Anda di halaman 1dari 47

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Aktiviti 2.2 Huraikan perbezaan dan persamaan antara pandangan Ibnu Khaldun dengan pandangan tokoh Barat mengenai masyarakat.

Ibnu Khaldun adalah seorang pelopor kajian sosiologi sebelum berkembang pesat di Barat. Kajian sosiologi daripada perspektif islam mempunyai unsur-unsur berikut: berteraskan agama berbentuk aktivisme social mengkaji interaksi mikro dan makro keadilan untuk kesejahteraan masyarakat tidak memisahkan agama dengan aspek-aspek lain seperti ekonomi, sosial dan politik Auguste Comte (1798-1857) secara sistematik dan saintifik Rumusan Ibnu khaldun lebih memfokuskan konsep ketuhanan berbanding dengan Auguste Comte yang menerapkan kajian masyarakat secara sistematik dan saintifik berdasarkan andaian logikal. >masyarakat berkembang melalui proses > perubahan sosial dalam masyarakat adalah interaksi sosial yang meliputi ekonomi, politik dan sejarah (Mukadimah) Ibnu Khaldun (1332-1406) mengkaji masyarakat berpandukan ketuhanan

>Mengutarakan kajian terhadap masyarakat >kajian secara sistematik dan saintifik tetapi

evolusi yang berperingkat dalam karya Low of the Three Stages Rumusan

Auguste Comte menjelaskan bahawa masyarakat berkembang melalui evolusi yang berperingkat-peringkat antaranya ialah teologikal, metafizikal dan positif. Peringkat perubahan ini tidaklah berlaku secara serentak di semua tempat, namun pihak yang lebih cepat mengalami perubahan akan terlebih dahulu menjadi moden. Wujudnya fahaman berbentuk sekular yang memisahkan agama dalam kehidupan. Manakala Ibnu Khaldun mementingkan keadilan dan kesejahteraan masyarakat dalam institusi sosial.
1

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

>Mengkaji masyarakat dalam bentuk Makro Rumusan

mengkaji masyarakat dalam bentuk mikro dan makro

Secara umumnya, Auguste Comte mengkaji masyarakat berbentuk makro sahaja. Pendapat beliau yang lebih penting adalah perubahan intelektual bukannya revolusi politik dan sosial. Ibnu Khaldun melihat dari sudut perpektif sosial bagi melihat keadilan dalam masyarakat.

Persamaan pandangan Ibnu Khaldun dan tokoh barat mengenai masyarakat Kajian masyarakat yang di jalankan oleh Ibnu Khaldun dan tokoh-tokoh barat adalah dalam bentuk yang sama iaitu mengkaji mengenai masyarakat. Walau apa jua, teori yang dikemukakan oleh barat pada asasnya teori tersebut menyentuh mengenai peranan masyarakat dalam mempengaruhi institusi sosial dan masyarakat. Apa yang membezakan adalah sosiologi Khaldun dan teori-teori barat ialah berpandu dan bermatlamatkan agama sepertimana yang sering diungkapkannya, ilmu pengetahuan hanya datang daripada Allah s.w.t yang Berkuasa, yang Maha Bijaksana. Kesimpulannya, walau apa jua, kajian yang di buat, kajian masyarakat mestilah berpandukan konsep ketuhanan supaya dapat mengelakkan berlakunya ketidakadilan dalam masyarakat. Ini kerana masyarakat tidak boleh dipisahkan dengan agama bagi mewujudkan konsep adil dalam sesebuah masyarakat.

Aktiviti 3.2 Sigmund Freud terkenal sebagai ahli psikologi yang memperkenalkan konsep id, ego dan superego dalam analisis personality.
2

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

a) Huraikan makna konsep-konsep id, ego dan superego

Id adalah satu-satunya komponen keperibadian yang hadir sejak lahir. Aspek keperibadian sepenuhnya sedar dan termasuk dari perilaku naluriah dan primitif. Menurut Freud, id adalah sumber segala tenaga psiki sehingga komponen utama keperibadian. Id didorong oleh prinsip kesenangan yang berusaha untuk kepuasan segera dari semua keperluan dan kehendak.. Jika kita diperintah seluruhnya oleh prinsip kesenangan, kita mungkin mendapati diri kita meraih hal-hal yang kita inginkan dari tangan orang lain untuk memuaskan keinginan kita sendiri. Perilaku seperti ini akan baik mengganggu dan social tidak dapat diterima. Menurut Freud, id cuba untuk menyelesaikan ketegangan yang diciptakan oleh prinsip kesenangan melalui proses utama, yang melibatkan pembentukan citra mental dari objek yang diingini sebagai cara untuk memuaskan keperluan. Ego adalah komponen keperibadian yang bertanggungjawab untuk menangani dengan realiti. Menurut Freud, ega berkembang dari Id dan memastikan bahawa dorongan dari Id dapat dinyatakan dalam cara yang dapat diterima di dunia nyata. Fungsi Ego baik di fikiran sedar, prasedar, dan tidak sedar. Ego bekerja berdasarkan prinsip realiti yang berusaha untuk memuaskan keinginan Id dengan cara-cara yang realities dan sosial yang sesuai. Prinsip realiti beratnya bayaran dan manfaat dari suatu tindakan sebelum memutuskan untuk bertindak ke atas atau meninggalkan impuls. Dalam banyak kes, impuls Id itu dapat dipenuhi melalui proses menunda kepuasan Ego pada akhirnya akan membolehkan perilaku, tetapi hanya dalam waktu yang tepat dan tempat. Ego juga pelepasan ketegangan yang diciptakan oleh impuls yang tidak dipenuhi melalui proses sekunder, di mana Ego cuba untuk mencari objek di dunia nyata yang berpadanan dengan gambaran mental yang diciptakan oleh proses primer Ids. Superego adalah aspek keperibadian yang menampung semua standard internalisasi moral dan cita-cita yang kita peroleh dari kedua orang tua dan masyarakata. Superego memberikan pedoman untuk membuat penilaian. Terdapat dua bahagian superego iaitu Ego merangkumi peraturan dan standard untuk perilaku yang baik. Perilaku ini termasuk orang yang diluluskan oleh figure kuasa orang tua dan lain-lain. Mematuhi peraturan-peraturan ini menyebabkan perasaan kebanggaan, nilai dan prestasi. Hati nurani termasuk maklumat tentang hal-hal yang dianggap buruk oleh orang tua dan masyarakat. Perilaku ini sering dilarang dan menyebabkan buruk, akibat atau hukuman perasaan bersalah dan penyesalan.
3

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Superego bertindak untuk menyempurnakan dan membudayakan perilaku kita. Ia bekerja untuk menekana semua yang tidak dapat diterima mendesak dari Id dan perjuangan untuk membuat tindakan Ego atas standard idealis lebih kerana pada prinsip-prinsip realistik. Superego hadir dalam keadaan sadar, prasadar dan tidak sedar.

( b ) Bandingkan pandangan ahli psikologi Freud dengan pandangan sosiologi tentang pembentukan tingkah laku. Perbezaan antara pandagan ahli Freud dengan pandangan sosiologi tentang pembentukan tingkah laku iaitu yang pertama percanggahan pendapat antara Freud dengan Ibnu Khaidun di mana Freud melalui tulisannya dalam buku Interpretatins of Dream (1900) menyatakan bahawa manusia dilahirkan dengan desakan naluri semula jadi (inborndrives). Berdasarkan pendangan ini, lahirlah konsep antirasionalisme, iaitu Freud mempercayai bahawa manusia adalah makhluk yang tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya. Pendapat Ibnu Khaldun (1332-1406) amat bertentangan dengan pandangan Freud dimana beliau menganggap manusia mempunyai peradapan tersendiri, mempunyai kehidupan sosial yang tersendiri. Freud juga menyatakan bahawa manusia tidak berupaya menentukan arah tujuan kehidupan mereka, pendapat ini juga dicanggah oleh Ibnu Khaldun di mana melalui hasil karyanya (Mukadimah) beliau membincangkan mengenai peradapanmasyarakat Badawi, pembentukan kerajaan, Pembentukan kota, perkembangan ekonomi dantentang ilmu pengetahuan. Ini jelas menunjukan Ibnu Khaldun percaya manusia berupaya untuk meningkatkan diri sendiri dan mencapai arah tujuan kehidupan yang lebih baik dari semasa ke semasa. Perbandingan yang seterusnya ialah dari segi pendapat antara Freud dengan Emile Durkheim(1858-1917). Kerisauan ( Anxiety) adalah penting dalam pembangunan teori psikoanalisis Freud.Kerisauan ialah satu situasi tegang yang memotivasikan seseorang untuk bertingkah laku. Iamuncul akibat konflik antara id,ego dan superego. Terdapat 3 jenis kerisauan : kerisauan realiti,kerisauan neurotik dan kerisauan moral. Kerisauan realiti ialah kebimbangan hasil ketakutankepada dunia sebenar. Kebimbangan neurotic ialah ketakutan yang berpunca daripada perasaantidak dapat mengawal naluri untuk melakukan sesuatu
4

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

yang becanggah dengan moraliti yangmenyebabkan seseorang akan dihukum. Kebimbangan moral pula timbul apabila seseorangmelakukan sesuatu yang bercanggah dengan hati kecilnya, iaitu bahagian pemikiran yang bermoral. Menurut Emile pula moraliti dianggap sebagai perasaan kolektif akan membentuk perangai atau tingkah laku individu, memberi rasa kekitaan serta menyebabkan integrasi. Inidapat dilihat dengan jelas dalam kajianya Suicide (1952) dimana beliau mengenalpasti puncafenomena membunuh diri daripada fakta social dan berlaku akibat ketidakseimbangan antarakeperluan mematuhi peraturan dengan keperluan kebebasan.

Aktiviti 4,2 Pendidikan Moral telah menjadi mata pelajaran sekolah Malaysia. Mengapa sekolah Malaysia mengajar Pendidikan Moral?

