Anda di halaman 1dari 15

1) PENGENALAN. 1.1 Latar belakang kajian.

Temuduga merupakan satu proses yang berlaku yang bertujuan untuk mencari dan mengenalpasti calon-calon yang layak untuk menjawat sesuatu jawatan, untuk kenaikan pangkat, untuk mendapatkan biasiswa dan sebagainya. Antara tujuan temuduga dijalankan adalah : a) Ia memberi peluang kepada majikan untuk mengetahui sama ada calon-calon memiliki kebolehan dan kelayakan yang diperlukan. b) Ia membolehkan orang yang ditemuduga menilai sama ada dia memenuhi keperluan pekerjaan yang dipohon atau tidak. c) Memberi peluang majikan mengenali bakal pekerja dan mengetahui lebih mendalam lagi tentang diri bakal pekerja mereka. d) Memastikan calon yang paling sesuai bagi jawatan yang ditawarkan. e) Menilai tahap kecekapan komunikasi yang dimiliki oleh bakal pekerja. f) Menyelaras keperluan pekerjaan dengan kelulusan dan kebolehan setiap calon yang ditemuduga. Proses pemilihan berbeza antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain. Perbezaan ini banyak bergantung pada saiz sesebuah organisasi. Semakin besar sesebuah organisasi, semakin terperinci proses temuduga dilaksanakan. Berbanding dengan organisasi sederahana atau kecil, temuduga dijalankan lebih kompleks. Walaupun berbeza proses pemilihan, matlamat masih sama iaitu memadamkan pekerja dengan pekerjaan yang sesuai. CARTA PROSES PEMILIHAN 1. Calon-calon dalam pengambilan Amalan pengambilan adalah bertujuan untuk menarik minat sekumpulan pemohon pekerjaan supaya memohon sebarang kekosongan jawatan yang terdapat dalam sesebuah organisasi. Di sini, berlaku proses pemilihan pekerja untuk menapis jumlah calon kepada calon yang benarbenar layak dan terpilih sahaja.

2. Menilai borang permohonan Kebanyakkan organisasi memerlukan calon yang ingin memohon jawatan, mengisi borang permohonan.Borang ini memudahkan organisasi memperoleh maklumat yang berkaitan dengan calon tersebut.Borang yang lengkap diisi dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, berpotensi untuk dipanggil ke temuduga. 3. Ujian-ujian pemilihan Ujian-ujian yang dijalankan semasa proses pemilihan memainkan peranan penting dalam mengenalpasti calon-calon yang benar-benar layak untuk sesuatu jawatan. Antara ujian yang dijalankan oleh organisasi di Malaysia ialah ujian kecergasan minda, ujian pengetahuan pekerjaan dan ujian personaliti. 4. Temuduga Temuduga ialah kaedah yang paling penting yang biasa digunakan oleh kebanyakkan organisasi di Malaysia.Ini kerana melalui temuduga, organisasi amat berharap mereka dapat mengenali perwatakan dan keupayaan calon yang sebenar bagi menentukan kesesuaian dengan pekerjaan yang dipohonnya. 5. Semakan latar belakang Organisasi akan membuat keputusan pemilihan awal setelah proses temuduga dijalankan. Calon-calon yang berjaya melepasi temuduga, perlu melalui satu proses lagi sebelum keputusan akhir dibuat. Proses tersebut ialah semakan latar belakang dan rujukan calon. Antara eleman yang biasa disemak ialah pengalaman kerja, pendidikan, rekod jenayah, dan laporan penilai. 6. Keputusan pemilihan Calon yang berjaya akan dihubungi melalui talian telefon atau surat. Biasanya organisasi di Malaysia menghantar surat terus kepada calon yang berjaya. Antara perkara utama yang terkandung dalam surat tawaran ialah Pampasan dan faedah, Syarat-syarat tawaran, Tarikh melaporkan diri dan gaji yang diinginkan.

