Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN Community Based Rehabilitation ( CBR ) atau Pemulihan Dalam Komuniti telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) dan ia diwujudkan kesan daripada pemerhatian kehidupan masyarakat setempat atau keluarga golongan kurang upaya yang miskin dan tinggal jauh di luar bandar dengan gaya hidup serba serbi kekurangan serta kesukaran mendapatkan bantuan dalam pelbagai aspek seperti sekolah, rawatan kesihatan, peralatan terapi dan lain lain kemudahan asas yang mudah dinikmati oleh masyarakat di bandar. Keadaan bertambah sukar apabila kos untuk mendapatkan bantuan adalah sangat tinggi serta dan tidak semua golongan kurang upaya mampu untuk menampung kos tersebut. Oleh yang demikian, CBR telah ditubuhkan bagi membantu golongan kurang upaya mendapatkan kehidupan yang lebih baik walau di mana pun mereka berada ( M.Miles ). Pertubuhan Kesihatan Sedunia berharap dengan adanya CBR, orang kurang upaya juga layak menerima pendidikan seperti kanak-kanak normal yang lain. Mereka juga berhak mendapatkan rawatan atau terapi pemulihan dengan kos yang rendah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat. Mereka juga turut diberi peluang bersaing mendapatkan pekerja yang bersesuaian bagi menyara kehidupan sendiri dan keluarga. CBR beranggapan bahawa walaupun mereka belajar dengan perlahan, atau mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran, atau sukar untuk bergerak, namun mereka perlu mendapat tempat di dalam hati masyarakat sebagai seorang insan biasa kerana mereka adalah makhluk Tuhan yang tetap mempunyai nilai dan keistimewaan tersendiri yang perlu diberi penghormatan oleh masyarakat setempat. Kekurangan dari segi fizikal atau lahiriahnya seharusnya tidak boleh dilihat sebagai suatu kelemahan atau bebanan dan dengan ini tiada sesiapa pun yang boleh memandang rendah terhadap kekurangan mereka. Sekolah, rumah dan kedai dibuka dengan memberi peluang kepada semua golongan tanpa mengira kecacatan. Sebarang maklumat juga harus disampaikan secara terbuka melalui pelbagai kaedah dan medium komunikasi bagi memastikan tahap kecapaian maklumat di kalangan masyarakat lebih efisyen. Bukan hanya melalui tulisan bagi orang yang tidak boleh membaca atau tidak boleh melihat, maklumat juga harus diberikan secara lisan supaya semua orang dapat memperoleh maklumat tersebut. Pelaksanaan CBR ini memerlukan banyak pengorbanan, perubahan dan sokongan

pelbagai pihak supaya ia dapat mencapai objektif yang diinginkan iaitu membantu setiap orang di samping menghormati hak-hak tanpa mengira latar belakang dan keupayaan seseorang individu tersebut. Di Malaysia, sejak tahun 80 an, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah bertindak untuk memulihkan kanak-kanak kurang upaya beracuankan komuniti tempatan. PDK diwujudkan di seluruh negara untuk mengeksploitasikan sumber tempatan demi memberi pembelaan kepada kanak-kanak kurang upaya. Maka PDK menjadi satu pendekatan sosial yang penting untuk mengatasi masalah kekurangan tempat di institusi formal seperti Sekolah Pendidikan Khas yang hanya bertumpu kepada sesetengah tempat sahaja. Kini terdapat 428 Pusat Pemulihan Komuniti di seluruh negara dan bilangan ini akan bertambah dari tahun ke tahun. Kebanyakan ibu bapa lebih suka menghantar anak mereka ke PDK kerana lebih dekat dengan kediaman masing masing berbanding Sekolah Pendidikan Khas. PDK adalah terbuka kepada semua jenis kecacatan, peringkat umur dan jantina. Oleh yang demikian, ibu bapa boleh berhubung dan seterusnya mendaftarkan anak kurang upaya di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran bagi mendapatkan tempat dan khidmat PDK.