Sekolah Malaysia mengajar pendidikan Moral kerana dalam masyarakat moden sekarang, pengaruh tradisi dan agama yang semakin longgar menyebabkan terdapat individu yang hilang pegangan. Hilang pegangan merupakan salah satu punca hilang arah tentang kehidupan atau salah satu punca anomie. Apakah kandungannya? Menurut Durkheim, terdapat tiga cirri sistem moral yang perlu ada pada individu moden iaitu disiplin diri, ikatan dalam kumpulan sosial dan autonomi diri. Disiplin diri merupakan kebolehan individu menahan keinginan dan nafsu. Ia akam mengawal perasaan individu dan dapat mengelakkan individu daripda melakukan perkara-perkara yang negatif. Ikatan dalam kumpulan bermakna tingkah laku moral adalah ditentukan mengikut kehendak masyarakat. Autonomi bermaksud individu tidak mahu dikongkong oleh moraliti yang dikenakan ke atasnya oleh masyarakat. Individu perlu mengetahui sebab-sebab mengapa ia perlu patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Bagaimana pelaksanaannya?
5

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Cara Pendidikan Moral diterapkan oleh sekolah ialah melalui disiplin. Peratuaranperaturan sekolah yang berbeza dengan peraturan di rumah akan mengikat semua murid untuk mematuhinya. Dengan itu, murid-murid akan sedar bahawa ada prinsip peraturanperaturan yang wajib diikuti. Proses mematuhi peraturan akan mendorong murid-murid mempunyai disiplin diri. Hukuman adalah penting untuk memastikan peraturan-peraturan dipatuhi supaya menyedarkan murid bahawa pelanggaran peraturan akan mempunyai kesan. Selain itu juga, murid-murid akan didedahkan kepada ikatan ke dalam kumpulan. Sekolah mesti ditadbirkan mengikut organisasi yang akan membentuk semangat hidup dalam kumpulan di kalangan murid-murid. Guru yang menerajui bilik darjah perlu membentuk semangat harmoni dan perpaduan. Untuk menjamin keharmonian, guru boleh secara kolektif memberikan peneguhan atau mengenakan dendaan.

Sejauhmana Pendidikan Moral perlu di Malaysia? Pendidikan Moral perlu di Malaysia supaya murid-murid akan dapat menyedari bahawa mereka merupakan anggota masyarakat. Guru besar atau pengetua perlu mengorganisasikan sekolah dalam situasi di mana semua murid dapat menyedari bahawa bilik darjah mereka adalah merupakan sebahagian daripada keseluruhan organisasi sekolah. Dalam autonomi, Durkheim merasakan adalah perlu bagi murid mengetahui mengapa mereka perlu hidup bermoral. Mereka perlu mempunyai kefahaman tentang masyarakat mereka dan perlu tahu keperluan-keperluan masyarakat. Proses mendapatkan autonomi akan berlaku dalam mempelajari bidang sains yang kompleks akan menyebabkan murid-murid berfikiran rasional. Melalui ini, murid-murid secara bebas dan tersendiri akan menerima prinsip-prinsip moral dalam masyarakatnya.

Aktiviti 4.3 Mengapakah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menimbulkan konflik? Bagaimanakah penyelesaiannya?
6

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan. Pelbagai pihak telah menyuarakan pendapat mengenai ketidakpuasan hati mengenai pelaksanaan PPSMI hingga menimbulkan konflik di peringkat nasional. Program ini pada awalnya menetapkan matlamat ingin melahirkan pelajar yang bertaraf dunia. Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ramai berpendapat penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakkan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk. Bukan itu sahaja, sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.

Aktiviti 4.5 (A) Senaraikan fungsi-fungsi pendidikan secara makro dan mikro.

Fungsi-fungsi pendidikan secara makro terbahagi kepada 2 bahagian iaitu fungsionalisme dan konflik
7

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Fungsionalisme

Mengekalkan masyarakat : Secara makronya, pendidikan meliputi pandangan secara keseluruhannya. Maka pendidikan adalah salah satu cara untuk menyatu padukan dan mengekalkan sesebuah masyarakat itu dari hilang atau pupus.

Memberi persediaan kepada individu dari segi mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan bidang bidang tertentu. Ini adalah kerana setiap anggota masyarakat itu mempunyai fungsi dan kebolehan masing masing. Kepetingan ini adalah bagi memenuhi keperluan industri, ekonomi mahupun kehidupan biasa (harian) kerana bidang pengkhususan yang berbagai dan berbeza.

Memperkembangkan nilai nilai dan keupayaan intelektual untuk memainkan peranan dalam masyarakat : Pendidikan digunakan sebagai alat bagi menyebarkan nilai nilai masyarakat itu kepada generasi muda secara formal. Jika nilai nilai ini hanya diturunkan atau diajar oleh keluarga masing masing secara informal, maklumat dan penilaian itu berbeza antara satu individu dengan yang lain. Apabila ianya diterapkan di sekolah melalui pendidikan formal, setiap anggota masyarakat itu mempunyai penilaian yang sama dan dapat mengurangkan konflik yang mungkin akan berlaku akibat dari perselisihan faham dan tahap penilaian yang berbeza.

Melahirkan pelajar yang sanggup berkongsi matlamat bagi memajukan mansyarakat : Melalui pendidikan, perkongsian maklumat menjadi amat pantas dan mudah diperolehi sama ada secara langsung atau tidak. Secara langsung adalah perkongsian maklumat melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Manakala bagi perkongsian secara tidak langsung adalah sewaktu palajar bergaul dan berbual sesama mereka seterusnya maklumat tersebar dengan mudah dan pantas.

Dengan menyediakan rangka normatif dan kognitif dalam diri individu iaitu perancangan pendidikan yang melibatkan pembelajaran secara normal yang efektif dan berkesan tanpa membuang masa dan usaha. Selain itu juga ia dapat membantu perkembangan pemikiran lebih matang dan tahap ilmu pengetahuan tinggi.

Pendidikan sebagai alat mobiliti sosial : Faktor faktor seperti kelas, kaum, dan gender hanya akan menjadi penghalang kepada kejayaan. Ketidak samaan adalah sifat semulajadi masyaraka. Seseorang individu itu mencapai tahap pencapaian berbeza hanyalah disebabkan oleh kecerdikan dan usaha yang tidak sama.
8

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Penetapan pekerjaan yang sesuai bagi seseorang individu : Sistem gred dalam pendidikan telah menentukan pekerjaan apakah yang sesuai untuk seseorang individu itu. Apabila seseorang itu cerdik atau pandai maka pekerjaan yang memerlukan penggunaan akal yang lebih sangat sesuai bagi individu ini manakala jika sebaliknya pekerjaan yang melibatkan fizikal sangat sesuai baginya.

Konflik

Untuk capai tujuan ekonomi masyarakat : Bagi teori konflik, pendidikan moden telah memporak perandakan masyarakat. Namun begitu mereka sangat setuju pendidikan dapat mencapai status ekonomi yang tinggi dalam masyarakatnya.

Konflik pendidikan telah mengekalkan dan melebarkan lagi ketidak samaan sosial di kalangan ahli masyarakat.

Pendidikan digunakan sebagai alat untuk diabdikan atau dikembangkan dalam sistem kapitalis. Namun begitu mereka juga berpendapat pendidikan mengikat mereka kepada asas asas sosial dan ekonomi masyarakat. Mereka bersetuju, semakin tinggi taraf mereka dalam bidang pendidikan, makin tinggi dominan kuasa mereka dalam sistem kapitalis iaitu sistem yang mengutamakan industri dan ekonomi. Oleh sebab itulah pendidikan tidak boleh digunakan sebagai alat untuk merubah masyarakat.

Menyediakan anak muda untuk dapat tempat dalam masyarakat : Ideologi kapitalis adalah untuk mengekalkan kelas dan kuasa seseorang itu. Kebijaksanaan bukanlah penentu kepada kejayaan kedudukan mereka di dalam masyarakat. Jika ingin mendapat tempat dalam masyarakat, mereka hendaklah mempunyai faktor kelas sosial, umur, jantina dan kaum. Bakat, kebolehan, pengalaman dan kelayakan tidak boleh dijadikan alat untuk mendapat tempat dalam masyarakat.

Reproduksi sistem pendidikan telah menggunakan 2 cara untuk disesuaikan dalam sistem kapitalis : Legitimasi telah mengesahkan ideologi saksama dan ideologi meritokrasi. Sosiolisasi melaksanakan sistem sosial moden yang perlu dikekalkan. Mereka tidak suka kepada kreativiti dan kespontanan. Itu akan menjejaskan kedudukan asal mereka. Mereka menggalakkan pengajaran yang menjadikan murid lebih rendah dan subordinat.

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Mengekalkan status quo : Mereka menggunakan pendidikan sebagai tempat asas membentuk sikap hormat kepada autoriti, taat, disiplin dan menepati masa. Ianya adalah latihan sebagai seorang pekerja yang dikehendaki dalam sektor industri . kesamaan hak dalam mencungkil bakat dan potensi adalah ilusi dan bayangan semata.

Melatih remaja menjadi orang patuh dan menurut perintah : Mana mana individu yang gagal tidak boleh menyalahkan mana mana pihak kecuali menyalahkan dirinya sendiri (Amir Hassn, 2009). Pengikut konflik berpendapat sistem pendidikan hanyalah akan melahirkan pemberontak yang akan menentang mereka.

Mengajar status budaya : Sistem pendidikan dikatakan sebagai penghalang utama dalam menentukan kelompok yang mempunyai status tinggi dan paling ketara adalah apabila wujudnya sistem pensijilan. Pensijilan menentukan dan mengukur latar belakang dan status sosial individu. Seperti contoh doktor, mempunyai cara mereka bagi mengekalkan kelompok mereka sebagai golongan professional yang dapat menghalang campur tangan pihak dalam urusan kerja mereka dengan kuasa dominasi dan kemahiran yang mereka ada.

Fungsi -fungsi pendidikan secara mikro. Pendidikan secara mikro memberi tumpuan kepada interaksionisme iaitu aksi, pergaulan, komunikasi dan interaksi sesama anggota masyarakat dengan lebih terperinci. Antaranya adalah :

Sistem pendidikan ini meneliti aktiviti harian yang dilalui kumpulan yang lebih kecil dan spesifik iaitu guru, pelajar, nazir dan pentadbir yang boleh menjurus ke arah penambahbaikan.

Pendidikan mikro merupakan sistem yang bukan dipaksa kerana ia mempunyai kebebasan tersendiri terutamanya dalam menginterpretasikan pendapat sendiri dalam sesuatu situasi. Mana mana kumpulan bebas menyuarakan pendapat masing masing dalam isu pendidikan khasnya.

Interaksi sebagai cara menginterpretasi tingkah laku orang lain dengan kita : Pendidikan digunakan untuk memberi penjelasan mengenai sesuatu tingkah laku yang berlaku dalam situasi pergaulan antara masyarakat.

Menggunakan pendekatan subjektif untuk mereka mendefinisi sesuatu keadaan.


10

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Aktiviti 4.5 (B) Interaksi antara sekolah dan masyarakat dipenuhi oleh simbol-simbol. Jelaskan.

Prinsip asas teori yang mentafsir interaksi simbolik ialah :

Manusia mempunyai keupayaan berfikir dan tidak sama dengan binatang. Fikiran manusia matang melalui pergaulan, bersosialisasi dan interaksi sesama mereka.

