Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN HARIAN 4 Kemajuan yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada perjuangan dan pergorbanan anak

watan menentang penaklukan penjajah suatu masa dahulu. Oleh itu, beberapa nilai harus disematoleh rakyat bagi memastikan kemajuan yang dinikmati ini terus dikecapi.Rakyat perlu ada nilai sanggup berkorban untuk negara , iaitu sikap kerelaan melakukanatau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa agar dapat mengekalkan sesuatu yang kita miliki.Sebagai contoh, walaupun kemerdekaan sudah dicapai , pasukan keselamatan negara sanggupmenggadai nyawa bagi mempertahankan negara daripada ditawan musuh yang pada ketika ituialah pengganas komunis. Selain itu, nilai sanggup berkorban untuk negara juga membawa tanda kebaktian untuk Negara agar rakyat dapat menjamin kemerdekaan negara yang amatdihargai dan dicantai. Sebagai contoh, rakyat Malaysia amat bersyukur untuk mendiami sebuahnegara yang merdeka yang telah membawa simbol kemakmuran serta kemaruahan sejak 1957. Nilai cinta akan negara adalah salah satu nilai yang juga boleh menjamin kemajuan negara.Rakyat haruslah mempunyai perasaan sayang dan bangga kepada negara kerana rakyat bersyukur untuk mendiami sebuah negara yang tidak berada dalam peperangan seperti negaraAfghanistan pada masa kini. Sebagai contoh, rakyat telah bersyukur kerana merekamengamalkan perpaduan kaum serta sikap tidak menilai bangsa untuk mewujudkan negara yang berbangsa, satu misi yang hampir tidak dapat diekori oleh negara-negara lain. Di samping itu,rakyat juga dapat meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri . Contohnya,rakyat telah mengutamakan aspek pembangunan negara lebih daripada perkembangan dirisendiri.Rakyat juga haruslah mempunyai nilai taat setia kepada raja dan negara, iaitu kepatuhanyang berkekalan kepada raja dan negara kerana rajalah yang telah bertungkus lumus untuk memelihara kemajuan negara yang masih dijaminkan. Sebagai contoh, rakyat memberikandorongan serta sokongan penuh terhadap raja dan juga negaranya. Nilai taat setia kepada raja dannegara juga mendidik rakyat agar sentiasa mengamalkan kesetiaan yang berkekalan kepadaraja dan negara . Seperti contoh, rakyat sentiasa mengingati jasa-jasa yang telah dikorbankanoleh raja serta negara yang mereka cintai.

Anda mungkin juga menyukai