Anda di halaman 1dari 15

1.0 PEMULIHARAAN AIR 1.

1 Jenis Pencemaran Air

Pencemaran Bahan Toksik

Racun Rumpai Racun Serangga Bahan Buangan Industri

Pencemaran Organik

Lebihan bahan organik seperti baja dan kumbahan memasuki air

Jenis Pencemaran Air Pencemaran Terma

Air digunakan sebagai penyejuk dan kembali kepada persekitaran akuatik dengan suhu yang lebih tinggi

Pencemaran Ekologikal

Kejadian tanah runtuh, haiwan dan tumbuhan yang mati lemas dalam banjir serta sejumlah besar bahan organik mengalir dalam air

1.2 Punca Pencemaran Air

Pembuangan Bahan Domestik

Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.

Sisa Toksid Dari Sektor Kilang

Cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik. Kilang membuang sisa cecair dan pepejal agrokimia ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.

Pertumpahan Minyak

Minyak bercampur dengan air laut atau sungai. Kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik terjejas. Menjejaskan sumber protein manusia. Hampas-hampas organik, baja, pestisid dibuang ke dalam sungai mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuhtumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

Pertanian

Bahan-bahan Buangan Radioaktif Dan Ujian-ujian Bom Dan Nuklear

Bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear da ujian-ujian bom nuklear menyalirkan bahan buangan ke dalam laut.

1.3 Kesan Pencemaran Air

Menjejaskan kesihatan manusia Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf.

Menjejaskan hidupan akuatik Tumbah minyak mengganggu mikroorganisma dalam air kerana lapisan tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen terlarut akan berkurang.Selain itu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam air, sehingga fotosintesi terganggu.

Menjejaskan sumber pendapatan nelayan Tumpahan minyak di Pengerang telah menjejaskan pendapatan nelayan di situ memandangkan sumber pendapatan utama penduduk sekitarnya bekerja sebagai nelayan. Pencemaran berlaku

menyebabkan ikan mati dan berpindah ke habitat baru untuk meneruskan kehidupan.

Peningkatan kos pembersihan air dan bekalan minum Air yang tercemar memperlukan kos pemuliharaan yang tinggi untuk dirawat. Sebagai contoh sebanyak RM 250 juta telah diperuntukkan bagi pembersihan dan mengindahkan sungai. Hal ini merugikan kerana selain menambahkan bebanan kerajaan, wang itu sepatutnya boleh disalurkan untuk pembangunan negara.

1.4 Cara Pemuliharaan Air

Rawatan air kumbahan Rawatan air kumbahan adalah proses bahan pejal diasingkan dan kemudian ditukar daripada bahan pepejal kepada bahan mineral. Cara biasa untuk merawat air biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat; Rawatan Primary, Rawatan Secondary dan Rawatan Tertiary. Tiga cara untuk mengawal air kumbahan industri ialah dengan mengawal selia puncanya di sesebuah kilang berkenaan, air kumbahan sebelum dirawat untuk dibuang dengan menggunakan cara rawatan berbeza atau air kumbahan boleh dirawat secara penuh di kilang sama ada ia kemudian diguna semula atau dibuang terus. Tujuan rawatan biasa untuk air kumbahan ialah bagi mengurangkan bahaya dan selamat digunakan oleh manusia.

Penguatkuasaan undang-undang (Akta Kualiti Alam Sekeliling) Sisa-sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji perlu dirawat terlebih dahulu ke dan mematuhi had dalam sungai. yang ditetapkan sebelum tempatan

dilepaskan

Kemudian,kerajaan

mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan kerajaan tempatan memasang penapis sisa makanan untuk menghalang sisa makanan, minyak disalurkan terus memasuki sungai dan

mencemarkannya.

Kesedaran masyarakat Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan. Aktiviti-aktiviti meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid dan orang ramai harus dipertingkatkan dalam usaha menyelesaikan masalah pencemaran sungai. Pada masa yang sama, pihak-pihak yang melakukan kesalahan dengan mencemarkan sungai atau alam sekitar,jika disabit kesalahan terus dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

2.0 PEMULIHARAAN TANAH 2.1 Punca Pencemaran Tanah

Pembuangan sampah meratarata

Pembuangan bahan buangan dari industri spt minyak, sisa toksik, sisa industri

Pembuangan kumbahan yang tidak terkawal

Penggunaan racun serangga secara berlebihan

PUNCA PENCEMARAN TANAH

Aktiviti perlombongan

2.2 Kesan Pencemaran Tanah

Menjejaskan kesihatan manusia Sampah-sarap yang dibuang di kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Lipas, lalat, tikus, dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas, manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.

Kekurangan tanah yang sesuai untuk pertanian Kekurangan tanah subur untuk pertanian menyebabkan hasil pertanian berkurangan untuk sara diri dan eksport ke negara lain.