7. Pemeriksaan fizikal Calon yang menerima tawaran pekerjaan tersebut diminta untuk melakukan pemeriksaan perubatan di hospital kerajaan atau swasta.Tujuan utama pemeriksaan perubatan adalah untuk memastikan bahawa calon dalam keadaan sihat sebelum memulakan pekerjaan dengan organisasi baru. 8. Lapor diri Calon akan melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan. Kebiasaannya, pekerja baru akan menjalani kursus induksi yang dijalankan oleh organisasi. Induksi penting untuk memperkenalkan budaya kerja kepada pekerja baru.Antara perkara utama yang diperkenalkan ialah polisi syarikat, peraturan, matlamat, visi, pembangunan kerjaya dan tanggungjawab pekerja. Temuduga akan dikendalikan dengan beberapa kaedah, bergantung pada jenis jawatan yang dipohon. Antara kaedah yang biasa digunakan ialah temuduga seorang dengan seorang, temuduga berkumpulan dan temuduga panel. a) Temuduga seorang dengan seorang Kaedah ini biasanya digunakan untuk jawatan yang menjurus kepada bukan pengurusan seperti kerani, jurutaip, operator pengeluaran atau juruteknik. b) Temuduga berkumpulan. Kaedah ini digunakan apabila terdapat ramai calon yang berkelayakan c) Temuduga panel (board interview). Ia merujuk kepada seorang calon ditemuduga oleh beberapa orang wakil organisasi. Sesi temuduga sebegini memberi lebih tekanan kepada calon kerana terpaksa berhadapan dengan panel penemuduga secara berseorangan.Calon harus bijak mengawal suasana dan diri walaupun dalam keadaan tidak selesa.Jawatan yang dipohon bagi temuduga sebegini biasanya ialah jawatan profesional seperti jurutera, pensyarah, dan guru.

1.2 Pernyataan masalah. Persaingan untuk mendapatkan tempat di pasaran pekerjaan semakin hebat. Ini adalah kerana pelajar-pelajar berkelulusan daripada IPTA dan IPTS semakin meningkat dari tahun ke tahun. Selain dari kelululusan akademik, untuk menjadi calon yang dipilih, mereka juga akan dinilai dari beberapa sudut lain seperti kegiatan ko-kurikulum, penglibatan dalam pelbagai aktiviti universiti, persediaan menghadapi temuduga, disiplin dan kegiatan-kegiatan serta perkara-perkara lain yang dapat memberi kesan dan pengaruh terhadap pemilihan mereka. Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar.Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai.Temuduga ialah komunikasi dua hala.Ia bukan hanya satu tugas bagi pada penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih. Temuduga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa orang, yang dipanggil panel temuduga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam sesuatu panel temuduga., bergantung pada kehendak pihak yang menganjurkannya. Bagaimana ia dikendalikan, itu tidak penting. Apa yang harus diberi peringatan ialah cara anda berkelakuan, kerana itu yang akan menentukan peluang untuk anda berjaya di dalam temuduga tersebut. Anda perlu meyakinkan si penemuduga bahawa anda layak dipilih dan mempunyai segala ciri-ciri yang dikehendaki. Namun pada masa kini, terdapat ramai mahasisiwa dan mahasiswi lepasan IPTA dan IPTS masih menganggur setelah tamat pengajian mereka.Hal ini disebabkan kegagalan mereka di dalam mematuhi etika temuduga yang sepatutnya dijadikan panduan oleh mereka sewaktu hadir ke temuduga yang diaturkan. Beberapa kajian yang dijalankan telah menunjukkan salah satu punca utama kegagalan seseorang untuk mendapat pekerjaan adalah disebabkan kelemahan ketika menghadiri temuduga.Masalah itu bukan sahaja dihadapi mereka yang berpendidikan rendah dan menengah malah turut melibatkan golongan berpendidikan tinggi atau graduan.

Antara sebab yang telah dikenalpasti menjadi punca mengapa masalah itu berlaku adalah: calon tidak mengadakan persediaan yang secukupnya utk menghadiri temuduga kurang pendedahan dengan situasi seperti itu kurang keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri tidak memahami kod etika berpakaian ketika menghadiri temuduga gagal menyiapkan diri untuk menjadi pendengar dan penjawab soalan yang baik kurang tumpuan dan terlalu berserah pada takdir terlalu yakin sehingga merendahkan penemuduga tidak mahu belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman kurang memahami etika atau adab ketika menghadiri temuduga tiada inisiatif sendiri untuk mengadakan latihantubi.

