Anda di halaman 1dari 33

KESEDIAAN GURU-GURU BUKAN OPSYEN MENGAJAR MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH KLUANG

NORAIDA BINTI MOHAMAD AHASAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESEDIAAN GURU-GURU BUKAN OPSYEN MENGAJAR MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH KLUANG

NORAIDA BINTI MOHAMAD AHASAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2006

ii

iii

DEDIKASI

Ingatan Ikhlas buat insan bergelar ayah, MOHAMAD AHASAN B. MOKRI. Semoga sihat selalu untuk menjadi pendorongku.

Ingatan tulus ikhlas buat NORAZAM ZENAL. Apa yang telah diberi, akan kuhargai. Apa yang telah diucap akan kuingati. Terima kasih atas segala-galanya.

Buat yang teristimewa AZLAN, AINON, AINI, AFIZI dan NIZAM. Sesungguhnya diriku bahagia memiliki silaturrahim dengan kalian. Semoga kukuhnya ikatan persaudaraan ini setanding dengan kukuhnya kasih sayang antara kita.

Dan buat anak-anak saudaraku yang comel-comel, perjalanan kalian masih jauh, Semoga bertemu noktah yang membahagiakan.

Semoga kita semua dalam redha Ilahi

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum wbt...

Bersyukur saya atas kesempatan yang dikurniaNya, memberikan saya kesempatan untuk menyudahkan setiap urusan saya di dunia, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Salam penghargaan dan jutaan terima kasih buat Penyelia Projek Sarjana Muda saya, Tn, Hj. Asnul Dahar Minghat atas segala bimbingan dan tunjuk ajar sehingga siapnya laporan tesis ini. Tidak lupa buat semua tenaga pengajar di Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai atas segala bantuan yang diberikan.

Buat semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak seperti responden saya, pegawai di Jabatan Pendidikan Daerah, pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri dan sekalian kawan-kawan seperjuangan.

Semoga segala curahan kebaikan anda semua dianugerahkan dengan keberkatan Ilahi...Amin.

ABSTRAK

Kajian ini berbentuk kuantitatif deskriptif yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah-Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana kesedian guru-guru bukan opsyen melaksanakan pengajaran ini berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran mengurus dan menyelenggara bengkel Kemahiran Hidup, sikap guru dan keberkesanan kursus yang dihadiri. Keseluruhan

populasi diambil sebagai sampel kajian yang terdiri dari 34 orang guru bukan opsyen dan melibatkan 11 buah sekolah. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS 12 For Windows). Hasil kajian menunjukkan majoriti guru-guru bukan opsyen bersedia melaksanakan mata pelajaran Kemahiran Hidup walaupun mereka tidak mempunyai pengkhususan yang kukuh dalam mata pelajaran tersebut.

Walaubagaimanapun, aspek pengetahuan dan kemahiran menunjukkan min penilaian kesediaan yang sederhana sehingga memberi kesan kepada pencapaian pelajar. Beberapa cadangan di beri bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru-guru bukan opsyen.

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive research is to gain information of teachers readiness in teaching Living Skills subject in secondary schools in the district of Kluang. The objectives of the research is to understand the state of readiness in teaching this subject based on knowledge, management skills and to conduct living skills workshop, teachers attitude and the effectiveness of the programmed attended. The research took samples of 34 non-option teachers from eleven schools. The instrument used is questionnaire. The data obtained were analyses using a programmed called Statistical Packages for Social Science (SPSS 12 for Windows). The finding showed that majority of the non option teachers are enquired to teach Living Skill even though they do not have enough specialization in that particular area. However knowledge and skill aspects displayed minimum readiness, and hence it affects students achievements. Several

suggestions were given to enable future research to be conducted in order to enhance the teaching effectiveness of non-option teacher.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi vii xii xiv xv xvi

PENGENALAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian

1 3 8 8 9 9

viii 1.6.1 1.6.2 1.6.3 1.6.4 1.7 1.8 Guru-guru Kemahiran Hidup Pihak Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia 10 10 10 11 11 11 12 12 13 13 13 14 14 14

Skop Dan Batasan Kajian Definisi Terminologi 1.8.1 1.8.2 1.8.3 1.8.4 1.8.5 1.8.6 1.8.7 1.8.8 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Kesediaan Guru-Guru Bukan Opsyen Pengetahuan Kemahiran Sikap Kursus