Dalam interkasi sosial, manusia berupaya mengubahsuai dan mentafsir makna makna serta simbol simbol dalam perkataan dan bahasa berdasarkan situasi yang mereka hadapi.

Keupayaan manusia secara automatiknya adalah membuat modifikasi dan alterasi semasa mereka berinteraksi dengan diri sendiri.

Jalinan aksi dan interaksi yang telah membentuk sebuah kumpulan dan masyarakat itu. Dalam teori interaksi simbol, pendekatan yang digunakan berkaitan dengan individu

dan emosinya. Kajian mendapati individu, emosi, perlakuan dan tindak balas mereka dianalisa melalui interaksi sesama individu dalam proses sosial mereka. Interaksi yang dilalui hari-hari dapat menjana pemahaman dan peranan individu itu kerana dalam interaksi mereka banyak menggunakan simbol simbol, tanda tanda, isyarat dan kata kata. Melalui interaksi simbol ini, individu akan memperlihatkan emosi sama ada suka atau duka, gelisah atau tenang (melalui perlakuan fizikal), mimik muka dan kata kata. Kemudian mereka mengintepretasi situasi, bertindak dan mencipta serta mengubah sesuatu situasi itu kepada situasi yang mereka kehendaki. Dari aspek perkataan contohnya, simbol atau simbolik itu dipenuhi dengan kiasan. Kadangkala terlalu banyak kiasan boleh menimbulkan kekeliruan dan konflik dalam masyarakat kerana tidak semua perkataan bentuk kiasan di fahami, dinilai dan diterima secara saksama antara individu dalam satu situasi itu. Seperti contoh untuk menerangkan suatu kesalahan itu, guru berkias agar pelajar tidak berasa sakit hati dengan teguran guru. Namun begitu tidak semua pelajar akan beranggapan begitu. Dari aspek bahasa
11

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

pula, boleh dikatakan Bahasa Melayu menggunakan banyak simbol dan simbolik terutamanya dalam Bahasa Melayu klasik, di dalam puisi, dalam ceritera dan hikayat Melayu klasik dan kitab-kitab lama. Simbol- simbol dalam interaksi banyak digunakan dalam sekolah kerana ia digunakan untuk menganalisa secara terperinci mengenai individu pelajar dan emosi mereka agar perlakuan dan tindak balas pelajar mengenai sesuatu situasi itu boleh diramal.

Aktiviti 5.7 (A) Apa pentingnya interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran?

Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya (Gilbert dan Moore, 1998). Menurut Moore (1987), dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu;

Peringkat pra-aktif ialah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran

Peringkat interaktif ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah Semasa guru menyediakan rancangan pengajaran dalam buku rekod pengajaran harian

(RPH) peringkat pra-aktif ini berlaku. Guru merancang dan menetapkan objektif pengajaran di samping menyediakan aktiviti (langkah) pengajaran. Selain itu, guru juga telah menyediakan bahan (media) dan kaedah penilaian sebelum masuk mengajar. Ketika menyampaikan isi kandungan pelajaran, peringkat interaktif berlaku dimana guru menyediakan peluang dan ruang kepada murid untuk berinteraksi. Terdapat guru yang tidak sedar kepentingan interaksi lalu bertindak seorang diri bercakap tanpa berhenti, tanpa memberi peluang kepada murid untuk bercakap atau memberikan pandangan dan pendapat masing-masing. Kita harus sedar, murid zaman sekarang adalah lebih terdedah kepada maklumat yang tanpa batasan. Oleh itu, sebagai seorang guru dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini, guru harus menyediakan ruang interaksi yang luas semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam pendidikan jarak jauh,
12

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

interaksi terbahagi kepada dua peringkat iaitu guru menyediakan bahan pembelajaran dalam bentuk cetakan atau media lain untuk dikirimkan kepada pelajar dan peringkat kedua ketika guru berinteraksi dengan pelajar melalui media tertentu seperti surat, email atau peralatan telekomunikasi seperti sidang audio, audio grafik, video dan komputer. Moore (1989) juga menyatakan terdapat tiga jenis interaksi iaitu interaksi antara:

Murid dengan isi kandungan pelajaran Murid dengan guru Murid dengan murid lain (atau rakan sebaya)

Hillman et. al. (1994) menambah satu lagi jenis interaksi supaya murid dapat berinteraksi dengan isi kandungan, guru dan pelajar lain iaitu interaksi antara:

Murid dengan media teknologi Pelajar dewasa juga perlu menyedari peranan masing-masing semasa mengikuti

kursus. Mereka harus bertanggung jawab terhadap amanah yang dipikul semasa mengikuti kursus. Pembahagian masa antara belajar dan bekerja serta belajar dan tanggungjawab sosial (rumah tangga dan keluarga) perlu dilaksanakan dengan bijak. Luangkan masa supaya interaksi antara kita dengan isi kandungan dan bahan pembelajaran sentiasa berlaku. Hubungan yang terjalin antara murid dengan guru serta rakan adalah bentuk interaksi yang wujud, bukan hanya dalam bentuk audio dan visual sahaja. Interaktiviti yang berlaku dalam bilik darjah juga dikatakan sebagai pencetus motivasi murid terutamanya di peringkat rendah dan menengah rendah.

Aktiviti 5.7 (B) Nyatakan bentuk-bentuk interaksi yang boleh mendatangkan kesan-kesan negatif.

1) KRITIKAN Guru yang sentiasa mengkritik murid boleh menimbulkan halangan kepada komunikasi.

13

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Kritikan guru akan menyebabkan murid-murid untuk memilih dengan mendiamkan diri sahaja. 2) MELEBAL MURID Guru yang melabel murid dengan pelbagai nama seperti si malas, kaki ponteng dan sebagainya memang menimbulkan satu halangan kepada komunikasi. Murid akan lebih selamat jika mereka tidak bercakap. 3) MEMBERI ARAHAN Arahan yang diberi guru dengan cara memaksa murid untuk membuat sesuatu tugasan boleh menghalang komunikasi.

4) ANCAMAN Guru yang mengancam murid-murid dengan memberi berbagai-bagai amaran jika tidak menyiapkan sesuatu tugasan, tidak akan menggalakkan komunikasi yang terbuka. 5) MEMEK MUKA Memek muka guru yang serius atau kelihatan marah akan menakutkan murid untuk bertanya atau memberi jawapan. Guru yang sentiasa bermasam muka tidak boleh mengharapkan penyertaan kelas yang baik 6) KEKURANGAN PERHATIAN Guru yang sentiasa duduka dimejanya dan kurang menunjukkan perhatian yang baik terhadapa jwapan murid secara tidak langsung mewujudkan halangan kepada komunikasi. 7) BAHASA Guru yang menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh murid-murid boleh menyebabkan komunikasi efektif tidak berlaku. 8) KELAJUAN

14

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Guru yang bertutur dengan kadar yang laju sukar difahami oleh murid dan murid juga tidak dapat mengikuti logik penerangan yang diberi guru. Guru seperti ini tidak peka kepada maklum balas daripada murid-muridnya. 9) KEKURANGAN PERSEDIAAN Persediaan yang kurang rapi boleh mneyebabkan kekliruan ketika penyampaian pelajaran dijalankan. Idea-idea tidak tersusun mengikut prinsip seperti senang kepada susah, dari yang diketahui kepada yang belum diketahui. Keadaan ini menyebabkan murid-murid tidak dapat menerima mesej dengan jelas, dalam hal ini komunikasi berkesan tidak berlaku. 10) AKTIVITI PEMBELAJARAN KURANG MENARIK Jika aktiviti pembelajaran yang disediakan guru yang kurang menarik, membosankan, muridmurid enggan menyertainya lalu akan menimbulkan kebisingan dan gangguan-gangguan yang lain. Keadaan tersebut tentu menimbulkan masalah bagi komunikasi yang berkesan.

Aktiviti 6.2 Bincangkan faktor-faktor orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajah.

Zaman penjajahan menyaksikan kemunculan aliran pendidikan yang berbeza dari aspek kewajaran kepada kehendak masyarakat Tanah melayu khususnya orang Melayu itu sendiri. Meskipun usaha penjajah mewujudkan aliran pendidikan di Tanah Melayu dilihat sebagai isu yang positif namun semangat bencikan penjajah yang tebal menghalang
15

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

penglibatan mereka dalam sektor pendidikan yang dilihat oleh mereka sebagai propaganda dalam mengembangkan lagi ideologi penjajah yang ternyata lari dari konsep norma kehidupan orang Melayu. Masyarakat Melayu tidak menerima kewujudan sekolah sewaktu zaman penjajah kerana dilihat sebagai perubahan sistem pendidikan yang telah sedia ada. Sebelum ini pendidikan awal di Tanah Melayu lebih menumpukan kepada aspek keagamaan, kerohanian, membaca, menulis dan mengira. Pembelajaran secara teori lebih tertumpu di sekolah-sekolah agama yang dikendalikan pada mulanya oleh mubaligh Islam yang terdiri dari pedagang dan kemudiannya diambil alih secara berperingkat oleh rakyat tempatan yang berkelayakan. Ini bermakna sistem ini merujuk kepada sistem pendidikan sekolah pondok. Sejarah merekodkan sekolah agama di Tanah Melayu berkembang pesat sekitar 1920an hingga 1940an di sekitar utara Tanah Melayu (Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit Mertajam Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang). Meskipun begitu disebabkan beberapa faktor tertentu tidak ramai juga masyarakat Melayu yang berminat ke sekolah walaupun apa aliran sekalipun sewaktu zaman penjajah meskipun promosi mengenai kepentingan pelajaran didedahkan sepanjang masa baik sekolah sekolah pondok mahupun sekolah aliran yang diperkenalkan oleh penjajah. Sistem sekolah pondok juga tidak kurang baiknya berbanding sekolah aliran Inggeris. Sekolah agama atau madrasah juga bersistematik iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi meja). Terdapat dua jenis sekolah yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris ketika zaman penjajajahan iaitu sekolah Inggeris dan juga sekolah vernakular Melayu. Meskipun kaedah pengajaran disusun supaya dapat disesuaikan dengan kehendak penduduk di Tanah Melayu namun kedua-dua jenis sekolah ini tidak mendapat tempat di hati penduduk Tanah Melayu ketika itu lebih-lebih lagi orang Melayu. Pelbagai faktor utama dan sampingan telah dijadikan alasan untuk masyarakat Melayu menolak sistem sekolah oleh penjajah. Pendidikan oleh Inggeris di Tanah Melayu diperkenalkan sekitar 1824 hingga 1957. Pada waktu ini pentadbirannya diseliakan dan dikawal sepenuhnya oleh pihak Inggeris tanpa menekankan falsafah atau dasar pendidikan yang memperjuangkan kepentingan masyarakat. Pentadbiran pendidikan di Tanah Melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah" serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernakular. Matlamat utamanya ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada
16