2.0 COMMUNITY BASED REHABILITION 2.1 DEFINISI Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu mentakrifkan CBR merupakan satu strategi dalam pembangunan masyarakat umum untuk pemulihan, penyamaan peluang dan

penyertaan sosial semua orang kurang upaya. Pemulihan merangkumi semua langkahlangkah yang bertujuan mengurangkan kesan kecacatan bagi seseorang individu, mencapai kebebasan dan kualiti kehidupan dan diri yang lebih baik. A strategy within community development for the rehabilitation, equalization of opportunities and social integration of all people with disabilities (UN definition). Manakala E. Helander pula mentakrifkan CBR sebagai satu strategi

meningkatkan perkhidmatan penghantaran dengan menyediakan peluang yang lebih saksama, dengan memberi galakkan dan melindungi hak asasi manusia. CBR is a strategy for enhancing the quality of life of disabled people by improving service delivery, by providing more equitable opportunities and by promoting and protecting their human rights (E. Helander ).

2.2 MATLAMAT CBR telah ditubuhkan melalui pelbagai idea yang turut memberi manfaat kepada keberkesanan CBR pada hari ini sehingga berjaya mencapai matlamat yang pelbagai. Antara matlamat CBR ialah membantu keluarga kurang upaya yang berada di kampung dan luar bandar. Pada masa dahulu, orang yang tinggal di kampung atau berada di luar bandar tidak mempunyai hospital atau sekolah. Mereka hanya belajar daripada ibu bapa atau ahli keluarga yang lebih tua. Jika seseorang mempunyai kecacatan fizikal atau mental, keluarga mereka dan jiran-jiran cuba untuk membantu mereka. Sebagai contoh, si bapa membuat tongkat kayu untuk membantu anaknya yang kakinya tempang, manakala nenek menghabiskan masa bersama cucunya yang terencat akal untuk bercakap. Sebaliknya, orang kurang upaya yang tidak mempunyai keluarga untuk membantu mereka, terpaksa merayu kepada orang lain bagi mendapatkan perlindungan 3

dan makanan. Tidak kurang pula mereka akan menerima ejekan dan usikan tanpa berperikemanusiaan. Kadang-kadang mereka berkata orang kurang upaya tersebut mempunyai gangguan aneh yang membuatkan mereka menjadi cacat. Menjadi masalah mencari pasangan hidup jika orang kurang upaya tersebut adalah wanita atau

perempuan. Mereka memerlukan perlindungan daripada pasangan hidup jika mereka tidak mempunyai ahli keluarga. Seterusnya, kekurangan hospital di luar bandar juga menyukarkan mereka mendapatkan rawatan pemulihan. Terdapat kecacatan yang boleh dikurangkan jika mendapat rawatan dari awal lagi. Sekiranya terdapat hospital di bandar, kos nya adalah sangat tinggi dan terpaksa menunggu dalam tempoh masa yang lama. Pakar-pakar kesihatan biasanya mengenakan kos rawatan yang tinggi menyebabkan kebanyakan orang miskin sukar atau tidak mampu mendapatkan rawatan penyembuhan. Hospital yang terletak jauh di bandar juga menyebabkan orang kampung memerlukan duit yang banyak untuk membayar kos perjalanan dan membayar pakar-pakar. Sekiranya mereka pergi ke bandar untuk mendapatkan rawatan, mereka boleh tersalah langkah memilih institusi perubatan yang sesuai disebabkan terdapatnya pengkhususan. Sebagai contoh, jika anda buta, anda memerlukan seseorang memeriksa mata anda untuk mengetahui jika ia boleh dirawat atau sebaliknya. Namun jika pakar mata tidak dapat membantu menyembuhkan mata anda, anda akan berusaha mendapatkan maklumat bagaimana cara-cara bergerak di dalam rumah termasuk di jalan raya dan serta mendapatkan pekerjaan yang mampu anda lakukan. Tidak kurang pula, ada yang mengambil langkah perubatan alternatif iaitu menggunakan khidmat bomoh untuk mendapatkan rawatan dan nasihat dalam menyembuhkan masalah kesihatan yang dihadapi. Situasi di bandar dan luar bandar adalah sangat berbeza bagi orang kurang upaya. Di bandar, mereka dengan mudah mendapatkan pendidikan dan rawatan kesihatan kerana sekolah dan hospital sangat senang diperolehi serta banyak disediakan. Jika kanak-kanak tersebut mempunyai kecacatan, keluarga mereka akan membayar guru untuk mendapatkan tempat di sekolah bersama-sama dengan kanakkanak yang lain. Jika kanak-kanak tersebut cemerlang di dalam pelajaran, guru tidak kisah dia cacat ataupun tidak. Tetapi jika kanak-kanak tersebut belajar dengan sangat