SOROTAN KAJIAN

2.1 2.2 2.3

Pengenalan Pengetahuan Guru Kemahiran Guru Dalam Mengurus Dan Menyelenggara Bengkel Kemahiran Hidup

15 15

16 18 20

2.4 2.5

Sikap Guru Kursus Kemahiran Hidup

ix 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3 3.4

Pengenalan Rekabentuk Kajian Populasi dan Sampel Kajian Instrumen Kajian 3.4.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 3.4.2 Bahagian B : Item Soal Selidik

23 23 24 25

26 26 27 29 30 31 31 34

3.5 3.6

Prosedur kajian Kajian Rintis 3.6.1 3.6.2 Kesahan Soal Selidik Kebolehpercayaan Soal Selidik

3.7 3.8

Analisis Data Penutup

ANALISIS DATA

4.1 4.2

Pengenalan Analisis Bahagian A (Latar Belakang Responden) 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 Jantina Responden Bangsa Responden Kelulusan Ikhtisas Tertinggi Opsyen Responden Semasa Di Maktab/Universiti 4.2.5 Komponen Kemahiran Hidup Yang Diajar Di Sekolah

35

35 36 36 37

38

39

4.2.6

Pengalaman Mengajar Kemahiran Hidup 39

4.2.7

Kekerapan Menghadiri Kursus Kemahiran Hidup 40

4.3 Analisis Bahagian B (Item Mengikut Persoalan Kajian) 4.3.6 4.3.7 4.3.8 4.3.9 4.4 Kesimpulan Analisis Data Persoalan kajianPertama Analisis Data Persoalan kajian Kedua Analisis Data Persoalan kajian Ketiga Analisis Data Persoalan kajian Keempat 40 41 44 48 52 56

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 5.2

Pengenalan Rumusan 5.2.1 5.2.2 Rumusan Latar Belakang Responden Rumusan Berdasarkan Item Yang Dikemukakan

59 59 60

61 62 62

5.3

Perbincangan 5.3.1 Pengetahuan 5.3.2 Kemahiran Mengurus Dan Menyelenggara Bengkel Kemahiran Hidup 5.3.3 Sikap Guru Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 5.3.4 Keberkesanan Kursus Yang Dihadiri

64

66 67

xi 5.3.5 Kesediaan Guru-guru Bukan Opsyen Dalam Melaksanakan Pengajaran Kemahiran Hidup 5.4 Cadangan 5.4.1 Guru-guru Bukan Opsyen 68 71 71 72 72 72 73 74

5.4.2 Pihak Sekolah 5.4.3 Jabatan Pelajaran Negeri 5.4.4 5.5 5.6 Kementerian Pelajaran Malaysia

Cadangan Kajian Lanjutan Penutup

RUJUKAN

75

LAMPIRAN

Lampiran A E

80-96

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

HALAMAN

1.1

Perlaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 2

1.2

Organisasi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 3

3.1

Bilangan Guru-Guru Kemahiran Hidup Bukan Opsyen Mengikut Jenis Pengkhususan Asal Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kluang 24 26 27 30 32

3.2 3.3 3.4 3.5 3.6

Pemberian Skor Bagi Maklumbalas Item Kajian Pembahagian Item Soal Selidik Nilai Alpha Bagi Setiap Persoalan Kajian Pemeringkatan Skala Likert Jadual Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus

32

3.7

Jadual Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 33 35 36 37

4.1 4.2 4.3 4.4

Jantina Responden Bangsa Responden Kelulusan Ikhtisas Tertinggi Opsyen Semasa Responden Semasa Di Maktab/Universiti

38

4.5

Komponen Kemahiran Hidup Yang Diajar Di Sekolah 39

xiii 4.6 4.7 4.8 4.9 Pengalaman Mengajar Kemahiran Hidup Kekerapan Menghadiri Kursus Kemahiran Hidup Dapatan Kajian Bagi Aspek Pengetahuan Dapatan Kajian Bagi Aspek Kemahiran Dalam Mengurus Dan Menyelenggara Bengkel Kemahiran Hidup 4.10 4.11 Dapatan Kajian Bagi Aspek Sikap Dapatan Kajian Bagi Aspek Keberkesanan Kursus Berkaitan Yang Dihadiri 4.12 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 52 56 44 48 39 40 41