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian dari mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi penjajah. Namun pendidikan kepada pelajar Melayu hanya sekadar melepas batuk di tangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan. Oleh yang demikian orang Melayu yang tebal semangat kebangsaan menolak untuk mengikuti pendidikan di sekolah. Faktor seterusnya melihat pendidikan ini adalah secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan konkrit. Inggeris tidak menggangap pendidikan Tanah Melayu sebagai satu pelaburan untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyat bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar benovelent welfare policy. Dipercayai objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien dari sebelumnya. Pendidikan pada waktu itu berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Perkara ini menyebabkan orang Melayu seolah dipermainkan dan dipandang rendah. Dasar Inggeris telah mewujudkan sistem pendidikan plural (plural education all system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka. Koloni British mengamalkan dasar laissez-faire dengan membiarkan tiap-tiap sistem persekolahan itu berkembang mengikut haluan masing-masing. Kesannya, telah wujud empat sistem persekolahan yang berbeza di masa itu. Keengganan orang Melayu ke sekolah dilihat sebagai boikot dan membantah sistem tersebut. Hal ini menyebabkan jurang ekonomi dan sosial yang semakin ketara dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Kaum Melayu dengan sekolah pondok yang bersifat tradisional memperlihatkan mutu pendidikan yang amat terbatas dan sekolah-sekolah Melayu ini didirikan atas daya usaha orang perseorangan. Manakala kaum Cina dengan sekolah Cina yang diusahakan oleh sukarelawan Cina, sedangkan sekolah Tamil pula diuruskan oleh kaum India, menakala Sekolah Inggeris pula diambil alih oleh mubaligh-mubaligh Kristian. a) Kebencian Terhadap Penjajah
17

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Menurut Amir Hasan Dawi (2009), kebencian kepada penjajah, protes terhadap pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu, perasaan syak wasangka terhadap tujuan Inggeris untuk mengkristiankan ataupun sekurang-kurangnya mensekularkan orang-orang Melayu telah menghalang mereka memasuki sekolah-sekolah berkenaan. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu ketika itu sangat membenci kehadiran Inggeris walaupun tujuan mereka menubuhkan sekolah pada masa itu bertujuan baik. Masyarakat Melayu ketika itu lebih cenderung memilih sekolah agama ataupun langsung tidak perlu ke sekolah. b) Kemasukan Terhad

Semasa pemerintahan Inggeris, sekolah Inggeris ditubuhkan untuk anak-anak bangsawan dan anak-anak Raja. Banyak pendapat mengatakan sekolah Inggeris ini ditubuhkan untuk memberi latihan kepada anak-anak bangsawan ini untuk menjadi pegawai-pegawai rendah kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Jadi secara umumnya kemasukan ke sekolah Inggeris hanyalah terhad kepada golongan bangsawan sahaja. Tambahan pula satu peperiksaan khas perlu dilalui oleh calon-calon yang ingin mendapatkan pendidikan di sekolah aliran Inggeris ini. c) Tiada Kesedaran

Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat Melayu di Tanah Melayu sememangnya tidak pernah mendapat pendidikan secara formal. Mereka lebih fokus kepada pendidikan agama yang didapati melalui tok guru dan alim ulama. Kelas pula biasanya diadakan secara tidak formal di surau-surau ataupun di rumah sahaja. Apabila pihak Inggeris cuba untuk memperkenalkan system persekolahan, masyarakat Melayu ketika itu tidak nampak akan kepentingan sesebuah sekolah itu. Bagi mereka mendidik anak-anak dengan ilmu agama adalah lebih penting. Ketika itu juga belum wujud lagi pekerjaan yang memerlukan kelulusan tinggi, jadi lulus sekolah itu tidak menjadi kepentingan mereka lagi. Berdasarkan tiga faktor di atas, maka tidak hairanla mengapa masyarakat Melayu ketika zaman penjajahan Inggeris tidak begitu menitikberatkan persekolahan. Namun selepas tamat zaman penjajahan, kesedaran tentang kepentingan persekolah meningkat apabila lebih ramai anak-anak melayu di hantar belajar secara formal samada di sekolah aliran Melayu atau Inggeris dan sistem pembelajaran formal ini berterusan sehinggalah sekarang. Aktiviti 6.4
18

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Bandingkan sistem persekolahan sebelum merdeka dengan sistem persekolahan semasa

Sebelum merdeka

Pendidikan semasa 1996 bertujuan dan pindaan untuk akta

Terdapat 4 jenis sekolah iaitu sekolah Akta pendidikan Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris Semasa dengan penjajahan mengasingkan British, penduduk Inggeris tanah melalui tersebut

memantapkan lagi pembangunan pendidikan penggubalan

mengamalkan dasar Pecah-Perintah iaitu melayu mengikut bangsa masing-masing. Sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masing-masing. Kelemahan system pendidikan

British Program bimbingan dan kaunseling dengan 500 orang pelajar bermula tahun 2003

menyebabkan wujudnya beberapa laporan memperuntukkan seorang kaunselor setiap bagi memperbaiki system tersebut antaranya: 1.Fenn-Wu 1951- menyemak pendidikan kaum cina

2.Ordinan Pelajaran-mengesyorkan Sekolah kebangsaan kebangsaan 3.Dasar Pelajaran Kebangsaan 4.Laporan Razak (1956)-meletakkan asas bagi perkembangan system pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan 4.Laporan Barnes (1951)-menyemak dan membaiki keadaan pendidikan kaum melayu Pendidikan mengambil berat aspek Pendidikan prasekolah, KBSR , KBSM, KSSR, pendidikan tinggi, vokasional dan
19

sebagai

corak

persekolahan

mengagungkan tanah air sendiri contohnya:

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

-Pendidikan cina di Malaysia berorientasikan teknik dan pendidikan swasta sentiasa dikaji Negara asal mereka iaitu Negara China -Manakala india berasaskan Negara India bagi mengesan sebarang kelemahan bagi mencapai objektif yang ditetapkan Berlandaskan falsafah pendiidkan Negara yang ingin mewujudkan insane yang seimbangkan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) Terbahagi kepada 2 peringkat : 1.Peringkat menengah) 2.Peringkat tinggi Dasar pendidikan Malaysia serangam dengan wawasan 2020 iaitu untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif yang mempunyai daya perubahan tinggi serta memandang kehadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan (INTAN 1994) (di petik dari buku Sekolah & Masyarakat) Pendidikan sebelum kolonialisme Dalam Rancangan Malaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Kesepuluh (RM10) ,aspek pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi memantapkan system pendidikan persekolakhan (rendah dan

berteraskan agama islam ada 3 peringkat 1:Berpusatkan rumah 2.Peringkat masjid 3.Peringkat Sekolah dan pondok Pendidikan agama diajar oleh guru Al-Quran, merangkumi pembelajaran tentang fardu kifayah, fardu ain, hafalan doa dan bahasa

20

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

arab Memberikan penekanan kepada kesopanan, budi bahasa, pertahanan diri dan ekonomi sara hidup Sekolah melayu menggunakan kurikulum Kerajaan sentiasa mencari formula baru bagi yang menekankan pelajaran bacaan, memastikan para pelajar yang keluar dari individu yang mampu menberikan mengarang, ejaan, menulis jawi dan rumi, institusi pendidikan akan menjadi seorang ilmu hisab, ilmu alam dan latihan jasmani. Sekolah melayu dilekakan dengan ceritacerita dongeng. sumbangan maksimum terhadap negara Pendidikan pra Sekolah bagi kanak-kanak dalam linkungan umur 5 tahun pada awal tahun 2000, beberapa dasar baru telah dirangka, diluluskan dan berkuatkuasa di semua Sekolah Sekolah di seluruh bestari, Negara Sekolah termasuklah

wawasan, PPSMI dan sebagainya. Mulai tahun 2003, matematik dan sains diajar dalam melayu. Mulai tahun persekolah 2003, dasar bahasa inggeris, manakala mata pelajaran yang lain kekal dengan bahasa

pendidikan wajib di peringkat Sekolah rendah dikuatkuasa sepenuhnya. Pada tahun 2005, bahasa cina dan tamil dijadikan sabagai mata pelajaran efektif sahaja di Sekolah-sekolah kebangsaan

Aktiviti 7.1
Dapatkan kod etika perguruan Malaysia dan buat interpretasi mengenainya.
21

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai kemajuan. Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah. Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau kod etika perguruan di Malaysia agar para guru tidak lari dari landasan serta tidak melakukan tindakan yang tidak wajar. Etika perguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa. Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :1. Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat

profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada

jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.


3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

4. Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. 5. Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya. 6. Guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat
22

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

7. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain
8. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan

membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain 9. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan 10. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara 11. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna 12. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya 13. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya 14. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan 15. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendiria 16. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya 17. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya 18. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain 19. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan Aktiviti 7.2 Bincangkan isu-isu profesion guru Malaysia

1.

Cabaran Guru Mengajar di Kawasan Pedalaman


23

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Isu guru yang diarahkan untuk mengajar di kawasan pedalaman adalah isu yang sering dibincangkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini kerana, kebanyakan guru yang diarahkan untuk mengajar di kawasan pedalaman tidak bersetuju untuk ke sana atas pelbagai alasan. Antara alasan yang diutarakan adalah: Infrastruktur yang tidak memuaskan dan tidak lengkap. Sekolah tidak lengkap dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, suasana sekolah tidak sesuai untuk sesi pembelajaran yang efektif. Pengangkutan jalan raya yang tidak selesa dan terlalu jauh. Isu ini telah diutarakan oleh Wahid Hashim (2007),yang mana guru-guru di Pulau Bum Bum, Sabah, terpaksa menaiki bot penambang setiap pagi untuk pergi ke sekolah kerana tempat tinggal dan sekolah adalah jauh dan mengambil masa 20 minit daripada jeti Semporna. Mereka tidak dapat menggunakan jalan kampung kerana keadaan jalan yang sempit dan tidak muat untuk dua buah kereta berselisih. Kos perjalanan ke kawasan pekan atau bandar kecil adalah tinggi. Di pedalaman Keningau, Sabah, seorang guru dari Semenanjung Malaysia hanya dapat ke sebuah pekan berhampiran berkekerapan dua bulan sekali. Hal ini kerana kos untuk perjalanan keluar masuk dengan bot ke pekan itu sahaja mencecah RM700 dengan jalan air (Wahid Hashim, 2007). Keselamatan yang tidak terjamin. Hal ini kerana kawasan pedalaman adalah terpencil dan penduduknya tidak ramai jika dibandingkan dengan kawasan bandar. Ini amat membimbangkan terutamanya bagi guru wanita. Seorang guru yang mengajar di Keningau Sabah, juga menyatakan kebimbangannya yang mana beliau khuatir jika berlaku sesuatu kepada beliau, seperti kematian, tiada siapa yang akan menguruskan jenazah beliau kerana penduduk di situ bukan beragama Islam (Wahid Hashim, 2007). Alasan-alasan ini tidak harus diremehkan kerana ada kebenarannya. Cabaran-cabaran seperti ini amat memerlukan perhatian yang sewajarnya. Hal ini kerana, ia melibatkan profesionalisme perguruan. Anak didik memerlukan pembimbing iaitu guru-guru dalam memimpin mereka menempa kejayaan dan keluar daripada kepompong kesusahan, manakala
24