perlahan akan ketinggalan di dalam pelajaran, maka keluarga akan berhenti membayar persekolahan kanak-kanak tersebut. Kebanyakan orang kurang upaya mempunyai masalah besar mendapatkan rawatan kecacatan mereka terutamanya yang tinggal di luar bandar. Hospital di bandar adalah sangat jauh dan memerlukan kos yang sangat tinggi. Sekiranya anda pergi ke salah satu hospital, rawatan dan bantuan yang diberi tidak semestinya sesuai dengan rumah dan keluarga anda di kampung. Sesetengah orang bertanya mengapa kita tidak diberikan kemudahan yang serupa? Mengapa tidak kita mendapatkan maklumat daripada pakar dan menyediakan khidmatnya di kampung di mana kebanyakkan orang miskin tinggal? Mengapa rakyat yang kurang upaya sentiasa miskin? Mengapa mereka kurang mendapatkan pendidikan berbanding yang lain? Sesetengah orang upaya berkata, mereka mempunyai hak untuk hidup seperti orang lain dan berkongsi perkaraperkara yang baik. Kita seharusnya tidak memandang rendah kepada mereka dan memanggil dengan nama yang boleh menjatuhkan maruah mereka. Ada sesetengah pihak mengadu hanya lelaki kurang upaya yang layak mendapatkan bantuan dan yang perempuan adalah sebaliknya. Mereka berkata, kecacatan mereka tidak memberikan masalah, sekiranya rumah, jalan, kedai, hospital dan sekolah dibina untuk mereka bagi memudahkan mereka. Oleh itu, idea untuk menubuhkan CBR telah muncul dengan fungsi dan matlamatnya bahawa orang kurang upaya mempunyai hak mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Bantuan yang mereka perlukan harus disediakan dengan kos yang rendah. Bantuan harus ditawarkan kepada mereka dan keluarga mereka dengan cara yang sesuai dengan gaya hidup sama ada di kampung, bandar dan bandar besar. Mereka juga harus diberikan perkhidmatan pendidikan secara adil setara dengan perkhidmatan yang diberikan kepada institusi pendidikan formal. Mereka juga boleh bekerja bagi menyara kehidupan mereka. Seterusnya, dengan adanya CBR, mereka yang lambat di dalam pelajaran, atau menghadapi masalah mendengar atau melihat atau mengalami masalah pergerakan akan dihormati seperti insan normal yang lain. Tidak seorang pun yang layak memandang rendah dan melayan mereka dengan teruk walaupun mereka mengalami kecacatan. Rumah, kedai dan sekolah dibina dengan pelbagai cara supaya semua orang boleh mendapatkan manfaat.