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan kurang senang dengan tindakan anda : Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga Mengelak dari menjawab soalan penemuduga Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

Berikut merupakan contoh-contoh artikel yang berkaitan dengan kegagalan mematuhi etika temuduga.

2.0 TAHAP-TAHAP DALAM TEMUDUGA. Terdapat 3 tahap didalam temuduga yang perlu dipatuhi oleh calon-calon yang telah dipanggil untuk menghadiri temuduga. Di mana ia melibatkan persediaan sebelum menghadiri temuduga, semasa menghadapi temuduga, dan selepas menghadapi temuduga. Tahap etika temuduga ini perlu dipatuhi bagi menjamin kejayaan calon-calon yang menghadiri temuduga.

2.1 Persediaan sebelum menghadapi temuduga. Tahap ini merupakan tahap yang paling penting bagi calon-calon yang bakal menghadapi temuduga.Hal ini kerana pada tahap ini lah yang menujukkan sejauh mana calon berminat dan bersemangat terhadap temuduga yang bakal dihadapi.Ia merupakan permulaan bagi kejayaan atau kegagalan yang bakal dihadapi oleh calon-calon yang bakal menghadapi temuduga. Berikut adalah antara persediaan sebelum anda melangkah keluar untuk menghadiri temuduga; i. Penyediaan resume atau CV yang lengkap dan sempurna. Resume merupakan maklumat yang berkaitan dengan calon yang ingin ditonjolkan bagi mendapat perhatian penemuduga. Ia mempunyai skill dan pengetahuan yang dimiliki oleh calon. Ia turut disertakan dengan kekuatan dan pengalaman yang dimiliki oleh caloncalon. Terdapat perkara yang perlu dielakkan didalam penyediaan resume yang berkesan : a) Tidak perlu sertakan objektif permohonan sesuatu jawatan. b) Tidak perlu sertakan pengalaman kerja yang tidak membantu didalam mendapatkan jawatan tersebut. c) Elakkan meletakkan maklumat peribadi yang tidak berkaitan. Contohnya bilangan anak yang dimiliki. d) Tidak melebihi 5 muka surat bagi resume yang dihasilkan dan tidak terlalu sedikit bagi mengelakkan kurangnya maklumat tentang calon. e) Sertakan Emell yang ringkas dan menunjukkan anda seorang professional. f) Sertakan gambar anda yang meyakinkan dan jelas.

ii.

Membuat penyelidikan Lakukan penyelidikan tambahan mengenai latarbelakang syarikat yang anda pohon. Dapatkan maklumat, jenis industri ataupun pencapaian membanggakan sesebuah syarikat. Ini menunjukkan yang anda benar-benar berminat bekerja di syarikat tersebut. Semuanya maklumat akan anda gunakan ketika sesi temuduga yang dijalankan. Anda boleh mendapatkan maklumat melalui kenalan anda di syarikat tersebut (jika ada), melakukan carian di internet, akhbar atau majalah serta lain-lain sumber yang boleh dipercayai. Selain itu, anda boleh berkunjung sendiri ke lokasi syarikat tersebut bagi melihat kemudahan infrastruktur dan persekitaran di tempat kerja. Bagi memastikan kelancaran semasa temuduga lakukan persediaan dengan menyediakan skema jawapan anda sendiri bagi soalan-soalan yang biasa ditanya oleh panel.Antara soalan yang biasa di tanya adalah; a) Anda tinggal di mana dan adakah mengalami masalah untuk sampai ke sini(tempat temuduga)? b) Ceritakan tentang diri anda(myself). c) Apakah kekuatan dan kelemahan anda? d) Kenapa anda berminat bekerja dengan syarikat ini? Sekiranya anda menghadiri temuduga SPA, anda akan di tanya soalan

tambahan seperti; a) Nama Yang Di-Pertuan Agong sekarang dan dari negeri mana? b) Sebutkan rukun negara satu persatu. c) Pada tahun berapakah rukun negara diperkenalkan? (Tahun 1970).

iii.

