Anda di halaman 1dari 6

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : SMK ST ANTHONY YFB6102 1. 2. 4. 6. 7. Nama Guru Judul Tarikh Pembentangan Tempat Pembentangan Sinopsis Amirul bin Othman
Bangkit Sebagai Juara

Kod Sekolah :

3. Bidang : Pembangunan Diri 5. Masa : 3.00 Petang

06/04/2010 Dewan kuliah

Setiap orang pernah melalui liku-liku kegagalan dalam menempuh jalan kejayaan. Namun, itu bukan bermakna kita sudah gagal, tetapi situasi sebenarnya kita sedang merentasi suatu laluan menuju kejayaan yang paling bermakna. Buku ini mengisi kekosongan diri setiap individu dalam melalui ujian kegagalan semasa menuju kejayaan. Daripada berputus asa kepada seorang yang bersemangat, daripada seorang yang kurang bermotivasi kepada berkeyakinan diri, daripada seorang yang kurang keyakinan diri kepada seorang yang persuasif dan berkarismatik, miskin menjadi kaya dan daripada gagal menjadi juara.

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran Meningkatkan motivasi diri dalam menjalani kehidupan seharian dan perancangan yang kadang kala berlaku tidak seperti yang dirancang, dan juga cara untuk melihat sesuatu kegagalan sebagai satu cabaran dan ruang untuk menempuh sesuatu kejayaan. Buku ini meningkatkan dan menyemarakkan semangat serta keyakinan diri supaya tidak mengenal istilah Berputus Asa.

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P Sekiranya sesuatu perancangan Pengajaran dan Pembelajaran tidak menemui kejayaan, buku ini memberi konsep dan cara untuk melihat sesuatu kegagalan itu dari aspek yang positif. Dengan cara ini, maka kita berani untuk mencuba sesuatu teknik pengajaran yang baru tanpa risaukan berlakunya kegagalan dan ketidaksempurnaan sesuatu yang dirancang ataupun dapat diungkapkan sebagai Dare To Fail.

Disediakan oleh, .............................................. .............. ( ) )

Disahkan oleh, .................................. (

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : SMK ST ANTHONY YFB6102 1. 2. 4. 6. 7. Nama Guru Judul Tarikh Pembentangan Tempat Pembentangan Sinopsis
Kehidupan kita dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia perlu dikawal. Terdapat 4 elemen yang perlu dititikberatkan: Spiritual, emosi, intelektual dan fizikal. Buku ini menganalisis dan memperhalusi elemen ini untuk anda.

Kod Sekolah :

Amirul bin Othman Petua Menangani Stres 30/03/2010 Dewan kuliah 3. Bidang : Pembangunan Diri 5. Masa : 3.30 Petang

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran Membantu saya agar dapat menghalang tekanan sebelum ianya berlaku dan juga cara untuk berhadapan dengan sesuatu tekanan sekiranya ia berlaku.

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P Pengetahuan yang diperolehi diaplikasikan semasa berlakunya pertindihan masa dan kerja yang banyak. Tekanan yang diterima diurus dan diselesaikan agar tidak menjejaskan produktiviti ,tahap prestasi serta kualiti kerja.

Disediakan oleh, .............................................. .............. ( ) )

Disahkan oleh, .................................. (

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : SMK ST ANTHONY YFB6102 1. 2. 4. 6. 7. Nama Guru Judul Amirul bin Othman
Berfikir Secara Logik & Kritis

Kod Sekolah :

3. Bidang : Pembangunan Diri

Tarikh 30/03/2010 5. Masa : 3.15 Petang Pembentangan Tempat Dewan kuliah Pembentangan Sinopsis Panduan meningkatkan ketajaman analisis dan membuat keputusan. Berfikir secara logik & kritis adalah sangat penting , terutamanya untuk menghindari kesilapan semasa membuat pilihan dan mengambil keputusan. Ramai orang yang pandai semasa mereka masih belajar ternyata tidak begitu pandai apabila menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan seharian. Mereka melakukan kesilapan-kesilapan yang merugikan diri mereka sendiri dan juga menjejaskan orang lain dengan keputusan itu. Keupayaan berfikir secara logik dan kritis adalah kemahiran yang boleh dipelajari secara sistematik oleh sesiapa sahaja dengan sedikit usaha dan ketekunan.