Segala maklumat juga diberikan dengan pelbagai cara bagi memudahkan semua orang memahaminya. Maklumat bukan hanya diberikan dalam bentuk bertulis tetapi terdapat juga dalam bentuk lisan bagi memudahkan orang yang tidak boleh membaca dan melihat, jadi semua orang mendapat peluang yang sama rata menggunakan maklumat tersebut. Institusi perubatan turut dibina di kampung-kampung yang miskin bagi memudahkan mereka mendapatkan rawatan dengan kos yang lebih murah. Pakar-pakar akan datang ke kampung pada suatu ketika bagi memberikan maklumat dan memberi peluang kepada orang-orang kampung berjumpa dengan mereka. Penyembuh atau healers dihantar ke bandar bagi mendapatkan latihan yang secukupnya dan ilmu yang diperolehi tersebut seharusnya diaplikasikan di tempat kerja mereka.

2.3 FUNGSI Fungsi-fungsi CBR dapat dikategorikan kepada tujuh komponen penting iaitu : a) Menanam sifat positif masyarakat terhadap golongan kurang upaya b) Peruntukan perkhidmatan pemulihan c) Menyediakan peluang pendidikan dan latihan d) Penciptaan mikro dan makro pendapatan peluang penjanaan. e) Peruntukan kemudahan penjagaan jangka panjang f) Pencegahan punca ketidakupayaan

g) Pemantauan dan penilaian. Dengan adanya CBR, sifat positif dapat ditanam di sanubari masyarakat terhadap golongan kurang upaya melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak CBR. Golongan kurang upaya akan diajar bersosial dengan mendekatkan diri kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti seperti HARI TERBUKA OKU, HARI MESRA OKU dan sebagainya. Apabila masyarakat diberi peluang menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh CBR dan bergaul dengan golongan OKU, mereka akan lebih mengenali dengan lebih dekat dan dapatlah menghapuskan tanggapan buruk mereka terhadap golongan kurang upaya.

Malahan, melalui CBR akan ada peruntukan perkhidmatan pemulihan bagi orang kurang upaya. Pihak CBR sendiri yang akan mencari peruntukan dari badan-badan bertanggungjawab seperti pihak kerajaan, sumbangan dana dari komuniti dan sebagainya. Peruntukan ini penting bagi memberikan perkhidmatan pemulihan seperti rawatan terapi fizikal yang memerlukan peralatan yang canggih dan mahal. Malahan, tenaga kerja bagi memberikan perkhidmatan juga dapat disediakan melalui peruntukan tersebut. Seterusnya, CBR juga berfungsi menyediakan peluang latihan dan pendidikan kepada golongan kurang upaya. Ramai kanak-kanak golongan kurang upaya yang tidak bersekolah kerana faktor keupayaan mereka di samping ibu bapa yang miskin tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah, khususnya di negara-negara miskin seperti India. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab sesebuah negara menyediakan seberapa banyak tempat CBR bagi memudahkan kanak-kanak kurang upaya mendapatkan pendidikan formal seperti di sekolah. Apabila wujudnya CBR, kanak-kanak juga boleh mendapatkan latihan berbentuk motor halus, motor kasar, membaca, mengira dan sebagainya. Pendidikan dan latihan ni sangat penting supaya mereka boleh berdikari seperti menguruskan diri dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri walau tidak semuanya boleh bekerja di kemudian hari. CBR juga berfungsi sebagai pencegah punca ketidakupayaan melalui latihan dan terapi-terapi yang disediakan. Misalnya, jika kanak-kanak tersebut lumpuh atau tidak boleh berjalan, terapi fizikal diberikan bagi mengatasi ketidakupayaan kanak-kanak tersebut walaupun tidak 100% sembuh seperti kanak-kanak normal yang lain. Manakala jika kanak-kanak tersebut tidak boleh bertutur dengan sempurna, kanak-kanak boleh diberikan terapi pertuturan supaya boleh bertutur dengan baik. Di samping itu, apabila wujudnya CBR, segala perkembangan kanak-kanak kurang upaya akan dipantau dan dinilai. Misalnya, proses terapi yang dijalani oleh seorang kanak-kanak akan dipantau dan dinilai. Sekiranya, tiada perkembangan yang positif, pihak terapi akan menjalankan tindakan susulan seperti menukar kaedah terapi yang diberikan sebelum ini.