Kenalpasti lokasi temuduga Pastikan anda benar-benar tahu di mana lokasi sebenar temuduga tu. Sama ada di "main office" ataupun di cawangan lain. Selain itu, semak tarikh dan masa. Jangan hadir lambat ketika temuduga, kerana ia boleh menjejaskan focus anda ketika berhadapan dengan sesi
9

temuduga.

Sekiranya

anda

tidak

pasti

lokasi

temudugaanda

boleh

menelefonpihak Pengurusan Sumber Manusia(HR) atau pihak terbabit untuk mengesahkannya.

iv.

Kemaskan penampilan diri Beberapa hari sebelum temuduga, lihatlah penampilan diri anda di depan cermin. Adakah imej anda sekarang sesuai untuk menghadiri temuduga? Bagi lelaki, pastikan rambut anda kemas. Kalau menyimpan misai, berjanggut atau berjambang, pastikan anda mencukurnya.Jika tidak, pastikan anda "trim" dengan kemas.Begitu juga dengan kuku. Pastikan ia pendek dan kemas. Begitu juga penampilan bagi wanita. Pastikan penampilan anda kemas dan bersesuaian. Elakkan penggunaan pakaian yang menjolok mata bagi mengelakkan sesi temuduga tergangggu dengan penampilan yang cuba anda tonjolkan. Secara umumnya, pastikan badan dan nafas anda tidak berbau semasa berada di bilik temuduga nanti. Pakailah pewangi yang tidak terlalu kuat baunya dan deodoran. Untuk kesegaran nafas, bolehlah makan gula-gula pudina.

v.

Cara berpakaian Cara anda berpakaian bergantung kepada jenis industri. Kalau anda memohon jawatan dalam bidang kreatif seperti muzik, gayanya berbeza dengan bidang yang lebih serius seperti perbankan dan perundangan. Untuk bidang kreatif, anda boleh berpakaian selain daripada gaya konservatif.Namun, kebanyakan pihak HR menggalakkan anda hadir dengan gaya konservatif walau apa jua bidang yang anda pohon. Gaya konservatif disini bermaksud cara pemakaian yang sederhana dan rasmi. Buat golongan lelaki, anda disyorkan memakai kemeja polos lengan panjang berwarna putih(atau lembut) dan berseluar gelap. Contohnya seperti warna biru, hitam atau kelabu. Elakkan warna kuning mustard dan ungu sebab ia bukan merupakan warna konservatif. Tali leher perlu bersesuaian. Untuk menyerlah penampilan anda, pakailah "cufflink" dan berkot kalau mahu.

10

Calon wanita pula boleh memakai baju kurung, skirt(menutup lutut), blouse ataupun sut. Elakkan memakai pakaian yang ketat dan berwarna terang. Make-up perlu digunakan pada kadar yang sederhana.

Bagi lelaki, pastikan anda memakai stokin yang sama warna dengan seluar dan berkasut hitam. Jika tidak pakai kasut berwarna coklat gelap. keadaan kasut pastikan ia bersih dan berkilat.

Sebaliknya, calon wanita hendaklah memakai sarung kaki yang berwarna kulit dan memakai kasut pula yang bertutup dan bukannya bertumit tinggi.

2.2. Persediaan semasa menghadapi temuduga. Bagi memastikan temuduga yang dihadiri mendapat kejayaan seperti yang diinginkan, anda boleh melaksanakan beberapa perkara tersebut. i. Datang awal ketika temuduga. Anda perlu datang awal ke lokasi temuduga sekurang-kurangnya 15 30 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Ia bertujuan bagi memberi ketenangan kepada calon untuk kurangkan rasa gemuruh dan mempersiapkan diri untuk menghadapi temuduga.Selain itu, ia menunjukkan rasa minat anda terhadap jawatan yang ingin dipohon.

ii.