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

para pendidik pula terpaksa menempuh segala kesusahan untuk merealisasikan rancangan negara bagi membentuk insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 2. Pengkeranian Guru Isu pengkeranian guru atau lambakan kerja guru sering menjadi perdebatan di antara dua pihak iaitu Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Isu ini diusulkan oleh NUTP kerana bebanan kerja guru kini semakin bertambah. Ini kerana, guru bukan sahaja di pertangungjawabkan untuk mengajar malah guru juga terpaksa mengawal disiplin pelajar, mengisi kira - kira 100 - 600 helai borang untuk matapelajaran setiap kali Penilaian Adab Belajar (LAB), menguruskan fail berkaitan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), menguruskan dan menyediakan laporan panitia yang antaranya terdiri daripada sukatan rancangan mengajar, minit mesyuarat, maklumat diri, guru, perancangan tahunan, perkembangan kakitangan , pencerapan program peningkatan prestasi pelajar dan analisis peperiksaan. Selain itu, dalam bidang ko-kurikulum pula, banyak guru terpaksa terlibat dalam aktiviti luar yang menjejaskan mutu dan kualiti kerja malah ada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang menganjurkan 30 aktiviti dalam tempoh sebulan. Namun begitu, terdapat sesetengah pihak yang tidak bersetuju dangan dakwaan ini contohnya dalam akhbar Harian Metro Setiausaha Agung Kongres berkata sekiranya golongan guru terlalu dimanjakan pihak kami bimbang peranan yang dimainkan oleh mereka yang diamanahkan untuk mendidik anak bangsa akan terhakis. Beliau berkata lagi Setiap bidang pekerjaan mempunyai tekanan tersendiri dan ia perlu dihadapi dengan tenang supaya dapat mencari jalan terbaik untuk menyelesaikannya . Saya bimbang kerana selalu dipertahankan matlamat asal mereka dilupakan . Isu ini wajar dibincangkan bukan sahaja kerana untuk mempertahankan pihak guru semata mata malah ianya dibincangkan supaya masyarakat sekeliling tidak memandang remeh terhadap kerjaya sebagai seorang pendidik. Ini kerana kita sering mendengar masyarakat mengatakan kerjaya seorang guru adalah untuk mengajar dan ianya satu kerjaya yang mudah. Namun hakikatnya, mereka tidak menyedari fungsi guru sebagai pendidik ini adalah amat penting bagi masyarakat, negara, agama dan bangsa. Dengan mengupas isu ini secara mendalam ianya dapat membuka mata masyarakat supaya lebih menghormati guru dan kerjayanya. Selain itu, guru juga harus sedar bebanan kerja yang mereka pikul itu adalah bagi melahirkan anak bangsa yang berjaya dan bagi menjadikan sistem pedidikan Malaysia bertaraf dunia.
25

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

3.

Guru Mengajar Subjek di Luar Pengkhususan Dalam usaha Malaysia meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan untuk

meningkatkan imejnya untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di Asia Tenggara masih terdapat lagi kekurangan yang perlu diberi perhatian. Antaranya masalahnya adalah terdapat segelintir guru terpaksa mengajar subjek di luar pengkhususan mereka semasa di universiti. Walawpun hanya ia melibatkan sebilangan kecil sahaja guru yang terpaksa mengajar subjek diluar pengkhususan dan hanya berlaku dikawasan luar bandar tetapi ia perlu dianggap serius. Hal ini kerana ia melibatkan kualiti dan mutu pendidikan negara. Tambahan pula ia melibatkan matapelajaran yang kritikal seperti matematik, sains dan bahasa inggeris. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini adalah kerana berlakunya masalah kekurangan guru disekolah tersebut terutamanya guru-guru dalam pengkhususan tertentu. Guru-guru ini terpaksa memikul tanggungjawab sebagai guru ganti walawpun tiada kepakaran dalam bidang tersebut, keadaan ini boleh menambahkan bebanan guru yang sememang sudah mempunyai banyak komitmen dalam bidang pengkhususannya. Keadaan ini boleh mendatangkan stress atau tekanan kepada guru dan mereka tidak dapat merancang strategi pengajaran dan pengajaran mereka dengan baik. Selain itu, keadaan ini boleh mengurangkan kualiti pengajaran dan pembelajaran didalam kelas kerana guru yang mengajar kurang mahir dengan subjek yang diajar. Tambahan pula, jika keadaan ini berterusan ia kadangkala akan memberi kesan yang kurang baik kepada pelajar untuk jangka masa yang panjang kerana ia boleh menyebabkan pelajar keciciran dalam pelajaran mereka. Keadaan ini boleh mengurangkan mutu pendidikan di negara ini jika ia tidak diatasi dengan segera. 4. Masalah Disiplin Pelajar Profesionalisme perguruan pada hari ini semakin mencabar kredibiliti para guru kerana boleh dikatakan setiap hari terpapar di dada akhbar berita mengenai masalah disiplin pelajar. Masalah disiplin yang berlaku sekarang tidak seperti masalah disiplin yang berlaku di era 90-an sebaliknya semakin melampau. Pelajar-pelajar sekarang seolah-olah tidak takut akan kesan dan akibat yang bakal dihadapi sekiranya melakukan masalah disiplin. Hal ini demikian kerana ada sesetengah ibu bapa tidak menyalahkan anak mereka sekiranya anakanak mereka melakukan kesalahan disiplin. Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan
26

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

bandar dan kota . Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial di kalangan pelajar sekolah. Berbagai-bagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita. Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950). Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah, lari dari rumah, seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita. Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai kumpulan samseng seperti kumpulan gengsterisme, membunuh, samun tanpa senjata api mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme penyalahgunaan dadah , minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malah di sekolah luar bandar. Pelajar yang sering melanggar disiplin atau salah laku sekolah digelar pelajar devian.

27

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Aktiviti 7.3 Senaraikan jenis-jenis sekolah yang terdapat di Malaysia i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Menengah Teknik SMK Agama Sekolah Menengah Harian Sekolah Premier Sekolah Seratus Tahun Sekolah Bestari Sekolah Kluster Sekolah Wawasan Sekolah Penyayang Sekolah Model Khas Sekolah Pendidikan Khas

Huraikan sebab mengapa terdapat sekolah yang menjadi pilihan. Sebab-sebab mengapa terdapat sekolah yang menjadi pilihan ibubapa ialah sekolah yang baik mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa. Kepimpinan akan menentukan
28

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

nilai-nilai seperti bekerjasama, kemesraan, keadilan, ketekalan dan saling hormat menghormati. Pemimpin yang berwibawa harus mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat setempat. Ini bagi memudahkan sekolah mendapat bantuan dari komuniti setempat. Selain itu, sekolah yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi turut menjadi penyebab kenapa sekolah tersebut menjadi pilihan. Dengan berlakunya peningkatan dalam bidang akademik,masyarakat beranggapan sekolah tersebut mempunyai guru-guru yang berwibawa serta mempunyai guru yang bersemangat tinggi. Tanpa adanya semangat yang tinggi, sukar bagi sekolah untuk berjaya memperolehi pencapaian terbaik. Kebanyakan sekolah yang menjadi pilihan ini mempunyai kemudahan fizikal yang terbaik. Misalnya sekolah mempunyai bangunan, makmal, pusat sumber, dewan, computer dan bilik yang lengkap. Dengan adanya semua kemudahan, murid akan selesa untuk menerima pembelajaran. Sebab yang seterusnya ialah sekolah tersebut yang menggalakkan dan mengamalkan budaya ilmu.Murid telah mendapat galakan dan sokongan dari pihak sekolah. Di setiap bangunan sekolah mempunyai kata-kata ilmu dan ini akan membuatkan murid secara tidak langsung akan membaca dan melakukan perbuatan berdasarkan kata-kata ilmu tersebut. Sebagai contoh, guru telah menggalakkan muridnya membawa buku di mana-mana sahaja dan ini secara tidak langsung akan membuatkan murid tersebut akan membaca buku yang dibawa itu. Lama-kelamaan murid itu akan terbiasa dengan keadaan itu dan ini akan membawa dorongan kepada murid lain untuk melakukan perkara yang sama. Sebab yang terakhir ialah sekolah tersebut telah mewujudkan iklim sekolah yang baik. Iklim sekolah yang diwujudkan boleh menyebabkan seseorang murid rajin atau malas, bermotivasi atau layu dan berdisiplin atau delinkuen di sekolah. Suasana sekolah tersebut akan mempengaruhi cara seseoarang itu belajar. Sebagai contohnya, jika murid tersebut berkawan dengan murid yang rajin, secara tidak langsung murid tersebut akan menjadi rajin juga dan jika berkawan dengan murid yang sebaliknya, maka murid tersebut akan menjadi sebaliknya.

Aktiviti 7.4 (a) Berikan definisi sekolah dan huraikan kepentingannya kepada masyarakat

29

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Sekolah ialah sebuah tempat untuk mengajar dan belajar, tempat untuk member dan menerima pendidikan formal. Sekolah dianggap sebagai pusat menimba ilmu khusus kepada kanak-kanak bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bagi setiap kategori tersebut dikenali dengan nama-nama yang berlainan. Pra Sekolah bagi kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun. Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah bagi peringkat usia 7 hingga 12 tahun. Sekolah menengah bagi peringkat usia 13 hingga 19 tahun. Manakala Universiti, Koleh, Institut, Maktab dan sebagainya adalah pusat-pusat pengajian tinggi. Namun konsepnya adalah sama, yakni member pendidikan (mengajar dan belajar). Menurut Amir Hasan Dawi, sekolah merupakan institusi sosial formal moden. Sekolah juga sering dirujuk sebagai organisasi formal. Antara perkara-perkara yang menunjukkan formaliti sekolah ialah wujudnya peraturan, prosedur, carta organisasi, deskripsi tugas, memorandum, jawatankuasa, status jawatan, diari dan lain-lain. minit, fail,

Kepentingan sekolah kepada masyarakat ialah i. Sekolah merupakan tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. ii. Memberi peluang kepada murid untuk bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah iii. Membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya. iv. v. Melengkapkan diri setiap murid agar dapat menguasai kemahiran asas 4M. Menerapkan nilai-nilai Islam ke arah pembentukan murid yang berdisiplin, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan kasihkan sekolah, keluarga, masyarakat dan alam semesta. vi. Mempertingkatkan kecemerlangan akademik di semua peringkat. Keutamaan diberi kepada peningkatan prestasi UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan penting yang lain di

30

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

samping melahirkan murid-murid yang berbakat dalam bidang kurikulum dan juga ko-kurikulum. vii. Memupuk kesedaran ibu bapa tentang pentingnya pendidikan dan kesejahteraan masa depan anak-anak mereka.