Menyebabkan pencemaran lain Mengakibatkan berlakunya pencemaran yang lain seperti

perncemaran air dan udara. Bahan pencemaran di tanah akan mengalir ke dalam sungai menyebabkan pencemaran air berlaku. Baubau bahan pencemaran akan mengakibatkan pencemaran udara.

Kerosakan tanah dan kualitinya Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti menyebabkan tumbuhan atau sayuran yang ditanam tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak.

Membunuh haiwan bawah tanah Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul di dalam tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan nuklear membunuh haiwan-haiwan bawah tanah.

2.3 Cara Pemuliharaan Tanah

Penggunaan baja organik Penggunaan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan dan sisa tanaman menggantikan penggunaan baja kimia harus digalakkan. Selain menambahkan kesuburan tanah, ia adalah lebih murah, dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Mengamalkan tanaman tutup bumi Tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di lereng bukit antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit untuk mengurangkan hakisan tanih dan mengekalkan kesuburan tanih.

Mengamalkan kitar semula Pangasingan sampah-sarap yang dapat di kitar semula perlu dilakukan supaya sumber alam tidak dibazirkan. Selain itu, gotongroyong harus sentiasa diadakan.

Menguatkuasakan undang-undang Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang terhadap industri yang tidak menepati piawai penjagaan alam sekitar yang ditetapkan. Segala pembinaan, pembalakan, dan perlombonagn mesti dikawal dengan ketat. Pembuangan air dari kilang-kilang mestilah ditapis sebelum dibuangkan.

Mengadakan kempen penjagaan alam sekitar Kesedaran untuk menjaga alam sekitar sepatutnya diterap melalui pelaksanaan kempen bermula di sekolah rendah lagi. Generasi baru seharusnya diberi pendedahan kepentingan menjaga alam sekitar.

2.4 Kepentingan Tanah

Medium kepada pertumbuhan pokok

Medium bagi kejuruteraan


Kepentingan Tanah

Pemprosesan bahan mentah

Alat kawal atur bagi pembekalan air

Tempat berlindung organisma tanah

3.0 PEMULIHARAAN HUTAN 3.1 Punca Kemusnahan Hutan

Kemusnahan dan perubahan habitat Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup. Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan

pembiakan.

Pembakaran Hutan Pembakaran hutan secara terbuka menyebabkan spesiesspesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah. Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya.

Pemburu Haram Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara luar terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di negara ini. Menurut kajian yang pernah dilakukan, daripada 10 haiwan yang diseludup, biasanya hanya seekor sahaja yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat. Hal ini menyebabkan nilai haiwan tersebut sangat tinggi dan ini

menggalakkan lagi pemburuan haram.

Pembinaan Empangan Pembinaan empangan memerlukan pembersihan hutan yang luas tanpa kawalan seperti di Bakun dan di Tasik Chini telah memberikan kesan yang ketara dan dapat di lihat dengan jelas. Contoh yang paling ketara adalah Empangan Bakun telah

memusnahkan habitat semulajadi sebanyak 70,000 hektar yang sebesar Singapura.

3.2 Kesan Kemusnahan Hutan

Kepupusan dan gangguan flora dan fauna Masalah bertambah apabila hidupan ini telah terdedah kepada penyakit berjangkit. Masalah lain adalah perpindahan hidupan dari kawasan hutan ke kawasan berkependudukan menyebabkan masalah kepada penduduk tempatan yang tinggal berdekatan.

Kesan mineral tanih persekitaran Tanih adalah bahan utama dalam pertumbuhan tumbuhan kerana terdapat pelbagai mineral yang penting baginya. Tetapi setelah pembinaan ini berlaku, kandungan mineral tanih semakin terjejas tidak kira di darat ataupun di sungai. Tanih akan terhakis menyebabkan kesuburan tanih semakin berkurangan. Mineral di sini dibawa turun oleh aliran air permukaan.

Orang asli terancam Kemusnahan hutan ini memang membawa kesan kapada kaum orang asli. Banyak antara kaum ini hilang tradisi, budaya dan cara hidup terpaksa bertukar. Ini dikaitkan dengan sumber pendapatan mereka, tempat tinggal mereka dan ancaman lain seperti penyakit berjangkit. Dari segi sumber mereka terancam. Masalah mencari makanan juga wujud. Contoh yang jelas adalah sumber protein mereka daripada hasil penangkapan ikan terjejas di Sungai Baloi, Sarawak yang berdekatan dengan Empangan Bakun.

3.3 Cara Pemuliharaan Hutan

Penanaman semula pokok Spesies pokok tertentu yang dikenal pasti cepat membesar sepatutnya ditanam untuk menutupi permukaan bumi yang tandus. Tindakan tersebut dapat mengelakkan tanah mengalir ke dalam sungai apabila hujan, di samping dapat mengelakkan masalah peningkatan suhu bumi.

