Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SAINS & TEKNOLOGI TAHUN 1 BIJAK

SEKOLAH KELAS MASA MATA PELAJARAN TEMA / TOPIK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

SK Payang 1 Bijak 10.00 pg 11.00 pg Dunia Sains & Teknologi Elemen Sains Sains Bahan / Timbul dan tenggelam 11.1 Mengaplikasikan konsep timbul dan tenggelam

TARIKH SAIZ KELAS TEMPOH(MINIT)

15.10.2012 21 Orang 60 Minit

11.1.1 Mengenal pasti objek yang timbul dan objek yang tenggelam melalui penyiasatan. 11.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Mengaplikasikan konsep timbul dan tenggelam

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1) mengenal pasti objek yang timbul dan objek yang tenggelam melalui penyiasatan 2) menjawab sekurang-kurangnya 7 daripada 12 soalan dengan betul

PENGETAHUAN LEPAS MURID EMK NILAI MURNI

Murid tahu objek yang timbul dan tenggelam melalui kehidupan mereka seharian Kreativiti Kerjasama, Minat, Sifat ingin tahu

SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Rujukan : Dokumen standard kurikulum DST Tahun 1, Dokumen standard prestasi Tahun 1 Bahan : Lembaran kerja, lembaran pentaksiran, bekas polisterin, duit syiling, pensel, bola pingpong, sudu, klip kertas, daun, gelung getah, gunting, straw, batu, botol mineral kosong, besen berisi air, sudu plastik, kunci, lirik lagu

PENDEKATAN PEMBELAJARAN

Konstruktivisme

PERKEMBANGAN PENGAJARAN Fasa 1 Set Induksi / Pengenalan (5 minit)

KANDUNGAN KONSEP

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (TINDAKAN GURU DAN AKTIVITI MURID) 1.Guru memilih murid secara rawak dan memberi mereka sebatang sudu plastik dan serangkai kunci 2.Guru bersoal jawab tentang objek-objek tersebut Contoh soalan :

CATATAN / NOTA

Pengenalan kepada konsep timbul dan tenggelam

a)Apakah yang rakan kamu pegang? b)Apakah yang akan berlaku jika kedua-dua objek ini diletakkan di dalam air.

3. Murid memasukkan sudu plastik dan kunci tersebut di dalam bekas yang berisi air 4. Guru bersoal jawab tentang apa dapat mereka perhatikan Jawapan murid sepatutnya: Sudu plastik - timbul Kunci tenggelam 5. Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini

Fasa 2 Perkembangan (Penerokaan dan Penerangan) (15 minit)

Mengaplikasi konsep timbul dan tenggelam

1. Guru membimbing murid dengan menerangkan kepada murid tentang konsep timbul dan tenggelam 2. Guru memberikan beberapa contoh bergambar kepada murid tentang objek yang timbul dan objek yang tenggelam 3. Guru menyoal murid secara rawak berdasarkan penerangan yang telah diberikan oleh guru Contoh Soalan

1. Berikan satu contoh objek yang timbul dan objek yang tenggelam yang dapat kamu perhatikan di sekeliling kamu
Fasa 3 Perkembangan (Aplikasi) (20 minit) 3. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap kumpulan (lampiran 1) 4. Guru membimbing murid dengan memberi arahan kepada murid untuk menjalankan penyiasatan untuk mengenalpasti objek yang timbul dan objek yang tenggelam Mengenal pasti objek yang boleh timbul dan tenggelam Penjelasan idea 1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan 2. Guru menyediakan objek dan mengedarkan kepada setiap kumpulan

5. Murid menjalankan penyiasatan berdasarkan lembaran kerja yang diberi dan murid merekodkan dapatan masing- masing 6. Guru berbincang bersama murid tentang hasil dapatan masingmasing setelah menjalankan penyiasatan tentang objek yang timbul dan objek yang tenggelam Fasa 4 Pemulihan dan Pengukuhan (pentaksiran) (15 minit) Aktiviti pengukuhan 1. Guru mengedarkan lembaran pentaksiran kepada murid 2. Guru meminta murid untuk menjawab lembaran pentaksiran yang diedarkan secara individu

Fasa 5 Penutupan (5 minit)

Kesimpulan

1. Guru bersoal jawab bersama murid sekali lagi tentang objek yang timbul dan objek yang tenggelam 2. Nyanyian lagu timbul dan tenggelam (adaptasi dari lagu bila anda gembira) untuk menguatkan lagi kefahaman murid