(b) Senaraikan aspek-aspek keberkesanan sekolah dan huraikan peranan guru di sekolah yang berkesan. Aspek-aspek keberkesanan sekolah a) Kepimpinan Pengetua b) Iklim sekolah i. ii. iii. iv. Perhubungan Interpersonal Pengajaran dan Pembelajaran Kepimpinan Pentadbiran Kemudahan Fizikal

c) Pencapaian Pelajar i. ii. iii. iv. Peningkatan skor ujian Penigkatan dalam kehadiran Pertambahan dalam bilangan tugasan penulisan dan kerja rumah Pertambahan peruntukan masa untuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan lain-lain. v. vi. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum Sokongan yang berkualiti untuk pelajar istimewa

d) Penglibatan ibu bapa

31

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Berikut merupakan peranan guru di sekolah yang berkesan. Menentukan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran dapat difahami dengan jelas Guru efektif ialah guru yang mampu menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan jelas dan saksama berasaskan tahap pencapaian murid. Guru perlu memaklumkan objektif kepada murid- murid sebelum pembelajaran bermula. Ini bertujuan untuk memastikan murid-murid bersedia dengan sesi pembelajaran pada waktu itu dan mengelakan mereka hilang fokus mengenai input yang diberikan oleh guru. Namun begitu, refleksi yang diperolehi tidaklah selalunya positif. Jika terdapat keputusan yang berbeza, guru perlu membuat penambahbaikan untuk memastikan kesilapan dan kelemahan dapat diatasi. Setiap proses bermula dengan objektif untuk menentukan hala tuju sesuatu kumpulan. Oleh sebab itu, guru yang efektif mustilah guru yang dapat menentukan objektif sesuatu P&P. Menyediakan Rancangan Mengajar:

Salah satu tugas wajib seorang guru ialah menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, tidak terkecuali guru berpengalaman, guru cemerlang dan guru pakar. Persediaan mengajar oleh guru akan melibatkan masa yang berbeza mengikut pencapaian murid, kelas, bahan, dan kepandaian seseorang. Berdasarkan RPH yang disediakan, guru dapat mengenal pasti potensi sesetiap murid dan akan menyedikan bahan yang bersesuaian dengan potensi sebenar. Aktiviti mengukuhkan dan menambahbaikan juga dapat dilaksanakan dengan bersistematik. Murid-murid akan mengikuti pengajaran peringkat demi peringkat, langkah demi langkah, fakta demi fakta, yang keseluruhannya secara sistematik dan efektif. Kepelbagaian Kaedah Mengajar:

Guru perlu menjadi seorang yang kreatif. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Kaedah yang digunakan hendaklah sentiasa diperbaiki dan diubahsuai untuk memastikan murid-murid tidak bosan dan sekaligus dapat memberikan ilmu baru kepada mereka. Minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran boleh diasah. Salah satu caranya ialah guru perlu kreatif dalam menyampaikan P&P kepada
32

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

mereka. Mata pelajaran yang dikatakan sebagai killer subject tidak menjadi penghalang untuk murid mendapat keputusan yang cemerlang jika guru dapat mencari satu resepi rahsia yang dapat menarik minat murid-murid. Kajian menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan amat berperanan penting sebagai sumber kefahaman, minat dan komitmen murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini dan menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet, power point, dan video. Namun begitu, guru juga dapat menarik perhatian mereka dengan menggunakan mimik muka, intonasi suara dan gaya tubuh yang berkesan. Ujian dan Penilaian:

Setelah sesi P&P berakhir, guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuan tertentu berasaskan konsep penyoalan. Di antara tujuan penilaian ialah mendapatkan maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian, membayangkan jawapan, dan mengukuhkan pemahaman. Soalan-soalan boleh mendatangkan rangsangan dan motivasi untuk pelajar berfikir secara konstruktif dan inovatif. Soalan dibina dalam bentuk ayat mudah, berstruktur atau terbuka. Prestasi sebenar murid dapat dicungkil sewaktu sesi ujian dan penilaian. Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran:

Guru memang tidak boleh lari dengan suara yang kuat. Tidak dinafikan, setiap guru harus memastikan penyampaian yang diberikan jelas. Penyampaian guru yang jelas dan mudah difahami oleh murid akan menjadikan mereka lebih beminat dan mengikuti pembelajaran sehingga tamat. Kepelbagaian dalam gaya penyampaian dan bahasa yang mudah difahami serta formula yang tahu aplikasi akan menjadikan pembelajaran murid bertambah komited dan efektif. Guru seharusnya berkebolehan dalam menerangkan secara jelas mengenai sesuatu konsep abstrak dan konkrit.

33

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Aktiviti 8.1 (A) Terdapat pelbagai surat pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkaitan dengan masalah disiplin pelajar. Senaraikan surat-surat pekeliling berkenaan.

IKTISAS 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1975 Disiplin - Murid-murid Menghisap Rokok (05/09/1975) 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6A/1975 Salahguna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar (05/09/1975) 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1979 Laporan Murid-murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan (26/03/1979) 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (07/11/1983) 5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1993 Lapor Kepada Polis Salahlaku Yang Berbentuk Jenayah (15/02/1993) 6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995 MENANGANI MASALAH PONTENG DI SEKOLAH (05/09/1995) 7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996 Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Di Sekolah (03/09/1996) 8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997 Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok (22/05/1997)
34

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gengster (14/03/2000) 10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2000 Membanteras Jenayah Di Kalangan Murid Sekolah (05/07/2000) 11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah (19/07/2001) 12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif (23/07/2001) 13. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah (25/03/2009) 14. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2010 Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid di Sekolah (29/07/2010) 15. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2010 Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah (08/02/2010) 16. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2011 Pelaksanaan Standart Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan Dan Menangani Isu Disiplin Murid (28/06/2011)

PENTADBIRAN 17. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah (11/10/1995) 18. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998 Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah (06/08/1998)

Aktiviti 8.2 Terdapat kumpulan-kumpulan yang berinteraksi antara satu sama lain. Setiap kumpulan mempunyai ciri-ciri yang mempunyai perbezaan dengan kumpulan lain. Perbezaan dan persamaan antara kumpulan dengan kumpulan lain. Perbezaan dan
35

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

persamaan antara kumpulan membolehkan interaksi sosial berlaku dengan dinamik. Huraikan ciri-ciri perbezaan antara kumpulan-kumpulan sosial berikut : a) Kumpulan Etnik Istilah etnik datang daripada bahasa Yunani iaitu Etnos yang membawa maksud orang. Satu kumpulan etnik di tafsirkan secara sosial berdasarkan ciri-ciri budayanya. Kemudian ia mempunyai sifat etnisiti yang mempunyai sikap kekitaan yang kuat dimana masyarakatnya di satukan dengan satu ikatan sejarah, sikap, nilai dan tingkah laku yang sama. Setiap satu etnik dapat dibezakan dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga atau latar belakang susul galur nenek moyang , pakaian, bahasa tradisi, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, struktur adat istiadat dan hiburan. Contoh kumpulan etnik yang terdapat di Malaysia adalah Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Melanau dan Iban. Pada dasarnya setiap kumpulan etnik ini bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri dan amalan budaya mereka sebagai wajar, betul dan lebih utama berbanding etnik yang lain. Kadangkala mereka akan memandang budaya etnik lain sebagai bernilai rendah, tidak penting, ganjil dan tidak bermoral. Namun begitu, kumpulan kumpulan ini di satukan dibawah sistem politik yang sama dimana penerapan budaya hormatmenghormati dan perpaduan telah berjaya menghapuskan sikap mementingkan kaum sendiri dan menghina kumpulan etnik yang lain. Kumpulan-kumpulan etnik juga boleh di bezakan melalui ciri ciri rasnya iaitu ciri ciri fizikal dalam kelompok manusia. Ciri ciri paling ketara bagi membezakan sesuatu kumpulan etnik itu adalah warna kulit. Seperti contoh orang Melayu mempunyai kulit sawo matang manakala orang Cina mempunyai kulit yang cerah. Etnik, menurut kamus dewan boleh ditafsirkan sebagai bangsa manusia dimana ia tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau unsur sesuatu kaum itu. Kebiasaannya ia bermula daripada konsep keturunan dan turun temurun dari nenek moyang mereka. Pengkelasan etnik boleh dilakukan melalui perbezaan budaya. Budaya boleh di lihat melalui aktiviti yang terdapat dipersekitarannya seperti kesenian, barang, makanan, tarian dan sebagainya. Dua kategori besar budaya dikelaskan kepada budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Jika dilihat daripada budaya kebendaan, orang Melayu mempunyai bentuk rumah yang berbeza daripada orang Iban di Sarawak. Melalui kebudayaan bukan kebendaan pula boleh dilihat dari segi kepercayaan dan undang undang. Contoh paling ketara ialah
36

