Anda di halaman 1dari 10

KOD & NAMA KURSUS : BML 3083 / SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

SOALAN TUGASAN 1 A
KUMPULAN: UPSI05(A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

ROSMAN BIN TAHIR

D20102043006

010-3916251

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ADNAN BIN AYOB TARIKH SERAH: 28.04.1212

ISI KANDUNGAN

1. 2. 3. 4.

PENGENALAN DEFINISI METAFORA PENJENISAN METAFORA RUJUKAN

Metafora merupakan dasar mutlak dari pikiran manusia yang terungkap dalam berbahasa. Lakoof dan Johnson (1980:3) menyatakan bahwa metafora3 meresap di dalam kehidupan sehari-hari manusia, tidak hanya di dalam bahasa, tetapi juga dalam pikiran dan tingkah laku; pikiran manusia tidak hanya berisi un sur intelegensi, tetapi juga berfungsi mengatur hidup manusia sampai ke hal yang sekecil-kecilnya. it should be understood that metaphor means metaphorical concept (Lakoff, 1980: 6).

Zaba mentakrifkan metafora Melayu sebagai peribahasa yang menyebutkan sesuatu maksud dengan diumpamakan atau dikiaskan kepada sesuatu perkara lain dan oleh kerana itu jadi ertinya dua lapis (Zaba 1934/2002: 170). Takrif ini samalah dengan takrif Aristotle. Ungkapan jadi ertinya dua lapis bererti lapis pertama ialah lapis luarannya yang membawa makna harfiah, dan lapis kedua ialah lapis dalamannya yang membawa makna metafora. Zaba memberikan dua contoh di mana yang pertama agak kompleks dan yang kedua agak mudah.Contoh yang pertama adalah bagai tikus jatuh ke beras. Makna luarannya (makna lapis pertama) ialah yang sepanjang yang nampak zahir daripada perkataannya itu sahaja iaitu sama seperti tikus yang jatuh ke atas longgok beras; tetapi ertinya yang sebelah dalam (iaitu makna yang sebenar) ialah apabila sudah ke situ diam sahaja, tiada berbunyi atau tiada pergi ke mana-mana lagi kerana sudah terjumpa benda yang memang kesukaan hatinya (Zaba 1934/2002: 190). Menurut John Lakoff dan Mark Johnson ( 1987 ), umumnya metafora dilihat sebagai satu alat yang menggambarkan imaginasi puitis. Kaya dengan aspek retorikal dan biasanya juga dianggap sebagai suatu bentuk bahasa yang luar biasa. Metafora biasanya dilihat sebagai karakteristik bahasa sahaja iaitu sebagai suatu perkataan dan bukannya sebagai alat pemikiran atau perbuatan.Kajian Lakoff dan Johnson (1980) memberikan impak yang besar terhadap kajian semantik kognitif khususnya metafora. Lakoff dan Johnson (1980) menegaskan bahawa metafora wujud dalam kehidupan seharian manusia melalui bahasa, pemikiran dan tindakan manusia.Jelas mereka, penggunaan metafora didasari oleh skema imej.

Lakoff & Jonhson membahagikan metafora mengikut aspek semantik kognitif seperti berikut : * Kesistematisan konsep metafora. * Kesistematisan metafora dalam menonjolkan atau * menyembunyikan sesuatu aspek. * Metafora berorientasi. * Asas pengalaman dalam metafora. * Metafora dan koherensi kebudayaan. * Metafora ontologikal. * Metonomi dan personifikasi

Kesistematisan konsep metafora. Menurut Lakoff & Johnson, metafora melambangkan maksud yang berlainan daripada ekspresi yang diujarkan. Ekspresi-ekspresi metafora dalam kehidupan seharian adalah bergantung kepada konsep metafora secara sistematik di mana melaluinya kita boleh mengkaji salasilah dan perkaitan metafora dalam aktiviti kehidupan kita sehari-hari.Memandangkan ekspresi-ekspresi yang kita gunakan dalam bahasa sehari-hari adalah berkait rapat dengan konsep metafora dalam bentuk yang sistematik, maka kita boleh mengaplikasikannya bagi mengkaji sifat semulajadi konsep metafora di samping memperolehi pemahaman yang mendalam tentang sifat metafora dalam aktiviti-aktiviti seharian kita. Keadaan bagaimana ekspresi-ekspresi metafora dalam bahasa seharian kita boleh menghuraikan sesuatu konsep dan sifat semulajadi metafora dapat