Mengurangkan aktiviti pembalakan Pengurangan aktiviti penerokaan alam semulajadi akan memberi sumbangan kepada pengekalan kehijauan dan keindahan alan semula jadi.

Mewartakan hutan simpanan Di Semenanjung Malaysia terdapat lebih kurang 458 buah kawasan telah diwartakan sebagai hutan simpanan kekal seluas 4.64 juta hektar yang meliputi kawasan hutan darat, paya laut,dan paya gambut. Hutan simpan kekal atau dikenali sebagai pemuliharaan merupakan satu pemuliharaan kepelbagaian biologi bagi mengekalkan tumbuhan dan kehidupan liar di habitat asalnya.

Kempen kesedaran Kempen kesedaran juga haruslah dilakukan untuk mendedahkan kepentingan hutan kepada kita selain menyalurkan cara memelihara dan memulihara hutan kepada orang ramai. Kempen kesedaran boleh dilakukan dalam bentuk ceramah mahupun pertandingan dengan bertemakan menyayangi alam sekitar. Risalah juga boleh diedarkan untuk mengedarkan orang ramai. Poster-poster yang menyarankan pemeliharaan dan pemuliharaan alam boleh diletak dan dipaparkan di kawasan awam.

3.4 Kepentingan Hutan

Sumber ekonomi negara Membekalkan oksigen Habitat perlindungan liar

Sumber perubatan dan makanan

Kestabilan cuaca
Kepentingan Hutan

Keseimbangan ekosistem

Mengawal hakisan tanah

Perkembangan ekopelancongan

Tempat tadahan hujan

4.0 PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 4.1 Punca Kepupusan Hidupan Liar

Pembalakan haram

Pencemaran Punca Kepupusan Hidupan Liar

Pembakaran hutan

Pembukaan tanah baru

Pemburuan haram

4.2 Kesan Kepupusan Hidupan liar

Kitaran kehidupan terjejas Apabila berlakunya kepupusan hidupan liar, maka kitaran hidupan ataupun ekosistem akan terjejas. Hal ini kerana hidupan liar adalah salah satu daripada elemen dalam sesebuah ekosistem.

Mencacatkan pemandangan alam Seperti yang kita tahu, pemandangan alam tidak akan lengkap tanpa hidupan liar. Dalam erti kata yang lain, pemandangan alam tidak akan lengkap tanpa wujudnya flora dan juga fauna.

Hilang daya tarikan pelancong Salah satu daya tarikan pelancong ke Malaysia adalah dengan adanya hidupan-hidupan liar. Jika kepupusan hidupan liar terjadi, hilanglah daya tarikan pelancong ke negara kita sekaligus akan mengganggu ekonomi masuk negara kita.

4.3 Cara Pemuliharaan Hidupan Liar

Gazet hutan-hutan simpan secara meluas Dengan menggazetkan hutan-hutan simpan ini, tempat

pembiakan haiwan terjamin dan sumber makanan mereka juga akan berkekalan.

Kuatkuasakan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 Penguatkuasaan undang-undang agar hidupan liar terjamin. Jabatan PERHILITAN juga harus menyumbang dalam merealisasikan akta ini dikuatkuasakan. Tindakan pemulihan seperti penanaman semula hutan untuk menjamin habitat hidupan liar juga perlu ditingkatkan.

Pemberian lesen pemburuan secara terkawal Langkah dari segi kawalan pemberian lesen pemburuan serta tindakan tegas ke atas pemburu haram perlu diambil bagi memastikan hidupan liar ini selamat. Pegawai Jabatan Perhutanan juga perlu ditambah agar kawalan pemburuan dapat dijayakan.

Mengawal tindak-tanduk orang asli Pertanian pindah dan pembakaran hutan merupakan tindakan biasa bagi orang asli mengakibatkan pemupusan hidupan liar. Penempatan orang-orang asli dan kawalan pergerakan mereka serta usaha memastikan mereka tidak mengganggu habitat haiwan perlu diberi perhatian serius.

Tingkatkan kajian dan penyelidikan Kajian dan penyelidikan perlu dijalankan agar haiwan ini terus membiak dan mempunyai ketahanan dalam menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Pelbagai pelalian dan hormon perlu dicipta untuk menjamin haiwan-haiwan ini terus hidup. Usaha-usaha juga perlu dijalankan untuk mewujudkan habitat melalui kajian. 4.4 Kepentingan Hidupan Liar

Menyeimbangkan ekosistem alam

Menjaga khazanah alam

Kepentingan Hidupan Liar

Kemandirian spesies

Daya tarikan pelancong

Anda mungkin juga menyukai