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

adat perkahwinan dalam masyarakat India iaitu hantaran atau dowri akan dihantar oleh pihak perempuan manakala bagi masyarakat Melayu, hantaran akan di hantar oleh pihak lelaki. Selain itu kumpulan etnik boleh dikelaskan mengikut demografinya iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contoh di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kumpulan yang berbeza. Kaum Bajau lebih banyak tinggal di bahagian pantai barat Sabah manakala kaum Murut banyak didapati dikawasan pedalaman dan tenggara Sabah. b) Kumpulan Gender Kumpulan ini menjelaskan mengenai perbezaan antara lelaki dan perempuan didalam isi rumah yang sama dan di antara budaya di mana dari segi sosial dan budayanya dibentuk mengikut perubahan masa. Perbezaan yang ketara itu akan memberi impak yang besar dalam memainkan peranan, tanggungjawab, jangkaan dan hak kesamaan terutamanya terhadap sumber, peluang kekayaan dan persepsi yang dipegang oleh lelaki dan wanita. Gender bukanlah merupakan sesuatu yang sinonim pada wanita walhal ianya merupakan satu pertimbangan yang digunakan dan saling bergantung antara lelaki dan perempuan. Walau bagaimanapun, gender sering dikelirukan dengan jantina. Jantina adalah perbezaan antara wanita dan lelaki dari segi biologi dan struktur autonominya iaitu organ luaran, organ dalaman dan perkembangan sekunder wanita sewaktu baligh. Manakala gender merujuk kepada peranan dan jangkaan yang selalu dikaitkan sebagai punca utama perbalahan wanita dalam kesamaan hak dan status dalam kehidupan. Antara isu lain yang sering ditimbulkan adalah taraf hidup, keluarga, status ekonomi dan kesihatan. Ciri-ciri gender terbentuk secara sosial yang mengaitkan cara hidup dan tingkah laku lelaki dan perempuan dalam erti yang lebih khusus. Lakaran simbol budaya, konsep normatif, struktur institusi dan imej dalaman dirujuk dalam proses pembinaan peranan sifat kelakian dan kewanitaan seseorang itu. Jangkaan dalam fungsi perbezaan gender boleh membezakan keperluan semasa penekanan kuasa dalam perhubungan dan ianya boleh berubah dari masa ke semasa dan selalunya berdasarkan perbezaan sosial dan budaya. c) Kumpulan Budaya Secara amnya, budaya atau dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai culture membawa maksud cara hidup manusia. Ia termasuk perkembangan dari segi sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam kelompoknya. Ianya terserlah apabila perkataan budaya itu berasal daripada perkataan budi dan daya iaitu budi mewakili aspek dan nilai seseorang (aspek dalaman) manakala daya merupakan usaha dan hasil dari usaha seseorang (aspek luaran) Ciri ciri utama budaya adalah :37

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

1.

Budaya merupakan perkongsian suatu masyarakat

Persamaan norma, nilai dan cara adalah yang paling sesuai bagi menerangkan tentang perkongsian hidup dalam masyarakat. Norma sesebuah masyarakat boleh diukur melalui peraturan sosialnya seperti contoh, penentuan satu tingkah laku itu diterima atau tidak dalam sesuatu situasi sama ada secara formal atau tidak formal. Budaya juga mempunyai nilai yang berbeza beza dalam membuat andaian dan sebagai kayu ukur penilaian bagi satu bahan, maklumat dan situasi. Dalam hal pengawalan juga berbeza terutamanya dalam aspek ganjaran dan hukuman sesuatu kesalahan. 2. Budaya tidak dapat dipisahkan dengan bahasa. Bahasa boleh digunakan untuk mengenal pasti mahupun membezakan budaya sesebuah masyarakat itu. Ini adalah kerana setiap kelompok masyarakat yang sama mempunyai pemahaman dan penggunaan bahasa yang sama. Ada juga setengahnya terletak di kawasan yang sama atau berhampiran antara satu sama lain. Seperti contoh, dalam budaya Melayu banyak perkataan seperti kepit, bimbit gelas menunjukkan orang Melayu banyak menggunakan tenaga. 3. Budaya diperolehi daripada proses pembelajaran. Budaya dipelajari melalui penurunan ilmu oleh nenek moyang secara turun temurun. Ia juga sudah menjadi sebahagian dari tatacara hidup mahupun tingkah laku yang perlu dilakukan oleh individu yang menjadi sebahagian daripada kelompok masyarakat itu. Seperti contoh, orang Melayu hendaklah menundukkan badan ketika berjalan di hadapan orang tua. Ilmu dan kebiasaan ini diajar melalui pendidikan tidak formal oleh ibu bapa atau nenek semenjak dari kecil lagi. d) Kumpulan Sosioekonomi Kumpulan ini mempunyai hubung kait antara aktiviti ekonomi dan sosial mereka. Teori-teori dan kaedah kaedah sosiologi, ekonomi, sejarah dan psikologi banyak digunakan di dalam kumpulan ini yang selalunya fokus pada kesan sosial pada perubahan ekonomi. kesan-kesan sosioekonomi termasuk teknologi baru, perubahan undang-undang, perubahan persekitaran dan perubahan ekologi. Ini telah menyebabkan pengaruh perubahan pada corak penggunaan, pembahagian pendapatan dan kekayaan, sosial dan kualiti hidup. Aspek-aspek status ekonomi yang berkaitan dengan sekolah dan masyarakat terutamanya dari segi penilaian terhadap pelajar-pelajar adalah keadaan sosioekonomi ibu bapa mereka termasuklah taraf pendidikan, pendapatan, pekerjaan dan sikap mereka. Faktor sosioekonomi boleh mempengaruhi mehupun menjejaskan pertumbuhan
38

pelajar

walaupun

sebenarnya

pertumbuhan itu disebabkan oleh faktor baka dan keturunan. Namun begitu, jika kumpulan

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

pelajar itu mempunyai taraf sosioekonomi yang rendah, mereka seperti tidak mendapat cukup zat pemakanan kerana keluarga hanya dapat memenuhi sedikit sahaja atau tidak langsung dapat dipenuhi sebagaimana yang diperlukan oleh seorang pelajar itu berbanding kumpulan pelajar dari keluarga bertaraf sosioekonominya tinggi. Jika zat makanan tidak dapat dipenuhi ia akan mengganggu tahap tumpuan dan perkembangan kognitif seseorang pelajar itu. Pengaruh persekitaran akibat dari kemampuan ibu bapa pelajar yang rendah, dapat mempengaruhi cara hidup, daya kemampuan dan tahap pemahaman pelajar. Ia memberi pengaruh negatif kerana selalunya mereka berhadapan dengan konflik keluarga, pendekatan autoritarian dalam pendidikan anak-anak berbanding kumpulan pelajar sejak lahir telah hidup dalam kualiti persekitaran yang positif. Mereka lebih berdaya maju, bersikap optimistik dan positif. Aktiviti 8.5 Berikan contoh-contoh devian yang berpunca daripada Anomie, Asosiasi, dan Label. Anomie Teori Anomie menyatakan devian berpunca daripada kekecewaan seseorang mencapai hasrat mereka. Apabila anomie berlaku, tindakan devian akan menjadi salah satu pilihan untuk dilakukan dan juga merupakan suatu cara menghadapi kekecewaan. Sebagai contoh, seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu mengambil tindakan melakukan alternatif lain. Seorang pelajar selalu menghadapi masalah dalam pembelajaran dan tidak mendapat target yang diimpikan. Pelajar ini sudah kecewa dalam pelajarannya dan mengambil tindakan untuk melakukan aktivi ponteng sekolah. Asosiasi Teori asiosasi menyatakan seseorang belajar devian dengan mengasiosasikan dirinya kepada pelaku devian. Mereka yang selalu berada dalam lingkungan pelaku-pelaku yang kerap melanggar norma masyarakat dan berpotensi menjadi devian. Sebagai contoh, seorang pelajar yang dahulunya merupakan pelajar cemerlang di sekolah rendahnya.Ketika berada di sekolah menengah, dia mempunyai masalah keluarga dan kecewa dengan sikap keluarganya.Di sekolah, dia telah bergaul dengan kelompok pelajar yang bermasalah dan telah mempengaruhi dirinya untuk berada dalam kelompok itu. Label

39

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Teori Label menyatakan seseorang itu menjadi devian apabila terdapat mereka yang berkuasa menggelarkan beliau dengan panggilan-panggilan yang dikategorikan sebagai devian. Dan kebiasaanya, beliau akan menerima panggilan yang dilabelkan dan menjadi devian. Sebagai contoh, guru-guru melabelkan pelajar tertentu yang mempunyai masalah disiplin seperti samseng, pemalas dan sebagainya. Lama kelamaan, pelajar tersebut menerima panggilan yang dilabelkan oleh guru tersebut dan menjadikannya devein.

Aktiviti 8.7 (B) Huraikan bagaimana masalah disiplin boleh berpunca daripada pihak sekolah. JIKA selama ini masyarakat didedahkan bahawa punca masalah disiplin pelajar adalah daripada aktiviti tidak sihat pelajar di luar sekolah tetapi baru-baru ini kajian mendapati, sekolah merupakan salah satu faktor penyebab masalah disiplin tersebut. Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pelajar Sarjana Kepengetuaan Kohort Lima Institut Pengajian Kepengetuaan Universiti Malaya (UM), yang kebanyakannya merupakan pengetua sekolah di negara ini. Menurut kajian tersebut yang dibentangkan oleh Rusli Wahab dan Mohd. Hassany Hashim, guru dan cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan salah satu penyebab masalah disiplin dalam kalangan pelajar. ``Dalam kajian mendapati guru-guru kurang menggunakan psikologi dan tidak memahami keperluan pelajar, malah contoh dan teladan guru mempengaruhi disiplin selain guru mengajar secara monopoli di samping tahap kesabaran mereka yang rendah,'' katanya. Pihak pengurusan sekolah juga tidak memberi peluang kepada pelajar yang melakukan salah laku untuk membela diri atau memberi penjelasan. Tindakan pihak pengurusan sekolah adalah sebab masalah disiplin berlaku ditambah dengan program bimbingan dan kaunseling yang tidak berkesan. ``Ini merupakan faktor-faktor yang penyebab dalam kajian yang melibatkan 320 pelajar dari 16 sekolah di seluruh negara kecuali Perlis, Sabah dan Sarawak,'' ujarnya. Hasil kajian itu dibentangkan semasa Seminar Kepengetuaan Kebangsaan ke-4 di Kuala Lumpur, Disiplin

40

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Persepsi pelajar terhadap faktor pengurusan sekolah yang menyebabkan masalah disiplin juga melibatkan masalah buku panduan disiplin yang tidak jelas, kebajikan murid diabaikan, tindakan disiplin yang tidak adil dan tidak mengikut prosedur. Malah ada pelajar berpendapat masalah disiplin juga berlaku kerana penempatan pelajar berdasarkan pencapaian akademik. Turut disenaraikan sebagai punca masalah disiplin ialah faktor budaya dan iklim sekolah seperti kurangnya semangat kerjasama antara pelajar, hubungan yang tidak mesra antara guru dengan pelajar dan rasa tidak selamat pelajar ketika belajar di sekolah. Kajian juga mendapati, rata-rata pelajar lelaki adalah `penyokong' kuat yang menegaskan bahawa faktor tersebut memberi kesan terhadap masalah disiplin pelajar. ``Bagaimanapun perlu ditegaskan bahawa walau sekolah menyumbang kepada masalah disiplin pelajar tetapi ia tidak kuat berbanding faktor luar sekolah,'' katanya. Aktiviti 8.8 Johnson dan Morrow(1981) membahagikan amalan disiplin bilik darjah kepada jenisjenis berikut:a) Disiplin arahan guru b) Disiplin arahan kerja c) Disiplin arahan kumpulan d) Disiplin arahan kendiri atau diri Beri penjelasan mengenai jenis-jenis disiplin di atas.

