Anda di halaman 1dari 4

Silat adalah suatu nama kepada suatu kaedah kesenian yang di dalamnya merangkumi semua jenis langkah rohani

jasmani yang berhadap semula kepada Allah yang menggesakan sifat Allah dan zat Allah, serentak melalui hati, lidah, anggota di semua tempat, di semua masa dan di semua waktu berdasarkan kefahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sejati. Pelajar Silat Serimau Hitam 1 harus menguasai pelajaran gerak gempur tanpa senjata, gerakan asas, dan senaman sembah. Dengan ini, pelajar dapat tahu tentangtentang asas yang ada dalam ilmu silat tersebut. Ianya bukan sahaja dapat menjadi bekalan untuk menghadapi kehidupan yang mencabar, namun pelajar juga dapat menurunkan ilmu mereka kepada anak-anak murid mereka nanti semasa mereka mengajar. Dalam ilmu ini, terdapat fungsi-fungsi tertentu dalam setiap pergerakan sama ada dalam gerak gempur tanpa senjata, gerakan asas dan senaman sembah. Silat Serimau Hitam ini juga ada tertib iaitu dimulakan dengan senaman sembah, kemudian adalah gerakan asas iaitu asas 12 dan gerak gempur tanpa senjata. Bagi pelajar yang mengambil Silat Serimau Hitam 1, mereka hanya belajar gerak gempur tanpa senjata manakala, Silat Serimau Hitam II akan mempelajari gerak gempur bersama senjata. Untuk permulaan silat, pelajar diajar tentang Senaman Sembah oleh jurulatih mereka. Senaman sembah ini dimulakan selepas doa. Senaman Sembah dalam Seni Silat Serimau Hitam mengandungi 6 pergerakan iaitu pergerakan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. Setiap pergerakan yang dilakukan mengandungi fungsi yang tersendiri. Untuk pergerakan pertama, ianya terdiri daripada 4 langkah dan dimulakan dengan tumbukan, tempis tepi, tempis bawah dan cakaran. Fungsi untuk pergerakan pertama adalah untuk mempertahankan diri daripada serangan pihak lawan di mana kita boleh menempis setiap serangan tersebut sama ada di tepi atau di bawah. Pergerakan kedua pula, ianya juga terdiri daripada 4 langkah dan dimulakan dengan tumbukan, menggunakan siku, tumbukan di kepala dan cakaran. Fungsi pergerakan kedua adalah untuk serangan ke atas pihak lawan di mana pelajar tersebut menyerang pihak lawan dengan tumbukan, siku ke arah dada atau dagu dan tumbukan ke arah kepala. Pergerakan ketiga pula, ianya juga terdiri daripada 6 langkah. Ianya dimulakan dengan tumbukan dua tangan ke hadapan, kedua-dua tangan ke dada, tumbukan kedua-dua tangan ke tepi, kedua-dua tangan ke pinggang, menggunakan siku dan cakaran. Fungsi pergerakan ini adalah untuk serangan ke atas pihak lawan dan mempertahankan diri daripada serangan. Pelajar akan menyerang dengan tumbuka

kedua-dua tangan ke hadapan atau ke tepi dan siku ke arah kepala, dan juga mempertahankan diri dengan meletakkan kedua-dua tangan di dada dan pinggang. Pergerakan keempat pula adalah terdiri daripada 5 langkah. Ianya dimulakan dengan cekak ke bawah, cekak ke atas, tepis bawah biasa, tepis bawah kuat dan cakaran. Fungsi pergerakan ini adalah untuk mempertahankan diri dari serangan hadapan dan tepi. Untuk tepis bawah, pergerakan ini adalah untuk mengelakkan dari serangan kaki oleh pihak lawan daripada hadapan atau dari tepi. Pergerakan kelima pula adalah terdiri daripada 4 langkah. Pergerakan tersebut dimulakan daripada siku ke arah bawah, tepis dua tangan ke bawah, siku ke arah bawah dan cakaran. Fungsi pergerakan yang kelima adalah untuk menyerang dengan menggunakan siku keduadua belah tangan dan mengelakkan daripada serangan dengan menggunakan keduadua belah tangan. Dan pergerakan yang terakhir adalah pergerakan yang keenam. Pergerakan ini hanya ada dua langkah iaitu tumbuk ke hadapan dan pancung. Pergerakan ini berfungsi sebagai medium untuk menyerang pihak lawan. Dengan menggunakan pergerakan terakhir ini, kita akan dapat mematikan serangan daripada pihak lawan. Selain daripada itu, terdapat juga pergerakan yang lain selain daripada Senaman Sembah iaitu Asas 12. Asas 12 amatlah penting untuk pelajar silat kerana Asas 12 adalah langkah-langkah yang efektif untuk mempertahankan diri daripada serangan dari pihak lawan. Pelajar harus menguasai Asas 12 ini sebelum memulakan pergerakan seterusnya iaitu Jurus. Asas 12 dimulakan dengan menepis satu tangan. Asas 1 dan 2 adalah langkah yang sama untuk menepis tetapi berbeza arah. Asas 1 dimulakan ke arah kanan manakala Asas 2 ke arah sebelah kiri. Kedua-dua Asas ini digunakan apabilah penyerang menyerang kita dengan tumbukan. Asas 3 dan Asas 4 adalah menepis dengan menggunakan dua belah tangan. Pergerakan Asas 3 dan Asas 4 adalah juga sama tetapi berbeza arah. Asas 3 menepis ke arah kanan manakala Asas 4 ke arah kiri. Kedua-dua Asas ini juga digunakan apabila diserang dengan tumbukan oleh pihak lawan. Tambahan pula, teknik menepis Asas 1 dan 2 adalah sama dengan Asas 3 dan 4 tetapi berbeza dengan menggunakan satu tangan dan dua tangan. Seterusnya, Asas 5 dan Asas 6 menggunakan teknik yang sama tetapi berbeza tangan dinamakan sebagai serangga. Serangga bermaksud meletakkan tangan ke atas kepada. Fungsi kedua-dua Asas ini adalah untuk menahan serangan daripada terkena kepala daripada senjata. Jika teknik asas ini tidak betul, kemungkinan besar senjata tersebut akan terkena di kepala.