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

TAJUK

HALAMAN

3.1

Carta Alir Prosedur Kajian

28

5.1

Rajah Min Bagi Keseluruhan Persoalan Kajian 68

xv

SENARAI SINGKATAN

BIL ERT KBSM KH(B) KH (PP) KPLI KT NO PD PKPSM

Bilangan Ekonomi Rumah Tangga Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Program Peralihan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Kemahiran Teknikal Nombor Perdagangan dan Keusahawanan Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah

PPD P&P SMK SPN SPM SPSS STPM -

Pejabat Pelajaran Daerah Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Pertanian Sijil Pelajaran Malaysia Statistical Package for Social Science Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN

TAJUK

HALAMAN

A B C D E

Soal Selidik Surat Kebenaran EPRD Surat Kebenaran JPNJ Surat Kebenaran UTM Surat Pengesahan Soal Selidik

80 89 92 94 96

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Pengukuhan Falsafah Pendidikan Negara sebagai wadah yang mendasari proses pendidikan memerlukan reformasi yang berterusan. Melabur dalam aktiviti pendidikan bermakna kita melabur untuk pembangunan negara. Ini disebabkan pendidikan berfungsi melatih dan membentuk tenaga manusia yang mahir dan terlatih untuk menggerakkan pelbagai profesion dan sektor pekerjaan yang diperlukan negara. Pendidikan Teknikal dan Vokasional memainkan peranan yang penting dalam membina bangsa Malaysia khususnya dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Sekolah-sekolah Teknikal dan Vokasional berfungsi melatih tenaga kerja mahir dan separuh mahir di peringkat pertengahan seperti juruteknik, pembantu jurutera dan sebagainya. Ia juga menjadi pelopor kepada pembekalan tenaga kerja di bidang pembuatan, pemakanan dan pertukangan (Robiah, 1998).

Walaupun pendidikan Teknik dan Vokasional telah wujud di negara kita, namun ia masih tidak mampu mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memikirkan semula tentang peranan pendidikan Teknik dan Vokasional dalam sistem pendidikan formal. Hasil dari pemikiran semula itu, satu mata pelajaran baru yang diberi nama Kemahiran Hidup

2 diperkenalkan dalam KBSM. Justeru itu, Kemahiran Hidup menjadi perintis dalam memenuhi keperluan di bidang Teknik dan Vokasional (Yahya, 2005)

Pendidikan di sekolah menengah rendah yang bercorak Aneka Jurusan mula diperkenalkan pada tahun 1965. Pelajar diberi peluang mengambil salah satu daripada empat mata pelajaran elektif (seni perusahaan, perdagangan, sains rumahtangga dan sains pertanian). Tujuannya ialah untuk memberi pendidikan pravokasional mengikut kecenderungan pelajar. Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum pada 1988 telah memutuskan bahawa mata pelajaran Kemahiran Hidup Program Peralihan hendaklah dilaksanakan di semua sekolah menengah pada tahun 1989 bagi menggantikan mata pelajaran elektif. Ia kemudian digantikan pula dengan satu program baru yang dikenali sebagai Kemahiran Hidup Bersepadu mulai tahun 1992 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990). Perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup dapat digambarkan seperti dalam jadual 1.1.

Jadual 1.1 : Perlaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan 1989 1 2 3 Nota: KH(PP) KH(B) Elektif = Kemahiran Hidup Program Peralihan = Kemahiran Hidup Bersepadu = Elektif (Seni Perusahaan, Perdagangan, Sains Rumahtangga, Sains Pertanian), menggunakan sukatan pelajaran lama. KH(PP) Elektif Elektif 1990 KH(PP) KH(PP) Elektif Tahun 1991 KH(PP) KH(PP) KH(PP) 1992 KH(B) KH(PP) KH(PP) 1993 KH(B) KH(B) KH(PP) 1994 KH(B) KH(B) KH(B)

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terbahagi kepada dua bahagian iaitu TERAS dan ELEKTIF (PILIHAN). Organisasi kandungannya adalah seperti jadual 1.2.

