanan. Malah, Malaysia (Tanah Melayu pada ketika itu) menandatangani perjanjian pertahanan dengan Britain bagi membolehkan tentera New Zealand, Australia dan Britain. Kemudiannya, dasar luar Malaysia berubah apabila kepimpinan negara mulai bertukar. Contohnya,

1 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

pengganti Tunku Abdul Rahman iaitu Tun Abdul Razak menukar dasar pro-Barat kepada dasar berkecuali dan turut menjalinkan hubungan dengan negara-negara komunis seperti China, Korea Utara dan Jerman Timur.

Keselamatan

Faktor keselamatan negara turut memainkan peranan penting dalam penentuan dasar luar Malaysia.

Melalui dasar ini, Malaysia menggunakan hubungan luar bagi mengelakkan diri daripada ancaman luar

terutamanya daripada kuasa-kuasa besar dunia. Contohnya, apabila berlaku pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea, Malaysia menganggap peristiwa tersebut mampu menggugat keamanan dan

keselamatan di rantau Asia Tenggara. Oleh itu, Malaysia memainkan peranan aktif dengan berusaha menamatkan konflik tersebut melalui

beberapa inisiatif bersama dengan negara jiran lain termasuklah Mesyuarat Tidak Rasmi Jakarta.

Ekonomi

Malaysia secara umumnya adalah sebuah negara yang kaya dengan bahan mentah seperti kelapa sawit, getah, bijih timah dan petroleum.

Kebanyakan sumber ini boleh menjana ekonomi negara melalui eksport hasil keluaran dalam bentuk mentah dan barangan siap.

Bagi memajukan sektor eksport, Malaysia memerlukan rakan dagangan dari negara-negara lain supaya barang dagangan dari Malaysia dapat dieksport ke serata dunia.

Selain eksport, import barangan siap juga penting bagi memenuhi keperluan domestik Malaysia seperti

bekalan makanan, alat-alat teknologi dan kenderaan.

2 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

Oleh itu, Malaysia menjalankan hubungan luar yang aktif dengan negara-negara di seluruh dunia bagi memajukan ekonomi negara.

Pada zaman kepimpinan Tun Dr. Mahathir misalnya, beliau mewujudkan jaluran perdagangan yang aktif dengan negara luar terutamanya negara-negara Asia Timur seperti Jepun dan Korea Selatan terutamanya dalam mengimport barangan siap dan teknologi.

Sejarah

Faktor sejarah turut memainkan peranan penting dalam penentuan dasar hubungan luar Malaysia.

Contohnya, hubungan Malaysia-China yang dimulakan pada era Tun Abdul Razak adalah turut bersandarkan sejarah hubungan diplomatik lampau di antara kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan Dinasti Ming yang memerintah China pada abad ke-15.

Selain itu, hubungan Malaysia dengan negara-negara serumpun seperti Indonesia, Brunei dan Singapura turut dipengaruhi oleh faktor sejarah lampau.

Seterusnya, hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam dalam OIC adalah disebabkan sejarah

perkembangan Islam di Malaysia sejak era Kesultanan Melayu Melaka dan sebelumnya.

Demografi

Latar belakang kependudukan di Malaysia menyaksikan kewujudan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam di negara ini.

Keadaan ini menyebabkan Malaysia mengamalkan dasar luar yang mementingkan dua prinsip iaitu perpaduan antara manusia dan penghormatan ke atas hak asasi manusia.

3 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

Oleh

itu,

Malaysia

menentang

bentuk-bentuk

penindasan dan diskriminasi ke atas mana-mana bangsa yang mencabuli hak asasi manusia. Dalam hal ini, Malaysia pernah mengambil pendirian untuk tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan yang mengamalkan Dasar Apharteid yang mendiskriminasi dan menindas golongan berkulit hitam dan berwarna di negara tersebut.

Geografi

Malaysia terletak dalam kawasan yang strategik di dunia terutamanya di kawasan perairan Selat Melaka yang menghubungkan laluan perdagangan Barat ke Timur.