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran Meningkatkan ideologi tentang kemampuan akal dan cara menggunakannya untuk mempengaruhi individu lain agar mampu berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara ataupun melaksanakan sesuatu keputusan. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P Kemahiran yang diperolehi digunapakai semasa berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita membuat keputusan segera seperti pergaduhan di dalam kelas dan situasi apabila disoal oleh pelajar tentang sesuatu yang diluar pengetahuan kita dan juga ia menjadi motivasi kepada diri saya untuk berhadapan dengan permasalahan yang berlaku dalam suasana pembelajaran dunia masa kini.

9.

Disediakan oleh, .............................................. ..............

Disahkan oleh, ..................................

( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : SMK ST ANTHONY YFB6102 1. 2. 4. 6. 7. Nama Guru Judul Tarikh Pembentangan Tempat Pembentangan Sinopsis Amirul bin Othman
Teori Personaliti dari Perspektif Islam, Timur & Barat

Kod Sekolah :

3. Bidang : Pendidikan 5. Masa : 3.15 Petang

23/03/2010 Dewan Kuliah

Buku ini menerangkan bagaimana pakar-pakar psikologi Islam, Timur dan Barat masing-masing cuba menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan setiap individu mempunyai perwatakan yang berbeza-beza, walaupun di kalangan adikberadik.Penghasilan buku ini diilhamkan dari perbincangan berkenaan manusia dan kemanusiaan yang berlaku dalam kehidupan manusia.Di kalangan pendidik dan pelajar serta pencinta budaya, buku ini sesuai dimiliki kerana ia memuatkan penerangan yang jelas bagi membandingkan teori personaliti dari perspektif islam, timur dan barat. Kefahaman serta penghayatan kebudayaan dan ilmu yang pelbagai dapat memelihara budaya dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang watak dan perangai sesuatu individu berdasarkan latar belakang kefahaman, budaya dan bangsa yang berbeza

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P Ilmu yang diperolehi digunakan sebagai rujukan bagi mendekatkan diri dengan pelajar agar konsep kesatuan antara guru dan pelajar dapat diaplikasikan supaya pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan berada dalam suasana yang gembira dan menyeronokkan serentak dengan proses ilmu yang hendak diterapkan.

Disediakan oleh, .............................................. ..............

Disahkan oleh, ..................................

( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : SMK ST ANTHONY YFB6102 1. 2. 4. 6. 7. Nama Guru Judul Tarikh Pembentangan Tempat Pembentangan Sinopsis Amirul bin Othman
Intrapersonal & Interpersonal untuk Remaja (Edisi Kemas Kini)

Kod Sekolah :

3. Bidang : Pendidikan 5. Masa : 3.00 Petang

23/03/2010 Dewan Kuliah

Buku Intrapersonal dan Interpersonal untuk Remaja memerihalkan beberapa konsep dan kemahiran yang berkaitan dengan remaja terutamanya pada peringkat sekolah, kolej, maktab perguruan dan universiti. Ia menerangkan dengan jelas bagaimana kedua-dua proses komunikasi ini berlaku dalam jiwa remaja. Buku ini juga membincangkan beberapa konsep seperti intimasi, afiniti, hormat dan kawalan dikalangan remaja.Ia turut mengupas perkembangan sosio-emosi remaja, masalah-masalah remaja, peranan kemahiran kaunseling dalam interpersonal remaja dan banyak lagi.Definisi mentoring, mentor, ciri-ciri mentor serta prinsip-prinsip mentoring yang seringkali disalah guna oleh ibu bapa dalam menangani anak remaja mereka.

8.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran Memahami permasalahan dan cara yang kerapkali diambil oleh remaja untuk menangani atau mengelak sesuatu permasalahan yang berlaku.

9.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P Menggunakan kemahiran yang diperolehi untuk menarik minat pelajar melalui penekanan tentang cara terbaik yang perlu dilaksanakan sebelum bermulanya sesebuah kelas pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh, .............................................. ..............

Disahkan oleh, ..................................

( )