3 Jadual 1.2 : Organisasi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan 1 TERAS Wajib Ambil Kemahiran Manipulatif Tambahan ELEKTIF (PILIHAN) Ekonomi Rumah Tangga Pertanian Perdagangan & Keusahawanan Tingkatan 2 Wajib Ambil Kemahiran Manipulatif Tambahan Ekonomi Rumah Tangga Pertanian Perdagangan & Keusahawanan Tingkatan 3 Wajib Ambil Kemahiran Manipulatif Tambahan Ekonomi Rumah Tangga Pertanian Perdagangan & Keusahawanan

Melihat kepada organisasi kandungan kurikulum tersebut sebagai contoh, jelas bahawa guru-guru sentiasa terdedah kepada perubahan dalam sistem dan kurikulum pendidikan. Bagi guru-guru, mereka perlu melihat dan memahami secara mendalam implikasi reformasi pendidikan bermula dari hari ini dan seterusnya ke arah wawasan 2020. Ini kerana negara perlu menyediakan sumber tenaga kerja yang mampu menghadapi cabaran masa depan. Ia penting supaya tenaga kerja tersebut berupaya mewujudkan Malaysia sebagai negara maju mengikut acuan sendiri. Hal ini menjadi cabaran terbesar bagi pendidik. Oleh itu, pendidik itu sendiri perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan penampilan yang boleh diiktiraf agar kesinambungan hasrat negara dapat diteruskan mengikut seperti yang dirancang (Hussin, 1993).

1.2

Latar Belakang Masalah

Kekurangan guru bukanlah satu isu basi. Ia perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terbabit dalam dunia pendidikan. Keperluan guru untuk sesebuah sekolah adalah dibekalkan berasaskan Surat Pekeliling 3/67 Pindaan yang menetapkan bilangan guru yang layak diterima oleh sesebuah sekolah (Omar Hashim, 2003).

4 Perkembangan dalam bidang pendidikan telah menambah tekanan terhadap kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan bilangan guru yang mencukupi untuk sekolah-sekolah. Dijangkakan bilangan guru di sekolah menengah ialah seramai lebih kurang 90 000 orang. Berdasarkan unjuran pengeluaran guru sekolah menengah seperti yang sedang dirancangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah-sekolah menengah akan mengalami kekurangan guru dalam lingkungan 9900 orang pada tahun 1995 dan menjelang akhir tahun 2000, negara mengalami masalah kekurangan guru yang nyata (Omar, 2003). Berdasarkan pernyataan tersebut, terdapat kemungkinan besar jumlah ini akan meningkat berikutan perkembangan pesat dunia pendidikan seperti pembukaan sekolah-sekolah bestari, sekolah pedalaman untuk orang asli dan sebagainya. Perkembangan positif ini menuntut kepada tenaga kerja keguruan yang ramai dan berkesan.

Ismail (1995) telah menyatakan Program Latihan Keguruan harus menghendaki bakal guru mempelajari dengan mendalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran pengkhususan. Ia seharusnya dapat membantu guru menguasai sesuatu mata pelajaran dengan baik, mengetahui prinsip dan fakta utama bidang mata pelajaran yang dipelajari, skop perkembangan dan kajian, kaedah mengembang dan membentuk ilmu pengetahuan serta cara dan peraturan komunikasi dalam bidang tersebut.

Jelas di sini pembentukan guru yang berkualiti dan memenuhi piawaian pendidikan guru bermula sejak awal lagi. Namun, berlaku juga gejala yang tidak sihat apabila penempatan guru tidak mengikut opsyen dan keperluan sekolah. Siva Subramaniam (1995) dalam kertas kerjanya bertajuk Mempertingkatkan Martabat Profesion Keguruan menyatakan, dalam sesi penempatan dan pertukaran guru, terdapat kes-kes opsyen guru tidak diambil kira. Ini mengakibatkan guru mengajar mata pelajaran yang di luar bidang pengkhususannya. Amalan ini juga adalah pembaziran tenaga yang akan merugikan guru dan pelajar dan menimbulkan tekanan kepada guru.

5 Persepsi status amat penting dalam menentukan tahap keprofesionalan. Sungguhpun demikian, status ini seringkali menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan guru. Sebagai contoh, apabila timbul situasi kekurangan guru dalam sesebuah sekolah, guru yang tiada pengkhususan sesuatu mata pelajaran diminta mengajar mata pelajaran tersebut (Rahmad & Norani, 1995). Fenomena ini dibuktikan melalui kajian Norani, Wan Hasmah, Chang Lee Jon dalam Profesionalisme Guru Baru di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak 1991 1995. Guru diarah untuk mengajar mata pelajaran bukan opsyen mereka dengan alasan tiada guru. Ini menyebabkan status seseorang guru menjadi tercemar kerana mengajar tanpa pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.