dilihat melalui setiap satu peribahasa yang telah dipilih sebagai data dalam kajian ini. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang dimaksudkan oleh pengkaji tersebut, kita dapat melihatnya daripada huraian yang dilakukan terhadap data-data peribahasa Melayu yang berikut: Harapkan pagar, pagar makan padi. Maksudnya: Orang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu, dia pula yang mengkhianati kita . Metafora bagi pagar yang cuba betapa tidak amanah dan bertanggungjawabnya sesetengah golongan dalam masyarakat kita yang sanggup mengkhianati harapan yang diletakkan oleh seseorang ke atas diri mereka. Individu atau golongan ini bersikap mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan kemaslahatan orang lain. Pandangan mata mereka dikaburi oleh sifat tamak dan haloba, kerakusan pada pangkat dan kuasa serta nafsu yang tidak mempunyai batasan.Selain itu, sifat kurang berwaspada masyarakat Melayu juga turut tertonjol di mana mereka cepat mempercayai seseorang tanpa menyelidik latar belakang dan muslihat orang itu. Senario ini dapat dilihat dengan lebih ketara pada zaman ini di mana terdapat para suami yang menggantung isteri mereka tanpa tali serta mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anakanak dan sebagainya. Metafora berorientasi Metafora berorientasi ianya berkaitan dengan orientasi ruang seperti: ATAS BAWAH, DALAM LUAR, DEPAN BELAKANG, BUKA TUTUP, TENGAH SISI dan lainlain.Metafora berorientasi adalah bersifat tidak arbitrari. Keadaan ini adalah kerana metafora berorientasi mempunyai asas yang kukuh dalam aspek fizikal, personal dan pengalaman serta kebudayaan kita. Menurut Lakoff & Johnson, William Nagy (1974)telah mengkaji beberapa aspek metafora secara khusus menerusi orientasi ruang iaitu:ATAS BAWAH. Bagi tujuan kajian ini, penulis akan mengaplikasikan beberapa orientasi ruang yang berbeza sifat lawannya ke dalam setiap satu peribahasa yang dijadikan sebagai data kajian di samping menghuraikan konsep metafora yang berkaitan dengan aspek fizikal, personal, pengalaman dan kebudayaan dalam perbincangan ini dan seterusnya. Harapkan pagar, pagar makan padi.

HARAPAN adalah ATAS ; KEKECEWAAN adalah BAWAH. Asas Personal:Harapan direpresentasikan sebagai atas kerana dalam masyarakat kita harapan seringkali ditempatkan pada tahap yang tinggi manakala kekecewaan biasanya cuba dielakkan kerana ianya akan mengganggu kestabilan emosi yang boleh meletakkan seseorang di tahap yang rendah atau bawah. Melalui peribahasa tersebut, masyarakat Melayu tradisi meletakkan harapan yang tinggi kepada pagar untuk menjaga padi tetapi malangnya pagar telah memakan padi sekaligus mengecewakan harapan mereka. HARAPAN ----------------------------------------------- ATAS Hubungan Vertikal KEKECEWAAN ----------------------------------------------- BAWAH menunjukkan hubungan vertikal dan saling berkaitan di antara aspek metafora harapan dan kekecewaan yang diaplikasikan ke dalam peribahasa harapkan pagar, pagar makan padi di mana ianya dikaitkan dengan orientasi ruang iaitu atas dan bawah Metafora berorientasi adalah bersifat tidak arbitrari. Keadaan ini adalah kerana metafora berorientasi mempunyai asas yang kukuh dalam aspek fizikal, personal dan pengalaman serta kebudayaan kita.Menurut Lakoff & Johnson, William Nagy (1974) telah mengkaji beberapa aspek metafora secara khusus menerusi orientasi ruang iaitu: ATAS BAWAH. Asas pengalaman dalam metafora Salah satu cara untuk menonjolkan pengasingan metafora daripada asas pengalamannya adalah dengan membina suatu diagram yang menunjukkan hubungan yang kompleks di antara kedua duanya.Representasi sedemikian akan menonjolkan bahawa kedua-dua bahagian daripada setiap satu metafora adalah bertalian antara satu sama lain hanya melalui asas pengalaman.Peranan yang dimainkan oleh asas pengalaman adalah penting dalam proses untuk memahami metafora yang tidak dapat disatukan kerana setiap satunya mempunyai pengalaman yang berbeza-beza.