Sediakan salinan dokumen penting. Dokumen penting perlu dibawa bersama sebagai semakan panel. Anda juga perlu membuat salinan bagi dokumen dokumen yang penting untuk diberikan kepada panel sebagai rujukan mereka. Sebagai contoh, sediakan salinan fotostat dokumen yang diperlukan seperti sijil tamat persekolahan/SPM/Diploma/Ijazah, sijil aktiviti ko-

kurikulum/penghargaan/kursus ataupun sijil lain yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon (jika ada).

iii.

Ketahui nama panel dan sebutannya. Semasa panel penemuduga memperkenalkan diri mereka, pastikan anda

mendapatnama dan jawatan beliau dengan tepat. Begitu juga dengan sebutan nama beliau yang betul.Jika kurang jelas, anda bertanya kembali dengan penuh sopan. Ia
11

bertujuan untuk membangkitkan keselesaan antara calon dengan panel sewaktu temuduga dijalankan.

iv.

Gambaran pertama (First impression). Ketika anda melangkah masuk ke kawasan syarikat, anda akan diperhatikan oleh individu-individu yang berada disekeliling. Anda pastinya menjadi tumpuan.Sebagai langkah selamat, pastikan anda berpakaian kemas dan berkelakuan yang

menyenangkan dengan semua kakitangan syarikat/kilang/jabatan.

v.

Tingkah laku Semasa berada di bilik atau ruang temuduga, pastikan anda duduk tegak. Elakkanmenggerakkan kaki dan memandang ke kiri, kanan, atas ataupun bawah.Ia menunjukkan anda seorang yang berkeyakinan dan mampu mengawal keadaan sekeliling. Mata anda sepatutnya menumpukan perhatian kepada penemuduga yang sedang mengajukan soalan atau berbual-bual dengan anda. Ia sebagai tanda anda menghormati beliau. Begitu juga sebaliknya sekiranya anda sedang menjawab soalan yang diajukan. Pandang ke arah panel yang bertanya kepada anda. Ini menunjukkan anda benar-benar yakin dengan jawapan yang diberikan.

vi.

Bersopan-santun Anda semestinya perlu bersikap sopan-santun dengan semua kakitangan syarikat. Terutamanya sebaik saja anda melangkah masuk ke kawasan syarikat.Ini kerana pada ketika itu, anda belum lagi mengenali siapa yang bakal menjadi panel penemuduga ataupun mempunyai kuasa untuk mengambil anda pekerja.

vii.

Jawab soalan dengan tepat Semasa sesi temuduga dijalankan, sudah tentu anda akan ditanyakan beberapa soalan. Jawablah semua soalan tu dengan sebaik mungkin dan penuh keyakinan. Jika anda tidak tahu jawapannya, berterus-terang sajalah. Mengaku dengan cara baik dan katakan yang anda memang tidak tahu jawapannya. Elakkan menipu ketika menjawab soalan yang diajukan.
12

viii.

Usah gelabah dan hilang keyakinan diri. Memang tidak dinafikan perasaan takut, gelabah dan tidak yakin akan wujud sekiranya kita menghadapi sebarang tekanan. Tetapi ketika temuduga dijalankan, anda cuba untuk mengelakkan perasaan sedemikian, kerana ia boleh menjejaskan tumpuan anda dan cuba untuk kawal keadaan sebaik mungkin. Tenangkan diri anda dengan menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung bicara.

ix.

Menyediakan soalan Kebiasaanya penemuduga akan memberi ruang kepada anda untuk mengajukan

sebarang soalan.Jika anda tiada sebarang soalan, anda katakanlah; Tidak, buat masa ini saya tiada sebarang soalan.Terima kasih. Namun begitu, anda digalakkan agar bertanyakan soalan. Antaranya seperti; Apakah jenis program latihan yang disediakan untuk pekerja baru?

x.

Maklum Balas (Feedback). Anda boleh bertanya mengenai tempoh jangkamasa untuk mendapat jawapan hasil daripada sesi temuduga tersebut kepada panel. Anda perlu bertanyakan dengan penuh sopan dan professional. Selain itu, anda boleh mendapatkan kad nama atau butiran lengkap panel penemuduga. Ini bertujuan, bagi membolehkan anda menghubungi syarikat pada tempoh yang efektif bagi bertanyakan tentang jawatan tersebut.