Dalam merealisasikan hasrat kerajaan ke arah pembentukan negara maju melalui penguasaan pendidikan, kita terpaksa akur kepada masalah kekurangan guru-guru terlatih dalam bidang berkaitan (Robiah, 1998). Jika penguasaan asas lemah, bagaimanakah hasrat tersebut dapat dicapai. Banyak masalah yang timbul akibat daripada kekurangan guru. Paling ketara apabila sesuatu mata pelajaran itu terpaksa diambi alih oleh guru yang bukan dalam bidangnya. Pemilihan dengan bersandarkan kepada minat mahupun paksaan tidak akan menghasilkan pengajaran yang berkesan terutamanya jika guru tersebut adalah dari aliran sastera dikehendaki mengajar aliran sains dan sebaliknya (Dewan Kosmik, 1999).

Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk mengembangkan kemahiran manipulatif, kemahiran sosial dan penanaman semangat keusahawanan, daya merekacipta serta etika kerja di kalangan pelajar. Melalui kemahiran asas praktik, pelajar digalakkan berdikari dalam berhadapan dengan kehidupan. Mata pelajaran ini berasaskan bidang teknologi, bidang ekonomi dan bidang sosial. Ia disusun sedemikian cantik supaya ketiga-tiga bidang kemahiran asas praktik dan nilai etika kerja dikenal pasti. Penekanan kepada kemahiran menjalankan kerja sendiri yang mudah, kemahiran mengendali dan mengurus hal peribadi dan domestik dan kemahiran mengendalikan urusan ekonomi secara cekap. Begitu juga dengan kemahiran sosial ke arah

6 peningkatan kesejahteraan kekeluargaan (Ee Ah Meng, 2005). Melihat kepada asas pembinaan mata pelajaran ini, kita dapat bayangkan bahawa keadaan juga menjadi semakin sukar apabila guru-guru yang tiada kemahiran asas dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup diminta mengajar mata pelajaran tersebut kerana mata pelajaran Kemahiran Hidup melibatkan penggunaan pembelajaran kognitif dan psikomotor secara serentak. Keaddaan ini bukan hanya berlaku pada mata pelajaran Kenahiran Hidup sahaja malahan pada mata pelajaran yang lain juga.

Kita sedang mengalami kekurangan guru terlatih dalam bidang-bidang tertentu seperti sains, perdagangan dan sebagainya. Pada masa ini, kekurangan ini diisi oleh guru-guru sementara. Guru-guru tersebut tidak mempunyai latihan dan pengajaran sudah tentu mempengaruhi mutu pelajaran. (Senarai Perakuan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran, 1979 : 171)

Berdasarkan perakuan di atas, ternyata masalah kekurangan guru akan mengundang kepada pengambilan guru-guru yang tidak diiktiraf dan guru-guru bukan opsyen bagi memenuhi kekosongan mata pelajaran-mata pelajaran tertentu seperti mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Pengkhususan bidang pengetahuan membolehkan seseorang guru mengajar mengikut bidang latihan yang diterima termasuk kelayakan akademik dan juga kelayakan profesional dalam bidang tertentu. Oleh sebab kurikulum atau sukatan pelajaran yang menentukan apa yang diajar di sekolah memberi tumpuan kepada mata pelajaran tertentu, maka guru yang mengkhusus dalam bidang tertentu juga diperlukan. P&P seringkali tergendala dan tidak berjalan dengan sempurna disebabkan tidak mempunyai guru yang terlatih dalam bidang yang diperlukan. Walaupun pihak pengurusan sekolah boleh mengatasi masalah ini dengan mengarahkan guru yang tidak terlatih dalam bidang tersebut mengajar subjek yang bukan pengkhususan mereka, namun cara ini adalah penyelesaian yang tidak profesional yang sering dilakukan oleh

7 pihak pengurusan sekolah. Dari segi perancangan pendidikan, masalah ini merupakan masalah pengurusan perancangan sumber manusia.

