Anda di halaman 1dari 3

Mata Pelajaran Kelas Tarikh/Masa Tajuk

: Pendidikan Muzik : 4 Mutiara : 18.01.2010 / 10.40 11.40 : 1.1 Irama 1.1 Nilai not dan tanda rehat

Hasil Pembelajaran : Murid dapat mengenal pasti nilai-nilai not serta nilai tanda rehat not dengan betul

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mempelajari nilai not serta tanda masa.

Set Induksi : Guru bertanya kepada murid tentang nilai not serta tanda masa yang telah diajar. Guru memperkenalkan tanda rehat bagi not minim dan krocet.

Langkah 1 : Guru meminta murid untuk memainkan corak irama ini

dengan bantuan guru. Setelah murid dapat mengikuti corak irama tersebut, guru memberikan corak irama yang kedua .

Seterusnya guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan, kumpulan pertama akan membunyikan corak irama 1 dengan membuat bunyi ting, manakala kumpulan kedua membunyikan corak irama kedua dengan membuat bunyi bom.

Langkah 2:

Seterusnya guru meminta murid untuk menyanyikan lagu Untuk Ayah Dan Ibu . Guru akan membahagikan murid kepada 3 kumpulan, 1. Kumpulan satu murid akan menyanyikan lagu. 2. Kumpulan kedua akan memainkan corak irama mengunakan kastanet atau dengan memetik jari 3. Kumpulan tiga akan memainkan corak irama kedua mengunakan kerincing atau dengan menghentak kaki

Penutup : Guru bertanyakan semula tentang nilai-nilai not serta tanda rehat yang telah dipelajari pada hari ini.

Pengisian Kurikulum: Kemahiran mendengar Kemahiran membanding beza Kinestetik

Bahan Mengajar : Skor lagu Untuk Ayah Dan Ibu Alat muzik kastanet dan kerincing Kad Imbasan

Konsep Muzik: Tempoh: Dalam pengajaran ini guru boleh megaplikasikan tentang tempoh, iaitu guru meminta murid untuk memainkan contoh corak irama yang akan di mainkan bersama lagu ini dengan tempoh perlahan dahulu. Jika murid dapat mengikut corak irama tersebut, guru boleh menambahkan kelajuan tempoh mengikut kesesuaian lagu tersebut. Espresi: Dalam lagu ini guru meminta murid untuk memainkan serta menyanyikan lagu mengikut dinamik pada lagu tersebut. Alat Perkusi : Selain menyanyikan lagu ini dengan iringan alat muzik perkusi, ianya juga boleh di iringi mengunakan perkusi badan iaitu dengan menepuk tangan, memetik jari dan menghentak kaki.

Anda mungkin juga menyukai