Anda di halaman 1dari 4

Tarikh Masa Kelas Bilangan Tema Tajuk Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran

19 April 2012 8.15 9.15 pagi 4 Pintar 32 Orang Menyiasat Benda Hidup Haiwan Hidup Dalam Cuaca Melampau Memahami bahawa haiwan mempunyai ciri khas dan tabiat melindungi dirinya daripada cuaca yang melampau. Di akhir pengajaran dan pembelajaran,murid mesti dapat : I. Menulis 3 dari 4 ciri-ciri khas dan tabiat haiwan melindungi dirinya daripada cuaca yang melampau dengan betul semasa membina peta minda. II. Menerangkan 2 dari 4 cara bagaimana ciri-ciri khas dan tabiat haiwan membantu melindungi dirinya daripada cuaca melampau dengan betul semasa perbentangan kumpulan. III. Menyatakan 5 dari 8 sebab bagaimana ciri-ciri khas dan tabiat haiwan membantu melindungi dirinya daripada cuaca melampau semasa perbincangan dengan guru.

Pengetahuan Sedia Ada Pendekatan Strategi P&P Kemahiran Proses Sains Kemahiran Berfikir

Murid mengetahui haiwan mempunyai sifat khas untuk melindungi diri dari sebarang bahaya. Konstruktivisme, Perbincangan, Penggunaan ICT, Pengukuhan , Pengulangan Memerhati, Berkomunikasi , Meramal

Membanding Dan Membezakan, Menghubungkaitkan , Menjana Idea

Nilai Murni

I. II. III.

Kerjasama Berfikir secara rasional Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

Sumber ABM

Video, Gambar, Kertas Mahjong, Kotak ,ICT Laptop, Lcd

Fasa Pembelajaran

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran ABM 1. Murid ditayangkan dengan tayangan video. 2. Murid disoal berdasarkan kandungan video tersebut. Soalan: Dimanakah tempat tinggal haiwan ini? 3. Guru menjelaskan tentang tajuk pengajaran pada hari ini.

Cacatan

Video : Unta dan Beruang Kutub

Video KPS Berkomunikasi Kemahiran Berfikir Membanding Dan Membezakan Nilai Murni Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

Set Orientasi 5 minit

Tajuk : Hidup Dalam Cuaca Melampau

Pengetahuan sedia ada : Ciri-ciri khas dan tabiat yang haiwan membantu melindungi dirinya daripada cuaca melampau. Haiwan : Penguin Beruang kutub Unta Badak sumbu

1. Murid diberi arahan tentang gerak kerja kumpulan. 2. Ketua kumpulan datang mengambil barang kumpulan. 3. Guru menunjuk contoh rangka peta minda melalui tayangan Power Point. 4. Murid berbincang di dalam kumpulan. 5. Murid membina peta minda di atas kertas mahjung berdasarkan gambar yang diberi. 6. Guru sebagai pembimbing memerhati pergerakan aktiviti. 7. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka.

ABM Power Point Gambar Kertas Mahjung Strategi Perbincangan Kerja kumpulan KPS Berkomunikasi Meramal Kemahiran Berfikir Menghubungkait Menjana idea Nilai Murni Bekerjasama

Pencetusan Idea 20 minit

Fasa Pembelajaran

Isi Kandungan Ciri-ciri khas dan tabiat haiwan membantu melindungi dirinya daripada cuaca yang melampau

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran 1. Murid ditunjukkan satu persembahan power point yang mengandungi ciri-ciri khas dan gambar haiwan. 2. Murid ditanya soalan berkaitan dengan gambarajah bagi setiap slide powerpoint yang ditunjukkan. Contoh soalan guru : Apakah nama haiwan yang ditunjukkan? Apakah ciri-ciri khas dan tabiat pada haiwan untuk melindungi diri daripada cuaca panas/sejuk? Bagaimanakah ciri-ciri khas tersebut membantu haiwan melindungi diri daripada cuaca panas/sejuk?

Cacatan

ABM Gambar Strategi Perbincangan KPS Memerhati Berkomunikasi Meramal Kemahiran Berfikir Menghubungkait Nilai Murni Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

Pengstukturan Idea 15 minit

Latihan pengukuhan

1. Guru mengagih kertas berisi rangka peta minda. 2. Murid mengisi tempat kosong bagi melengkapkan peta minda. 3. Murid merujuk jawapan melalui tayangan slide Power Point.

ABM Lampiran Tugasan Kemahiran Berfikir Berkomunikasi Nilai Murni Berfikir secara rasional

Aplikasi idea 15 minit

Fasa Pembelajaran

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran 1. Aktiviti kotak beracun :

Cacatan

Pengulangan Soalan di dalam kotak : Apakah yang telah kita belajar pada hari ini? Nyatakan ciri khas haiwan tinggal di tempat panas/sejuk.

ABM Kotak KPS Berkomunikasi Nilai Murni Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar.

Refleksi 5 minit

Kotak harus digerakkan kepada rakan bersebelahan semasa muzik dimainkan. Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang kotak berkenaan dikehendaki menjawab soalan yang terdapat dalam kotak berkenaan.

2. Murid / guru membuat rumusan pembelajaran.