Oleh itu, Malaysia telah mengamalkan dasar bebas dan berkecuali dan berusaha untuk menjadikan rantau Asia Tenggara bebas daripada sebarang pengaruh luar.

Oleh itu, Malaysia dan negara-negara ASEAN yang telah bersepakat menubuhkan kawasan rantau Asia Tenggara menjadi Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).

4 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

KEPIMPINAN NEGARA DAN DASAR LUAR Semenjak mencapai kemerdekaannya pada 1957, Malaysia mengalami perubahan kepimpinan sebanyak enam kali bermula daripada era kepimpinan Tunku Abdul Rahman sehinggalah kepada kepimpinan negara pada masa ini di bawah Dato Seri Najib Tun Razak. Perubahan kepimpinan negara turut menyaksikan beberapa perubahan dalam dasar luar negara. Walaubagaimanapun, hal ini tidaklah bererti dasar luar negara akan sentiasa berubah-ubah dengan bertukarnya kepimpinan negara, akan tetapi mengalami sedikit perubahan dan pembaharuan di samping mengekalkan dasardasar luar sedia ada. Berikut adalah dasar luar mengikut enam era kepimpinan Perdana Menteri yang berbeza:

ERA Tunku Abdul Rahman (1957-1970)

HURAIAN Dari segi politik, dasar luar Tunku Abdul Rahman dilihat pro-Barat. Hal ini kerana Tanah Melayu ketika itu baru mencapai kemerdekaan dan masih belum mempunyai kekuatan dan kestabilan sepenuhnya terutamanya dalam soal pertahanan. Dalam keadaan tersebut, Tanah Melayu telah

menghadapi ancaman dari luar dan dalam iaitu ancaman komunis dan ancaman konfrontasi daripada Indonesia ketika pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman telah melaksanakan dasar pro-Barat terutamanya menjalinkan hubungan dengan Britain melalui perjanjian pertahanan AngloMalayan Defence Treaty (AMDA) yang memberi kebenaran kepada Britain untuk menguruskan hal ehwal pertahanan negara.
5 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

Dasar ini telah membawa kepada bantuan dan kemasukan tentera dari negara Komanwel seperti New Zealand, Australia dan Britain.

Dalam soal ekonomi pula, Malaysia pada ketika itu masih bergantung kepada British dalam soal ekonomi.

Oleh itu, Malaysia menyertai Blok Sterling iaitu pertubuhan negara-negara yang menggunakan Pound Sterling dalam urusan perdagangan.

Pada ketika itu, ekonomi Malaysia yang bergantung kepada getah dan bijih timah mengharapkan Barat untuk

permintaan

daripada

negara-negara

menjalankan perdagangan dengan Malaysia. Bagi mengatasi masalah kebergantungan tersebut, Malaysia mula mengamalkan pasaran bebas dengan memulakan perdagangan dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jerman Barat dan Jepun. Selain itu, Tunku Abdul Rahman juga berusaha untuk memulihkan hubungannya dengan negara-negara jiran kesan daripada konflik ketika penubuhan Malaysia dan kemudiannya membawa pertikaian Filipina ke atas Sabah dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Bagi memulihkan keamanan serantau, hubungan yang lebih baik cuba diwujudkan melalui pertubuhan bersifat serantau termasuklah MAPHILINDO 1962 dan ASEAN 1967.

Tun Abdul Razak (1970-1976)

Di bawah era kepimpinan Tun Abdul Razak, dasar luar Malaysia yang sebelumnya dilihat pro-Barat telah menjadi lebih terbuka dan berkecuali.