3.0 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI 3.1 DEFINISI Pemulihan Dalam Komuniti merupakan satu pendekatan baru yang menekankan penglibatan lebih aktif Ibu bapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha mencegah dan memulihkan Kanak- kanak Kurang Upaya, khususnya di peringkat tempatan dalam konteks struktur perkhidmatan dan rancangan pembangunan yang sedia ada. PDK bertujuan untuk memulihkan kanak- kanak Kurang Upaya supaya boleh berfungsi seperti orang biasa, memberi kesedaran kepada komuniti/ masyarakat setempat bahawa ada segolongan masyarakat yang tidak berkeupayaan perlukan bantuan, memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada Kanak- kanak Kurang Upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan dan membentuk Jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan professional, sukarelawan dan komuniti tempatan dalam merancang program. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibu bapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas). Pemulihan dalam Komuniti (PDK) merupakan satu kaedah pembangunan komuniti untuk OKU di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengacapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat.

3.2 SEJARAH PENUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI Salah satu kaedah pemulihan yang diterima pakai oleh WHO dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ialah kaedah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berasaskan terjemahan asalnya Community Based Rehabilitation System (CBR). Kaedah PDK ini telah dipelopori oleh tiga pakar perubatan dan juga physiotherapist WHO yang terdiri daripada E. Helandar, P. Mendis dan G. Nelson yang telah menghasilkan sebuah manual yang pada peringkat drafnya setebal hampir 300 muka. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual tersebut. Pada tahun 1983 Malaysia telah diwakili oleh seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat dan seorang Pegawai Perubatan untuk meneliti draf manual berkenaan dan seterusnya memberikan peluang menilai dan mengubahsuaikan pelaksanaan kaedah ini di suatu Mesyuarat Kumpulan Pakar (Expert Group Meeting) anjuran WHO di Manila. Hasilnya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu khususnya, menjalankan satu projek perintis PDK di Batu Rakit berasaskan hasil kajian ke atas profil orang kurang upaya yang terdapat di Mukim Batu Rakit. Kajian itu dijalankan dengan kerjasama semua peringkat penduduk dan Jabatan Kerajaan di mukim tersebut dan melibatkan penduduk daripada sembilan (9) buah kampung sejumlah 17,149 orang. Hasil kajian menunjukkan sejumlah 275 orang kurang upaya dikenal pasti dan merupakan 1.65% daripada penduduk mukim berkenaan. Hasil daripada kajian tersebut telah meyakinkan Jabatan untuk dengan ramainya melancarkan program PDK pada tahun 1984 oleh YB. Menteri Kebajikan Masyarakat ketika itu. Pada peringkat awal pelancaran, Batu Rakit telah dikenal pasti memandangkan mukim tersebut mempunyai faktor-faktor yang sesuai untuk kajian dan juga disebabkan insiden kurang upaya yang ramai di Daerah Kuala Terengganu ketika itu. PDK ketika di peringkat pelaksanaan awalnya hanya melibatkan seramai 55 kes orang kurang upaya kini telah meningkat perkembangannya dengan berlipat kali ganda dan melambangkan satu kaedah pemulihan orang kurang upaya di negara ini.

3.3 MATLAMAT Dengan adanya PDK dilihat dapat meningkatkan kualiti hidup orang kurang upaya, khususnya kanak-kanak. Jika sebelum ini, ramai kanak-kanak kurang upaya yang dibiarkan berada di rumah sahaja tanpa dibantu tetapi apabila wujudnya PDK kanakkanak akan mendapat pendidikan dan latihan yang sepatutnya. Di PDK juga, mereka akan diberikan latihan pekerjaan bagi OKU yang mampu supaya mereka dapat bekerja setelah keluar dari PDK dan dapat meningkatkan kualiti hidup mereka. Begitu juga dengan tahap kesihatan mereka, jika sebelum ini mereka tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya kerana faktor kemiskinan tetapi apabila adanya PDK, tahap kesihatan mereka akan dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak kesihatan. PDK juga dapat memberikan intervensi awal kepada orang kurang upaya. Intervensi awal adalah sangat penting bagi mengurangkan insiden kecacatan atau kecacatan yang lebih teruk dapat dicegah melalui intervensi awal dan sokongan keluarga. Misalnya, kanak-kanak yang cacat anggota badan seperti tidak mempunyai tangan, mereka akan diajar menggunakan anggota yang lain seperti kaki untuk