Selain itu, penggunaan perkataan adalah seperti kebahagiaan adalah atas ; kesedihan adalah bawah untuk merepresentasikan setiap satu unsur dapat digantikan dalam bentuk yang lebih mudah difaham semasa mengkaji beberapa aspek metafora secara khusus telah diaplikasikan oleh penulis ke dalam data-data peribahasa yang dapat dilihat melalui rajah-rajah yang berikut: Harapkan pagar, pagar makan padi. HARAPAN adalah ATAS ; KEKECEWAAN adalah BAWAH. HARAPAN ATAS KEKECEWAAN BAWAH Ini menunjukkan hubungan di antara asas pengalaman 1 iaitu harapan dan kekecewaan dengan orientasi ruang iaitu atas dan bawah Metafora ontologikal. Pengalaman kita dengan objek-objek fizikal telah memberikan suatu input bagi metafora ontologikal. Ia meliputi cara untuk memerhatikan sesuatu aspek atau perkara, aktiviti, emosi dan idea yang berkaitan dengan entiti dan bahan-bahan.Metafora ontologikal terdiri daripada

pelbagai tujuan dan pelbagai jenis metafora yang menggambarkan tujuan-tujuan tersebut

Metafora dan koherensi kebudayaan. Nilai yang paling penting dalam budaya akan menjadi koheren dengan struktur metafora yang paling utama dalam kebudayaan.Sebagai contoh, kita dapat mempertimbangkan beberapa nilai budaya dalam masyarakat.(biasanya ditandakan sebagai BAIK dan TIDAK BAIK) yang koheren dengan ruang orientasi metafora ATASBAWAH dengan bahagian berlawanan mana yang tidak sesuai mengikut sesuatu Kera di hutan disusukan , anak di rumah mati kelaparan

KEKENYANGAN adalah ATAS , KELAPARAN adalah BAWAH. KEKENYANGAN adalah BAIK KELAPARAN adalah TIDAK BAIK Ini menunjukkan hubungan di antara aspek metafora dan koherensi kebudayaan di mana KEKENYANGAN adalah BAIK adalah koheren dengan KEKENYANGAN adalah ATAS manakala KELAPARAN adalah TIDAK BAIK pula adalah koheren dengan KELAPARAN adalah BAWAH . Oleh itu, KELAPARAN adalah BAIK merupakan konsep yang tidak koheren dengan metafora kebudayaan dan begitulah sebaliknya. Metonomi Metonimi adalah suatu aspek yang menggunakan satu entiti untuk merujuk kepada entiti lain yang berkaitan dengannya.Metafora dan metonimi mengalami dua proses yang berbeza di mana metafora adalah suatu cara untuk memikirkan sesuatu perkara dari sudut suatu perkara yang lain dan fungsi utamanya adalah untuk memahami.Manakala, metonimi pula memegang fungsi rujukan di mana ia membolehkan kita menggunakan satu entiti untuk berdiri di atas satu entiti yang lain.Misalnya, agama Islam dilambangkan dengan bulan sabit. Oleh itu, bila mana kita melihat bulan sabit maka kita akan merujuknya sebagai simbol Islamik sebagai contoh : Biar mati anak, jangan mati adat. Biar mati anak Berpegang teguh kepada sesuatu kepercayaan. Jangan mati adat Walaupun terpaksa mengorbankan sesuatu.

Kesimpulan. Metafora adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu.Penggunaanya berkait rapat dengan kepercayaan , sikap dan nilai masyarakat.Penerimaan berkait dengan pengalaman bahasa dan ia bersifat realtif. Metafora telah digunakan sejak awal sejarah kehidupan manusia. Manusia

menggunakan metafora untuk memberi keterangan tentang sesuatu yang abstrak atau sesuatu konsep yang baru dan sukar untuk diterangkan. Cara yang terbaik ialah mengaitkannya dengan sesuatu perkara yang konkrit , atau fenomena yang dikenali dan mudah difahami oleh masyarakat.

1. Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Kamus Peribahasa Kontemporari,PTS Publisher, Kuala Lumpur. 2. Abdullah Husain, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1975. 3. Abdul Razak bin Abdul Karim, Rujukan Lengkap Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994. 4. Asmah Haji Omar, Metaphors of Anatomy as a Reflection of Malay Cultural Belief, Jurnal Bahasa Jendela Alam Jilid 1, 1996. 5. Cameron, L., Metaphor in Educational Discourse, MPG Books Ltd, London, 2003. 6. Darus Ahmad, Persuratan Melayu: Lama-Baru, Cetakan Kedua, Sinaran Bros, Pulau Pinang, 1974. 8. Gibbs R.W. & Steen J.G. (pnyt.), Metaphor in Cognitive Linguistics, Amsterdam, 1997. 9. Hawkes, T., Metaphor:The Critical Idiom, Methuen & Co. Ltd., London, 1986. 10. Kamus Peribahasa Melayu Digital, The Institute of Malay World and Civilization, Di: 11. www.atma.ukm.my. 12. Lakoff, G & Johnson, M., Metaphors We Live By, The University of Chicago Press,

Chicago, 1980. 13. Lakoff , G. and Johnson, M, Women, Fire, and Dangerous Thing: What categories reveal about the mind, The University of Chicago Press,Chicago, 1987. 14. Noresah bt. Baharom, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1997. 15. Raminah Haji Sabran, Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia: untuk pelatih maktab perguruan, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1985.

Anda mungkin juga menyukai