Anda di halaman 1dari 4

Mencuri (Sariqah)

A. Definisi
Mencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu. Firman Allah bermaksud: Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana (Surah Al- Maidah ayat 38) Hadith Rasulullah SAW: Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali bernilai seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang emas. (Riwayat Bukhari Muslim)

B. Ciri-Ciri Perbuatan Mencuri


1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya. 2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya. 3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari milik tuannya.

C. Hukuman Hudud ke atas Pencuri


1

1. Mengikut hukum syarak, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah dan wajib dikenakan hukuman hudud mesti: a. Orang yang berakal b. Orang yang baligh c. Dengan kemahuan sendiri 2. Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang tidak siuman tidak dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Hadith bermaksud: Allah tidak menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman) (Riwayat Ahmad) 3. Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Hadith bermaksud: Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan. (Riwayat Ibnu Majah & al-Bayhaqi) 4. Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak dikenakan hukuman hudud kerana mereka dalam keadaan tersebut termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Dalilnya ialah kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud: Darurat (dalam keadaan yang memaksa) mengharuskan melakukan perkara yang dilarang. (Al-Ashbah wan-Nazhair) Dalam perkara (3) dan (4) di atas mereka itu terlepas daripada hukuman hudud walaupun hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kebijaksanaannya.

D. Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman:


2

1. Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang dikenakan hukuman takzir. 2. Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan. 3. Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan seperti penyelok saku. 4. Pencurian yang berlaku di medan peperangan. 5. Mengambil buah yang tergantung di atas dahan kerana tersangat lapar dan dahaga.

E. Sabit Kesalahan Mencuri


1. Sabit kesalahan mencuri dengan a. Ikrar (pengakuan) b. Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil c. Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa. Jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri. 2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim. 3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lainlainnya. 4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.

F. Hukuman Kerana Kesalahan Mencuri


3

1. Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya. 2. Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya 3. Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga pencuri dibunuh.

G. Pencuri Yang diKecualikan daripada Hukuman Hudud


1. Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga dirham. 2. Gagal mensabitkan kesalahan mencuri berdasarkan bukti yang dikehendaki. 3. Pencuri itu bukan orang yang mukallaf. 4. Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi. 5. Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu. 6. Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai. 7. Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan. 8. Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta orang yang berhutang. 9. Pencurian yang berlaku dalam kedaan yang terdesak seperti di dalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga. 10. Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya). 11. Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya. 12. Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.