menggantikan fungsi tangan yang tiada. Ramai golongan kurang upaya yang cacat anggota badan boleh makan, melukis dan sebagainya menggunakan kaki. Ini bermaksud apabila mereka mengikuti program di PDK, ketidakupayaan mereka dapat diminimumkan seboleh yang mungkin. Di samping itu, PDK juga memberikan terapiterapi yang pelbagai bagi mengatasi ketidakupayaan murid. Misalnya, apabila kanakkanak tersebut lambat dalam pertuturan, mereka dapat dibantu dengan terapi pertuturan sebagai langkah awal mengatasi ketidakupayaan mereka. Seterusnya, PDK memberikan integrasi sosial kepada OKU. Jika sebelum ini, OKU tersebut hanya berada di rumah dan hanya bergaul dengan keluarga terdekat tetapi apabila berada di PDK mereka akan banyak berinteraksi dengan rakan-rakan, guru-guru dan masyarakat yang lain. Melalui pergaulan ini, mereka akan boleh bersosial dengan masyarakat dan dapat memberikan keyakinan kepada mereka berada di tengah-tengah masyarakat. Di PDK juga terdapat banyak latihan dan kemahiran yang diberikan kepada OKU seperti kemahiran menjahit, berkebun, bengkal, membuat kraf tangan dan sebagainya. Dengan kemahiran ini, mereka boleh bekerja di kemudian hari. Selanjutnya, dengan adanya PDK ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa wujudnya segolongan masyarakat yang tidak berkemampuan 10

perlukan bantuan. Program-program yang dianjurkan oleh pihak PDK banyak melibatkan masyarakat atau komuniti setempat. Misalnya, Hari Keluarga PDK akan mengajak semua komuniti setempat dan rata-rata pusat PDK menggalakkan masyarakat setempat memberikan sumbangan dari segi tenaga, masa, perbelanjaan dan sebagainya. Dengan adanya penyertaan setiap masyarakat akan menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).

11

3.4 FUNGSI Di Malaysia, fungsi utama PDK adalah sebagai pusat pemulihan orang kurang upaya. Terdapat banyak terapi dan latihan yang diberikan kepada pelatih bagi memulihkan ketidakupayaan secara maksimum yang mungkin. Di antara aktiviti pemulihan dalam komuniti iaitu kemahiran motor halus dan kasar; perkembangan bahasa dan sosial; pengurusan diri sendiri; pra menulis, membaca, mengira dan melukis; latihan vokasional dan banyak lagi. Aktiviti yang diberikan ini menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat. PDK turut berfungsi sebagai tempat pendaftaran OKU. Sebelum memasuki PDK seseorang OKU haruslah mendaftarkan diri dan mengesahkan kecacatan mereka di hospital sebelum dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun jika mereka masih belum mendaftar diri di JKM, PDK boleh membantu mereka mendaftar nama mereka seterusnya akan dihantar ke JKM. PDK boleh dianggap sebagai pemudah cara bagi golongan OKU yang tidak tahu dan kurang peka dengan kehendak kementerian. Setelah berjaya mendaftarkan diri, barulah OKU memasuki PDK dan menerima bantuan kebajikan masyarakat sebanyak RM150 sebulan. Menjadi kesalahan kepada pihak PDK jika terdapat pelatih yang tidak berdaftar berada di pusat PDK mereka. Selain itu, PDK juga merupakan pusat rujukan OKU dan pusat sumber maklumat OKU. Ibu bapa dan keluarga boleh merujuk jika terdapat sebarang keraguan dan kemusykilan berkaitan dengan orang kurang upaya dalam pelbagai aspek seperti latihan, cara penjagaan, cara didikan dan sebagainya. Banyak pengetahuan yang ibu bapa serta OKU sendiri boleh dapatkan di PDK. Apabila mempunyai pengetahuan, akan memberikan kesedaran pemulihan kepada kanak-kanak kurang upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan. Malahan ibu bapa dan ahli keluarga mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menjalankan pemulihan dan