Asas 7 dan Asas 8 juga menggunakan teknik yang sama iaitu menepis ke arah bawah dengan menggunakan sebelah tangan sahaja tetapi berbeza tangan iaitu dimulakan dengan kanan dan seterusnya kiri. Pergerakan kedua-dua asas ini adalah untuk menahan sepakan dari arah bawah sama ada dari arah sebelah kanan atau kiri dana mengikut arah sepakan tersebut. Kemudian, Asas 9 dan Asas 10 adalah menepis menggunakan kedua-dua belah tangan. Tetapi, kedua-dua asas ini agak berlainan daripada asas yang lain di mana pelajar harus menarik kaki kanan ke belakang sebelum menepis untuk Asas 9 dan menarik kaki kiri untuk Asas ke 10. Kedua-dua asas ini berfungsi sebagai pertahanan daripada terkena alat sulit. Pelajar harus menepis serangan itu di antara kedua-dua kaki dan tangan haruslah silang. Ini akan menghalang serangan dari arah bawah daripada terkena alat sulit. Asas 11 dan Asas 12 adalah asas yang kedua terakhir dan terakhir. Ianya juga menggunakan teknik yang sama tetapi berbeza arah. Untuk kedua-dua asas ini, pelajar harus melangkah kaki kanan ke hadapan sebelum menepis untuk Asas 11 dan melangkah kaki kiri untuk Asas 12. Selepas melangkah kaki satu langkah ke hadapan, pelajar harus memusingkan badan berlawanan dengan kaki yang melangkah dan menepis dengan menggunakan kedua-dua tangan ke belakang. Fungsi kedua-dua asas ini adalah untuk menepis serangan daripada belakang. Gerak tempur tanpa senjata adalah sangat penting untuk pelajar Silat Serimau Hitam di mana ilmu ini akan digunakan untuk melawan pihak lawan jika diserang dengan tiba-tiba. Setakat ini, kami hanya mempelajari empat jurus sahaja. Jurus yang pertama adalah dengan menepis sebelah tangan iaitu Asas 1 dan menjatuhkan pihak lawan. Fungsi jurus pertama adalah untuk mengelak serangan tumbukan dan menyerang pihak lawan dengan mematahkan siku dan menjatuhkan pihak lawan dengan meniarap. Jurus yang kedua adalah dengan menepis sebelah tangan juga iaitu Asas 2. Fungsi jurus yang kedua juga untuk mengelakkan serangan tumbukan dan menyerang pihak lawan dengan menumbuk menggunakan satu tangan dan dua tangan dan menjatuhkan pihak lawan dengan berbaring. Jurus yang ketiga adalah dengan menepis menggunakan kedua-dua belah tangan iaitu Asas 3. Fungsi jurus ini adalah untuk mengelak daripada serangan tumbukan, mengunci pihak lawan dan menjatuhkan pihak lawan dengan sepakan di belakang lutut dan menarik rambut ke belakang. Dan jurus yang terakhir adalah jurus yang keempat. Jurus ini adalah sama seperti jurus ketiga iaitu menepis menggunakan dua tangan tetapi ke arah kiri. Fungsi

jurus ini adalah untuk mengelak dari tumbukan dan menjatuhkan pihak lawan dengan mengunci dan menarik tangan sehingga pihak lawan terjatuh.