Antaranya termasuklah penyertaan Malaysia ke dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) pada

6 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

1971. Kesungguhan Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dapat dilihat melalui peranan Kuala Lumpur bagi menjayakan kawasan rantau Asia Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) pada 1971 yang ditandatangani oleh kesemua negara ASEAN pada ketika itu. Seterusnya, Malaysia juga mula menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis seperti China, Korea Utara dan Jerman Timur sebagai satu tanda keberkecualiannya dalam politik antarabangsa. Dalam pada itu, Malaysia yang menyertai Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) pada 1969 juga telah mula menonjolkan dirinya sebagai sebuah negara Islam. Selain itu, prinsip berkecuali Malaysia telah membantu perkembangan ekonomi Malaysia dengan tidak hanya bergantung kepada negara Barat seperti Britain sematamata. Antara usaha yang dilakukan termasuklah mengadakan kerjasama ekonomi dengan China yang bersetuju membeli getah dan kelapa sawit daripada Malaysia. Hal ini telah membantu Malaysia dalam keadaan harga pasaran getah yang tidak menentu pada ketika itu. Selain itu, Malaysia dan China turut memeterai perjanjian bagi membentuk kerjasama dalam bidang kejuruteraan.

Tun Hussein Onn (1976-1981)

Di bawah Tun Hussein Onn, dasar berkecuali Malaysia diteruskan oleh beliau.

Dalam era kepimpinannya juga, satu usaha yang bersungguh telah dimainkan oleh Malaysia bagi

7 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

menentang sebarang bentuk campurtangan kuasa dunia ke atas negara-negara di Asia Tenggara bagi

menghormati prinsip ZOPFAN yang telah dimeterai sebelumnya. Hal ini kerana, kuasa besar duni seperti Russia dan China telah cuba untuk campur tangan dalam Isu Kampuchea sedangkan pemimpin ASEAN berpendapat isu tersebut boleh diselesaikan melalui rundingan. Oleh itu, Tun Hussein Onn dan Presiden Suharto secara bersama telah menandatangani Perisyhtiharan Kuantan 1980 bagi menolak sebarang bentuk campurtangan asing dalam Isu Kampuchea. Atas prinsip kemanusiaan juga, Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia telah membenarkan kemasukan pelarian Vietnam ke Malaysia lewat 1970-an dan kebanyakannya diletakkan di Pulau Bidong di Terengganu.

Tun Dr.Mahathir (1981-2003)

Di bawah kepimpinan Tun Dr.Mahathir, dasar luar Malaysia dilihat lebih terkehadapan dan memainkan peranan aktif dalam pertubuhan dunia yang disertainya.

Antaranya termasuklah memainkan peranan dalam menyuarakan pelbagai isu alam sekitar dalam PBB terutamanya dalam Isu Antartika.

Dalam ucapan Tun Mahathir pada Persidangan Tahunan PBB 1982, beliau mengutarakan pendapat bahawa Antartika adalah hak bersama semua negara di dunia.

Selain itu, Malaysia juga telah memainkan peranan penting dalam membela nasib rakyat Palestin dan mengkritik rejim apharteid Afrika Selatan secara terbuka dalam persidangan PBB.

8 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

Selain itu juga, Tun Dr.Mahathir juga telah memulakan Kerjasama pertubuhan membangun melaksanakan Selatan-Selatan yang dan yang merupakan satu

dianggotai negara

oleh dunia

negara-negara ketiga dalam dan

kerjasama

politik,

pendidikan

ekonomi di antara negara-negara. Dalam OIC pula, Malaysia telah memulakan usaha memajukan pendidikan umat Islam melalui penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan turut mengambil para pelajar dari negara-negara Islam di seluruh dunia. Dalam aspek ekonomi pula, kerjasama antarabangsa yang berorientasikan ekonomi diperluas terutamanya melalui Dasar Pandang ke Timur. Melalui dasar tersebut, Malaysia telah menjalinkan perdagangan yang aktif dengan negara Asia Timur seperti Jepun dan Korea Selatan termasuklah melalui pengimportan teknologi. Selain itu, di bawah era Tun Dr.Mahathir juga, Malaysia mengecam tindakan pencerobohan Tentera Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat ke atas Afghanistan dan Iraq. Malaysia di bawah era Mahathir juga memainkan peranan penting dalam membantu Bosnia-Herzegovina yang menghadapi ancaman Serbia dengan memberi bantuan kemanusiaan, menghantar tentera pengaman dan membantu pembangunan selepas perang. barangan siap dan pemindahan

9 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012