pembelajaran di rumah.

12

3.5 DATA DATA PDK DI MALAYSIA PADA TAHUN 2011 Data tahun 2011 BILANGAN JUMLAH BIL NEGERI 1 Perlis 2 Kedah 3 Pulau Pinang 4 Perak 5 Selangor WP Kuala 6 Lumpur Negeri 7 Sembilan 8 Melaka 9 Johor 10 Pahang 11 Kelantan 12 Terengganu 13 Sarawak 14 Sabah 15 WP Labuan JUMLAH BESAR 428 428 1,714 18,943 40 17 63 45 33 40 25 27 2 40 17 63 45 33 40 25 27 2 231 77 271 131 103 123 150 88 7 1639 715 2853 1424 1218 1354 1932 1465 60 9 9 45 380 PDK 5 27 20 36 39 PENYELIA PETUGAS 5 27 20 36 39 17 126 69 114 162 PELATIH 242 1471 647 1286 2257

( Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2011)

13

4.0 RUMUSAN Secara amnya, pemulihan dalam komuniti diwujudkan bagi meningkatkan kualiti hidup dan membela nasib golongan kurang upaya. Sejajar dengan arus kemodenan, golongan kurang upaya juga haruslah menikmati keselesaan dan kepelbagaian perkhidmatan seperti orang normal yang lain. Tiada siapa-siapa yang berhak mempertikai hak-hak mereka untuk menikmati kehidupan di muka bumi ini. Mereka juga harus dihormati dan dilayan dengan baik seperti insan normal yang lain. Terdapat banyak manfaat daripada penubuhan PDK, di antaranya dapat membantu golongan ibu bapa mendapatkan maklumat secara lebih terperinci bagaimana cara mendidik anak-anak istimewa ini. Dengan adanya pusat pemulihan ini, ibu bapa dapat berkongsi masalah yang dihadapi dengan ibu bapa yang senasib dengan anak mereka. Selain itu, kanak-kanak istimewa ini juga mendapat pendidikan yang bersesuaian dengan keadaan mereka dan ini dapat meminimumkan kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak ini. Apabila menyertai program ini, ia dapat meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa bahawa kanak-kanak juga mempunyai kebolehan dan keistimewaan sekiranya diberi peluang mendapatkan bimbingan dan latihan secara sistematik dan berterusan. Ini akan dapat meringankan beban ibu bapa dari segi jagaan dan latihan serta membantu kanak-kanak menguruskan diri dan berinteraksi dengan persekitaran. Dengan adanya latihan atau terapi fizikal secara berterusan dan sistematik, anggota badan kanak-kanak dapat dipulihkan walaupun tidak 100% pulih. Malahan mereka juga bebas bergerak dan bergaul dengan rakan-rakan yang lain, seterusnya dapat meningkatkan kemahiran interaksi mereka.

14

BIBLIOGRAFI Diperolehi pada 10 Oktober, 2012 di http://www.independentliving.org. Diperolehi pada 10 October, 2012 di http://www.jkm.selangor.gov.my Diperolehi pada 9 November, 2012 di http://www.jkm.gov.my/ Diperolehi pada 8 November, 2012 di http://www.who.int/disabilities/cbr/en/ Diperolehi pada 8 November, 2012 di http://www.oikoumene.org/fileadmin/files/wccmain/documents/p4/contact/con175.pdf

15