2.3 Tindakan selepas sesi temuduga. i. Tentukan bahawa anda mengetahui tindakan yang harus anda lakukan selanjutnya. Anda boleh bertanyakan kepada panel tentang jangkamasa efektif untuk dipanggil bekerja. Atau anda boleh bertanya bila anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan akan diumumkan.

ii.

Biarkan penemuduga menamatkan temuduga. Kebiasaanya penemuduga akan mengucapkan terima kasih kepada calon yang hadir ke temuduga yang diadakan. Dalam tempoh ini, anda berpeluang untuk melihat

13

samaada penemuduga berminat untuk mengambil anda untuk bekerja disyarikatnya atau tidak. Apabila temuduga tamat, ambil peluang memberi ucapan terima kasih kepada penemuduga kerana meluangkan masa dengan anda.

iii.

Sebaik sahaja temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun. Akhiri temuduga anda dengan ucapan terima kasih dan memberi salam bagi yang beragama islam. Elakkan dari bertanya soalan yang tidak berkaitan kepada panel. Tinggalkan lokasi temuduga dengan kadar segera bagi tidak mengganggu calon lain untuk menghadapi temuduga.

iv.

Elakkan berkomunikasi dengan calon yang belum ditemuduga. Ia bagi mengelakkan semangat dan focus calon lain terjejas dengan pandangan dan tindakbalas daripada anda. Elakkan berbincang dengan calon lain tentang soalan yang telah diajukan kepada anda.

3.0

FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN DALAM TEMUDUGA.

Mungkin sudah ramai di antara anda pernah menghadiri temuduga sama ada jawatan kosong dalam sektor awam atau swasta. Dan tentu ramai juga di antara anda yang menemui kegagalan di dalam temuduga.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kegagagalan dan kejayaan anda sewaktu menghadiri temuduga: 1- Kurang Pendedahan kesilapan agak ketara berlaku pada calon-calon yang belum mempunyai pengalaman menghadiri temuduga, ini mungkin kerana calon-calon tidak mampu membuat persediaan yang rapi dari segi mental dan fizikal, di dalam proses temuduga, sedikit kesilapan atau ketidakyakinan calon akan mempengaruhi keputusan penemuduga, jadi adalah amat penting untuk anda mempelajari situasi, teknik dan suasana sewaktu temuduga dijalankan.

14

2- Kurang Persediaan Kurang persediaan meliputi banyak makna, antaranya calon-calon agak kurang membuat kaji selidik tentang latarbelakang syarikat serta maklumat-maklumat yang penting tentang syarikat yang akan dihadiri temuduga, calon-calon kurang mengambil berat mengenai moto syarikat, konsep, dan maklumat-maklumat asas. Kurang persediaan juga bermakna anda tidakbersedia untuk mendengar dan menjawab soalan dengan sempurna, mungkin persediaan yang kurang menyebabkan anda tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada setiap soalan dari penemuduga.

3- Terlalu Yakin Ada sesetengah calon yang terlalu yakin pada diri sendiri sehingga mereka seakan-akan merendahkan penemuduga dan syarikat yang akan mengambil anda bekerja, ini akan memberikan gambaran negatif mengenai diri anda, walaupun mungkin pada asalnya anda ingin menunjukkan kelebihan serta pengalaman kerja anda namun harus di ingat anda harus memberi jawapan yang sesuai dan padat, anda tidak boleh melampau atau menunjuk-nunjuk.

4- Etika Berpakaian Kesilapan begini sering berlaku terutama kepada calon-calon yang kurang berpengalaman menghadiri temuduga, ada dalam sesetangah kes calon tidak memakai stokin sewaktu menghadiri temuduga, pakaian yang tidak kemas, contohnya pakaian yang tidak bergosok dan kelihatan agak tidak kemas, andainya anda mendapat panggilan temuduga bagi jawatan pegawai, anda harus ingat tali leher adalah wajib, sekiranya anda mendapat panggilan temuduga di dalam bahagian atau jabatan yang berkaitan keagamaan contohnya temuduga dari Majlis Agama Islam, seeloknya anda membawa songkok sewaktu menghadiri temuduga.

15

Anda mungkin juga menyukai