Disiplin merupakan satu bentuk kawalan sosial untuk mewujudkan suasana yang tenteram dan teratur sama ada dalam masyarakat ataupun sekolah.Dengan segala aktiviti harian.(Ang Jit Eng,2007) Disiplin adalah satu keperluan kepada pelajar supaya dapat berfungsi dengan baik(Charles H.Madsen & Clifford K.Madsen,1970).Jika dilihat dari konteks sekolah,disiplin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar pelajar dengan tujuan untuk mengawal tingkahlaku mereka melalui hukuman atau ganjaran.
41

adanya

disiplin,masyarakat dapat hidup dalam suasana aman,tenteram,harmoni dan melancarkan

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Terdapat empat jenis disiplin yang utama:Jenis-jenis Disiplin 1. Arahan Guru Penjelasan Tentang Disiplin a) Satu cara dan tugas guru menentukan arahan dan peraturan,mengawal pelajar mematuhinya. a) Tindakan akan diambil kepada pelajar yang yang melanggar ditetapkan. b) Sebagai pengurus bilik dalam darjah,guru merancang, bertanggungjawab sebarang peraturan yang telah dan memastikan setiap

mengelola ,mengarah dan mengawal hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar. c) Guru mungkin bersikap autokratik dalam dalam hal mengawal disiplin pelajar ,namun perlu membuat pertimbangan sebaik mungkin berkaitan disiplin supaya tidak menjejaskan hubungan antara guru dan pelajar. d) Motivasi kendiri berkaitan disiplin sangat perlu digalakkan.(Shahabudin 2. Arahan Kerja Hashim,Rozihani Yaakub,Mohd Zohir ahmad,2007) a) Wujud apabila sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru kepada pelajar dan perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. b) Dibentuk berdasarkan kesedaran keperluan dan tanggungjawab dan mempunyai kebaikan kepada para pelajar yang mematuhi arahan dan dapat menyiapkan tugasan mengikut jadual yang telah ditetapkan c) Mempunyai ciri motivasi yang positif kerana menggalakkan 3) Arahan Kumpulan para pelajar menyelesaikan tugasan demi kebaikan dan kepentingan sendiri. a) Merujuk kepada kepada disiplin yang dihasilkan daripada kawalan rakan-rakan dalam kumpulan yang sedia ada atau kumpulan yang dibentuk
42

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. b) Biasanya berasaskan kepada nilai ,kepercayaan dan dapat norma yang sama nilai antara ahli akan kumpulan.Mana-mana ahli kumpulan yang tidak mematuhi kumpulan disingkirkan. c) Kumpulan sebegini boleh digunakan oleh guru untuk membantunya mengawal disiplin bilik darjah.Ketua kumpulan yang dilantik berperanan dalam mengawal disiplin kerja ahli kumpulannya yang 4) Arahan /Diri Kendiri lain.(Shahabudin Hashim,Rozihani Yaakub,Mohd Zohir Ahmad,2007) a) Berlaku apabila para pelajar dapat mematuhi peraturan secara sukarela. Diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peraturan-peraturan sekolah adalah untuk kebaikan pelajar sendiri. b) Wujud secara tidak sedar apabila pelajar telah mencapai tahap kematangan iaitu boleh berfikir secara rasional. c) Dapat dibentuk oleh guru melalui latihan dan bimbingan seperti menerangkan kebaikan mematuhi peraturan yang ditetapkan,menerapkan nilai-nilai murni seperti adil,hormat-menghormati, bertimbangrasa,toleransi dalam sebarang aktiviti sama ada aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti kokurikulum.

Aktiviti 8.9 Kementerian pelajaran Malaysia mengkategorikan kesalahan displin kepada tiga bahagian iaitu kesalahan kecil, kesalahan sederhana dan kesalahan berat. Beri penjelasan setiap jenis kesalahan beserta contoh-contohnya. Bagaimanakah anda menangani setiap jenis kesalahan?
43

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Jenis kesalahan

Ciri-ciri dan contoh kesalahan Berpunca dari :1. Keinginan diri sendiri (termasuk faktor ketahanan dan daya uji diri sendiri) 2. Hubungan keluarga yang kurang baik : Perlakuan biasanya dilakukan secara sengaja tanda protes terhadap ibu bapa, ahli keluarga, guru atau pihak

Cara-cara mengatasi Pencegahan : Bina hubungan pelajar dengan pelajar.

Memahami

mengapa

perkara tersebut tidak boleh dilakukan


Hayati disiplin Penerapan integriti Pembudayaan ; mencipta satu budaya yang menyeronokkan maka mengelakkan dari kesalahan seterusnya menumpukan perhatian perkara penting. terhadap yang lebih dapat pelajar kecil melakukan

Kesalahan kecil

sekolah. 3. Pergaulan sesama rakan sebaya : remaja pada peringkat ini mengalami proses mengenali rakan sejenis mahupun berlainan jantina. Kebanyakan masa mereka dihabiskan bersama-sama rakan membincangkan isu kehidupan mereka. 4. Sikap guru pelajar rasa tersisih dengan sikap guru yang pilih kasih atau menyinggung perasaan mereka. 5. Persekitaran sekolah yang menarik dan membosankan tidak pelajar

membuatkan mereka ingin mencuba sesuatu yang baru. Ia melibatkan pelanggaran peraturan Pemulihan :yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Contoh tindakan yang boleh sekolah :1. Menceroboh kawasan dilaksanakan sambil melihat larangan contoh dari MRSM persekolahan

seperti kawasan asrama perempuan bagi Pendang :pelajar lelaki begitu juga sebaliknya. pentadbiran semasa waktu larangan. 3.
44

1. Digantung atau

2. Menceroboh kawasan akademik atau selama tidak lebih dari 7 hari, Merosakkan atau menyalahgunakan 2. Dikenakan tahanan terhad

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

Kesalahan sederhana

kemudahan dan harta benda sekolah 4.

selama 4 minggu iaitu tidak meninggalkan boleh menyertai

Biadap dan berkelakuan tidak sopan dibenarkan

terhadap guru, kakitangan atau tetamu kawasan sekolah. yang boleh menjejaskan nama baik 3. Tidak sekolah, guru atau pelajar sendiri. mana mana aktiviti luar

5. Ingkar arahan guru atau pihak lain sekolah malah, yang menjalankan tanggungjawab atau 4.Tidak dibenarkan bermalam tugas mereka. di rumah kecuali kecemasan. Kesalahan ini jatuh dalam kategori kes Penguatkuasaan peraturan secara amnya dianggap kesalahan besar oleh Pengetua, guru disiplin, dan ada diantaranya yang jatuh dalam guru kategori kes jenayah. bimbingan kauseling, guru dan pengawas sekolah. menghentikan

Contoh kesalahan yang dikategorikan Cadangan dalam kesalahan berat adalah ;tersebut;

pengajian pelajar dari sekolah

1. Menyimpan, memiliki, mengguna, 1. Digantung sekolah selama mengedar atau membekal sebarang jenis 2minggu bahan berkaitan tembakau. menunggu sementara keputusan

2. Menyimpan, memiliki, mengguna, Ditamatkan Pengajian oleh mengedar atau membekal sebarang jenis oihak pentadbir sekolah. bahan berkaitan jenis minuman keras 2. (alkohol) mengedar atau membekal Jika hukuman itu ditolak, pengajian dan pelajar hendaklah dipanggil sebarang hukuman dianggap terlaksana.

3. Menyimpan, memiliki, mengguna, meneruskan senjata pisau atau alatan yang boleh persekolahan membahayakan. 4. Menyimpan, memiliki, mengguna, mengedar atau membekal sebarang

gantung hendaklah

Digantung persekolahan selama 1 atau 2 minggu Rotan secara tertutup dengan hukuman dalam maksimum 2 kali

bahan lucah, ganas atau tidak bermoral. 5. Menyiar, mencetak, membuka laman web serta menyebar maklumat yang mengandungi bahan lucah, ganas dan tidak bermoral.
45

Tahanan

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

6. haram Kesalahan berat

Bekerjasama dalam pertubuhan ugut menggunakan

sekolah/asrama selama 6 minggu dengan aktiviti menjalankan berikut ; 1. Tidak dibenarkan keluar 2. Tidak dibenarkan balik ke bermalam (kecuali dibenarkan kecemasan) 3.Tidak

7. Memeras pihak lain.

ancaman atau tekanan keselamatan dari

8. Berjudi dan terlibat dalam kegiatan dari kawasan sekolah perjudian loteri atau pertaruhan wang. keadaan bercumbu cumbuan, 9. Berkhalwat atau berpasangan dalam rumah sumbang atau mencurigakan

10. Memecah atau menceroboh masuk mengikuti, turut serta, atau sesuatu premis serta mencuri harta mewakili sekolah dalam apa benda/wang/maklumat/dokumen. harta jua aktiviti oleh pihak 11. Mencuri atau mengambil mencuri sekolah. benda/wang/maklumat/dokumen 4. Mesti melaporkan diri di Pondok Pengawal yang ada di dokumen dan luar sekolah. melebihi RM50.00. 12. Memalsukan maklumat. 13. Melakukan apa jua aktiviti yang Pelajar boleh diarahkan untuk boleh ditafsirkan sebagai perlakuan menjalankan gangguan seks (sexual harrasment). 14. Melakukan kesalahan sederhana sebanyak 2 kali atau lebih.

kerja-kerja

community service; 4 jam sehari selama 2 hari atau

berturut-turut 2 jam pada secara

pada hujung minggu hujung minggu. Dilakukan Guru/kakitangan hendaklah

individu / kumpulan

menyelia bakti mencuci

pelajar tersebut Kerja-kerja termasuk


46

KPS 4043 MASYARAKAT

SEKOLAH DAN

longkang, membersih bilik tandas, sampah. RUJUKAN Abdul Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun. www.wikipedia.org.com Abu Bakar Nordin & Ikhsan Otman. (2008).Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum (Edisi Kedua).Tanjong Malim : Quantum Books. Amir Hasan Dawi. (2009).Sekolah Dan Masyarakat Tanjong Malim : Quantum Books. http://www.moe.gov.my Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok , rujukan KP(BS)8591/Jld. XIV / (16)Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000: KP(BS)8591/Jld. XVI (6)Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001: KP(BS)8591/Jld.VI / (9)Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997: KP(BS)8591/Jld.VII / (75)Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998: Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah, rujukan Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gengster,Rujukan Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah, rujukan Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah, RujukanKP(BS)8591/Jld. XVII(8) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995: air, mencuci mencabut

rumput dan menyapu

47