Anda di halaman 1dari 4

Perbincangan a.

Berdasarkan kajian kes kumpulan yang berkaitan dengan pengguguran janin iaitu Lola seorang remaja perempuan berunur 15 tahun telah hamil setelah terlibat dalam hubungan seksual dengan teman lelakinya yang berusia 26 tahun.Teman lelaki remaja tersebut tidak mahu mengambil sebarang tanggungjawab terhadap kehamilannya dan remaja tersebut terpaksa menggugurkan bayinya demi menjaga maruah keluarga .Disini kumpulan kami akan membincangan kes ini dengan mengaitkan punca punca Lola menggugurkan janin dan kesannya terhadap Lola dan masyarakat sekelilingnya.

Punca-Punca Pendidikan Agama Agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup sangat penting bagi seseorang individu.Ajaran agama yang betul dapat membantu seseorang sihat dari segi pemikiran.Oleh itu ,dalam kes ini kita tidak boleh nafikan bahawa kekurangan didikan agama merupakan antara faktor pengguguran bayi.Didalam kes ini Lola tidak berhak untuk menamatkan nyawa dalam kandungan dan perbuatan menggugurkan janin ini sama sekali ditentang oleh semua agama .Di dalam kes ini , kami tidak dapat nafikan bahawa kesedaran agama ini begitu menonjol tetapi tidak menyeluruh hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda terutamanya belia tidak mempunyai kefahaman agama.Selain itu, apabila kekurangan didikan agama dan dirangsang pula dengan filem-filem yang lucah mendorong masyarakat masa kini terutama remaja berani melakukan perbuatan tidak bermoral.Tambahan pula , ada sesetengah remaja berasa malu kerana hasil daripada hubungan yang tidak sah seperti hubungan luar nikah.Jadi mereka berasa malu kerana mereka rasa masyarakat memandang serong kepada mereka terutama golongan muda seperti didalam kes Lola.Kurang ajaran agama yang merupakan panduan hidup menyebabkan remaja hilang hala tuju dalam mengambil keputusan.Dalam keadaan ini, Lola hilang

pegangan agama.

agama

dan

bertindak

menjadi

tidak

berperikemanusiaan

lalu

menggugurkan kandungannya yang merupakan satu perbuatan yang salah disisi

Peranan keluarga Kekurangan kasih sayang ibu bapa terhadap anak menyebabkan anak-anak mudah terpengaruh dengan rakanrakan sebaya seperti ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja menyebabkan ibu bapa tidak menunjukkan kasih sayang yang cukup terhadap anakanak mereka.Pengabaian dalam memberi kasih sayang kepada anak anak terutama anak-anak yang menjelang masuk ke peringkat remaja akan meninggalkan risiko besar dalam masyarakat.Keadaan sedemikian dapat dilihat dalam era ini dimana ibu bapa sibul mengejar kekayaan sahaja.Kebanyakan golongan remaja yang kekurangan kasih sayang keluarga akan menimbulkan perasaan yang tidak puas hati terhadap ibu bapa dan ini menyebabkan mereka tidak suka berada di rumah serta tidak meluahkan masalah atau fikiran mereka kepada ibu bapa.Hal ini dapat dilihat dalam kes Lola juga dimana Lola yang berumur 15 tahun terjebak dan jalinkan hubungan dengan lelaki yang berusia 26 tahun iaitu 11 tahun lebih muda daripadanya. Remaja mencari kasih sayang daripada rakan-rakan dan seterusnya mengakibatkan mereka terjebak dalam hubungan yang tidak sihat seperti pergaulan bebas.Ibu bapa seharusnya membahagikan masa dalam meluangkan masa bersama anak-anak untuk berkomuikasi dan mengetahui masalah mereka.

Hubungan luar nikah Anak yang akan dilahirkan secara luar nikah berkemungkinan akan digugurkan bagi Menutup rasa malu.Kebanyakan yang terlibat adalah remaja yang berumur 15-21 Tahun.Mereka belum lagi matang dan bersikap ingin tahu mereka menyebabkan Seks luar nikah terjadi.Mereka tidak bersedia menjadi ibu bapa dan takut mendapati

Hukuman berat apabila mengetahui dirinya mengandung.Sifat tidak tanggungjawab Lelaki yang akhirnya melarikan diri dan biarkan masalah kepada perempuan Menyelesaikannya.Dalam kes ini,Lola terpaksa menggugurkan bayinya kerana Teman lelakinya tidak mahu mengambil tanggungjawab atas kehamilannya dan Lola Tidak mampu menangguang beban atau tanggugjawab berat.

Kesan-kesan Kesan Ke atas individu Pengguguran bayi akan memberi kesan yang mendalam kepada diri individu yang terbabit seperti seseorang itu akan mengalami jangkitan kuman pada bahagian peranakan .Selain itu ,pengguguran secara sendiri atau haram tanpa nasihat doctor akan menyebabkan pendarahan dalaman yang boleh mengakibatkan kematian.Selain itu,pengguguran juga boleh menyebabkan kecederaan rahim yang serius dan seterusnya mengakibatkan seseorang itu hamil semula.Bukan itu sahaja,seseorang individu yang menggugurkan anaknya juga boleh mengalami masalah psikologi akibat daripada kemurungan teringat bayi yang digugurkan. , hilang keyakinan , rasa bersalah ,resah dan juga masalah emosi.

Kesan kepada keluarga Perbuatan menggugurkan anak merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral. Keluarga individu yang terbabit terpaksa menanggung malu akibat perbuatan yang berdosa ini.Perbuatan mengguguran nyawa yang tidak berdosa mengakibatkan masalah psikologi dari segi mental dan emosi.Rasa kesal dan salah menghantui jiwa dan perasaan individu yang terbabit dan hal ini mengakibatkan individu tersebut tidak dapat meneruskan kehidupannya dengan normal.

Kesan kepada masyarakat Pada zaman kini,pengguguran janin yang berleluasa lazimnya dilakukan oleh wanitawanita yang hamil di luar nikah bagi mengelakkan kandungan mereka diketahui umum dan mengakibatkan maruah terjejas.Selain itu,perbuatan ini juga turut dilakukan oleh wanita sudah berkahwin dengan alasan tidakbersedia menimang cahaya mata atas alasan membina karier atau bimbang dengan bebanan hidup akan bertambah.Kebanyakan masyarakat akan memandang serong perbuatan tidak berakhlak ini kerana anak merupakan anugerah tuhan dan menamatkannya merupakan satu kesalahan yang besar.Masyarakat sekeliling akan memandang serong ke atas perbuatan ini.