Laporan oleh Pejabat pendidikan daerah Kluang turut menyatakan masalah yang sama di mana seramai 41 orang guru bukan opsyen telah diarahkan untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ia bagi mengisi kekosongan akibat kekurangan guru Kemahiran Hidup (sila rujuk jadual 3.1).

Menurut Ishak dan Koh Boh Boon (1983), untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan memperkembangkan kemahiran-kemahiran memerlukan jangkamasa latihan yang panjang. Pengetahuan dan kemahiran yang cukup adalah penting untuk membina minat dan sikap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tidak dapat dinafikan, banyak kursus-kursus diadakan berkaitan mata pelajaran yang diajar jika guru tersebut bukan dari bidang mata pelajaran tersebut tetapi sejauhmanakah kursus jangka pendek tersebut dapat menyediakan guru-guru bukan opsyen dengan pengetahuan dan kemahiran sama sempurna dan berkesan seperti guru yang memang dari opsyen mata pelajaran tersebut. Menurut Masrizal (2003), kursus jangka pendek yang dijalankan oleh KPM di dapati berkesan di dalam meningkatkan pengetahuan guru-guru tetapi tidak di dalam aspek pengurusan dan penyelenggaraan bengkel. Hal yang demikian, pengukuran dan penilaian keberkesanan pengajaran guru-guru Kemahiran Hidup tidak dapat diukur dengan berkesan kerana berlaku ketidakseimbangan pengetahuan dan pengaplikasian mata pelajaran tersebut.

8 1.3 Pernyataan Masalah

Kreadibiliti seorang guru sering dipertikaikan apabila pelajar mencatatkan keputusan peperiksaan yang kurang menyerlah. Keputusan peperiksaan PMR bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup di Daerah Kluang beberapa tahun kebelakangan ini telah menunjukkan peningkatan namun terdapat sekolah-sekolah luar bandar yang menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan. Keadaan ini dikaitkan dengan pengambilalihan pengajaran oleh guru-guru bukan opsyen kerana guru asal telah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesediaan guru-guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah-Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang dengan menumpukan kepada aspek pengetahuan, kemahiran mengurus dan menyelenggara bengkel, sikap dan keberkesanan kursus Kemahiran Hidup yang dihadiri.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk memberikan pengkaji gambaran sebenar tentang permasalahan yang timbul dalam perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-sekolah seperti berikut:-

1.4.1 1.4.2 1.4.3 1.4.4

Mengenalpasti tahap pengetahuan guru-guru bukan opsyen dalam mata pelajaran kemahiran Hidup. Mengenalpasti tahap kemahiran guru-guru bukan opsyen dalam mengurus dan menyelenggara bengkel Kemahiran Hidup. Mengenalpasti sikap guru-guru bukan opsyen terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup. Mengenalpasti keberkesanan kursus-kursus Kemahiran Hidup yang dihadiri oleh guru-guru bukan opsyen.

9 1.5 Persoalan Kajian

Dengan terhasilnya kajian ini, diharap beberapa persoalan yang sering diutarakan oleh warga pendidik akan terjawab dengan jelas. Antara persoalan yang ditimbulkan adalah:-

1.5.1 1.5.2 1.5.3

Apakah guru-guru bukan opsyen mempunyai pengetahuan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup? Apakah guru-guru-guru bukan opsyen mempunyai kemahiran dalam mengurus dan menyelenggara bengkel Kemahiran Hidup Apakah sikap guru-guru bukan opsyen terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup?

1.5.4 Apakah keberkesanan kursus-kursus Kemahiran Hidup yang dihadiri oleh guruguru bukan opsyen?

1.6

Kepentingan Kajian

Dengan adanya kajian ini, pengkaji dapat mewujudkan beberapa cadangan pembaikan yang berguna untuk perhatian pihak-pihak berkenaan seperti guru-guru Kemahiran hidup, pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

10 1.6.1 Guru-Guru Bukan Opsyen Kemahiran Hidup

Sebagai panduan dalam melaksanakan bengkel Kemahiran Hidup yang cekap dan sempurna di mana ia merupakan aspek yang amat penting dalam memastikan matlamat perancangan, pengendalian dan pembangunan bengkel tercapai dengan jayanya.

1.6.2

Pihak Sekolah

Sebagai panduan dan memberi maklumat agar wujud kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang berkenaan sekaligus membantu guru-guru menangani masalah yang wujud di kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup khususnya terhadap guru-guru yang tiada pengkhususan dalam mata pelajaran ini.

1.6.3

Jabatan Pelajaran Negeri

Memberi gambaran yang jelas tentang bentuk-bentuk latihan yang boleh diberikan kepada guru-guru yang bukan opsyen sekaligus memperbaiki dan mempertingkatkan aspek keguruan Kemahiran Hidup di sekolah.

11 1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia

Menjadi rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memperkasakan lagi bidang pendidikan melalui pengagihan tugas guru-guru yang lebih relevan dan berkesan. Di samping itu, di harap agar kajian ini dapat membantu pihak kementerian untuk melihat permasalahan yang wujud terutamanya dalam lingkungan guru-guru bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup.

1.7

Skop dan Batasan Kajian

Kajian adalah berbentuk kuantitatif deskriptif. Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada seramai 34 orang guru-guru bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di 11 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dalam Daerah Kluang. Batasan Kajian ini dihadkan bagi memudahkan kajian dijalankan. Kajian ini menumpukan kepada tahap penguasaan pengetahuan guru-guru bukan opsyen dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, kemahiran guru-guru bukan opsyen dalam mengurus dan menyelenggara bengkel, sikap guru-guru bukan opsyen terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup dan keberkesanan kursus-kursus Kemahiran Hidup yang dihadiri oleh guru-guru bukan opsyen.

1.8

Definisi Terminologi

Di dalam kajian ini, pengkaji menjelaskan beberapa takrifan istilah yang berkaitan dengan kajian yang dibuat.

12 1.8.1 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

Menurut Pusat Pengembangan Kurikulum (1990), mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah mata pelajaran yang dilaksanakan bagi menggantikan Kemahiran Hidup Program Peralihan. Ia mengandungi dua bahagian utama iaitu teras dan elektif serta melibatkan pengajaran secara teori dan amali.

1.8.2 Sekolah Menengah

Sekolah Menengah Akademik yang dimaksudkan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan sahaja. Dalam konteks kajian yang dijalankan, 11 buah sekolah-sekolah yang terlibat adalah seperti berikut: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi) SMK Layang-Layang SMK Jalan Mengkibol SMK Jalan Kota Tinggi SMK (FELDA) Kahang Timur SMK LKTP Belitong SMK Taman Kluang Barat SMK Bandar T6 SMK Seri Lalang SMK Taman Seri Kluang SMK Tengku Aris Bendahara SMK Kahang Bt 23

13 1.8.3 Kesediaan

Menurut Kamus Dewan (2002), kesediaan membawa maksud perihal sedia, kesanggupan, kerelaan. Dalam konteks kajian ini, kesediaan adalah kesanggupan guruguru mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan kursus.

1.8.4

Guru-Guru Bukan Opsyen

Dalam kajian ini, ia membawa maksud guru-guru yang bukan dari aliran atau bidang Kemahiran Hidup dan tiada pengkhususan langsung berkaitan mata pelajaran Kemahiran Hidup.

1.8.5 Pengetahuan

Menurut Kamus Dewan (1999), pengetahuan membawa maksud satu bidang ilmu yang perlu diteroka dan diketahui untuk dimiliki bagi membentuk sikap dan tingkah laku. Dalam kajian ini, ia membawa maksud ilmu yang dimiliki oleh guru-guru bukan opsyen dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

14 1.8.6 Kemahiran

Menurut Kamus Dewan (2002), kemahiran membawa maksud kecekapan dan kepandaian. Dalam kajian ini, ia membawa maksud kecekapan dan kebolehan guru dalam menguasai kesemua aspek kemahiran-kemahiran ketukangan yang memenuhi kurikulum mata pelajaran Kemahiran Hidup

1.8.7

Sikap

Menurut Kamus Dewan (2002), sikap bermaksud perbuatan atau pandangan yang berdasarkan kepada sesuatu pendapat. Dalam kajian ini, ia membawa maksud perbuatan dan pandangan guru terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.

1.8.8

Kursus

Menurut Kamus Dewan (2002), kursus bermaksud pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan dan sebagainya) yang diberikan dalam jangkamasa yang singkat. Dalam kajian ini, ia membawa maksud, pelajaran atau ilmu yang diterima oleh guru bukan opsyen tentang mata pelajaran Kemahiran Hidup.